@rubiadaibrahim

Sunday, October 25, 2009

Janji 30:Malang: Mamat Tempe?

Awal kehamilan aku, Adam yang mengidam itu dan ini.Memang bagai di pam-pam badannya.Sampai kawan-kawan lama dia tak kenal Adam tu adalah Adam yang kerempeng sebelumnya.Sampai-sampai Adam yang bergurau mengatakan dia boleh masuk pertandingan bina badan kalau terus-menerus badannya naik.
”Kau ganti Malek Noor la Adam lepas ni.Satu dunia boleh kenal.Kalau sekarang ni,aku pun kurang kenal.Kalau kau dah meletop esok-esok, aku mengaku la kau kawan aku”.
Gurauan Kak Ain menyebabkan Adam berjauh hati.Sensitifnya berganda-ganda berbanding aku.Nak marah dekat dia pun tak sampai hati.Kalau terasa hati, pandai-pandai la aku pujuk sendiri.Tapi mujur dia sedar kalau aku merajuk dengan dia.Ada la juga dia datang pujuk.
”Abang takut la kena marah dengan mak lagi bila Rin report dekat mak.Tapi kalau mak tak marah pun, abang tetap akan pujuk Rin.Takkan abang nak bagi baby dengan mama dia sedih sepanjang masa kan!”.
Itu kata-katanya kalau rajuk aku dah berjaya dipujuk.Macam-macam hadiah diberikan dari aku.Tapi hadiahnya lebih pada persiapan menyambut si kecil.Merajuk kali pertama, 3 pasang sarung tangan baby dihadiahkan pada aku.Maunya tak teruja tengok sarung tangan yang kiut-miut tu.Menggebu-gebu naluri keibuan aku dibuatnya.
”Ya Allah, lambat lagi baby nak keluar dah penuh baju-baju dia.Baby ni cepat besar.Tak payah beli banyak-banyak sangat baju.2 bulan, tak boleh dah pakai kalau baju semua kecil-kecil macam ni”,marah mak bila dapat tahu tindakan Adam yang semangat betul mengumpul baju-baju baby.
Bila dah kena ceramah dek mak,Adam tetap dengan perangai keras kepalanya.Makin banyak koleksi pakaian bayi yang dibelinya.Macam-macam warna dan rupa.Tapi semuanya pakaian untuk baby boy.Kalau baby girl, macammana?
”Abang ada instinct kata baby kita ni baby boy.Sebab mak abang kata, ada petua nak tahu jantina baby ni.Kalau tengok perut sayang yang bujur sekarang ni, memang possibity baby boy tu tinggi!Abang yakin ni”,ujar Adam tegas.
Aku menggelengkan kepala mendengar kata-katanya.Degilnya bukan main.
”Kalau baby girl pun, apa salahnya.Asalkan sempurna, sihat dan cukup sifat bagi Rin itu dah cukup”,balasku.
Adam terdiam.Akur dengan kata-kata aku.Bila kami disarankan membuat ujian imbasan ultrasound, Adam menolak.Katanya mahukan suprise.Tapi kalau perangai degil sebegini, hilang juga rasa suprisenya.Kalau si kecil ikut perangai cik abang aku ni esok,pening la kepala aku dibuatnya.Aduhai, ranap idup aku!
---------------------------------------------
Melewati bulan-bulan kehamilan ada kenangan indah dah ada juga kenangan pahit untuk dikenang.Manis bila merasakan pergerakan bayi yang aktif hari demi hari.Pahit untuk dikenang bila aku masuk Bahagian Kecemasan ketika kehamilan mencecah lima bulan.Terkejar ke sana ke mari hingga melupakan kandungan yang memerlukan perhatian.
Sampai satu ketika, aku hampir tumbang bila ada kes kemalangan yang masuk.Bukan disebabkan darah pesakit yang membanjiri stecher tapi lebih kepada aku tak ada tenaga.Terlupa nak makan dan menjaga kandungan aku sebaiknya.
Waktu tu memang cemas bila aku ditahan di wad.Kebetulan pula Adam ditugaskan di POLIKLINIK ketika itu disebabkan kekurangan doktor.Berjauhan dengan Adam dan kurang perhatian darinya membuatkan aku lupa aku tengah mengandung.Lupa pada nasihat dan pesanannnya yang berulang-ulang kali diucapkan di telefon saban hari.
”Jangan lupa minum susu, makan on time, multivitamin jangan buat dek je.Sibuk-sibuk juga, kesihatan kena jaga.Abang jauh-jauh macam ni, jangan buat-buat keras kepala!”.
Bukan sengaja melanggar pesanannya tapi kesibukan membuatkan aku terlanggar juga.Adam pulang dan yang pasti raut wajahnya yang cemas jelas di mata aku.
”Ya Allah, mujur tak ada apa-apa.Kalau tidak, menyesal seumur hidup la abang sebab tinggalkan Rin.Kalau begini la jadinya, abang rela bertolak dari sini pukul 5 pagi setiap hari”,tegas Adam.
Aku terdiam.Tak ada protes lagi seperti sebelumnya.Walaupun kesian dekat Adam yang terpaksa berulang ke POLIKLINIK yang jaraknya bukan dekat setiap hari, aku menerima keputusannya.Kalau dilawan, dia tetap dengan keputusan dia.Tak more objection.
----------------------------------------
”Baby boy kita meragam tak hari ni sayang?”,soal Adam ketika menjemput aku pulang dari kerja.
Aku membalas pertanyaannya dengan senyuman.Adam senang dengan reaksiku.Tangannya memeluk erat pinggangku.Sebelah lagi tangannya menjinjit beg tangan aku.Kami melangkah seiringan.
”Yolah tu ekaw punya baby boy.Orang suruh scan tak nak.Pastu dok berangan dapat baby boy memanjang!”,tempelak Kak Ain dari belakang kami.
Adam tersengih malu mendengar kata-kata Kak Ain.Aku sekadar ketawa dengan reaksi Adam.
”Bukan berangan Ain.Ni naluri seorang ayah la”,balas Adam.
Kak Ain mengangkat bahu mendengar kata-kata Adam.Aku sekadar mendengar perbualan mereka.Tak ada kata-kata nak diutarakan.
”Kau tak pregnant lagi boleh la kata.Kalau tak baby boy, takkan la Rin mengandung, aku yang kena bahanya.Dia mengandung, aku yang muntah, loya, mengidam.Memang anak lelaki nih.Aku yakin la!”,tegas Adam lagi.
”Mengidam sampai badan naik dipam-pam ke Adam?Bagus la anak papa dia ni, sayangkan mama dia lebih pada papa.Ni yang Cik Ain suka ni”,balas Kak Ain.
Adam tersengih mendengar kata-kata Kak Ain.Mengakui kebenaran kata-kata Kak Ain.Mujur la turun juga badan dia lepas 3 bulan aku mengandung tu.Sebab dunia dah berubah.Adam tak lagi mengidam tapi aku yang nak makan itu ini.Sebagai hadiah dari aku dan anak kami, Adam muntah-muntah bila aku mengidam tu.Automatik, selera makan dia turun.
”Back to old Adam.Finally”.Bangga betul bunyinya!Layan jelah!
-----------------------------------------
“Baby, esok duduk dekat dalam baik-baik ye.Kesian dekat mama.”,ujar Adam pada kandungan ku.
Tangannya diletakkan di atas perutku yang dah lari dari bentuk asalnya.Rutin Adam sebelum kami melelapkan mata dan selesai membaca surah Luqman setiap malam.Adam akan berbual dengan baby yang hanya menunggu hari nak keluar ke dunia.
“Jangan mengamuk kalau lapar ye sayang.Kesian dekat mama tak boleh buat kerja nanti”,pujuk Adam lagi.
Aku menatap wajahnya yang asyik benar berbual-bual dengan baby kami.Tergambar rasa kasih dan perhatiannya sebagai bakal ayah.Bersyukur aku atas sikapnya yang penuh bertanggungjawab.
Bila aku menceritakan rasa sakit di perut siang tadi, sempat lagi Adam bergurau denganku.Tak pasal-pasal kena angin Mak Buyung,siapa suruh bergurau tak kena tempat kan.
“Sakit kenapa sayang?Baby nak keluar dah ke.Bagus la macam tu.Abang rasa, dia pun dah tak sabar nak tengok muka papa dia nih”.
Gurauan Adam disambut cubitan Mak Kerengga ditangannya.Adam mengeringai kesakitan.Padan muka.
“SUka buat main-main.Kalau Rin bersalin sekarang,baby punya IC esok-esok takde no 06 la.Abang juga yang beriya nak minta Rin bersalin dekat rumah mak.Macam dia tahu je bab-bab pantang ni”,marahku padanya.
Adam tersengih-sengih.Beriya betul dia merancang nakkan aku bersalin di Pahang.Nak semua keturunan ada no 06 di IC katanya.Barulah anak Pahang Sejati.Nak pula aku bersalin anak pertama, lagilah bertambah kebimbangan aku.
Mak dia tak usah kata la.Sanggup ambil cuti kalau aku berniat nak bersalin di rumah mak aku.Teruja benar nak menyambut cucu pertama.Dan aku menyerahkan semuanya pada Adam.Mana yang dia rasakan terbaik, aku ikutkan aja.
---------------------------------------------
Tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anak.Bukan semborono dan ikut sesuka hati.Kerana dengan memberikan nama yang baik, ibarat mendoakan yang terbaik buat si anak.
“Kau orang dah cari nama untuk cucu mak belum?”,soalan emak ketika kami pulang ke Kuantan.Risau betul mak kalau Adam memberikan nama yang tak berkenan di hatinya.
Kesibukan Adam dan aku yang tak pernah hilang membuatkan kami ambil mudah soal memberikan nama kepada buah hati yang akan lahir tak lama lagi.
“Kalau tersengih macam kerang dekat pasar tu, sah la tak prepare nama lagi.Ke nak mak carikan?”,tambah emak lagi.
Aku dan Adam saling berpandangan.Takut juga kalau mak pilih nama-nama klasik untuk cucunya nanti.Mana la tahu kalau anak perempuan dia bagi nama Pandan Wangi macam cerita zaman dulu-dulu ke.Tak ke segan nak hidup anak kami esok-esok.
”Tak kisah la mak.Mana-mana pun kami ikut.Tapi mak jangan pula bagi nama lama yang klasik dekat baby.Tak pasal-pasal KADUK bin Adam Lutfi ada dekat dunia ni esok-esok”,gurau Adam.
Aku dan emak tertawa mendengar gurauan Adam.Macam tahu-tahu je apa yang dok bermain dalam fikiran aku nih.
”Jangan risau la.Mak cari nama elok-elok.Kalau tak percayakan mak, sekejap lagi mak bagi buku nama-nama terindah tu dekat korang.Pilih la yang mana berkenan.Mak ikut je sebab lebih afdhal kalau mak ayah sendiri yang bagi nama”,balas emak.
Aku dan Adam saling berpandangan.Nampak gayanya kena jugalah mempersiapkan nama sebelum balik ke Negori ni.Mudah-mudahan mak setuju la dengan nama yang kami pilih sekejap lagi hendaknya.
----------------------------------------------
”Pening la tengok nama banyak-banyak ni abang..Nak cantumkan 2 nama pula.Susah juga nak kasi nama dekat baby ni rupanya Apa kata kita suruh mak je yang pilih”,keluhku.
Adam menggelengkan kepala, matanya tetap tertumpu pada buku NAMA-NAMA PILIHAN di depannya.Ralit dan bersemangat betul.
”Tak kisah kalau nak mak carikan nama untuk baby.Tapi, nanti mak lak dipersalahkan kalau nama baby tak sedap.Abang rasa baik kita yang pilih sendiri nama tu.Baru la puas hati”,tegas Adam.
”Ok.Tapi nama ni banyak la abang.Baik kita state kan initial untuk 2 nama tu.Pastu baru kita cari nama yang sesuai ikut huruf tu.Baru la senang sikit kerja.Kalau nak habiskan semua nama, takde la nama nak orang lain esok-esok”.
Adam tergelak mendengar kata-kataku.Akhirnya dia akur dengan cadangan aku.Nama pertama hendaklah bermula dengan huruf R bagi perempuan dan huruf A bagi nama anak lelaki.Kalau yang perempuan sebaliknya.Adam menyerahkan nama perempuan kepadaku dan dia sebaliknya.
”Kalau nama lelaki yang abang berkenan ada 3 ni sayang.Yang start huruf R ada Rafiq, Rafi dengan Raqwan.Yang lelaki ada 3 juga Amzar, Amsyar dengan Ammar.So, lepas ni kita cantumkan jelah.Yang perempuan, sayang nak pilih yang mana?”,soal Adam sambil menghulurkan buku tersebut kepada aku.
Halaman yang berisi nama bayi perempuan ditunjukkan kepada ku.Aku mengamatinya satu persatu.Nama dan maksud yang tersembunyi di sebalik nama terbaik yang ada.
”Adna macam sedap je abang.Lagipun nama dia ringkas je.Sebut pun senang”,usulku pada Adam.
”Macam tak boleh je sayang.Nama Adnin tu lebih kurang nama Mak De baby .Lailatul Adnin tu nama penuh Laila la sayang’.
”Takpelah.Bukannya sama pun nama tu abang.So, kita ambil je ye?”,pujukku lagi walaupun aku tahu Adam kurang setuju dengan nama tersebut.
”Ikut mama la.Kalau baby tak setuju jap lagi, kena tidur luar pula”,gurau Adam ala-ala bercakap dengan bayinya.Bahuku dirangkul erat dan aku tersenyum senang.
”Erm, kalau macam tu Rin ambil 3 nama ni la.Kalau yang R, Rin pilih Rauqah, Rifqah dengan Ruqyah.Yang huruf A, kita ambil Adna, Azwa dengan Asma.Ok kan?”,soalku pada Adam lagi.
Adam menganggukkan kepala.Seketika kemudian, kami mencantumkan nama-nama yang dah pun dipilih.Nama plihan Adam semuanya sedap-sedap belaka tapi kalau boleh aku tak mahu nama Rafiq jadi pilihan.Nanti jadi kontroversi pula.
”Apa yang kontroversinya.Maksud dia bagus ni?”,protes Adam kepadaku.Dia dah mula tarik muka 14 dah.
“Ok, terserah abang kalau nak pilih juga.Tapi jangan nanti abang cemburu esok-esok sudah la.Sebab nama tu sama dengan nama depan Amal.Kalau abang ok je, Rin tak kisah”,balasku.
Adam mengetap bibir.Ha, tahu pun nak cemburu.
“Ok, fine.Kalau macam tu.Bang ganti nama Rafiq tu jadi nama Raziq la.So, nama yang kita kena pilih antara 3 ni la.Ammar Raziq, Amzar Rafi atau pun Amsyar Raqwan.Nanti kita tanya la yang lain.Ikut vote paling tinggi, tu kita ambil buat nama baby ok?”.
“Ok, deal.Yang nama baby girl antara 3 ni.Rifqah Adna, Rauqah Azwa atau pun Ruqyah Asma.Tapi kalau nama lelaki huruf depan dia R pun ok juga abang.Tapi kita vote jelah nanti.Ikut majoriti, yang tu jadi nama baby”.
3 nama yang dipilih akan kami bawa ke forum untuk ditentukan.Tapi aku memang harap nama-nama ni tak ada yang protes.Kalau tidak, aku puas pula nak menyelak nama di semula.Penat dah mencari,cukup la sekali je.
“Buku ni tak la setebal buku nama-nama masa dekat Indonesia dulu.Abang pernah gak la selak buku tu kat kedai buku dulu-dulu.Macam-macam nama ikut suku kat sana ada.Kalau dia orang tak setuju juga, kena la abang bagi nama Rangga atau pun Ratih dekat cucu mak.Nampak sikit kenangan kita kat sana sayang”,ujar Adam selamba.
No..no..no,aku tak mahu.Yang ada kenangan dekat sana tu dia bukannya aku.Kalau kenangan kita kat sana, buat hal sendiri-sendiri.Dekat sini kita bermula, so kenalah nama ala-ala orang Malaysia!Kalau nak lebih Malaysia lagi, kita ambil je nama-nama orang zaman dulu tu, habis cerita.
-------------------------------------------
“Macammana mak.Ok tak nama-nama tu.Ke ada yang buat mak terbelit tidak nak sebut?”,soal Adam pada emak ketika kamu mengajukan nama kepada emak.
“Mak ikut je.Tapi dalam banyak-banyak nama, mak suka nama Raqwan ni.Kalau mak, mak letak Amsyar tu dekat belakang.Sedap sikit didengar”,saran emak kepada kami.
Aku tersenyum lebar mendengar kata-kata emak.Akhirnya ada juga yang menyokong aku.Adam menjeling manja dengan reaksi aku yang seakan menang dalam menentukan nama bayi kami.
“Ok la, Adam ikut je.Kalau dah dua ibu kata benda yang sama apa Adam boleh buat.Hamba patuh dan taat jelah Tuanku”,balas Adam sambil mengangkat sembah kepada kami.Fuh, naik pangkat jadi keluarga diraja pula aku hari ni.Cayalah.
“Ala, tak payah nama glamour-glamour mak.Nanti Adam panggil anak Adam nak mudah-mudah je.Senang nak bagi orang kenal tu anak kami!”.
“Apa dia namanya?”,soal emak.
“Kalau yang perempuan, Adam panggil Minah atau pun Senah.Kalau lelaki Adam panggil la mamat.Mamat apa, Adam kasi ikut apa makanan mama dia paling banyak makan masa pregnant.Since mama dia paling suka makan tempe masa pregnant kali ni,nanti Adam panggil baby Mamat Tempe jelah ye”.
Terkejut aku mendengar kata-kata Adam.Boleh lagi buat main-main.Kalau betul-betul jadi esok, tak keluar rumah la anak aku sebab malu nama glamour dia gitu.Aduhai, jangan la gurauan dia jadi kenyataan hendaknya.
----------------------------------------------
Kata orang, melahirkan anak tu separuh dari sakitnya menghadapi kematian.Dan aku dah pun mengalami sebentar tadi.Sakitnya Allah sahaja yang tahu.Bila dah ada pengalaman begini, barulah terkenang-kenang semula pengalaman menyambut kelahiran sebelumnya.
Boleh dikatakan dah berpuluh kali berhadapan dengan situasi begini.Tapi rasa takutnya lebih berganda-ganda.Adam yang menemani aku pucat lesi bila aku berjuang nyawa melahirkan zuriatnya.Takut benar kalau terjadi sebarang komplikasi sewaktu aku melahirkan bayi sebentar tadi.
Alhamdulillah, lahir seorang lagi umat Muhammad.Dan naluri seorang bapa sebagaimana sering Adam war-warkan memang terbukti kebenarannya.Akhirnya nama Muhammad Raqwan Amsyar jadi pilihan.Dan doa aku sebagai seorang ibu agar si kecil menjadi anak yang soleh yang sentiasa tidak menoleh bila diseru kearah kebenaran.Amin.
--------------------------------------------
Aku buntu dengan keadaan Amsyar yang masih belum berhenti menangis.Puas didodoi emak, tapi tangisannya makin nyaring.Nak kata tak kenyang, dah puas disusu.Nak kata lampinnya basah, baru disalin.
Adam menggaru kepala dengan situasi ini.Usia bergelar ibu bapa yang masih baru membuatkan kami mati akal dengan keadaan sebegini.Mujur aku berpantang di rumah mak, ada juga orang yang berpengalaman nak membantu.
Kalau di rumah sendiri, alamatnya ada hamba Allah yang cabut lari.Mana nak tahan dengan tangisan si kecil yang tak henti-henti dari tadi.
“Mak,dia kembung perut kot”,teka Adam sambil mendekati Amsyar yang sudah mulai redha tangisannya.
Emak menggelengkan kepala.Ada muka tak puas hati di raut muka emak.Apa kes pula ni?
“Mak nak tanya kau orang ni.Jujur je dengan emak.Sebelum Ida bersalin hari tu, ada tak kau orang kata nak panggil nama lain dekat anak kamu ni?”.
Aku mengetap bibir.Adam menggaru kepalanya yang tak gatal.Emak meletakkan Amsyar yang dah berhenti menangis di sebelah aku.Bila melihat kebisuan kami, emak membuat spekulasi yang benar-benar mengejutkan kami.
“Maknanya ada la tu.Ada yang dok berhajat nak panggil anak dia nama pelik-pelik la ni.Bila baby lahir, mula la tak sesuai nama.Apa nama yang kamu dok guraukan tu Adam?”.
Adam menjawab pertanyaan mak lambat-lambat.Takut kena marah la tu.Aduhai, kesiannya la dekat baby aku ni dengan nama klasik yang entah kekal sampai bila nantinya.
“Adam gurau je mak.Kata nak panggil anak kami ni Mamat Tempe.Tak sangka pula, lahir-lahir boleh tak sesuai nama macam ni!”,jelas Adam perlahan.
Emak menggelengkan kepala.Tak lama kemudian, emak menghela nafas panjang sebelum membuka mulut berbicara semula.
“Ha, elok la tu.Sekarang ni dah ada pun Mamat Tempe yang dah rasmi jadi cucu mak.Tak cukup dengan nama mak yang bertukar jadi Minah Murai, ada pula cucu yng mewarisi wan dia.Ya Allah, sabar jelah dengan kelakuan anak menantu gini gayanya”,luah emak.
Adam tersengih-sengih mendengar luahan hati mak.Langkahnya diatur perlahan kearah aku yang menepuk punggung bayi perlahan.Runtun hati aku dibuatnya dek panggilan Mamat Tempe ni.Adam punya pasal la ni.
“Rin, abang minta maaf ok.I’m so sorry.Kalau tak disebabkan abang mengarut dulu, tak adanya nama baby jadi gini.Tapi abang janji, mamat tempe, mamat budu, minah tempoyak, minah cencalok ke,Abang akan setia dengan Rin dan anak-anak kita sampai bila-bila”,ikrar Adam lebut sambil menggenggam erat tanganku.
Aku mengangkat muka menatap wajah Adam.Ada raut wajah bersalah di mukanya.Genggaman tangannya aku eratkan.
“Rin pun janji, Rin akan sayang abang selamanya.Hanya Abang di hati Rin sampai bila-bila.Tapi lepas-lepas ni, abang jangan ada niat nak bagi nama buruk-buruk lagi dekat anak-anak kita nanti.Janji”.
“Promise sayang.Demi Allah, Janji abang kepada dia abang dah tunaikan.Abang akan bahagiakan Rin dan anak-anak selagi ada hayat abang.Tapi nama pelik-pelik tu abang dah sebut tadi, apa nak buat ni sayang”,soal Adam cemas.
Aku mengetap bibir mendengar kata-katanya.Sedangkan emak Cuma tergelak melihat reaksi muka kami yang cuak.Apa maknanya tu?
“Ha, lepas-lepas ni mak buka kedai tempe,budu, tempoyak dengan cencalok la alamatnya.Anak-anak kau orang tolong mak jaga kedai,memang laku la semua tu’,ujar emak selamba.
Sedangkan aku dan Adam dah hilang kata-kata.Aku pandang, Adam pandang aku.Serentak pandangan kami beralih pada baby yang masih lena.

"Oh anakku Mamat Tempe,walaupun nama timanganmu klasik, mama dan papa tetap sayang pada kamu.Ini janji kami berdua.Insyaallah,hingga akhirnya!
".

P/s:Salam alaik.Tq all for support sebelumnya.Sebelum saya meninggalkan blog ni seminggu ke depan untuk menjalani exam, baca dah hayatilah kisah cinta Adam & Ida.Finally habis gak mengayat cerita ni.2 tahun ambil mase,huhu.Rupa-rupanya susah gak nak jadi writer ni ye.Moga kisah ini ada manfaatnya untuk kita bersama.Janji takkan dimungkiri,falsafah harus dituruti.Akhir kata, komen dan pandangan anda amat dialu-alukan utk meningkatkan mutu karya saya akan datang.Salam saya dari saya.Sekian,wassalam

14 comments:

Didi Sakura said...

hahaha,, comelnye diorang,
5star!!! =)

Anonymous said...

citer JANJI nie dh tamat le yek...
oh no..tp x pe coz stiap y bmula ada pngakhirny....
citer nie mmng best..
truskn mnulis citer y best2 lg ok...

kak tyea said...

best cite ni..saya baca sampai abis..memang sempoi tp tetap best cuma kenapa ida doakan anak dia takkan berpaling ke arah kebenaran?? salah taip kot? hehe..besalah tu..tp u memang best..

dr.rock4eva said...

maybe silap interpretation tu..
maksudnya kalo diseru ke arah kebenaran, dia akan ikut..takkan menoleh/berpaling dari seruan tu..gtu la!

Anonymous said...

sukenyer!!!!!
tp sedey la gak cter ni dh hbs.....
watevapn thanx 2 u dr.rock...
keep writing k....
lpas ni smbung AAP&CCB....

iena said...

salam writer...
kira nya ni last episode la ya...
apa2 pun TAHNIAH...
lain kali blh wat lg citer2 y best y memberi manfaat kpd semua pembaca...

MaY_LiN said...

hihihi..
cayalah..

ღnurull.mrs21ღ said...

finally..tmt jgk :)

suke2~~bes2~~

teruskan menulis okeh?!

sy da bookmark link awk dan akan ditepek'n dibelog saye :)

Anonymous said...

penat sgt gelak sal name mamat tempe tu...sakit tekak d buat nyer..
btw,erm..mule2 cite ni cam xbes(boring sket),kurang sket perincian mase mule2 tu..
upe2 nye perincian nye bile da knl adam..bes la :)
congrats!

Anonymous said...

tp kan sal amal ilang camtu je..
ingat kan tajuk nye janji sal janji ngan amal ttg friendship diorang..
so, maybe lau amal n ida berbaik n jd kwn till the end..huehue

Anonymous said...

la..
da abez kew?
cm tbe2 lak da cmpi ending...

eyna said...

hahahaha..kelakarlah...best sangat...

Anonymous said...

bestla cerita nie... 2 kali dah saya baca... :)

Anonymous said...

mat tempe.. sweet name.. pengakhiran yg bagus.. crita yg menrik..