@rubiadaibrahim

Tuesday, November 3, 2009

Ayat Power 16:Bulan & Madu!


Sakit juga pinggang dek terlalu lama duduk ketika exam.Boleh dikatakan, puas juga aku melakukan senaman duduk setempat bagi menghilangkan rasa lenguh akibat terlalu lama duduk.Soalan exam seperti selalu, menguji minda dan jiwa.Dan aku yang menjawab soalan, ada yang ok dan ada juga yang ko.

Biarpun ada soalan yang aku rasakan susah dan aku sendiri ragu-ragu dengan pilihan jawapan yang ada, tak ada rasa bimbang di hati.Ketenangan dirasakan sepanjang exam.Mungkin berkat doa dari suami aku barangkali.

Aku mencari-cari Einstein selasai menjalani peperiksaan.Dari jauh kelihatan dia duduk di satu sudut sambil membaca sesuatu.Leka dan tekun dengan apa yang dibacanya hingga tak perasankan aku yang melangkah menghampirinya.

Dari jarak tak sampai semeter darinya, kedengaran alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di telinga.Dia mengaji rupanya.Patut la kusyuk benar.

Berniat tak mahu mengganggu,aku mengambil tempat di sebelahnya.Tinggal 3 ayat lagi untuk dia habis membaca satu muka yang dibacanya.Dan pada perkiraan aku, dia mahu menghabiskannya sebelum berbicara dengan aku.

Einstein menutup Al-Quran tafsir yang dibacanya.Dimasukkan ke dalam bag sandang yang dibawanya.Aku sekadar memerhati gelagatnya dengan senyuman yang bermain di bibir.

”Kenapa tengok abang macam tu sekali?Ada yang pelik ke dengan apa yang abang buat tadi?”,soal Einstein bila melihat reaksi aku yang sebegitu.

Aku menggelengkan kepala.Jauh dalam hati, aku senang dengan tindakannya.Seketika, aku teringatkan mama yang sering melakukan rutin yang sama di saat kami, anak-anak menjalani exam.Paling aku tak sangka bila aku dah menikah, Einstein melakukan hal yang sama.

”Tak adalah pelik.Just terharu je dengan apa yang abang buat.Hari tu Bilah lupa nak inform dekat mama pasal exam ni.Maybe mama pun lupa rutin dia ni bila Bilah exam.Tak sangka pula abang yang tak over”,jelasku.

”Tak apa la.Dah ada suami, tanggungjawab ibu bapa tu dah beralih pada abang.Semua yang berkaitan dengan Bilah, ada di bahu abang.Dan salah satunya yang tadi”,balas Einstein sambil tersenyum manis.
Aku menganggukkan kepala.Tapi ada satu kemusykilan di hati aku.Kalau dia mengaji dari awal aku mula exam tadi, bila dia melelapkan mata.Dah la semalaman dia berjaga, takkan dia dia berniat jadi burung hantu pula hari ni?

”Jap..jap.Abang tak tidur langsung lagi ke dari semalam?”.

Einstein menggelengkan kepala sebagai jawapan pada soalanku.

”Ya Allah,kesiannya dekat abang.Tengok mata pun dah bengkak-bengkak.Bilah pun sempat juga tidur walaupun sekejap.Dunia dah terbalik dah ni.Kesiannya dekat abang”.

Rungutanku disambut ketawa Einstein.Apa yang kelakarnya aku tak pasti.Rasa bersalah bermaharajalela di hati aku dengan apa yang terjadi saat ini.

”Tak apa la.Bukannya selalu abang berjaga malam macam ni.Sekali-sekala apa salahnya kan.Erm, lagipun abang tak boleh tidur la sorang-sorang.2,3 hari ni ada orang temankan abang tidur.Bila takde teman ni, susah betul mata abang nak lena”,ujar Einstein perlahan, seakan berbisik denganku.

Aku termalu sendiri mendengar kata-katanya.Darah menyerbu naik ke muka dibuatnya.Sedangkan Einstein makin galak ketawa bila muka aku dah berubah warna.Aduhai, bila la aku nak terbiasa dengan keadaan sebegini ye?

”So, apa plan abang lepas ni?Bilah ikut je”,balasku malu-malu.Ceh, macam anak dara pingitan dah aku ni.

”Plan abang?Plan abang banyak tahu tak.Tapi apa-apa pun, kita pergi makan dulu ok.Perut dah menyanyi ni sayang.Then, baru kita bincang la apa-apa yang patut.So, shall we?”.

Einstein menghulurkan tangannya pada aku.Tanganku digenggam erat, serentak kami bergandingan.Ada juga mata-mata nakal memandang tingkah kami, tapi Einstein bukan meleraikan ikatan tangan kami tapi mengeratkan lagi.Bangga benar dia dah beristeri lagaknya.
-------------------------------------------
Sebagaimana layannya sebelumnya, Einstein masih Einstein yang sama.Mahukan aku menyuap makanan kepadanya dan sebaliknya.Katanya dia rasakan kasih sayang aku sepenuh jiwa dengan layanan aku sebegitu.Dan aku tegaskan semula akan rasa hati aku yang satu.Hanya untuk dia.

”Kalau Bilah tak layan abang macam ni pun, abang je yang Bilah sayang.Tak ada sebelum dan selepas abang.Insyaallah”.

Mendengar kata-kata aku Einstein ketawa girang.Cukup membuatkan aku rasakan betapa bahagia dan indahnya ikatan suci sebuah pernikahan yang telah terbina.

”Betul kan apa yang abang cakap dulu.Kalau Bilah bagi la sign suruh meminang Bilah awal-awal kita belajar dulu, entah berapa dah kita punya family member.Dah jadi bapa orang dah abang gamaknya”.

Aku menjengilkan mata mendengar kata-kata.Tak mudah lagi dia berimpian begitu.Kalau aku ditakdirkan menikah seawal itu, tak habis-habis la aku belajar dibuatnya.Mana nak habis, mengandung dan bersalin jadi rutin tahunan aku.Tak sanggup la difikirkan kalau betul-betul jadi dekat aku.Seram!
-------------------------------------------
”Abang ingat lepas ni kita straight jalan-jalan dekat Putrajaya la sayang.Then terus honeymoon kat Equitorial.Sebelum abang masuk kelas, nak juga berdua-duaan dengan Bilah je dulu.Takut lepas ni, abang dah sibuk sampai terlupa pula abang dah jadi suami orang.So, Bilah ikut je kan?”,soal Einstein ketika kereta bergerak meninggalkan perkarangan hospital.

Seperi selalu Eisntein tersenyum lebar bila aku mengatakan persetujuan.Kereta bergerak ke arah Putrajaya sebagaimana perancangan Eisntein.Tak pulang ke rumah aku mahu pun dia.Paling tidak, ada juga destinasi cuti-cuti habis exam buat aku.

Einstein leka dengan pemanduan.Sebelumnya, aku menawarkan diri untuk memandu.Tapi Eisntein menolak dengan alasan aku kurang mahir selok-belok jalan di sini.Akhirnya aku mengalah biarpun aku kasihankan cik abang aku yang tentunya penat dan mengantuk kerana belum tidur sejak semalam.

”Bilah tengok abang macam alien tau tak?Tak tenang la abang kalau sayang dok pandang macam tu je.Abang ada buat salah apa-apa ke?”,soal Einstein.

Pandangan mata aku padanya aku alihkan.Aku menarik nafas panjang sebelum menuturkan kata-kata.

”Memang abang ada salah pun.Salah abang sebab terlalu risaukan Bilah.Sampai-sampai diri sendiri tak terjaga.Abang tak boleh macam ni dah next time tahu tak?”balasku tegas.

”Baik tuanku.Ampun tuanku seribu ampun.Maaf patik harap diampun”.

Ucapan Einstein membuatkan aku ketawa.Pandai betul dia mengambil hati aku.Tapi memang aku akui sikapnya yang satu ni.Hinggakan semua sepupu-sepapatnya senang dengan dia.Termasuklah Dina.Ye Dina yang tak pasal-pasal menaikkan rasa cemburu aku pagi tadi.

”Abang, pasal Dina pagi tadi.Habis exam, Dina tak ada pun dah dengan abang.Dia dah balik ke?Attachment dia macammana, dapat tak abang?”.

”Oh, pasal Dina.Abang pun tak tahu la sayang.Lepas Bilah masuk exam tu, Dina pergi settlekan urusan attachment dengan kawan dia.Kebetulan kawan dia tu anak lecture kita.Abang rasa maybe dapat la kot”,balas Einstein lagi.

Aku tersenyum senang mendengar jawapannya.Paling tidak, hilang juga rasa cemburu yang dok mengasak dalam fikiran aku nih.

”Jangan risau la sayang.Abang takkan buat Bilah cemburu lagi lepas ni.Kalau Bilah cemburu esok-esok,tak dapat la nak makan kailan ikan masin yang masin tu”.

Gurauan Einstein membuatkan aku terperanjat benar.Tak pasal-pasal tangan aku menghadiahkan cubitan cap kerengga.Einstein apa lagi, mengeringai la kesakitan.Rasakan la cik abangku!
-----------------------------------------------
Atas cadangan aku, kami check in di hotel terlebih dahulu.Bab berjalan-jalan kami tangguhkan dulu memandangkan mata Encik Umar yang dah menunggu masa nak tutup tu.Kalau ikutkan dia, macam-macam tempat dia nak jelajah tengahari ni juga.Katanya takut tak sempat nak bergambar di semua tempat kalau waktu tengahari dah terisi dengan aktiviti bermimpi.

”Kalau abang nak pergi, abang pergilah sorang-sorang, Bilah tak mahu ikut”.

Ugutan aku mngheret Einstein mengikuti langkah aku.Walaupun tak berpuas hati dengan keputusan aku, Einstein menurut juga.Dan sekarang ni, dah pun lena dibuai mimpi suami kesayangan aku ni.

Kononnya tak mengantuk, tapi nampak je katil terus pejam mata.Tak peduli dah pada dunia sekeliling dia.Mula-mula dia menonton TV, tapi sekarang ni dia dah pun ditonton dek TV.

Aku leka memerhatikan dia tidur.Memang lena betul.Tidur dia statik je di satu tempat.Kalau sebelum dia tidur lagi, baring dengan tangan di atas kepala, sampai saat ini pun posisi dia masih begitu.Lain betul dengan aku yang lasak tak kira waktu.

Kalau aku la yang tidur, dah tergolek bawah katil gamaknya.Disebabkan perangai ganas aku yang tak mengira waktu tu jugalah, aku tak mahu memejamkan mata.Sekadar berbaring dan memerhatikan Einstein tidur.Polos betul muka dia, hilang segala masalah yang ada bila melihat wajahnya yang sentiasa tenang tu.

Tapi tenang tak selalunya tenang.Handphone aku menjerit minta diangkat.Dan seperti selalu, siapa lagi yang rajin mengacau kehidupan Puan Nabilah melainkan Cik Nani dan Dania.Mula la sesi siasat-menyiasat dua polis tak bertauliah nih.Adeyh, nak angkat ke tak ye?Kalau tak angkat, habislah aku kena tuduh yang pelik-pelik.Kalau angkat, sama ye je dikenakan dek dorang.Erm, angkat jelah.Kalau tak, ada hamba Allah yang terbagun dari tidur sekejap lagi.
--------------------------------------------------------
”Oit, p honeymoon tak habaq dekat cek!”,gurau Dania sambil ketawa di hujung talian.

Tak sempat nak bagi dalam, sedebik dia kenakan aku.Memang kronik sikap terlebih mengambil berat kawan aku yang sorang ni.Atoi la.

”Kalau aku habaq kat ko, ko nak watpe?Takkan nak join sekaki lak?”,balasku bersahaja.

Dania ketawa sekali lagi.Tapi kedengaran pula suara Nani yang mahu bercakap dengan aku.Aduhai,ingatkan Dania sorang, sekali Nani pun join sekaki.Puas la aku nak layan wartawan hiburan 2 orang ni sekejap lagi.Habis la ayat power aku nak mengayat.

”Amboi, Puan Nabilah.Bahagia j bunyinya.Korang menyorok kat Pulau mana tu weh?Takde angin, takde ribut..tup..tup, tak jumpa jalan nak balik rumah?Penat kami tunggu nak makan sekali, rupa-rupanya cik abang kau bawa lari ye?”,soal Nani pula.

Aku tergelak mendengar kata-kata Nani.Lupa nak sampaikan kisah honeymoon mengejut aku ni pada keduanya.Apa nak buat, cik abang Einstein yang jadi organizer .Aku Cuma peserta je.

”Takde pergi pulau la.Pergi rayap Putrajaya je sekejap ni.Tengahari atau pagi esok dah balik dah.Einstein pun bukannya dapat cuti lama,esok-esok dah masuk hospital balik”jelasku.

”O,ye ke.Takpelah weh.Yang penting balik dari honeymoon kau orang ni, kami nak juga la hadiah.Kalau hadiah tu dapat tahun depan pun takpe.Kami akan sentiasa menunggu dengan sabar”.

”Ha, takde maknanya nak berhadiah bagai.Kitaorang bukannya berduit,kaya raya nak belikan itu ini.Kau tunggu sampai bulan jadi bintang pun, aku takkan bagi hadiah apa-apa dekat kau orang tahu tak”,gurauku kembali.

”Oit, sal kau lampi sangat hari ni.Memang orang menikah macam ni gamaknya.Hadiah kami nak tu tak payah guna duit pun.Formula dia kena ada ikatan yang sah dengan rasa kasih dan sayang je!Tapi kena tunggu lama sikit la baru dapat, 9 bulan 10 hari gitu la”.

Kata-kata Dania bernada gurauan menyapa lembut di telinga aku.Cukup jelas dan aku sendiri faham akan maksud dan niat mereka.Tapi bersediakan aku andai itu takdirnya?

”Loh, sal kau menyepi ni.Jangan risau la weh.Takde paksaan la bab hadiah tu.Tapi kalau ada seronok juga.At least naik gak pangkat aku nanti.Jadi auntie gitu-gitu weh.Macam best je bunyinya.Tapi best lagi kalau dengar Puan Nabilah kita ni jadi umi.Hahhaa’,tambah Nani pula.

Aku menggaru kepala yang tak gatal.Budak-budak ni, memang takde kerja lain.Suka benar mengenakan aku.Panas telinga aku dek ayat-ayat kiasan yang menguji jiwa raga ni.

”Weh, kata honeymoon.Mana si Einstein?Kalau kau rasa macam tak nak tunaikan,kami nak request kat dia.Mana la tahu dia murah hati kan?”.

Aduhai, sekali lagi kanak-kanak ni menyeliratkan urat kepala aku dengan soalan-soalan killer sebegini.Jawapan dia lebih susah dari soalan O&G nih.Apa nak dikata ya?

Sekilas aku berpaling kearah katil dari balkoni.Einstein sudah bangun dari tidur.Matanya belum terbuka tapi tangannya mencari-cari aku di sebelahnya.Fuh, akhirnya ada juga akal nak menyelamatkan diri.

”Weh, pasal hadiah tu nanti sikit la aku fikirkan.Cik Abang aku dah panggil la wehTak baik menderhaka pada suami.Tak cium bau syurga lak aku esok-esok.Tata”.

Tak sempat Dania dan Nani mengenakan aku sekali lagi, aku menekan butang end call.Handphone aku matikan selepas mengirim sms kepada keduanya.Sms peringatan dan lebih kepada ugutan tentunya.

”Sebarang pesanan, gangguan, aduan adalah tidak dilayan.Maaf dari Puan Nabilah dah suami”.

Tekan butang hijau dan send.Mana.Honeymoon, mana boleh kacau-kacau kan?Hehe!

Selamat pengantin baru buat aku dan suami!Ceh, ucap dekat diri sendiri nih.Macam desperate habis je!Tak bleh blah!
------------------------------------------
Nama saja honeymoon tapi manisnya kurang manis dari madu.Kebanyakan gambar yang diambil macam gambar pergi rombongan budak sekolah.Sendirian Berhad.

Apa boleh buat, berjalan keliling Putrajaya di waktu malam.Nak minta tolong pun, tak ramai orang.Bila keadaan dia berubah sebegini, Einstein apa lagi.Bising la dia mengomen sana sini.

”Sebab tu la abang ajak sayang jalan petang tadi.Tapi Bilah paksa juga abang tidur.Kan dah tak rupa honeymoon sekarang ni?”.

Aku tergelak dengan komen yang lahir dari mulutnya.Tidur punya lena, boleh pula dia nak persoalkan tindakan aku.Rasional apa, tindakan aku sebelumnya.

Bukan tak ada gambar berdua, Cuma boleh dikira dengan jari.Kalau ada orang yang free, boleh la minta tolong ambilkan gambar.Kalau tidak, balik ni aku edit la mana-mana yang patut.Boleh juga asah skills lama yang dah terperam dan terpendam tu.

Kami leka memerhatikan gelagat manusia yang berbagai ragam di depan mata.Perhatian aku lebih kepada pasangan veteran tidak jauh dari kami.Mesra benar walaupun usianya dah lanjut.Moga aku dan Eisntein begitu juga bila usia dah meningkat nanti.

”Abang tengok tu.Dua-dua pun tak malu nak tunjukkan rasa sayang pada isteri dia.Beruntung betul mak cik tu kan”.

Einstein mengalihkan pandangan ke arah pasangan yang aku maksudkan.Tiada respon dari Einstein.Dia diam seribu bahasa.Dan kebisuan Einstein membuat aku berpaling menatap wajahnya.Muka Eisntein berubah.Tak ada lagi raut gembira seperti sebelumnya.Ada raut tak percaya dan terkejut dengan apa yang aku maksudkan.Aku pelik dan aku tak tahu kenapa?Dan aku keliru sendiri menghadapi situasi begini.Ada drama rahsia demi rahsia ke?

P/s:Salam.akhirnya ada juga n3 AP..hehe.Selamat membaca.Maaf n3nya lambat bangat.Habis exam, 2 ari kena bermalam dekat desa nun jauh dari mata.jauh dan penuh dugaan.Akhinya, sempat juga mengayat sikit.Ayat tak berapa nak power kali ni, tapi harap semua enjoy baca kisah karut saya ni.Tata

8 comments:

sya[E] said...

dh der nih pn lbey dr ckup dr xde kan..thx..
bikin suspen je la ayt last 2..
knp ye ngn einstein??
nih yg xsbr nk tau ksh slnjtnye..smbg ag ye cpt2..hehe

cactaceous opuntia said...

suspen tol....adekah someone he knew...???

Anonymous said...

bhgia btl dia org nie....
knp dgn Einstain 2....
suspen2....
cpt2 smbung

misz nana said...

apo kono eh Einstein?
huhu~

iena said...

salam...tq writer.ada msa smbg lg...

nursya said...

hahaha...
wlwpn writer kata ayat x bp nk power...
tp tetap mcuit ati...
hik hik hik...
cpt smbg yek...

the zorro said...

sis..smbung cpt2 skit yer..xsabo nk bca la..huhuhuhue

Aiza said...

Alolololo sweetnya.. ekekek.. cpt smbg tau cs. ihik3..