@rubiadaibrahim

Thursday, December 24, 2009

3 in 1:Berasas ke tak?


”Along bukannya makin muda.Umur makin bertambah.Tahun depan dah nak masuk 17 tahun.Kalau orang zaman dulu, dah jadi mak orang dah Along tahu tak?Tapi anak ayah seoarang ni, pandai apa je?”,soal ayah lembut kepada aku.Matanya masih tertumpu pada jalan yang kian sesak di depan.
Aku mendiamkan diri.Tiada kata protes dan jawapan pada pertanyaan itu.Apa yang aku reti?
Aku pandai menjawab kata-kata nasihat semua orang, aku paling pandai mengelat bila disuruh ibu, aku master menyakat adik-adik di rumah dan akulah HEROIN bab-bab mengenakan orang ni.Mengingatkan kelebihan aku yang pastinya jadi kekurangan anak dara zaman dulu membuatkan aku tersenyum sendirian.
Ayah memandangku sekilas.Raut pelik jelas tergambar.Aku membiarkan ayah dengan spekulasinya tersendiri.Sejak tadi,aku lebih senang mendengar nasihatnya.Lembut dan tenang seperti selalu.Dan aku akui,sikap ayah sebegitu jugalah yang membuatkan aku akhirnya rela dan akur akan kehendaknya mahu aku tinggal di asrama usai aku menerima keputusan PMR dulu.
”Ayah bukan nak perli Along.Ayah Cuma nak Along kenal dan faham betapa besarnya tanggungjawab Along.Belajar jadi kakak yang baik pada adik-adik.Ayah rasa dah sampai masanya Along ambil tugas Angah.Dan Angah juga perlu sedar hakikat dia tu bukan kerjanya di dapur semata-mata”.
Ayah bersuara lagi.Aku sekadar menganggukkan kepala.Aku juga sedar akan hakikat itu.Betapa ayah berharap dalam usia begini, aku mengubah segala perlakuan aku yang kurang baik dan memberikan contoh teladan yang baik pada adik-adik di rumah.
Aku menghela nafas panjang bila memikirkan betapa besarnya harapan ayah dan ibu padaku.Dan aku juga maklum akan niat ayah yang lagi satu.
” Ayah rasa dah sampai masanya Along ambil tugas Angah.Dan Angah juga perlu sedar hakikat dia tu bukan kerjanya di dapur semata-mata”.
Angah!Tugas Angah yang seharusnya aku lakukan setiap kali aku pulang bercuti.Terbayang tingkah laku Angah yang cermat dan lemah lembut dalam setiap kerjanya.Angah yang mencuci pinggan, Angah yang membasuh baju Angah yang menyiram bunga dan Angah juga yang rajin menemani ibu setiap kali ibu di dapur.
Bukan aku tak pernah mencuba mengambil alih kerja-kerja Angah.Tapi Angah sendiri melarang.Walaupun sebenarnya aku melompat suka, tapi tergambar raut kebimbangan ibu setiap kali Angah berlebihan dalam kerja yang tidak selayaknya bagi lelaki berbuat demikian.
”Ala, ibu.Angah yang rajin nak buat,takpelah.Kalau Along yang masak nasi, makan bubur la semua orang jap lagi.Kalau tak pun, semua sakit perut sebab nasi mentah.Nanti-nantilah Along belajar ye ibu”.
Alasan yang aku lemparkan disambut senyuman di bibir ibu.Angah pantas mencapai periuk nasi di dapur tapi ibu melarang.Kata ibu, Muhammad Afiq bukan Nor Afiqah sebagaimana diejek kawan-kawan di sekolah.
Afiq Cuma tersenyum dengan tindakan ibu.Aku yang tak faham dengan gelagat ibu dengan adik lelaki aku ni!Bila aku menggelangkan kepala, pantas ibu bersuara.
”Angah ajarkan Along masak nasi tu.Jangan kesian dekat Along tu.Kalau kesian je, sampai sudah la Along tak mahu masuk dapur!”,pesanan ibu tegas kedengaran.
Afiq menyatakan persetujuan dan akhirnya aku terperangkap juga!Dan telahan aku, Afiq pasti mengambil dan melaksanakan tanggungjawab ibu sejak ibu disahkan berbadan dua.Tapi nak buat macammana, Angah je yang boleh harap kat rumah.Tak patut betul ayah fikir sejauh itu pada anak lelaki tunggal dia ni.Takkan la Afiq nak jadi Afiqah lak!
”Along, fikir apa sampai berkerut-kerut dahi.Tak pasal-pasal ada orang jadi andartu tapi tak reti buat kerja rumah jap lagi.Dah tu, tak sedar pun bila dah sampai rumah.Selalu tak sampai lagi, dah terjengol kepala bagitahu sahu taman dia balik”.
Gurauan ayah menyentakkan lamunan aku.Panjang dan jauh betul mengelamun.Aku tersengih mendengar kata-kata ayah.Aku bingkas menanggalkan seat belt di badan.
Dan seperti selalu, aku menjerit riang memanggil nama ibu dari luar rumah.
--------------------
”Along, seribu kali suka pun balik rumah, jangan la sampai lupa nak bagi salam.Teruk betul la Ustazah ibu ni”,tegur ibu di muka pintu.
Ibu tersenyum manis melihat reaksi aku yang menggaru kepala yang tak gatal.Semua tingkah laku aku ibu dah tahu dan boleh baca.Nak bagi ayat cover pun takde maknanya
“Assalaimualaikum ibu!Along rindu betul dekat ibu tahu tak?”,ujarku sambil mencapai tangan ibu.
“Ibu tahu.Mana pernah Along tak rindu kat ibu!”,balas ibu sambil memelukku erat.Hilang rasa rindu yang mencengkam.Padahal baru sebulan aku tak balik tapi rindunya memang tak tertanggung!Anak manja ibu la katakan!
Ibu mengambil beg baju yang dikeluarkan ayah dari bonet.Mengingatkan kisah kehamilan ibu, aku rasa tak sepatutnya ibu melakukan hal tersebut.Beg tu bukannya ringan.Nak pula, aku berniat tak mahu balik semula ke asrama, memang semua baju la aku angkut bawa balik.
“Ibu, biar Along je yang bawa masuk.Ibu angkat yang ringan-ringan je.Yang kerja berat biar Along je buat ok!”,kataku sambil mengambil beg dari tangannya.
Ibu terpempan dengan tindakan aku.Tapi pantas aku berlalu.Dari reaksi aku, jelas ayah tersenyum lebar.Gembira betul dengan perubahan aku sejak bersekolah agama ni.
--------------------
”Angah tu biasalah.Merayap je kerjanya.Nak pula dah cuti ni, lagi la tak nampak jalan balik rumah.Sebut je shopping kompleks mana , semua dia jelajah ”, ujar ibu bila aku mempersoalkan keberadaan Afiq yang tiada di rumah.Sejak aku pulang tengahari tadi, batang hidung pun tak nampak.
”Amboi, dah maju Angah sekarang ni ibu ye?Ibu kasi lak dia jalan-jalan gitu.Tak risau ke ibu kalau kawan-kawan dia kenakan Angah?”,soalku kembali.Pelik bin ajaib rasanya kalau Afiq dah pandai bersosial dengan dunai luar ni!
Ibu melemparkan senyuman padaku.Cukup membuatkan aku dapat meneka jawapan ibu.
”Sampai bila ibu nak risaukan Angah.Dia pun dah besar sekarang.Dah sampai masanya Angah jadi berani.Tak bergantung pada orang.Angah kena jadi anak lelaki yang benar-benar lelaki.Takkan la kena ejek sikit, nak mengadu dekat ibu dengan ayah lagi kot.”.
Aku mengakui kebenaran kata-kata yang lahir dari mulut ibu.Memang aku berharap menjadi anak lelaki yang tak legi cengeng.Walaupun awalnya, aku tak yakin Afiq boleh berkelana sendiri di sekolah lama andai aku tak bersamanya tapi kini pujukan ibu sudah menunjukkan buktinya.Afiq belajar berdikari tanpa aku dan tiada lagi Afiq si lembik suatu ketika dahulu.
”Betul..betul.Along setuju.So, sekarang ni ibu dah resign jadi biro aduan awam la ye?”,soalku kembali.
Ibu tersenyum mendengar gurauanku.
”Angah lak yang take over.Mana tidak, ibu loya memanjang.So, nak tak nak dia la yang kena layan Ecah bercerita.Ada satu kali tu, Angah yang kena pergi sekolah tanda tangan buku rekod kemajuan Ecah.Kata Angah, bingit jugalah telinga dengar cikgu Ecah mengadu perangai Ecah yang malas kat sekolah.”,balas ibu sambil ketawa.
Berderai ketawa aku mendengar cerita ibu.Tak dapat aku bayangkan Afiq dengan ceritanya yang meleret dan panjang berjela-jela.Dengan nada suara dia yang serba tak kena, gayanya yang lembut lebih pada aku.Aduh, memang mengundang gelak la kalau aku ditempat ibu.
”Yang buat ibu tergelak tu bukannya apa.Angah bercerita tak mudah lagi berlenggok dengan ibu.Tapi suara garau semacam.Sampai ayah kata, ayah kena ubah Angah a.s.a.p.Risau kalau Angah terbawa perangai lembut dia sampai bila-bila.Malu ayah esok-esok”,tambah ibu lagi.
Usiyh, dah garau suara dia. Macammana la rupa Afiq versi baru ye? Tak sabar betul aku nak jumpa adik kesayangan aku nih!
---------------------
”Woi Cik Pon.Kalau jalan pandang la, ni main redah je.Mujur aku sempat tekan break tadi.Kalau tak, dah gol dah kau hari ini”.
Jeritan lantang dari lelaki di luar pagar rumah membuatkan aku bangun dari kerusi malas di ruang tamu.Aku berlari ke tingkap, mahu melihat apa yang berlaku.
Afiq sudah terduduk di tepi jalan,memegang kakinya yang berdarah.Melihat itu, pantas aku berlari ke luar.Afiq aku hampiri.
Lelaki Cuma memandang.Tak ada belas kasihan langsung.
”Ini la manusia, tak reti nak menolong orang susah!”desis hati aku.
Jelas di depan mata, lelaki tersebut mencerlung matanya pada Aliff yang sudah terduduk menahan sakit.Tanpa meminta maaf, lelaki tersebut berlalu.Cukup membuatkan aku geram dengan perlakuan dia.
Ingat ada motor besar, boleh buat kepala besar sesuka hati.Kurang ajar punya mamat!Tapi tak guna juga aku bising-bising.Seribu kali aku marah pun, bukannya boleh diputar masa.Aku pantas membantu Afiq bangun walaupun mata aku dah berpinar melihat darah di kakinya.Aduhai,jangan la pitam di kala aku nak jadi heroin ni.
”Along, apa yang pejam matanya.Darah bukan banyak mana pun.Isk, nama je Kak Rock tapi darah pun takut.Tak Rock langsung la Kak Rock!”, tempelak Afiq.
Kutuk la adikku.Jap lagi aku tumbang, bertambah kerja kau baru tau!Aku memimpin Afiq berjalan ke rumah.Kemudian, aku menyuruh Afiq duduk di kerusi depan rumah sementara aku mengambil First Aid Kit di dapur.
Tapi kata-kata Afiq sebelum aku berlalu jelas di telinga.
”Muka dah handsome, tapi sombong lak.Melepas aku”.
Kata-kata Afiq perlahan.Lebih pada keluahan sebenarnya tapi cukup jelas di telinga aku.Dan memikirkan itu, tekak aku loya tanpa dipinta.Ditambah rasa mual melihat darah tadi, tanpa dipinta keluar segala isi dari perut aku.
Afiq berlari ke arah aku tanpa mempedulikan kakinya yang masih berdarah.Sekilas aku memandang Afiq.Dan ketika ini, aku rasakan kebimbangan ayah takut anaknya menjadi Pondan juga berasas.Dan demi mengelakkannya, Afiq terus dikawal ayah di rumah.Ya Allah,jauhkanlah Afiq dari jadi peel tak senonoh gitu!

4 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

uuuuuu..
haha..best2..
suke2..
smbung2..

Aiza said...

best2.. cpt la smbg.. ngee~~

P@Nd@_LoVeR said...

wah..beznyer dh ade n3 bru....
cte ni superb..
bez.. cpt2 smbung k..
tq 2 the writer..

Anonymous said...

akhirny ada jgk citer Dr. Rock....
rindu btl...
smbung2..