@rubiadaibrahim

Saturday, December 26, 2009

Ayat Power 17:Blank & Blurr!


”Abang!”.
Sepi.Tiada sahutan dari Einstein.Einstein masih terpaku dengan apa yang dilihatnya.Tak tahu apa yang harus aku tafsirkan dari mata aku yang menatap wajahnya.Tak pasti yang rahsia yang tersimpan dari gerak tubuhnya yang seakan bukan dirinya lagi saat ini.
”Abang”.
Namanya aku seru buat kali kedua.Responnya masih sama.Tangan kirinya aku genggam.Sejuk benar.Sejuknya sama seperti tangan aku di hari pernikahan kami.Kalau dulu, aku gementar akan status yang disandang buat hari pertama tapi mengapa pula Einstein berkeadaan yang sama.Aku keliru dan aku tak ada jawapan atas pertanyaan yang mengasak di kepala.
”Bilah..kita balik hotel ya!”.
Einstein bersuara juga setelah sekian lama dia terpaku dengan apa yang dilihatnya.Lemah benar suaranya.Pandangan matanya juga sayu.Cukup membuatkan aku terhimpit dan rasa ingin tahu memuncak.Apa hubungan mereka dan mengapa Einstein jadi begitu? Aku biarkan jawapan aku tak berjawab kerana aku yakin Einstein akan membuka mulut bercerita pada aku bila dirasakan sudah tiba masanya.
Tangan aku digenggam erat.Langkahnya aku turuti.Melihat aku yang membalas genggamannya, Einstein mengukir senyuman lebar.Aku memandangnya pelik.
”Kenapa pandang abang macam tu?Is there anything wrong?”,soal Einstein kepadaku, berbisik lembut di telinga.
Aku menggelangkan kepala.Seharusnya aku yang bertanya soalan begitu kepadanya,bukan dia.Pelik benar dia bila aku tak membalas soalan yang dilemparkan sebentar tadi.
”Kalau takde, kenapa macam tak puas hati je tengok muka abang?Macam nak makan orang je.Takut abang tahu”,soal Einstein lagi sambil mempamerkan mukanya yang ketakutan.
Gurauan Einstein membuatkan aku tersengih.Kelakar melihat mimik mukanya.Tak ubah seperti Asma disoal Kak Long bila Asma mencubit adiknya kerana geram.
”Abang la.Sekejap lost.Sekejap terkejut macam nampak hantu.Pastu tiba-tiba ajak Bilah balik.Tak bagi tahu sebab musabah pun.Pastu, senyum sorang-sorang.Sepatutnya Bilah yang tanya abang tahu tak?”balasku geram.
Einstein tersenyum lagi.Stress aku dibuatnya.Senyum lagi dan lagi.
”Senyum lagi.Senyum abang tu bukannya boleh jawab soalan Bilah tahu tak”,bentakku.
Einstein melingkarkan tangannya di pinggang aku.Erat, dan langkah aku mati dengan sendirinya.Lain orang tanya, lain pula reaksinya.
Mukaku didongakkan menghadapnya dan mata kami bertentangan.
”Tak tahu la sayang.Yang abang tahu satu je sekarang.Abang sayang betul dengan Bilah.Insyallah, selamanya hanya Bilah di hati abang”,ujar Einstein penuh yakin.
Kata-katanya seakan memujuk.Hilang rasa resah di hati mendengarkan bicaranya yang romantis benar.Melihat aku tersenyum lebar, Einstein memelukku erat.Tak dipedulikan lagi orang-orang di sekeliling yang masih ramai.Walaupun dalam hati bukan main gembira, tapi segan juga aku dibuatnya.Uisyh, blushing la pipi aku macam ni.
----------------------------------
Usai solat Subuh, aku menyiapkan baju Einstein untuk ke hospital sebentar lagi.Einstein yang masih baring di katil memandangku ralit.Aku mengalihkan pandangan kepadanya.Tak selesa juga kalau setiap tingkah laku aku dipandang tak berkelip.
”Abang rasa abang malas nak masuk hospital hari ni la sayang”,luah Einstein sebelum sempat aku bertanya kepadanya.
Aku tersenyum lebar mendengar kata-katanya.Sejak bila pula pandai jadi budak nakal ni?Aisyh, macam-macam perangai la suami aku ni.
”Kenapa?Bilah tak percaya ke?Abang cakap betul la.Sesekali memonteng apa salahnya kan?”,soal Einstein bila aku mempamerkan muka kurang percaya padanya.
”Salah.Memang salah sebab abang dah jadi suami Bilah sekarang ni.Kalau la abang buat perangai macam ni,semua orang akan mengata Bilah.Sebab Bilah, abang jadi tak berdisiplin, sebab Bilah abang pandai langgar peraturan, dan maybe disebabkan Bilah juga abang....”.
”sayang sangat dekat Buku Bergerak yang macam murai tercabut ekor ni”,pintas Einstein sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata.
Einstein menarik tangan aku supaya merapatinya.Jelas tergambar di wajahnya dia nak bermanja dengan aku.Aku mendekatinya dan seperti aku duga, dahiku dikucup lembut sebelum tangannya melingkari badanku.Aku senang dimanja begitu hinggalah aku terpandang jam di kepala katil.Dah pukul 7 pagi!Naya hidup kalau terus dilayan .
”Abang, Bilah rasa abang kena bersiap sekarang.Kalau tak, confirm lambat sampai jap lagi”.
Tiada reaksi dari Einstein.Malah pelukannya makin dieratkan dan matanya dipejamkan.Walaupun aku mahukan kami menikmati indahnya berbulan madu tapi aku harus sedar akan tanggungjawabnya yang lagi satu.Urusan belajar yang masih terkandas dan memerlukan aku berkorban rasa ingin bermesra seperti pasangan yang baru bernikah lain.Dan yang lebih penting, aku tak mahu orang mengata aku membawa impak negatif dalam hidup Einstein.Cukuplah, sebelum kami menikah aku dikutuk.Sekarang, aku mahu menjadi sayap kiri Einstein yang menjadikannya manusia terbaik selamanya.Itu tekad aku!
”Betul abang nak ponteng ni”,soalku penuh muslihat kepada Eisntein.
Pantas Einstein menganggukkan kepala dalam keadaan matanya yang masih terpejam.
”Ok.Kalau betul abang nak ponteng, Bilah nak ajak abang pergi stesen bas jap lagi”.
”Ha, stesen bas?Mana ada orang honeymoon kat stesen bas sayang.Isk, tak mahu la abang!’,pintas Einstein sebelum selesai aku berbicara.
”Mana ada Bilah kata nak honeymoon kat situ.Bilah nak beli tiket la, nak balik Pahang.Kalau tahu la macam ni perangai abang, Bilah rela balik jumpa mama.Biar la tak honeymoon sampai bila-bila.So, what say you?Apa nak ponteng dan temankan Bilah ke stesen bas atau abang nak pergi hospital dan i’ll stay with you?”,soalku tegas.
Bulat mata Einstein memandangku.Lama.Aku tahu dan maklum dia terkejut dengan ugutanku.Melihat reaksinya sebegitu, aku tergelak sakan.Einstein menghela nafas panjang.Susah juga dapat isteri suka mengugut ni ya?Hehe.
”Ala..tak best la macam ni.Abang nak half option no 1 and another half option no 2 boleh?”,gurau Einstein sebelum melonggarkan pelukan dan bingkas bangun.
Aku menggelengkan kepala laju.Faham benar aku maksudnya.Einstein sekadar mencebik bibir melihatku dan baju yang sudah aku siapkan disarung lambat-lambat ke badan.Aku tersenyum menang melihat reaksi rela dalam terpaksa tu.Nasib..nasib.
-----------------------------
Pelbagai hidangan di depan mata tak menarik perhatian dan seleraku.Aku lebih senang memerhatikan pasangan veteran yang ku temui kelmarin.Ralit aku memerhatikan mereka memilih makanan di depan mata.
Hanya satu pinggan di tangan suami dan isterinya yang menentukan makanan apa yang akan dijadikan sarapan pagi.Suaminya Cuma tersenyum mendengar celoteh si isteri tapi genggaman tangannya tetap erat.Satu tangannya lagi lincah mengambil makanan.Seketika, fikiranku melayang teringat Einstein yang sudah ke hospital.
”Bilah, take care ya.Breakfast jangan lupa tau.Sorry sangat tak dapat nak temankan.Tengahari nanti abang jemput Bilah,kita lunch sama-sama ya”,pesan Einstein sebelum dia meninggalkan aku pagi tadi.Walaupun aku menggesanya supaya bergegas ke hospital,Einstein melangkah lambat-lambat keluar dari bilik.Sempat lagi dia berpesan supaya memerap saja di dalam bilik sepeninggalan dia.
”Bilah duduk je kat sini sampai abang datang tahu.Risau la kalau ada orang mengorat isteri abang.Kalau ada yang mengorat, Bilah jangan layan tahu”,pesan Einstein sebelum aku menghulurkan tangan menyalaminya.
”Isk, kalau duduk je dalam bilik, lapar la Bilah.Tadi abang juga yang suruh Bilah breakfast.Mana satu Bilah nak dengar ni”,soalku.
”Hihi.Just do what you think right.Abang pergi dulu.Love you.Jangan lupa breakfast”.
Aku tersenyum sendirian mengingatkan perlakuannya.Tergambar jelas di mataku, renungan matanya yang redup dan penuh kasih sayang.Ya Allah, baru sekejap kena tinggal dah rindu macam ni rasa hati.Aduh, sudah juga kalau dah mabuk kepayang ni rupanya.
Aku menghela nafas panjang.Nasi goreng di depan mata aku sendukkkan ke dalam pinggan.Kemudian aku melangkah perlahan tempat minuman yang berbagai jenis.Jus mangga aku ambil dan aku kembali ke mejaku.Rindu rindu juga tapi perut kena isi.Bismillahirrahmaniirahim,makanan aku masukkan perlahan ke dalam mulut.
------------------------
Telefonku yang berbunyi minta diangkat mengalihkan perhatianku pada pasangan veteran yang ku temui semalam.Aku memandang sekilas searah mereka sebelum membalas panggilan dari Dania.Cik mamarazi dah masuk kerja semula, penat la nak menjawab soalan panas dan pedas jap lagi!Aduhai.
”Nabilah...buat apa tu”,soal Dania berlagu-lagu di hujung talian.Ni takde kes lain nak mengenakan aku la tu.Cik Kepoh ni kalau sehari tak kepoh tak boleh agaknya.
”Waalaikummussalam..tengah breakfast.Kenapa, nak datang temankan ke?”,perliku.
Dania ketawa kuat mendengar kata-kataku.Sedar akan kesilapannya yang tak menyempat nak serkap jarang tanpa bagi salam.Nasib la kawan.
”Assalamualaikum Puan Nabilah.Maaf la, cek lupa na.Ang makan sorang ja ka sampai ajak cek mai teman?”.
Aku tergelak mendengar loghat Kedah celup yang dituturkan Dania.Faham sangat aku perangai Dania nak cover malu tu.
”Cik abang aku dah masuk hospital.Ni dok breakfast sorang-sorang la.Nak makan pun takde selera kalau tak berteman ni”.
”Haha.Takde maknanya hang ilang selera makan.Nabil, kalau kau hilang selera makan ape kes kau bercakap time mulut penuh ni?Aisyhmen, kau tak boleh nak tipu aku la weh.Eh..jap.Kau breakfast katne tu.Kalau tempat best, nak gak aku datang”,balas Dania sambil ketawa.
”Equitorial Hotel.Ok la makanan dia.Best weh.Makanan bersusun ni ha, tapi aku tak larat nak makan.Kalau kau ada, boleh gak kita membuncitkan perut yang dah sedia buncit ni”.
”Erm,best juga,Tapi sorry la Puan Nabilah.Dapat la nak join sekaki, Azri ajak keluar hari ni.Nak bawa jumpa parent dia.So,aku call ni nak minta petua menambat hati mentua sebenarnya.Ada tak Puan Nabilah?”,soal Dania lambat-lambat.
Petua memikat mentua.Tak ada yang istimewa untuk aku sampaikan kerana aku juga masih baru mengikat ikatan pernikahan.Tapi pastinya Dania mahukan sedikit kata semangat dariku dalam menghadapi hal sedemikian.
”Oo,patut la telefon aku pagi-pagi buta.Erm, takde la petua-petua ni.Masa aku jumpa ibu Einstein dulu, aku siap melatah lagi.Malu aku dibuatnya.Tapi dah memang takdir aku agaknya, ibu dia terima aku tanpa banyak soal.So, aku tak mampu la nak bagi petua kat kau.Paling-paling, aku nak pesan satu je.Just be yourself ok!Yakin dan banyakkan berdoa.Kalau dah jodoh, takkan kemana.”,pesanku pada Dania.
Dania melahirkan kebimbangannya.Bimbang benar kalau ibubapa Azri tak setuju dengan hubungan mereka.Bila aku katakan padanya jodoh pertemuan di tangan Tuhan, akhirnya Dania diam.Memang aku akui, kalau aku ditempat Dania, aku juga kurang yakin untuk bertemu dengan keluarga Azri yang amat menitikberatkan susur galur dalam soal perjodohan.Darah keturunan Arab yang mengalir masih kuat dan penuh dengan peraturan keluarga mereka.Risau juga aku kalau Azri dan Dania terpaksa terpisah nantinya.
”Ya Allah, jauhkan la dari jadi begitu.Berikan kekuatan dan permudahkan Dania melaluinya”,doaku dalam hati.Sebagai teman, kebahagiaan Dania pastinya kebahagiaan aku juga.
Aku meletakkan telefon bimbit dan nasi goreng yang tinggal sedikit aku suakan ke mulut.Bila aku mengangkat mata ke depan, dua pasang mata tepat memandangku.Aku pula yang jadi serba tak kena.
Perempuan seusia ibu dan mama bingkas bangun meninggalkan suaminya.Aku terpana melihat apa yang berlaku di depan mata.Pantas juga, si suami mengikuti langkah isterinya.Dipujuk isterinya supaya duduk dan bertenang tapi si isteri menolak tangannya.Akhirnya mereka berpisah dan suaminya kembali ke meja, tempat mereka menikmati sarapan sebentar tadi.
Aku berpura-pura tak melihat apa yang berlaku biarpun aku dapat menduga apa yang berlaku.Mungkin si isteri cemburu padaku yang sejak tadi melirik pada mereka.Kerana itu pergaduhan meletus antara keduanya.Memikirkan itu, rasa bersalah mengasak segenap ruang hati.Tak pasal-pasal, jadi perosak rumahtangga orang aku ni.
Aku memikirkan kewajaran aku bangun dan menjelaskan segalanya kepada mereka.Tapi dada aku sesak tiba-tiba bila sang suami melangkah kearahku dengan raut wajahnya yan g kusut.Maut aku!Aku berselawat dalam hati, moga ketenangan lahir dalam menghadapi situasi ini.

”Kamu isteri Umar Al-Farouq kan?”,soal lelaki tersebut sebelum sempat aku meminta maaf padanya.Dan lebih memeranjatkan aku apabila lelaki tersebut mengalirkan airmata sebelum dia menarik kerusi duduk berhadapan denganku.Sedangkan aku, hilang punca.Dan aku sendiri tak tahu, apa yang sebenarnya harus aku lakukan saat ini. Aduhai,apa kes pula ni??Aku kena buat apa ye?Ada idea tak?Blurr dan blank la!

P/S.Salam alaik semua.Lama betul tak menulis..blank & blurr mencari idea nak menulis.Ditambah minor thesis yang amat menuntut kesabaran,memang hilang mood saya.Ikutkan hati nak je,mengayat ala2 tulis novel kat my minor thesis, tapi memperjudikan nasib lak.Hehe.Apa-apa pun, selamat membaca ye!Insyaallah, saya akan terus menulis buat anda semua.Wassalam.Salam sayang buat semua!

4 comments:

ღnurull.mrs21ღ said...

wahh...suspen da neh...

Aiza said...

cpt la smbg.. ihik3.. suspen sungguh :)

MaY_LiN said...

laaa nape lak ni..

aqilah said...

ah...sudah!!! bapa umar ke???? mesti bapa dia dgn bini muda la tu kot!!! apapun, akak followwwwwwwwwwwwwww