@rubiadaibrahim

Tuesday, December 29, 2009

CCB 11:Ego ke?


”Dia ada kenakan kau tak?”.

Geleng kepala.Ketiga teman serumah aku ternganga melihat aku.Tak sempat aku bercerita,Izzah mempersoalkan keberadaan fail kertas kerja yang baru aku terima sebentar tadi.

”Kalau dia tak dera kau, apa kes lak bagi kerja setimbun ni?Dah kerja dia, dia la buat.Tak silap aku, praktikal ni pukul 8 pagi sampai 5 petang je.Lebih masa ni, dah kira mendera ni.Tak patut betul”.

”Betul-betul.Kau jangan buat la kerja-kerja yang dia suruh tu.Dia suruh kau baca pasal projek, dia pula sibuk buat projek kat luar.Isk, kurang ajar betul mamat tu!”,ulas Linda pula.

”Memang tak patut.Dah tu pula,tak mudah bangga lagi bila nampak kita tadi.Siap angkat tangan dekat kita orang lagi.Bangga sangat la berganti perempuan setiap minggu.Entah kena rasuk dek apa mamat tu agaknya.Tak sangka betul aku!”,tambah Izzah lagi.

Ternganga aku mendengar cerita mereka.Patut la dia sanggup datang ke rumah aku.Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.Tak patut betul la!Geram aku dibuatnya dengan sikap dia yang sedemikian.

”Ha, bertukar perempuan.Kau biar betul?Takkan la sampai macam tu sekali perangai mamat tu.Kena rasuk apa agaknya sampai tak kenal dah dosa pahala!”.

Nadia yang tadinya mendiamkan diri dah bersuara.Buntang matanya mendengar cerita yang disampaikan.Terkejut benar lagaknya, sama dengan aku yang rasa nak mengamuk juga saat ni.

”Kena rasuk dek syaitan bertanduk la kot.Manusia kan, iman turun naik.Biar la dia.Yang penting Cik Uda kita ni.Jangan kau jadi mangsa dia pula.So, sekarang ni aku tak setuju kalau kau buat kerja yang dia suruh tu!”,tegas Linda bersuara.

”Aku pun!”,serentak Izzah dan Nadia berkata-kata.Sedangkan aku hanya termangu-mangu dengan kata sepakat yang mereka putuskan.Tak tahu, apa yang sepatutnya aku lakukan.

Nak dibantah arahan dia, aku memperjudikan nasib pula.Kalau aku menurut, alamatnya sampai pagi la dia orang merungut.Tersepit dan aku sendiri tak mampu mengambil tindakan sewajarnya dalam hal ini.Akhirnya aku bingkas bangun, fail warna biru yang tangan aku bawa masuk ke bilik.Dan pastinya, mereka terdiam seribu bahasa dan hanya mata mereka mengoroti langkah aku.
--------------------------
Fail di depan mata aku pandang sekilas.Berat rasa hati nak mengikuti arahan yang disampaikan Syed Faizal.Terngiang-ngiang di telinga, kata-katanya ketika fail biru bertukar ke tangan aku sejam yang lalu.

”Sori la ganggu.Aku nak minta tolong kau semakkan kertas kerja ni.Sambil-sambil tu, boleh juga kau belajar sikit-sikit pasal projek ni.Mana la tau kalau-kalau esok Chief Engineer turun.Kau boleh juga jawab sikit-sikit kalau kena soal.Bangga la sikit aku”,balasnya bersahaja.

Banyak la kau punya semakkan kertas kerja, menyemakkan kepala aku ada la!Desis hati aku geram.

Ikutkan hati, nak je aku humban fail tu dalam tong sampah.Buat semak mata memandang je.Lebih aku geram bila mendengar cerita Izzah dan Nani tadi.

Dia dok terkinja ke sana sini dengan perempuan lain, aku pula jadi mangsa kena buat kerja itu ini.Memang tak patut.Yang buat aku bertambah geram dengan sikap dia yang pandai berdolak dalih tu.Kalau nak suruh aku cover line, bagi tahu terus terang.Tak payah nak bermanis mulut dengan aku!Dasar buaya!

Mengingatkan kelakuan dia sebegitu, pantas tangan aku mencapai fail biru tersebut.Belum sempat fail aku tolak ke tong sampah berhampiran, telefon bimbit aku berbunyi.Fuh, selamat juga kau fail!

Handphone aku capai.Umi yang menelefon, pasti mahu bertanya khabar anaknya ni.Mudah-mudahan, tenang sikit hati aku bila dapat sesi kaunseling dengan umi sekejap lagi.Amin.

”Assalamualaikum kakak, buat apa tu?”,seperti selalu umi yang akan memulakan perbualan.

”Wa’alaikummussalam.Tengah rileks-rileks umi.Penat la first day praktikal.Nak umi!”,balasku dengan nada manja.

Umi tergelak mendengar rengekan aku.Faham benar umi dengan perangai manja aku yang tak pernah hilang ni.Maklum la anak perempuan sorang.

”Biasa la tu kakak.Nama pun kerja.Nak umi buat apa?Tak menyusu lagi?”,soal umi dalam ketawanya.

Aku turut tergelak mendengar soalan umi.Teringat ejekan Hazri, adik bongsu aku bila aku nak bermanja dengan umi.Mujur Hazri tak dengar, kalau tak mati aku kena kutuk.

”Macammana first day kerja?Boss baik ada baik kerja suruh bawa balik tak?”.

Aku gigit bibir mrendengar soalan umi yang tenang.Aisyh, macammana umi boleh tahu ni?Takkan la budak rumah aku report kat umi kot?

”Erm, biasa je.Penat la.Eh, mana umi tahu kakak ada homework ni umi?Pandai nya umi meneka”,gurauku.

”Penat tu biasa la kakak.Nanti-nanti ok la.Tak payah teka pun umi dah tahu.Kakak bukannya anak umi satu-satunya.Along dengan Angah tu mengadu macam-macam dengan umi pasal praktikal sebelum ni.Tapi umi tahu anak umi sorang ni takkan mengadu banyak punya.Yelah kan, kalau terlebih nanti takut umi suruh tukar course pula”,jelas umi panjang lebar.

”Hehehe.Umi..umi.Lupa lak.Tu cerita lama la.Takde dah nak tukar course bagai.Kakak nak habis belajar dah pun.Tinggal 6 bulan je lagi”.

”Mudah-mudahan semuanya ok ya kakak.Umi doakan anak umi kuat hadapi dugaan praktikal ni.Kalau kakak ada apa-apa masalah, kakak jangan lupa bagitahu umi ya.Rajin-rajin call umi”pesan umi lagi.

Lega rasa hati mendengar kata umi yang sedemikian.Bukan mudah nak menghadapi dunia yang penuh dugaan ni.Mujur Allah hadirkan umi sebagai pendengar setia dan penasihat terbaik dalam hidup aku.

”Ha,lagi satu.Masa praktikal nilah, kita akan jumpa dengan beragam jenis manusia.Kakak kena buat dengan semua orang.Walaupun orang tu buat jahat dengan kita, kita jangan balas dengan jahat juga.Sebaliknya kita tunjukkan dengan budi yang baik.Pastu jangan cepat buruk sangka dengan orang.Insyaallah, kalau kakak amalkan pesanan umi ni.Senang la ke depan nanti”,tambah umi lagi bila aku merungut akan kisah hari pertama aku bekerja.

Aku sekadar mendengar dan mengiyakan segala komentar dan nasihat umi.Mendengar suara umi yang lembut dan tenang sedikit sebanyak menghilangkan rasa geram yang bermaharaja di hati.Terima kasih umi!
-----------------------
Sarapan pagi yang disediakan Linda tak sempat aku jamah.Padahal, Linda dah bising mengingatkan aku supaya sarapan usai aku solat Subuh sebentar tadi.Leka dengan kertas kerja yang belum habis aku teliti membuatkan aku tak sedar dunia sekeliling.Sedar-sedar, dah pukul 7.00.

Terkocoh-kocoh aku berkejar ke bilik air.Mujur ada baju dalam almari yang dah diseterika.Tarik, sarungkan di badan dan siap.Berlari-lari juga aku ke perhentian bas.Bimbang kalau jalan sesak dan pastinya aku sampai lambat ke tempat praktikal.

Dan benda yang paling aku gerunkan tentunya ayat-ayat pedas dari supervisor aku.Kalau dia dah berkhutbah, tunggu jelah telinga bernanah.

Alhamdulillah,perjalanan aku mudah hari ni.Tak sampai 5 minit aku menunggu bas, dah ada bas yang datang.Tak payah la aku nak jadi pungguk rindukan bulan kat stesen bas ni.Selamat!
-------------------------
Pejabat JKR masih sunyi ketika aku sampai.Belum ramai yang datang dan boleh dikatakan aku antara yang terawal datang pada hari ini.Buruh-buruh hitam menawan yang selalunya melepak dekat stor belakang pun tak kelihatan.Barangkali semua terus ke site kot!

Supervisor aku tak usah katalah.Batang hidung pun tak nampak. Dalam kekalutan aku pagi tadi, sempat juga aku menjeling ke garaj rumah dia.Ada motor kapcai dia dengan megahnya.Tapi takde kerja la kalau aku tiba-tiba mencemar duli ajak dia pergi kerja sekali dengan aku kan.

Kak Nasya juga masih belum kelihatan ketika aku melintasi mejanya.Cuma ada handbag dia atas meja. Malas nak memikirkan orang-orang yang takde kaitan dengan aku, aku terus menonong ke bilik.

Jadual kerja seminggu di atas meja aku pandang sekilas.Rasanya jadual ni takde lagi waktu aku turun site semalam.Sejak bila la ada jadual tugasan ni?Memang kena tulis dalam planner nih.

Kertas a4 di depan mata aku capai.Kus semangat penuhnya jadual aku.Meeting sana, meeting sini.Boleh dikatakan, aku dan meeting tak dapat dipisahkan pasni.Apa la nasib!

Hari ni aku ada mesyuarat di Shah Alam untuk evualasi dan penyelenggaraan Projek Baik Pulih Jalan Luar Bandar Daerah Kajang sampai pukul 12 tengahar.Petang sikit, kena turun site.Aisyh, hilang dah keseronokan menikmati dunia macam ni.

Mujur hari ni aku pakai seluar macammana pesanan Faizal.Kalau berbaju kurung, memang susah la aku nak bergerak.Fuh, nasib baik la kepala aku ni tak lampi dengan arahan dia.Dan paling penting, aku tak sanggup dengar dia bising kat aku lagi.Biarlah aku taat asalkan aku selamat dari menahan rasa geram dalam hati.

Nak tak nak, aku kena bersiap la dengan projek ni.Paling tidak, tahu basic dia.Kalau kena tanya sat lagi, tak la ternganga aku nak menjawab.Tak baik betul aku berburuk sangka dengan dia semalam.Rupanya memang aku kena ambil tahu pun pasal projek tu.Kalau tak kerana dia hantar fail tu dekat aku, memang menyorok dalam tandas jelah aku hari ni.Mahunya tak menyorok, segan nak hidup.

Untuk mengelakkan dari aku memalukan diri sendiri, aku kena ulangkaji semula pasal projek tu .Beg sandang aku buka.Malangnya fail biru yang aku cari takde.Melilau mata mencari.Aku cuba mengingat peristiwa pagi tadi.

Aku buku fail dan baca, pastu Linda menjerit bagitahu dah pukul 7.Aku melompat dari katil..pergi mandi..bersiap.

”Oh,tidak!”,aku terjerit kuat bila menyedari aku tertinggal fail tu.Aduh,naya..naya.

Kak Nasya berlari ke bilik aku.Cemas benar melihat aku yang tak tentu arah.Dia menghampiri aku dan menyuruh aku bertenang.Tapi nak bertenang macammana kalau tinggal 20 minit je lagi aku kena berangkat ke sana.Kalau di mulut laser sampai, masak la aku dikerjakan.

”Sabar Uda.Bawa bertenang..Kita cari ikhtiar ya.Boleh je balik sekejap pergi ambil.Bukannya jauh kan rumah Uda dari sini.Guna kereta akak la”,ujar Kak Nasya.

”Memang tak jauh Kak.Tapi dengan jalan yang jammed sana sini memang lambat la sampai.Macammana ni Kak?”,soalku kembali cemas.

”Erm..Uda cuba sms Faizal.Kalau dia boleh pergi ambil dekat rumah Uda, settle masalah”,usul Kak Nasya.

”Ha, nak suruh dia.Tak nak la Uda.Kalau dia tahu, memang sampai mati la Uda kena sumpah seranah.Rela Uda dapat result teruk dari minta tolong dia akak!”.

Kak Nasya terdiam mendengar ketegasan suaraku.Mungkin Kak Nasya tak tahu yang Faizal tu jiran sebelah rumah aku.Jiran yang penuh dengan sengketa dan membuatkan aku derita.Dan aku sendiri takkan sesekali buka mulut bercerita dengan dia.Tak pasal-pasal cerita tak best lak keluar nanti.

Telefon di meja Kak Nasya nyaring berbunyi ketika kami masih memikirkan jalan penyelesaian masalah aku.Kak Nasya bergegas ke mejanya.Ketika itu juga, Arun melintas di luar bilik aku untuk ke tandas.Melihat helmet di kepalanya, aku terfikirkan satu-satunya penyelesaian untuk menyelamatkan diri saat ini.

”Arun.”jeritanku membuatkan Arun menjengolkan kepala ke bilik aku.

”Ya Adik manis..mahu apa?Mahu saya ke?”,soal Arun sambil tersenyum lebar.

Aku sekadar menghadiahkan senyuman kelat.

”Nak pinjam helmet boleh”.

Helmet ditanggal dari kepalanya.Cpat-cepat aku pakai di kepala.Reaksi aku membuatkan Arun tercengang-cengang.Belum sempat Arun membuka mulut bertanya,pantas aku menjelaskan niat aku yang tak mahu lagi aku sembunyi.

”Saya nak pinjam motor.Boleh bagi kunci?Terima kasih”,ujarku.

Bagai dipukau,Arun mengeluk poket seluarnya.Kunci motor bertukar tangan.Aku terus berlari keluar dari bilik.Dan ketika itu juga, Kak Nasya memaklumkan satu hal yang membuatkan speed larian aku bertambah laju dengan sendirinya.

”Uda..Faizal kata dia dah nak sampai sekarang ni.Dia suruh bersiap-siap pergi meeting,bawa apa yang patut.Fail tu.....”!

"Fai tu..fail tu kat rumah.Saya nak pergi ambil ni!",pintasku sebelum sempat Kak Nasya habis menyampaikan pesan. Aku cabut lari. Hidupku lebih utama!
------------------
Dah lama aku lupakan bab-bab minah rempit ni.Tapi disebabkan aku pelupa, nak tak nak kena juga aku jadi ganas balik.Motor aku hidupkan.Kurang yakin sebenarnya nak bawa motor di bandar ni.Kalau dekat rumah, layan je.

Ya Allah, permudahkan la urusanku!

Gear aku masukkan dan motor akhirnya bergerak meninggalkan destinasi.Belum sempat aku keluar dari pintu pagar, ada suara menjerit memanggil nama aku.

Aku berhenti dan berpaling ke arah suara tersebut.Syed Faizal baru turun dari kereta KIA SPECTRA hitam yang memanggil aku.Dari jauh,Syed Faizal berdiri dengan raut tak percaya dengan apa yang dilihat.Sedangkan aku dah tak keruan jadinya.Jantung aku berdegup kencang.Lebih membuatkan aku rasa nak pengsan bila Syed Faizal berlari ke arah aku.Maut aku!

Takde fikir-fikir lagi, aku pulas handle motor.Berderum motor meninggalkan JKR.Dan hasilnya Syed Faizal makan asap la sebagai sarapan dia.Nasib..nasib.Lain cerita, belakang kira!Tercemar juga imej ayu aku yang dipupuk umi sekian lama.Umi, maafkan Kakak!

Ayu..ayu juga, aku takkan sesekali tunduk merayu harapkan belas kasihan Faizal.Ego juga aku ni rupanya!Em...ego ke?

5 comments:

Anonymous said...

aq sure yg fail tu dh ade pd faizal..hahaha..tergadai ke'ayu'an cmtu ja la..(^_^)v

cutey_cat said...

penat menunggu.. :)
tp b'baloi..
x dpt byngkn cmner si faizal 2 b'lari
mmg funny!

Anonymous said...

mmng rase fail 2 ada kt Faizal...
abis le Uda..wt pnnt je...
adoiaii...klkr2 depa dia org nie..

adaibrahim said...

hehe..yakin je..akak x tulis pun lg next n3..hehe

YONG JIAO XIU said...

best..hahaha grenti faizal tu dah amik fail dia dr kwn uda tu, sebab tu nak tahan uda.