@rubiadaibrahim

Friday, January 1, 2010

CCB 12:It's complicated!


Cuak!Memang cuak rasa hati bila aku melarikan motor agak laju untuk sampai ke rumah.Nak pula bila memotong lori yang berbelas-belas kali ganda besarnya dari motor Arun.Nak pula, ada projek pembangunan lot kedai berhampiran rumah aku.Berlumba-lumba lori masuk.Macam-macam jenis lori.Lori pasir, lori simen.Macam-macam dugaan!

Tapi aku beranikan diri.Kalau aku terus membontoti lori-lori pembinaan di depan aku, entah zaman bila aku nak sampai.Dan tu pula, dengan segala hormatnya aku bersarapan makan asap!Tinggi la harapan aku nak sesak nafas kalau begitu.

Bila sebut pasal makan asap,aku teringat pada Encik Syed Faizal sebelum aku meninggalkan pejabat tadi.Memang terkejut beruk dia tengok aku bawa motor.Beruk pun tak terkejut macam dia aku rasa.Nasib la boss ko!Terpaksa makan makanan kurang berkhasiat di pagi yang mulia ni.Hehe.Tanpa sedar, aku menguntum senyuman.

Tapi senyuman aku mati dengan sendirinya bila dari cermin motor aku perasan kereta KIA SPECTRA hitam mengekori aku.Kereta yang si Faizal naik tadi!Aduhai,apa aku nak buat ni?Nak ikut jalan pintas,aku tak tahu!Naya..naya!

Tak ada jalan lain nak menyelamatkan diri!Aku melarikan motor lebih laju.Mujur takde abang misai menunggu kat tapi jalan.Kalau tidak, dapat surat CINTA aku harini.

”Ya Allah, jauhkan aku dari bala bencana!”,doaku dalam hati.

Mahunya tak jadi bencana kalau angin puting beliung melanda hidup aku..Ngeri..ngeri!
-----------------
Aku terkejut bukan kepalang bila aku nampak kereta KIA SPECTRA tu dah hampir sampai ke depan rumah aku.Sama jaraknya dengan jarak aku.Menggigil badan aku dibuatnya.Aku terperangkap juga akhirnya!Aduhai, malangnya nasib.

Aku memberhentikan motor bila kereta yang dinaikinya menghalangi jalan untuk aku lalui.Aku mencebikkan bibir dengan tindakannya.Nak tunjuk kuasa lak kat sini.

Seperti dugaan aku, Faizal yang memandu kereta..Cuma keseorangan,tidak berteman.Buktinya, dia keluar dari pintu sebelah pemandu. Cermin mata hitamnya ditanggalkan.Dia berjalan kearahku.Sedangkan aku, dah rasa nak pitam saat ni juga!

”Tak sangka ada minah rempit kat kawasan perumahan ni.So, lepas ni nak masuk kerja ke nak aku hantarkan nama dekat production house?”,soalnya sambil tersenyum sinis.

Aku hanya menundukkan kepala bila mendengar intonasi suaranya begitu.Tapi apa kena pula dia nak hantar list nama aku kat production house.Sepatutnya, hantar nama aku kat lecture la dengan report melanggar etika praktikal!Isk, dia ni dah tak betul lepas makan asap motor tadi kot!Biarlah dia, malas aku nak melayan.

Aku turun dari motor.Bila aku nak melangkah ke rumah, dia menghalangi aku.Aku ke kiri, dia ke kiri.Aku ke kanan, dia kekanan.Bila aku kebelakang, dia kebelakang.Bila aku jalan ke depan, dia berdiri tegak macam patung depan aku!Naik geram aku dibuatnya.Dia ingat nak masuk pertandingan Sehati Berdansa apa?

”Encik Faizal,Jangan mengada-ngada dekat sini boleh tak?Saya nak balik rumah ni.Kalau tidak, lambat la pergi meeting sekejap lagi!”,ujarku tegas.

Dia masih tak beranjak dari tempatnya berdiri.Ikutkan rasa hati, nak je aku rempuh dia.Tapi mesti aku yang rasa sakit jap lagi.Kalau dibandingkan aku dengan dia, jauh lebih besar dia!Lagi satu, aku tak nak bersentuhan dengan dia.Tak pasal-pasal free-free je akaun dosa aku tambah nilai jap lagi.

”Encik Faizal!”,bentakku lebih kuat.

Dia buat-buat tak dengar dengan jeritan aku!Aku memandangnya geram!Saat itu, ada satu idea yang melintas di kepala.Memandangkan perangai dia yang macam tak telinga ni, nak je aku pijak kaki dia.Biar dia rasa!Hati yang geram dah setuju tapi akal kata suruh ikut pesanan umi lak!

”Walaupun orang tu buat jahat dengan kita, kita jangan balas dengan jahat juga.Sebaliknya kita tunjukkan dengan budi yang baik”.

Pesanan Umi membuatkan aku akur untuk menuturkan satu kata!Mudah-mudahan dia lembut hati nak kasi laluan dekat aku.

”Encik Faizal.Tolong jangan halang saya boleh tak?Saya minta maaf sebab pagi tadi.Tapi sekarang saya kena balik ambil fail biru tu!Tolong la”,rayuku.

Senyumannya makin lebar dan akhirnya dia beralih tempat juga.Aku menarik nafas lega.Akhirnya!
--------------
”Weh, kau buat drama ape kat depan rumah?Mujur tak ramai orang pagi-pagi ni.Kalau tidak, kau jadi bualan orang la Uda!”,sergah Linda sebaik sahaja aku masuk ke rumah.

Seperti dugaan aku, Linda pastinya jadi penonton drama sebabak tanpa pengarah tadi.Aku hanya mendiamkan diri mendengar luahannya.Biarlah kalau jadi buah mulut orang pun, bukannya aku yang salah.Tapi mamat sengal tu!Dia yang nak berdrama, sketsa ,orkestra.Pokoknya, semuanya sebab dia la!Aku tak bersalah pun.

”Lah..kau tak nak kasi komen apa-apa ke weh?Asal kau tak belasah je dia dengan helmet tadi?Orang macam tu hadiah dia benjol kat kepala je.Menyusahkan orang memanjang!”,komen Linda lagi.

Tergelak aku mendengar kata-kata Linda.Lagi hyper idea minah sorang ni.Kalau betul la kena hempuk dengan helmet, dengan aku-aku sekali gol.Dia masuk hospital, aku masuk penjara.Paling naya bila aku punya markah praktikal fail dengan segala dukanya!Tidaklah patik!

Linda mengekori aku ke bilik.Bila aku sibuk mencari fail, Linda ikut mencari fail tersebut.Tapi hampa bila fail tak nampak bayang juga.Sudah, wassalam la hidup aku pasni!

”Uda, fail tu penting sangat ke?Aku tengok kau dah pucat lesi.Ni soal hidup dan mati ke?”,soal Linda bila aku cemas dengan kehilangan fail yang entah di mana.

”Penting la.Aku ada meeting jap lagi kat Shah Alam.Walaupun bukan aku kena present, tapi kena prepare la.Dah la kat office, ada satu salinan je.Tak ke naya hidup aku.Dengan mamat sengal tu, aku rasa macam menunggu nak kena hukuman pancung dek Nippon je sekarang ni!’,jelasku dalam kegugupan.

Linda menenangkan aku.

”Aku rasa kau berterus terang je dengan dia.Tapi kau ingat kan sikit-sikit pasal projek tu.Ala, kau rileks je.Paling pun dia orang tanya dia.Kau assistant dia je!Lek la..takde apa punya!”.

Aku tersenyum pahit!

”Takde apa..takde apanya Linda?Takde harapan la aku tak kena marah kau tahu tak?”.

Linda terdiam bila aku mengeluh panjang.Jam ditangan aku jeling.Memang takde jalan lain la.Nak tak nak, aku kena berterus terang dengan dia.Mengingatkan aku dah lambat, aku bingkas bangkit.Linda mengekori aku dari belakang dengan kata-kata semangatnya!

”Go..Uda.Chaiyok.U can do it!”

Sedikit sebanyak, rasa cemas di hati hilang dengan gelagatnya.Fuh, takde apa-apa la hendaknya!
---------------
Syed Faizal masih setia berdiri berhampiran motor Arun ketika aku keluar dari pintu rumah.Senyuman dibibinya masih lebar seperti sebelum aku masuk tadi.Aku yang pelik dengan gelagatnya.

”Saya nak buat pengakuan ni.Saya..”.

Pengakuan berani mati aku terhenti bila aku nampak fail biru tu ada atas motor Arun. Macammana lak fail ni boleh ada kat sini?

”Fail tu ada kaki.Dia jalan naik atas motor masa kau masuk tadi!”,ujar Faizal sambil ketawa sebelum sempat aku bertanya lanjut.

Aku gigit bibir.Masih memikirkan macammana fail tu boleh bertukar tangan semula ke tangan Faizal.Tapi lebih membuatkan aku tercengang bila Faizal dengan selambanya menolak motor Arun masuk ke garaj rumahnya.

”Encik Faizal.Saya kena hantar motor tu balik ke ofis”,kataku tegas.

Faizal buat-buat tak dengar.Motor tetap disorong masuk ke garaj.Kunci dicabut.Kemudian, dia berlalu ke arah aku.Hujung fail yang ditangan aku ditarik.Aku mengeraskan diri, tak bersetuju dengan tindakannya.

”Cik adik.Dah tak cukup masa nak berlatih drama dekat sini!Kita ni dah lambat nak g meeting.Ke nak berdukung?”.

”Ha..gila punya orang!”.

Buntang mata aku mendengar ayat selamba yang keluar dari mulutnya.Dalam geram, langkahnya aku turuti juga!
-----------------------
Panas!Panas buntut aku duduk dalam kereta dengan Syed Faizal ni.Walaupun air-cond menyejukkan dalam kereta, hati aku ni tetap mendidih dengan ayat-ayat berbisa dari dia.Memang kena minum ais banyak-banyak la sekejap lagi.

”Kau bukannya nak hantar motor kat ofis kan.Kau nak jumpa si Arun, buah hati kau kan?”,soalnya sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta!

Bila aku menggeleng, dia menempelak aku terlebih dahulu.Merah padam muka aku dibuatnya.

”Lah..kalau tak betul,buat apa layan aku cakap.Kalau tak betul, tak yah beriya nak deny la!”.

Aku banyakkan selawat dalam hati.Mudah-mudahan, aku tak mengamuk di hari yang amat malang ni.Kalau tidak, ada hamba Allah kena sembur jap lagi!

Akhirnya dia diam bila aku tak melayan percakapannya.Tahu pun nak diam!Ingatkan kena sumbat dengan tuala,baru tutup mulut.Lega!

Mata aku menyoroti hiasan dalam kereta.Ada tasbih, ada minyak wangi dan aku perasan ada 2 ekor teddy bear kecil di belakang kereta.Aku rasa empunya kereta ni mungkin perempuan berdasarkan apa yang aku nampak.Bersih dan wangi je!Kereta sugar mummy mana lak ni agaknya ya?Kalau kereta lelaki la, bau kepam dan tersumbat hidung la dibuatnya!

”Aku rasa tak lama lagi ada muka kau lak kat papan iklan tu”.

Isk, mamat ni!Potong betul.Aku tengah buat siasat jenayah ni terus terganggu dek suara garaunya.

”Kau tak nak tanya kenapa?”,soalnya seakan mahu menarik perhatian aku.

”Walaupun kau tak nak cakap dengan aku, aku tetap nak bagitahu sebab dia.Sebab tak lama lagi, kau akan jadi model untuk motor tu.Bergandingan dengan Arun, memang mantap la.Semua orang akan beli motor tu.Dan masa tu juga, kau akan jadi glamour.Tapi bila dah glamour, kau jangan lupa dekat aku lak.Sebab aku la perintis kejayaan kau.Sebab aku juga sedarkan kau ada bakat terpendam tu.Sebab kalau kau tak tahu fail tu ada dekat aku, kau takkan merempit balik ke rumah.So, i’m man behind your success ok!”.

Tersengeh aku dibuatnya.Bercakap tak jumpa full stop.

”Kau memang macam ni ye?Kau akan diam dan boikot orang yang kau tak suka.Ke kau jenis orang yang diam sebab takut orang yang kau suka tu tahu kau suka dia?”,soal dia lagi.

Aku masih membatukan diri.Dua-dua pilihannya ada kebenaran.Aku memang akan berdiam diri kalau hati aku tak berkenan dengan seseorang.Tapi aku juga akan melarikan diri kalau aku rasakan aku menyukai seseorang.Sama seperti rasa hati aku padanya suatu ketika dahulu.Cinta monyet je!

Bila melihatkan dia tak berpuas hati dengan tindakan aku, akhinya aku bersuara.Kesian pula rasanya.
”Depend keadaan.Ikut Encik Faizal la nak fikir macammana!”.

Mendengar jawapan aku, dia menganggukkan kepala.Dan selepas itu, perjalanan kami hanya ditemani lagu-lagu dari radio.Kena angin kus-kus apa lak dia ni?Musykil!
-----------------
Kami tiba di Bangunan SSASS jam 9.10 minit.Risau juga aku bila memikirkan kami sampai lewat ke mesyuarat tersebut.Gelabah aku membawa fail dan beg masuk.Tapi Syed Faizal maintain berlenggang kangkung.

Bila aku memperlahankan langkah, dia lebih lambat lagi gerakannya.Cukup membuatkan aku rasa geram dengan kelakuannya.Akhirnya, aku berhenti dengan niat mahu bersaing dengannya.
Dia menghampiri aku.Senyuman dibibirnya menguntum.

”Cik adik.Kalau kahwin esok, jangan buat perangai macam ni.Kesian dekat cik abang nak mengejar.Kena ingat, isteri tu sayang kiri suami.So, kena bergandingan macam ni la ye”,katanya perlahan.

Aku mencebikkan bibir dengan kata-katanya.Apa kes nak bercerita pasal nikah kahwin masa nak pergi meeting?Seribu kali angau pun, takyah la sampai mengajar aku bab-bab lain dari buat jalan.Aku tak mahu tahu pun.

Dengan berat hati, aku berjalan mengikuti langkahnya hinggalah ke bahagian Jalan JKR Negeri Selangor.Lebih menyebalkan aku dia mula buat perangai menggatal dengan receptionist dekat pintu masuk bahagian.Kalau dah romeo,romeo la juga!
---------------
”Adik manis, saya ada meeting Projek naik Taraf Jalan pukul 9.30 sekejap lagi.Meetingnya dekat mana ye?Fuh,mudah-mudahan cancel la meeting tu ya?Kalau ya, cik adik nak meeting dengan saya tak?”,soalnya dengan gaya menggoda yang dibuat-buat.

O..patut la jalan macam cat-walk.Rupanya meeting kol 9.30.Aku tersilap tengok jadual ke apa tadi?Tapi aku lebih tertarik pada adegan depan aku ni.Mat romeo tengah mengayat.Naik meluat aku dengan perangai dia.Yang si receptionist tu malu-malu ulat bulu lak.Mujur aku tak muntah kat situ.

”Ejai..dah datang berdua,takkan la nak tambah koleksi lagi.Paling-paling nak cari lain, esok-esok la”,tempelak perempuan yang baru melintas di situ.

Faizal tersengih bila diperli begitu.Aku sekadar mencebik bibik padanya.

”Padan muka,kena sedebik!”.

”Ala Kak Imah, berkawan biar seribu.Kalau nak cari isteri tu yang satu.Kak Imah dah membantutkan niat saya nak memanjangkan silaturrahim tahu tak”,guraunya.

Perempuan yang dipanggil Kak Imah tadi tergelak mendengar kata-kata Faizal.Sedangkan aku,hanya mengikuti mereka ke bilik paling hujung di jabatan tersebut.

”yelah tu.Yang adik manis kat belakang tu apa pula statusnya.Dah ada tali silaturrahim belum?”,soal Kak Imah lagi.

”Yang ni belum lagi akak.Dia jual mahal sangat.So, status dia sekarang it’s complicated la”,balasnya sambil membetulkan baju yang dipakai.

Mungkin dia mahu terlihat kemas ketika mesyuarat sebentar lagi tekaku.Tapi sempat lagi buat drama tu.
”Handsome dah kan?Tak yah cakap pun, aku tahu aku memang handsome!.

Aku menggelengkan kepala dengan gelagatnya.Kak Imah tergelak besar.

”Sabar jelah Uda dengan perangai dia ni.Memang sewel sikit kalau dengan perempuan!”,kata Kak Imah sambil menepuk bahuku.

Oh, akak ni dah tahu nama aku.Patut la dia tak tanya nama pun tadi.Biasa la, nama pun secretary kan!

Kak Imah membuka pintu dan mengisyaratkan kami masuk ke dalam.Sebelum aku melangkah masuk, denyutan jantung aku rasa macam terhentin bila terpandang tanda nama di muka pintu.

Syed Ahmad Hamdi As-Syariff!Dan lebih membuatkan aku rasa nak pitam bila mendengar suara garau tersebut menyuruh kami masuk.

”Macammana aku boleh tak tahu ni?Dan kenapa umi tak bagitahu pada aku?Dan macammana kalau rahsia terbongkar?kenapa..kenapa?”.

Macam-macam soalan chek in dalam kepala.Tapi satu jawapan pun takde.Betul kata Faizal,status aku it’s complicated!

P/s:salam alaik semua.ni n3 b4 exam.Lepas ni, maybe lambat sket next n3 ya.N sesiapa yang follow blog lagi satu, saya delete blog tu coz nak aktifkan blog baru..blog coret-coret kisah hidup saya.kalo rajin, boleh visit my blog at http://adaibrahim.blogspot.com.Tak lupa juga, Selamat Tahun Baru 2010 buat semua.wassalam

3 comments:

MaY_LiN said...

o-o...
sape itu...

raNt|ng pUtEh said...

spekah??
suspen btol..
smbg2..

YONG JIAO XIU said...

hmmm sape ye? pakcik dia kot. or family yg ejai tu kot. hehehe cepat la update ye. penantian itu satu penyiksaan...