@rubiadaibrahim

Saturday, January 2, 2010

CCB 13:Jejak Kasih?


Aku melangkah perlahan mengikuti Faizal ke dalam bilik Ketua Jabatan Jalan JKR Negeri Selangor.Lemah rasanya kaki untuk terus melangkah.Aku kuatkan diri, aku tenangkan hati.Aku harus bersikap profesional.Kisah lama biarlah tinggal dalam lipatan sejarah.Saat ini, aku harus bersikap lebih dewasa.Dan aku harus ingat tujuan asal aku ke sini.
”Assalamuaikum Tuan Syed!Apa khabar harini?”,sapa Faizal kepada Syed Hamdi As-Syarif yang masih meneliti kertas di mejanya.
Kepalanya didongakkan, memandang kami yang baru masuk.Senyuman yang baru meneliti bibirnya mati serta merta bila matanya beralih padaku.Seperti aku, dia juga terkejut dengan pertemuan ini.Tapi pantas juga dia mengalihkan pandangannya.Dia bersikap profesional seperti selalu.Tangan yang dihulur Faizal disambut.Kemudian bila aku menghulurkan tangan, dia menyambutnya dan menggenggam tanganku lama.Mengingatkan rutin yang sekian lama aku tinggalkan, aku akhirnya mengucup tangannya.
Saat ini, aku rasakan tangannya bergetar.Mungkin masih terkejut dan tak menyangka begitu reaksiku pada pertemuan pertama kami sejak peristiwa di rumah opah 3 tahun lalu.
Bulat mata Faizal melihat tindakan aku.Pastinya dia tertanya-tanya hubungan aku dengan lelaki yang baru aku temui ini.Tapi pantas juga, dia berlagak tenang.Biarlah dia, aku tak mahu tahu dan malas nak ambil tahu persoalan yang bermain di benaknya.
----------------------------
”Kita nak mula di mana ye Faizal.Maaf ya,lama sangat bercuti.Sampai lupa bab meeting ni”,seloroh Syed Hamdi bila dia masih termangu-mangu di kerusinya setelah mempersilakan kami duduk.
Faizal tersengih mendengar kata-kata Syed Hamdi.Tapi bagi aku, bukan itu yang menyebabkan dia tak tentu arah.Bukan itu yang membuatkan dia hilang kata-kata.Tapi kerana pertemuan yang tak pernah difikirkannya ini.Kerana aku yang berada di hadapannya.
”Takpe Tuan Hamdi.Kalau tak bercuti, tak tenang fikiran.So, saya yang mulakan ya.Pasal proposal Projek Naik Taraf Jalan Daerah Kajang.Saya dah hantarkan proposal tuan pada tuan sebelum ni.Kami datang ni nak bincangkan pasal supplier dan standard terbaru dari JKR.Sebelum ni kami dah terima pekeliling tu.Untuk projek ni, kami dah cuba suaikan dengan piawai tu.Tapi rasanya kurang sempurna lagi.Jadi kami harapkan tunjuk ajar Tuan Syed untuk projek ni”,jelas Faizal panjang lebar.
Syed Hamdi menganggukkan kepala mendengar penjelasan Faizal.Sama seperti aku yang tak ubah macam burung belatuk.Kalau Syed Hamdi mengangguk tanda faham, aku angguk tanda apa ye?Buat-buat faham kot.
”Ok.Saya dah periksa proposal tu.So far, so good.Sekarang, saya nak minta Huda tolong bentangkan serba sedikit boleh?Maklum la orang tua, selalu lupa!”.
Ha, Huda!Huda tu kan aku.Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal.Tak tenang aku dibuatnya.Aku halakan pandangan pada seraut wajah di depan aku, dia membalas dengan seyuman yang menguntum di bibir.Aku pandang Faizal di sebelah aku, dia mengangkat bahu.Akhirnya, aku menggeleng kepala.Tapi pantas juga, dia menegah aku supaya tidak mengalah.
”Bukannya kena bentang kertas kerja dekat depan Perdana Menteri.Anggap macam borak biasa je.Kalau rasa takut, anggap macam luahkan perasaan Huda.Kami ni Huda anggap macam rumput-rumput di padang yang hanya mendengar cerita Huda.Tapi takkan beri komen”,pujuknya.
Aku menganggukkan kepala.Dia tersenyum lebar padaku.Tahu benar akan sikapku yang mengalah bila kata pujukan lahir dari mulutnya.Kalau dibandingkan umi, dia lebih memahami aku.Dan aku akan menyetujui apa sahaja cadangannya dalam hidup aku.
Dengan lafaz bismillah, aku memulakan bicara.Aku cuba menyampaikan pembentangan projek seyakin mungkin.Dan keyakinan aku makin menyelinap ke segenap hati bila melihat wajah tenangnya.Ah, terlalu kuat pengaruh dalam kehidupan aku!
---------------
Tepukan gemuruh aku terima usai aku membentangkan kertas kerja.Syed Hamdi tersenyum puas mendengar butir bicaraku.
”Tahniah Huda.Hebat bakal jurutera kita ni.Saya doakan Huda berjaya suatu hari nanti!Faizal, you are lucky guy to meet her.She such a great girl i ever meet.Bukan senang nak jumpa perempuan yang boleh present projek dengan yakin on 2nd day masuk praktikal.Selalu semua tergagap-gagap.Bila tanya sikit, mula gelabah.You are the best,Huda”,pujinya sebaik sahaja aku duduk.
Pujiannya terlalu berlebihan aku rasakan.Bertuah juga padanya yang dapat bertemu denganku kembali setelah 3 tahun aku menghilang dalam hidupnya.Aku tersenyum pahit mendengar kata-katanya.
Fikiranku terimbau pada peristiwa lama yang tersemat kemas dalam ingatan.Pujiannya sama seperti pujian ketika aku berjaya menyelesaikan segala hal yang mencabar dalam hidup.Dia sentiasa yakin dan memberi sokongan pada hal-hal yang dirasakan umi aku tak mampu.Dan bila aku berjaya, dialah yang bersorak riang.Hinggakan umi memarahinya kerana sentiasa menyebelahiku.Hinggakan abi cemburu padanya kerana kasihnya melebihi kasih pada anak sendiri.Dan semua itu peristiwa lama.Peristiwa yang tinggal kenangan.
”Alhamdulillah Tuan.Lepas ni, saya procedd terus la projek ni ya.Pasal supplier, nanti saya maklumkan.Bab tunjuk ajar pada assistant saya ni, Tuan tak perlu risau.Saya akan ajar dia baik-baik.Insyaallah”,ujar Faizal sebelum mesyuarat ditamatkan.
Jauh benar aku mengelamun.Sedar tak sedar, pertemuan kami akan berakhir di sini.Entah bila, aku akan bertemu lagi dengannya aku tak pasti.Dan entah kenapa , rasa rindu padanya menggebu di hati.Padahal, aku dah keras hati, aku dah bertekad tak mahu lagi mengharapkan pertemuan kami sejak peristiwa 3 tahun lalu.
Terus, kenapa hati aku bersedih bila mengingatkan layanannya yang tak lebih dari seorang ketua pada bawahan.Kenapa hati aku mengasak mahukan perhatian dan curahan kasih sayangnya sebagai Walid terhadap Bibi?Kenapa dengan aku ni?Kenapa harus aku menjilat muntah sendiri?Bukankah kehendak aku sendiri, dia menjauhi aku.Kenapa sekarang lain pula jadinya?
-----------------------
”Faizal, Huda.Nak kemana lepas ni?Uncle ingat nak belanja makan tengahari dulu.Makan ramai-ramai ni seronok sikit!”.
Dalam sekelip mata, panggilannya bertukar lebih mesra.Padahal, baru 5 minit kami selesai menyuarat dan bertukar buah fikiran.Betapa dia adalah dia.Dia yang sentiasa ada buatku suatu ketika dahulu.
”Ingat nak balik terus.Lepas ni, kena turun site.Tapi kalau Uncle nak belanja, saya lebih pada suka.Huda lebihlah lagi.Mesti dia makan bertambah sekejap lagi”,balas Faizal.
Aku menjelingnya geram.Apa hal pula, aku yang kena ni.Tak patut betul.Geramnya rasa hati.
”Kira jadi la kan nak lunch sama.Tapi Faizal kena pergi kafe dulu la.Uncle nak bercakap dengan Huda sekejap.Nanti kami datang.Faizal tahu kan nak order apa untuk Uncle?Kalau untuk Huda, Faizal order laksa penang dengan milo ais ok!”.
Kata-kata Syed Hamdi diterima Faizal sebagai arahan.Faizal akhirnya melangkah keluar, sedangkan aku terkulat-kulat di dalam bilik bercat warna ungu ini.Warna kegemaran kami.
---------------
”Huda tengah praktikal ye sekarang?”.
Angguk kepala.
”Seronok tak kerja?”.
Angguk lagi.Senyuman bermain di bibirnya.
”Umi selalu call tak?Umi mesti risaukan Huda kena buli dek Faizal kan?”.
Angguk kepala buat kali ketiga.Mataku memandang lantai biliknya.Tempat duduk aku rasakan panas saat ini.Tak tahu apa perkataan yang paling tepat harus aku kemukakan sebagai jawapan setiap soalannya.
Kalau dulu, tak sempat dia membuka mulut lagi.Aku dah bercerita panjang lebar.Dia tekun mendengar ceritaku hinggalah selesai.Dia takkan mengulas hinggalah aku selesai bercerita.Tapi itu dulu.
Sekarang, suasananya amat berbeza.Setelah 3 tahun, suasana ini amat canggung aku rasakan.Entah la.Tak tahu apa tindakan paling wajar saat ini.
”Faizal ada buli Huda tak?Kalau dia bagi kerja banyak sangat dekat Huda, report dekat Walid.Tahu la Walid nak buat apa nanti”.
Kata-katanya meluncur laju dari mulutnya.Pantas aku menggelengkan kepala.Memang dia tak membuliku dengan kerja yang menimbun tapi dengan kata-kata pedasnya.Peristiwa semalam semua salahku kerana Aku terkesan dengan panggilannya pada aku.Walid!Panggilan yang dikhaskan hanya untukku seorang.Tak ada orang lain yang boleh memanggilnya dengan panggilan itu.Saat itu, dada aku sesak.Rasa sebak datang tanpa dipinta.Tapi aku kawal diri.Aku arahkan mata yang sudah panas supaya tak mengalirkan airmata.
”Walid rindu betul pada Bibi.Bibi marah dekat Walid lagi ke sayang?Kalau marah, Walid minta maaf.Alhamdulillah,syukur akhirnya Walid dapat jumpa bibi hari ni.Bibi tak rindu walid ke?”,soalnya lagi.Nadanya sudah berubah.Kedengaran sayu dan berbeza benar dengan Syed Hamdi ketika mesyuarat tadi.
Pantas juga aku menggeleng kepala.Gelengan yang aku sendiri tak pasti maksudnya.Sedangkan hati aku merintih sayu.Sayu dan sebak mendengarkan dia menutur panggilan manja buatku setelah sekian lama menghilang.
”Bibi marah dekat Walid lagi ke sayang?”.
Marah?Memang aku marah dengan tindakannya.Walaupun dia menyayangi aku, aku tak rasakan dia patut menyetujui cadangan opah untuk mengatur hidupku.Tidak ingatkah dia akan kata-katanya yang mahukan aku menentukan sendiri perjalanan hidupku.
”Bibi tak rindu pada Walid ke?”.
Rindu?Memang aku rindu dan dah lama aku memendam rindu.Aku mengharapkan dia datang dan memujuk aku.Tapi mungkin tindakan aku melarikan diri selepas peristiwa itu membuatkan dia tersepit dan rasa bersalah.Ditambah dengan ramuan kata pedasku padanya,itu yang membuatkan dia semakin manjauh.Dan akhirnya, aku memujuk rasa rindu sendiri.
”Bibi Walid ni lain betul sekarang.Tak nak bercakap.Dari tadi mengangguk dengan menggeleng je.Kesian la dekat kepala, sakit kalau sejam tak henti-henti macam tu.Walid nak tahu sekali lagi, Bibi memang tak rindu dekat Walid ye?Bibi dah tak sayang Walid?”,tanyanya perlahan dalam ketawa yang dibuat-buat.
Aku menggeleng kepala.Lebih laju dari tadi.Rindu...memang rindu.Walaupun umi rajin menyampaikan berita berkenaan Walid setiap kali pulang beraya di rumah Opah, aku yang degil tak mahu mendengar ceritanya.Setiap kali dia bertandang ke rumah, aku akan berkurung di dalam bilik.Bila Walid pula, aku mengintainya dari tingkap bilik.Hanya itu rutinku untuk melepas rindu pada Walid.
Kalau dia mempersoalkan perihal sayang.Aku memang sayang pada nya.Dialah Walid aku, seorang ayah padaku.Kerana kasihnya yang dalam padaku, boleh dikatakan sayang aku padanya melebihi abi.Sungguh!
Memikirkan itu,benteng ketabahan yang aku pertahankan selama ini runtuh juga.Laju airmata mengalir.Cukup membuatkan Syed Hamdi tahu betapa rindu dan sayangnya Bibi pada Walidnya.Melihat aku sebegitu, dia beralih ke sebelahku.Dia memelukku erat.Sungguh, saat itu juga rinduku terlerai.
”Walid, Bibi rindu dan sayang Walid sangat-sangat”.
------------
Mataku menyoroti susun atur biliknya yang kemas.Di atas almari tempat fail-fail ditempatkan, ada frame gambar keluarga.Termasuklah gambar aku dan Walid ketika aku berusia 3 tahun.Ketika aku tinggal di rumahnya bila umi bertugas di Sabah.Ketika aku diperakui sebagai satu-satu anak perempuannya.
Frame gambar aku setia menghiasi biliknya.Jauh bezanya dengan aku yang melenyapkan segala kenangan dengan keluarga Al-Syarif dari pandangan mata.
”Ni gambar raya tahun lepas.Kebetulan Abang Wan balik bercuti.Tu yang ambil gambar family!”,jelas Walid tanpa aku pinta.
Family.Memang indah kata itu menyapa telinga.Sungguh aku rindu pada keluargaku yang satu lagi.Keistimewaan yang ada padaku yang sekian lama aku lupakan.Punya 2 keluarga yang amat menyayangi aku sepenuh hati.
”Sorry sayang.Bibi tak balik rumah Opah masuk tu.Takde gambar Bibi.Raya tahun ni, Bibi balik rumah Opah, kita ambil gambar sama-sama.Kalau tak pun, Bibi singgah rumah Walid dulu.Jumpa opah,ibu, abang-abang dengan adik-adik.Pastu kita ambil gambar.Semua family member dah complete.Abang Wan dengan Abang Riz pun ada.Esok boleh Walid ganti gambar ni!”.
Aku tersengih mendengar kata-katanya yang lebih pada pujukan.Itulah Syed Hamdi.Sentiasa mendahulukan aku dalam setiap hal.Masih Syed Hamdi yang sama,masih Walid yang penuh dengan pengertian.
Aku tak mahu terpujuk dengan kata-katanya.Aku perlukan masa untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam berhadapan dengan keluarga As-Syarif.Terlalu lama keluarga itu aku tinggalkan dan aku perlu berfikir panjang sebelum kembali pada mereka.
”Walid, Bibi bukan tak mahu pergi jumpa yang lain.Tapi Bibi kena turun site petang ni.Cuma Bibi harap sangat Walid rahsiakan pertemuan ni.Bibi tak mahu mereka sedih dengan perangai Bibi.Cukup lah Bibi jumpa Walid hari ni.Insyaallah, bila dah sampai masanya bibi balik rumah kita.Bibi janji”.
Keputusan yang aku ambil aku lafazkan.Aku pandang muka Walid yang berharap.Aku tahu dia sedih tapi dia harus menerima keputusanku dengan hati terbuka.
”Takpe,Walid faham.Ok Bibi Walid, jom pergi makan.Kalau lapar sekejap lagi, ada orang boikot Walid pula.Tak pasal-pasal Walid kena makan maggi 7 hari 7 malam nanti”,guraunya sambil menarik tanganku keluar.
Teringat peristiwa hidup bersama maggi 10 tahun yang lalu.Kesian dekat Walid terpaksa mengikut rentak aku semata-mata nak berdamai denganku.Nasib la, siapa suruh manjakan anak perempuan berlebihan kan.Terima lah padahnya.Aku tak terus mengikuti langkahnya tapi mengeraskan diri.Ada syarat yang ingin aku kenakan.Walid angkat bahu.
”Insyaallah tak kena makan maggi dah.Cuma Bibi nak Walid janji takkan bagitahu yang lain Walid jumpa Bibi.Especially pasal Bibi menangis tadi.Ok.Janji!”
.
”Ok, Walid janji”,balasnya.
Aku mengukir senyuman.Cukuplah dengan pertemuan ini.Untuk bertemu yang lain, nanti sikit la ye.Bukan aku tak rindu pada mereka.Cuma satu yang membuatkan aku canggung.Soal abang-abang aku.Abang Wan dan Abang Riz.Kalau aku kembali, aku bimbang kalau kedatangan aku membuatkan Opah mencari jalan agar rancangannya tercapai.
Aku tak mahu Opah berharap nama Al-Syarif dan Syed, Syarifah terus ada pada nama setiap ahli keluraga aku,cucu perempuan tunggalnya ini.Biarpun aku tak sanggup opah kecewa tapi aku rasakan kehidupan aku lebih utama.Aku bukan patung yang tak berperasaan dan boleh diatur hidupnya.Itulah aku,bukan Huda Diyana biasa.Entah la,bingung!
P/s:salam alaik,jejak kasih..jejak kasih gak.Tapi jangan ikut perangai saya ni.Nak exam sibuk menulis novel.Haha.Masa nak exam nilah idea berlambak2 datang.So, layan jelah ye.Ni ada soklan nak tanya.Antara Abang Wan,Abang Riz atau si Ejai sengal, siapa yang akan Huda pilih.Atau pun korang rasa ok kalau ending dia,dia dengan Arun si hitam manis..haha..Survey bermula.tentukan pilihan anda.Adios=)

19 comments:

Anonymous said...

sengal2 ejai pn ok gak ngan huda:-)

iyads said...

nk huda ngn ejai la..
jai 2 sengal tp bek hati..
hahahaha..
good luck 4 ur xm writer..
chhaiyok3x!!

raNt|ng pUtEh said...

spe walid pd huda??
ayh btol ke pkck??
confuse gk sbnrnye nih..
igt abg wan n abg riz abg kndg huda..

p btwn tiga2 org 2..
lagi suka huda ngn ejai sengal 2..hoho

atiqah sohaimi said...

hahahha...arun si itam manis...lwk pun ade...abang2 die tuh rs ptt kkl as abang2 die jek la...x tau la abg saudare or kandung...aku sbnrnye x phm sgt ngan n3 ko kali ni..ponin...spe mak spe ibu...mcm mne ade 2 kuarge...bpk die kawen len ke??hurmm..

sbulehnye bia la huda ngan ejai yg samdol tuh...bia slow2...ejai tuh pun mcm dh ske ngan huda..kan3?hurmmm...he3...x mo ngan arun!hahhah...romantic moto kapcai plak jd nye nti...ha3

Anonymous said...

nk ngan ejai
leh citer ckit tak pasai walid tu sape

Anonymous said...

nak ejai dan huda...
sengal + sempoi je ejai 2..
huhuhu

the sedow geng said...

nk huda ngn ejai r...
hahaha...
swit da tuhs~
x nk ngn 0wng len..
ahakz!

YONG JIAO XIU said...

kalau ikut tajuk novel kali ni sememangnya ejai akan jadi calon utama berganding dengan huda.
Seperti kata reramai, entry kali ni sedikit pening lah. Hmm so untuk mengelakkan kepeningan berlaku, kena la penulis post entry baru lebih cepat. hehehe. All the best for your exam. Sememangnya begitu bila ada exam, banyak la aktiviti or idea nak buat. Truskan tulis idea tu, sebab menulis ni dapat menghilangkan stress.

smktm1 said...

ngan ejai!!!!
cnfrm hot..but still sweet
nway gdluck r..

cactaceous opuntia said...

waaa...mst r nk ngn ejai...lg pn die ade syed gk pe...hee...kalau xde pn pe slhnye...heee...go ejai

Anonymous said...

nk huda ngan ejai jugakkk!!!!!!
:)

Anonymous said...

rase walid tu pksedara uda seblah umi uda.umi uda msti 'syarifah' tu yg opah nk uda kawin dgn sepupunya riz ataupn wan..

Anonymous said...

lupa pilih plak...ngn ejai laaaa...

Anonymous said...

nk dgn Ejai...x nk or lain..
nie mst opah Uda nk dia kawin dgn spupu dia niekn...
more explain...n3 kali nie keliru la.tetiba je ada watak bru...

Anonymous said...

ejai dan huda baru best!!!!!!!!!

Blue Skies said...

x faham sngt lar entri kali nie..
spe wald tu pd huda??
argh pening lar..
btw,suka lagi huda+ejai..
comel jer prangai drg..

Anonymous said...

jgn kata yg antra ejai ngn huda tu ader hubungan??!!
OMG!

Anonymous said...

nk huda ngn ejai la...bru best cite ni...

Anonymous said...

mestila nk huda ngan ejai..