@rubiadaibrahim

Wednesday, January 6, 2010

CCB 14:Tangkap muat?


Walid melemparkan senyuman kepada Kak Imah ketika kami melintas meja setiausahanya.Kak Imah membalas senyuman Walid.Penuh rahsia dan cukup membuatkan aku tertanya-tanya maksud senyuman antara mereka.

”Fatimah tahu Cik Nurhuda Diyana ni anak perempuan walid.Masa walid mula pindah dekat sini, Fatimah yang tolong kemaskan bilik.So, dia tanya dekat walid siapa budak perempuan montel dalam gambar tu.Walid cerita pada dia semuanya pasal Bibi dekat dia”,jelas Walid sebelum sempat aku membuka mulut.

”Ha, semuanya?Termasuk kes Bibi merajuk dengan walid?”.

Terkejut benar aku mendengar tutur kata walid yang tenang.Tambah terkejut bila walid menganggukkan kepala.Aduhai, malunya aku!

”Fatimah juga yang inform dekat walid Bibi yang akan datang dengan Faizal untuk meeting hari ni.Terkejut walid dengar.Dalam masa yang sama, Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya walid.Walid pendekkan holiday sebab nak jumpa Bibi walid ni!Tapi walid tetap tak yakin Huda Diyana yang nak datang tu Bibi.Sampai la ada depan mata tadi’,cerita walid lagi.

Aku tersengih mendengar ceritanya.Patut la walid terkejut benar bila melihat muka aku.Terkejut bercampur gembira dengan pertemuan kami tentunya.Dan tak pelik juga bila Kak Imah tahu nama aku pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini.Paling aku tak sangka,Walid merupakan ketua jabatan di sini.Kalau 3 tahun lalu, walid masih bertugas di negeri kelahirannya,Perak.Tapi sekarang dah naik pangkat.Terlalu cepat masa berlalu.Dan masa juga membuatkan aku lupa rajukku pada walid yang amat aku sayangi.
-------------
Tangan walid yang masih menggenggam erat tanganku aku lepaskan perlahan ketika kami masuk ke kafetaria.Walid memandang wajahku pelik.Aku menunjukkan jari kearah Faizal.Senyuman terukir di bibir walid.

”Kenapa nak disegankan?Biar la dia tahu Bibi anak perempuan walid!”,ujar walid perlahan.

Aku menarik muka.Tak sepatutnya hubungan kami dihebahkan kepada Faizal saat ini.Andai Faizal tahu, entah apa pula sindiran yang keluar dari mulut dia.

”Itu Bibi tahu.Tapi bibi tak mahu dia segan dengan bibi kalau dia tahu pasal kita.Yelah kan, assistant dia anak boss besar.Kalau macam tu la keadaannya, susah la Bibi nak belajar dari bawah.Mesti dia segan dengan Bibi punya”,jelasku akan tujuan merahsiakan hubungan kami.

Senyuman Walid makin lebar mendengar alasan aku yang berputar belit.Macam keling dah!Aduhai, tak masuk akal ke alasan tu?Memang tak masuk akal la kalau Faizl nak segan dengan aku.Kalau dia tahu aku ni ada anak sudara Syed Hamdi yang dijaga dari kecil, masak la aku dikerjakan.Paling tidak, dia akan membandingkan IQ aku dengan Walid.Oh, memang kelam la hidup lepas ni!Sudahnya aku menggaru kepala.Pening dengan alasan yang aku reka sendiri.

”Walid faham.Bibi tak mahu dia kutuk Bibi kan.Alah, Faizal tu mulut je jahat.Hati dia baik tahu.Kalau dia tak buat macam tu, ada la yang pijak kepala masa praktikal.Kalau kenal dia lama-lama, ada sisi baik dari dia.Erm, senang walid kata Faizal tu budak baik la”,tegas Walid.

Tersengih aku mendengar kata-kata Walid.Kalau dia tahu la walid puji dia, makin tebal la pipi dia.Makin sengal la jadinya.Isk, apa-apa pun,aku tak mahu dia tahu siapa aku sebenarnya.Baik ke tidak, nanti sikit aku nilai!

”Bibi tak kisah la pasal dia.Just Bibi tak mahu dia tahu siapa sebenarnya Bibi je.So, sekarang Bibi nak jadi budak praktikal.Bukan anak Walid ok!”,pujukku.

Anggukan kepala Walid cukup membuatkan aku tersenyum lebar.Jadi, kembali ke dunia yang nyata.Aku, Cik Nurhuda Diyana, budak praktikal hari kedua.
--------------
Faizal duduk di meja berhampiran tingkap sendirian.Matanya menatap telefon bimbitnya.Serius benar raut wajahnya.Ada masalah negara barangkali.

”Faizal, ada problem apa?Berkerut muka Uncle tengok”,sapa Walid sambil mengambil tempat di sebelah Faizal.

Faizal mengangkat mukanya.Senyuman terukir di bibirnya.Malu mungkin bila sedar gerak gerinya dia diperhatikan.

”Takde apa-apa la Uncle.Masalah kecil je.Rumahtangga ni kalau takde problem, tak best juga.Kata orang apa?Bagai cendol tanpa gula.Kira pemanis hidup la”,balas Faizal sambil ketawa.

”Ceh, nak cover la konon.Kalau dah mat romeo tu, memang ayat power juga walau macammana pun.Sampai walid aku pun dia nak mengayat.Porahcit”,luahku dalam hati.

Walid tergelak mendengar kata-kata Faizal.Aku mencebik bibir kepada Faizal.Dia menjelingku tajam.Tak puas hati la konon.

”Ha, Faizal.Cik Huda ni kan masih baru, banyak lagi dia tak tahu.Tadi masa interview, jawapan ada.Tapi banyak tak kena.Banyak juga dia menyimpang ke sana sini.Memang kena bagi training lebih sikit ni.Insyaallah, kalau digilap, jadi jurutera berjaya nanti.Kalau ok, Faizal juga yang berjaya nanti”,ujar Walid tiba-tiba.

Faizal terdiam,aku juga.Terkejut dengan cerita Walid yang dibuat-buat.Bila masa lak aku kena interview.Tapi soalan dia tadi menguji minda juga, sampai mengalir airmata dibuatnya.Interview ya, boleh la!

”Dia ni memang macam ni Uncle.Kalau diajar, lambat sikit pick up.Pastu pelupa pula tu.Degil pun boleh tahan degilnya.Kalau uncle nak tahu, pagi tadi kami lambat disebabkan dia la.Ada ke patut dia nak datang sini naik motor.Mujur saya sempat kejar”.

Faizal bercerita soal insiden pagi tadi selesai Walid berbicara.Bulat mata walid memandang aku di depan mata.Tak sangka aku ni ganas lagi.Sedangkan aku, rasa nak lempang mulut takde insurans Syed Faizal ni.Tak pasal-pasal aku rasa darah naik ke muka.

”Wah, hebat juga ya.Ingatkan pandai bercakap je.Rupanya pandai merempit juga.Kalau dengar cerita kamu ni,memang macam cerita Roda-Roda Kuala Lumpur dah.Mujur takde pengarah je.Kalau tidak, box offivce dah cerita ni”,tambah Walid pula.

”Kami memang tengah cari pengarah pun sekarang.Uncle nak jadi tak?Iklan tertutup ni.Offer dia menarik gak ni.So, apa kata uncle”,balas Faizal pula.

Bila Walid menangguk kepala tanda setuju, Faizal membalas dengan mengangkat ibu jarinya tanda Good.Ketawa keduanya berderai.Semua mata memandang ke arah kami.

Makin rancak mereka bercerita.Dari satu topik ke satu topik.Kuat lak tu.Dia orang memang la happy.Sedangkan aku rasa nak pindah ke meja lain.Syed berdua ni kalau dah bercerita tak ingat dunia.Malu aku dibuatnya.Dah la bercerita pasal aku, makin menjadi-jadi la merahnya warna pipi.Malu la!Gediks lak tiba-tiba.Aisyhmen.
------------------
”Apa lagi yang Tuan Syed tanya pada kau?Lama benar kena interveiew.Berminat juga aku nak tahu.Tapi kalau kau tak nak cakap pun aku boleh agak.Aku kan hebat.Paling-paling dia tanya aku baik ke tidakkan?Kalau kau report buruk-buruk pun aku tak kesah.Sebab apa-apa pun, aku mesti jadi hot stuff punya!”,kata Faizal sebaik sahaja kereta meninggalkan perkarangan Bangunan SSASS.

Tak menyempat nak soal siasat.Paling tidak, bagi la aku bertenang dulu.Isk, mamat seorang ni memang teruk betul perangai dia!

”Kalau dia ada tanya pun, malas la nak bercerita.Encik Syed Faizal pun dah maklum apa dia tanya.Maklum la hot stuff”,perliku geram.

Faizal terdiam seketika.Tapi Cuma sebentar.Tak lama kemudian, ketawanya meledak.Bengong betul mamat seorang ni.Apa la malangnya nasib aku?

”Wa,ayat kau tu memang best.Mulut memang takde insurans.Kalau perempuan-perempuan sebelum ni, bila aku tanya semua akan jawab elok-elok.Takde seorang pun, akan perli aku balik.New challenge dalam hidup aku ni.Aku suka dan kepada Cik Huda Diyana,teruskan sikap anda sebegitu ya”,balasnya.

Oh, suruh teruskan.Lagi aku suka.Kalau dia tak suruh pun, aku akan bersikap macam tu.Kalau dibiarkan, makin menjadi-jadi la perangai dia.Dia pun nak cabaran dalam hidup, itu lagi aku suka!

”Cop..cop, sebelum tu aku nak tanya something.Boleh tak?”,soalnya perlahan.

Aku mengangkat bahu.Ceh,nak buat-buat gentleman lak.Selalu nak bertanya, takde nak minta izin bagai.

”Apa hubungan kau dengan Tuan Syed ha?Aku rasa macam magic je bila dia puji budak praktikal.Selalu takde nak mesra rakyat macam tu.Garang gaya singa je.Ha, pastu apa kes lak kau salam dengan dia macam nak minta maaf zahir dan batin?Kau ingat nak pergi beraya ke?Pastu kau dah lupa agaknya bab2 bukan muhrim yang kau dok hantar sms dulu.Nak aku forwardkan semula ke dekat kau?Cakap tak serupa bikin betul.Ke kau ada baca apa-apa mandrem dekat dia?Sampai boleh jinak macam tu.Tak pun kau ni memang baik,so kau amalkan Surah Al-Insyirah sebelum masuk tadi?Nak juga aku berguru dengan kau ni.Boleh aku mengayat perempuan yang garang macam mak harimau lak.Boleh tak?”.

7 soalan sekaligus.Memang ada bakat jadi paparazzi.Aku menggelengkan kepala dengan gelagatnya.Memang sengal la mamat ni.Soalan bertubi-tubi tapi aku tak berminat pun nak menjawab pertanyaan dia.

7 ke, 6 ke,biarkan dia cari jawapan sendiri.Kalau aku jawab jap lagi, ada harapan aku kena jawab 14 soalan pula.Soalan interview pun tak macam ni.Paling aku takutkan kalau aku terlepas cakap.Tak pasal-pasal aku buka kisah hidup aku lak.Oh,tidak..tidak.

Faizal menjelingku bila masih belum ada jawapan yang lahir.Aku mengangkat bahu.Dia mendengus geram dengan reaksi aku yang dingin.

”Tak payah saya jawab pun Encik Faizal dah tahu.Orang hebat kan.Kalau nak tahu juga,cari sendiri la jawapan dia.Kata nakkan cabaran dalam hidup”,perliku sekali lagi.

Pedas agaknya ayat yang aku hamburkan hingga membuat Syed Faizal menggigit bibir.Aku tersenyum menang.Padan muka!
--------------
Sunyi antara kami.Faizal tekun dengan pemanduan.Suasana sepi membuatkan fikiran aku melayang jauh.Jauh hingga ke Teratak Bonda di Kuala Kangsar, Perak,.Tempat kelahiran umi yang sudah hampir 3 tahun tak pernah aku jengah sekali pun.Sejak peristiwa tu..ya,peristiwa itu.

”Mak bukannya nak mengongkong dia.Tapi dialah satu-satunya cucu perempuan mak.Kalau nanti terlepas ke tangan lelaki yang tak baik,macammana?Di juga yang tak senang duduk”,kata-kata opah menampar telinga aku perlahan.

Entah apa, pangkal ceritanya aku tak tahu.Tapi yang pasti, masalahnya pasti berkisar tentang aku.Sebab hanya aku cucu perempuan keluarga Syed Hamdan dan Syarifah Habibah.Cucu perempuan dari anak perempuan tunggal yang boleh dikatakan sudah membelakangkannya bila memilih bukan keturunan Syed sebagai pasangan hidup.

”Bukan mengongkong mak kata?Kalau dah masuk bab atur-mengatur soal nikah kahwin ni namanya apa?Di tahu mak risau kalau dia ikut jejak umi dia.Tapi itukan hidup dia,biarlah dia tentukan sendiri mak”,rayu Walid.

Kedengaran sayu suara Walid.Wajah walid nampak tegang.Jelas dari bukaan pintu bilik aku yang kecil.Opah termenung jauh.Tak tahu apa yang difikirannya.

”Sebab arwah ayah tak tegas la,Adik boleh ambil keputusan menikah lari dulu.Menikah dengan lelaki tak ada apa-apa.Kesudahannya, Adik kamu juga yang hidup susah.Jangan sampai Bibi pula jadi macam tu sudah .”.

Adik..adik Walid, tak lain tak bukan umi aku.Dan Bibi tu adalah nama samaran aku.Bibi, nama samaran yang diberikan Walid.Kependekan dari Habibi yang bererti sayangku.Mendengar perbualan opah yang berkisar soal aku membuatkan rasa mengantuk hilang serta-merta.Aku lebih tertarik mendengar perbualan mereka di keheningan malam.Soal aku,soal masa depan aku?

”Adik tak kahwin lari mak.Ayah sendiri yang suruh Di wakilkan dia sebagai wali hakim.Dia yang menikahkan adik.Jadi,tak timbul soal nikah lari ni.Takkan dah 20 tahun, mak nak timbulkan soal tu lagi.Di tak kisah Daud tak ada harta.Asalkan dia sayang dan boleh jaga Adik dengan baik itu dah lebih pada cukup.Memang dia tak sekaya kita mak tapi cukuplah untuk hidup.Mereka bahagia, Di pun bahagia juga.Soal Bibi, mak tak perlu risau.Di tahu Daud dengan Adik dah bagi didikan terbaik pada dia.Dia bijak nak tentukan mana baik dan mana salah.Bibi takkan pilih buruh jalan jadi suami dia mak”,jelas Walid kepada opah.

Aku menarik nafas panjang.Opah masih kurang senang dengan abi walaupun dah hampir 20 tahun abi jadi menantunya.Walapun umi dah menghadiahkan 4 cucu kepada opah, opah masih mengungkit soal pernikahan mereka.Soal tak sekufu dan tak setaraf.Tapi kenapa harus jadi topik utama pula?

”Penat mak nak bercakap dengan Di tahu tak?Semua kata mak tak betul.Sudah la Di, mak dah penat.Kalau betul dia tak mahu pujuk Bibi terima cadangan mak,sudah la.Mak malas nak berharap.Mak memang tak layak masuk campur urusan anak kesayangan kamu!”,suara nenek sayu kedengaran.

Nenek merajuk barangkali.Nenek bingkas bangkit tapi ditahan Walid.Nenek duduk kembali.Walid mencapai tangan nenek dan menciumnya.

”Di bukan tak setuju 100% dengan cadangan mak.Bibi tu walaupun dah macam anak Di sendiri, tapi Di tak berhak nak tentukan masa depan dia.Apa-apa pun dia tetap anak Adik dengan Daud.Mak kena usulkan pada mereka.Kalau mereka setuju, baru kita teruskan.Kalau tak, apa boleh buat!”,jelas Walid panjang lebar.

Opah termenung sejenak.Aku juga bersetuju dengan kata-kata Walid.Walaupun sejak berusia 3 tahun aku tinggal bersama Walid, tak bermakna Walid berhak sepenuhnya kepada aku.Masih ada umi dan abi sebagai ayah kandung aku.Aku tak tinggal bersama mereka pun atas keengganan aku sendiri.Bukan salah umi dan abi sepenuhnya.

”Di macam tak tahu perangai Daud.Kalau mak kata nak carikan calon dekat Bibi, dia akan pesan dekat mak cari calon yang ada side pada baju.Kalau Adik lagi la, dia langsung tak mahu campur.Kena taat pada suami la, itulah..inilah.Kamu je harapan mak sekarang ni Di!”,ujar nenek lagi.

Nenek berniat mencari calon untuk aku?Calon suami berketurunan Syed?Syed pun Syed lah tapi siapa orangnya?Mungkin kerana abi yang tak sebulu dengan nenek, membuatkan opah menyampaikan hasratnya pada walid.Tambahan pula Walid sahaja yang boleh memujukku dalam segala hal, itu yang membuatkan nenek lebih yakin rancangannya akan tercapai.Tapi kalau benar rancangan opah, kenapa Walid berat hati benar?

”Nanti la Di cuba cakap dengan dia elok-elok mak.Tapi Di tak janji la sebab anak Di tu bukannya boleh diatur-atur.Kalau tidak, memberontak la dia nanti.Tapi dia akan pastikan impian mak tercapai walaupun susah”,balas Walid pendek.

Nenek tersenyum menang.Sedangkan Walid diburu raut gelisah.Mungkin rasa bersalah kerana terpaksa memungkiri kata-katanya agak aku memilih jalan hidup sendiri.Tapi raut wajah Walid yang resah aku kira bukan kerana itu sahaja.Lebih berat dari soal aku tentunya.

”Bukan kena pujuk Bibi je.Di tentukan antara Hazwan dengan Hariz yang mana terbaik untuk Bibi.Kalau boleh, mak nak ikat mereka secepat mungkin.Jangan sampai mak makan hati sebab tak berjaya satukan Bibi dengan anak Di sudah la!”,tegas opah lagi.

Walid mengangguk lemah.

Abang Hazwan dan Abang Hariz yang sudah aku anggap seperi abang kandung mahu dijadikan calon?Seorang adik dinikahkan dengan abang sendiri?Oh tidak, aku tak sanggup menjad buah mulut orang.Dan paling aku tak terfikir untuk menjalin hubungan serius dengan abang sendiri.Tak mampu dan tak sanggup..

Memikirkan itu, aku terjerit kuat.Opah dan Walid pantas berpaling ke pintu bilik.Walid tergaman dan opah tak tentu arah.Aku pantas menghempas pintu bilik.Walapun ketukan pintu makin kuat,makin pantas juga aku memasukkan pakaian dalam beg galas.Cuti di rumah opah terbatal dengan sendirinya.Malam itu juga, umi dan abi terkejut dengan kepulanganku.Tanpa kata dan hanya terjawab dengan kedatangan Walid seminggu kemudian.Bila Walid mahu bertemu aku mengelak,cukup membuatkan sedikit demi sedikit hubungan kami renggang dan akhirnya khabar dari mereka terus hilang.
-----------------
”Oit, dah sampai mana kau berangan.Ke bulan ke bintang.Tak reti nak turun.Kau bukannya puteri raja nak kena usung pakai tandu”.

Suara garau Faizal menyentakkan lamunan.Aku tersengih melihatnya.Malu juga memikirkan dia perasan aku berkhayal.Mujur tak keluar airmata, kalau tidak sah-sah nama aku kena hantar dekat Production House.

Aku melangkah keluar.Fail biru ditangannya diserahkan pada aku.Aku menyambut hulurannya.Dia tersenyum pada aku dengan senyuman yang dibuat-buat.

”Terima kasih daun keladi.Lepas ni site pula kita pergi”,perlinyadengan pantun dua kerat yang tunggang langgang ketika berjalan menyaingi aku.

Aku tergelak.Ucapan terima kasih aku hulurkan.Saat tu,Aku teringatkan Abang Wan bila dia berpantun begitu.Masih kuat ingatan aku pantun dua kerat bahasa Inggeris yang direkanya.

”Sand is very dirty, i know she’s naughty”.

Pantun yang dibacakan setiap kali dia dipanggil guru kelas aku bila aku melakukan kesalahan.Dan pantun tu melekat di kepala hinggalah ke hari ini.Dah lama tak ada pantung gila-gila rekaannya..Terbayang pula perangai Faizal yang suka mengusik dan ala-ala ulat bulu cukup membuatkan aku teringat Abnag Riz pula.Abang Riz yang suka mengusik dan boleh dikatakan playboy sikapnya.Memikirkan itu, ingin rasanya aku ke rumah Walid.Tapi aku tak sanggup pula memikirkan calon aku yang dipilih opah.
Jap,opah kan nak keturunan Syed kan.Kalau Syed yang ada depan aku ni agak-agak opah setuju tak?2 dalam 1 lagi,dua-dua perangai abang aku dia ada.Pakej cukup lengkap ni.Besar kemungkinan Faizal diterima sebagai calon tangkap muat untuk opad.Kalau opah setuju,aku macammana?Oh,tidaklah patik.Simpang malaikat 44.Jauhkanlah Ya Allah.
P/s:Salam alaik,maaf n3nya lambat.Exam boleh dikatakan menguji jiwa dengan soalan yang tak keluar dari apa yang belajar.Stress ceq.So, layan menulis novel.Act, dari semalam dah siap n3 ni.Sekali internet wat hal lak.So, lambat sikit la.Calon tangkap muat?Korang rasa Faizal tu sanggup tak jadi calon kalo Uda terpaksa pilih dia?Erm,bukan sebagai calon dengan rela hati tapi calon yang ditangkap nak memuatkan diri dalam keluarga dia.Nak selamatkan diri.Kalau selamat, selamat tak hati Uda ke depan nanti.Adios, fikirkan jom.hehe

7 comments:

Anonymous said...

best2.....hrp n3 strsnya cptla kit....gdluck....

MaY_LiN said...

mesti selamat punya..
slamat di hati...

cactaceous opuntia said...

slamat2...suke2...haha...kn die pn pnh suke si jai 2...hee

mie ja shii said...

huda..n syed faizal..ejai n uda..
ske2..
gado ari2..hehe

Anonymous said...

nama pon calon tangkap muat jd klw slmt tak slmtny dia orang mesti best pny citer..
ok apa Ejai dgn Uda...ala2 kecoh dunia..meriah hidup..
hihihi...

Anonymous said...

suke2 kalu ejai n uda..bru happening..ejai tu pon msti ade hati ngn uda..x ngaku je

Anonymous said...

takpe klu uda ngan ejai...biasa le mula2 x suka n ego skit.tapi bila dh kenal lama n terus jatuh cinta...hopefully dieorg bahagia ke akhirnya...:)