@rubiadaibrahim

Friday, January 15, 2010

CCB 15:Kalau dia tahu!


”Amboi, happy betul!Pergi meeting ke pergi dating?”.
Teguran Kak Nasya disambut ledakan ketawa Faizal.Siulan di bibirnya terhenti.Dia mengangkat keningnya.Ala Ziana Zain la konon.Aku sekadar tersenyum sumbing melihat reaksinya.Tak ada maknanya nak berdating bagai!
”Pergi jumpa bakal pak mentua la”,gurau Faizal sambil ketawa.Kuat,cukup membuatkan jantung aku berdegup kencang.Tak tentu arah aku dengan gurauannya yang sedemikian rupa.Kak Nasya turut ketawa.
”Tak habis-habis nak curi hati Tuan Syed!Kalau Tuan Syed suka dekat you, belum tentu SNM suka”,balas Kak Nasya bersahaja.Tangannya lincah mengetuk papan kekunci komputer di depan mata.
Aku memperlahankan langkah.Tergamam mendengarkan cerita antara mereka.Aku mahu mendengar butir bicara mereka yang selanjutnya.Kerana pastinya anak perempuan Tuan Syed itu aku.Bukan orang lain.Tapi singktan SNM apa ertinya pula ya?
”Ala,petik jari ke Nasya.You pernah dengar kan pepatah orang zaman dulu.Kalau nak pikat anak dara, pikat dulu orang tuanya.Tuan Syed memang dah bagi green light dekat I.Sekarang ni, i nak cari je Syarifah No Name anak dia tu.Kalau seribu kali anak di tak mahu pun, i suruh la Tuan Syed yang arrangekan.Mesti boleh punya.Tak payah pening-pening nak mencari calon.So,tak payah i kacau tunang orang ni lagi”,ujar Faizal yakin.
”La,tahu rupanya i ni tunang orang.Tapi rajin nak mengayat i buat apa?Teruk betul la perangai you ni Faizal.Kalau Syarifah No Name tu tahu you macam ni, confirm dia reject punya.Sia-sia jelah you menanti dia selama ni.Nak nak, ikut jelah apa yang mummy you kata!”, bls Kak Nasya.
Faizal ketawa kecil mendengar kata-kata Kak Nasya, Mungkin kehadiran Faizal menganggu kosentrasi dia bekerja, Kak Nasya menepis tangan Faizal dengan fail biru di atas mejanya.Faizal menyeringai kesakitan.Melihat reaksi Kak Nasya yang acuh tak acuh melayannya, Faizal angkat punggung.Menyedari gerakannya di belakang aku, aku cepat-cepat melangkah masuk ke dalam bilik.
--------------
”Nur, kau curi-curi dengar aku borak ya tadi?”,tegur Faizal sebaik sahaja melangkah masuk.
Laju aku menggelengkan kepala.Takkan dengan heronya, aku nak mengaku.Tak mahu la aku menambah penyakit yang dah sedia ada.
”Kalau kau dengar pun aku tak kisah.Bukannya rahsia kerajaan Malaysia pun.Kisah hidup aku je.Erm, kau nak tahu satu cerita tak pasal aku?”,tanya Faizal sebelum duduk di kerusinya.
Tiada reaksi dari aku,tidak menganggukkan kepala dan tidak juga menggeleng.Faizal mengeluh.Geram barangkali.
”Tak kisah la kau nak dengar ke tidak..tapi aku nak bercerita gak.Pasal anak perempuan Tuan Syed tu, yang aku panggil Syarifah No Name tu.Kau mesti dengar kan masa aku bercerita dengan Nasya tadi?”.
Anggukan kepala aku membuatkan ketawa Faizal meledak.Isk, macammana boleh mengantoikan diri ni.Obvious sangat kot muka nak tahu aku nih.Segannya!
”Haha..mengaku gak akhirnya kau.Takpe je, memang bestkan kalau kita dengar cerita pasal orang.Nak pula kalau cerita rahsia demi rahsia ni.Memang ramai la pasang telinga lintah”,tambahnya sambil tersenyum sinis kepada aku.
Geram pula rasanya bila dia seakan memerli aku.Belum sempat aku membuka mulut,dia bersuara terlebih dahulu.Kata-kata seterusnya yang membuatkan aku tak senang duduk tentunya.
”Hari ni turn kau dengar je cerita aku,tak payah nak terasa dengan apa yang aku kata.Sebab aku tak berniat nak perli pun.Ok, berbalik pada cerita aku pasal SNM tu.Aku rasa aku ni sengal je sebab menunggu macam orang tak betul.Aku tak pernah jumpa dengan dia tapi aku rasa dia tu jodoh aku!’.
Jodoh aku!Aduhai, ngeri lak bunyinya.Dengan muka penuh yakin tu, lagi la membuatkan aku seram sejuk.Kalau la dia tahu....
”Semua orang dok kata aku ni bodoh.Mahunya tak bodoh, suka pada orang yang aku kenal melalui gambar je.Tu pun gambar masa umur dia 3 tahun dekat bilik Tuan Syed.Pernah juga aku cari dia dekat rumah Tuan Syed masa aku pergi sana tapi aku tak pernah jumpa.Bukan orang je,gambar sekeping pun tak ada.Aku rasa dia lari dari rumah.Aku memang nak tahu sangat pasal di tapi takkan la aku nak buka mulut pula kan.Segan la aku kalau dia tahu niat aku.Tak pasal-pasal aku kena kutuk lak sebab nampak over kan?”.
Aku mengangkat bahu.Tak tahu apa yang harus aku lakukan untuk menanggapi ceritanya.Tersenyum lebar pada peminat misteri yang tak pernah aku tahu kemujudannya atau sepatutnya aku pengsan mendengar ceritanya.Yang pasti, rasa terkejut masih mengisi segenap ruang hati.Sedaya upaya aku kawal diri aku.
”Memang over pun kalau tiba-tiba kata berkenan dengan anak dia kan.Tapi itulah yang aku rasa.Nak pula dengan keadaan banyak sangat misteri, lagi la membuatkan aku rasa nak kenal sangat dia.Tapi aku memang bimbang kalau suatu hari aku jumpa dia, dia dah berpunya.Kalau betul la,aku akan sedih seumur hidup aku.Nak tak nak aku kena terimalah calon yang mummy aku carikan tu”,ceritanya panjang lebar.
Ralit aku mendengar kata-katanya.Ada satu sangkaan yang lahir dalam hati.Entah kenapa, aku rasakan nasibnya sama dengan aku.Mungkin calon pilihannya berasal dari keturunan Syed Syarifah juga.Pasti nasab dan keturunan jadi hal terpenting dalam keluargany.Tapi kenapa dia menolak pula?Rasa ingin tahu semakin mengasak.Melihatkan dia terdiam, aku memberanikan diri bertanya.
”Er..Encik Faizal, boleh kan saya nak tanya?”,soalku.
”Tanya jelah,bukannya kena bayar.Kalau ada soalan masa aku tengah bercerita, go ahead.Insyaallah, aku try jawab”,balasnya sambil tersenyum.
”Kenapa Encik Faizal nak tunggu dia juga walaupun calon isteri yang family keluarga Encik Faizal pun ada nama Syarifah juga.Bukannya orang lain”.
Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu sebelum membalas soalan aku.
”Entah la.Aku tak tahu.Maybe dalam hati aku dah ada Syarifah No Name As-Syarif kot”,balasnya bersahaja dalam nada bergurau.
Aku terdiam seribu bahasa.Kalaulah dia tahu....
”Lagi satu reason kenapa aku tunggu dia sebab aku dah terlepas cakap dengan mummy aku.Aku kata menantu dia anak Tuan Syed Hamdi.Memandangkan ada nama Syed, mummy aku terus berhenti mencari calon menantu perempuan dia.Kau tahu la kan betapa gasaknya hidup kalau kena atur dek orang.Tapi itu bukan sebab utama dia la, aku yakin dengan rasa hati aku.Mudah-mudahan, Allah berikan jalan untuk aku berjumpa dengan dia.Amin”.
Aku tergamam mendengar tutur katanya yang tenang.Keyakinannya cukup membuatkan aku terpempam.Yakin benar dia akan hal jodoh dan pertemuan.Sungguh, terkesan juga dalam hati akan setianya dia pada rasa hati yang tak pernah kenal gerangan perempuan yang tak pernah sekali ditemui.
”Nur, kau pun doalah sama ye.Lagi cepat aku jumpa dia, lagi cepat aku berubah perangai.Insyaallah, kalau dah jumpa dia..aku tak akan berkasar lagi dengan kau.Aku takkan buat perangai sengal dan menggatal lagi dengan perempuan-perempuan yang aku jumpa.Sebab, aku akan beri komitmen 200% pada SNM aku.Insyaallah.Kau pun nak aku berubah kan, so tolong eh doakan”,ujarnya lembut, seakan merayu pada aku.
Sebegitu sekali niatnya kalau dah bertemu dengan SNM.Kagum..memang kagum tapi jauh disudut hati, aku terkesan.Kalaulah dia tahu SNM yang diharapkan tu tak punya gelaran Syarifah, bagaimana reaksinya.Kalaulah dia tahu SNM As-Syarif yang ditunggu tu tak ada pun gelaran As-Syarif di belakang namanya, terkejut ke dia.Kalau lah dia tahu, orang yang sentiasa di hatinya ada di depan mata saat ini, mungkin dia berubah laku sekelip mata.
Tapi SNM As-Syarif yang diharapkan tu pastinya bukan aku sebab aku bukanlah perempuan yang punya gelaran Syarifah di pangkal nama dan As-Syarif di hujungnya.Aku hanya aku, bukan jodoh impian Syed Faizal Adli tentunya.
”Terima kasih sebab doakan aku.Kalau aku dah jumpa dia nanti, aku belanja kau ye.Sebab kalau kau nak tahu, aku jadi kasar ala diktator dan perangai buaya ni semata-mata nak perempuan bencikan aku.Aku tak mahu diaorang jatuh hati dengan aku.Aku tak kisah kalau orang nak panggil aku Pak Imam mulut laser ke, apa kan,asalkan dia orang tak suka pada aku.Sekurang-kurangnya, hati aku hanya untuk dia sorang”,jelasnya lagi panjang lebar.
Anggukan kepala aku membuatkan Faizal tersenyum sinis.Faham dan maklum akan penerimaan aku.Sekurang-kurangnya aku tahu akan maksud segala tindak-tanduknya sebelum ini. Setianya dia pada SNM yang dah pun berada di depan mata.Sungguh, doanya dah dimakbulkan Tuhan.Tapi aku tak akan sesekali mengaku siapa aku.Sebab aku bukan bayangan SNM di hati dia.
”Ha, Nur.one more thing.Aku dengki sebenarnya dengan kau tahu!”,ujarnya tiba-tiba setelah hampir 10 minit sunyi mengisi ruang kerja kami.
”Ha, dengki?Kenapa lak?”,soalku sedikit terkejut.
”Sebab kau tak perlu fikir siapa jadi pasangan hidup kau.Bebas pilih siapa sahaja, tak perlu risau nak menjaga hati orang, jaga nama baik keluarga.Siapa je kau berkenan, tak perlu ada ujian saringan.Terus tangkap cintan, terus tunggu pinangan.You are so lucky, my girl!”,ujarnya sambil melemparkan senyuman manis.
”Ya, how lucky i am.So grateful for such good thing.Alhamdulillah”,balasku lambat-lambat.
Biarpun hati aku berdegup kencang mendengar pengakuannya, aku cuba kawal diri.Padahal tak ada bezanya antar kami.Masih punya keluarga yang menekankan hal yang serupa.Kalaulah dia tahu....apa ya reaksinya?
----------------
Sudah menjadi rutin dan kebiasaan umi menelefon aku setiap malam.Tapi panggilan dari umi malam ini, amat aku nantikan.Terlalu banyak kejutan yang aku terima.Belum habis rasa terkejut akan pertemuan dengan walid, pengakuan Syed Faizal pula membuatkan aku tak senang duduk.
Sekurang-kurangnya, aku ada umi untuk berkongsi cerita.Kalau aku nak buka mulut bercerita dengan teman serumah, aku takut terjerat diri sendiri.Betapa mereka tahu bencinya aku keluarga Syed biarpun tak pernah mereka tanyakan sebabnya.Kalau sekali aku bercerita, segala rahsia akan tersingkap dengan sendirinya.Kerana itu, aku mengambil keputusan mendiamkan diri.Biarlah hingga sampai masa yang tepat.Bila?Aku pun tak pasti.
”Kakak jumpa walid tadi kan.Mesti ada drama airmata ni kan?Berapa tong airmata kakak keluar tadi?”,tanya umi sebaik sahaja selesai aku menjawab salam yang dihulurkannya.
”Bertong-tong jugalah umi.Tapi tak sampai banjir la.Kalau Sultan Mahmud nak meminang Puteri Gunung Ledang, cukuplah ambil airmata kakak dengan walid je.Umi, kenapa tak inform dekat kakak pasal Walid dah pindah dekat sini”,soalku geram.
Umi tergelak di hujung talian sebelum memberi jawapan.
”Umi pun tak tahu kakak.Umi tahu walid pindah Selangor je, mana tahu dia pindah sebab naik pangkat.Tapi kakak sendiri tak mahu dengar cerita pasal walid masa balik haritu.Ingatkan tak rindukan walid, rupanya jadi ratu airmata bila jumpa”,gurau umi padaku.
Aku tergelak mendengar ulasan umi.
”Macammana la kakak tak menangis umi.Sedih sangat.Kakak mengaku kakak ego tapi walid la walid kakak.Mestilah kakak sedih.Dah berapa tahun kakak tak jumpa dengan walid.Yang buat kakak sedih sangat bila walid buat-buat macam tak kenal kakak masa mula-mula sampai tu.Tapi at last, dia nak jumpa kakak.Masa dia panggil je Bibi, terus start drama airmata”,selorohku, umi tergelak besar.
”Alhamdulillah, syukur umi dengar.Kakak kena rajin pergi rumah walid lepas ni,tengokkan opah untuk umi.Opah tak berapa nak sihat sekarang ni,darah tinggi dia menyerang je.Asik berulang masuk hospital.Tapi umi memang tak sempat nak datang Selangor lagi.Boleh kan kakak tolong umi?”.
Rayuan umi membuatkan aku terdiam.Resah dan tak tahu apa tindakan yang sewajarnya.Bukan aku tak sudi nak menjejakkan kaki ke sana,tapi permintaan dan rancangan opah masih kuat di ingatan.Tambahan pula keadaan opah sebegitu, pastinya hal itu dibangkit dan dibahas lagi.Sedangkan aku, aku yang tersepit menanggapi hal itu.Nak menolak, sukar.Nak diterima, tak sanggup.
”Kakak, ada lagi tak ni.Pasal opah cakap dulu tu, lupakan dulu ya.Insyaallah, takde apa-apa.Opah tak akan bangkit hal tu lagi.Sebab walid kata, abang Wan dengan Abang Riz dah ada calon sendiri.Kakak tolong umi ya” ,rayu umi lagi.
Aku akhirnya mengatakan persetujuan.Sekurang-kurangnya,khabar yang aku terima dari umi membuatkan aku lega.Hilang dah satu beban, Cuma keyakinan Faizal pula membuatkan aku tak senang duduk.Macammana kalau aku terserempak dengannya ketika melawat nenek?Kalau difikir-fikir, besar kemungkinan dia datang.Nak menjejak kasih SNM dia.Tak mustahil, identiti aku terdedah dengan sendirinya.Memikirkan itu, aku menggaru kepala.Gasak betul kepala dibuatnya!
--------------
”Insyaallah, kalau dah jumpa dia..aku tak akan berkasar lagi dengan kau.Aku takkan buat perangai sengal dan menggatal lagi dengan perempuan-perempuan yang aku jumpa.Sebab, aku akan beri komitmen 200% pada SNM aku”.
Kata-kata itu menghantui siang dan malam aku.Betapa susahnya untuk menjalani hidup kerana tahu besarnya harapan dia kepada anak tuan Syed yang baginya entah siapa, entah bagaimana dan entah di mana.Dan lebih-lebih lagi bila dia berubah benar perilakunya terhadap aku sejak tiga minggu yang lalu.Lebih lembut dan lebih bersahaja.Mungkin kerana aku pendengar terbaik yang ditemuinya.Itu pengiktirafan yang diberikan kerana aku sekadar mendengar dan tak pernah sekali pun aku memberikan pandangan akan hal yng dikisahkan kepada aku
Tambah pening dan membuatkan tidur aku tak lena, bila Syed Faizal lebih rajin bercerita soal rahsia hatinya selepas itu.Tentang harapannya bertemua SNMnya, tentang ciri-ciri impian si pujaan hati.
”Aku rasa dia mesti makin cantik sekarang ni.Sebab aku perhatikan Untie Azizah tu memang meletop.Lemah lembut pula tu.Kalau anak dia, mesti ikut perangai ibu dia.Takkan la perangai anak dia kasar lak kan.Mesti lain dari perangai kau yang suka melawan ni.Aku rasa dia ni stok perempuan Melayu terakhir punya.Bahagia la hidup aku.Tapi entah bila la Allah nak makbulkan permintaan aku ya.Yang pasti, aku kena memperbanyakkan berdoa sebab aku hanya hamba.Dia lebih tahu.Kalau aku dah jumpa dia, Insyaallah jodoh aku dah nak sampai la tu”.
Ketika itu,aku sekadar menghadiahkan senyuman sumbing.Lebih sumbing lagi bila dia memaklumkan rancangannya untuk bertemu opah di hospital.Nak tackle nenek mentua pula!
”Dah makin dekat dah jodoh aku.Mak Uncle Syed sakit sekarang ni.So, aku nak menyelam sambil minum air la.Masa ni, mesti cucu perempuan family As-Syarif tu balik.Takkan la dia kejam sangat sampai orang sakit pun tak jengukkan.Kau nak ikut aku tak, terus boleh belanja kalau aku jumpa dia kat sana”,pelawanya ketika kami pulang dari site di derah Kajang.
Cepat-cepat aku menggelengkan kepala.Dan bila tahu pelawaannya itu Cuma ajak-ajak ayam, aku menarik nafas lega.Kalau tidak, oh...tak mampu aku bayangkan.
Bila aku menolak ajakannya, dia meminta aku membelikan buah tangan buat opah.Buah epal hijau dan merah jadi pilihan, sekuntum mawar putih dan sekeping kad ucapan aku suakan pada Faizal.Dia Cuma menurut kerana katanya aku lebih arif soal ini.Memang arif.Takkan seorang cucu tak tahu kegemaran neneknya.Kerana niat Faizal hari itu juga, aku membatalkan hasrat melawat opah.
Reaksi Faizal keesokan harinya sudah aku duga, dia mengeluh dan bercerita pandangannya pada SNM.Dia meluahkan rasa kecewanya yang aku rasakan sangat dalamKatanya SNM betul-betul kejam.Aku gigit bibir.Tambahnya SNM tak menghormati orang tua, aku tersenyum sumbing.
"Kalau macam tu perangai dia, better aku ikut je saranan mummy aku.Seksi dan seksa mata memandang pun takpelah asalkan dia sayang pada aku.Lagipun mummy tentu pilih menantu terbaik dekat anak lelaki dia ni.Dan Allah swt lebih tahu kemampuan aku.Mungkin Allah takdirkan aku untuk membimbing Batrisaya kearah yang lebih baik.Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuannya.Doakan aku ya!",luahnya dalam suaranya yang dalam.Penuh makna tersirat dan tanda tanya.
Dan tanpa sedar,rasa sedih menyelip disegenap pelosok hati bila dia katakan dia tak mahu berharap pada SNMnya lagi.Entah kenapa, hati aku terkesan.Kekuatan aku untuk mendengar luahan hatinya terbang entah kemana.
”Assalamualaikum, Cik Huda Diyana!”.Dan entah kenapa kemunculan Tuan Syed Hamdi di lewat petang Jumaat ini membuatkan aku ingin mengakui akulah SNM yang dia cari selama ini.Tapi dia tiada di sini saat ini.Keluar lebih awal kerana ada pertemuan pertama keluarga Syed Faizal Adli Al-Agil dan keluarga Syarifah Ain Batrisya Al-Rafiq..Kalaulah dia tahu,apa katany ya!Kalaulah dia tahu!
-------------
Salam alaik, makin banyak konflik lak hidup Cik Uda ni.Macam saya juga bila dah sampai msia..nak buat itu...buat ini tapi stu pun tak jalan.Kemalasan bermaharajalela.Doakan saya rajin ye.Hehe.Maaf membuatkan kalian tertunggu..Apa-apa pun, selamat membaca.Tata

6 comments:

mizd said...

i'm da 1st....hihi
nice job..
xsbr nk tggu tmy faizal tau sape uda 2..
cpy2 r smbg lg..
nk bt konflik byk mane pn xksh..jnj rock

MaY_LiN said...

aduh..
angan2 ye dak peijal ni..
kemain lg taruh hati..
atoiiii...

Anonymous said...

best...xsbr nk tggu nx en3...xsbr nk tau pe reaksi pejal bl tau uda tu SNM yg dia tggu2 tu...hhahahahahaha

raNt|ng pUtEh said...

wahh bestnye..
xsbrnye nk tau bl c ejal nih tau spe SNM yg de dok tggu 2..
cane la reaksi de t..
cpt2 tau smbg..
xcited nk tau nih..heheh

YONG JIAO XIU said...

bestttttttttt sgt la cepat sikit sambung. nak tahu reaksi faizal bila tau pasal siapa huda huda sebenarnye

epy elina said...

hohohoo...
crta mkin com;ocated...
klu mrka ada jdh insyaallah...