@rubiadaibrahim

Wednesday, January 20, 2010

CCB 18:Kali Pertama!


”Bibi, Sayang.Bangun..Dah masuk subuh.Walid dengan Abang Wan dah tunggu nak solat jemaah sama”.
Lembut suara ibu membangunkan aku.Ibu menepuk badanku agar aku sedar.Aku membuka mata, menggenyehnya dan perlahan-lahan aku bangkit.Ibu tersenyum senang melihat reaksi aku.
Bila melihat aku yang sudah sedar sepenuhnya, ibu melangkah keluar.Sempat lagi dia berpesan agar bersegera mengambil wuduk dan menunaikan tanggungjawab kepada Yang Esa.Malas-malas aku bergerak ke bilik air.Air aku pasang.Aku berwuduk dan mata yang tadinya masih mengantuk segar dengan sendirinya.
Abang Wan, Walid, Ibu dan Opah sudah menunggu di ruang solat.Melihat aku. Ibu tersenyum manis.Abang Wan pantas bangun, iqamat dan Walid mengambil tempat sebagai imam.Opah solat duduk di atas kerusi, satu rukshah yang diberikan pada orang yang sakit.
Betapa indahnya aturan Islam kepada hambanya.Biarpun sakit, itu bukan halangan untuk solat berjemaah.Indahnya aturan agama-Mu Tuhan.
”Rabbana Atina Fiddunya Hasanah.Wa fil akhirati hasanah wa qina azabannar!Amin Ya Rabbal ’Alamin”.
Amin Ya Amin.
Walid menghulurkan tangan kepada Abang Wan terlebih dahulu.Aku menyalami opah dan ibu.Kemudiannya Walid dan kemudiannya Abang Wan.Sungguh, ketenangan hadir di segenap hati dengan rutin yang sudah lama aku tinggalkan bersama mereka ini.Kali pertama aku rasakan bahagia bertandang lagi sejak peristiwa itu.
----------------
”So, Bibi nak pergi pejabat dengan siapa?Nak pergi dengan big boss atau nak Abang Wan hantarkan?”,soal Abang Wan ketika kami menikmati sarapan pagi.
Aku mengangkat bahu.Semalam, aku terfikir ke sana bersama dengan walid sahaja.Mudah, tak payah pening-pening kepala.Tapi bila Abang Wan menawarkan diri untuk menghantar aku, aku tak tahu harus berkata apa.
”Bibi risau orang mengata Bibi ke?Atau Bibi risau Faizal tahu siapa Bibi?Sampai bila Bibi nak main tarik tali dengan dia ni?Tak patut buat dia macam tu”.
Soalan yang terpacul dari mulut Abang Wan aku sambut dengan senyuman.Mujur la opah tak sarapan sama.Kalau tidak, puas aku kena soal-siasat.Walid memandang aku sekilas sebelum beralih kepada Abang Wan.Pandangan walid penuh dengan tanda tanya.
”Ada apa-apa yang walid tak tahu ke Wan, Bibi?”,Walid bertanya perlahan.
”Tak ada apa-apa la.Biasalah Abang Wan ni.Pandai mereka cerita.Erm, Bibi pergi dengan Abang Wan la walid.Tak best pula kalau pergi dengan Tuan Syed Hamdi,nanti ada orang kata Nurhuda Diyana bodek big boss pula!”,dalihku.
Walid dan Ibu ketawa.Abang wan tersenyum sinis.Dan seperti aku duga, abang wan akan menempelakku.
”Kalau pergi dengan Abang wan, nanti ada orang ingat Bibi nak mengorat anak Tuan Syed pula.Tak kisah ke?”,
Bila aku menggeleng laju, senyuman walid lebar.Ibu menepuk bahuku.Tahu sangat perangai aku yang mahu mengalah dan berani ni.Akhirnya abang wan terdiam.Faham benar dengan sikap berdalih aku.Aku tak mahu walid tahu soal hati aku.Biarlah abang Wan sahaja yang maklum.Kalau nak disoal-siasat sekali pun, bukan di depan walid dan ibu sekarang.
------------
Kereta walid meningggalkan rumah terlebih dahulu kerana harus ke sekolah ibu.Aku dan Abang Wan mengikuti sahaja gerakan kereta walid sebelum walid membelok ke jalan menghala ke SMK Puncak Alam.Kereta abang Wan terus ke Bangunan SSASS, pejabat walid dan tempat aku bermesyuarat pagi ini.
”You should proud of yourself dear!’.
Sepatah kata dari Abang Wan menghilangkan kesunyian antara kami.Aku berpaling ke arahnya.Apa yang harus dibanggakan.Pelik!
”Bibi patut bangga sebab ada SA yang gila-gilakan Bibi walaupun tak pernah jumpa Bibi!’,tambah abang Wan.
Aku tergelak.Gila pada orang yang entah di mana.Orang yang lain dari lain.Bukan aku yang dia tergila-gilakan.Orang lain..anak Tuan Syed, bukan anak Daud.
”Biarkan dia.Kalau dia tahu pun, takde maknanya.Bibi dengan SNM tu macam langit dengan bumi abang wan.Tak mungkin dia suka.Perangai melawan memanjang.Tak cantik, tak lemah lembut.Dan mungkin juga dia tekad nak cari anak Tuan syed sebagai helah dia dari kena paksa dengan mummy dia”,bantah aku.
Abang Wan terdiam.Memikirkan hujah aku yang mungkin benar.Siapa suka kena paksa-paksa kan.
”So, kalau sekarang ni andai kata dia dah suka pada calon mummy dia dan dia tahu Bibi orang yang dia cari selama ni, apa Bibi nak buat?”,Abang Wan bertanya lagi.
”Buat bodoh jelah”,gurauku.
Abang Wan menampar aku.Geram benar dengan sikap ku acuh tak acuh.
”Bibi akan kata tahniah Encik Faizal, moga jadi bakal suami terbaik.Pastu belikan dia hadiah kahwin.Tu jelah kot.Nak buat apa lagi ye?”,balasku.
”Buat-buat gembira walaupun hati sendiri terluka.Tak payah nak cover dengan abang Wan.Abang Wan boleh baca perangai adik abang.Walaupun Bibi nak sorok, bukan dengan abang wan.Abang dah kenal Bibi tahu tak?”.
Aku sekadar tersenyum sumbing.Maklum akan kelebihan abang Wan yang satu tu.Kalau tidak, takkan boleh jadi pakar psikologi.Biarlah..malas nak fikir!
Melihat aku yang terdiam seribu bahasa, abang Wan mengeluh berat.Dia menggaru kepalanya yang tak gatai.Pening agaknya melayan adiknya yang degil ni.Dan sekali lagi, kesunyian menyelubungi hingga keretanya tiba di perkarangan bangunan SSASS.
---------------
Masih awal kedatangan aku.Belum ramai yang masuk kerja.Kelibat Faizal juga belum kelihatan.Kereta KIA Spectra hitam yang biasa digunakan jika harus ke site dan mesyuarat dengan aku juga tidak ada di tempat letak kereta.
”Lambat lagi la tu,” getus hati aku.
Aku menarik nafas lega.Bimbang juga kalau Faizal sudah datang dan menyaksikan kemesraan aku dan Abang Wan sebentar tadi.Memang begitu layanannya terhadap aku.Apa nak buat...aku biarkan jelah.
Langkah aku atur perlahan.Bila aku menunggu di depan lif, ada satu kejutan di situ.Mujur tak tercabut jantung aku.Syed Faizal Adli nak naik lif juga!Dia memandang aku.Serius benar mukanya.Naik takut pula aku.
Bila kami melangkah masuk ke dalam lif, dia mengambil tempat di sebelah aku.Tak ada kata, Cuma muka tak puas hati jelas tergambar di wajahnya.Aku berselawat dalam hati.Jangan dia naik hantu sudah la!

Sebelum, sepanjang dan selepas mesyuarat Faizal serius benar.Tak sepatah pun dia bertanya soal semalam.Hanya berbicara soal kerja dan projek mendatang.Selesai mesyuarat, bergegas di melangkah keluar.
Penat juga aku mengejar langkahnya.Mujur kasut aku ni kasut lama, tak menyesal aku berlari-lari anak mengejar dia.Kalau tidak, aku tuntut ganti rugi.Pelik betul dengan dia.Kena angin tsunami pula dah.
Bila masuk dalam lif, dia tak tunggu aku dah.Pantas dia menutup pintu lif walaupun jarak aku dengannya Cuma semeter.Marah benar dia.Mujur tak terkepit jari aku.Apa kena dia nih?Aduhai, sabar jelah.
”Encik Faizal, saya nak minta maaf pasal semalam.Sori sebab susahkan Encik Faizal.Sebab saya tak pasal-pasal kena serang dek kawan serumah saya.Sorry sangat!”.
Dia buat-buat tak dengar.Matanya memandang ke depan.Pelik benar dengan perubahan sikapnya hari ini.Tak menggatal dah tak ada sepatah pun ayat laser dari mulut dia.Geram dan mati kutu aku dibuatnya.
”Encik Faizal, kalau nak marah dekat saya marah la.Memang salah saya semua tu.Cakap la something.Jangan la buat saya macam ni.Tak best la macam ni”,rayu aku sekali lagi.
Dia tetap membisu.Bila lif sampai ke lobi, dia pantas berlalu.Terkial-kial aku dibuatnya.Jangan kata, dia dah tahu pasal aku sudah.Cuak .
Dia melangkah ke kereta Honda City warna merah di hujung tempat letak kereta.Tukar kereta lagi.Dia tak menyuruh aku masuk tapi pantas aku memboloskan diri.Dia terkejut dengan tindakan aku.Dia mendengus geram.
”Do i know you?”.
Soalannya terasa panas di telinga.Apa jenis soalannya tu?Takkan assistant dia pun dia tak kenal.Dah kena sampuk di hantu agaknya.
”Encik Faizal, jangan buat lawak dengan saya.Takkan tak kenal dengan assistant sendiri”,balasku sambil ketawa.
Faizal buat-buat tak dengar.Tapi pantas juga dia menghidupkan enjin keretanya.Aku berselawat dalam hati.Surah Al-Insyirah aku baca dalam hati.Moga dia kambali kepada Faizal yang aku kenali.Itu doa aku dalam diam.
-----------------
”Seronok dibela orang kaya?”.
Soalan pertama yang terkeluar ketika kami dalam perjalanan pulang ke pejabat.Aku Cuma menikus mendengarkan amarahnya.
”Kau dah tak kenal dosa pahala ke?Dulu sibuk marahkan aku.Tuduh aku macam-macam.Tapi sekarang kau pula yang tak kenal dosa pahala.Sampai tak kenal hukum-hakam.Bukan Tuan Syed kau nak tackle, anak dia Si Hazwan pun kau nak perangkap juga.Kau ni memang perangai teruk.Memalukan kaum perempuan betul!”, tuduhnya.
Berdesing telinga aku.Terlalu berlebihan aku rasakan tuduhannya.Hinaannya dan tak sepatutnya dia menghina aku sebegitu.Aku bukan perempuan murah seperti sangkaan.Ingin aku berperang mulut tapi bila mengingat tuduhan aku kepadanya dulu, aku sabarkan hati.
”Kau tak ada modal nak balas.Kau memang tak kisah aku mengata kau.Pelik tapi benar perangai kau hari ni!’,rungutnya lagi.
Melihat aku acuh tak acuh melayannya, dia mendiamkan dia.Lama dia terdiam hinggalah kata maaf muncul antara kami.
”Aku minta maaf.Aku tak sepatutnya marah dan tuduh kau.Tapi dengan keadaan kau yang mencurigakan tu, macam-macam orang boleh tuduh.So, sekarang kau tak nak bela diri?”.
Nada suaranya lebih datar, lebih lembut dari sebelumnya.Pantas juga aku menggeleng.Biarlah orang dengan persepsinya.Yang penting, aku tahu keberadaan aku.
”Ok, kalau kau tak mahu cerita.But aku berpegang pada kata-kata kau semalam.Apa ye kau kata... Esok aku balik, aku story semuanya dekat korang..So, here i am.Apa ceritanya?”.
Aku terpempam.Kiranya dia dengar apa yang aku katakan semalam.Segan!
”Er...korang yang saya kata semalam housemates saya.Encik Faizal tak termasuk sekali”,tegasku.
”I see.Tapi semalam kau tak cakap pun kecuali aku.Since aku dah dengar dan aku dah jemput kau balik, aku nak tahu..apa kisahnya!’ujar Faizal sambil ketawa.
Gelabah aku dibuatnya.Aduhai, lurus bendul pula si Izzah ni.Ada ke patut Faizal pun masuk kes jejak kasih semalam.Nak cerita ke tak nak ye?
”Bukan saya suruh Encik Faizal dengar pun.Encik Faizal sendiri nak dengar.Pastu, bukanny Encik Faizal jemput saya balik pun.Memang kena balik pejabat pun.And one more things, balik tu saya maksudkan ke rumah.Bukan ke pejabat.Senang cerita, Encik Faizal tak usah tahu la!”,dalihku dalam getar suara yang tak terkawal.
Faizal ketawa sekali lagi dengan gelagat aku.Gelabah sangat, memang memalukan diri sendiri.
”So, orang dekat rumah je boleh dengar cerita tu.Fine..malam ni kau balik dengan aku.Automatik, aku yang jemput kau.Then, aku terus pergi rumah kau.Kiranya aku boleh dengar la kan.Ok..kalau macam tu?”.
Aku menggaru kepala dengan gelagatnya.Lain aku cakap, lain pula katanya.Gasak betul hidup aku dibuatnya.Ditimbang-timbang, akhirnya aku membuka mulut.Bercerita apa yang aku rasakan perlu aku kisahkan.Faizal kusyuk mendengarnya.
----------------
Aku katakan padanya, Tuan Syed datang kerana urusan kerja.Bila selesai perbincangan, dia mengajak aku ke rumahnya memandangkan ada sambutan hari lahir isterinya.Selesai makan, aku mahu pulang tapi ditahan Auntie Azizah.Dan akhirnya, aku disuruh menginap di rumahnya kerana sudah lewat malam.Pagi tadi, anak lelakinya Syed Hazwan yang menghantar aku ke pejabat atas arahan Tuan Syed Hamdi.
”Oo..gitu.Ok, aku percaya.Tapi aku nak tanya satu benda je.Boleh kan?”.
Anggukan kepala aku membuatkan tersenyum.
”Kiranya kau dah kenal Syed Hazwan la kan.Err..antara aku dengan dia, siapa lagi kau suka?”.
Aku menelah air liur.Susah juga nak mencari jawapan yang tepat.Akhirnya, aku mereka jawapan yang aku kira boleh menyembunyikan rasa hati aku.
”Dua-dua saya tak suka!”.
Dia tergelak.Kuat.
”Takkan orang yang lemah lembut,berbudi bahasa macam tu kau tak suka.Kalau aku lain la.Kasar, mulut laser, tak berinsurans.Pelik la kau ni.So,macammana taste kau sebenarnya?”.
Aku angkat bahu.Janggal bila kami berbincang rahsia dan soal hati.Ini kali pertama dia bersikap begitu.
”Entah la.Tak ada ciri spesifik kot.Sebab kalau sampai waktu, Allah akan hadirkan rasa suka dalam hati.Akan ada rasa cinta yang kita pun tak tahu sebabnya.Cinta tak perlukan sebab.Insyaallah, kalau Adam saya dah ada depan mata, saya akan terima dia seadanya!”,tegas aku membalas, sedikit berfalsafah.
”Huyo..hebat kau berkata-kata.Aku suka apa yang kau kata tu.But then, mesti ada juga ciri-ciri dia.Contohnya, tinggi ke, kulit hitam manis atau handsome macam Arun?”,soalnya lagi.Tak puas hati kerana pertanyaan dijawab sedemikian rupa.
”Takde..End of discussion.Terima kasih atas pandangan dan soalan anda!”.
Faizal akhirnya mengalah dengan ketegasan aku.Tapi masih ada soalan yang bermain dibenaknya.Aku termangu mendengar soalannya.
”Jap..jap.Ada jumpa tak anak perempuan dia tu?Cantik tak?”.
Aku menanggukkan kepala.Dalam jawapan aku yang penuh berkias membuatkan Faizal tersenyum lebar.
”Boleh la tahan.Ada rupa.Tapi dia balik sekejap je.Erm, berharap pada SNM lagi ke?”.
Reaksi dan kata-kata Faizal seterusnya sudah aku jangkakan.
”Tak mahu la berharap.Kalau tak jumpa sampai bila-bila pun takpe.Sharifah Ain Batrisya dah menunggu depan mata.Tak baik menghampakan mak ayah.Macam kau cakap tadi!Aku akan terima Hawa aku seadanya”.
Faizal yakin menuturkan kata-kata.Sedangkan aku rasa terhimpit.Entah kenapa, jauh di sudut hati, aku sedih mendengar kata-katanya.Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir kami berbincang hal sebegini.Kalau ini kali terakhir, aku akan kenang peristiwa ini selamanya.Biarpun pahit nak dikenang, aku akan cuba.Itu janji aku.
--------------------
”So, cerita kau dah habis kan.Tak menarik sangat pun.Best lagi kisah aku kena serang malam tadi.Nak dengar tak?”
Aku menangguk perlahan.Nampak gayanya cerita dia lebih menarik.Dapat aku jangkakan dari suaranya yang girang.
”Memang ganas kawan-kawan kau tu.Macam drama swasta pun ada.Dengan penyapu, bulu ayam dan high heels lagi.Charlie Angels, kawan-kawan kau dah tunggu depan rumah bila aku sampai.Tak sempat aku buka mulut tanya, dorang dah bertubi-tubi tanya aku.Siap keliling aku lagi.Seram betul.Macam cerita Madu 3 dah kau tahu,Kalau kau join sekaki, kata orang aku ni suami beristeri empat lak”.
Aku tergelak.Dapat aku bayangkan gelagat kawan-kawan aku.Isk budak-budak ni.Memalukan diri sendiri betul.
”Mujur aku sempat sabarkan diaorang.Kalau tidak, kau pergi meeting sorang la hari ni.Kena lawat aku dekat hospital tak pasal-pasal”,katanya sambil tergelak.
”Nur..nur, kenapa la sampai macam ni sekali hidup aku lepas jumpa kau.Tunggang-langgang hidup aku.Malang betul!Ingatkan lepas panggil Nur, makin senang hati aku.Sekali makin teruk pula aku kena serang.Dugaan”,tambahnya.
Kalau dia fikir ini dugaan, aku lebih lagi.Dalam banyak perkara malang yang berlaku, ada juga perkara yang baik.Kerana pertemuan dengannya, aku bertemu dan bersatu semula dengan keluarga As-Syarif.Seharusnya, aku berterima kasih padanya.Tapi bukan sekarang.Bila?biarlah masa yang menentukannya.
---------------------
Faizal meneruskan pemanduan.Hanya lagu dan celoteh Leeya Hot.fm yang menemani perjalanan kami.Seketika, fikiran aku teringatkan soalan yang diluahkan Abang Wan malam tadi.
”Bibi sukakan Faizal?”.
Soalan itu aku biarkan tak berjawab .Aku biarkan Abang Wan dengan kesimpulannya sendiri.Dan dalam diam , ada jawan YA yang berkumandang di sudut hati.
” ”Kiranya kau dah kenal Syed Hazwan la kan.Err..antara aku dengan dia, siapa lagi kau suka?”.
Seketika, soalan Faizal pula melintas di fikiran.Diberi pilihan antara dua.Menyesal menyentak hati kerana tak mengakui kebenarannya.Hakikatnya, kedua-duanya aku suka.Syed Hazwan, abang terbaik yang aku ada.Dan Syed Faizal?
”Apa status Faizal di hati? aku ye”aku mempersoalkan diri sendiri.Lama mencari jawapan..tapi semuanya aku rasakan betul dan tepat.
Supervisor yang baik walaupun mulutnya laser.
Jiran yang baik walaupun ada perang yang melanda.
Dan mungkin juga dia dah mencuri hati?Jadi, dia adalah pencuri terbaik walaupun aku malu mengakuinya.
Fikiran aku kacau.Aku mengeluh perlahan.Syed Faizal berpaling ke arah aku.Tanpa kata,aku membiarkan sahaja.
Dia kembali pada tumpuannya menghadap jalan di depan mata.Aku menyoroti keadaan sekeliling.Bukan jalan yang biasa aku lalui untuk ke JKR.Tapi jalan yang menempatkan rumah-rumah besar di sebelah jalan.Lebih tepat lagi, kawasan perumahan orang kaya.Kacau!
”Balik rumah parent aku sekejap.Aku nak tukar kereta dan makan tengahari.Adik aku nak guna kereta niA. By the way,aku nak kenalkan dengan Ain juga dekat kau.”
Tak sempat aku membuka mulut, dia menjelaskan maksud dia ke sini.Aku terpempam.Lebih tergamam lagi bila perempuan yang aku temui suatu ketika dahulu tersenyum manis di muka pintu rumah sebaik sahaja kereta berhenti.Perempuan ala mak datin yang aku lihat mesra dengan dia suatu ketika dahulu.Bila dia menghampiri kereta, aku diam tak berkutik.
” Mummy aku tak marah dekat kau.Walaupun kau kata dia sugar mummy aku dan cederakan anak dia dengan high heels dia dah maafkan kau.So,Welcome to Al-Agil’s family”.
Kata-katanya bagai angin lalu di telinga.Tak percaya dan tak tahu harus berbuat apa.Bila mummynya menghampiri aku, kau rasakan muka aku panas saat itu.Malu dengan tindakan aku suatu ketika dahulu.Bila aku perasan ada perempuan cantik yang mengekori langkah mummynya, aku rasakan hati aku pedih.Kenapa pula ni?Hati, tenanglah!
------------------
Salam semua.Sebagaimana permintaan semua, saya panjangkan n3..sekarang dah jadi 8 pages n3 ni.Tak sabar juga nak habiskan cerita ni..tapi rasanya panjang dan berjela-jela lagi.Hehe..tiba2 banyak la idea masyuk..erm,apa-apa pun,selamat membaca!Adios=)

9 comments:

mizd said...

bez gler.....
nk pjg lg bley x???
hihihih...nice job
cpt2 smbg ek..
xsbar nk tggu pijal tau pasa uda

raNt|ng pUtEh said...

bestttt...
makin buat sy trtggu2+berkobar2 nk tau ksh slnjtnye..
cpt2 smbg tau..hehehehe...
keep up d gud work =)

Anonymous said...

akak ni tamak pulak hehehe....

nak lagi nak lagi......

Anonymous said...

aaaaaaaaaaaaa.... x sabar nak tahu ape jd post ler lg ..next entry plezzzzzzzz

Anonymous said...

ingatkan rahsia nk tbongkar dh..tp x...
ala...bile Uda n Ejai nk bsama nie...
cpt le smbung....

ayu said...

bile la nak terungkai segala persoalan...?
sbrkan hati menanti...

epy elina said...

hhohoho...
ala nurhuda memendam rasa kat faizal...
bilalah faizal thu uda 2 adalah SNM....

fezmia said...

saya suka je. panjang mana pun tak apa. lagi pjg lagi bagus. sambung, sambung ye.

MaY_LiN said...

alololo~
skali..bakal mak mertua da...
pe ni..
uda jmp ngan bakal menantu pilihan...
uuuwaaaaa