@rubiadaibrahim

Monday, January 18, 2010

CCB 16:Sungguh?


Walid masuk tanpa meminta izin kepada aku terlebih dahulu. Kertas kerja di depan mata aku alihkan ke tepi.Aku lantas bangun tapi Walid pantas mengarahkan aku duduk.
”Tak perlu macam tu Bibi.Walid datang bukan atas urusan kerja.Walid nak jumpa anak walid!”,jelas Walid sebelum mengambil tempat di depan aku.
Aku menggigit bibir.Padahal Walid sudah berjanji tak akan membangkitkan soal ikatan di antara kami di tempat kerja.Entah kenapa, aku tak marah bila Walid melanggar janjinya.Aku tak geram bila Walid datang ke sini biarpun sebelumnya aku tak mahu Walid memanggil nama manjaku di khalayak ramai.
”Bibi tak yah risau kalau orang-orang lain tahu.Semua dah balik.Ada Nasya je yang tinggal tadi.Awal ye Faizal balik hari ni.”,tambah Walid bila aku Cuma mendiamkan diri berdepan dengannya.
Aku menganggukkan kepala.Memang awal dari kebiasaannya.Selalunya dia tak akan meninggalkan pejabat selagi aku tak berkemas mahu pulang.Dia akan menemani aku biarpun kerjanya sudah selesai.Dan aku sendiri senang dengan keadaan itu biarpun kadang kala mulut lasernya membangkitkan rasa geram di hati.
”Bibi tahu Faizal ke mana?”,soal Walid lagi.
Aku menggelengkan kepala.Biarpun dia dah memaklumkan kepada aku dengan nada riang siang tadi, tak ada ertinya aku menghebahkan kepada walid.
”Pelik bin ajaib kalau assistant dia tak tahu.Kalau dulu-dulu, semua yang duduk dekat bilik ni dia akan informkan dulu.Takkan la Faizal dah berubah laku pula”,ulas Walid perlahan.
Aku mengangkat kepala.Walid tepat memandang aku, mahukan penjelasan akan reaksi aku.
”Erm...Bibi malas nak ambil tahu la Walid.Dia kata ada urusan keluarga..tu jelah yang Bibi tahu.Erm, Walid datang jumpa Bibi kenapa ye?”,soalku pada Walid kembali.
Walid ketawa mendengar kata-kata aku.Apa yang kelakar pun aku tak tahu.
”Dah 10 minit walid tengok Bibi baru sekarang Bibi tanya kenapa Walid datang?Isk, anak Walid ni..kalau kerja, lupa dunia sekeliling.Teruk betul.Kesian dekat Walid datang dari jauh nak jumpa Bibi”.
Keluhan Walid membuatkan aku terdiam.Teringat kata-kata Faizal yang hampir serupa seminggu yang lalu.Kata-katanya yang membuatkan aku tersenyum dalam tak sedar.
”Kalau dah tengok kertas kerja, kau memang lupa dunia ya. Aku pasang bom kat bilik ni pun kau belum tentu lari eh.Nah, makan tengahari dulu.Nanti habis praktikal jadi kurus, semua orang ingat supervisor kau kejam lak.Memandangkan aku ni tak kejam, aku nak kasi nasihat sikit.Makan kenyang-kenyang.Lepas ni solat Zuhur, jangan buat-buat lupa lak!Nanti tak pasal-pasal aku dapat saham free.Kerja-kerja juga, amanah sebagai hamba jangan lupa”.
Tangannya menghulurkan bungkusan makanan di atas meja.Aku tersengih dengan ulasannya.Dengan nasihatnya yang sedemikian rupa, aku sedar akan sikapnya yang bertanggungjawab.Akhirnya aku menurut sahaja kata-katanya.Bila aku melangkah keluar ke tandas, dia mengenyitkan matanya.
”Bagus, tak melawan.Good girl.Ni buat aku makin sayang ni!”.
Kata-katanya sebelum aku menutup pintu membuatkan senyuman aku makin lebar.Tak sedar ada Walid yang dari tadi memerhatikan gelagat aku.Bila Walid membuka mulut menegur aku, darah mula menyerbu naik ke muka.Malunya.
”Walid kata Bibi teruk, Bibi senyum sorang-sorang pula.Anak Walid ni ok ke tidak ni?Risau Walid dibuatnya”.
”Ok..takde apa-apa pun.Erm, lagi sekali.Kenapa Walid datang sini jumpa Bibi?Ada berita tak best ke?”,soalku pada Walid kembali.
”Walid nak jumpa anak Walid la.Kalau nak tunggu Bibi datang, entah bila.Selalu datang dengan Faizal.Pastu warning dekat Walid macam-macam.Nak datang rumah, jangan harap la kalau tak jemput.Kalau Walid jemput Bibi hari ni pun, belum tentu Bibi nak pergi.Kesian betul la nasib Walid”,keluh Walid.
Syahdu dengar hati aku mendengarnya.Aku faham rasa hati Walid.Tapi entahla, mungkin aku ni terlalu degil dan kejam kot.Sebagaimana tuduhan Faizal kepada SNM nya.
”Ok, so hari ni Walid nak jemput Bibi datang rumah Walid la ye.Fine,Bibi ikut Walid hari ni.Kalau nak tidur sana pun Bibi ok je.Jom Walid..Bibi pun dah tak sabar nak jumpa semua orang.”,tegasku sambil mengemas meja dan mengambil beg galas di sebelah meja.
Giliran Walid pula tercengang dengan tindakan aku.Tapi tak lama.Bila aku menarik tangan Walid, akhirnya Walid tersenyum manis.Entah kenapa, aku rasakan tercabar dengan tuduhan Faizal sebelumnya.Dan hari ini, aku nak buktikan aku bukan sekejam yang di sangka.
------------------
”Opah dah balik rumah sekarang ni.Dah empat hari keluar dari wad.Opah yang nak jumpa sangat dengan Bibi.Sebab tu Walid jemput ni”,jelas Walid padaku bila aku bertanyakan perihal opah.
Aku menganggukkan kepala.Bukan aku tak tahu hal itu.Faizal yang memaklumkan kepada aku.Kerana itulah kali terakhir dia melawat opah di hospital sebelum dia menuduh SNM dengan tuduhan lebih pedas lagi.Bukan aku tak mahu ke sana tapi dia sendiri meminta aku mewakilinya menemui pembekal bahan binaan.Dan akibat hal itu, akhirnya aku tak menemui opah.Sebagaimana kemahuan aku, akhirnya rahsia siapa diriku sebenar tersimpan kemas hingga kini.
”Insyaallah, bila jumpa Bibi..opah sihat la semula”.
Kata-kata Walid menyentakkan lamunan aku.Aku tersenyum lebar mendengar kata-katanya.Cuma, masih ada rasa musykil di hati, opah dah tahu ke keberadaan aku selama ni?
”Takde la, opah memang tak tahu.Ibu je yang tahu bila Walid terlepas cakap hari tu.Ibu yang paksa Walid bawa Bibi balik.Sebab kesian dekat opah sampai ke hari ni rasa bersalah dengan Bibi.Kata opah, dia takkan campur tangan lagi urusan cucu dia.Kalian berhak tentukan hidup sendiri.Tapi semua orang tak tahu Walid jemput Bibi hari ni.Suprise la kiranya.Hadiah birthday ibu.Best gift ever”,cerita Walid girang.
Lega rasa hati mendengar cerita Walid.Moga pertemuan ini mengeratkan lagi hubungan antara kami.Hubungan aku dengan keluarga yang telah lama aku lupakan, keluarga yang amat menyayangi aku sebelumnya.
------------
Debar di hati makin kencang sebaik sahaja kereta walid membelok masuk ke rumah banglo dua tingkat.Dari jauh, ibu dah menunggu kedatangan tetamunya ini.
Sebaik sahaja kereta berhenti, walid melemparkan senyuman kepadaku.Ibu melangkah perlahan ke arah kami.Perasaan aku berkecamuk.Rasa bersalah kuat, rasa rindu lebih hebat.Akhirnya, aku membatukan diri di dalam kereta.Bila walid menepuk bahuku, baru aku rasakan kekuatan aku datang.Akhirnya aku melangkah keluar.
”Ya Allah,abang...Kenapa tak beritahu Zah abang pergi jemput Bibi.Ya Allah, Ya Rahman, akhirnya sayang balik juga ke sini..Ya Allah”.
Airmata ibu laju menuruni tubir mata.Aku sebak melihat ibu berlari ke arahku.Dakapan ibu yang kemas membuatkan kekuatan dan ego yang aku pertahankan hilang dengan sendirinya.Lama kami bertangisan.Terlerai rindu pada ibu akhirnya.
”Ibu, maafkan Bibi”.
Bisikan aku di telinga ibu membuatkan ibu memelukku lebih erat.Kucupan penuh kasih dihadiahkan di kepalaku.Aku sebak menghadapi keadaan ini.
”Huyo, tak sangka my naughty sis dah pandai mengalirkan airmata.Mujur la Abang Wan sempat snap, boleh juga la abang kenakan Bibi lepas ni.Padan muka”.
Jeritan Abang Wan membuatkan aku tersentak.Kiranya Abang Wan rakam drama airmata tadi.Oh, tidak.Aku bingkas melepaskan pelukan ibu.
Ku lihat dari jauh, Abang Wan menayangkan video cam di tangannya.Melihat aku yang dah mengorak langkah mahu berlari mengejarnya, pantas juga Abang Wan berlari ke atas.Bila aku mula berlari, Walid dan Ibu ketawa girang.Sungguh, bahagia menyerbu datang.
----------
Ruang di tingkat atas semuanya aku jelajahi.Dari satu bilik ke satu bilik tapi bayang Abang Wan belum juga aku temui.Bila aku nampak Abang Wan mengeluarkan kepalanya seakan-akan mengintai seseorang di bilik paling hujung, aku berjalan perlahan-lahan kearahnya.
Niat di hati nak menyergahnya mati bila Abang Wan berpaling terlebih dahulu kearah aku.Abang Wan menarik tanganku dengan satu tangannya lagi mengisyaratkan aku diam.Aku dipimpin masuk ke datang bilik tersebut.
Opah!Opah duduk membelakangkan kami.Di tangannya ada satu album.Album keluarga aku.Keluarga Syarifah Halimah dan Mohd Daud.Dan matanya tertumpu pada gambar aku.
Bila melihat aku terdiam, Abang Wan mengarahkan aku memberi salam kepada nenek melalui gerakan bibirnya.Seakan-akan berbisik kepada aku.Bila aku teragak-agak, Abang Wan menganggukkan kepala.Dan lebih membuatkan aku hilang kata bila Abang Wan meninggalkan aku.Jadi di bilik itu, Cuma ada aku dan opah sahaja.Oh Tuhan, bantu aku meleraikan rindu pada cucu perempuannya ini.

”3 saat tindakan dan perlakuan lebih bermakna dari 3 minit kata-kata”.
Kata-kata umi melintas di fikiran.Dan mengingatkan kata motivasi itu, aku melangkah perlahan kearah opah.Aku memeluk opah kuat dari belakang.Mungkin sedar dan dapat merasakan yang memeluknya adalah orang yang ditunggu-tunggu, titisan air mata opah aku dapat rasakan di tangan.Hangat.Ya Allah, kekalkan kebahagiaan ini.
Dan saat itu, aku sedar betapa saratnya kerinduaan opah pada aku.Ya Allah, ampunkan aku kerana egoku, aku membuatkan ramai menderita kerana menyayangiku.
-------------
Opah berselera benar menikmati makan malam.Kata Walid, inilah kali pertama opah makan bertambah sejak keluar dari wad.Tambah ibu pula, opah berselera kerana opah bahagia.Manakan tidak, aku telah kembali pada mereka.Dan inilah saat paling ditunggu mereka, makan bersama seperti sebelumnya.
Walid rancak bercerita soal keluarga kepadaku.Soal Abang Wan yang akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.Biarpun nak menerima menantu pertama, rasa gembiranya tak setanding dia menemui aku kembali.Bila aku mempersoalkan ciri wanita pilihan Abang Wan, pantas Abang Wan mengelak.
”Suprise..macammana ayah suprisekan kita semua, Abang akan buat macam tu juga dekat Bibi.Just wait and see ok!”.
Bila aku mempamerkan raut rajuk, pantas ibu bercerita segalanya soal bakal menantu pertamanya.
”Syarifah Nadia Al-Qaswa.Kawan Abang Wan masa dekat UK dulu.Comel orangnya..sampai Abang Wan angau tak lalu nak makan jugalah bila jumpa dia.Sebab nak curi hati Nadia, sanggup Abang Wan berguru memasak bubur nasi dari ibu bila Nadia sakit.Mujur la bubur cinta jatuh ke hati.Kalau tidak, gigit jari jelah Abang Wan”.
Nak sembunyikan rasa malu, Abang Wan mula berpantun 2 kerat.Tergelak aku dibuatnya.
”Makan roti dengan kaya.Ibu, malulah saya!”.
Pantun abang Wan pantas dibalas ibu.Malam ulangtahun kelahiran ibu meriah dengan pesta pantun pula.
”Madah kasar anak dipalu , sudah besar apa nak malu”.
Abang Wan surrender bila ibu dah mula mengayat.Mana boleh lawan cikgu Bahasa Melayu.Derhaka tu.Paling tak sangka bila opah mula masuk forum.Lebih puitis, lebih dramatis.Opah, lebih hebat tentunya.
”Pohon meranti di tepi paya, Mohon menantikan bahagia”.
Itu tempelak opah bila Abang Wan dikatakan ibu dah tak sanggup menghitung hari.Merah muka abang Wan menahan malu.Bila begitu, meriah rumah dengan gelak tawa kerana abang Wan dah takde modal nak mengenakan orang lain.Walid sekadar tersenyum lebar melihat gelagat kami.Tapi sungguh aku tak sangka, senyuman Walid ada makna.Aduhai, aku pula yang terkena.Apa kes pula ni?
----------------
”Petani berkawan dengan nyonya,
Sama bertuan sama ke kuala
Syed Hazwan dah sah berpunya,
Anak perempuan Walid bila pula?”.
Pantun empat kerat Walid disambut tepukan gemuruh ibu.Kata ibu kalau begitu, barulah suami sejati.Walid tersenyum manis kepada ibu.Tapi semua mata tertumpu kepada aku.Cukup membuatkan aku hilang arah.Tergaman dan mati kutu aku dibuatnya.
”Tak jumpa lagi la Walid.Nanti-nanti ada la tu”,balasku sambil ketawa.Bergurau dalam menyembunyikan rasa hati yang berlagu sumbang tentunya.
”Bibi jual mahal sangat la tu.Sebab tu tak ada lelaki yang berani dekat.Setahu Abang Wan la, fakulti Bibi bukannya ramai perempuan.Paling teruk pun ada la 2,3 yang mengorat adik abang ni”,tempelak Abang Wan pula.
Aku menjengilkan mata kearah Abang Wan.Pandai betul kalau bab-bab nak mengenakan aku.Abang Wan menjelirkan lidah kepada aku.Makin geram aku dibuatnya.
”Isk,Wan ni.Bagus la jual mahal, takkan la nak buat sale pula kan?”.
Gurauann ibu disambut ketawa opah.Betul!Memang tak boleh buat sale.Ingat nak cari jodoh macam beli goreng pisang tepi jalan ke?Aku tersenyum menang.
”Ceh, bajet hot stuff la tu”,tempelak Abang Wan sekali lagi.
Hot stuff!Perkataan itu mengingatkan aku pada Faizal.
” Sebab apa-apa pun, aku mesti jadi hot stuff punya!”.
Bagaimana la pertemuan dia dengan Syarifah Ain Batrisya ye?Gembira ke sebagaimana aku saat ini?Aduhai,sengal betul kepala teringatkan dia.Apa kena aku ni?Dah..pergi jauh Faizal.Tak ada kerja betul aku ni.
Deringan telefon bimbit Walid menyentakkan lamunan.Aku lihat Walid berbicara dengan pemanggil.Walid tergelak kecil.Tak lama kemudian, telefon bimbit dihulurkan kepada aku.Aku memandangnya pelik.
”Faizal telefon.Dia risaukan Bibi.Dia try call Bibi tapi tak dapat.Don’t worry, dia tahu Walid dengan Bibi atas urusan kerja.Dah, tell him you ok”,ujar Walid sebelum aku melekapkan telefon ke telinga.
”Nur..nur..kau okay?”.Suaranya jelas bimbang.Entah kenapa, aku malas mahu berbicara dengannya.Sungguh?
------
Salam alaik...rajin sket menulis sekarang ni.Since kena kejar siapkan minor thesis, rajin gak la mengayat novel bila stuck menulis.Enjoy na!Soalan penaja hari ni:adakah Uda akan wat sale nanti?Promosikan diri dia sebenar pada Faizal?Korang rasa camne.Ahaks!Fikirkan!

9 comments:

epy elina said...

alahai....
nak faizal ngn nurhuda...
x nak dia ngn org lain...
best lak part ni..
hhuhuhu..
smbung2x...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

wah3..pantun bagai..
mcm tersampuk pantun dulu je hahaha!

Sue said...

mcm dah nk abis jer kisah CCB nih! tp memang enjoy bila ikut kisah nih!

P@Nd@_LoVeR said...

bez2..
sempoi erk diowang ni..
ley plak blas2 pntun..hihi=)
dr.rock, ble nk smbg AAP??
dh rindu gle kt AAP..=(

MaY_LiN said...

aduh...bile faixal nak datang ni..
smbglapjg2 skit..
hihihi..
demand lak..
pisang goreng..
bukan goreng pisang

jj said...

best arr cite nie, nak n3 terbaru ASAP.. x sabar nak tgk reaksi faizal bila tau hal sebenar hehe

YONG JIAO XIU said...

er hmm biar walid la yg pecahkan rahsia kat pyjal tu. rasanya yg tu lagi best. or nanti abg wan tu kawin n faizal jpa huda kat situ dan diperkenalkan sebagai anak walid. amacam best tak? hehehe. tu my idea la, ikut suka penulis la nak tulis apa pun kan..kan..

YONG JIAO XIU said...

er hmm biar walid la yg pecahkan rahsia kat pyjal tu. rasanya yg tu lagi best. or nanti abg wan tu kawin n faizal jpa huda kat situ dan diperkenalkan sebagai anak walid. amacam best tak? hehehe. tu my idea la, ikut suka penulis la nak tulis apa pun kan..kan..

raNt|ng pUtEh said...

wahh mereka dh bersatu kembalik..bgusla..
dr rock, nk huda ngn ejal gk..
cpt2 smbg tau..