@rubiadaibrahim

Tuesday, January 19, 2010

CCB 17:Keliru..Tak Tahu!


”Erm....ok”,balasku pendek.
Kedengaran jelas Faizal mengeluh sebelum dia berbicara agak kuat kepada seseorang berdekatan dengannya.Entah siapa, aku pun tak pasti.
”Dia ok la.Korang ni memang teruk betul.Seribu kali nak ambil berat pasal kawan pun, jangan la serang aku terus.Tanya dulu”.
Aku tergamam mendengar nada suaranya.Dia marah?Janggal rasanya bila dia begitu.Sepanjang hampir sebulan aku praktikal, Cuma 2 kali dia marah.Pertama, ketika supplier salah menghantar pesanan bahan binaan dan kedua ketika dia menerima telefon lewat petang kelmarin.Tapi marahnya kali ini, aku rasakan dilemparkan kepada jiran sebelah rumahnya, teman serumahku.
”Nur, lain kali jangan buat macam ni.Seribu kali nak lari ke, apa ke,inform housemate dulu.Takde la diaorang risau semacam.Ni diaorang nak cakap coz semua tak percaya dekat aku!”,ujarnya tegas.Dia mendengus kuat sebelum suara Izzah kedengaran.
”Uda, kau dekat mana ni?Awat la hang ghaib takde khabar ni.Disebabkan kau hilang ni, ada hamba Allah kena serang tengah malam.Mujur la dia sabarkan kita orang, kalau tidak dah jadi kes polis dah ni.Weh, kau kat mana ni?Kenapa tak balik-balik lagi?”,soal Izzah bertubi-tubi.
”Tak ada kemana lah.Dekat rumah Tuan Syed sekarang ni.Ada jamuan sket dekat rumah dia sempena birthday wife dia.Tu yang aku datang sini.Jangan risau la, aku ok!”,jelasku perlahan.
Izzah menarik nafas lega.Biarpun hanya sekali aku bercerita perihal Tuan Syed Hamdi, Izzah tak bertanya lanjut.Aku senang dengan keadaan itu.Bimbang juga kalau dia menempelakku bila mengetahui siapa aku yang sebenar.Biarlah rahsia kekal sebagai rahsia.
”Ok,then.Balik kan malam ni.Jangan balik lewat sangat?Risau aku.Kau tu perempuan, kalau jadi apa-apa kami juga yang susah kejap lagi”,pesan Izzah lagi.
”Erm..maybe tak balik kot.Auntie Zizah tak kasi balik la.Kebetulan aku ade meeting dekat Shah Alam esok, so dia suruh terus pergi ke sana dengan Uncle Syed.Esok je aku cerita panjang ok!”.
Jawapan aku disambut jeritan Izzah.Terkejut benar dengan penjelasan aku yang penuh tanda tanya.Kedengaran juga suara Linda dan Nadia berbual sesama sendiri di belakang.Belbagai spekulasi yang keluar.Paling nak buat aku tergelak bila dengar suara mereka bertelingkah dengan Syed Faizal.Mereka menuduh Syed Faizal membuli aku hingga akhirnya aku tekad tidak mahu pulang ke rumah lagi.
”Kau punya pasal la.Jadi supervisor tapi asik nak mendera.Kesian dekat kawan akuTak pasal-pasal dia lari dari rumah.Keu pergi pindah rumah lain la weh.Tak la tension Uda nak balik sini!”.
”Oit, cakap baik sikit.Siapa suruh dia apply kat tempat aku kerja.Nak tak nak, kena la terima.Dia tak bising pun, yang korang sibuk sangat kenapa?”.
Rasa bersalah datang menerpa mendengarkan perkelahian mereka.Ditambah pula dengan keadaan Izzah yang sudah pun terdiam seribu bahasa.Akhirnya, aku mengarahkan Izzah menguatkan volume, menukar kepada loudspeaker.
”Korang, i’m sorry.Aku lupa nak bagitahu.Kebetulan handphone aku habis bateri tadi.Aku ok sekarang ni.Kenyang, perut buncit lagi.Baru je lepas dinner dengan family Tuan Syed Hamdi.Malam ni, aku tak balik.Auntie Azizah ajak tidur sini, kebetulan pula esok aku meeting dekat Shah Alam.Korang duduk rumah baik-baik tahu.Kalau rindu dekat aku, ambik la baju busuk aku sorang satu.Tapi eloknya jangan rindu la, nanti gugur bulu mata aku.Tak cantik dah.Hehe.Esok aku balik, aku story semuanya dekat korang.Ok la, go to go.Adios.Selamat malam.Wassalam”.
Pesanan, penjelasan dan kata-kata ingatan aku sampaikan kepada semua.Belum sempat, mereka membalas, aku tekan butang merah di telefon Walid.Kalau dibiarkan, makin lama la aku kena soal-siasat.Dari terkantoi, baik aku larikan diri!
------------
”Siapa yang telefon tadi Bibi?”,soal opah sebaik sahaja aku menyembalikan telefon bimbit walid kepada tuannya.
”Faizal ke?”,soal ibu pula sebaik sahaja aku kembali duduk.Aku menganggukkan kepala.Mungkin walid yang menjelaskan pada ibu ketika aku menerima panggilan tadi.
Opah dan Abang Wan tercengeng melihat reaksi aku.Jelas dari wajah keduanya, mahukan penjelasan akan hal itu.Tapi belum sempat aku membuka mulut, Walid dah membuka cerita.Walid jadi penyelamat hari ini.
”Faizal tu supervisor Bibi.Yang ada datang tengok mak masa dekat hospital hari tu. Bibi kena gantikan kerja dia, jadi dia datang tu sebab wakilkan Bibi la”,cerita Walid ringkas.
Opah kurang mempercayai cerita Walid.Memang cerita karangan kerana Faizal tak tahu pun perihal aku.Aku sebenarnya Faizal tahu tapi buat-buat tak tahu.Entah yang mana yang benar, aku pun tak pasti.Tapi saat ini, jalan yang terbaik adalah mengakui cerita walid.
Opah memandang aku sekilas.Melihat aku menganggukkan kepala, opah tersenyum.Cuma Abang Wan mempamerkan raut tak puas hati.Abang Wan mengerutkan keningnya.Bila Walid mengisyaratkan Abang Wan agak tak menunjukkan mimik sebegitu, akhirnya Abang Wan tersenyum sinis pada aku.Cukup membuatkan aku tersepit dan hilang arah.
-----------------
”You should tell me everything !Semuanya.Abang Wan nak dengar dari mulut Bibi sendiri.Abang tahu apa yang ayah cakap tadi tu sebab nak jaga hati opah je.So, tell me”,gesa Abang Wan ketika aku menikmati pandangan malam di balkoni tingkat atas.
Aku terperanjat dengan kehadirannya walaupun aku dah menduga dia akan bertanya hal di meja makan tadi.
”Faizal tu jadi supervisor Bibi.He don’t know about me.My identity that related to this family.Apa yang dia tahu, Bibi jiran sebelah rumah dia yang sekarang ni dah jadi assistant dia.That’s all”.
Bulat mata Abang Wan memandang aku.Tak percaya dengan apa yang didengarinya.
”That the truth?Serious, mula-mulanya abang nak percaya apa yang walid bagitahu.Coz apa yang di bawa pada opah memang tu semua apa yang Bibi tahu.But then, Abang Wan tahu kisah sebenarnya di sebalik semua ni!”,ujar Abang Wan sambil ketawa perlahan.
Giliran aku pula yang tertanya-tanya.
”Dia cari anak perempuan family ni.Walaupun dia tak pernah bagitahu niat dia, Abang Wan dapat agak.Then, bila abang tanya dekat dia.Dia kata dia dah terlepas cakap dengan mummy dia.Paling terkejut bila sehari sebelum opah keluar hospital, mummy dia mengekor dia.Pucat lesi muka dia masa tu.Mummy dia marah sebab dia menipu kata bakal menantu dia sentiasa ada jaga opah.Dekat lobby pula tu.Semua orang dengar.Masa tu, apa lagi.Tergelak besar la Abang Wan.Mujur orang lain dekat atas lagi.Ada hati dia berangan nak dekat adik nakal abang Wan ni.Dia buta ke apa?”.
Penjelasan Abang Wan panjang lebar membuatkan aku tergelak sama.Patut la kena terima calon menantu mummy dia pilihkan, rupanya dah kantoi!Sian dia.Tapi kalau dikatakan dia buta, memang dia buta..sebab dia tak nampak pun kewujudan aku.Ah, aku bukan yang diharapkan.Oh, hati berhentilah berharap.
”Bibi dah tahu pasal tu.Dia bagitahu Bibi everything.Dalam hati Bibi gelakkan dia gila-gila.Ada ke patut dia bayangkan Bibi ni perempuan yang lemah gemalai, bercakap tak dengar suara, pastu make-up kemain tebal.Sebatang lipstik pun Bibi tak pernah ada.Macam langit dengan bumi la Bibi dengan anak Tuan Syed yang dia dok bayangkan tu!”.
Ketawa Abang Wan lebih galak jadinya.Kalau Abang Riza ada, lagilah meriah.Silap haribulan, jiran sebelah rumah baling telur dekat kami.Mujur Abang Riz dah balik belajar dekat Australia.Kalau tidak,mesti gila-gila Faizal kena gelak.
”Tapi kan, abang still pelik.Macammana dia boleh tak perasan adik abang ni dah ada depan mata dia.Setelah sekian lama.Kalau dia yakin sangat dengan hati dan perasaan dia, he should realize you already around him!Being such a good listener for him.Apa la mamat sorang ni?Pelik betul”,ulas Abang Wan lagi dalam tawanya yang masih tersisa.
”Tak ada apa yang nak dipelikkan.Dia cari SNM As-Syarif.Dia bukan cari Bibi!”,balasku ringkas.
Pantas mata Abang Wan berpaling kepada aku.
”Syarifah No Name As-Syarif.Orang yang dia cari kena ada nama Syarifah dan gelaran keluarga.Sedangkan Nurhuda Diyana takde semua tu.Biasalah abang, gelaran tu kan dah jadi badi keluarga-keluarga Syed ni!Mana boleh dia suka dekat orang-orang biasa ni”.
Abang Wan menjengilkan mata kepadaku.Aku mengangkat bahu.Aku tak bermaksud menyindir dan tak maksud mengenakan sesiapa.Tapi siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya.
”Jangan pernah cakap macam tu lagi.Abang Wan tak suka.Sebab apa-apa pun nama adik Abang, Bibi tetap yang paling istimewa pada kami.Selamanya!”.
Tepukan di bahu aku menyedarkan aku akan hakikat itu.Bila aku mahu mengucapkan maaf, Abang Wan menggeleng.Katanya, bukan salah aku.Salahnya juga kerana membangkitkan soal Faizal antara kami.
Lama kami terdiam.Hanya mata menimakmati indahnya panorama malam.Tenggelam dalam dunia sendiri.Hingggalah Abang Wan bertanya hal yang membuatkan aku resah dan tak tahu apa yang paling tepat akan soalan itu.
”Bibi sukakan Faizal?”.
Aku tak menggeleng, tak juga menganggukkan kepala.Cuma, menggigit bibir dan terus membuang pandang ke depan.Biarlah Abang Wan dengan spekulasinya sendiri.Abang Wan tentu lebih arif membaca gelagat aku.Biarlah pakar psikologi itu dengan tekaannya.
-------------------
Aku melangkah masuk perlahan ke bilik opah.Seperti sebelumnya, aku akan menyalami opah dan mengucup dahinya sebelum tidur.Kalau dulu, aku akan tidur dengan opah setiap kali pulang ke Kuala Kangsar.Tapi keadaan opah yang masih belum sembuh sepenuhnya membuatkan aku membatalkan hasrat itu.
Opah dah pun tidur.Aku merapati katil opah.Dahinya aku kucup lembut.Aku merenung raut wajah opah seketika.Fikiran aku melayang jauh, teringatkan umi yang saling tak tumpah raut wajah opah.
Belum sempat aku maklumkan kepada umi hal ini.Nak di telefon, bateri dah habis.Charger pula di rumah.Biarlah aku maklumkan besok saja.Kerana aku tahu, umilah orang yang akan bersorak gembira dengan khabar ini.
Aku melangkah ke arah pintu bilik opah perlahan.Tapi belum sempat aku membuka pintu, opah memanggil nama aku.Segera aku berpaling menghadapnya.
”Bibi tak mahu tidur dengan opah?”.
Aku menggelengkan kepala.Opah aku hampiri.
”Bukan tak mahu opah.Tapi opah kan tak berapa sihat lagi.Bibi tidur dah la ganas, kesian dekat opah sempit kena berhimpit dengan Bibi nanti”,jelasku,cuba berdiplomasi.
Opah mengeluh perlahan.Aku duduk di birai katilnya.
”Besok pagi dah kena masuk kerja.Pastu entah bila, datang sini semula.Entah bila agaknya opah dapat bercerita dengan Bibi lagi.Banyak opah nak tahu tentang Bibi.Dah lama rasanya tak dengar celoteh Bibi”.
Keluhan yang lahir dari bibir opah membuatkan aku diparut rasa sayu.Kalau dulu tak sempat opah bertanya, aku terlebih dulu bercerita.Akhirnya, aku mengikat janji pada opah.
”Bibi janji akan datang sini every weekend.Kalau Bibi tak datang, opah call ingatkan Bibi ok’.
”Kalau call, tak datang juga?”.
”Opah sumpah Abang Wan jadi kereta Honda yang dah ade driver.Kalau kereta tu ada depan mata Bibi, Bibi akan selalu ingatkan opah.Nak pula rasa bersalah sebab Abang Wan dah jadi kereta, automatik Bibi akan balik sini selalu”.
Gurauan aku membuatkan opah ketawa.Sebelum aku keluar dari bilik, opah sempat berpesan.Satu pesanan yang membuatkan aku terdiam seribu bahasa.Kenapa sampai begitu sekali tingginya pandangan mereka pada Syed Faizal Adli?Benarkan dia sebagaiman yang diduga opah dan walid sebelumnya.Entah la,dari satu sudut aku rasakan semuanya benar.Tapi ada juga sudut lain yang mengecam kuat sifat Syed Faizal yang sebenarnya.Aku keliru!
------------
”Faizal tu betul-betul baik.Untung siapa yang dipilih jadi isteri dia.Kalaulah dia tak ada calon isteri pilihan mummy dia, sanggup opah merayu minta terima Bibi”.
Kata-kata opah menganggu tidurku.Aku Cuma melelapkan mata tapi kata-kata opah kuat menampar gegendang telinga.
Opah sanggup meruntuhkan egonya, menebalkan muka semata-mata mahu bercucu menantukan Faizal.Kalau lah opah tahu hal yang sebenarnya,opah pasti sembuh serta merta.
Kalaulah opah tahu niat Faizal yang mahu berkenalan dengan cucu perempuan, opah tak perlu bersusah payah berharap begitu.Tapi entah kenapa, saat ini ingin rasanya aku memaklumkan hal itu kepada Faizal.
Biar Faizal tahu siapa aku yang sebenarnya.Tapi aku kira, saat ini bukanlah waktu paling tepat.Aku tak akan sesekali mengganggu pertemuan dia dengan Syarifah Ain Batrisya.Pertemuan yang diatur keluarga dan jodoh akan menyatukan mereka tak lama lagi.
Dan satu lagi alasan paling kuat, aku tak akan sesekali mengatakan aku suka padanya.Kerana aku rasakan ini hanya bersifat sementara.Jalan hidup aku masih panjang.Dan suatu hari nanti, aku akan menemui orang yang terbaik untuk aku.
Di mana, siapa, bagaimana caranya kami dipertemukan aku tak mahu fikir.Suatu hari nanti, pasti akan datang juga.
Tapi jauh dari sudut hati satu lagi, aku keliru.Mengimbau pertemuan demi pertemuan antara kami, aku tersedar akan rasa hati aku yang tak pernah kurang sedikit pun sejak kami bertemu.
Sejak aku memerhatikannya dalam diam, ditambah perang mulut dan perang saudara di antara kami, aku rasakan rasa sayang semakin kuat.Rasa bahagia datang bila dia mengatakan keyakinan untuk mengenali dan memiliki SNM As-syarif.Rasa cemburu datang menerpa bila dia bercerita soal pilihah hati ibunya siang tadi.
Aku tak tahu apa ertinya mainan perasaan ini.Mungkin hasutan syaitan dan tuntutan nafsu semata-mata.Menyedari hal itu, aku bangkit ke bilik air.Kehengingan malam sungguh tenang.Kepada-Nya, aku pohon segalanya.Dia yang berhak menentukan yang terbaik buat aku,hamba-Nya.
”YA ALLAH YA TUHANKU, PILIHKAN DAKU SUAMI YANG SOLEH, DIA MEMINANGKU DAN MENGAHWINIKU SERTA JADIKAN DIA SAHABATKU DI DUNIA DAN DI SYURGA.”.
Jauhkan rasa keliru dan tak tahu di hati ini, Ya Allah.Aku tak mahu keliru lagi!
-------------
Salam alaik.saya pun keliru juga..banyak la kena tulis kat minor thesis ni.Pening2..selamat membaca buat semua!APP,tunggu dulu ya..nnt sket saya tulis..blurr la bila masuk bab nikah-kahwin ni..huhu

6 comments:

jj said...

makin best cerita nie baut sya tak sabar membaca n3 seterusnya.....

Sue said...

seronok rasanya bila dah ikut citer nih! tak sabar tggu next n3...
nk tau gak apa reaksi faizal bila dpt tau identiti huda yg sebenar...

YONG JIAO XIU said...

wow cepat betul post baru,within 24hours pulak tu. ni yang best ni dr. rock!thanks ya.
jalan cerita semakin menarik dan berdebar dok tunggu ni.hehehe

raNt|ng pUtEh said...

wahhhs suke2...cpt btol n3 bru msuk..
cayala dr rock..hehe..
nk ejal ngn uda gk..tau2..
xnk uda ngn org len..
bl la sglenye trbgkr??..
ku tggu saat e2..xsbrnye..
smbg2..

epy elina said...

sy nak ijal thu udah 2 adlh pmpuan yg dia cr..
enth mcm mna reaksi faizal...

MaY_LiN said...

faizal..faizal..