@rubiadaibrahim

Saturday, January 23, 2010

CCB 19:OKU jek!


Berdebar jantung aku rasakan bila perempuan cantik tersebut mengekori mummynya yang melemparkan senyuman manis kepada aku.Aku menggigit bibir.Faizal sudah melangkah laju menghala ke rumah.Aku ditinggalkan sendirian di dalam kereta.Isk, tak patut betul!
”Abang, kenapa tinggalkan kawan tu?Ajak la dia masuk.Segan la dia abang buat macam tu.Teruk betul!”,leteran perempuan cantik tersebut membuatkan Faizal menggaru kepala.
Langkah Faizal terhenti.Mummynya tersenyum melihat gelagat mereka.Dia melangkah kembali kearah kereta bila perempuan tersebut menghalang langkahnya.
Faizal menghampiri aku, pintu kereta di sebelahku dibuka dari luar.Dia tersenyum mengejek.
”Asal tak mahu turun?Takut kena serang dengan high heels ke?”,perlinya.
Aku mengetap bibir.Malu bila teringatkan peristiwa itu.Aduhai, siapa suruh syak wasangka, dah malu.
”Sudah la tu ketap bibir.Bukannya kenyang pun.Baik kau turun, makan tengahari sekali.Cepat turun, sian dekat mummy dengan Farah tunggu tetamu tak diundang dia ni.Atau kau nak aku bawakan wheels chair, tolak kau masuk rumah?”,tanyanya sambil ketawa kecil.
”Tak habis-habis nak mengenakan aku.Boleh la nak tunjuk kepala dekat sini sebab tempat dia.Balik rumah atau pejabat sekejap lagi, aku kenakan kau balik”,getus hatiku.Geram.
Ada persoalan yang muncul di benak.Siapa Farah?Kata Faizal, dia nak kenalkan aku dengan Ain, kenapa nama Farah pula yang muncul.Takkan Farah ada dua nama pula.Pelik!Aku biarkan soalan yan bermain di kepala tak berjawab.Aku melangkah keluar.Beg sandang di bahu aku biarkan.Faizal ketawa lagi, apa hal pula ni?
”Tanggal la beg tu.Bukannya nak pergi sekolah atau pergi PLKN.Kalau bawa handbag ok la nak bawa ke sana ke mari.Ayu, sedap mata memandang.Aisyh, segan betul nak mengaku aku kenal kau!”,komennya.
Aku menanggalkan beg sandang dan diletakkan di tempat duduk depan.Aku mengikuti langkahnya.Macam sengaja nak mengenakan aku, dia melangkah laju.Mungkin kerana langkah aku yang tak ubah seperti robot, kedua perempuan yang menunggu kepulangan Faizal itu ketawa.Tak semena-mena, rasa panas naik ke muka.Malu,semalu..malunya.
----------------
”Assalamualaikum..auntie, Farah”, sapaku kepada keduanya.Mummynya dan Farah tersenyum manis.
”Waalaikummussalam..panggil Auntie Cah je.Ni adik Ejai, Farah Adiba!”,beritahunya sambil menghulur tangan kepada aku.
Aku menyambut huluran tangannya.Aku kucup perlahan.
Bukan nak membodek mummy dia tapi itulah ajaran umi yang dah melekat di kepala.Diwajibkan anak-anaknya menyalami dan melayan siapa sahaja yang lebih tua dengan layanan seperti keluarga sendiri
”Farah, apa khabar?’,sapaku kepada Farah ketika kami bersalaman.
”Alhamdulillah,sihat.Aha..pasal nama Farah tu, Nur kena tambah 2 perkataan lagi.Barulah glamour ala-ala selebriti gitu”,gurau Farah sambil ketawa.Mesra benar dia di awal pertemuan ini.Canggung aku rasakan.
”Farah Brep Brep.Ala-ala Farah AF versi toilet nih!”,balasnya bila aku buat buka tak faham.Aku tergelak.
”Ok Farah Brep Brep.Layanz.Saya ingatkan Farah Fauzana tadi.So, bila nak keluar album baru ni Farah Brep-Brep?”.Farah ketawa mendengar gurauanku.
”La..Nur tak tahu ke?Dah lama habis la album tu.Sekarang tengah rakam album baru.So,Nur nak tempah dulu tak.Ada diskaun kalau nak sekarang ni”,balasnya bersahaja.
Aku tergelak dengan reaksinya.Tak sangka pula adiknya berkelakuan begini.Gila-gila dan aku selesa dengan sifatnya itu.Lain benar dengan perangai Faizal, si supervisor aku.
”Cik Farah, tak habis-habis lagi borak depan pintu.Ajak la Nur tu masuk.Ni tidak bret sana, bret sini.Mentang-mentang la jumpa geng sekepala, lupa daratan.Isk, parah..parah”,tempelak Faizal dari dalam rumah.
Farah menepuk kepala,sedar akan kesilapannya.Farah mengganding tangan aku, aku mengikutinya masuk.Faizal menjeling padaku.Dengki la tu, aku dapat kawan baru.
”Jemput masuk.Jangan malu, jangan segan.Buat macam rumah sendiri!”,pelawa Auntie Cah kepada aku.
”Mummy, ambil Nur jelah buat menantu.Soleh pun soleh ni.Tengok la mummy, jumpa orang tua siap cium tangan lagi.Kalau Ain tu, jauh panggang dari api la nak bersalam-salam nih.Silap hari bulan, dia kata tangan you ni kasar la.You kena ikut i pergi spa tau, kalau tak i tak mahu jadi menantu you”,ujar Faizal setelah lama dia berdiam diri.
Mummynya ketawa kuat bila Faizal berkata sedemikian. Aku termangu sendiri dalam situasi itu.Kenapa nama aku dilibatkan sama?Kalau nak larikan diri sekali pun, jangan la libatkan aku.Tapi lain pula di sudut hati.Entah kenapa, aku rasakan hati aku dibuai rasa gembira.
Tapi reaksi Farah lain benar.Farah memandang Faizal geram.Bulat matanya, Faizal buat-buat tak nampak.
”Abang tak baik cakap best freind Farah macam tu tau.Tu masa zaman dulu la.Sekarang ni kalau abang jumpa, entah-entah tercabut biji mata.Angau sampai tak boleh tidur juga.So,Abang jangan prejudis dulu dengan dia. Tunggu je sampai dia datang jap lagi,pastu baru abang tahu langit tinggi ke rendah”,Farah bersuara agak keras, seakan memberi amaran pada Faizal.
Faizal berlalu, mendengus geram sebelum mengambil tempat duduk di ruang tamu.
”Mula la tu.Malas mummy nak layan.Kesian dekat Nur tu, pening dia dengan gelagat anak mummy ni.Nur,Faizal ni memang macam ni.Kalau nak selamatkan diri, macam-macam alasan dia bagi.Tak pasal-pasal nama Nur pula dibabitkan sama hari ni.Minta maaf ya sayang”, jelas Auntie Cah kepada aku.
Aku menganggukkan kepala.Kiranya memang Faizal tak ada maksud terselindung, sekadar menaikkan saham aku untuk membela diri.Biarlah asalkan dia bahagia, kata akal aku.Tapi kata hati?Hati tak terkata, Cuma sayu yang datang.
”Kalau Nur nak tahu,dah lama sebenarnya Farah nak kenalkan abang dengan Ain.Tapi perangai Abang ni susah dijangka sikit.Semalam dah plan baik punya, sekali abang tak datang juga.Dia kata kereta dia rosak.Farah ingatkan dia tipu je.Rupanya betul.Apa lagi, melompat tak ingat dunia la sebab tak payah jumpa Ain”,cerita Farah tanpa aku pinta.
Faizal Cuma diam seribu bahasa, tak ada respon sama sekali pada cerita yang disampaikan.
”Kalau abang ingat dia terror beralasan, dia kena ingat mummy dengan Farah terror buat plan.Kami plan nak temukan juga dia dengan Ain harini.So, pakai muslihat la.Nasib la badan dapat adik macam ni”,tambah Farah girang.
Faizal menjengilkan mata dengan cerita Farah.Farah buat tak peduli, dia menyambung ceritanya.
”Malam tadi, lepas dia balik, Farah rosakkan motor dia.Nak tak nak kena juga la pakai kereta Farah dengan syarat kena pulangkan tengahari ni.Tu yang balik tengahari ni.Kalau tidak, jangan harap la nak nampak muka selagi tak hujung minggu.Entah syahid ke mana pun tak tahu!”.
”O,patut la tayar pancit.Ada orang pedajal abang rupanya.Bila orang tahu, buat muka tak bersalah.Hantu punya adik.Abang tak kira, Farah bayar semua kos nak repair motor tu.Kalau boleh abang nak motor baru!”,jerkah Faizal sebaik sahaja Farah selesai berkata-kata.
”Tak nak..tak nak.Selagi abang tak jumpa Ain, selagi tu juga Farah akan pegang kunci motor abang.Pastu Farah akan rosakkan satu persatu.Nak tanggalkan semua bahagian motor pun Farah sanggup.So, abang terima tak syarat Farah bagi ni”, cabar Farah kepada pula.
”Yelah..yelah, abang terima.Tapi abang nak kasi hadiah dulu sebab tolong abang bab-bab jodoh ni.Nak kan hadiah tu?”,balas Faizal sambil melangkah ke sofa yang aku duduki dengan Farah.
Bila Farah menganggukkan kepala, pantas juga tangan Faizal mengetuk kepala adiknya.Farah menjerit kesakitan sedangkan Faizal ketawa kuat.
”Terima kasih daun keladi.Hambik kau kena seligi”, jerit Faizal bila Farah mula bangun mengejarnya.
Seketika, ruang tamu rumah besar itu gamat dengan gurau senda mereka berdua.Tapi tak lama kemudian, mereka membisu bila kedengaran suara perempuan memberi salam di muka pintu.
”Waalaikummussalam..Ain,sampai juga kau akhirnya”,Jeritan Farah menjawab tanda tanya siapakah gerangan yang tiba.Tak semena-mena, muka Faizal berubah mendung, jelas terpancar rasa tak rela dipertemukan dengan perempuan manis berkebaya itu.
----------------------
”Alhamdulillah, Auntie sihat.Uncle mane la reti duduk rumah.Baru je keluar hospital, dah sibuk nak masuk offis.Meeting sana sini.Kalau tidak bukan businesman namanya”, balas Auntie Cah bila Ain menyapanya.
Aku berdiri tegak dekat sofa.Memerhatikan gelagat tetamu yang baru datang dan gelagat Faizal sendiri.Jelas di muka Faizal rasa tak senang dengan kehadiran Ain ke rumahnya.Bila Ain menyapanya, Faizal menjawab acuh tak acuh sahaja.
”Macam mana yang Ain nampak, macam tu la hidup i.Tak ada yang berubah, masih Faizal yang sama.Tak hebat pun, kerja kuli biasa je”.
Itu jawapan Faizal bila Ain bertanyakan khabar dan pekerjaannya.Ain Cuma tersenyum mendengar jawapannya.Lain benar sikapnya dengan Farah, teman baiknya.Kalau Farah sudah tentu bertubi-tubi soalan ditanyakan.Berpuluh gurau senda diutarakan dan ketawa jadi peneman mendengar jawapan sebegitu.Dua dunia berbeza jadi teman baik, pelik aku rasakan.
”Ni kawan seotak dan seotai aku, Nurhuda Diyana, kawan dan assistant abang aku!”,Farah yang memperkenalkan aku kepada Ain.Ain menghulurkan tangan mahu bersalaman.
Memang lembut tangan bakal menantu Auntie Cah ni.Kalau nak dibandingkan dengan tangan aku, macam kayu balak dengan span basuh pinggan kot.Rendah hati aku dibuatnya.
”Kalau orang tua, masa dia bersalam tulah dia akan nilai bakal menantu dia.Kalau tangan lembut macam model iklan losyen tu, memang tak reti buat kerja.Tapi kalau tangan yang kasar semacam tu, memang lepas ujian saringan.Menantu terbaik la sebab pandai buat kerja rumah.So, kakak jangan rasa rendah diri.Bangga dengan kelebihan kakak.”.
Kata-kata umi melintas di fikiran,aku tersenyum sendirian..Rasa rendah hati hilang.Kalau aku jadi bakal mentua Sharifah Ain Batrisya ni, aku takkan terima dia mentah-mentah.Aku akan suruh dia buat kerja dekat dapur dulu...pastu aku pertimbangkan keputusan.Tapi itu aku..kalau Auntie Cah, apa tindakan dia ya?
”So, apa kata Ejai?Ok tak Ain ni.Kalau Ejai rasa mummy terlalu memaksa, Ejai kenal-kenal dulu dengan Ain.Bila dah kenal hati budi,insyaallah akan ada rasa suka”, laju Auntie Cah menutur kata, menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada anak kesayangan.
Faizal mengangkat bahu tapi matanya masih menjeling kepada Ain.Mungkin dia sendiri tak pasti dengan kata hatinya tapi aku rasakan cara pandangannya berbeza benar.Seakan ada rasa suka dan jatuh cinta di hatinya.Tapi itu tekaan aku.Tekaan Faizal?Entah la, biar dia sendiri menentukannya.
----------------
Aku membantu Auntie Cah membasuh pinggan selesai kami menikmati makan tengahari. Tak sedap rasanya bila aku sebagai tetamu yang tak diundang berlagak seperti tetamu yang dijemput bertandang.Bila aku berkeras, akhirnya Auntie Cah mengalah.Akhirnya, dia menemani aku dengan mengelap pinggan dan disusun di rak bersebelahan sinki.
”Kesian betul dekat Nur.Dah la terpaksa mengikut Ejai ke sini, pastu tolong basuh pinggan pula.Kalau ada Mak Lang tak payah susah-susah macam ni”,keluh Auntie Cah.
”Takpelah Auntie.Bukannya apa sangat.Kerja senang je, bukannya banyak sangat pinggan.Lagipun saya memang suka main air ni, Auntie”,gurauanku mengundang ketawa Auntie Cah.
”Tapi kenapa hari tu sampai berperang dengan Ejai bila garaj basah?Kata suka main air?”,soalan Auntie Cah mengingatkan aku pada perang high heels suatu ketika dahulu.
Tak semena-mena, aku rasakan panas di muka.Malu datang lagi.
”Auntie gurau je.Tak payah nak segan dengan Auntie.Bukannya Nur berperang dengan Auntie pun hari tu.Perang dengan Ejai.Tapi sesekali Ejai tu memang kena ajar cara berkasar sikit.Kalau tidak, entah sampai bila nak hilang perangai cengeng dia tu.Maklum la satu-satunya anak lelaki Auntie”,tambah Auntie Cah lagi.
”Walaupun bukan berperang dengan Auntie Cah, saya nak minta maaf juga.Kalau la tak disabarkan dek kawan-kawan saya hari tu, memang melayang jauh kena Auntie juga.Segan nak hidup kalau dikenang peristiwa tu”,balasku pada ceritanya.
Auntie Cah tersenyum lebar mendengar ucapan kata maafku sebelum mengungkapkan kata.
”Auntie pun nak minta maaf dengan Nur juga!”.
Bukan penerimaan maaf yang lahir tapi dia menuturkan kata yang serupa.Cukup membuatkan aku dilanda kebingungan.
”Ha, minta maaf dengan saya?Auntie bukannya ada salah dengan saya pun”,Tegasanku disambut gelengan Auntie Cah.
”Kalau auntie tak salah, takkan Faizal tu bercakap kasar dengan Nur.Salah auntie memanjakan dia berlebihan, nak gitu la jadinya.Nak menang sentiasa.Auntie tahu semua cerita dekat rumah dan pejabat.Mulut dia memang macam tu, laser tak bertempat”.
”Takpelah,saya pun sama naik juga.Memang patut pun laser lawan dengan laser”.
”Kalau sama-sama laser, barulah hilang penyakit.Sebab tulah laser tu penting nak matikan sel-sel kanser.Kalau takde kanser, barulah hidup aman sentosa”,tempelak Farah dari arah belakang kami.
Serentak, aku dan Auntie Cah berpaling.
”Tak bagi salam, terus menyampuk.Mujur la mummy ni bukan Mak Lang.Kalau tidak, habis semua pingan pecah sebab melatah.Siapa ajar perangai adik perangai menyampuk ni?’,marah Auntie Cah.
Farah ketawa melihat muka mummynya tak puas hati.Tapi pantas juga Farah menghulurkan tuala kecil kepa Auntie Cah untuk mengelap tangan.Kemudian, tuala berganti kepada aku pula.
”Mummy la ajar.So, ok tak Farah Brep-Brep berfalsafah?Ada bakat nak jadi motivator tak?Ganti Dr Fadzilah Kamsah?”,soalnya kepada aku pula.
”Boleh la berfalsampah.La, nak tukar profesyen ke?.Tak mahu la, nanti hilang la kawan penyanyi.Tak glamour dah,tak boleh tumpang nama”,gurauanku disambut ketawa keduanya.
”Isk..memang sesuai benar la korang berkawan.Gila glamor dua-dua.Ha..glamour-glamor juga tapi kisah abang dengan Ain macammana.Ada petanda baik tak?”.
Hanya senyuman Farah dilemparkan pada Auntie Cah.Lambat-lambat tangannya diangkat dan tanda ibu jari di tunjukkan.Bila melihat tanda good, senyuman Auntie Cah makin melebar.Dan saat itu aku rasakan kata-kata Farah sebelum Ain datang tadi sudah benarnya.
”Faizal dah sedar langit tu tinggi bukan rendah yang disangka".
-------------
Perlahan benar langkah kami menuju ke tingkap menghadap ke taman.Auntie Cah dan Farah yang beriya mengajak aku menonton perbualan antara Faizal dan Ain.Kalau ikutkan hati, tak sanggup rasanya aku menjadi penonton setia.Tapi bila mengingatkan layanan mereka yang terlalu baik pada aku,tak patut rasanya aku menolak.Lagipun aku sendiri bingung harus melakukan apa di rumah besar ini.Akhirnya, aku turuti juga.
Di sebalik langsir, aku perhatikan Faizal yang banyak bercakap.Ain menjawab kemudian dalam senyuman.Manis senyumannya dan Faizal membalas senyuman yang dilemparkan.
Bila tiba saat Faizal bertanya, Ain menjawab cukup ringkas tapi penuh dengan makna tersirat.Jawapan yang membuatkan Faizal terdiam seribu bahasa dalam senyuman yang bermain di bibir.
”Andai kata jodoh kita ada, Ain tak kisah kahwin dengan saya?Bukan sebagai anak Syed Fauzan tapi Faizal yang ada motor buruk ja..kerja pun buruh cabuk ,Walapun kerja engineer tapi tetap kuli orang.Tak mampu nak belikan Ain barang mahal-mahal.Kalau nak melancong ke UK, saya mampu bawa pergi Ulung Kelang je!”.
”Insyaallah, saya akan terima seadanya.Sebab kalau pun buruh di mata orang, Faizal akan jadi tuan di hari saya.Kalau pun barang tak mahal, hadiah penuh kasih sayang paling berharga.Kalau pun tak pergi UK, Untuk Kamu saya turuti segalanya”.
Kalau Faizal tergamam seribu bahasa, aku apatah lagi.Berbahasa pungga bagai bakal menantu Auntie Cah ni.Memang terkejut tahap cipan aku.Buat takat berbudi bahasa, madah pujangga pun A+ ni.Konfirm Faizal gigit jari sebab salah menilai Ain.Cacat la supervisor aku nih jap lagi, jadi OKU tak pasal-pasal.Aisyh, kuat juga penangan Sharifah Ain Batrisya ni rupanya.
”Ternganga mulut abang.Baru dia tahu hebatnya orang sastera bercakap.Ingat lecture English tak reti ke semua ayat-ayat dramatis gitu”.
Kegirangan suara Farah membuatkan dua pasang mata berpaling ke arah tingkap kami menyorok dan menjadi penonton setia mereka.Pantas juga, Farah menguatkan suaranya.Bukan nak selamatkan diri tapi mengaku terang-terangan niatnya.Tak ada rasa takut dan bersalah sikit pun.Memang otai.
”Tulah mummy.Orang suruh ganti langsir baru kaler gelap sikit tak mahu.Dah kantoi bila mengintai orang.Dah tak tahu next story.Farah kena wat skrip baru la kalau macam ni.Aiysh.Eh, Abang dengan Ain nak join sekali ke dalama skrip tu.Tajuk dia, Abangku tangkap cintan manis”.
Faizal dan Ain tergelak, sedangkan Farah dengan selambanya terus menyambung perbincangan soal langsir dan intipan akan datang.Aku..aku kan pendengar dan penonton terbaik.Dengar dan pandang jelah!
-------------
”Nur, nanti datang lagi ke sini ya.Boleh kita borak panjang.Sekejap sangat rasanya jumpa hari ni.Tak sempat nak kenal betul-betul”,luah Auntie Cah ketika aku melangkah keluar dari rumahnya.
Dia mengiringi aku dan Faizal ke kereta.Farah dan Ain sudah ke UiTM.Ada urusan segera yang harus dilakukan maklum Farah ketika dia meninggalkan rumah sebentar tadi.Cuma tinggal Auntie Cah keseorangan selepas ini.
”Insyaallah Auntie.Nanti ada masa, saya datang lagi!”,balasku berbasa-basi..Zaman bila aku nak jejakkan kaki dekat sini pun aku tak pasti.
”Auntie pegang janji tu.Kalau free tak datang, Auntie yang akan datang rumah Nur.”,Auntie Cah bersuara tegas.
Aku hanya menganggukkan kepala. Berjanji tak habis-habis aku ni, nak menunaikannya mula la pening kepala.Huda.kau memang sengaja menambah penyakit!
”Aritu masa kenduri doa selamat Ejai, Nur dah balik rumah masa Auntie datang.Tak sempat nak bertanyakan resepi sambal ikan bilis Nur. Faizal, Farah, Faiza dengan Uncle semua puji sambal tau.Memang sedap!Teringat-ingat sampai sekarang tahu tak.Boleh la ajarkan auntie nanti”!
Aku tersengih mendengar pujian dan permintaan Auntie Cah.Kiranya aku ni hebat la juga.Sampai orang kaya macam keluarga Faizal boleh terkenang-kenangkan sambal aku.Kata orang, dari perut jatuh ke hati?Tapi hati Auntie Cah tak jatuh hati ke nak jadikan aku menantu dia ya?Ya ke tidak..takkot.Kalau gitu,jadiOKU jelah aku.Orang Katering Umum!Boleh la dari takde apa-apa kan.Layanz!
--------------------
Salam alaik.Maaf lambat n3 nya.Busy-busy day.Alhamdulillah, dah siap kerja2 menulis thesis utk sementara waktu ni.Tapi busy pula dengan urusan2 nak balik Bandung smula.Next n3 maybe lambat sikit, nak menikmati hidup di Msia sebelum balik sana.Apa-apa pun, enjoy baca k.Wassalam

6 comments:

cactaceous opuntia said...

waaa...cm byk lg je cte die ni...huuu

epy elina said...

hohoho...
alah faizal suke ngn org lain dah...
2 lah uda jual mhal lg...
skrg ggit jari lah...
hmmmmm....

raNt|ng pUtEh said...

ala...ejai cm dh suke ain je..
xmoo..uda cane?/
nk uda ngn ejai..hoho

YONG JIAO XIU said...

huhuhu,dasyat episod kali ni. huhuhu i don't know how to hide my expression klo dlm situasi huda tu. mmg tabik la klo org blh hide their expression.
cepat ye post next episode.

ha-ra said...

ala...faizal da tgkap cintan kat ain ke??
mlpas la huda cm ni....

MaY_LiN said...

alololo..
xpe..lame2 auntie cah mesti suka uda gak la..