@rubiadaibrahim

Tuesday, January 26, 2010

CCB 20:Best teacher!


”So,apa pendapat kau pasal Ain?”,sepatah persoalan yang timbul dari Faizal, soalan yang sudah aku jangkakan sejak tadi.

Aku angkat bahu, terlalu banyak tafsiran yang bermain di kepala dan aku sendiri tak pasti yang mana kata paling tepat bila berbicara soal Syarifah Ain Batrisya yang baru aku temui sebentar tadi.

”Sepatah kata je.Takkan takde langsung kot”,desak Faizal lagi.

Lama aku terdiam.Memikirkan soalan yang tak ada pilihan jawapan A,B,C, D.Soalan subjektif yang terkait pendapat aku sebagai pemerhati kisah mereka.

”.Calon isteri terbaik”,balasku perlahan.

Faizal tersenyum lebar.Bangga mungkin dengan apa yang aku katakan.Calon isteri terbaik untuknya, juga calon menantu mithali buat keluarga Al-Agil.

”Insyaallah, dia yang terbaik untuk sekarang.Cuma, ada kekurangan dia juga.Tengok la, bangga je menayangkan rambut yang tak berapa menyerbang tu.Mujur la lebah tak check in, buat sarang”,balas Faizal dalam nada bergurau.

Aku tergelak sama.Menurut aku, itulah yang harus diperbaiki lagi oleh Ain sendiri.Satu pakej isteri mithali lengkap jika auratnya ditutup.Hanya dipertonton kepada seorang suami yang berhak suatu hari nanti.

”Bab rambut mengerbang tu aku dah cakap kat dia, dia angguk je.Mujur la dia mengangguk je, senang hati aku.Kalau perangai dia macam kau la, aku reject serta-merta tadi.Biarlah Farah rosakkan motor aku pun, aku tak kisah.Tapi macam mana kau kata tadi, kita kena terima pasangan kita seadanya.Insyaallah, aku terima dan aku akan bantu dia berubah”,riang suaranya berbicara.

Aku sekadar tersenyum sumbing mendengar luahan rasanya.Sungguh, ada rasa cemburu yang datang.Tapi cepat juga aku tangkis, aku tak berhak dan aku bukan yang istimewa pada dia.Aku hanyalah seorang assistant dan jiran yang degil, suka melawan dan sentiasa menyakitkan hati dia.Memang tak masuk carta pun aku dalam calon dia.Jauh panggang dengan api, perangai aku dengan Ain tentunya.

”Insyaallah, boleh punya.Go Encik Faizal, chaiyok!Yakin boleh rakan muda”,balasku dalam ketawa.Faizal tergelak mendengar aku memberi semangat dan sokongan kepadanya.

”Huyo,siap rakan muda.Thanks Nur for support.Tapi kau kena tolong aku juga ye.Memandangkan dia nak mula bertudung ni, aku plan nak hadiahkan dia tudung dan baju-baju yang menutup aurat ni.So, aku nak lantik kau jadi perunding aku.Boleh kan?”,tanyanya sambil menjeling sekilas kepada aku.

Aku menganggukkan kepala.Terlalu sukar untuk aku berkata tidak.

”Nur, terharunya aku.Dalam banyak keburukan kau ni, ada juga yang best eh.Kau memang takkan menolak kalau orang minta tolong.So, bila kau nak datang rumah aku lagi?Tolong tunaikan permintaan mummy ajar masak sambal tumis tu”kata-kata Faizal aku sambut dengan senyuman kelat.

Itu kelemahan aku, sukar menolak bila ada yang mahu aku membantu.Kerana itu jugalah, aku bersengkang mata memasak pulut kuning untuknya satu ketika dahulu.Ya...kisah pulut kuning dan sambal ikan bilis yang membuatkan Auntie Cah mahukan aku datang lagi ke rumahnya, mengajarnya.Tapi bila, aku sendiri tak pasti.

”Tengok la bila-bila.Insyaallah, kalau ada masa saya datang.By the way, macammana Encik Faizal tahu saya yang masak pulut kuning tu?”,soalku kepadanya semua.Ada rasa musykil yang mengasak.

”Aku dapat agak la.Sebab selalunya kau yang arahkan budak-budak rumah kau beli barang itu ini.Banyak kali dah kita terserempak dekat supermarket.Tapi biasalah kau, mana ingat dunia kalau dah ralit.By the way, aku tahu satu lagi kelebihan kau yang takde pada Ain.Kau reti memasak, boleh kata kau terror la sebab mummy aku pun nak berguru dengan kau.Kalau kau tak kisah, time kau ajar mummy nanti aku nak Ain join sekali.Boleh juga dia masak sambal tumis tu untuk aku kalau kita orang kahwin nanti.Tak payah susah-susah serang rumah kau semata-mata nak suruh masakkan sambal tumis.Kau pun tak suka tengok muka aku kan”.

Panjang lebar dia berkata-kata, menceritakan kisah yang aku sendiri tak sedar dia memerhatikan tindak tanduk aku.Tapi permintaannya sukar aku penuhi.Entah kenapa, aku rasakan aku tak selesa andai Ain bersama.Ya Allah, jauhkan la aku dari rasa yang tak best nih!

”La, kenapa diam je.Boleh ke tidak nih?”,tanyanya lagi, sedikit mendesak bunyinya.

”Tengok la.Dapat datang ke tidak pun saya tak pasti lagi.Erm, lagipun saya dah lama tak masak.Hilang dah skills tuh”,luahku perlahan, cuba mengawal rasa cemburu yang tiba-tiba datang.

”Ok la gitu.Tapi kalau kau jadi nak ajar mummy, jangan lupa inform aku tau.Senang aku nak aturkan Ain datang rumah.Kalau tak boleh juga, aku akan pastikan Ain berguru juga sambal tumis tu sebelum kita orang menikah nanti”,ujarnya yakin.

Aku terdiam seribu bahasa.Terkejut dengan keyakinan dia menutur kata.Kiranya sudah ada rasa hadir di hatinya bahawa Syarifah Ain Batrisya sebagai pendamping, sayap kiri baginya.Dalam diam, hati terkesan.Ada rasa kurang senang yang bertandang.Fikiran aku buntu dan aku sendiri keliru soal membantu Ain.

Aku bimbang andai suatu hari nanti, dia mengesan rasa hati aku.Kalaulah dia tahu....apa yang harus aku lakukan?Tapi bagaimana pula dengan tuntutan membantu orang yang memerlukan?Membantu Faizal membimbing Ain kepada seorang muslimah yang menutup auratnya dan menjadi isteri terbaik.Aku memejamkan mata...nantilah aku fikirkan.
----------
Sudah aku duga reaksi Kak Nasya setiap kali kami kembali dari mesyuarat bersama Tuan Syed Hamdi.Soalan cepumas yang aku sendiri sudah duga jawapannya.Tapi jawapan Faizal bukan seperti jawapan sebelumnya.

”Malas nak nak menunggu SNM dah Nasya.Buat sakit kepala je.Penat dah menunggu orang yang entah bila nak muncul depan mata.Ghaib tak tahu kemana”.

Bulat mata Kak Nasya memandang Faizal, dia meluahkan rasa tak percaya dan tanda tanya yang bermain di fikirannya.

”You ni mimpi apa Ejai oi?Putus asa je bunyinya.You dah berkenan dengan calon yang mummy you pilihkan tu ke?”,soal Kak Nasya kuat.

”Something like that la.Senang cerita,Syarifah Ain Batrisya dah duduk carta teratas dalam hati aku.No 1 wo, dah kalah dah SNM tu!”,balas Faizal dalam ketawanya.

Kak Nasya sekali lagi menjengilkan matanya.Aku yang memerhatikan mereka ralit memasang telinga walaupun tangan sibuk melakukan kerja yang masih tertangguh di atas meja.

”You ni tak tetap pendirian la Ejai!”,komen dari Kak Nasya membuatkan ketawa Faizal makin kuat.

”You tak jumpa boleh la kata macam tu.Kalau you jumpa, you baru tahu.Mana la hati i tak berkenan, cukup lengkap pakej isteri mithali tu.Kalau tak percaya, you boleh tanya Nur@ Huda dekat dalam”,balas Faizal sambil menunjukkan jarinya kearah aku.

Serentak mata Kak Nasya memandang aku.Ada raut tak percaya bila aku menganggukkan kepala.Tapi kata-kata Kak Nasya yang seterusnya membuatkan hati aku berdegup kencang.

”You ni, memang tak setia la.Macammana kalau i kata orang yang you tunggu tu ada dekat sini-sini juga.Tapi dengan identiti lain, tak ada gelaran Syarifah pun kat depan nama dia?”.

Sekali lagi Faizal ketawa terbahak-bahak.Lawak benar dia rasakan dengan kata-kata Kak Nasya yang penuh dengan tanda tanya itu.

”You yang mimpi ni Nasya, ada ke patut anak Tuan Syed takde gelaran Syarifah.Takkan la budak perempuan dalam gambar tu anak angkat dia pula.I dengar dengan telinga i sendiri Tuan Syed declare tu anak perempuan kesayangan dia, satu-satunya cucu family As-Syarif tu.Kalau dia takde nama Syarifah, you nak kata SNM tu siapa?Nurhuda Diyana yang degil dan suka melawan tu?”,soal Faizal kembali kepada Kak Nasya sambil menjeling kepada aku.

”Ikut suka hati youlah, malas i nak layan.Kalau suatu hari nanti, you tahu siapa sebenarnya SNM tu, you jangan menyesal pula!”, balas Kak Nasya tegas.Seakan mengugut dan mencabar Faizal pula bunyinya.

”Tak akan menyesal pun.Sebab Ain Batrisya is much better.Kalau SNM yang you maksudkan tu Nur, baik i membujang sampai tua.Tak sanggup i bayangkan i kalau berlawan cakap setiap hari.Botak kepala den!”,tegas Faizal berkata-kata dalam gurauannya.

”I ingat apa yang you cakap hari ni.Kalau you menyesal nanti, i sembur you”,Kak Nasya membalas sambil melemparkan senyuman pada aku yang baru keluar dari bilik.

Senyuman penuh rahsia dan sekali lagi aku diburu rasa resah.Bimbang kalau-kalau Kak Nasya dah maklum keberadaan aku.Tapi entah kenapa, rasa sedih lebih kuat mengasak dari kebimbangan rahsia aku terbongkar.Mungkin kerana kata-kata Faizal sebentar tadi yang membuatkan aku sedar satu hakikat.

”SNM bukanlah tandingan Syarifah Ain Batrisya”.
-------------
Aku mengangkat muka bila aku rasakan ada mata yang memandang dan merenungku.Tak selesa bila gelagat aku diperhatikan.Faizal mengalihkan pandangan bila mata kami bertaut.

”Kau tak mahu balik ke Nur?”, tanya Faizal kepada aku.

Aku menjeling jam tangan.Dah pukul 6 petang, aku menepuk dahi.Punya ralit buat kerja sampai tak sedar, hari dah petang.
”Banyak kerja tak siap lagi Encik Faizal”.

”Tinggalkan jelah kerja tu,esok bukannya tak masuk kerja dah.Jom, balik.Penat dah aku tunggu kau tahu tak?”,tempelaknya kepada aku.

Pantas juga dia bangun, mengemas kertas-kertas di meja aku.Aku diburu rasa pelik dengan tingkah lakunya.

”Saya tak suruh Encik Faizal tunggu pun.Balik la dulu, sekejap lagi saya balik sendiri”.

Jawapan aku dibalas gelengan kepalanya.Pantas juga, tangannya memasukkan kertas kerja di depan aku ke dalam fail setiap projek.

”Aku berpegang pada janji.Since kau dah cerita pasal kisah kau dengan Tuan Syed semalam, kau kena balik dengan aku.Lagi pun aku risau sikit kalau kau balik sorang-sorang malam ni.No more excuse, jom balik!”.

Tegas dia menuturkan kata-kata.Bila dia tak berganjak dari depan meja, akhirnya aku mengalah.Beg aku sandang ke bahu.Dia berjalan mendahului aku.Bila sedar aku mengikuti langkahnya, dia melemparkan senyuman.
-----------------
Tak selesa, itu yang kau rasakan kali ini bila berdua-duaan dalam keretanya.Padahal ini bukan pertama kali, aku menaiki kereta KIA SPECTRA hitam ini bersamanya., masih ada rasa bimbang yang datang.Mungkin kerana inilah kali pertama aku pulang ke rumah dengannya.Terselit rasa bimbang dengan tanggapan kawan serumah aku sebentar lagi.

Tiada suara, tiada perbualan dan tiada topik yang dibahas petang ni.Sunyi dan aku mengelamun sendiri hinggalah ada panggilan telefon yang diterima Faizal.

”Waalaikummussalam.Ye adik, ada apa?”.

Faizal diam, mendengar pula bicara dari pemanggil.Dugaan aku, Farah yang menelefonnya.

”I see.Macam tu ye, nak tambah koleksi kawan.Ok la, nanti abang bagitahu dia.Ain ada dekat situ, kirim salam sayang dekat dia”, dia membalas dengan derai tawanya.

Gembira benar menerima khabar dari Farah.Sah, tak ada keraguan lagi.Encik Faizal dah jatuh hati dengan Ain.

”Ok, nanti abang sampaikan.Ye,nanti abang cakap dengan dia.Waalaikummussalam”.

Panggilan tamat, Faizal memandang aku sekilas sebelum menyampaikan pesanan dari Farah.

”Farah nak no phone kau.Jangan lupa sms dia sekejap lagi ok!”,pesannya sambil menumpukan pandangan pada pemanduan.
Aku menganggukkan kepala.Bila aku mempersoalkan aku bagaimana aku nak menghubungi adiknya, pantas juga Faizal memberi cadangan dan jalan penyelesaian.

”Nombor Farah, aku sms sekejap lagi ok”.

Hanya senyuman aku lemparkan, tanda terima kasih atas cadangannya.

”Kan bagus kalau hari-hari macam ni.Dengar cakap aku.Takde la gamat JKR dek pergaduhan kita”,komennya.

Aku tergelak.Kalau nak dikira dengan jari, memang terlalu banyak kami berselisih pendapat.Terlalu banyak juga lawan mulut yang terjadi hingga suatu ketika, Kak Nasya terpaksa masuk tangan menyelesaikan masalah antara kami.

”Insyaallah, lagi 2 bulan Encik Faizal tak payah nak pening-pening nak cari idea nak menang lawan cakap.Lepas ni, Encik Faizal akan sentiasa menang”.

”Haha..tapi bukan nak kata apa la Nur, aku suka stail kau.Kau punya confident memang buat aku kagum.Walaupun 2nd day kau praktikal, kau berani present kertas kerja.Bukan dekat orang-orang biasa, Tuan Syed Hamdi tu!Pastu kalau bab lawam mulut, memang kau pemenang dia la!Memang patut dapat award.Nanti before habis praktikal, saya kasi la hadiah apa yang patut.Tanda kenang-kenangan”,balasnya.

”Isk, tak usah nak bagi hadiah bagai.Tapi kalau nak kasi apa salahnya.Bagi Blackberry pun ok!”.

”Mak oi, demand pula.Tak bagi blackberry la, mana saya mampu.Berry..very expensive la adik oi!Paling-paling saya hadiahkan tiket bas pergi Cameron Highland la,boleh petik strawberry banyak-banyak!Kira ada berry tu ok la kan”,katanya dalam tawa.

”Strawberry pun ok la dari takde langsung.Tak ada pun takpelah sebab pengalaman tu yang paling penting”balasku.

Faizal menyatakan setuju dengan pendapatku, dia menganggukkan kepala dan menguatakan pendapatnya.

”Like Ain told me before,Experiences is the best teacher!”,katanya berfalsafah.

Ya, memang benar.Pengalamanlah guru terbaik sepanjang zaman.Kerana dengan pengalaman dan kisah hari ini jugalah, aku sedar betapa besarnya pengaruh Syarifah Ain Batrisya kepada Syed Faizal Adli.Sedangkan baru pertemuan kali pertama, Faizal tak lekang menyebut namanya.Inikan pula waktu mendatang.

Kerana pengalaman hari ini juga, aku belajar erti cinta pandang pertama.Sebagaimana Faizal dengan rasa hatinya saat pertemuan dengan Ain Batrisya, sebgitu jugalah aku terhadapnya.Cinta pandang pertama sejak kali pertama aku berpindah masuk ke rumah aku sekarang.Sejak hari pertama aku jadi jirannya.Biarlah pengalaman itu jadi guru terbaik pada aku selamanya.
------------------
Izzah, Linda dan Dania berdiri tegak di depan pintu pagar rumah Faizal.Aku tergamam melihat gelagat mereka yang bercekak pinggan.Seakan mahu menyerang suami yang curang lagak mereka.Memang sah, kisah madu 3 dah terbentang depan mata.

”Tengok la kawan-kawan kau!Dah ready nak serang aku.Jangan kau join sekaki sudah la Nur!Tapi aku rasa dia orang bukan nak serang aku, dia tunggu kau tu”,kata Faizal dalam gelak tawanya.Tak habis-habis nak bergurau.

Aku yang duduk disebelahnya diserang rasa bimbang.Memang puas la aku nak mencari jawapan bila sesi soal jawab bermula sekejap lagi.Aduhai, pening..pening.

”Encik Faizal, jangan la gurau gitu.Tak best la macam ni!”.

Makin galak Faizal ketawa bila melihat muka aku cuak semacam.Makin berdegup jantung bila mereka berdiri menghampiri kereta Faizal dan terus ke pintu sebelah aku.Cuma Linda bergelak ke pintu sebelah Faizal.Tak ubah macam pesalah aku rasakan saat ini.

”Jangan takut la.Dia orang bukannya nak makan kau pun.Explain elok-elok apa yang jadi malam tadi.Dia orang tak marah punya.Percayalah cakap aku”,Faizal tegas dalam katanya, seakan memujuk aku.

Aku membuka pintu kereta.Nadia dan Izzah memandang aku dengan raut wajah geram.Nadia memegang tangan aku sementara Izzah pula mengambil beg sandang aku.Digalasnya di bahu.

Bila Faizal keluar, semua mata tertumpu padanya.Senyuman mereka bertukar, aku diburu rasa pelik.

”Tq la weh.So, dengan rasminya kami tarik balik panggilan Pak Imam Laser tu pada kau.Kami minta maaf sebab tuduh kau macam-macam juga.Assalamualaikum, jiran sebelah rumah.Selamat berjiran”.

Kata-kata Linda meluncur laju dari mulutnya.Pantas juga Nadia mengganding aku ke rumah, diiringi Izzah dan Linda.Dalam kebingungan, aku melangkah perlahan.Dari ekor mata,Faizal tersenyum puas sebelum masuk kembali ke dalam kereta.Puas dengan kata maaf dari jiran sebelah rumahnya ini barangkali.
------------
”Kau jangan nak tipu kita orang la Uda.Kita orang kenal kau ni siapa.Bukan senang-senang kau nak baik dengan orang-orang ternama macam Tuan Syed tu.Bukannya kau anti dengan orang-orang kaya ke?”,tempelak Linda sebaik sahaja aku selesai bercerita kisah kehilangan aku semalam.

Laju juga Nadia dan Izzah mengakui kata Linda.Aku terdiam, tak tahu hujah apa yang harus aku keluarkan untuk membela diri.

”Jangan kau kata ade affair dengan orang tua tu sudah la.Aku tak sanggup dengar kawan aku buat kerja terlarang ni”,tambah Izzah pula.

Pantas juga Nadia menampar Izzah, tak patut mereka menuduh aku sebegitu.Kalau pagi tadi Faizal menuduh aku sebegitu, senja ini Izzah pula.

Sebagai teman paling rapat kepada aku, tak seharusnya dia melemparkan tuduhan tak berasas begitu.Terasa betul hati dengan kata-katanya.

”Aku bukan nak tuduh kau Uda.Tapi kalau orang lain tengok keadaan kau macam tu, dia orang akan kata benda yang sama gak.Pastu hilang tak ada khabar pula.Kami risaukan kau tahu tak?Mujur la Faizal tu ada sebelah rumah, boleh juga tanya dekat dia.Kalau tidak, dah jadi kes polis malam tadi.Aku minta maaf juga sebab aku cakap macam tu tadi”,luahnya akan tindakan aku.

Izzah beralih tempat, duduk di sebelah aku.Seakan mengharapkan aku membongkar identiti diri.Identiti diri sebagai satu-satunya cucu perempuan keluarga As-Syarif yang tak pernah aku ceritakan.Biarpun dah bertahun aku tinggal serumah dengan mereka.

”Uda, come on la.Kau tak perlu nak sorok siapa kau.Dulu, aku pelik juga bila kau anti sangat dengan aku.Aku ingatkan sebab stail dan perangai aku, tapi rupanya kau tak berkenan dengan salasilah keturunan aku.Tapi semalam aku dah tahu!”,bebelan Linda membuatkan aku terkejut.

Aku mengalihkan pandangan kepada Linda.

”Kau dah tahu?”,tanyaku perlahan.

”Bukan aku je.Kami dah tahu pun.Kau ni memang misteri Uda.So, tell us the story.Jangan berahsia lagi dengan kami”,balas Linda.

Aku menggigit bibir.Dalam rasa seribu tak kena, aku bercerita segalanya kepada mereka.Dan seperti dugaan aku, semuanya memandang aku dengan raut tak percaya.

Percaya atau tidak, itulah kenyataan.Akulah satu-satunya anak perempuan kesayangan Tuan Hamdi!
--------------------
Salam alaik.Maaf lambat n3nya.Biasalah, dah balik ni, macam-macam kena settelkan.Arini ada kesempatan menulis memandangkan saya bercuti.Erm, ada niat nak hantar cerita ni nak dijadikan manuskrip novel tapi saya pun tak pasti lagi macammana.But then, selamat membaca kepada semua.Wassalam

10 comments:

fisha said...

apa kes ejai suka ain lak ni....uda nk couple ngan sapa?

Yeen said...

Saya sokong klu nak di publishkan ..

mizd said...

sy pn sokong klu d pblish.. cnfrm mletop. ble ejai nk tau psal uda ye
?? cian lak kat uda..ejai da bkanan kat ain...

epy elina said...

hmmmm...
bnci ngn kata2 ijal...
sy dokn dia mnysal sbb dia kte sngup xkawen klu jdh dia uda...
bila uda x ada br dia rsa khlangan....
huuhuhuhuhuh..

~lawrian_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~ said...

ahahaah...

btl la..

abih uda ngan sape?

hope dia ngan ejai la...bru sweet..

cpt la bgtau kat ejai yg uda tu SNM

+_^

MaY_LiN said...

cedih nyeee....
xpe uda..
nnti baru padan muka ejai tu..
hikhikhik

raNt|ng pUtEh said...

ishhh xptt btol ejai ckp cm2..
tgk la nti..
kalo de dh tau spe SNM yg sbnrnye..
msty nysl xsdah..
npe msty de suke ain..
xnk la dr.rock..
nk ejai ngn uda gk..plzz

jj said...

bila la agaknya ejai tau yg snm 2 c uda.... mesti gempakz giler ... sian sgt kat uda bila ejai cam suka kat ain... mgkn n3 seterusnya mungkin ejai kot terdengar perbualan uda dgn kekawan yg lain ttg salasiah uda.. well ini cuma pandangan sya je hehe.... sokong sgt kalu nak publish cite nie

Anonymous said...

sedp mulut je Ejai ckp cm 2 pasal Uda..
Bile Uda abs praktikal biar Ejai asyik rindu je kat Uda.br dia thu..
tp mmng klakar la kawan2 Uda 2...mmn blh di buat kawan la mereka 2..

Anonymous said...

setuju klu di publishkan..tp please la dik, biar la citer ni habis dl. km tetap akan bli seklipun dah baca di blog..
lg 1, nape lai ejai tu kt kat uda mcm tu..huhuhu sian uda..nti kisahkan uda kenal "pak we" br biar ejai terjojol mt n dlm ms yg = dia dah tau siapa uda..best you...