@rubiadaibrahim

Thursday, January 28, 2010

CCB 21:Kuch2 Hotak Hang!


”Huda, kenapalah kau rahsiakan identiti kau dari kita orang.Kalaulah Izzah tak masuk bilik kau malam tadi, sampai sudah kami tahu!Aku memang ingatkan kau buat kerja terlarang dah semalam”,komen Linda sebaik sahaja aku selesai bercerita.

Izzah mengiyakan pendapat Linda, sementara Nadia terdiam seribu bahasa.Aku tersenyum sumbing dengan hamburan kata Linda.Tak mustahil Izzah terpandangkan gambar aku dengan keluarga As-Syarif yang lain.Dan mungkin juga dia melihat ukiran nama hadiah dari Walid yang aku letakkan kembali di atas meja belajarku.”Ala..tak penting semua tu.Aku minta maaf sebab buat korang risau ok!Aku janji, lepas ni tak ada rahsia lagi”,pujukku.

Izzah melemparkan senyuman nakal sebelum bertanyakan soalan penuh muslihat.Seakan mahu mengenakan aku lagaknya.

”Kau cakap kau lari dari dia orang sebab tak mahu ikut cadangan opah kau nak nikahkan dengan abang-abang kau kan?So, kau balik ni kau kena paksa tak?”.

Pantas juga aku menggeleng.Kepulangan aku ke pangkuan keluarga Syed Hamdi kerana aku yakin setiap kata yang lahir dari mulut Walid.Walid tak pernah berbohong dan Walid adalah ayah terbaik bagi aku.

”Semua dah ada calon dah.Selamat hidup aku.Lepas ni, aku boleh balik sana sesuka hati aku.Lepas dah dari satu bala”,kataku yakin.

”Oit, dah ada calon ke?Melepas aku nak mengorat abang-abang kau tu.Dua-dua hansome tu!Ala,Uda..kau punya pasal la.Merajuk lama sangat, melepas dah aku dapat calon suami macam Tom Cruise”.

Luahan hati Linda membuatkan kau tergelak kuat.Ada hati nak jadi menantu Walid aku tu.Sengal betul.
”Bukan suami Tom Cruise la weh, sorang tong drum, sorang lagi model ubat kurus”,gurauku.

Ketawa kami bersabung.Gamat rumah seketika.Dah kami tak berkumpul dan bercerita sebegini.Semuanya membawa haluan sendiri bila musim praktikal tiba.Rupanya ada hikmah peristiwa semalam, merapatkan hubungan yang dah makin jauh.Alhamdulillah.

”Eh, tapi tu gambar lama kan?Takkan la dorang tak berubah langsung lepas 3 tahun kau tak jumpa nih?”,soal Linda lagi,penuh minat mahu tahu soal abang-abang aku.

Aku menggeleng.Memang Abang Wan jauh dah berubah dari bentuk badannya.Tak montel seperti baru habis belajar dahulu.Lebih kurus dan lebih macho!Kalau Abang Riz, aku tak pasti.

”Story la weh pasal abang kau tu?Kalau ada calon pun belum tentu jadi nikah.Mana tau aku ada peluang kan!”.
Aku menggeleng kepala.Tak mahulah aku bercerita soal mereka.Yang Linda pula terhegeh-hegeh nak tahu pasal abang-abang aku.Tak puas lagi soal siasat pasal abang kandung aku, abang yang dikandung ibu pun dia nak kenal juga.Tidaklah patik!

”Erm,..kalau kau, memang tertutup la peluang.Tapi kalau Izzah, boleh la kot!”.

Linda menjengilkan mata kepada Izzah.Izzah mencerlung matanya memandang aku, geram agaknya bila namanya tiba-tiba dibangkitkan.

”Sal, aku tak masuk calon lak Uda?Nak juga”,rengek Nadia pula.

Aku tergelak dengan gelagat mereka.Saling bertikam lidah, mengakui merekalah yang terbaik.Tapi semuanya terdiam bila aku buka mulut, mengatakan syarat-syarat kalau mahu dipilih sebagai menantu Tuan Syed Hamdi.

”Semua boleh masuk line.Tapi korang kena lah pandai masak,kena rajin layan orang tua dan tak suka shopping, bab-bab habiskan duit ni.Dan yang paling penting, abang-abang aku tu takkan setuju selagi aku tak setuju dengan pilihan dorang.So, apa nak dikata.You all are disqualified!”.

Serentak mereka menepuk dahi.Keluhan tak memenuhi syarat jelas kedengaran.Linda dengan penyesalan tak mahu turun ke dapurnya, Nadia dengan rancangan lawatan ke rumah orang tua dan Izzah pula berazam tak mahu menjejakkan kaki ke shopping mall selepas ni.
-----------------
”Ala..boleh la abang Riz nak couple dengan dia.Dia ni baik tahu.Kalau Bibi kenal dengan dia, Bibi confirm suka punya.Boleh ya”,rayuan Abang Riz terimbau di fikiran.

Aku membiarkan Abang Riz bercakap seorang dari tadi.Dia menemani aku di dapur semata-mata mahukan persetujuan aku tentang perempuan yang mencuri hatinya.

Macam-macam promosi dia hamburkan tapi tiada respon dari aku.Tangannya sama laju dengan mulutnya yang terus berbicara.Senang kerja aku nak memasak malam dengan sikapnya yang rajin tulang malam tersebut.Ada assistant memasak dan teman berbicara biarpun dari tadi hanya abang Riz yang bercakap seoarang diri.

”Bibi tak mahu juga.Tengok rupa dia pun tahu dia macam tak ikhlas kawan dengan Abang Riz tahu tak”,bentakku geram.

Sejak hari pertama dia memperkenalkan aku dengan Syazni, aku kurang setuju dengan pilihannya.Bila dia maklum bantahan aku, dia tak henti-henti memujuk hinggalah saat ini.Kelakar juga difikirkan dia mahukan restu dari semua ahli keluarganya sebelum serius berkawan.

”Takpelah kalau Bibi tak setuju.Nanti abang cakap dekat dia, abang tak jadi nak serius!”,perlahan dia menuturkan kata, mengalah dengan kedegilan aku.

Mendengar suaranya yang lirih, aku melemparkan senyuman.Abang Riz memandang aku pelik.

”Ok la,Bibi setuju.Abang yang nak kawan dengan dia, bukannya Bibi.Tapi kalau betul apa yang Bibi cakap, jangan menyesal pula!”,ugutku.Senyuman Abang Riz melebar sebelum dia mengucapkan terima kasih kepada aku.

Bila dia berlari mahu melangkah meninggalkan aku keseorangan di dapur,aku mengugut untuk menarik kembali kata setuju.Dengan senyuman sumbing, abang Riz berpatah semula ke dapur.
---------------
Kenangan itu hilang serta-merta bila teman serumah aku menjerit mahukan syarat lain untuk terplih sebagai kakak ipar aku.Komen mereka,terlalu susah nak buang tabiat lama.

”Dah tak payah nak menyesal.Aku tipu je syarat-syarat tu.Ada satu syarat yang benar ,tepat dan tiada yang benar melainkan benar belaka.Kau orang nak tahu tak?”.

”Nak...apa dia!”,serentak mereka mengemukan jawapan.Tak sabar betul bab-bab nak tackle orang nih.Tapi sampai sekarang, tak tertackle pun.

”Kau orang kenalah ambil hati aku.Kalau aku berkenan nanti aku rekemenkan.Tapi kalau ikutkan aku la kan, takde sorang pun aku berkenan”,balasku.

Semuanya tergaman dan semunya terdiam.Tapi tak lama bila semua buat perangai kartun.Tak pasl-pasal nak memanjakan aku tak bertempat gara-gara nak ambil hati aku.Seketika kata-kata Faizal yang mengundang kesedihan di hati hilang.Terima kasih kerana menghiburkan aku wahai teman!
----------------
Usai solat maghrib, aku mengecas telefon bimbit yang dah sehari tak hidup.Seperti dugaan aku, banyak sms dan missed call yang aku terima.Dari Linda, Izzah, Nadia dan tak terkecuali Faizal.Sms yang aku terima satu persatu aku baca di inbox.

”Uda, kau p mana?”.

”Uda, jangan la lari dari rumah.Kita orang sayang kau tahu tak!Balik la weh!”.

”Kita orang dah tunggu mamat poyo tu depan rumah dia ni.Kureng punya mamat, dera kawan aku.Kau balik la weh, kita orang dah nak balas dendam untuk kau nih!”.

Aku menepuk dahi.Kiranya mereka dah sampaikan niat nak menyerang Faizal sebelumnya.Tapi keberadaan handphone aku tak mengizinkan aku memaklumkan kepada mereka.Mujur la Faizal dapat sabarkan dia orang, kalau tidak memang dah jadi kes polis dah.Tak pasal-pasal ada tuduhan mencederakan jiran pula.

Hampir 10 sms yang aku terima malam tadi.Tapi sms dari Faizal mengundang rasa lain di hati.

”Nur, jangan buat macam ni dah tahu.Semua orang risaukan kau.Aku apa lagi.Lain kali inform kalau nak pergi mana-mana.Kalau nak pergi bulan sekali pun, bagitahu ya.Paling tidak, aku boleh kirim dengan doa.Dinner..dinner juga,esok jangan lupa meeting!Janga tidur lambat, rehat kena cukup.Good night, sleep tight”.

Ada rasa gembira tapi ada rasa sedih yang lebih kuat mengasak.Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir dia mengirim sms begitu kepada aku.Sms yang aku terima darinya pagi tadi aku buka dan baca.Masih sms yang hampir serupa, penuh dengan kata-kata yang menunjukkan perhatiannya pada aku.

”Salam.Nur, aku tunggu luar rumah Tuan Syed tahu. Aku segan nak masuk sebab bukan tetamu pun.Kita pergi sama-sama meeting..Kalau kau lari jap lagi, mana aku nak cari assistant dan seteru lawan cakap aku.Hehe.Just kidding, bab meeting hari ni, kau jangan risau sangat ok.Jangan lari balik pejabat sebab nak ambil fail pula.Aku dah bawa semua.Hari ni, tugas kau temankan aku dan dengar je.Dun worry ok~!”.

Aku tersenyum tanpa sedar membaca smsnya.Sms seakan-akan dia berbicara dengan dirinya sendiri.Tahu benar dia balasan kata-kata aku kalau kami bertikam lidah,tindakan luar jangkaun serta perangai aku yang gelabah tak tentu pasal.

Ada rasa gembira tapi ada juga rasa tak percaya dengan tindakannya.Kiranya dia menunggu aku diluar pintu pagar.Aku baca kembali sms darinya yang aku terima jam 7.00 pagi.

Kiranya dia menunggu aku sejam lamanya di luar rumah walid.Dalam rasa terkejut,ada rasa simpati yang hadir.

Aku cuba mengingat peristiwa pagi tadi.Bila aku membuka tingkap bilik, kereta Honda merah kepunyaan Farah dah ada di pintu pagar walid.Tapi aku tak ambil pusing bila Abang Wan sendiri memaklumkan jiran depan rumahnya juga memilik kereta yang serupa.

Bila kereta Abang Wan meninggalkan rumah, kereta merah tersebut mengekori kami tanpa aku sedar pemandunya adalah dia.Patutlah lain benar perangainya pagi tadi.Rasa bersalah menyerbu datang tapi tak setanding rasa bimbang terbongkarnya identiti aku.

”Jangan la dia tahu siapa aku hendaknya!”.
---------------
Ketukan di pintu kuat kedengaran.

”Ye..masuk je!”,jeritku dari dalam bilik.Malas nak bergerak.Tambahan pula, badan penat dan mata mengantuk minta ditutup.

Izzah menjengulkan kepala sebelum melangkah perlahan ke arah aku yang sedang berbaring di katil.Dia melabuhkan punggung di birai katil.

”Penat ye.Lama sangat dah kita tak borak kan!”,intro dari Izzah mendatar saja bunyinya.

”Memang penat.Macam masuk marathon aku rasa.Dah lama sangat.Sebulan dah kot, start dari praktikal”,balasku, mengiyakan maksud kata-katanya.

”Tulah pasal.Mujur la kes kau hilang tu sedarkan aku.Lama sangat dah kita tak berkongsi cerita.So, apa story terbaru kau”,tanya Izzah.

”Takde yang menarik.Just penat la praktikal.Kalau tahu gini, aku ikut je cadangan opah nak nikahkah aku dulu.Boleh duduk rumah, goyang kaki je”.

Gurauan aku disambut ketawa Izzah.Padahal aku sendiri maklum status sepupu aku tu.Nak ada yang punya pun.
”Yelah tu.Orang baru cadangkan, kau tak balik rumah Walid kau sebulan.Sekarang ni, baru la nak menyesal konon.Padahal punya la happy sebab tak payah nikah sepupu.Kau tak yah nak goreng aku la weh.Aku kenal dah kau!”, tempelak Izzah.

Aku tergelak.Memang aku akui,Izzah lebih kenal aku berbanding Nadia dan Izzah.Teman serumah paling rapat yang sentiasa ada buat aku.

”Aku tak goreng kau la.Aku goreng ikan bilis dengan kacang je.Tu pun time buat nasi lemak”.

”Banyak la kau punya nasi lemak.Kau penat kerja kerja ke kau penat melayan Encik Faizal kau tu?”.

Aku angkat bahu, terserah dia nak menilai.

”Ooho..sejak bila kau tak pandai bagi ulasan ni.Selalu tak sempat aku bertanya,bertubi-tubi kau bercerita.Tapi memang betul penat kalau musuh kerja satu tempat kan.So, apa pendapat kau pasal dia after sebulan kau kenal dia nih?”,soal Izzah lagi, soal cepumas yang aku rasa dah lama dia pendamkan.

”Biasalah, kasar macam tu juglah”.

”Oit, takkan macam tu je.Takkan tak ada sisi baik sikit pun.Cara kau jawab ni macam kau ada sorokkan something je dari aku.Kau dah tangkap cinta dengan dia yea?”,soalan Izzah membuatkan aku diam tak berkutik.

Izzah buat muka nakal.Bangga kononnya serkap jarang dia mengena.Tapi dia masih belum berpuas hati, dia mengasak mahu kepastian.Malas nak bercerita soal hati, pantas aku berlari keluar dengan alasan aku nak terkucil, ada lawatan ke rumah Cik Tan yang harus aku lakukan.

Izzah membentak tapi dia tetap tak berganjak.Masih setia menunggu jawapan dari aku.Aku yang tak terkata dengan tindakan dia.Habis la kena soal jap lagi!
-----------
Izzah menanti dengan senyuman nakal di bibirnya.Sebaik sahaja aku melangkah masuk, dia menayangkan telefon bimbit aku yang dah pun berada di tangannya.

”Salam.Nur, jangan lupa kasi Farah your phone no!Tq juga for your opinion about Ain.Really appreciate it.Mummy kirim salam.Kalau kau free Ahad ni,mummy ajak ke rumah.Selamat malam”.

Laju dan kuat Izzah membaca sms yang aku terima dari Faizal.Bagai sudah menjangka aku mahu merampas telefon bimbit kepunyaan aku,pegangan tangannya diperkuat.Aku mengalah.

”Bagus..ni yang aku suka bila kau tak melawan.Kau nak share yang mana dulu?Pasal Kuch Kuch Hotak Hang dekat jiran sebelah atau pasal sms yang baru sampai tadi?”,ugut Izzah, diberi kata dua kepada aku.

Aku tediam, memikirkan kewajaran aku bercerita.Tak mahu dan malas nak mencurahkan rasa hati.Silap haribulan, ada pula orang bocorkan dekat jiran sebelah sekejap lagi.Bukan boleh percaya sangat Minah Kepoh ni.Akhirnya, aku membuka cerita soal kejadian siang tadi.

”Ok..aku cerita one by one la..Pasal sms tadi.Farah tu adik Faizal, mummy tu mak dia dan Ain tu calon menantu pilihan family dia!”,jelasku tentang hubungan mereka dengan Faizal.Mata Izzah mencerlung memandang aku.Tak puas hati dengan penjelasan aku yang pendek.

”Asal lak adik dia nak no kau?Dia duk kata tq untuk pendapat kau apa cerita pula.Last but not least, apa kena mummy dia jemput kau datang rumah dia hujung minggu ni?.Jawab..jangan tak jawab”.Aku dah jadi Nas Ahmad ni.Terjah Huda Diyana",seloroh Izzah sambil ketawa.

”Aku pergi rumah dia tengahari tadi.Pastu..”.

”Ha, kau pergi rumah dia?”,sampuk Izzah sebelum habis aku bercerita.

”Aha..betul la aku pergi rumah dia.Aku pun tak tahu dia nak balik rumah.Masa ni lah aku jumpa mummy dia.Perempuan yang kita tuduh dia punya skandal tu.Dan kemungkinan perempuan yang kau tuduh ada affair dengan dia tu Farah ,adik dia”.

”Cop..betul ke weh?”,soal Izzah dengan muka tak percaya.

”Yup..betul.Malu gila aku rasa bila sampai tadi.Dia siap perli aku lagi.Mummy dia takkan balas baling high heels dekat aku.Mula-mula aku cuak juga la tapi bila dah kenal, she’s vey nice mother”.

”Aku tak kisah bab dia nice ke apa ke.Yang aku kisah kan apa hal dia jemput aku datang rumah dia Ahad ni.Jangan kata dia dah berkenan nak buat kau jadi menantu sudah la!”,ulas Izzah lagi.Aku tergelak kecil.
”Dia nak berguru dengan aku, masak sambal tumis tu.Katanya family dia teringat-ingat dekat sambal tumis masa aku masakkan pulut kuning aritu!”.

”Mak oi, siap nak berguru.Memang hebat la kau.Kagum sekejap aku.Kau boleh jadi menantu pilihan mentua nih.Kisah Ain tu apa pula kaitannya dengan kau”,tanya Izzah lagi.

”Aha, bab menantu pilihan tu tidaklah patik.Mana nak campak Syarifah AIn Batrisya yang cun melecun tuh!Erm, mummy dia aturkan makan tengahari tu sebab nak kenalkan dia dengan Ain la.Tapi kebetulan aku ada sama, dia ajak la aku sekali.Dia tanya pendapat aku, aku bagi pendapat .Tu aja..bukannya ada apa-apa pun.Kau tanya macam detektif tahu tak?Seram aku”,tempelakku.

Izzah tergelak mendengar ulasan aku.Disebabkan terlalu excited bertanya itu ini, tak sedar juga dia meletakkan telefon bimbit bersebelahan dengan aku.Pantas aku ambil dan simpan.Izzah menepuk dahi bila sedar kesilapannya.

”Alahai, tak habis aku korek rahsia kau macam ni.Takpe Uda, next tima aku tanya lagi.By the way, aku dah tahu apa perasaan kau pada dia walaupun kau tak bagi tahu.Sejak hari pertama kita pindah sini.”,ujar Izzah perlahan sebelum berlalu keluar dari bilik.

”Ha.!”,Aku terjerit kecil mendengar katanya.

”Kalau kau tak suka, takkan kau save sms dia kan?Takpe Uda, jangan risau aku akan simpan rahsia ni.Biar pecah di mulut jangan pecah di perut!”,katanya dengan gelak yang masih tersisa.

Aku mengejarnya tapi pantas juga dia berlari masuk ke biliknya.Akhirnya, aku berpatah balik ke bilik.Memikirkan kata-kata Izzah yang bersahaja,pening kepala aku dibuatnya.
Moral of story:jangan cuai bab hati dan perasaan ni.Kalau kantoi siapa yang susah, Cik Nurhuda Diyana juga.Kalau dia tahu, siapa yang malu.Bibi,anak Syed Hamdi juga.Aduhai!Jangan la di mulut tempayan pecah rahsia!Seram kalau tersebar berita.Tumbang aku nanti.Adeyh.
-------------
Salam.pasal kekonon nak buat manuskrip tu tak serius pun.Saya pun takde banyak masa nak menulis.Insyaallah, saya cuba postkan n3 tiap hari tapi tergantung saya sibuk ke tidak juga.Apa-apa pun, selamat membaca ke pada semua.Komen anda amat dialu-alukan.Terima kasih.

12 comments:

Liyana said...

waaa...makin lme makin best la cite ni...teruskan..teruskan...erm..ayat power dh xde n3 ke...???

Anonymous said...

bagus2..sbb sya pon da xsabaq nak bc citer nie..tetiapari tunggu

Sue said...

to writer,

thnks for tiz n3. betul! betul! betul! mmg tak sabar nk bace citer nih tetiap hari..

makin best la dik! tak sabar rasa nk tau apa reaksi faizal tuh biler dpt tau yg SNM dia tuh adalah Cik Huda.. hehehe...

ha-ra said...

huahuahua...izzah da taw...
faizal xrse nk ubh rse ati kea??

epy elina said...

hoohoho....
best2x....
gaizal akn sdr cntanya kat uda bila dia dah khlangan uda...
kdng2 ble kte sllau brgduh akn tmbul prsaan rnd n cnta...
smbung2x...

Anonymous said...

cite ni dh makin best..tp hope sgt cite ni xmenyerupai mne2 cite laen yg pernah dipublishkn..n to writer,menulis menulis jugak..tp study jgn tinggl wokey..chaiyookk
(^_^)v

~lawrian_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~ said...

tq 4 n3..

nice 1

raNt|ng pUtEh said...

nk post tiap2 ari??
wooo amatla bersetuju sgt..
dan sgtla xsbr menanti ksh slnjtnye..
smbg2

MaY_LiN said...

abis sudah..
ketahuan..

cik ian@aH Lian~ said...

keh keh,
susah juga bila
org pakat
jodoh menjodoh neh!

nunaaz said...

best la ari2 bkak blog nih ade je ntry bru~~truskn..tak saba nk tau camne diorg pnye luvstory nih...

Anonymous said...

huhuhu...pasal cite ccb ni aku terberagan2 nak cari no plat kete CCB tapi mlg nasib ku..abg ku yg wat kptsn dlm seme hal..so terima je...tuk docrock..gudluck n teruskan usaha...
nuyoi_noya