@rubiadaibrahim

Friday, January 29, 2010

CCB 22:Tekad & Nekad!


Bukan mudah menyembunyikan rahsia hati, tak mudah juga mempamerkan rasa gembira biarpun ada rasa walang yang datang.Sedaya upaya aku cuba memaniskan muka dan bergelak tawa bila Faizal bercerita soal Ain Batrisya yang sudah mencuri hatinya.

”Ain tak suka makan pedas.Kesian betul tengok dia macam kera kena belacan sebab tergigit cili semalam.Tapi aku suka tengok dia macam tu, makin cantik sebab muka dia yang putih tu bertukar warna pink”.

Faizal ketawa bila membayangkan gelagat Ain.Memang kecantikan Ain aku akui, tak ada sebutir jerawat, mahupun segaris parut di wajahnya.Cantik sungguh, senang mata memandang dan tenang hati bila terkenang.

”Kau tahu tak, aku makin semangat nak kerja sejak kenal dia ni.Sekarang ni, aku nak jimat-cermat belanja.Malas dah nak bazirkan duit fikir pasal motor, baik simpan duit untuk menikah dan masa depan aku.Aku ingat nak beli rumah la, yelah kan takkan lepas kahwin aku nak duduk dengan family aku lagi.Paling-paling kena la duduk rumah sendiri, baru la ada privacy”,luah Faizal kali ketiga dia pulang dari bertemu Ain.

Aku sekadar tersenyum sumbing dengan ceritanya.Dia makin rajin dan bersemangat, itu memang aku akui.Kalau dulu segala kerja yang remeh diserahkan kepada aku untuk diselesaikan tapi kini tidak lagi.Dia sendiri yang menyelesaikan kerja-kerja yang dirasakan tanggungjawabnya.Bila aku tanyakan kenapa, jawapannya jelas membuktikan dia mahu melatih diri menjadi bakal suami dan bapa yang terbaik.Tidak mengabaikan tanggungjawab walaupun dalam hal yang kecil dan remeh-temeh.

”Kau tak suka ke aku jadi lebih baik Nur?Kerja kau pun makin sikit, tak payah pening kepala sangat fikir pasal projek tu”.
Pantas aku menggeleng.Orang berubah kepada lebih baik, takkan la rasa suka tak ada.Malah aku lebih senang dengan sikapnya yang lebih bertanggungjawab sekarang.

”Aku kena belajar erti tanggungjawab.Nak jadi pemimpin keluarga ni bukan macam petik jari.Aku bimbang kalau aku tak mampu jadi suami yang baik.So, aku kena perhatikan semua aspek la dari sekarang.Sebab bak kata Ain, lelaki ni suka abaikan perkara kecil yang mana perempuan rasa benda tu sangat berpengaruh dalam hidup.Aku tak mahu jadi lelaki macam tu.Kalau boleh aku nak jadi, the best for her and my future family”,jelasnya panjang lebar.

Ya, belajar erti tanggungjawab dari sekarang sebagai permulaan melatih dia jadi ketua keluarga.Kalau perempuan dikerah ke dapur sebelum kahwin, Faizal juga harus melalui latihan yang hampir serupa.Faizal cuba berlembut dengan perempuan dan lebih memahami sifat seorang perempuan yang kadangkala tidak dimengertikan.

”Perempuan ni memang kompleks.Susah juga nak tahu apa yang Ain rasa.Kau tahu la kan, dia tu macammana.Kalau pun dia suka, dia takkan cakap.Kalau pun dia terasa hati, dia buat muka selamba juga.Takkan terang-terangan dia declare rasa hati dia.Mujur ada Farah, boleh jugalah aku pujuk kalau dia terasa dengan mulut tak berinsurans aku ni”,luah Faizal dengan sikap Ain.

Kalau Ain bijak menyembunyikan rasa hatinya, rasanya dia tak setanding aku.Kerana aku masih mampu tersenyum manis, tergelak riang dan menghulurkan pendapat biarpun di hati ada rasa sedih yang makin hari makin menumpuk.Sedih dalam gembira dengan tekad Faizal untuk lebih memahami perempuan.Gembira bila Faizal tak lagi menghamburkan kata-kata perli dan berbaur sinis kepada aku.Namun rasa sedih mengasak bila teringatkan aku bukanlah perempuan yang dipilih olehnya.Perubahan sikapnya kepada aku hanya sementara dan Ainlah yang akan dilayan dengan baik untuk selamanya.

”Kau pula tak ada story best ke?Asik aku je yang bercerita pasal aku.Erm, kau tak ada someone special ke Nur?Arun mungkin”,tanyanya setelah habis dia berkisah soalnya dan Ain.

Aku tergelak.Seribu kali pun nak bergosip, janganlah dipadankan dengan Arun.Tak la teruk sangat taste aku!

”So, kau single-mingle lagi la ye?Tapi aku memang tak pelik pun.Kalau kau couple tu yang aku pelik.Yelah kan, dengan perangai kau yang kasar dan suka melawan ni, pelik kalau ada lelaki yang suka.Kalau lelaki yang jatuh cinta dengan kau tu confirm rabun.Kesian betul dekat dia kena bertahan dengan perangai kau yang teruk tu”,balasnya dengan deraian ketawa.

Aku gigit bibir.Sungguh, aku terasa dan jauh hati dengan apa yang dia katakan.Biarpun ada benarnya, tapi dia tak sepatutnya menilai aku sebegitu.Sebagai seorang perempuan, aku juga punya naluri untuk dikasihi dan disayangi.

Kerana katanya yang aku rasakan terlalu menghiris hati, aku mengambil sikap berdiam diri.Cerita dari Faizal aku buat-buat tak dengar, bila dia bertanyakan pendapat aku, aku hanya angkat bahu. Faizal juga mengambil sikap yang serupa, dia tak lagi bercerita dan tiada lagi sindirannya.Sejak itu tiada lagi pertengkaran antara kami, tiada lagi gelak tawa mengenakan satu sama lain dan hanya kesunyian yang menyelubungi.Aku dengan dunia aku dan Faizal dengan dunia barunya, Ain yang jadi prioritinya kini.
------------------
Telekung di kepala aku tanggalkan, dilipat dan diletakkan di rak bersebelahan cermin.Surau JKR sudah sunyi dan hanya aku yang masih di situ, orang terakhir yang menunaikan Asar lewat petang ini.

”Uisyh, lamanya tengok cermin.Mujur tak retak seribu”, suara yang berkumandang di pintu mengejutkan aku.

Kak Nasya tersenyum manis sedangkan aku mengurut dada.Terkejut benar dengan kedatangan Kak Nasya yang tak aku duga.Seingat aku, Kak Nasya dah selesai menunaikan solat ketika aku masuk sebentar tadi.Tak menyangka pula dia berpatah semula ke surau untuk bertemu dengan aku.

”Akak..terkejut saya.Mujur takde sakit jantung, kalau tidak gol dah!”,luahku.

Kak Nasya ketawa mengekek.Melihat aku berjalan mahu keluar, dia menahan aku di pintu surau.

”Uda lepas ni terus balik ke?”,soal Kak Nasya.Aku pantas mengangguk.

”Balik ke mana?Rumah sewa atau rumah walid Uda?”.

Soalan Kak Nasya sekali lagi mengejutkan aku.Kak Nasya ketawa lebih kuat melihatkan reaksi aku.

”Rileks la Uda,akak tak akan bocorkan dekat Faizal.Tapi akak nak tanya benda lain sebenarnya.Boleh tak?”, ujar Kak Nasya sambil menepuk bahuku.

Tiada reaksi dari aku tapi Kak Nasya terus mengemukakan persoalan.Persoalan yang sudah aku jangkakan sejak perang dingin melanda ruangan kerja aku dan Faizal dua hari yang lalu.

”Uda dengan Faizal perang pasal apa sampai sunyi sepi macam tu sekali?Tak seronok la bila korang buat hal sendiri macam ni.Nak kerja pun tak best”,luah Kak Nasya.

”Tak ada apa-apa la akak.Sekali-sekala diam sikit apa salahnya kan.Tenang sikit JKR ni,aman sentosa”,dalih aku.

”Isk, diam tu ok.Tapi kalau seorang ke kutub utara, seorang ke kutub selatan tu memang pelik.Ape kes sebenarnya, cuba story dekat akak?”.

Lama aku berdiam diri, memikirkan kewajaran aku bercerita soal aku terasa hati dengan kata-katanya.Akhirnya, aku mengemukan alasan lain.Tak patut rasanya aku melibatkan Kak Nasya dalam hal ini.

”Takde apa pun.Akak pun kenal dia macammana.Just tak tahan dengan mulut dia je.Lagipun saya nak datang bulan ni, tu yang terasa hati sikit.Akak tak payah risau la,everything is under control.Tak lama lagi kami berbaik la semula”.

Mencerlung matanya memandang aku, tak berpuas hati dengan jawapan tersebut.Malas nak memanjangkan cerita dan bicara, aku mengajak Kak Nasya pulang.Walaupun tak berpuas hati, Kak Nasya tetap beriringan denganku meninggalkan surau.
--------------
Aku terkejut bukan kepalang bila melihat Farah duduk di kerusi Faizal sebaik sahaja aku melangkah ke dalam bilik.Melihat muka aku yang macam nampak hantu, Farah mentertawakan aku.

”Ni Farah la Nur.Bukannya syaitan atau Hantu!Jangan la terkejut sampai buntang mata.Buat-buat biasa sudah la”,tempelak Farah sambil melangkah ke arahku.

”Ok, dah hilang dah rasa terkejut.So, Farah ke sini nak jumpa Encik Faizal ke?Dia dah balik tadi!”,balasku sambil mengemas barang-barang yang berselerak dia atas meja.

”Farah tahu sebab abang suruh Farah datang sini hantarkan Ain tadi.Farah tunggu ni sebab nak jumpa dengan Nur la!Terharu tak selebriti datang jumpa peminat?”,soal Farah dalam gurauannya.

Aku melemparkan senyuman kepada Farah.Faham benar dengan sikapnya yang satu itu, bergurau tak kira waktu.

”Nak jumpa saya?Kenapa pula?”.

”Yelah.Orang sms bukannya dibalas.Nak ajak keluar pun tak mahu.Sibuk dengan kerja memanjang.Kalau Farah dah datang sini, nak tak nak Nur kena ikut la Farah keluar malam ni.Glamour ni, Farah Brep Brep buat appointment lagi nak jumpa Nur?So, hari ni no more excuse.Nur temankan Farah shopping ye?”,jelas Farah maksud kedatangannya lewat petang ini.

”Nak temankan shopping?Malam ni tak boleh la Farah.Ada hal sikit”,dalihku kerana aku sudah berjanji dengan opah untuk pulang ke rumah Walid malam ni.

”Hal apa tu?Boleh Farah tahu.”,soal Farah lagi.Masih berharap aku sudi menemaninya.

”Erm...hal tak berapa penting pun.Ok la kalau macam tu.Tapi sekejap jelah ye sebab saya ada janji malam ni.Sebelum pukul 9, Farah kena hantarkan saya balik rumah.Kalau tak, memang saya tak boleh ikut la”.

Akhirnya aku menuruti permintaannya dengan bersyarat.Reaksi Farah sudah aku duga,dia menjerit riang dan serentak dia mengganding tangan aku ke keretanya.
------------
”Salam.Abang Wan, Bibi kena temankan kawan malam ni.Bibi tak sure lagi dapat balik sana atau tidak.Tapi kalau jadi, before kol 8 ni Bibi sms semula.So sorry.Sampaikan sorry dan salam Bibi untuk semua.”.

Sms aku kirim kepada Abang Wan, memaklumkan keberadaan aku yang terpaksa memungkiri janji aku.Tersepit sebenarnya dengan kedatangan Farah yang tak aku duga.Walaupun Farah ada mengajak aku keluar sebelumnya, berbagai alasan aku kemukakan.

Alasan sakit, banyak kerja dan keletihan bukanlah menyebab utama aku menolak ajakan Farah.Ada satu hal yang menyebabkan aku kurang senang dengannya.Kerana Ain yang sentias ada dan Faizal yang tak pernah lekang dari menemani Ain.Pastinya, aku tak sanggup melihat kemesraan mereka walaupun aku cuba tegarkan hati.Tapi melihat kesungguhan Farah mahu berteman dengan aku hingga datang ke pejabat JKR, akhirnya aku mengalah.Tak baik mengecewakan orang yang sudi menghulurkan salam persahabatan.

Sms dari Abang Wan aku terima tak lama kemudian.

”Wslm.Ok.Tapi Bibi kena balik juga minggu ni, ibu ajak bakal kakak ipar Bibi datang rumah.Boleh kenal dengan dia.Btw, opah, ibu, walid kirim salam balik”.

Aku menjawab salam mereka tapi tercetus pula rasa ingin bergurau dengan abang Wan.Pantas aku kirim balasan sms untuknya.
”Waalaikummussalam.Kirim salam balik.Luv you all so much!Nanti Bibi balik ok.Tunggu!”.

Bila sms dari abang Wan aku terima sekali lagi, aku tergelak kecil.Pening agaknya dia melayan gelagat aku.

”Semua kat sini kata Sayang bibi juga dan kirim salam for 2nd time.Bibi jangan nak kirim salam semula.Sudah la tu kirim salamnya.Pening dah abang Wan jadi posmen nih.Ok la, jangan lupa jalan balik sini.Take care my dear.Wslm”.

Aku memasukkan handphone ke dalam beg sandang di atas riba.Gelagat aku dipandang penuh minat oleh Farah.

”Boyfriend kirim sms ke Nur?Happy je dapat sms!”,komen Farah.

”Takdelah.Abang saya la Farah.Kalau bab boyfren tu tak berminat la sekarang ni.Ramai sangat yang berperangai buaya fren dari yang ikhlas nak berkawan dengan kita.Lagipun orang yang kasar dan ganas macam saya ni siapalah nak?’,ujarku merendah diri.

Entah kenapa, saat itu kata-kata Faizal terngiang-ngiang di telinga.Dan aku memang sedar hakikat itu, kalau aku buat promosi pun belum tentu ada yang nak berkenalan.
”Isk, tak baik cakap macam tu.Bukannya tak ada, tapi belum sampai masa lagi tu.Bab jodoh ni Nur sangat risau, bila dah sampai seru ada la nanti.Macam abang tu,bila dah jumpa Ain hilang terus nama anak Tuan Syed Hamdi tu.Dulu yakin betul jodoh dia dengan Syarifah No Name, sekali bila jumpa Ain dah tak terkata.Jatuh cinta pandang pertama lagi”,pujuk Farah dengan mengisahkan perihal Faizal kepada aku.

Ya, benar katanya, kehadiran Syarifah Ain Batrisya menghilangkan keyakinan Faizal akan jodohnya dengan Syarifah No Name.Syarifah Ain Batrisya telah mengambil tempat teratas di hatinya dan tak mungkin carta tersebut dirampas kembali oleh Syarifah No Name yang sudah lama dekat dengannya.Syarifah No Name dengan identiti berbeza dan orang itu adalah aku.Mana mungkin Faizal suka kepada aku.

”Kalau SNM yang you maksudkan tu Nur, baik i membujang sampai tua.Tak sanggup i bayangkan i kalau berlawan cakap setiap hari.Botak kepala den!”.

Kata-katanya melintas di fikiran, ada rasa sebak yang datang dan mencengkam sudut hati.Aku pejamkan mata, mengharap bayangan dan kata-katanya segera berlalu.

”Nur, kenapa?Pening kepala ke?Kalau tak sihat, Farah hantar balik rumah.Kita keluar lain kali”,suara Farah yang
lembut menampar telinga.Pandangan cemasnya dilemparkan.

”Eh, takde la.Sengaja pejamkan mata, membayangkan Mr.Right saya.Kot-kot la dapat petunjuk, lepas ni terus terjah je.Senang cerita”,Gurauan aku disambut tawa Farah.

Dia menggelengkan kepala sebelum meluahkan pandangan dan berkongsi cerita lagi.Aku mendengar penuh minat kerana ianya berkaitan dengan Faizal dan SNMnya.SNM yang tak diketahui dimana hingga saat ini.

”Kalau nak tahu, abang Farah ni memang pelik sikit.Ada ke patut dia jatuh cinta dekat SNM sebab tengok gambar masa umur 3 tahun.Memang tak boleh diterima akal.Pastu dengan yakinnya kata dekat mummy dia akan tunggu SNM dia sampai bila-bila.Memang macam-macam cara la abang buat sebab nak cari SNM dia tu, tapi malangnya sampai hari ni dia tak jumpa juga.Disebabkan mummy dah lama geram dengan perangai dia, mummy paksa la dia jumpa Ain.Lagipun Farah memang berkenan dengan Ain tu, sejak dari Farah study lagi.Ain pun suka dekat dia.Ain tu memang sesuai la nak jinakkan abang.Kalau dapat isteri perangai macam kita ni, makin ego dan keras kepala la dia jawabnya”,jelas Farah panjang lebar.

Aku sekadar mendengar dan mencerna cerita Farah.Kerana hal yang dimaklumkan Farah sudah diceritakan Faizal di pejabat.Kisah yang sama dan pendapat mereka yang serupa.Faizal perlukan perempuan lemah lembut dan baik untuk mengubah sikapnya, bukan sifat yang sama dan keras kepala.Dalam diam, aku sedar hal itu.Ya, Ain yang lebih layak.Bukan aku.

”Tapi kan, masa abang dah kantoi dengan mummy yang SNM tu tak wujud aritu, dia sebut nama Nur tahu tak?”,tambah Farah lagi.Aku tercengang mendengarnya, perhatian aku alihkan kepada Farah yang memandu.

”Dia kata dekat mummy, dia rela lagi ambil Nur jadi isteri dia dari jumpa Ain.Sebab tulah kot dia ajak Nur datang rumah makan tengahari aritu, nak selamatkan diri punya pasal.Sekali kena penangan Ain, terus lupa dunia.Selamat hidup Nur dari bersuamikan mamat tak berinsurans tu”,jelas Farah.

Aku buat-buat ketawa walaupun ada rasa lain yang singgah di hati.Faizal fikirkan aku untuk menyelamatkan diri dari dipaksa oleh mummynya.Bingung sungguh aku rasakan bila mengetahu keadaannya sebegitu.Tambah berbelah bahagi rasa hati bila Farah meneruskan kata.

”Tapi apa-apa pun, mummy berkenan dengan dua-dua perempuan yang dekat dengan abang sekarang ni.Kalau Nur mummy suka sebab rajin dan pandai ambil hati dia,Ain pula mummy suka sebab cantik dan lemah lembut.2, 3 hari lepas kalau tak silap, mummy kata dekat Farah dia harap sangat dia nak jadikan Nur menantu dia kalau dia anak lelaki lagi sorang.Pastu, Nur tahu apa abang kata?”,soal Farah kepada aku.

”Let me guess.Mesti dia kata suruh mummy Farah beranak lagi ni?Tak pun dia suruh ambil anak lelaki yang dah besar”.

Tekaan aku semuanya dibalas dengan gelengan.Bila Farah membalas dengan stail Faizal bercakap, aku tergamam.

”Ala,abang nikah je dengan Ain dan Nur sekali mummy.Apa salahnya beristeri dua kan.Mummy automatik dapat 2 menantu perempuan, satu yang lemah gemalai, satu lagi otaknya otai!”.

Farah tergelak selesai dia bercerita.Aku terdiam seribu bahasa.Faizal ni memang gila, kalau pun nak bergurau, bukan itu caranya.Sebab kata-kata tersebut mengundang rasa tak senang di hati dan dapat aku rasakan rasa tak tenang menyelubngi hidup aku!Ya Allah, jauhkan la gurauan tu dari jadi kenyataan.Seribu kali aku suka, menghancurkan hubungan orang bukanlah caranya.Itu prinsip aku,tak akan sesekali jadi orang ketiga.Tekad & Nekad.
-----------------
Umpama YB melawat kawasan.Itulah yang dapat aku simpulkan dari perangai Farah bila dah menjejakkan kaki di Plaza Metro Kajang.Semua kedai dijengah walaupun akhirnya dia keluar dengan tangan kosong.

”Penat kan Nur melayan Farah.Sebenarnya Farah tujuan utama Farah datang sini sebab nak beli baju ala-ala muslimah.Sekali ralit pula dengan benda-benda tak berfaedah ni.Abang kata Nur tahu sikit bab-bab gaya ala-ala perempuan Melayu terakhir ni.Boleh kan Nur tolong Farah”,ujar Farah sebaik sahaja kami melangkah masuk ke Butik Busana Muslimah.

Senyuman manis aku lemparkan.Penat memang penat.Dah jadi penyakit anak-anak orang kaya suka berhabis duit.Termasuklah adik Faizal ni.Mujur la aku tak dididik macam dia orang ni, kalau tidak pokai aku.

”Abang paksa Farah ubah stail pakaian.Katanya tak perlu nak bangga tayang body sana sini.Disebabkan dia dah terima Ain, dia kata Farah pun kena berubah macam Ain.No more body shirt, no more skinny and no more selendang Mak Datin”,ajuk Farah dengan gaya abangnya.

Aku tergelak kecil.Farah menggayakan jubah seluar warna purple lembut di depan aku.Aku menunjukkan ibu jari kepadanya sambil tangan aku sibuk mencari tudung corak abstak untuk dipadankan.Farah ralit memerhatikan aku.

”Baju perempuan ni berlambak dekat pasaran tapi juga nak dibeli.Kadang-kadang baju dah cantik, tak ada pula tudung yang marching.Tudung cantik, tak tahu pula nak gayakan dengan baju mana.Ha..mujur jumpa tudung yang padan.Pergi try, excited pula nak tengok Farah new version”,selorohku sambil mengarahkan Farah ke fitting room.

Sementara menunggu Farah keluar menggayakan baju, aku mengambil kesempatan melihat satu persatu baju yang digantung.Memang cantik tapi harganya boleh tahan juga cantinya.Kalau begini la gayanya, memang makan maggi jelah habis bulan.Tak sanggup aku jadi Pokai kerana baju sepasang.

”Takkan tengok je.Cantik semua fesyen yang ada ni.Model terbaru lagi.Tak berkenan ke Cik Adik manis?”,sapa satu suara dari belakang aku.

Ada pula promoter yang perasan dengan gelagat aku.Aku tak memperdulikan tegurannya, aku terus melihat satu persatu baju yang ada.Walaupun aku berkenan dengan baju biru laut yang digantung dekat pintu masuk, nak membelinya mana lah aku mampu.Akhirnya, aku mengambil duduk di kerusi bersebelahan fitiing room.Menunggu Farah dengan gaya barunya.

Farah melangkah keluar.Aku bersorak riang.Memang cantik benar dia dengan pakaian busana tersebut.Tapi belum sempat aku memberi komen, ada tepukan gemuruh dari arah belakang aku.Kenyitan mata Farah menarik perhatian aku untuk perpaling.Terkejut bukan kepalang bila sosok Faizal dan Ain tersenyum manis kepada kepada aku.Lebih terkejut lagi bila Faizal melemparkan kata penuh kontroversi yang tak pernah aku jangkakan.

”See, betul kan apa abang kata.Your 2nd sis in low ni memang terror bab-bab pilih baju untuk adik ipar dia!”So, Nur boleh pilihkan baju untuk bakal madu tak?”.

Tanpa sedar, laju tangan aku menghayunkan beg sandang ke badan Faizal.Faizal menjerit kesakitan.Entah dirasuk apa, laju juga kaki aku melangkah meninggalkan mereka.Walaupun jeritan Farah memanggil aku jelas kedengaran, aku tak peduli.Aku tekad & nekad tak mahu lagi meluangkan masa dengan mereka.Cukuplah sampai di sini!

10 comments:

ha-ra said...

adus faizal...
jgn la ckp cam 2...
hal madu2 ni snsitif!!!

itu_aku +_^ said...

ahahahaha....

faizal ni la..

suka wat nur sentap seyyy...

nk scene faizal pujuk nur..

bile faizal nk tau nur ni SNM?

Anonymous said...

kalu aku, aku pukul faizal tu dgn beg kat MUKA dia..biar dia rs..igt nur tu ape nk gurau menda cam tu...

jj said...

mmg patut faizal kena pukul.. ada ke patut dia ckp cam2,alahai siannya nur...
x ler letak 2 n3 sekaligus ke makin tak sabar nie nak tau cite selanjutnya

epy elina said...

hhohohoho...
kurang asam la faizal ni....
kan bgus kta2 dia memkan diri sndiri
Kalau lelaki yang jatuh cinta dengan kau tu confirm rabun....
hrp2 bila dia sdr dia cntkn uda tp dah trlmbt...
x adilla llki cuma ssorg, try wujudkn 1 wtak llki...
mcm la faizal 2 baik sngt smp nak dua isteri...
smbung2x...

Anonymous said...

nur wat cmtu nnt obvious la die suke kt c faizal tu..isk3..lepax sudehhh~~~ntah nape aq cm dpt feel yg c ain tu akn di'meninggal'kn..huhu.tlg la jgn wat cite cmtu..ke aq jerk yg rse terlebih..muahaha (^_^)v

raNt|ng pUtEh said...

sengetla faizal nih..
tau x kate2 de 2 mmg mncengkam bis??..nk ckp pn agk2 la..
jiwa pmpn nih sensitif woooo..

bile ejai nk tau spe SNM 2 sbnrnye??

MaY_LiN said...

sedihnyeeee...
jahatla faizal ni..

Anonymous said...

patutnya cepuk si faizal tu ngn high heel..baru otak dia btl skit..mulut tak de insuran tul..

Anonymous said...

smbung cpt skit ye,,,hehe