@rubiadaibrahim

Sunday, January 31, 2010

CCB 23:Rajuk & Pujuk



Langkah aku terhenti bila tubuh Faizal menghalangi jalanku.Dia tegak didepan aku dengan mukanya yang bersalah.Aku bergerak ke kanan sebelum melangkah laju.Dia mengekori langkah aku tapi tak ada sepatah kata pun yang terkeluar.Dia diam seribu bahasa, sama seperti aku.Cuma matanya memerhatikan gerak aku dan dia berjalan beriringan dengan aku.
Bila aku melangkah keluar dari kompleks membeli belah tersebut, laju Faizal memintas pergerakan aku.Aku memandangnya geram.
”Encik Faizal, please!Saya nak balik,jangan halang saya”,tegas aku mengarahkannya supaya bergerak ketepi.
Tak setapak pun dia berganjak dari tempatnya berdiri.Dia masih di situ, memandang aku dengan raut bersalah dan mengharap aku mendengar katanya.
”Nur, aku minta maaf.Aku gurau je tadi.Jangan la buat macam ni.Kesian dekat Farah.Tak pasal-pasal dia rasa bersalah.Kalau nak marah, marah je dekat aku”,perlahan Faizal menuturkan kata.
Aku tergelak.Baru sekarang dia sedar kata-katanya pedas, kenapa tidak tadi.Inilah manusia, tak pernah nak fikir baik buruk bila bercakap.Main terjah je.
”Please Nur.Kalau kau tak maafkan aku, tak tenang hidup aku.Kau tahu kan mulut aku ni memang jahat.Tak ada insurans.Tapi, sekali lagi aku minta maaf.Please, maafkan aku,”Faizal bersuara lagi.Lebih perlahan dan penuh mengharap.
”Ooo, Encik Faizal tahu apa yang Encik Faizal cakap tu salah!Ingatkan tak tahu.Ok Encik Faizal, saya dah maafkan apa yang Encik Faizal cakap tadi.Walaupun saya ni kasar, keras kepala saya bukan perempuan murah yang Encik Faizal boleh jadikan bahan gurauan dan gelak ketawa.Seribu kali takde orang nak dekat saya, saya lebih rela jadi andartu dari hidup bermadu.Itu Encik Faizal kena tahu tu.Saya dah maafkan Encik Faizal, sekarang ni tolong alih tangan Encik Faizal sebab saya nak balik.Sampaikan salam dan maaf saya kepada Farah sebab tak dapat temankan dia hari ni dan tak mampu jadi kawan terbaik untuk dia.Selamat malam.Assalamualaikum”.
Faizal menggigit bibirnya, dia mengalah akhirnya.Tangannya dialihkan, aku melangkah laju.Dia tetap mengekori langkah aku.Bila teksi berhenti di depan aku, pantas juga Faizal membuka pintu.Aku memboloskan diri dan teksi laju meninggalkan Faizal.Dari ekor mata, aku nampak Faizal masih berdiri di situ dan matanya tetap memerhatikan teksi yang membawa aku pergi.
--------------
Sudah lama aku bertahan dengan sikap Faizal.Mulutnya ikut sedap nak mengata dan mengutuk aku.Aku jarang melemparkan senyuman, dikatakan aku cemberut macam janda beranak dua.Malas nak memanjang cerita, aku akhirnya mengubah sikap kepada yang lebih baik.Senyuman aku ukirkan lebar-lebar setiap kali datang ke pejabat selepas itu.Tapi masih ada yang mengundang kutukan dia.

”So, kau single-mingle lagi la ye?Tapi aku memang tak pelik pun.Kalau kau couple tu yang aku pelik.Yelah kan, dengan perangai kau yang kasar dan suka melawan ni, pelik kalau ada lelaki yang suka.Kalau lelaki yang tangkap cintan dengan kau tu confirm rabun.Kesian betul dekat dia kena bertahan dengan perangai kau yang teruk tu”,balasnya dengan deraian ketawa”.
Geram rasanya dengan komennya yang aku rasakan terlalu berlebihan.Kalau pun aku bukan perempuan yang disukainya,dia tak perlu mengutuk orang yang menyukai aku rabun dan tak pandai memilih.Kononnya dialah yang tidak rabun kerana memilih perempuan cantik dan lemah lembut seperti Ain sebagai calon isteri.Tapi sungguh pun dia bertuah, aku tak perlukan pandangannya yang begitu.

”Ain yang cantik, Ain yang baik, Ain yang menarik”.
Itu penegasan kata-katanya.Tapi aku sedar semuanya benar.Sedangkan aku...siapa aku pada pandangannya?
”Nur yang ganas, Nur buat hidup aku panas, Nur buruk macam rupa buah nanas”.
Ya, yang buruk semuanya ada pada aku.Tapi kenapa dulu aku tegar menerima kutukan dia.Kalau seteruk mana pun dia mengata, aku masih bertahan dan mampu melawan.Tapi sekarang tidak lagi,segalanya berubah.
”See, betul kan apa abang kata.Your 2nd sis in low ni memang terror bab-bab pilih baju untuk adik ipar dia!”So, Nur boleh pilihkan baju untuk bakal madu tak?”.
Gurauannya aku rasakan bukan lagi gurauan.Satu sindiran pedas yang aku tak mampu terima dengan hati terbuka.Kalaulah dia tak melemparkan kata sedemikian, aku fikir aku masih mampu berseloroh dengannya.Mungkin saat ini aku masih mampu memberikan pandangan pada setiap pertanyaannya yang mahukan pendapat aku, masih mampu tersenyum pada setiap rungutannya.
Sejak perkenalan dia dengan Ain, aku rasakan terlalu rendah diri atas segala pandangannya.Aku tak mampu lagi mengawal diri sendiri dan meletus hari ini.Salah ke perlakuan aku sebentar tadi?Tapi rasanya aku tak perlu begitu kerana aku sendiri tak mahu dia tahu siapa aku sebenarnya.
Jadi siapa yang harus dipersalahkan.Aku? Biarlah siapa pun, yang aku tahu Cuma satu.Aku perlukan ketenangan setelah sehari bekerja jadi arah tujuan aku Cuma satu.Rumah yang sentiasa sudi menerima aku dan membuatkan aku rasa disayangi setiap waktu.Rumah Tuan Syed Hamdi!
--------------
”Pak cik, hantarkan saya ke Shah Alam ya”.

Pemandu teksi berkenaan terkejut bila aku memaklumkan destinasi yang aku tuju.Tapi ayat yang meluncur laju dari mulutnya membuatkan aku terpana.


”Gaduh lagi dengan suami lagi ye nak?Hidup rumah tangga ni memang kena banyak sabar.Kalau tidak, macam nilah.Seorang ke utara , seorang lagi ke selatan”, ujar pemandu teksi tadi bersahaja

.
Aku terdiam seribu bahasa dengan komennya.Pelik juga dengan kata-katanya.Belum sempat aku bertanya siapa dia, dia pantas memperkenalkan diri.

”Pak Cik pernah jumpa anak berdua sebelum ni.Dekat Taman Muhibbah.Anakkan yang beli barang banyak nak buat kenduri tu.Balik rumah, suami tunggu depan pintu pagar tapi tak tolong pun awak”.
Penjelasannya mengingatkan aku pada insiden 3 bulan, peristiwa sambutan hari lahir Linda yang mengundang pergaduhan antara kami.Pergaduhan disebabkan tumpahnya Minyak Cap Buruh di bajunya dan pemandu teksi yang menghantar aku menyangka Faizal adalah suami aku.Ah, kelakar juga bila dikenang.

”Pak cik ke?Maaflah, saya tak perasan.Tapi sebenarnya, dia tu bukan suami saya pakcik.Jiran sebelah rumah saya”,balasku, penjelaskan keadaan yang sebenar kepadanya.












Pemandu teksi tersebut menepuk kepala.Sedar kesilapannya menegur aku supaya bersabar dengan Faizal sebelumnya.Tak pasal-pasal, aku dapat ceramah free aritu.Faizal punya pasal lah.Geramnya!
”Oh, macam tu.Maaf ye nak, salah sangka dengan anak.Panggil Pak Rahman je..anak siapa nama?”, soalnya kepada aku.
Dia memohon maaf atas kesilapannya tempoh hari.Pantas aku menggeleng.Bukan salahnya menyangka begitu.Kalau siapa pun melihat kejadian tempoh hari akan menyangka sedemikian.Kisah suami marah pada isteri kerana membasuh pakainya tak bersih.Baju putih hilang putihnya kerana tumpahan minyak dan mengundang pergaduhan dalam rumah tangga.Kisah penuh gelak tawa kalau dikenang.
”Huda Diyana , Pak Rahman.Panggil Huda je”,ujarku, menyambut salam perkenalan yang dihulurkan olehnya.
”Maaf ye Uda.Kalau boleh tahu, Shah Alam nak ke mana?”.
Soalan itu sudah aku jangkakan.Mungkin dia pelik aku tak pulang ke rumah di Taman Muhibbah.Tapi sebaliknya, melencong ke tempat lain.
”Nak ke rumah Walid saya.Al-maklum la, cuti hujung minggu ni jelah nak bermanja.Nak hilangkan stress bekerja Pak Rahman”,jelasku.
”Biasalah nak,nama pun kerja.Kalau tak mahu stress, kena tanamkan rasa suka dekat kerja yang kita buat tu.Macam Pak Rahman sendiri.Walaupun kerja bawa teksi ni duitnya tak seberapa tapi Pak Rahman tanamkan rasa suka.Sebab dengan bawa teksi ni, Pak Rahman boleh pergi banyak tempat dan kenal macam-macam perwatakan manusia”,tambahnya.
Aku menganggukkan kepala, benar katanya.Tapi ada satu hal yang mencuit hati, lantas aku tanyakan Pak Rahman pendapatnya tentang manusia yang ditemui saat ini.Siapa lagi kalau bukan aku.
”Ragam saya pula macam mana Pak Rahman?Pak Rahman rasa saya ni jenis orang macammana?”,soalku kepadanya.
Pak Rahman tergelak kecil sebelum mengemukakan jawapan dan pandangan.
”Ni pandangan Pak Rahman la.Tak tahu la benar ke tidak ye.Kalau benar, kira pandai la Pak Rahman ni.Kalau betul, maafkan Pak Rahman.Anggaplah Pak Rahman bergurau ye Uda”, seloroh Pak Rahman sebelum menyambung kata.Seakan dia memohon izin aku terlebih dahulu sebelum mengemukan pandangan.Bila aku tersenyum manis, barulah dia berbicara semula.
”Pak Rahman rasa Uda ni anak manja.Tapi kadang-kadang keras kepala dan sentiasa nak menang.Boleh dikatakan Uda ni tegas dalam setiap tindakan dan ikut kepala sendiri.Apa lagi ye Pak Rahman tahu.Uda ni suka merajuk dan sukar dipujuk”.
Aku tergelak,boleh dikatakan pendapatnya hampir 90% benar.Bila dia menyambung bicara, aku tergelak kuat.Ah, memang dia pemerhati bebas terbaik yang aku kenal.
”Ha, lagi satu Uda ni pandai masak dan tak mengira bila berbelanja.Kalau dia memborong barang, dia tak ingat dunia dah.Berat jugalah teksi hantar dia dengan barang-barang ke rumah”,seloroh Pak Rahman.
”Pastu dah la barang banyak, balik rumah ada pemandu teksi salah sangka pula..Aduhai, tak pasal-pasal saya dapat ceramah free rumahtangga aritu”,balasku.
Pak Rahman ketawa bila teringatkan kejadian itu.Sekali lagi dia memohon maaf.Kami berborak panjang dalam perjalanan ke Shah Alam.Tapi bila dia mahu mengulas soal Faizal, aku pantas berdalih.
”Pasal suami tipu saya tu Pak Rahman tak perlu ulas sebab saya dah terlebih kenal dia.Dia tu supervisor saya dekat JKR.Saya dah dapat agak apa yang Pak Rahman nak kata tentang dia”.
Pak Rahman tergelak.Bila Pak Rahman melihat aku tak mahu bercerita soal Faizal, akhirnya dia bercerita soal dia.Pengalaman menjadi memandu teksi sejak 20 tahun lalu banyak mengajarnya erti kehidupan.Tak kurang juga dia menasihati aku supaya bersabar menghadapi karenah setiap orang yang aku temui.Macam tahu pula Pak Rahman ni perangai aku yang tak sabar dengan mulut laser Faizal tadi.Bila melihat aku tak mendengar bicaranya, akhirnya Pak Rahman mendiamkan diri.Aku mengelamun sendiri.Jauh hinggalah teksinya berhenti betul-betul di rumah Walid.
Wang RM50 aku hulurkan kepadanya.
”Terima kasih Pak Rahman sebab hantarkan saya ke sini.Insyaallah, saya akan ingat pesanan Pak Rahman.Terima kasih sekali lagi”,ucapku sebelum melangkah turun.
Pak Rahman menghulurkan not RM10 kepada aku kembali.Pantas juga aku menolak,Pak Rahman memandangku pelik.
”Takpelah Pak Rahman.Jauh sangat menghantar saya ke sini.Duit lebih tu untuk isi minyak balik ke sana.Mana lah tahu kalau esok jumpa perempuan borong barang macam nak kenduri lagi.Boleh isi minyak terus hari ni”.
Gurauan aku disambut ketawanya.Dia menyimpan kembali wang yang dihulurkan tadi ke dalam poket bajunya.Sebelum aku turun dia sempat berpesan satu hal.Hal yang membuatkan aku terpana dan terdiam seribu bahasa.
”Jiran Uda tu lelaki yang baik.Kalau sekali pun dia agak kasar, dia akan berubah sepenuhnya nanti.Insyaallah, jadi pemimpin terbaik untuk keluarga dia”.
Kenapa semua orang berpandangan begitu terhadap Faizal.Dia lelaki yang baik dan bakal pemimpin baik.Salahkan aku menilai dan kenapa hal Faizal juga dibangkitkan saat aku mahu melupakan dia seketika.Tolonglah pergi!
--------------
Reaksi semua yang di rumah besar ini sudah aku duga.Mereka terkejut besar bila aku muncul di depan pintu dengan wajah sugul.Pantas juga ibu menarik aku masuk ke rumah.Aku dituntun ke bilik yang dikhaskan untuk aku.
Aku mandi, solat Isyak dan kemudian turun ke bawah menyertai yang lain.Walid mengarahkan aku ke dapur untuk makan malam.Dia sendiri yang menemani aku makan.Rutin yang tak pernah sekali pun dilupakan oleh Walid terhadap anak perempuannya ini.
”Kata mungkin tak jadi nak datang.Sekali datang sini naik teksi lagi.Mujur tak ada apa-apa tadi.Kalau tidak, mana la Walid nak cari anak manja walid ni”,luah Walid ketika aku menyuap makanan ke mulut.
Aku tergelak.Aku faham kebimbangan Walid, siapalah yang tak bimbangkan anaknya malam-malam begini.Ditambah pula dengan macam-macam kes jenayah saban hari, tak senang duduk la mak ayah di rumah.Walid apatah lagi.Anak perempuan seorang pula tu.Tapi walid harus tahu, aku bukan Bibi yang dulu.
”Walid ni, risau tak habis-habis.Bibi dah ada depan mata dah.Pak Cik yang hantar tadi baik la.lagipun Bibi pun dah besar, insyaallah boleh bawa diri sendiri”,balasku.
Walid menggeleng kepala.Memang dia tahu perangai degilnya aku.Tak ada satu pun boleh dilarang.Tapi dia tetap bertegas bahawa keselamatan aku lebih utama.Dan bila walid mula berceramah, aku diam seribu kata.
”Walid tahu anak Walid ni macammana.Tapi Bibi kena ingat, benda-benda tak baik ni bila-bila masa je boleh jadi.Dari benda tu jadi, kita kena beringat.Sebab tulah kalau nak balik sini, bagitau Walid dulu.Biar Walid atau abang Wan yang jemput.Kalau jadi apa-apa dalam perjalanan tadi, siapa yang susah hati.Walid juga”,tegas Walid lagi.
Aku tersengih macam kerang busuk.Belum sempat aku membalas kata Walid, suara abang Wan kedengaran di muka pintu dapur.
”Dia mana kisah orang susah hati dekat dia.Bibi kisah sudah hati dia je.Kalau tak sebab tu, sampai sudah la dia tak datang sini.So, Faizal buat apa lagi dekat adik abang Wan ni?Dia dating depan mata Bibi ke?”.
Soalan dari abang Wan mengundang muka ingin tahu Walid.Abang wan mengenyit mata kepada aku.
”Sebab sakit hati dengan Faizal la ni ye.Walid nak reveal aritu tak mahu, kan dah remuk redam perasaan memendam rasa”.
Tutur kata Walid tenang tapi aku rasakan muka aku panas tiba-tiba.Kiranya Walid juga perasan rasa hati aku pada mamat senget mulut tak berinsurans tu?Aduhai, malunya.
--------------
Panggilan dari Izzah aku terima ketika menonton TV di ruang tamu.Khabar yang membuatkan aku tak senang duduk.Bimbang kalau ada mulut tempayan yang membocorkan rahsia pergerakan aku.
”Biar jelah dia duduk depan pintu pagar tu.Kau orang jangan gatal-gatal nak layan dia pula.Kalau pun dia nak tunggu aku sampai pagi esok, kau orang buat tak tahu je.Kalau dia tanya ,mana aku pergi kau cakap je aku bawa diri.Jangan gatal nak inform aku balik rumah walid aku”.
Amaran aku diterima oleh Izzah dan teman serumah yang lain.Tapi seperti selalu, tak akan berhenti bertanya selagi aku tak menjelaskan hal sebenar yang membuatkan Faizal menunggu di depan rumah malam-malam begini.
”Aku gaduh dekat ofis.Dia kata orang yang rabun je nak dekat aku.Pastu dia kutuk aku.Ada ke patut dia nak jadikan aku isteri kedua dia.Gila apa?”.
Izzah mengekek ketawa di hujung talian.Aku naik geram dengan penerimaan mereka.Pantas juga, aku matikan handphone tapi tak lama kemudian handphone berbunyi lagi minta diangkat.
”Kau orang nak apa lagi?Kalau takat nak gelakkan aku sebab layak jadi spare part Faizal, tak payah habiskan kredit call aku.Kau orang gelak puas-puas dekat rumah.Sama macam Faizal dengan gembiranya gelakkan aku sebab dapat permainkan perasaan aku tadi”,ujarku geram.
Tiada balasan dari pemanggil.Aku diundang rasa pelik, rasanya bukan tabiat mereka begitu.Mungkin mereka merasa bersalah atas sikap mereka sebentar tadi.
”Apasal diam?Dah takde modal nak kenakan aku.Kau orang cakap dekat Faizal tu suruh balik.Sebab aku dah maafkan dia pun.Kalau pun dia rasa bersalah, cakap kat dia aku minta tolong carikan mamat rabun mana-mana untuk dijadikan calon aku.Masa tu aku maafkan salah silap dia dari hujung kepala sampai hujung kaki.Kalau tak ada apa-apa lagi, aku nak tido.Belum penat dengan perangai Faizal, kau orang pula tambah sakit hati aku.Wassalam”.
Aku bersuara tegas.Geram dengan sikap mereka juga.Seribu kali kelakar apa yang dikatakan Faizal, tak seharusnya mereka mentertawakan aku.Sepatutnya mereka menyokong aku.Paling tidak, mengutuk perlakuan dan kata-kata Faizal yang tidak sopan.Ini tidak.
-------------
Ibu memandang pelik wajah aku yang dah berubah.Kalau tadi aku masih tersenyum manis sekarang dah hilang seri.Masam mencuka.Tapi ibu tak bertanya Cuma mengalih pandangan pada Walid.Walid angkat bahu tanda tak mahu ambil tahu.
Aku biarkan mereka tertanya-tanya akan perubahan aku.Aku tumpukan perhatian pada TV di depan mata.Tapi tumpuan aku sekali lagi tertanggu bila telefon bimbit minta diangkat.
Aku mendengus geram sebelum berlalu ke luar rumah.Menjawab telefon tanpa sempat melihat siapa gerangan pemanggilnya.Tak lain tak bukan budak-budak rumah aku la ni!
”Dah puas ketawa?Aku tak kisah kau orang ketawa sampai terkucil pun.Tapi make sure kau dah sampaikan pesan aku dekat Faizal tadi!Kau dah ok la, aku mengantuk”,ujarku.
Tapi ada ketawa yang mengekek di hujung talian.Bukan suara perempuan tapi seorang lelaki.Telefon aku tak matikan tapi aku lekapkan kembali ke telinga.Tak lain tak bukan si Faizal la ni.Tapi apa kes pula dia ketawakan aku?
”Bibi..bibi.Jauh-jauh abang Riz call,Bibi bukannya nak bagi salam.Kena marah lak.Masalah negara apa sampai marah sangat adik abang ni?Sebelum apa-apa, Assalamualaikum adikku!”.
Aku menggit bibir.Rupanya abang Riz yang menelefon aku.Rasa malu menyerbu datang.Salah sendiri!
”Waalaikummussalam.Abang Riz la tak bagi salam dulu, tak pasal-pasal kena sembur dengan Bibi.Abang Riz, apa khabar?”,dalihku, Cuma menyembunyikan rasa malu kerana silap tekaan sebentar tadi.
Abang Riza ketawa sekali lagi.Faham benar aku dengan perangai Abang Riz yang suka mengenakan aku.Kalaulah dia nampak muka aku tahan malu sekarang ni, masak la aku kena usik.Aduhai, segannya.
”Alhamdulillah, sihat.Adik abang ni yang kurang sihat.Sekarang ni mesti tengah tahan malu tu!Aisyhmen, rugi tak snap gambar Bibi.Boleh buat koleksi si pipi merah”, seloroh abang Riz lagi.
Aku terdiam.Memang begitu perangai Abang Riz.Semua gambar kurang sopan aku disnapnya.Kali terakhir sewaktu sambutan hari raya di rumah opah.Kali terakhir aku beraya bersama mereka.Kali terakhir aku berjumpa dengan abang Riz yang sentiasa kemana-mana dengan digital cameranya.Bagaimana lah rupa dan telatah abang Riz sekarang ya?
”Abang tengah buat apa tu?Rindu betul Bibi dekat Abang Riz tahu tak.Bila abang nak balik sini?”,soalku bertubi-tubi.
”Tengah cakap dengan adik abang la.Takkan panjat pokok pula.Ala, rindu Bibi tak sama rindu abang Riz pada Bibi.Erm, kalau takde aral melintang,seminggu sebelum kenduri abang Wan,abang balik Malaysia.Siap sedia la buat perangai tak sopan, abang nak snap gambar Bibi”.
Abang Riz ketawa dihujung talian.Aku turut ketawa, tak sabar rasanya nak berjumpa dengannya.
”Jap..jap.Tadi Bibi marah dekat siapa?Serius betul masalah negara ni?Kalau boleh abang tahu Faizal tu Faizal mana?Boyfren Bibi ke?”,soalan abang Riz membuatkan aku terdiam seketika.
”Marah dekat budak rumah Bibi.Ada ke patut dia gelakkan Bibi sebab mamat tempat kerja Bibi bergurau nak jadikan Bibi 2nd wife dia.Memang gila la budak tu.Geram betul”.Aku meluahkan rasa hati kepada abang Riz.

"Isk, memang tak patut.Tapi kalau dia kata nak jadikan Bibi 2nd wife dengan syarat semua harta dia jatuh dekat tangan Bibi, Bibi tak boleh tolak.Jadi kaya raya tu,jutawan segera lagi.Kalau dah kaya nanti,jangan lupa share dengan Abang Riz tau!".

Abang Riz tak memujuk aku dengan kata manis tapi sebaliknya dia bergurau.Gurauannya mengundang senyuman aku dalam diam.Ah, bijak sungguh dia mengambil hati aku.Sungguh, hati aku yang tadinya merajuk dah pun terpujuk.Abang Riz, pemujuk terbaik yang pernah aku kenal.Syukur ada dia!



7 comments:

Anonymous said...

best...lm lg ke cter ni nk abis???xsbr nk tau ending dia cmne???

Anonymous said...

bile la c faizal tu nk tau yg nur tu SNM??xsabar nk tau reaksi die cmne..hehehe..thanx writer.chaiyookk!!(^_^)v

MaY_LiN said...

faizal..
faizal..
mesti terbongkar mase kenduri abg wan neh..

Anonymous said...

bt la nur dgn org lain..aku xleh thn sket dgn org mcm faizal ni..lgpun dia da ada ain,setia je la pd yg 1. bkn ade cacat cela pn si ain tu.nur tu jodohkan la dgn org lain,sape2 je la asal kan bkn faizal..

Anonymous said...

aku pn stuju..xkesahla bila faizal da dpt tau yg nur SNM,biarla..skali pn dia mcm ada rs nyesal n suka kt nur lps tau psl tu da xpntg da..nur tu deserve yg lbh baik kot dr faizal..faizal kawin je la ngan ain tu..xyah ggu nur da..biar la dia cari yg lain..

Anonymous said...

nk lagik...cpt update yg baru.ekekkeke.x sabar dh neh.huhuhu

jj said...

c Faizal ke pemanggil tanpa suara 2?. sian abg rizz kena marah dek bibi. biarlah abg rizz jadi pasangan bibi baru padan muka c faizal hehhe...