@rubiadaibrahim

Wednesday, February 3, 2010

CCB 24:Rabun!


”Lah, kena bagi dekat Abang Riz ke?Tak glamour la kalau kena share, baru je ingat nak jadi perempuan kaya”.

Abang Riz turut ketawa mendengar seloroh aku.Hilang segala rasa resah yang melanda, serta merta ada rasa gembira yang menyerbu datang.Aku tersenyum sendirian meningatkan sosok abang Riz yang jauh di mata.Terbayang wajahnya yang tampan dengan senyuman yang tak lekang di bibir.Rindu aku rasakan saat ini.

”Isk..tamak pula tu kalau dah kaya.Erm , kalau tahu perangai Bibi macam ni tak jadi la nak doakan Bibi dapat suami kaya –raya, tunggu jelah suami kayap macam Abang Riz”.

Aku tergelak lebih kuat.Bergurau tak habis-habis, sempat nak promosi diri sendiri pula tu.Teruk betul!

”Tak mahu la suami kayap, habis 7 keturunan kena penyakit nanti.Isk, kotornya Doktor Hariz ni, ada penyakit kayap lagi.Kesian dekat Syazni dapat abang tahu tak?”,tempelakku.

”Siapa kata abang ada penyakit?Kayap tu singkatan kaki rayap la Bibi.Ada ke patut cakap abang pengotor.Kotor-kotor abang pun Bibi sayang juga kan?”,soal abang Riz dalam derai tawa yang masih kedengaran.

”Mestilah la sayang.Abang Riz kan abang terplay boy yang Bibi ada.By the way, macammana abang dengan Syazni?Bila nak nikah ni?Tak sabar Bibi nak tengok abang naik pelamin”.

Abang Riz terdiam seketika sebelum menuturkan kata.Berita yang disampaikan jelas mengejutkan aku tapi dalam masa yang sama aku kasihankan Abang Riz.Simpati kerana dipermainkan perempuan seperti Syazni.

”Syazni dah tinggalkan abang la Bibi.Betul apa yang Bibi cakap, dia dah ikhlas nak berkawan dengan abang.Malas la nak borak pasal dia.Baik kita borak pasal kita.Kalau bab naik pelamin tu, balik ni abang naik masa kenduri abang Wan.Bibi pun boleh join sekaki.by the way, Bibi sekarang ni buat apa ya?”, dalih abang Riz.Dia tak mahu membahas soal Syazni lebih panjang.

Aku faham maksud dari kata-katanya.Pastinya dia mahu melupakan Syazni yang melukakan hatinya.Bila dia bertanya soalan yang hampir serupa dengan aku sebelumnya, aku mengenakannya kembali.Jawapan yang sama aku berikan.

” Tengah cakap dengan abang Bibi la.Takkan panjat pokok pula.Sudah tahu, lagi mahu tanya!”.Abang Riz tergelak kuat, sedar dia dikenakan.

”Pandai kenakan abang ya.Erm..rindu betul la dengan Bibi tahu tak?Sebelum ni abang ada niat nak cari Bibi tapi ayah tak bagi.Dia kata sampai masa nanti Bibi balik la semula dekat family kita.Tapi tak best pula bila Bibi balik, abang tak ada.Kalau tidak, boleh borak panjang.Ni telefon jarak jauh,ada had nak borak.Kalau tidak, pokai la abang nak melayan Bibi”,keluhnya.

”Dengan adik sendiri pun nak berkira.Abang Riz ni kedekut la. Dah besar gajah, ada lekat lagi perangai haji bakhil tu.Tak apa lah kalau abang tak mahu pokai, Bibi letak phone la.Ok, Assalamualaikum”.

Gertakan aku pastinya mengundang rasa cemas abang Riz.Pantas juga dia menghalang aku dari bertindak sedemikian.Bila mendengarkan suaranya mendendangkan lagu untuk memujuk aku, tanpa sedar aku mengukir senyuman.

”Abang gurau jelah.Insyaallah, kalau pokai pun abang ada stok maggi lagi nak makan.Untuk adikku sayang yang suka merajuk, terimalah lagu khas untukmu.Jangan merajuk, abang Riz takkan pujuk.Lalalala”.

”Lalalalanng.Nujum pak belalang.Hidungnya banyak belang.Pak belalang ”, lagu aku pula, menyambung lagu yang dinyanyikan dengan lirik yang aku reka sendiri.Abang Riz tergelak kuat di hujung talian dengan perlakuan aku.

”Sudah la tu Bibi, hujan sekejap lagi.Abang ada hal ni, nanti kalau free abang call lagi ya.Jangan stress bab-bab kerja ni..Enjoy je ok.Kalau mamat tu kata nak jadikan Bibi isteri kedua, make sure Bibi tanya berapa harta yang dia boleh bagi.Kalau income masyuk, jangan lupa rodger abang Riz tahu.Nak juga merasa hidup senang.Ok la Bibi, kirim salam dekat semua ok.Assalamualaikum.Rodger!”.

”Waalaikummusalam.Out”,balasku sebelum mematikan talian.

Tanpa sedar, satu persatu kenangan aku dan abang Riz menjelma di ingatan.Kata rodger dan out adalah perkataan wajib yang harus dituturkan sebelum kami berpisah dan mematikan telefon.Kalau salah seorang lupa kata tersebut harus membelanja orang yang ingat.Pokai jugalah hidup aku kalau selalu lupa.Tapi itu hanyalah gurauan abang Riz kerana biarpun aku terpaksa mengeluarkan wang saku aku membelanjanya, setiap minggu pasti ada permainan dan hadiah yang diberikan kepada aku.Kalau dulu aku dapat Jojo, Tora dan segala mainan yang diiklan di TV, kalau besar sekarang ni apa agaknya hadiah yang aku terima ya?Jangan dia kasi hadiah seorang mamat kayap untuk dijadikan suami aku sudah!
-----------------------
Lena aku terganggu malam ini.Tak mampu melelapkan mata walaupun sudah berapa kali aku mencuba.Puas juga aku mengiring ke kiri dan ke kanan tapi malangnya mimpi belum juga datang.Masih terbayang di mata, gelagat Faizal yang menyakitkan hati, ketawa Faizal yang menjengkelkan dan kata-katanya yang aku rasakan terlalu pedas untuk diterima akal waras manusia.

” ”See, betul kan apa abang kata.Your 2nd sis in low ni memang terror bab-bab pilih baju untuk adik ipar dia!”So, Nur boleh pilihkan baju untuk bakal madu tak?”.

Rasa geram memuncak.Tak sepatutnya soal jodoh dan pertemuan dipermainkan.Kalau pun Faizal mampu, tak sepatutnya dia meletakkan aku pada kedudukan serendah itu.Menjadi isteri kedua dan dimadukan dengan Ain yang lebih segalanya dari aku.Lebih cantik, lebih baik dan lebih menarik.Biarpun ada gembira yang datang kerana dia memilih aku andai Ain tak bertakhta di hatinya, masih ada geram yang menyelubungi.Kenapa?Kerana Faizal memilih aku bukan kerana cinta tapi kerana terpaksa.Tak ada calon lain nak diperkenalkan kepada Auntie Cah, lantas aku dijadikan galang ganti.

Andai tiada pertemuan dengan Ain, pastinya aku tak lebih dari bahan permainan dia.Diperkenalkan sebagai teman istimewa biarpun hatinya tak ikhlas memperakui aku sebagai kekasih hati..Sedangkan aku, pastinya dilambung rasa gembira kerana akhirnya dia memilih aku biarpun tanpa sedar tiada penghujung yang pasti dari hubungan tersebut.Bila Faizal dah menemui orang lain, lambat laun aku akan ditinggalkan dan hanya kekecewaan mengisi segenap hati.

Memikirkan hal sedemikian, seharusnya aku bersyukur dengan pertemuan dan rasa hatinya kepada Ain.Sekurang-kurangnya aku tak bertepuk sebelah tangan umpama orang gila kerana berharap huluran kasihnya yang takkan kunjung tiba.Sekurang-kurangnya aku sedar bahawa jodoh aku bukan dengannya, mungkin ada Adam yang lebih baik tercipta untuk aku.
Dan dengan kejadian akhir-akhir ini, aku akhirnya sedar bahawa hati manusia sekejap boleh berubah.Mana mungkin SNM yang hanya bayangan dan mimpi Faizal dapat melenyapkan Ain Batrisya yang mengisi ruang hati.Ya, biarpun dia tahu SNM yang ditunggunya adalah aku, aku tak akan sesekali berpaling kerana aku tahu Ain Batrisya sudah jadi pemenang hati seorang lelaki bernama Syed Faizal Adli!

”Zah rasa Bibi ada masalah besar la tu.Kalau tidak, takkan sebentar sekejap muncul depan rumah.Sehelai sepinggang pula tu.Dia dengan Faizal tu ada apa-apa ke?”.

Suara di luar pintu menyentakkan lamunan.Ibu menolak daun pintu perlahan sebelum masuk.Dari mata yang belum tertutup rapat, aku dapat lihat sosok tubuh ibu dan walid menghampiri katil.Tak mahu mereka berfikir bukan-bukan kerana aku masih belum tidur, aku memejam mata.

Dapat aku rasakan tangan ibu mengusap lembut rambutku sementara Walid menyelimuti aku dengan comforter yang masih terlipat kemas di hujung katil.Seketika kemudian, kedengaran pula suara mereka membicarakan soal aku.Soal aku dan Faizal yang mereka sendiri tak tahu pangkalnya turut jadi topik utama.

”Kesiannya la anak ibu.Penat betul Bibi kerja seharian.Tidur lena betul”,luah ibu.Usapan tangannya masih aku rasakan.Lembut dan sentuhan penuh dengan pengertian dan kasih sayang.

”Dah besar ni dah pandai tidur setempat.Kalau tidak, habis segala bantal bersepah merata.Dengan Bibi sekali jatuh katil.Tak sangka betul Bibi dah besar kan Zah.Rasanya baru lagi dia merengek nak itu ini dari abang”.

Komen dari walid mengundang tawa ibu.Ibu kemudian membalas dengan kata yang membuatkan aku mahu tersenyum sendiri.

”Memang dah besar bang.Kalau dulu Bibi merengek nakkan mainan.Sekarang mungkin Bibi merengek nak hidup berteman.Abang carilah siapa-siapa untuk anak kita ni..yang abang rasakan sesuai”,desak ibu pula.

”Biarlah dia cari sendiri.Tak elok paksa-paksa.Kalau kena paksa kali ni, entah berapa lama pula dia nak merajuk.Abang tak mahu campur urusan hati dan perasaan ni.Cukuplah dia merajuk 3 tahun ni.Abang dah tak nak dia jauh dari kita!”,tegas Walid.Ibu terdiam seribu bahasa.

Tapi ibu masih tak berpuas hati soal lelaki yang mahu dijadikan calon teman hidup aku.Buktinya ibu mengemukakan soalan cepumas kepada walid, memberi pilihan kepadanya menentukan siapa yang terbaik buat aku.

”Zah pun tak mahu paksa.Tapi kalau memang ada yang baik sukakan Bibi, apa salahnya kita temukan dengan Bibi.Erm, Faizal supervisor Bibi tu tak ada gaya dia suka dengan anak kita ke bang?Lagi satu, antara Faizal dengan Hariz mana satu lagi ok?”.

Walid tak memberi jawapan.Pantas juga walid mengajak ibu berbicara di luar kerana tak mahu menganggu lena aku.Sebelum mereka berlalu, dapat aku rasakan kucupan lembut di dahi tanda kasih nan abadi.
----------------------
Sudah jadi kebiasaan aku tidak tidur kembali selepas solat Subuh Jumaat.Biasanya aku akan turun ke dapur membantu ibu dan umi jika aku pulang.Tambahan pula, umi memang melarang keras tindakan sebegitu.Pesan umi, tidur selepas Subuh mengundang kepapaan.Jika difikirkan, memang ada benarnya.Masakan tidak, kalau terlajak tidur pastinya lambat ke tempat kerja.Secara automatik, kerja tak jalan dan dibuang kerja oleh majikan jika berterusan hal ini terjadi.

Syukur aku tak pernah lagi terlajak tidur sepanjang sebulan aku menjalani praktikal.Kalau lah jadi, pastinya bingir telinga mendengar bebelan Faizal, penat mulut melawan katanya dan takut kalau diberi markah kurang memuaskan bagi sesi praktikal.Tak pasal-pasal, memperjudikan nasib kalau hal tersebut terjadi.

”Bibi, tolong ibu blendkan bahan-bahan tumis ye.Ibu ingat hari ni nak masak nasi lemak.Tapi Bibi yang masakkan sambal tumisnya, walid dah rindu sangat dekat masakan Bibi”,Teguran ibu mengentak lamunan.

Pantas juga aku menganggukkan kepala.Aku tersenyum mendengar katanya.

”Ibu la masak.Bukan Bibi belajar masak sambal tu dengan ibu ke?Mana boleh lawan sifu, Derhaka tu”.selorohku.

Ibu menggelengkan kepala.Tak ada kompromi lagi.Akhirnya aku menurut dan ibu tersenyum menang.Faham benar aku dengan ketegasan ibu.Kalau nak dibandingkan dengan walid, apa yang diperkatakan ibu jarang aku bantah.Ibu lebih tegas dan garang dalam mendidik anak-anak, berbeza dengan sikap walid yang lebih tenang.

”Awal-awal Bibi tak takde dulu, lama juga la ibu tak masuk dapur.Tak ada orang nak tolong dan ibu sendiri sedih teringatkan Bibi yang selalu tolong ibu.Memang makan luar jelah kami.Mujur tak jatuh muflis sebab asik hantar duit kedai mamak je”,ujar ibu sambil ketawa.

Aku sekadar tersenyum kelat mendengar ceritanya.Aku akui aku sering membantunya.Kehilangan aku tanpa khabar pastinya memberi tamparan yang hebat.Tak ada lagi gelak tawa dan ibu sendiri pasti menanggung rindu teringatkan keletah aku yang tak reti duduk diam di dapur dan sering mengenakannya.

”Bibi minta maaf sekali lagi, ibu.Insyaallah, lepas ni Bibi akan sentiasa ada untuk ibu.Ibu nak suruh apa pun, Bibi akan buat.Nak masak nasi lemak, gulai lemak, semua Bibi on je.Termasuklah menternak lemak”,gurauan aku disambut deraian tawa ibu.

Ibu tersenyum manis kepada aku.Tapi dapat aku rasakan senyumannya ada maksud tersirat.Bila ibu meminta izin untuk bertanya,dapat aku teka soal apa yang ingin diutarakan.

”Bibi dengan Faizal ada apa-apa masalah ke sekarang ni?”.

Soalan ibu aku biarkan tak berjawab.Aku Cuma mengangkat bahu, ibu memandangku mahu penjelasan.

”Dari dulu sampai la ke hari ni, Bibi tak pernah pun ada problem dengan dia.Kalau ada pun Bibi tak puas hati, habis dekat ofis je.Tak mahu la cakap pasal dia ibu, hilang la mood nak masak ibu.Baik kita cerita pasal benda lain.Pasal abang Wan ke?Bakal menantu pertama ibu pun menarik juga!”,dalihku.

Ibu akur dengan permintaan aku.Satu persatu kisah di sebalik pertemuan Syed Ahmad Hazwan disingkap kepada aku.Tapi ayat terakhir yang keluar dari mulutnya membuatkan aku serba tak kena.Kiranya ibu masih berharap ada ikatan antara aku dan anak lelakinya.

”Bukan dia menantu pertama ibu.Tapi anak ibu yang cantik manis ni.Tapi apa nak buat, Hariz dengan Hazwan dah ada yang punya.Kalau pun mereka mahu,Bibi sendiri tak sudi kan!”.

Aku menggaru kepala yang tak gatal.Kalau dulu, ibu sudah pasti aku tinggalkan.Merajuk dan aku biarkan terpujuk dengan sendirinya.Namun kini tak lagi kerana aku sudah dewasa dan akal waras aku menegah dari berkelakuan begitu.Cukuplah perlarian dari orang yang aku sayang selama 3 tahun sebelumnya.Tak sanggup lagi aku menanggung rindu.

”Ibu gurau jelah Bibi.Kesian anak ibu ni, pucat lesi muka.Ok, ibu dah menang pagi ni.1-0”.

Gurauan ibu melapangkan dada dan menghilangkan rasa kurang senang yang datang sebelumnya.Biarpun sedar ibu sekadar menguji aku tapi rasa bimbang tetap ada.Kalaulah ibu tahu status abang Riz saat ini, kemungkinan harapan ibu cerah semula.Dan mungkin juga serta-merta, ibu menghantar rombongan meminang aku.Mungkin dua perkahwinan dijalankan serentak tak lama lagi.Dalam diam, aku mengucap syukur.Alhamdulillah, selamat hidup aku!
---------------------
Bakal menantu ibu, Syarifah Nadia Al-Qaswa berkunjung ke rumah untuk makan tengahari sebagaimana yang diperkatakan Abang Wan tempoh hari.Orangnya tinggi lampai dan cukup cantik di pandangan mata aku.Kalau nak dibandingkan dengan Ain,Kak Nadia pasti di tangga teratas.Kalau nak dibandingkan aku dengan mereka, aku tentunya duduk di tangga tercorot.

Tapi satu sifat yang aku tak sangka dari Kak Nadia adalah sense of humornya yang tinggi.Ada-ada saja gurauannya yang menggamatkan suasana.Cukup bersahaja dan aku tahu itu sifat semulajadinya.

Bila aku bertanyakan pertemuan dia dengan abang Wan, katanya dia bertemu dengan abang Wan di hutan.

”Ha, dekat hutan?Bukan jumpa masa study dekat UK ke?”,soalku sedikit terkejut.

”Memang la dekat UK.Tapi Kak Nad ingatkan monyet nak mengorat Kak Nad.Kalau Bibi nak tahu, perangai abang Wan ni macam monyet nak mencuri pisang dekat kebun.Nak mengorat tapi tak pernah berani.Nak curi hati Kak Nad tapi tak pernah nak cakap depan-depan.Mujur la bila tertangkap, dia mengaku”,selorohnya.

Aku ketawa kuat.Abang Wan menjengilkan mata, geram dengan cerita Kak Nad.

”Monyet-monyet i pun U suka juga kan?”.

”Macammana Nad tak suka.Mata shinnning-shinning minta belas kasihan”,balas Kak Nad sambil ketawa.

Abang Wan ketawa mendengar balasan jawapan Kak Nad.Seronok berada di antara mereka.Kak Nad dengan perangai suka menyakat dan Abang Wan kononnya mudah merajuk.Bila ada riak rajuk Abang Wan, Kak Nad tak memujuk sebaiknya terus memerli abang Wan.Akhirnya abang Wan tergelak dengan perangai Kak Nad yang gila-gila.Memang serasi mereka bersama, kalau masuk sehati berdansa ni.Confirm menang punya!
----------------------------------------
Pakej berhujung minggu bersama keluarga Syed Hamdi benar-benar menceriakan kehidupan aku.Manakan tidak, dengan layanan ala anak raja, aku senang dengan mereka.Hilang segala sakit hati memikirkan sikap Faizal, hilang pening kepala dek kerja yang tak pernah kurang.

Biarpun ibu tetap mahu mengumpul maklumat kisah aku dan Faizal, namun aku lebih bijak memutar belitkan cerita.Bila ibu mengalah, walid angkat bahu.Tak mahu masuk campur dengan urusan aku.Ibu tarik muka masam, geram dengan sikap walid yang tak menyebelahinya.Tapi apa nak buat kerana setiap kata Walid tak boleh dibantah.Akhirnya, ibu bertekad sendiri mahu menyiasat apa yang sebenarnya terjadi antara kami.

”Zah ni pelik la.Kononnya nak menyiasat tapi inform dekat Bibi kenapa?Kalau macam ni, sampai bila-bila la soalan Zah tu takde jawapan”,bidas Walid dengan rancangan ibu.

Aku dan Abang Wan mengekek ketawa.Memang kelakar aku rasakan.Kalaulah tahu rancangan ibu yang sedemikian, aku pastinya lebih berhati-hati.Bimbang kalau ibu mengekori aku untuk menyingkap sikap aku yang kononnya berahsia.

”Ok, Zah mengalah.Zah tunggu jelah Bibi buka mulut, cerita sendiri dekat kita”.

Bila ibu mengalah, akulah manusia yang bersorak girang.Bebas hidup aku tanpa mata ibu memerhatikan aku.Tapi bukan boleh kira sangat tindakan ibu.Manalah tahu, kalau-kalau ibu menyelidiki Faizal pula.Oh, tidak.Tak dapat aku bayangkan kalau apa yang aku fikirkan tu benar.Kelam dan suram hidup aku!
-------------------------------
Abang Wan bertegas mahu menghantar aku pulang ke Taman Muhibbah.Atas arahan Walid dan kerelaan dia sendiri.Walid tentunya bimbang akan keselamatan aku dan Abang Wan tentunya ada agenda tersendiri.Mahu mengorek rahsia aku atas permintaan ibu mungkin.

”So, apa yang ibu suruh abang tanya pasal Bibi dengan Faizal”, soalku sebaik sahaja lambaian tangan walid dan ibu hilang dari pandangan mata.

Abang Walid terkejut dengan pertanyaan aku pada mulanya tapi pantas juga tergelak.

”Isk, Bibi ni nak soal siasat abang tak menyempat.Macam tahu-tahu je abang ni jadi detektif ibu”,balas abang Wan sambil ketawa.

”Tengok orang la.Dari muka abang Wan pun Bibi boleh baca tahu tak?.So, apa soalan dari ibu?”.

”Banyak.Tapi semuanya soalan Bibi tu abang dah tahu jawapannya.Cuma abang malas je nak bagitahu ibu”,giliran abang Wan pula membuatkan aku tertanya-tanya.

”Bibi tahu abang Wan tahu.Tapi apa soalannya.Let me know, please”,rayuku.Abang Wan ketawa mengekek.

”Bibi dapat agak pun.Ni soalan dari ibu.Anda hanya perlu mengatakan ya atau tidak pada setiap soalan yang saya kemukakan.Adakah anda bersedia?”,soal abang Wan dengan nada suara ala pembawa acara di TV.

”Bibi dengan Faizal tu ada something special ke?”,soalan pertama dilemparkan bila aku menganggukkan kepala tanda patuh dengan pilihan jawapan yang diberikan.

”Tidak”.

”Soalan kedua, kalau ibu carikan calon suami untuk Bibi, Bibi setuju tak?”.

”Nope”.

”3, Bibi dah sedia nak menikah ke sekarang ni?”.

”Aha..maybe ya, maybe tak.Ambil tak la”,balasku bila aku bingung sendiri dengan jawapan aku.

”Bibi suka dekat Faizal ke?”.

”Entah la..ye kot”,balasku.

”Tak ada la pilihan jawapan ye kot.Abang kira betul la.Lagipun Bibi memang suka pun kan.Tak payah nak berdalih dengan abang.Kalau dengan ibu, ok la.Next question, yang ni susah sikit la kot jawapan dia.Ibu kata dekat abang macam ni, kalau Hariz single lagi, agak-agak Bibi setuju tak kalau ibu berniat nak jodohkan mereke berdua?So, apa kata Bibi”.

Pertanyaan Abang Wan aku biarkan tak berjawab.Aku menggaru kepala yang tak gatal.Tak tahu apa jawapan paling tepat aku berikan.Tapi untuk saat ini, hanya kata protes yang berkumandang di sudut hati.

”Bibi tak setuju kot.Takkan la nak menikah dengan abang sendiri pula kan.Sayang Bibi pada abang Wan dan Abang Riz akan kekal selamanya sebagai kasih adik pada abangnya.Tak mungkin berubah pada rasa lain”,tegasku akhirnya.

Abang Wan menganggukkan kepala, tanda die bersetuju dengan pendapat aku.Namun ulasannya membuatkan aku bungkam.Kenapa sekali lagi Faizal dibandingkan dengan abang Riz?Kalau begini lah caranya, sampai bila pun aku tak akan mampu menghilangkan nama Faizal dari hidup aku.

”Itu abang tahu.Tapi pada pandangan abang sendiri, Hariz is much better than Faizal.Sebab sebagai abang, Hariz tentu lebih faham Bibi dan boleh terima Bibi seadanya.Memang dulu abang marah bila opah plan nak jodohkan Bibi dengan salah satu dari kami.Tapi bila abang fikir balik, ada juga sisi baiknya.Insyaallah, abang Riz akan jaga Bibi dengan baik selamanya.Sebab abang kenal siapa Bibi dan abang lebih kenal siapa Hariz.Tapi kalau Faizal, dia selalu buat Bibi sedih.Dah la mulut tak ada insurans, macammana dia nak bahagiakan Bibi.Satu lagi yang buat abang tak puas hati sebab dia sebenarnya yang rabun tapi suka-suka je mengata Bibi.Dia rabun sebab tak nampak orang dia cari ni dah lama depan mata dia”.Melongo aku dibuatnya dengan katanya.Tapi ada juga protes yang muncul.

”Seribu kali pun abang Riz boleh jaga Bibi, Bibi tak akan ubah perasaan Bibi pada dia.Abang tak payah nak promote abang Riz sebab Bibi pun kenal siapa dia.Biarlah dia bahagiakan orang lain.Pasal Faizal tu, boleh tak kita tak bincangkan lagi.Apa yang Bibi dapat sekarang lebih dari cukup.Kasih sayang ibu, Walid, opah, Abang Wan dan Abang Riz lebih penting dalam hidup Bibi.Tak perlu nak mengharap kasih orang yang tak sudi”,jelasku panjang lebar.

Bila melihat aku malas mahu menyambung bicara, akhirnya Abang Wan tak lagi berbicara.Tak lagi muncul unsur provokasi antara kami.Kesunyian tersebut membuatku terfikir katanya sebentar tadi.
”Hariz is much better than Faizal”.

Abang Riz lebih bijak mengambil hatiku.Dengannya, gelak tawa tak pernah lekang dari mulutku.Benar, dia bijak juga membaca rentak rajuk aku saban waktu.Kalau pun tiada kata manis yang dia lemparkan, aku terpujuk sendiri dengan perlakuannya yang penuh perhatian.Rasa geram di hati akan lenyap bila gurauannya mengisi perbualan antara kami.Tapi kalau benar hasrat ibu mahu menyatukan aku dan Abang Riz dalam ikatan perkahwinan aku tak mungkin setuju.Kerana apa, aku sendiri tak pasti.Malu mungkin bila diejek menikah dengan abang sendiri.

Faizal, manusia yang membuatkan hidup aku serba tak kena.Sering membuatkan aku makan hati dengan kata-katanya yang sinis.Namun, perhatian tetap ada kepada aku.Kalau aku lupa makan, tanpa aku pinta dia membelikan aku sesuatu untuk mengalas perut.Kalau pun aku lambat pulang, dia setia menemani aku di pejabat.Dan satu lagi kelebihannya, dia akan menepati segala janjinya.

Masih tergambar di fikiran saat dia memaksa aku pulang bersamanya sekembalinya aku dari rumah Walid.Semuanya dilakukakan kerana janji dengan teman serumah aku bahawa dia akan membawaku pulang dengan keadaan selamat.Tambahan pula, ketika itu aku telah bercerita soal kunjungan aku ke rumah Tuan Syed.Kerana sikapnya itulah, dia sanggup menunggu aku tanpa kata di pejabat lewat petang hari dia dipertemukan dengan Ain.

Satu lagi janjinya yang belum terlaksana yang masih menimbulkan tanda tanya do hati ini hingga ke hari ini.Katanya yang penuh yakin sekembalinya dari meeting bersama walid tempoh hari.

”Nur, kau pun doalah sama ye.Lagi cepat aku jumpa dia, lagi cepat aku berubah perangai.Insyaallah, kalau dah jumpa dia..aku tak akan berkasar lagi dengan kau.Aku takkan buat perangai sengal dan menggatal lagi dengan perempuan-perempuan yang aku jumpa.Sebab, aku akan beri komitmen 200% pada SNM aku.Insyaallah.Kau pun nak aku berubah kan, so tolong eh doakan”,

Kata-katanya berbaur harapan dan segunung impian.Tapi perubahan 200% yang berlaku padanya bukan kerana seorang SNM tapi kerana menantu pilihan keluarganya.Kalau pun dia tahu siapa sebenarnya aku, tak mungkin dia akan berpegang pada kata-katanya.Kalau pun dia berpegan pada janji, munkin perubahannya ke arah yang berbeza.200% lebih kasarr dan sinis kata-katanya.Memikirkan itu, biarlah dia mengetahuinya saat dia sudah berbahagia dengan Ain dan aku telah menjauh dari hidupnya.Tak sangggup aku biarkan dia menanggung bebanan kerana gagal menepati janjiya pada aku, SNM palsu dalam perkiraannya.

Dan lebih utama, aku tak mahu memikirkan hal jodoh dan pertemuan saat ini.Biarlah takdir menentukan segalanya.Kerana aku tahu, Allah swt lebih tahu siapa Adamku dan aku tetapkan menjadi sayap kiri siapa.Dan pada pendapat abang Wan tentang Abang Riz dan Hariz aku takkan membenar dan menidakkan.Biarlah dia dengan pendapatnya.Kerana aku tahu,aku tak layak bergandingan dengan keduanya.Penuh dengan kekurangan dan tak mungkin mereka dapat menerima aku dengan hati terbuka, baik Abang Riz mahupun Faizal sendiri.
--------------------------
Seperti dugaan aku, ketiga ahli rumah aku sudah menunggu kepulangan aku ke rumah.Terlalu banyak cerita yang mereka ingin kongsikan sepanjang 2 hari aku meninggalkan rumah.Tapi melihat aku tak pulang sendirian, meraka Cuma menyeroroti ketibaan aku di balik tingkap sahaja.Segan dengan Abang Wan barangkali.

Abang Wan menghantar aku masuk hingga ke pintu pagar.Aku menuruti langkahnya ke arah rumah.Meliar juga matanya memerhatikan rumah jiranku.Dia memandang aku kemudian menggelangkan kepala.Aku buat tak faham, malas hendak bersoal jawab soal jiran aku yang entah kemana.

”Tak ada pula si Faizal.Kalau ada, boleh abang warning dia jangan buat Bibi sedih lagi”,ujar Abang Wan sebaik sahaja aku melangkah masuk ke perkarangan rumah.

Aku menjengilkan mata kepadanya.Orang sibuk nak berahsia, abang Wan pula bersikap sebaliknya.Geram juga dengan sikap Abang Wan yang seakan-akan tak mahu lagi aku berahsia identiti diri aku.

”Ye..ye, abang tahu benda tu rahsia.Tapi abang pun ada rahsia juga pasal Faizal dan Abang Riz ni.If you really want to know that secret, ask Hariz or Faizal.Abang tak mahu cerita”.

Kata-kata yang meluncur laju dari mulut abang Wan membuatkan aku rasa serba tak kena.Kenap pula ada rahsia soal Faizal yang sampai ke pengetahuan kedua abang aku.Kenapa pula harus dirahsiakan dari aku?Tapi apa rahsia, kenapa aku perlu tahu hal tersebut.Bertubi-tubi persoalan yang datang.Lantas juga aku suarakan persoalan tersebut kepada abang Wan.

”Soal Faizal dengan SNMnya, macammana dia bermula dan kenapa sampai sekarang Faizal tu still berharap pada SNM dia tu.Tapi sekali lagi, abang tak akan cerita.Bibi tanya je pada mereka berdua”, jawapannya membuatkan aku termangu untuk sekian kalinya.Soal Faizal dan SNM?

”Ok la Bibi, kirim salam dekat orang-orang yang di balik langsir tu.Abang gerak dulu ok.Jangan lupa tanya dia orang.Lagi cepat Bibi tahu, lagi bagus.Paling tidak, Bibi tahu yang keduanya sayang sangat dekat Bibi”,kata abang Wan sebelum dia masuk kembali ke dalam kereta.

Bila kereta abang Wan berlalu meninggalkan aku, aku masih tegak di depan pintu pagar.Bingung dengan bicaranya yang penuh tanda tanya.

” Paling tidak, Bibi tahu yang keduanya sayang sangat dekat Bibi ”.

Kata-kata tersebut terus berlegar-legar di fikiran.Kalau lah benar keduanya sayang kepada aku, kenapa tak ada satu pun yang pernah mengaku.Atau mungkin kata-kata Abang Wan sekadar ugutan supaya aku mengisytiharkan identiti aku kepada Faizal.Kalau benarlah sekadar ugutan, aku tak akan sesekali bertanya kepada mereka.Biarlah selamanya jadi rahsia.Seribu kali mereka sayang kepada aku, aku tetap akan menunggu seorang lelaki rabun yang mahukan aku.Dan antara mereka berdua, tak mungkin mereka rabun dalam memilih pendamping hidup dan seorang teman!
---------------
Salam alaik.Busy2day..dah lama drafnya di kepala.Bila sibuk macam ni, idea hilang entah kemana.Maaf lambat new post dan maaf dengan n3 yang kadang2 terbelit sana sini.Apa-apa pun, selamat membaca buat semua.Wslm

8 comments:

Anonymous said...

tq...besh sgt.
6t upload cpt2 ek..
nk tau sgt pe rhsia pijal n dbg riz 2..

jj said...

BEST SGT, TAPI NAK LAGI LER.... APA EK RAHSIA MAMAT-MAMAT 2 YE.... MAKIN X SABAR NAK TAU CITE SETERUSNYA

MaY_LiN said...

makin saspen la sis..

ha-ra said...

2-2 syg sgt kat uda???
msalah...

da la ibu pun ade niat nk jdoh kan uda ngn hariz...

waaaaaa....pening2...

Anonymous said...

best sangat-sangat.Excited. Can't wait for the next etry

Anonymous said...

best2 hehehe
uda ngan abg riz pon ok gak
biarla faizal ngan ain
faizal 2 suka pndag rupa la
uda ngan hariz baru best

iffahnazifa said...

rsa mcm nak uda ngan riz lak skang ni

raNt|ng pUtEh said...

pjg n3...suke2..
knp rs cm nk uda ngn abg riz plk eyh??mcm okeyh je deorg..
abg riz pn memahami..
nk uda ngn abg riz la..ekekek..