@rubiadaibrahim

Friday, February 5, 2010

CCB 25:Bukti?


”Uda,yuhuuuu.Dah sampai bulan ke?”,jeritan Linda membuatkan aku berpaling.Nadia dan Izzah tersengih-sengih di belakangnya.

Aku mencebikkan bibir.Faham sangat dengan perangai mereka yang suka memerli aku.Tapi salah aku juga, siapa suruh melongo depan rumah.Seribu kali terpana pun, pandai-pandai la cover kan.Dah malu sendiri.

”Tak sampai lagi.Baru je nak naik roket.Sekali kau kacau daun pula”,balasku sambil melangkah kearah pintu masuk.

Mereka ke bergerak ke tepi untuk memberi laluan kepada aku.Bila aku melangkah ke ruang tamu, semuanya pantas mengekori aku.Dah mula dah perangai polis tak bertauliah nih.

”Uda, yang tadi tu abang Tom ke Abang Cruise kau?”,soal Nadia penuh minat sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di sofa.

”Kau rasa?”,soalku kembali, cuba berteka-teki.

”Aku rasa abang Cruise kau la.Macho gile weh.Apasal la kau lama sangat merajuk dengan family Tuan Syed, kalau tidak dekat je aku jumpa jodoh aku”,seloroh Linda pula.

Nadia dan Izzah mengekek ketawa mendengar jawapan Linda.Aku sekadar tersenyum nipis.

”Tu abang Tom aku dulu.Sekarang ni dah jadi kurus.Sorry la Linda, memang tak boleh masuk list dah weh.Abang Wan aku tu dah tangkap cintan sama Nadia”.

Seperti reaksi aku, terjengil mata Nadia mendengar kataku.Berkali-kali juga dia bertanyakan kepada Linda dan Izzah perkataan yang muncul dari mulut aku sebelumnya.Bergema gelak tawa Izzah dan Linda dengan perangai lurus bendul Nadia.Aduhai, kalau dah perasan...perasan la juga.

”Kau ni kan Nadia, perah santan dalam kuali, kuat sangat perasan beribu kali”,tempelak Izzah.

Kerana geram, laju tangan Nadia mencubit peha Izzah.Izzah menyeringai kesakitan.

”Sudah tu weh.Nama bakal kakak ipar aku tu Nadia Al-Qaswa.Aku panggil dia Kak Nad, abang Wan aku panggil dia Nadia.Nama je sama, tapi orang lain la.Kau jangan risau, aku takkan paksa kau jadi kakak ipar aku”,gurauanku disambut ketawa ketiganya.Gamat seketika ruang tamu rumah sewa kami.

”Jap..jap, tadi abang Tom kau.Abang Cruise kau kat mana pula?”,soal Linda lagi.

”Cis, sibuk betul cik kak ni.Memang berharap nak bermentuakan Tuan Syed agaknya!”,desis hatiku.

”A’ah, nak juga kami berkenalan.Kalau Tom pun dah handsome, mamat Cruise mesti lagi berganda”,tambah Izzah pula.Nadia mengangguk kepala, membenarkan tanggapan Izzah.

Bila aku menggelengkan kepala tanda tidak tahu, mereka mempamerkan raut tak percaya.

”Mana la aku tahu rupa dia macammana sekarang ni.Tak jumpa pun dekat sana.Entah makin jadi tong, entah makin rupa berus.Mana la aku tahu”.

”Loh,boleh pula kau tak tahu.Kau ni biar betul?’,tempelak Nadia.

”Yelah..takkan aku nak tipu kau orang pula.Abang Riz aku kat Australia sekarang, sambung ambik specialist kat sana.Nanti masa kenduri abang Wan, dia balik sini.Tulah 1st time aku jumpa dengan dia after 3 tahun ni”,jelasku.

”Aha...lepas dia balik tu, dia buat apa weh?Kalau dia berniat nak cari calon isteri, kau kenalkan dekat aku tahu.Bukan senang nak jumpa calon suami doktor ni.Class tu, tak payah aku pening-pening nak panjat sana sini”,ujar Izzah bersahaja.

”Aku pun”,tambah Linda.

”Me too”,tokok Nadia pula.

Aku menggelengkan kepala dengan gelagat mereka.Tak habis-habis dengan angan-angan Mat Jenin.Malas melayan gelagat mereka yang perasan, pantas aku bergurau dengan mengatakan aku dan Abang Riz akan naik pelamin juga pada hari yang sama dengan tarikh bernikah Abang Wan dan Kak Nad.Buntang mata mereka memandang aku, terkejut dengan berita palsu yang aku sampaikan.

”Uisyh, kau biar betul?”.

”Aha, naik pelamin sebab kena jadi pengapit la.Korang ni, panik tak tentu pasal apa kes?Aku takkan terima la seribu kali terpaksa pun.Gila apa nak kahwin dengan abang sendiri?”,soalku kembali kepada mereka.

Lama mereka terdiam.Muncul juga komen yang membuatkan aku terpempan dan diburu rasa tak kena.

”Bukan abang betul pun.Sepupu weh.Boleh kahwin je pun”,komen Linda.

”Betul, macam mak dengan abah aku.Ala Uda, kalau dia baik dan boleh jaga kau..apa salahnya kau nikah dengan dia.Jadi Abang special version”,sambung Nadia pula.

”Nikah dengan orang yang sayang dekat kita bukan dekat orang yang kita sayang.Sebab belum tentu orang yang kita sayang tu sayang kita sepenuh hati dia.Kalau abang Riz tu betul ikhlas sayangkan kau, aku nasihatkan kau terima je cadangan opah kau.Tak guna kau berharap dekat mamat mulut takde insurans dekat sebelah rumah tu”,ulas Izzah panjang lebar.Nadia dan Izzah pantas mengiyakan apa yang diperkatakan Izzah.

Jelas dari suaranya, rasa geram akan perlakuan Faizal pada aku.Tapi kenapa pula dia orang boleh tahu.Musykil!

”Yelah, nanti la aku fikir.Tapi abang Riz aku pun tak cakap dia sayang kat aku, maknanya dia pun tak sanggup la terima cadangan opah aku.Sudah la bab nikah kahwin ni.Aku nak tanya pasal mamat sebelah tu, apa yang kau orang tahu dari dia malam aku balik rumah Walid aku tu?”,aku meluahkan rasa ingin tahu meluap di fikiran.

Semuanya terdiam sebelum memberi jawapan.Kerana Izzah yang mengeluarkan statement yang mengundang pertanyaan aku, akhirnya Izzah yang membuka cerita.Kisah Faizal, jiran dan supervisor aku.
------------------------
”Macam orang gila talak dia serang rumah malam tu weh.Aku rasa nak belasah je dia kau tahu tak.Dah la datang tak bagi salam, ketuk pintu macam orang kena rasuk.Aku yang penat ni, apa lagi!bagi ceramah free la dekat dia.Tak berkutik dia kena laser dek aku.Tak kisah la apa pun, yang penting aku puas hati”, intro dari Izzah membuatkan aku aku diburu rasa terkejut.

Sampai begitu sekali marahnya mereka pada Faizal.Padahal dia bukannya tahu pun kisah pergaduhan aku kali terakhir 2 hari yang lalu.Lagi pun, aku tak pernah pun membuka cerita soal apa pertengkaran dan pertikaman lidah berlaku di pejabat.Tapi macammana pula, Izzah dapat tahu.

”Walaupun kau tak cerita, aku ada pemerhati bebas dekat sana.Lagi pun aku boleh agak pun”,balas Izzah lagi bila aku mempersoalkannya.

Aku tersengih dengan jawapannya.Tak lain tak bukan, Ihsan dan Hazriq yang bercerita.Aduhai malu juga kalau orang kenal dek perangai aku yang suka melawan ni.Mujur la kes aku dikejar dek Faizal malam sebelum aku melarikan diri ke rumah Walid tu tak sampai ke telinga Izzah.

”Aku dah lama geram dengan perangai dia.Kau pun satu, bersabar sangat dengan dia.Kalau aku la, dah lama aku hantar surat minta tukar supervisor.Tapi aku faham, bukan senang nak benci kalau hati dah mula sayang ni”,tambah Izzah lagi.

”Kalau dah sayang, mata asik terbayang,i tak kisah dah you punya hidung kembang, muka you berlubang”,sampuk Linda dengan selorohnya.

Aku melemparkan senyuman kelat.Tak habis-habis nak mengenakan aku.

”Malam dia cari kau kat rumah tu, aku soal siasat dia dari A sampai Z.Dalam tak rela tu, dia buka cerita pasal gurauan dia nak madukan kau.Dia tak sangka pula kau merajuk sampai macam tu sekali.Dia rasa bersalah dekat kau dan mummy dia juga.Coz mummy dia yang suruh Farah jemput kau datang hari tu.Tapi apa nak buat, terlajak kata memang tak boleh nak diundur.Kau pun dah blah, dia pun datang la sini dapat kuliah free dek aku”.

Cerita Izzah membuatkan aku mengetap bibir..Kiranya mereka dah maklum akan gurauan tersebut.Bagus la kalau dah tahu, tak payah aku nak bercerita panjang lebar.Aku menarik nafas lega.

”Sebab aku kesian tengok muka 20 sen dia tu, aku suruh dia cakap sendiri dengan kau.Sekali tak sempat dia buka mulut, kau dah sembur dah.Siap suruh carikan mamat rabun lagi.Aku rasa kan dia tengah suvey mamat rabun la untuk kau sekarang ni.Jangan dia rasa dia rabun sudah la”,Izzah menamatkan ceritanya dengan deraian tawa.

Tapi lain bagi aku yang terkejut dengan ceritanya.Kiranya Faizal yang kena marah kali kedua aku menerima panggilan.Jangan dia carikan mamat rabun tanda minta maaf dekat aku sudah la.Sesak nafas kalau betul-betul jadi esok-esok.
---------------------------------
Panggilan telefon dari abang Riz aku terima hampir jam 10 malam, waktu yang sama seperti dia menghubungi aku sebelumnya.Jelas kedengaran suaranya yang riang bercerita soal kehidupannya di rantau orang.Dengan gurauannya yang mencuit hati, aku dilambung rasa bahagia kerana mempunyai seorang abang sepertinya.

”Betul, macam mak dengan abah aku.Ala Uda, kalau dia baik dan boleh jaga kau..apa salahnya kau nikah dengan dia.Jadi Abang special version”,

Kata-kata Nadia terngiang-ngiang di telinga.Aku mengetap bibir.Tak mungkinlah perasaan aku pada Abang Riz akan berubah kepada perasaan sayang seorang kekasih.Kalau pun ada, aku akan menghalangnya dari terjadi.

”Bibi, ada lagi ni.Jangan kata Bibi tertidur masa cakap dengan Abang.Kesian dekat Abang dari tadi bercerita seorang diri, tak ada respon pun dari Bibi”,rajuk Abang Riz mula kedengaran bila lama aku mendiamkan diri.

Aku tergelak kecil, menyembunyikan rasa gelabah kerana leka dengan lamunan sendiri.

”Takkan la Bibi nak menyampuk time abang bercerita.Bibi dengar je dari tadi, abang Riz cerita pasal nak pergi jalan-jalan dekat Perth habis exam minggu depan.Seronok la macam tu, Bibi jugalah tak ada kesempatan nak tengok tempat orang”,balasku lembut, memujuk rajuknya.

”Aha, mujur betul apa yang Bibi cakap tu.Erm, pasal nak tengok tempat orang tu dekat Malaysia pun boleh tengok.Bibi buka je TV, cari Discovery Channel.Tak pun beli jelah majalah”, gurau Abang Riz sambil ketawa.

Aku tergelak sama dengan kata-katanya.

”Yelah..nanti Bibi tengok.Abang jalan-jalan jangan lupa belikan ole-ole untuk Bibi tahu.Kalau tidak, tak mahu dah kawan dengan abang”.

”Takpelah kalau tak nak kawan, abang Riz kahwin je terus dengan Bibi.Lepas kahwin, boleh la pergi jalan tempat orang.Ikut abang Riz datang sini, tunggu abang Riz habis belajar”, ujar Abang Riz selamba.

Seloroh abang Riz tak mengundang tawa aku, tapi ada rasa kurang selesa mentenggek di hati.Fikiran aku terimbau akan pesanan Abang Wan ketika menghantar aku tadi.

” Jangan lupa tanya dia orang.Lagi cepat Bibi tahu, lagi bagus.Paling tidak, Bibi tahu yang keduanya sayang sangat dekat Bibi”.

Gelak Abang Riz masih jelas kedengaran di hujung talian.Berseloroh tentang perancangannya jika aku sudi menemaninya pulang ke rantau orang.

”Kalau pun jadi isteri Bibi tak mahu, Bibi ikut la abang riz balik sini.Jadi Bibik.Boleh tolong jaga makan pakai abang.Gaji abang bayar dengan tiket flight pergi dan balik”.

Aku mengukir senyuman tanpa sedar dengan gurauannya.Hilang kata-kata Abang Wan yang penuh rahsia dari fikiran kerana aku sedar tak mungkinlah Abang Riz serius dengan kata-katanya.

”Kedekutnya abang.Tak jadi la nak ikut g sana.Bibik dekat Malaysia pun dia bayar mahal!”,tempelakku.

”Ala..ok la tu dari takde langsung bayaran kan.Erm, kalau tak pun abang belikan Bibi seekor kanggaru buat temankan Bibi dekat rumah.Kanggaru tu mahal tau”,balas Abang Riz dalam tawanya.

”Bestnya.Kalau macam tu Bibi ikut pergi sana.Lepas Abang belikan kanggaru tu, Bibi nak balik Malaysia.Bawa kanggaru sekali.Tapi abang kena bayar la semua kos dia”.

”Tak nak la..kalau macam tu, tak payah la datang.Pokai la abang macam ni.Tak jadi kayap la lepas tu”.

Aku tergelak kuat dengan jawapan darinya.Tak habis-habis dengan KAYAP dia.Bagai mahu memberi laluan kepada aku bercerita, Abang Riz menukar topik perbicaraan.Dia bertanyakan soal aku pula.

”Esok masuk kerja pukul berapa ni?Bibi kena tidur awal, kalau tidak kena marah la dengan boss esok”.

”Takpe pun tidur lambat sikit.Sekali-sekala masuk kerja lambat, apa salahnya kan.Lagipun memang tak boleh tidur awal malam ni, sebab Bibi niat nak kasi bil telefon Abang Riz melambung”,balasku, mengemukakan alasan.

”Haha.boleh pula macam tu.Abang dengar suara pun dah mengantuk je bunyinya.Abang off dulu la Bibi.Esok abang call lagi kalau abang free.By the way, sampaikan salam dekat mamat yang berniat nak jadikan Bibi 2nd wife tu.Kalau betul dia ada niat macam tu, langkah mayat abang dulu.Jangan lupa cakap macam tu tau dekat dia.Pesanan dari abang gangster nih”.

Suara abang Riz yang berubah garau di talian mengundang tawa aku.Ada-ada aja perangainya.Abang Riz..abang Riz!

”Ok , esok Bibi cakap dekat dia”.

”Kena ikut stail abang ni.Skema dia macam ni.Encik yang gatal, abang gangster saya pesan langkah mayat saya dulu kalau betul nak jadikan saya isteri kedua.Kalau pun betul apa yang mamat gatai cakap dekat saya haritu, make sure harta-harta Encik dah berpindah ke tangan saya sebelum akad nikah”.

Aku ketawa mengekek dengan arahannya.Pantas juga aku mengulang katanya dengan penuh ketegasan.Setelah abang Riz berpuas hati dengan ajarannya, barulah dia mengucapkan selamat malam kepada aku.
”Selamat malam, Bibi sayang.Sweet dream, not scream.Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur, nanti tak pasal-pasal duk ulang dialog abang ajar tu.Tata...titi.tutu.Rodger,Assalamualaikum”.

”Berita faham..Out.Waalaikummussalam”,balasku.

Tak lama kemudian, kedengaran talian di matikan.Tanpa sedar, aku tersenyum sendiri mengingatkan ajaran Abang Riz sebentar tadi.Mudah-mudahan, adalah kekuatan aku nak kenakan Faizal hari esok.Biar dia pula yang rasa.Nasib la kau, si mulut laser!
---------------------------------
Kelibat Faizal masih belum kelihatan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi.Jarang dia berkelakuan sebegini.Biarpun dia tak dapat datang atau ada urusan di luar, dia akan memaklumkan kepada aku terlebih dahulu kerana tak mahu aku bingung dengan kehilangannya.Tapi hari ini, tiada sepatah pun khabar yang aku terima.Kak Nasya juga tak tahu arah tuju Faizal yang memimbulkan misteri.

”Dia tak ada sms Uda langsung?”.

Geleng kepala.

”Telefon pun tidak akak.Dengan akak pun, dia tak cakap apa-apa.Kot-kot la dia minta cuti hari ni”,tekaku pada Kak Nasya.

Giliran Kak Nasya pula menidakkan tekaan aku.Bingung aku dibuatnya.Selalunya dia yang memberikan aku tugas untuk seminggu ke depan.Hari Isnin ini dengan bayangnya yang belum kelihatan, aku tak tahu apa yang patut aku kerjakan.

” Tak payah pening-pening la Uda fikirkan pasal dia.Dia pandai jaga diri, bukannya dia budak kecil lagi”,kata-kata yang meluncur laju dari mulut Kak Nasya menimbulkan rasa kurang senang di hati aku.Disebabkan Faizal, tak pasal-pasal Kak Nasya fikir lain pula pasal aku.

”Bukan Uda risau pasal dia.Uda risau sebab tak ada kerja nak buat ni.Paling tidak pun, letak jelah schedule kerja untuk minggu ni atas meja Uda.Bukannya susah mana pun.Geram betul la”,keluhku.

Kak Nasya tersengih nakal mendengar luahan aku yang tak berpuas hati dengan tindakan Faizal.

”Bagus la dia tak bagi kerja, boleh Uda goyang kaki.Sekali-sekala berlagak ala boss apa salahnya kan”,pujuk Kak Nasya.

Dalam diam, aku mengakui ada benarnya kata-kata dari Kak Nasya.Akhirnya aku tergelak riang.

”Akhirnya, datang juga peluang jadi lady boss hari ni.Cayalah akak.Thanks for great idea.Minta maaf akak, lady boss nak masuk bilik goyang kaki dulu”.Kak Nasya tergelak kuat mendengar kataku.Bila aku mahu melangkah meninggalkan mejanya, Kak Nasya memberi laluan dan tabik hormat.Jadi lady boss aku hari ni.Akhirnya.
-------------------------------------
Usai solat Zuhur, aku mengambil kesempatan mengemas ruangan kerja Faizal.Fail yang bercampur aduk, aku susun ke rak di belakang mejanya.Kertas contengan yang terselit di antara kertas kerja aku masukkan ke dalam tong sampah.Lega bila melihat mejanya lebih rapih dan sedap mata memandang.

Bila Faizal tak masuk kerja hari ini, aku bebas bergerak ke sana ke mari.Penat meneliti kertas kerja, aku berjalan mengamati gambar yang tergantung di dinding.Gambar jalan berliku yang di kelilingi bunga tulip di pangkal jalan dan dihujungnya ada cahaya menarik perhatian aku untuk meneliti.Padahal dah lama frame tersebut tergantung tapi sebelumnya memang tak ada kesempatan meniti dengan hati.

Memang cantik gambar tersebut, ada maksudnya tersendiri. Pandai dan kreatif pelukis tersebut menghasilkan karyanya.Rasa kagum menyelinap seluruh hati.Apa yang dapat aku katakan, perjalanan hidup akan indah kalau dah menemui teman pendamping terbaik dan jalan kebenaran.Sayap kiri tersebut akan bersama untuk mencapai redha-Nya. Tentunya kehidupan Faizal lebih indah dengan kehadiran Ain yang sudah pasti jadi pendampingnya.Itu persepsi aku di sebalik sebuah lakaran tak bernyawa.

Gambar yang seakan hidup di depan mata masih menarik perhatian aku.Aku berniat mencari nama pelukisnya, mungkin kalau ada rezeki lebih aku mahu dia melakar kisah hidup aku yang penuh berliku pula.Kalau aku mampu, tak entah bila aku tak tahu.

Nama pelukis aku temui di kelopak bunga sebelah kanan.Bukan penulis profesional menurut perkiraan aku kerana tercantum nama Faizal di situ.

”Faizal, 7 Februari 1999”.

Hampir 10 tahun sudah dia melakar gambar tersebut.Ketika usianya 18 tahun, selepas selesai menduduki SPM.Mungkin ada maksud tersirat di sebalik tarikh itu.Peristiwa apa, aku tak tahu.Nantilah, kalau sampai masanya aku akan bertanya pada Faizal sendiri.Kalau dia nak bercerita, tahulah aku.Kalau tidak, carilah sendiri.

7 Februari menyimpan satu sejarah juga dalam hidup keluarga Tuan Syed.Kerana tarikh itulah, Walid dan Ibu kehilangan anak perempuan kesayangan mereka.Kerana tarikh ulang tahun ke 5 Syarifah Hurriyah itulah meragut nyawa cucu perempuan sulung opah.Dan kerana kehilangan itulah, aku diperakui dan disayangi oleh Walid umpama anaknya.Kerana akulah pengganti Kak Ya yang telah pergi selamanya.

Tapi itu erti 7 Februari bagi kami, tapi bagi Faizal?Entah la, sukar mentafsir kerana terlalu banyak rahsianya.

”Kata Faizal, dia lukis gambar tu tanda ingatan dia pada SNM dia.Kali pertama dia jumpa tahun 1999 tulah.Dah 10 tahun pun..tapi sampai sekarang dia simpan gambar tu”,suara Kak Nasya dari belakang menjawab soalan yang bermain di kepala..

”Eh..Saya tak mahu tahu pun pasal tu Kak Nasya.Saja tengok gambar ni, cantik.Kagum dengan bakat Encik Faizal je”,dalihku, mahu menyembunyikan rasa ingin tahu yang jelas-jelas di muka.

”Tak payah nak berdalih dengan akak.Dia kata 7 Februari tu birthday SNM tapi tak silap akak itu bukan birthday Uda.Ada something yang Uda sorok dari akak ke?Tapi takkan la IC Uda pakai tu IC tipu pula”,ujar Kak Nasya, mahukan penjelasan akan kekeliruan yang berlaku.

”Betul la apa yang dekat IC tu.Saya bukan SNM la akak.Orang lain tu, tengok la dekat IC mana ada nama Syarifah.Dah tu pula tak berbintikan Syed Hamdi lagi.Tarikh lahir pun tak sama”,balasku tenang.

Kak Nasya menggaru kepala mendengar penjelasan aku.Tapi masih ada soalan yang bermain di fikirannya, diluahkan dan dia mahukan aku menjawab dengan jujur.

”Takkan la Uda anak angkat Tuan Syed pula?Tak pernah akak dengar pun Tuan Syed ada anak angkat!”.

”Entah la akak.Saya pun tak pasti dengan status saya.Erm, so far apa yang saya boleh kata SNM yang Faizal duk tunggu tu bukan saya.Akak jangan buat-buat cerita lagi depan Faizal”,kataku tegas, memberi amaran kepada Kak Nasya supaya berhati-hati bercakap bila hal SNM dibangkitkan.

”Baik, boss.Saya menurut perintah.Tapi kalau pun Uda SNM, Uda tak perlu risau dah sebab Faizal nak turunkan dah gambar ni.Sebab dia penat menanti SNM yang tak kunjung tiba.So, lepas ni tak akan ada lagi cerita pasal SNM dalam hidup Faizal”.

Aku terkesima mendengar cerita Kak Nasya.Tapi aku kawal diri, bukan aku yang mahukan dia melupakan SNMnya.Kenapa bila waktunya dah sampai, ada rasa sedih dan sayu yang menyerang?Kenapa rasa sakit hati dan ingin membalas katanya lenyap dan terus hilang?Bingung dan Bengong aku dibuatnya.

Lukisan karya Faizal masih aku tatap.Kerana kasihnya pada SNM, dia mengabdikan dalam kanvas yang sungguh memikat hati aku.Kalau benar dia nak turunkan gambar tu dari dinding, aku akan minta izin darinya untuk menyimpan sebagai koleksi dan tanda kenang-kenangan.Tanda kasihnya yang hadir tanpa alasan selama 10 tahun ni.Kalau pun dia punya alasan tersendiri, aku tak akan tak mahu tahu.Cukuplah aku maklum sekuat apa rasa hati dia dan cukuplah bila aku temui kebenaran kata-kata Abang Wan semalam.

” Jangan lupa tanya dia orang.Lagi cepat Bibi tahu, lagi bagus.Paling tidak, Bibi tahu yang keduanya sayang sangat dekat Bibi”.

Kata-kata Abang Wan bagai sebuah sumpah bagi aku.Tak sempat pun aku bertanya, aku dah pun temui jawapannnya.Dengan sebuah lukisan tak bernyawa, aku tahu rasa hati dia.Tapi kenapa ada fakta yang diputar belitkan?Kenapa tarikh lahir Kak Ya yang terus diabadikan dalam sebuah lukisan.Jadi bukan aku orang yang dicarinya, tapi Kak Ya yang sudah tiada.Kalau benar dia mengingati Kak Ya, Kak Ya telah pergi hampir 9 tahun pada tarikh dia menyelesaikan karyanya.Kenapa harus ada lagi pertanyaan yang tak terjawab?

”Ya Allah, berikan aku petunjuk dan erti semua ini”, seruku dalam hati.Hanya pada-Nya, ku mohon sebuah jawapan.
-------------------------------
KIA SPECTRA hitam sudah menanti di perkarangan pejabat JKR sebaik sahaja aku melangkah keluar dari pintu utama.Kak Nasya menunjukkan jarinya ke arah kereta tersebut.Bukan Faizal yang keluar, tapi Auntie Cah di sebelah pintu kiri dan Farah di sebelah pintu kanan.

”Nur”,panggilan Auntie Cah lembut kedengaran di telinga.Farah melemparkan senyuman kepada aku.

Biarpun masih ada rasa marah di dalam hati pada Faizal, mereka tak sepatutnya jadi sasaran aku melepas geram.Mengingat pesanan umi supaya sentiasa menghormati orang tua dan bersangka baik, aku menghampiri mereka.Aku kucup tangan Auntie Cah dan kemudiannya bersalaman dengan Farah.

”Auntie nak minta maaf sebab ganggu Nur.Kami betul-betul minta maaf.Kalau pun Nur marah dekat Faizal, Auntie harap sangat Nur sudi ikut Auntie melawat Faizal di hospital.Dia nak minta maaf pada Nur!”.

Pesanan Auntie Cah cukup jelas kedengaran di telinga.Aku terpaku di tempat aku berdiri.Kiranya Faizal tak datang kerana ditimpa musibah.Kalaulah musibah itu disebabkan aku, selamanya aku tak akan memaafkan diri sendiri.Bagai dipukau, aku membiarkan Auntie Cah menarik tangan aku masuk ke dalam kereta.Ayat yang diajar Abang Riz semalam lenyap dengan sendirinya.Di dalam hati aku Cuma doa untuknya.Moga dia selamat hendaknya.

”Ya Allah, lindungi dia dan berikan keselamatan dan kesejahteraan padanya”.

6 comments:

blueskyz said...

bila laa citer nih nk abes..x sabar nk tau ending citer nih..arap2 la huda ngan faizal..

MaY_LiN said...

uda..uda..
abg riz nipun..
da xcover yea..

nurul said...

oh..nape ngan faizal?
ni yg xsabo ni...
biar ada part leleh sket tp epy ending ye...
w.a.i.t.i.n.g......:)

mislike_green said...

xsabo nye nk tggu strusnya.. pe t'jadi dgn faizal erk??hehehh

ha-ra said...

cpat smbg!!!

Anonymous said...

hehehe abg riz da suka uda
nak uda ngan abg riz please....
xmo la uda ngan faizal kcian uda tgk faizal ngan ain romantik jer
nak uda romantik ngan abg riz kat dpn faizal lak....
hehehe pnjg tol