@rubiadaibrahim

Thursday, February 11, 2010

CCB 26:Kisah Dongeng?


”Nur jangan risau.Ejai tak apa-apa pun”.

Kata-kata yang keluar dari mulut Auntie Cah aku sambut dengan senyum tawar.Agaknya jelas sangat muka aku yang diburu rasa bersalah saat ini.Farah yang didepan menganggukkan kepala, mengakui pujukan mummynya dan sedikit sebanyak menghilangkan rasa bersalah di hati.

”Biasalah abang tu.Kalau stress sikit, mula la asma dia menyerang balik”.

”Farah!”.Cerita Farah terhenti bila Auntie Cah menegahnya dari terus berbicara. Farah tersengih malu dengan tegahan Auntie Cah. Komunikasi tanpa suara mereka cukup menyebalkan aku.Nampak sangat macam ada rahsia yang tersimpan dan segalanya terkait dengan aku.Mungkin Auntie Cah tak mahu Farah tersalah cakap dan akhirnya aku merasah bersalah, Auntie Cah sendiri yang membuka mulut bercerita soal Faizal kepada aku.

”Faizal ni memang dari kecil ada asma. Alhamdulillah, dah ok 2, 3 tahun kebelakangan ni.Mungkin sebab busy sangat dekat site, asma dia menyerang balik.Nur tahu la kan, site tu rupanya macam mana.Dari sekecil sampai sebesar habuk ada dekat sana.Asap tak usah kata lah. Faizal pula sengaja cari penyakit. Dah tahu tak boleh kena asap rokok, makin menjadi-jadi dia berkawan dengan buruh dekat site tu. Mujur juga dia sedar dia tu tak berapa nak sihat.Kalau tidak, dah jadi perokok tegar agaknya”,jelas Auntie Cah panjang lebar.

Aku Cuma menganggukkan kepala mendengar ceritanya.Biarpun dalam hati aku ada timbul keraguan, aku harus berpura-pura segala yang aku dengar tiada yang palsu melainkan benar belaka.Kalau ditimbang dengan akal logik, semua yang diperkatakan Auntie Cah ada benarnya.

Tapi kalau menurut hati dan pengalaman yang aku lalui hari demi hari, tak mungkinlah asmanya menyerang kembali gara-gara kondisi site yang kurang baik.Tak pernah sekali pun aku perhatikan Faizal membawa inhaler ke site atau ke tempat kerja.Dan tak pernah juga dia bercerita soal penyakitnya.Pastinya kata Farah ada benarnya dan aku lebih yakin bila melihat Farah sekadar tersenyum sumbing dengan cerita mummynya.

Pasti akulah yang menyebabkan hal tersebut berulang dan kerana itu jugalah mereka sanggup menjemput aku menemui Faizal lewat petang ini.Rasa hati tak akan tenang selagi Faizal tak depan mata dan rasa bersalah tak akan hilang selagi mulut aku tak mengucapkan kata maaf.Dalam tak sedar, rasa geram dan marah pada Faizal menghilang dengan sendirinya.Benar kata orang, kerana simpati tak akan ada lagi benci.
----------------------------
Farah mendahului langkah aku dan Auntie Cah menuju ke wad yang dihuni Faizal. Auntie Cah mengganding tangan aku dan kami berjalan beriringan.Biarpun ada rasa kurang selesa dengan perlakuannya, aku tak membantah.Kalau ditolak, aku bimbang Auntie Cah akan berkecil hati. Nak tak nak, aku biarkan tangannya erat mengenggam tangan aku biapun tak selesa dengan pandangan orang sekeliling. Tapi lain pula reaksi Auntie Cah, bangga betul berjalan dengan aku. Macam berjalan dengan selebriti lagaknya, siap lambai tangan lagi pada semua yang temui.Pelik juga bila hampir semua kakitangan membalas lambaian tangan Auntie Cah dan melemparkan senyuman padanya.

”Auntie dulu kerja sini sebelum ikut Uncle pergi oversea. Kebanyakannya kenal Auntie sebab Auntie la staff nurse paling garang tapi baik hati di Hospital Kajang ni”,cerita Auntie Cah bila perasan muka aku yang bingung dengan apa yang berlaku di situ.

”Oh..patut la”.

”Apa yang patutnya Nur? Patut semua orang pandang pelik tengok Auntie jalan dengan Nur ke?”,soal Auntie Cah kembali kepada aku.Pantas aku menggeleng.Auntie Cah tersenyum nakal, mungkin sedar aku dah perasan dari tadi.Berangan ala selebriti pula tu. Kalau la Auntie Cah tahu kata hati aku, ada harapan aku korek lubang masuk dalam bumi.Menyorok muka sebab malu.

”Kalau dia orang pandang pelik tu, Auntie rasa semua orang nak tahu siapa perempuan cantik yang Auntie culik.Maybe dia orang ingatkan Nur ni Ain, bakal menantu Auntie kot”,tambah Auntie Cah.

Aku tersenyum sumbing mendengar ceritanya.Auntie Cah juga dah mengakui Ain sebagai bakal menantunya, jadi tak guna lagi aku terus menyimpan harapan pada Faizal. Ain terlalu istimewa di mata mereka. Ain dah diperakui sebagai seorang bakal isteri, kakak ipar dan lebih pasti lagi bila Ain diperakui sebagai satu-satunya menantu perempuan keluarga Al-Agil. Mengingat hal itu, aku sedar bahawa harapan dan kisah bertepuk sebelah tangan macam orang kurang siuman ni harus aku hentikan.

”Takpelah Auntie..tak salah pun dia orang nak fikir macam tu. Erm, jauh lagi ke bilik Encik Faizal ni Auntie. Penat pula kaki rasanya berjalan”, selorohku, berdalih dari terus membicarakan soal Ain, bakal menantu yang dah mencuri hatinya.

”Tak jauh dah.Bilik hujung tu je.Tapi kalau betul Nur penat, Nur duduk atas wheel chair, Auntie tolakkan samapi hujung sana”.

Cadangan Auntie Cah aku sambut dengan tawa kecil. Bila aku laju menggelangkan kepala, Auntie Cah turut ketawa. Tak mahu la aku dapat layanan sampai begitu sekali. Elok-elok tak sakit, tak pasal-pasal cari penyakit. Dibuatnya sakit betul-betul, tak pasal-pasal aku kena tahan dekat wad. Memang kes naya kalau jadi betul.Tidaklah patik!

”Ha, dapat pun tengok muka menantu cantik Kak Cah hari ni!Bertuah betul saya sebab masuk shift malam. Kalau tidak, sampai hari menikah la baru tahu rupa”,teguran dari seorang jururawat di situ membuatkan aku pantas berpaling.

”Inah, terkejut Kak Cah”,ujar Auntie Cah sambil mengurut dada.Satu tangannya lagi menampar jururawat yang menegurnya sebentar tadi.

”Kalau tak disergah, sampai sudah la orang tu bangga menayang bakal menantu.Tak peduli dah dunia keliling!”, balas jururawat yang dipanggil Inah tadi.

”Ni Nurhuda Diyana, kawan sepejabat Ejai. Bakal menantu Kak Cah namanya Ain. Sekarang ni dia ada seminar di UNIMAS, nampak gayanya Inah kena datang jugalah kenduri rumah Kak Cah esok. Tak ada alasan la tak boleh datang. Menantu Kak Cah tu big suprise la kiranya”, seloroh Auntie Cah pula.

”Kawan pejabat Ejai ke? Inah dah rasa bangga dah sebab jadi orang pertama jumpa bakal menantu Kak Cah tadi. Sekali salah orang pula. Tapi kan, kalau Nurhuda Diyana bukan bakal menantu Auntie Cah, boleh la jadi menantu Auntie Inah kan?”.

” Isk, kamu ni Inah. Ada pula macam gitu.Paling tidak tanya la tuan empunya badan dulu, single ke tidak? Ni main tangkap muat je nak buat menantu”, marah Auntie Cah pada soalan yang dilemparkan Auntie Inah tadi.

Auntie Inah menepuk dahinya, sedar kesilapannya barangkali. Tapi pantas juga dia mengajukan persoalan tentang status aku. Macam tak percaya pula ada yang berkenan menjadikan aku menantu. Kiranya saham aku melambung tinggi la hari ni.

”Nur,single ke couple sekarang ni?”.

”Single but not available”, balasku ringkas.

Auntie Inah mempamerkan raut kecewa dengan jawapan aku, berbeza dengan Auntie Cah yang tergelak kuat dengan reaksi kenalannya. Bila kami meminta diri untuk ke bilik Faizal, Auntie Inah tetap mempamerkan muka kecewa.

”Nur, kalau dah single balik jangan lupa inform dekat Auntie tau!”, sempat juga Auntie Inah berpesan sebelum kami meininggalkannya.

Aku tergelak kecil dengan pesanannya. Macam-macam perangai manusia ni. Tapi kata-kata Auntie Inah aku anggap sebagai gurauan. Tak mungkin serius dan aku sendiri tak pasti. Entah benar, entah tidak aku pun tak tahu. Sama dengan jawapan yang aku berikan padanya. Memang aku single tapi seingat aku tak ada siapa pun yang istimewa di hati aku. Jadi, status yang aku utarakan hanyalah untuk menyelamatkan diri dari diasak terus dengan persoalan jodoh-menjodoh yang mereka bicarakan.Lega!
------------------------------
Faizal mempamerkan raut terkejut dengan kunjungan aku. Tapi pantas juga dia sembunyikan di sebalik surat khabar yang masih di tangannya.Berpura-pura meneruskan pembacaan dan tak sedikit pun memandang ke arah aku dan Auntie Cah yang baru melangkah masuk ke biliknya.

”Sengal la abang ni. Kononnya stress sebab tak tahu Nur hilang dekat mana, bila Nur dah ada depan mata bukannya nak tanya.Pergi baca surat khabar terbalik pula. Poyo la!”, rungut Farah pada Faizal yang duduk bersandar di kepala katil.

Faizal menjengilkan matanya, Farah direnung dengan raut geram. Pantas juga Farah melarikan diri bila Faizal mahu memukulnya dengan surat khabar. Auntie Cah. Auntie Cah tergelak kecil dengan gelagat anak-anaknya.

”Mummy, tengok la abang ni.Nak belasah orang sebab nak cover malu. Kalau dah malu, buat jelah cara malu. Sebelum abang tambah malu sebab kita tahu dia malu, jom kita tinggalkan dia dengan Nur je. Mana la tau kot-kot abang nak melulut minta maaf dengan Nur. Sebelum abang malu kena ejek dek adik, adik cabut dulu la.Tata”,seloroh Farah sambil menarik tangan Auntie Cah keluar.

Aku memandang sekilas pergerakan mereka keluar dari bilik yang dihuni untuk memberi ruang kepada aku dan Faizal berbicara.Sebelum menutup pintu, Auntie Cah sempat berbahasa isyarat dengan Faizal dan Faizal menganggukkan kepala sebagai respon kepada mummynya.Bila pintu ditutup rapat, aku akhirnya mengeluh perlahan. Kurang selesa dengan keadaan yang aku hadapi saat ini.

”Nur, duduk dulu. Mesti penat kaki tu berdiri dari tadi”, arahan Faizal perlahan kedengaran.Jelas berbeza dengan pertemuan kali terakhir kami yang penuh kontroversi.Aku diburu rasa kurang selesa dengan nada katanya yang lain benar hari ini.

”Sorry sebab saya tak dapat turun, tarikkan kerusi untuk Nur duduk”, Faizal bersuara lagi bila aku masih kaku di tempat aku berdiri. Bila mendengar nada suaranya begitu, akhirnya aku bergerak ke kerusi di sisi katilnya. Aku tarik menjauh darinya kira-kira 3 jubin lantai. Faizal Cuma memerhatikan tingkah aku tanpa suara.

”Nur, sori sebab terpaksa ikut mummy datang sini.Saya tak suruh pun dia orang jemput Nur. Kesian dekat Nur, dah penat seharian kerja sekali kena melayan perangai mummy pula”, keluh Faizal lagi.

Aku menggelengkan kepala, ada dua hal yang membuatkan aku berbuat demikian. Satu, kerana aku sendiri yang rela datang melawatnya, jadi gelengan aku menafikan aku terpaksa melayan karenah Auntie Cah. Kedua kerana aku tak percaya dengan cara percakapan Faizal yang jauh berubah dari sebelumnya.Tidak lagi membahasakan diri aku dan kau seperti selalu, tapi diganti dengan perkataan ’saya’ dan ’Nur yang janggal kedengaran di telinga.

”Oh, lupa pula. Hari ni Nur mana penat. Kan duduk rileks je ala lady boss dekat ofis.Seminggu ni Nur berehat jelah.Insyaallah, takde kerja sebab saya dapat cuti sakit seminggu. Mummy yang suruh. Kalau ikutkan saya, saya malas nak terperap dekat rumah lama-lama”.

Cerita Faizal aku iyakan sahaja. Memang benar apa yang dia katakan walaupun kurang tepat. Tak penat dengan kerja pejabat tapi penat memikirkan misteri kehilangannya yang baru sekarang aku ketahui.Kalau soal cuti sakitnya, aku juga akan melakukan hal yang sama seperti mummynya.Memastikan dia benar-benar sihat sebelum kembali bekerja lagi.

”Takpelah Encik Faizal. Berehat dulu sampai sihat betul-betul. Kalau seminggu ni saya berehat, sampai sudah la projek Flight Over dekat High Way tu tak siap. Insyaallah, saya akan turun juga site wakilkan Encik Faizal.Itu pun kalau Encik Faizal tak keberatan lah!By the way, Encik Faizal boleh bahasakan diri pakai aku. Saya tak kisah”, ujarku tenang. Faizal terkejut dengan reaksi aku, mungkin tak menyangka aku sudi berbicara dengannya.Tapi Cuma sebentar dia begitu, tak lama kemudian dia mengukir senyuman.

”Saya kisah Nur dengan semua ni. Kalau difikir balik, macam zionis pun ada saya ni. Nur tak keberatan kan?”.Bila aku menganggukkan kepala, dia mnyambung bicaranya.Bukan sekadar tak keberatan, malahan aku tentulah lebih suka. Rasa dihargai sebagai seorang wanita yang selayakanya diperlakukan dengan lemah-lembut. Bukan dengan gertakan seperti kuli dan tak reti bahasa.

”Bertuahnya hidup saya dapat assistant macam Nur!Saya...”.

”La..baru tahu”, sampukku sebelum dia habis menuturkan kata.Faizal tersengih, dia menggarukan kepalanya sebelum menyambung katanya yang tergantung.

”Saya dah lama tahu, Cuma baru sedar je. Nur...saya nak tanya something boleh?”, soal Faizal, meminta izin dari aku sebelum melemparkan pertanyaan.Satu lagi perubahan yang dapat aku kesan selepas peristiwa tempoh hari.

”Saya nak minta maaf dulu dengan Nur pasal mulut tak berinsurans saya hari tu. So, boleh Nur maafkan saya tak?”, mata Faizal memandang aku penuh mengharap.

Bila aku menganggukkan kepala, Faizal tersenyum lebar kepada aku. Biarpun hati tak rela dia melemparkan pendapat sebegitu, aku fikir lebih dihilangkan saja dari hati. Tambahan pula, rasa kasihan membuak bila melihat keadaannya yang terlantar di katil hospital.

”Takpelah, Encik Faizal. Benda dah lepas dah. Tak baik juga kalau tak guna kelebihan mulut kita kan, kesian dekat mulut tak ada kerja”,selorohku sambil ketawa.

Faizal tak ketawa seperti selalu bila aku mengenakan dia. Senyumannya mati, matanya masih bulat memandang aku. Bila melihat dia begitu, aku akhirnya menutup mulut. Aku menunduk memandang lantai.

”I mean it. I’m so sorry. Saya tak terfikir hati dan perasaan Nur masa tu. Memang tak patut saya cakap macam tu dekat Nur. Perempuan mana yang sanggup jadi isteri kedua. Dan saya sendiri sedar kemampuan saya, tak mungkin lah saya mampu nak beristeri dua. One more thing, saya dah sedar yang hal nikah , kahwin, madu ni tak boleh di buat main. Nur, sekali lagi. Saya minta maaf”, suara Faizal kedengaran sayu di telinga.

Nadanya seakan merayu kepada aku. Dalam hati, rasa nak tergelak tapi tak patut pula kerana ada aku merasakan kesungguhan dia menutur kata. Tak pernah sekali pun dia begini. Kali pertama dalam hidup aku, ada seorang lelaki meratapi kesalahannya dan merayu sebuah kemaafan. Kalau ikutkan hati, nak dirakam rasanya aksi ni.

”Ye.. saya dah kata dah malam Encik Faizal kena sembur dengan saya tu. Jangan risau la, saya tak reti marah orang. Kalau pun saya marah, dua hari reda dah. Sekarang ni, saya dah tak marah dekat Encik Faizal. Kes tu dah settle dah. No more guilty ok!”, tegasku.Faizal membuang pandang ke dinding di depannya. Dia mengeluh perlahan.

”Nur kemana hilangkan marah hari tu?”.

”Tak ke mana-mana. Cuba tenangkan hati dan muhasabah diri je”.Jawapan aku mengundang muka kecewa Faizal.Pantas juga kata-kata Farah hinggap di fikiran. Rasa ingin tahu kenapa asma menyerangnya kembali mengasak.Kata Farah kerana stress tapi stressnya disebabkan apa?Mungkin ada kaitannya dengan kehilangan aku 3 hari lalu.

”Encik Faizal, kenapa boleh kena balik lelah ni? Farah kata Encik Faizal stress. Tapi stress sebab apa?”, soalku berbasi-basi. Kononnya nak mengambil berat tapi lebih ada maksud tersirat yang aku ingin uraikan segera.

”Nama pun penyakit Nur. Tak ada sebab apa-apa. Kalau dia nak datang, dia datang la. Allah nak uji saya la tu. Mungkin juga penyakit ni kifarah dosa-dosa saya. Bukan sebab stress atau lain-lain”,balas Faizal lagi.

”Encik Faizal, yang itu saya tahu. Tapi Encik Faizal kena berterus-terang dengan saya. Saya rasa semua ni ada kaitan dengan saya. Kalau tidak, takkan Auntie Cah dan Farah sanggup jemput saya”, aku mendengus geram.

Faizal terdiam. Tak lama kemudian dia membuka mulut bercerita perihal kejadian tempoh hari.

”Saya cari Nur malam tu lepas jumpa budak rumah. Merata tempat saya cari tapi tak jumpa juga. Salah saya sendiri pun. Risau sangat sampai lupa nak pakai sweater. Bila dah bawa motor laju malam-malam ni, Nur tahu jelah kan. Sejuknya tak tertanggung. Kebetulan pula hujan malam tu..Tu yang asma tu datang balik!”.

Melopong mulut aku dengan ceritanya. Kiranya dia mencari aku hingga lewat malam dan ditimpa hujan.Tapi aku tak suruh pun dia cari dan pujuk aku. Salah sendiri juga sebab tak reti nak latih mulut bercakap baik-baik, rasakanlah akibatnya. Dalam terpana, ada juga rasa puas dalam hati.

”Tapi sekali lagi, ini bukan salah Nur. Ni semua salah saya dan saya dah terima akibat perbuatan saya pada Nur. Kalau pun Nur tak nak bercerita dengan saya kemana Nur pergi, saya faham. Saya dah cukup gembira sebab Nur sudi maafkan saya. Thanks juga sebab Nur datang tengok saya”, ujar Faizal lembut.

Aku membalas senyumannya. Dah jadi tanggungjawab aku melawat supervisor dan jiran yang sakit. Takkan nak jadi jiran tak berhati perut pula kan. Tapi masih ada satu hal yang harus aku jelaskan. Soal pesanan aku yang lebih berupa peringatan sebelumnya. Bimbang kalau-kalau dia benar-benar mengutarakan kata aku saat rasa marah beraja di hati, mana lah tahu kalau-kalau dia bersungguh mempercayai syarat kemaafan yang aku kemukan dulu.

”Oh ya..pasal mamat rabun yang saya suruh carikan hati tu, Encik Faizal jangan take serius pula. Saya pun tak sedar saya cakap macam tu. Sorry juga sebab tak pasal-pasal Encik Faizal kena sembur dengan saya hari tu”.

Faizal tergelak kecil. Lucu benar agaknya dengan kata aku kelmarin. Kalau betul ada calon rabun yang dipersiapkan untuk aku, serba tak kenalah aku dibuatnya.

”Calon rabun tu ramai. Tapi saya tak akan pedajal assistant dan jiran saya. Tapi kalau betul la Nur nak saya carikan, nanti saya recommend kan mana-mana kawan saya yang betul-betul rabun tu.Kesian dekat keluarga Nur la nanti..tak pasal-pasal, setiap tahun beramal jariah di kedai cermin mata!”, seloroh Faizal.

”Takpe lah Encik Faizal. Calon tu simpan untuk orang lain je. Nanti-nanti adalah orang yang nak dekat saya. Bukan rabun zahir dan batin lagi, aman dunia akhirat nanti. Insyaallah”, kataku yakin dalam deraian tawa.

Ya, aku sedar hakikat keberadaan aku di sisi dia. Tak mungkinlah dia akan jadi calon pemimpin kehidupan aku. Mengingat aku tak harus terus berharap padanya, aku serahkan kepada-Nya dan terus berdoa agar dianugerahkan yang terbaik untukku.Siapa pun dia, aku terima dengan hati terbuka bila waktunya sudah tiba.

”Betul tak mahu kenal dengan salah seorang kawan saya yang rabun tu?Dia ni kerja bagus tahu, bakal pakar pediatrik. Kalau Nur sudi, boleh saya kenalkan dengan dia. Kesian juga dengan dia yang dah lama terkapai-kapai mengharap kasih orang yang tak sudi nih”.

Aku tergelak kuat, kiranya soal kawannya yang rabun tu belum habis. Faizal memandang aku pelik. Dengan niat tak mahu menghentikan perbualan dan rasa canggung antara kami, aku bertanya lebih lanjut soal temannya.

”Dia tu rabun zahir ke rabun batin?”.

”Dua-dua sekali. Memang kes dia ni berat sikit. Nama je pandai tapi bab hati dan perasaan ni bukan takat rabun, dah buta kot. Menunggu orang yang tak kunjung tiba. Lepas tu, bertepuk sebelah tangan kuat-kuat. Rasanya kalau dengan Nur, dia boleh fully recover kot”, cerita Faizal sambil memandang ke arahku.

Tersentuh juga rasa hati dengan kata-kata dia. Mungkin nasib orang diceritakan hampir sama dengan kisah aku. Bertepuk sebelah tangan seorang diri. Mujur juga tepukan aku tu taklah kuat, jadi rasa hati aku masih dapat disembunyikan. Buktinya hingga saat ini Faizal tak sedikit pun menyedari lemahnya aku bila berdepan dengannya. Walau setinggi gunung pun rasa marah di hati, lenyap bila berdepan dengannya. Walau berapi pun rasa benci, hilang bila dia mempamerkan perhatiannya pada aku.Tapi kalau kawannya, aku tak tahu apakah dia sebijak aku.Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Kerana itu, aku membicarakan lagi perihal kawannya.

”Yelah tu kalau boleh recover. Mana tahu dia makin sakit jadinya. Pandai-pandai la Encik Faizal ni. Kalau boleh tahu, kawan Encik Faizal tu dekat mana sekarang ye?”,soalku.

”Dekat Australia, ambil pakar dekat sana. Nur mungkin kenal kot orangnya. Kawan saya tu anak Tuan Syed Hamdi nombor dua. Tapi masa Nur pergi sana dulu, dia takde kot dekat sini. Handsome orangnya walaupun saya lagi handsome dari dia. Baik hati, lemah-lembut. Calon suami terbaik tu.”,promosi Faizal lagi.

Aku terdiam seribu bahasa dengan ceritanya. Kiranya Faizal dah lama mengenali keluarga Tuan Syed Hamdi Al-Syarif. Kiranya dia dan Abang Riz merupakan kenalan dan terlalu banyak cerita yang dikongsikan bersama. Terpana aku dibuatnya dengan kisah yang sudah tersingkap sedikit demi sedikit. Dan kata-kata Abang Wan terngiang-ngiang di telinga untuk kesekian kalinya. Bagai sebuah sumpahan rasanya bila dalam waktu singkat aku mengetahui kisah 2 orang lelaki yang diperkatakan Abang Wan terlalu menyayangi aku.

”Awak memang sesuai la dengan dia sebab perangai awak sama macam sepupu yang dia angaukan tu.Kisah dia ni memang sadis betul. Kalau saya Cuma berharap pada SNM, adik dia yang saya jumpa sekali dalam hidup dan rasa suka tu tak berapa pasti. Tapi kes dia ni memang berat sebab sepupu dia tu larikan diri dari family dia orang sebab tak mahu dijodohkan dengan dia. Padahal dia memang sayang betul dengan perempuan tu. Disebabkan merana, sampai ke hari ni semua perempuan dia tolak tepi”, cerita Faizal panjang lebar.

Tenang Faizal menyampaikan ceritanya, sedangkan aku rasa nak pecah dada dengan kisah yang tak pernah pun sampai ke telinga aku. Terasa lemah seluruh badan dan aku cuba kuatkan diri. Bila telefon bimbit Faizal berbunyi, sempat lagi dia menyampaikan satu pesan. Pesanan yang membuatkan hidup aku serba tak kena.

”Syed Hariz telefon. Nak berkenalan dengan dia tak?Promosi terbuka nih..jangan lepaskan peluang”.B
ila aku menggelengkan kepala, Faizal tergelak kecil sebelum berbicara dengan pemanggil dari jauh. Syed Hariz, Syed Faizal...kisah dongeng apa yang kalian persembahkan nih??

20 comments:

fezmia said...

oh my......

L said...

...

speechless. bila nak hbs cerita ni? kesian uda X(
tp boleh x klau abg riz dgn ain & faizal dgn uda? :P

Anonymous said...

huhu..pilih la nur jdi teman hidup faizal..suka nur & faizal ...

Anonymous said...

salam...sy lbh suka uda ngan abg riz. ngan faizal x ngam la... xtau la nape? bg ngan abg riz k... faizal biar ngan ain je la... blh yer.. thanks.. n gud luck...

Anonymous said...

hai..
best cite nie...
kalau boleh biar lah huda dgn riz..
faizal dgn ain..
lagu pun faizal x cintakan huda...
cepat2 sambung yer..

Sue said...
This comment has been removed by the author.
Sue said...

jgn la smpi faizal tahu yg SNM yg dicari tuh adalah NUR...

sadis nih klu faizal tahu saper la SNM tu yg sebenar kan?

masih misteri kan hubungan nur ngan kuarga syed hamdi. klu la faizal tahu... KALAU....

dr.amin said...

btol2..nak uda dgn abg riz..
uda dgn faizal cam xde chemistry.biology ade la...;p

slalu citer asik heroin end up dgn hero je.kesian kat 2nd hero..dorang pon nak berbini gak.hahaha!

xpe2..klo uda dgn faizal..abg riz bagi kat saye XD

Anonymous said...

taknak hariz dgn uda...

MaY_LiN said...

o-o..
ketahuan sume nye..
padan la..

Anonymous said...

sy sgt stuju uda ngan abg riz..biarla faizal ngan ain..xde cact celanya..

nadiah_abdllah said...

x kisahlah huda dengan faizal ke.. dengan riz ke...
harap ceritani cepatlah habis..
huhu..
:D

mizd said...

xksh r uda ngan sape pn..
jnj jalan cite bez..
chaiyok doc..hehe cpt smbg ek..

haliesha said...

saya tak sabo nak tuggu abis ceta ni. ari2 mesti buka blog tengok sambgan terkini.bila tak da piluuuuu

abnormalkah ? said...

ade bape chapter lagi eh ..
eksaited nih

raNt|ng pUtEh said...

sadis dgr kesah abg riz..
nk uda ngn abg riz la cmni...hehe..
ntah npe uda ngn ejai mcm xkn bersame je..huhu..
abg riz okay wut...
sggup tolak tepi sume girl smate2 krne bibi..
smbg cpt2..mkin xsbr plk..
p ape2 pn pgakhrnnye..
jnji cite bessssttt

Anonymous said...

salam..pendapat sy biar la nur ngan abg riz n faizal ngan ain..coz both couple character dieorg laen2..faizal kecoh,ain more to gadis melayu terakhir..huda plak gempax kinda gurl,riz epi nice n caring..ook la tu..mutakammil org kate..saling melengkapi..hehe..pape pun..chaiyookk dr.rock (^_^)v

YONG JIAO XIU said...

wow best betul. pas abis exam br sy blh mengadap balik cerita ni. rinduuuuuu.hehehe thanks ye, blh baca 5episod sekali gus ni.hmmm rasAnya bagus jgk huda kawin gan hariz.hehehe.

nurul said...

nak uda n faizal jugakkk..xmo uda ngan abg riz...

intan_aya said...

w0w...suspen abis....
kal0 nur ngan hariz pun okey aje...