@rubiadaibrahim

Friday, February 12, 2010

CCB 27:DIA lebih tahu!


”Assalamualaikum Bro.What’s up?”, ujar Faizal sebaik sahaja telefon bimbitnya dilekapkan ditelinga.
Aku masih tak berganjak dari tempat duduk biarpun tak seharusnya aku terus berada di sini.Tapi rasa ingin tahu membuak-buak. Aku mencuri dengar perbualan di sebelah pihak, Faizal yang berada di samping aku sekarang.Entah kenapa, ada keraguan dari cerita Faizal sebentar tadi. Mungkin Faizal mereka cerita untuk menguji aku dan menjebak aku supaya mengakui akulah SNM yang dicarinya sekian lama. Tapi kemungkinan besar ceritanya benar dan bukan kisah dongeng. Tak mungkin Faizal berbohong dalam kondisinya sekarang.
”Sakit biasa jelah. Siapa bagi tahu ni?Mummy aku ke?”, tanya Faizal lagi pada si pemanggil.
Mengingat kurang sopan kalau aku terus mencuri dengar perbualan mereka, aku bingkas bangun. Pantas juga Faizal mengalihkan telefon bimbitnya dan mengarahkan aku duduk kembali.
”Saya serius nak kenalkan Nur dengan Hariz..Tunggu ye.Jangan pergi mana-mana”.
Aku bungkam mendengar katanya. Kalaulah Abang Riz bercakap dengan aku melalui telefon Faizal, pasti identiti aku terbongkar dengan sendirinya. Pasti Faizal terkejut dengan kenyataan yang tak pernah sekali dibayangkan dan kisah antara kami bertiga makin rumit. Akhirnya, aku mencari helah sendiri. Dalam kebuntuan, ada satu idea yang melintas di fikiran. Sms aku taip dan kirim kepada kepada Abang Riz.
”Salam. Abang Riz, call Bibi sekarang boleh. I have something to tell you. Urgent!”.
Sms aku kirim mahu menduga apakah Hariz yang dimaksudkan Faizal benar Syed Ahmad Hariz Alif yang sama. Kalau benar, aku akan mencari penyelesaian terbaik untuk diri aku dan mereka. Kalau tidak, selamanya aku akan diburu misteri.
”La..dia kirim sms suruh call. So, aku kena letak phone la ni. Macam ni la kawan, kalau dah happy tinggal terus aku. Takpelah, pergi layan intan payung kau.So, tak jadi nak berkenalan dengan assistant aku la ni?”. soal Faizal kepada pemanggil sebelum terdiam sejenak.
”Ya, aku doakan yang terbaik untuk kau. Semoga kita bahagia sama-sama la. Senang cerita.Oh ya, kali ni jangan kasi dia jauh lagi dari kau tau.Nanti aku sampaikan salam kau dekat Ain, Farah dan mummy aku. Lagi satu, assistant aku kirim salam!”, ujar Faizal sambil mengenyit mata kepada aku.
Aku menjengilkan mata dengan gelagatnya. Pandai pula dia mengenakan aku, sempat lagi mereka cerita pasal aku. Zaman bila pula aku kirim salam dekat kawan dia. Hantu punya orang.
”Encik Faizal, sesuka hati gembira kenakan saya.Saya tarik balik maaf saya nak?”, ugutku.
Faizal tersengih dan menggaru kepalanya. Sedar kata-katanya mengundang rasa tak senang di hati aku. Pantas juga dia memohon maaf kepada aku. Tahu pun salah.
”Sorry again.Nur balik terus ke lepas ni?”,soal Faizal kembali.Aku menganggukkan kepala. Nak kemana lagi kalau tak balik ke rumah.
”Mana la tahu nak pergi tenangkan hati lagi sekali. Oh ya, saya nak minta tolong.Boleh kan?”,pinta Faizal sambil tersenyum simpul.
”Isk..mengada-ngada betul. Selama ni tak pernah pun tanya dulu sebelum suruh aku buat itu ini”,kutukku dalam hati.
”Nak minta Nur tolong turunkan gambar dekat ofis tu. Dah lama sangat dekat situ, hilang dah seri dia. Nur letakkan jelah dekat stor ke mana-mana tempat yang rasa ok. Kalau Nur nak simpan pun takpe”.
Permintaan Faizal aku akan tunaikan. Belum sempat aku menyampaikan hasrat untuk menyimpannya, Faizal dah memaklumkan kepada aku terlebih dahulu. Biarlah aku simpan sebagai kenangan, paling tidak ada juga kenangan dari dia.
”Thanks a lot. Kalau Nur nak tahu, gambar tu saya lukis sempena birthday SNM. Hariz yang cakap tarikh tu birthday dia. Kalau Hariz tipu, saya tak tahu la. Tu pun secara tak langsung dia cerita. Bab lain pasal adik dia saya kurang tahu sebab Hariz tak pernah tahu pun saya suka dekat SNM tu.Nama pun tak tahu sampai sekarang ni. Cuma kata dia dia panggil adik dia Bibi, ganti nama Baby sebab adik dia tu besar gajah!”, tambah Faizal.
Ya Allah, rasa nak pengsan aku dengan ceritanya.Tak mustahil lagi Hariz yang dia maksudkan Hariz yang sama. Tapi cerita abang Riz memang bukan kisah dongeng kerana memang benar adiknya adalah Syarifah Hurriyah dan Kak Ya juga dipanggil Bibi oleh keluarga mereka.
”Oh ya, tadi dia cakap sepupu dia tu dah ok semula dengan dia. Moga-moga kuatlah jodoh mereka. Kalau saya dekat tempat Hariz, retak menanti belah dah hati kot. Tapi Hariz memang kuat betul. Baru-baru ni sepupu dia balik semula dekat family dia, Hariz kata dia nak balik Malaysia cepat-cepat. Nak masuk meminang dan kalau boleh secepatnya dia nak menikah dengan Bibi dia tu. Kalau boleh nak disekalikan dengan Syed Hazwan. Gelojoh betul kawan saya tu kan? Takpe Nur, lelaki rabun tu tak mahu kenal dengan Nur. Selamat hidup Nur!”.
Aku sekadar tersenyum tawar dengan ceritanya. Disingkap satu-satu dengan tenang oleh Faizal. Tanpa dia sedar, orang yang Hariz maksudkan adalah aku. Pendengar setia ceritanya. Dan aku lebih yakin ceritanya bila Faizal menyambung katanya.
”Alahai mamat ni..tak gentleman langsung. Nak telefon pun, takut bukan main.Telefon jelah”, rungut Faizal sambil tersengih sendiri. Faizal menaip sesuatu di skrin telefonnya sebelum memandang sekilas ke arah aku.
”Siapalah gerangan Bibi dia tu ye? Hebat betul penangan perempuan tu, sampai jadi macam ni bestfren saya”.

Aku mengangkat bahu, berpura-pura tidak tahu. Suasana bilik sunyi seketika hinggalah bunyi telefon bimbit aku menggamatkan suasana. Aku pandang telefon bimbit, Abang Riz yang memanggil. Tak syak lagi, teman baik Faizal adalah sepupu aku yang selama ini menyayangi aku dalam diam.
”Encik Faizal, ada masalah negara ni.Budak rumah ada problem sikit,Saya balik dulu ya”, beritahuku pada Faizal.Berdalih dengan mengatakan dengan ahli rumah sewa tapi ahli rumah yang sebenarnya.
Bila Faizal menganggukkan kepala, laju aku melangkah meninggalkannya.Telefon bimbit hanya aku lekapkan di telinga setelah berada di luar bilik Faizal. Bila suara abang Riz kedengaran, aku masih buntu mahu bertanya apa. Akhirnya, punat merah aku matikan kembali. Tuhan, dugaan apakah ini?
-------------------------
”Nur, ada masalah apa? Gelisah je Auntie tengok.Nak share dengan Auntie tak?”.
Pertanyaan dari Auntie Cah menyentak lamunan aku. Auntie Cah berdiri tak jauh dari aku. Farah juga ada bersamanya.Mereka memandang aku tanpa berkelip.
”Nur ada problem dengan boyfriend ke?”,soalan Farah mengundang tawa aku.
”Isk..jangan kata boyfriend, buayafren pun saya tak ada Farah!”,selorohku.
Farah tergelak kuat. Bila Auntie Cah menjelingnya tajam, dia menutup mulut. Sedar tak sepatutnya dia berkelakuan begitu di hospital yang menempatkan orang sakit.
”Alamak, Misi Cah yang ganas dah mula beraksi. Takut la macam ni”, gurau Farah sambil mempamerkan muka takut dimarahi.
Auntie Cah menggelengkan kepala dengan gelagat anak bongsunya. Tapi pantas juga dia bertanyakan perihal perbualan aku dengan Faizal sebentar tadi.
”Ejai meratap tak minta maaf dengan Nur tadi?”.
”Tak la sampai macam tu. Cuma dia dah insaf dah Auntie. Bahagia hidup saya lepas ni”,balasku.
Auntie Cah tersenyum manis, bangga benar dengan perlakuan Faizal yang sedemikian rupa.
”Bagus la macam tu. Tak pening kepala Nur nak kerja lepas ni. Ejai tu memang mengada-ngada sikit. Lepas dia balik haritu, lama kena ceramah dengan Auntie. Berkesan jugalah sampai kena masuk hospital malam tu”,cerita Auntie Cah lagi.
”Tapi abang tu memang dah lama insaf Nur. Sejak dia kawan dengan Ain, perangai dia jadi makin baik. Kalau dulu suka betul mengenakan orang tapi sekarang ni Farah pula kenakan dia. Lagi satu, dia dah pandai main kata pujuk rayuan. Kembang la tekak dibuatnya. Nur rasa meloya tak dengan ayat abang tadi?”,soal Farah pula.
Aku mengangguk perlahan.Memang loya jugalah walaupun lebih kepada terharu dengan butir biacaranya. Bukan senang nak jumpa lelaki merendahkan egonya.Nak pula lelaki anak mummy ni, lagi la mustahil. Tapi Faizal membuktikan dia tak begitu. Buktinya tanpa gesaan dari mummynya, dia memang berniat mahu meminta maaf dari aku. Dan aku, mudah juga memberikan kemaafan kepadanya. Kerana apa? Mungkin kerana masih ada rasa suka dan sayang kepada dia di hati.
Telefon aku berbunyi sekali lagi minta diangkat. Aku menjeling sekilas, abang Riz di talian. Dengan berat hati, aku angkat dan balas panggilannya. Tapi lebih kepada menyelamatkan diri dari terus dikelilingi keluarga Faizal. Aku berpura-pura kononnya yang memanggil adalah teman serumah aku.
”Ya..ya,aku balik sekejap lagi. Tunggu ok. Assalamulaikum”,ujarku ringkas biarpun dari hujung talian suara Abang Riz terjerit kecil kerana pelik dengan kataku sebegitu. Nak buat macammana, takkan nak semua orang tahu siapa aku.
”Auntie , Farah..saya nak minta diri dulu. Ada problem sikit dekat rumah. Kena balik sekarang”,ujarku dalam rasa bersalah kerana berbohong dengan mereka.
Tangan aku hulurkan pada Auntie Cah sebelum beralih kepada Farah. Bila Auntie Cah menyuruh Farah mengantar aku pulang, pantas aku menolak. Tapi melihat kesungguhan Auntie Cah, akhirnya aku akur juga.
”Kalau datang, kami yang jemput. Pulang, kenalah kami juga yang hantar”.
Ketegasan Auntie Cah mematikan penolakan aku dengan sendirinya. Apa nak buat, Misi Aisyah yang garang dah beraksi, siapa berani melawan?
-----------------------------------------
Keadaan yang sunyi sepi mengundang muka pelik Farah sebaik sahaja kami tiba di rumah.Aku buat-buat tak nampak. Belum sempat Farah bertanya, pantas aku mereka alasan dan cerita untuk mengelakkannya menyoal siasat aku.
”Isk dia orang ni, teruk betul. Kata ada masalah dengan tuan rumah, tapi seorang pun tak balik lagi..kena jadi pungguk menunggu rumah la macam ni. Alamatnya, saya la kena serang sekejap lagi”.rungutku.
Farah tersengih dengan muka geram yang aku pamerkan. Tapi balasan Farah membuat aku diburu rasa tak senang. Tak sangka pula, aku menjerat diri sendiri dengan mereka cerita begitu.
”Nak Farah temankan tak? Paling tidak, tuan rumah seram juga bila tengok ada 2 perempuan otai dekat sini”.
”Isk takpelah. Sekejap lagi balik lah tu. Ok la Farah, drive carefully. Nanti jumpa lagi!”,ujarku sambil membuka pintu kereta. Mungkin sedar aku tak mahu dia masuk campur urusan rumah aku, akhirnya Farah mengalah. Lambaian tangan aku dibalasnya sebelum keretanya dipandu meninggalkan aku.
----------------------------
”Abang Riz, sorry. Bibi ingatkan kawan Bibi tadi. Pasal something tu, nanti Bibi ceritakan. Malam ni busy sikit sebab banyak kerja nak kena settle. Sorry tak dapat jawab call Abang Riz”.
Sms aku kirim kepada Abang Riz. Memaklumkan aku tak dapat bercerita kepadanya soal sesuatu yang aku reka sendiri untuk menjebak mereka berdua.Tak lama kemudian, ada balasan dari Abnag Riz. Sebagaimana sosok dia sebelumnya, dia masih Abang Riz yang penuh perhatian.
”It’s okay. Jangan lama-lama simpan cerita tu, nanti basi pula. Kalau ada apa-apa nak cerita, just let me know ok. I’ll always be there for you. Lagipun, Abang Riz rindu kalau tak dengar suara Bibi lama-lama”.
Aku tersengih sendiri membaca smsnya. Kalau dulu, aku menyangka segala rasa sayang, kasih dan perhatiannya kerana sikap tanggungjawabnya sebagai abang tapi kini bukan sebegitu lagi. Segalanya sudah tersurat dengan jelas di depan mata. Kata Abang Wan yang penuh teka-teka sudah pun terjawab dengan cerita Faizal.
Cerita Faizal yang mengakui Abang Riz sebagai teman baiknya. Cerita Faizal soal SNM yang dia tak tahu pun siapa gerangannya dan kisah SNM yang benar tapi kurang tepat sampai ke telinganya. Seharusnya , aku bangga kerana ada dua lelaki yang menyayangi aku dalam diam. Tapi entahlah, terlalu sukar untuk aku menerima segalanya dengan mudah dalam waktu sesingkat ini.
Faizal memaktubkan rasa cintanya pada satu kanvas yang tak bernyawa. Dilihat dan direnung hampir setiap hari sebelum kedatangan Syarifah Ain Batrisya dalam kamus hidupnya. Mungkin kerana mengharap SNMnya hadir melengkapi hidupnya tanpa dia sedar sudah lama orang tersebut di sampingnya. Kenapa Faizal tak mengenali aku? Jawapannya sudah aku maklum. Kerana Faizal tak pernah tahu SNMnya bukanlah Syarifah Hurriyah sebagaimana yang Hariz ceritakan. Faizal mempercayai kata teman baiknya.
Kalau kata Hariz 7 Februari tarikh lahir SNMnya, Faizal siapkan lukisan bertarikh tersebut sebagai tanda ingatan. Kata Hariz SNM itu adik manja dengan panggilan Bibi, Faizal tergelak kecil. Kelakar barangkali dengan nama yang berubah menjadi orang gaji bila ditambah huruf K dihujung perkataan tersebut. Terlalu polos aku rasakan bila Faizal sedikit pun tak meragui cerita Hariz.
Dan Abang Riz? Abang Riz memutuskan hubungannya dengan Syazni barangkali kerana sedar dia mula menyayangi aku. Mungkin kehilangan aku tanpa kata membuatkan dia memendam rindu dan sayang dari jauh.
” Tapi kes dia ni memang berat sebab sepupu dia tu larikan diri dari family dia orang sebab tak mahu dijodohkan dengan dia. Padahal dia memang sayang betul dengan perempuan tu. Disebabkan merana, sampai ke hari ni semua perempuan dia tolak tepi”.
Kenapa Abang Riz sanggup menolak kawan-kawanny yang pastinya lebih bijak dan ramai yang cantik dan menarik. Kenapa harus dia menunggu aku hingga ke hari ini. Kenapa sampai begitu yakinnya dia bahawa aku akan menerima dia andai dia mengatakan cinta?
”Oh ya, tadi dia cakap sepupu dia tu dah ok semula dengan dia. Moga-moga kuatlah jodoh mereka. Kalau saya dekat tempat Hariz, retak menanti belah dah hati kot. Tapi Hariz memang kuat betul. Baru-baru ni sepupu dia balik semula dekat family dia, Hariz kata dia nak balik Malaysia cepat-cepat. Nak masuk meminang dan kalau boleh secepatnya dia nak menikah dengan Bibi dia tu. Kalau boleh nak disekalikan dengan Syed Hazwan. Gelojoh betul kawan saya tu kan? Takpe Nur, lelaki rabun tu tak mahu kenal dengan Nur. Selamat hidup Nur!”.
Cerita Faizal memang fakta yang tak mampu diubah sampai bila-bila pun. Memang sepupunya balik ke rumah dan hubungan kami telah baik. Lebih akrap dan aku sendiri senang dengan layanan Abang Riz yang mendahulukan aku dalam setiap hal. Lihat sahaja tadi. Bila aku sms mengujinya, pantas dia menamatkan perbualannya dengan Faizal.Sungguh, terharu dan aku rasa dihargai.
Faizal juga mendoakan jodoh aku dan Hariz kuat. Dan aku pasti, itu jugalah harapan Abang Riz kepada aku. Menerima dia sebagai seorang yang lebih istimewa di hati, sebagai Abang Special version sebagaimana kata teman serumah aku. Dan aku, aku tak tahu apa yang terbaik untuk aku?Menerima sahaja huluran kasih Abang Riz atau sebaliknya.
Tapi sampai ke hari ini juga Faizal tak tahu perempuan yang membuatkan Hariz merana itu aku. Dan Hariz sendiri tak pernah tahu kalau Faizal suka pada adik perempuannya, bukan Syarifah Hurriyah yang dah lama pergi tapi Nurhuda Diyana ini. Kalaulah mereka tahu..apa tindakan mereka?
Pada fikiran aku Faizal akan merelakan aku untuk bersama abang Riz. Pastinya Faizal sedikit pun kerana dia memang tak pernah sekali pun menyimpan perasaan pada aku. Pastinya Faizal lebih peduli pada teman baik nya yang dah merana dalam tempoh yang lama kerana tindakan aku. Dan tak mungkin Faizal akan memilih aku kerana Syarifah Ain Batrisya sudah pun mengisi segenap hatinya.
Abang Riz? Bagaimana aku nak yakin Abang Riz menyukai aku kerana tak pernah sekali pun Abang Riz berbicara soal hatinya. Hingga ke hari ini, kata-katanya aku terima sebagai gurauan dan tanda sayang seoarang abang. Dan mungkin juga dia berkelakuan begitu kerana tak mahu aku lari meninggalkannya. Tapi bila buktinya dari dia akan muncul kalau begitu?
Kalau benar dia meluahkan rasa hati, bagaimana dengan hati aku?Bukan mudah mengubah rasa sayang di hati.Di hati aku, Abang Riz tak lebih dari seorang abang dan sampai bila pun tanggapan itu akan kekal selamanya. Dan andai benar abang Riz mahu melamar aku, aku tak pasti mampukah aku menerimanya.
Terus, apa jalan terbaik untuk aku menghadapi situasi ini? Melarikan dari sekali lagi?Tak mungkin aku akan meninggalkan mereka-mereka yang aku sayang dan menyayangi aku sekali lagi. Jadi bagaimana pun sulitnya masalah yang terbentang di depan mata, aku harus tabahkan hati dan cekalkan diri. Sedaya dan semampu mungkin bagi memastikan semua yang aku sayang bahagia. Termasuklah abang Riz dan Faizal. Untuk Faizal, aku akan terus mendoakan kebahagiaannya bersama Ain. Dan untuk Abnag Riz, adakah patut aku terima sahaja huluran kasih sayangnya? Tapi hati aku bagaimana?
”Sayang orang yang menyayangi kita bukan orang yang kita sayang”.
Dan sekarang, aku tak tahu harus memilih jalan terbaik yang mana. Pening dengan kenyataan ini membuatkan aku tak mampu melelapkan mata. Kepada-Nya, aku berserah segalanya. Biarlah Dia yang menentukan kerana Dia lebih tahu!

16 comments:

L said...

T.T dah x tau nak suruh uda pilih mana satu sbb dua2 pun cool. haha

itu_aku +_^ said...

lorhhhh...

mcm mane nih!!!!!1

Anonymous said...

kalau boleh biar lah jodoh huda kuat dgn riz...
riz lebih mencintai huda.. bukan seprti faizal.. cinta pada SNM hilang bila bertemu Ain..

YONG JIAO XIU said...

yup betul kata anon tu,baik pilih hariz. tp apa2 pun up to u lah dr rock cz this is ur story. so mana2 diterima, sebab ur idea memang rockkkkk.hehehe thanks cz post awal. best sgt. keep on looking for new post.hehehe.

the sedow geng said...

sis...
h0pe huda ngn abg riz..
stuju!stuju!
ahakz~
nex...nex...
^_^

raNt|ng pUtEh said...

penin jugak pale eyh nk plh yg mne 1??
cz dua2 ok..
p bia la uda ngn hariz..
faizal bia bhgia ngn ain...
ape2 pn..smbg cpt2 eyh..
xsbr menanti pgakhrnnye..
xsbr siapa yg akn memiliki cinta huda diyana...

Anonymous said...

nak huda dgn abg riz!!!!
tpi klau tgok tjuk citer nie (cinta cap buruh), mcam huda dgn ejai je...

MaY_LiN said...

aiyok..
camana ni huda..

Anonymous said...

emm cian uda ....png pala nk pikiaq haris ka faizal....klu pilih faizal ok la....

YONG JIAO XIU said...

mm bila pk blk mmg la tajuk dia cinta cap buruh byi cm ejai n uda. tp blh jd gak kisah cinta 2org pekerja buruh yg lastly dpt cinta sejati dorg. amacam logik x?hehehe

epy elina said...

nak riz ngn huda....
baik kte plih seseorg yg mncntai kte lbih dr kte mncntai dia...
faizal br dia bhgia ngn ain...

Anonymous said...

best...best... cepatlah sambung. Nak uda ngan riz.Faizal tu cepat sangat beralih arah. Asyik-asyik Ain..

Anonymous said...

best...best... cepatlah sambung. Nak uda ngan riz.Faizal tu cepat sangat beralih arah. Asyik-asyik Ain..

ha-ra said...

nk uda ngn ejai gak..
tp mcm cian kt abg riz...

cpat la smbg....
nk taw ape tndkan ejai bla taw uda tue bibi and uda gak yg tgal kn abg riz dlu...

Sue said...

sian kat huda... dua2 pun suka kt dier kan!

tggu for next n3 sis! :)

Anonymous said...

teringat citer janji dulu. ml ingat heroen dgn bestfriendnyer sbb dah berjanji rupa2nya lekat dgn senior doc dia...hahaha..
aku rasa la...rasa aku la...citer ni pu cm tu gak.. dah tjk ccb tentu la uda dgn ejai..tp tgok2 uda dgn riz..br best...x sabo nk bc ejai tercekek tulang bl tau SNM tu uda & bibi buah ati si riz...hahaha