@rubiadaibrahim

Monday, February 15, 2010

CCB 28:Tak Menang!


Aku tak menyangka Kak Nasya sampai lebih awal dari aku pagi Selasa yang hening ini. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, Kak Nasya sudah berdiri di depan pintu bilik kerja aku. Dia tersengih sebaik sahaja melihat kelibat aku. Nampak nakal dan jelas dia mahu mengorek rahsia di sebalik kedatangan Auntie Cah dan Farah petang semalam.
“Aha..sampai pun Tuan Puteri ni! Penat akak menunggu dari tadi”,intro Kak Nasya aku sambut dengan segaris senyuman.
Aku dapat mengagak Kak Nasya akan bertanya lebih lanjut soal semalam. Tambahan pula kedatangan Auntie Cah tentulah menimbulkan kontroversi. Dari cerita Kak Nasya, baru dua kali Auntie Cah menjejakkan kaki di pejabat JKR ini sejak Faizal bekerja. Kali pertama dia datang pada hari pertama Faizal masuk kerja dan kali kedua setahun yang lalu. Kedatangan kali ke-2 Kak Nasya juga tak pasti kerana apa.
Kunjungan kali ke-3 semalam kerana ingin menemui aku pastinya menimbulkan tanda tanya di benak Kak Nasya. Dengan cara dia membahasakan aku sebagai Tuan Puteri, jelas istimewanya aku di mata Kak Nasya hingga Auntie Cah sudi menjejakkan kaki sekali lagi di sini.
“Amboi, siap panggil saya Tuan Puteri tu! Berdaulat sungguh saya hari ni.Kak Nasya nak tanya saya pasal semalam ke?”,soalku pada Kak Nasya.
Kak Nasya tersengih mendengar pertanyaan aku, laju juga dia menganggukkan kepala. Kerusi di depan aku ditarik dan dia lantas duduk.
“Yup, sebab tu Kak Nasya masuk awal pagi ni. Kalau big boss dah datang jap lagi, tak boleh nak soal siasat dah”, balas Kak Nasya, mengemukan alasan kenapa dia muncul lebih awal pada pagi ini.
Aku membuka laptop kemudian beralih pandangan padanya. Kak Nasya memandang aku dengan muka tak sabar. Faham benar dengan sikap Kak Nasya yang begitu. Kalau dia dah mula soal-siasat, jangan harap la dia berganjak selagi jawapan tak memuaskan hatinya. Kalau tak datang awal hari ni, sampai petang lah Kak Nasya tak tenang berkerja. Mengambil berat hal pejabat katanya.
“Apa kes mummy dengan adik Faizal datang sini semalam. Dengan bertudung litup pula tu, terkejut bukan main akak tengok dia! Dulu bukan main liat lagi nak menutup kepala. Tak ada class, panas, tak selesa. Macam-macam la alasan dia bagi dekat Faizal bila Faizal suruh dia cuba pakai tudung ”,cerita Kak Nasya sambil menjuihkan bibirnya.
“Alahai, dah mula dah nak bergosip tu. Siap buat mulut ala Donald Duck lagi. Kalau permanent esok-esok, baru tahu!”, kutukku dalam hati.
Biarpun aku terkejut dengan cerita Kak Nasya, aku malas nak menambah asam garamnya. Kalau dibincangkan, panjang pula perbincangan Auntie Cah nanti. Lagi pun, kalau orang nak berubah buat apa nak dikata dan diumpat. Lebih baik mendoakan perubahannya kekal dan terus berada dalam kebaikan. Itu yang dituntut dan disarankan agama. Bukan mencemuh orang seperti budaya kita sehari-hari.
“Akak nak saya bercerita atau akak nak saya dengar cerita ni?”, soalku dalam nada bergurau. Kak Nasya menepuk dahi mendengar soalan aku. Sedar dia tak sepatutnya bersikap begitu barangkali.
“Silakan Tuan Puteri, maafkan patik kerana lantang bersuara!”, ujar Kak Nasya dengan nadanya yang bersalah. Aku tergelak dengan kelakuannya, macam-macam hal Kak Nasya ni.
“Auntie Cah dengan Farah datang sini sebab nak jemput saya tengok Faizal. Faizal admitted dekat Hospital Kajang sekarang ni..Dia..”.
“Dia kena apa Uda? Teruk ke keadaan dia sekarang ni?Akak nak pergi tengok la masa lunch hour sekejap lagi”,sampuk Kak Nasya sebelum selesai aku berbicara. Gemas benar suaranya dengan berita yang aku sampaikan. Tak menyempat dah nak menunggu aku habis bercerita, kuat juga penangan kisah kehilangan Encik Faizal ni rupanya.
“Astma attack since last Friday. Maybe hari ni atau lusa dah boleh keluar. Tadi mummy dia suruh berehat dulu sampai sihat seminggu ni. Tu yang tak dapat masuk kerja. Kalau ikutkan kepala dia yang degil, dia nak masuk juga semalam. Sekali kena tahan dengan Misi Cah yang garang tu, mengalah jugalah dia!”.
Kak Nasya menarik nafas lega mendengar cerita aku. Tapi tak lama kemudian, dia tersenyum nakal kepada aku. Cukup membuatkan aku kurang selesa dengan pandangan matanya begitu.
“Huyo Uda panggil Mak Datin tu mummy. Bukan senang dia nak baik dengan orang tau. Kalau siap datang sini semata-mata nak jemput Uda, memang dia suka dekat la tu. Mudah-mudahan, jadi mummy betul la nanti . Akak doakan Uda. Kalau betul, boleh akak menumpang senang bakal menantu Mak Datin ni”,usik Kak Nasya.
Aku tergelak kuat mendengar usikan Kak Nasya. Tak ada maknanya aku nak bermentuakan Mak Datin. Kalau pun dia mahukan aku jadi menantunya, aku akan menolak dengan sepenuh hati aku. Tak mungkin lah aku mahu jadi orang ketiga diantara Ain dan Faizal.
“Yang Uda gelak kenapa? Akak tahu Uda tetap sukakan Faizal walaupun Uda tak penah cakap dekat dia. Walaupu teruk Faizal layan Uda, Uda tetap sabar dan layan karenah dia. Hari tu punya sakit hati dengan Faizal, bila dia sakit menonong pergi hospital”, sambung Kak Nasya lagi.
Aku membiarkannya dengan spekulasi sendiri. Kalau pun aku menafikan, Kak Nasya tetap dengan pandangannya. Kak Nasya sudah lama jadi pemerhati kisah aku dan Faizal di sebalik tempatnya bekerja. Bukan dia tak tahu, betapa aku menguatkan diri selama ini setiap kali berdepan dengan Faizal yang bercerita itu ini soal Ain. Bukan Kak Nasya tak maklum juga betapa kecewanya aku bila Faizal dengan yakin mewar-warkan rahsia hatinya bahawa Ain la kekasih yang mengisi hatinya. Kerana dia juga perempuan, sudah tentu dia lebih bijak membaca perlakuan aku hari demi hari.
“Tengok Datin Aisyah treat Uda, akak tahu mummy dia berkenan dengan Uda. Kalaulah Faizal tahu siapa Uda sebenarnya, dah lama Uda jadi tunang Faizal kot. Datin Aisyah tu harap sangat Faizal tu menikah cepat-cepat tadi terpaksa terima hakikat anak lelaki dia tu keras kepala. Kalau lah tu tak wujud, akak yakin Datin Aisyah tu akan paksa Faizal nikah dengan Uda. 100% confidence!”,tegas Kak Nasya lagi aku buat-buat tak dengar dengan ceritanya.
“Alhamdulillah Ain ada, selamat hidup saya!”,balasku dengan niat bergurau. Kak Nasya melemparkan muka terkejut dengan penerimaan aku. Sedar aku malas melayan bicaranya soal keluarga Faizal, akhirnya dia mengangkat punggung. Sempat lagi dia berpesan sebelum dia melangkah keluar meninggalkan aku.
“Hidup Faizal selamatlah sebab dapat isteri pilihan mummy dia. Tapi kalau Uda, akak rasa tak lama lagi jadi Kassim Selamat la. Uda, sampai bila Uda nak berahsia? Sesekali Uda kena berani dengan hati dan perasaan Uda sendiri. Fight for your love!”.
Aku mengetap bibir. Ya, kata-kata Kak Nasya aku akui kebenarannya. Tapi untuk berjuang mendapatkan cinta aku, aku tak mungkin punya keberanian itu. Kerana aku tahu, bagaimana pun aku berusaha, tak mungkin Faizal dengan mudah beralih kasih pada aku. Segalanya tak mungkin terjadi dan selamanya rahsia di hati akan aku simpan sendiri. Sama dengan identiti aku yang tak akan sesekali aku dedahkan sembarangan.
-------------------------------------
Aku melafazkan rasa syukur dalam hati bila diminta Tuan Nazri memantau kerja-kerja perbaikan jalan PLUS bersama Encik Jamal pagi itu kerana inilah satu-satunya cara untuk aku mengelakkan diri dari menemani Kak Nasya ke hospital tengahari ini. Kalau tidak kerana alasan bekerja, pastinya aku diheret ke Hospital Kajang sekali lagi. Aku tersenyum nakal sebaik sahaja melintas meja Kak Nasya. Tapi pantas juga, aku dijerat dengan kata-kata Kak Nasya yang bersahaja.
“Akak tak kisah pun kalau Uda tak pergi sama. Tapi akak tak jamin akak boleh tutup mulut akak dari buka rahsia Uda pada dia. Rahsia identiti dan rasa hati Uda tu semuanya ada dalam genggaman akak sekarang ni”.
Ugutan Kak Nasya membuatkan langkah aku tehenti. Kak Nasya tersenyum menang bila aku senyuman aku mati serta-merta.
“ Tahu pun takut. Akak nak Uda temankan agak juga pergi tengok dia. Kalau pun Uda tak dapat balik tengahari ni, akak akan pergi petang. Tapi akak tak akan pergi seorang sebab akak tak selesa dengan mummy dia. Kalau dengan Uda, lain sikit. At least, hati dia berkenan dengan Uda. Senang sikit nanti”,luah Kak Nasya.
Rupanya dalam beraninya dia mengugut aku, masih ada rasa takut yang singgah di hatinya. Bimbang dengan sikap mummy Faizal yang sukar dijangka katanya. Pengalaman dua kali bertemu dengan Datin Aisyah sebelumnya membuatkan dia gerun untuk bersua muka. Biar pun rasa ingin tahu membuak-buak, aku simpan dalam hati bila Encik Jamal memanggil.
Sebelum meninggalkan Kak Nasya, aku meletakkan syarat kalau benar dia mahu aku menemaninya.
“Kalau akak nak saya temankan, akak kena tutup mulut pasal rahsia saya tu. Anggaplah akak tak tahu apa-apa pun pasal hati saya mahupun siapa saya sebenarnya. Deal?”.
Bila Kak Nasya menganggukkan kepala, aku tersenyum senang. Ingat senang ke nak berurusan dengan hati dan perasaan ni. Sesekali kena buat perjanjian juga kan?
---------------------------------
Penat seharian memantau kerja-kerja perbaikan jalan. Penat juga menjawab soal demi soalan dari jurutera yang berbagai ragam dan perangai. Kalau sebelum ini Faizal yang akan menjawab segala soalan yang dilemparkan, hari ini nak tak nak aku terpaksa memerah otak dengan soalan-soalan mereka. Ada jawapan kurang tepat dan ada juga soalan ada lepat.
Manakan tidak, aku menjawab sekadar tidak membiarkan soalan mereka punya jawapan. Soalan tidak tepat dan hanya berbunyi tepat dengan bertutur penuh yakin. Susah juga bekerja di dunia lelaki ni rupanya!
“Encik Zaim tu memang macam tu. Dekat site je berapi, kalau hari-hari biasa dia ok je”,ujar Encik Jamal bila menyedari perubahan muka aku setelah dibambu Encik Zaim dari Bahagian Keselematan Jalan Pusat.
“Takpelah Encik Jamal. Adat belajar, kalau tak kena macam tu saya sendiri tak tahu kekurangan saya”,balasku.
Encik Jamal tersenyum senang dengan jawapan aku. Mungkin kerana melihat kesungguhan aku, Encik Jamal akhirnya memberikan penerangan tanpa aku pinta soal projek pembinaan jalan kepada aku. Dia turut bercerita pengalamannya yang terlalu berharga kepada aku ketika perjalanan pulang ke pejabat.
“Masa saya dulu, tak ada macam. Semua benda kena turun padang. Dulu, sama comot dengan buruh jalan rupa kami. Sama hitam metallik la rupa saya yang dah sedia hitam ni. Mujur ada juga yang berkenan, al-maklumlah hitam itu menawan”,seloroh Encik Jamal.
“Sampai suatu hari, bakal pak mentua saya mengejut cari saya dekat site. Kebetulan masa tu, ada buruh baru masuk dan muka dia handsome sikit dari saya, dia terus kenalkan diri. Terkejut la orang tu kena sergah macam tu.Mujur dia tak tangkap mulut buat menantu terus. Kalau tidak, sampai tua la saya merana”,tambah Encik Jamal lagi.
Aku ketawa dengan ceritanya. Kesian betul pada Encik Jamal kerana disangka buruh dan buruh pula disangka jurutera.Memang kes naya kalau benat-benar terjadi.Tak pasal-pasal si buruh yang diangkat jadi menantu.
Tak pelik dengan cerita Encik Jamal kerana aku juga berprasangka begitu pada Faizal sebelum aku menjejakkan kaki ke sini. Siap menyangka buruh hitam menawan sebelah rumah aku buat kerja terlarang lagi bila melihat dia dan Auntie Cah bermesra di taman perumahan kami. Mengenangkan itu, aku tersenyum sendiri. Kelakar sungguh bila dikenang. Tak sangka pula Encik Jamal memerhatikan gelagat aku.
“Ada kisah serupa ke Huda?Boleh share dengan saya kalau tak kisah”, ujar Encik Jamal sambil melemparkan senyuman pada aku.
“Lebih kurang macam kes Encik Jamal jugalah. Sebelum saya masuk praktikal, mati-mati saya ingat Encik Faizal tu buruh buat jalan. Dengan motor kapcai dia ke sana ke mari, memang saya tak sangka betul dia tu yang akan jadi supervisor saya. Hari pertama jumpa, terkejut beruk saya bila tahu dia tu engineer. Alahai, memang semua engingeer senasib agaknya Encik Jamal. Kalau tak tahu, sampai sudah lah, orang tengok hati berbulu”,selorohku dalam cerita aku soal pertemuan aku dan Faizal sebelumnya.
Encik Jamal tergelak kuat. Bila dia melemparkan komennya tentang kisah aku, aku terdiam tak berkutik.
“Biasa la tu Huda. So, ada cerita cinta cap buruh la antara Huda dengan Faizal ye? Sekarang ni mesti setiap hari tengok, hati berlagu ni”.
Aku tergelak kecil dengan komennya, menyembunyikan rasa segan dengan tekaannya. Alahai, terkena dekat diri sendiri pula ayat aku tadi. Sebab itulah orang tua kita berpesan. Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata, buruk padahnya. Mujur aku pandai mengubah topik, jadi kisah aku dan Faizal tak lagi jadi topik perbincangan. Apa nak kisah, aku kan pandai mencari helah.
--------------------------
Lakaran tak bernyawa tanda ingatan Faizal pada SNMnya aku turunkan dengan bantuan Kak Nasya. Kerana janji dan persetujuan antara kami, Kak Nasya tanpa rungutan membantu aku menunaikan permintaan Faizal. Akhirnya, lukisan sebesar 1x 0.5 meter tersebut berjaya tidak lagi menghiasi dinding.
Tanpa kata, Kak Nasya meletakkan lukisan tersebut di atas meja aku. Macam sudah maklum kemana arah tuju lukisan tanpa nyawa yang dipandang saban hari oleh Faizal itu. Melihat aku hanya membiarkan gambar tersebut disitu tanpa sedikit pun mengalih pandangan, Kak Nasya membuka mulut.
“Uda tak mahu simpan gambar ni ke? Paling tidak sebagai tanda kenang-kenangan”.
Aku membiarkan kata-katanya tak ada balasan. Aku mengemas barang-barang aku dan dimasukkan ke dalam beg sandang. Buntang mata Kak Nasya dengan reaksi aku yang bersikap acuh tak acuh dengan soalannya.
“Uda!”,suara Kak Nasya sudah sedikit terjerit. Aku mengangkat muka memandangnya.
“Ye..saya. .Gambar tu nanti-nantilah saya bawa balik. Dia bukannya menangis kalau Uda tinggalkan dekat sini. Sebelum Encik Faizal habis cuti, saya akan pastikan gambar tu tak akan ada dekat sini lagi”,balasku dalam tawa yang masih tersisa.
“Akak tahu..tapi akak rasa...”.
“Tak payah rasa-rasa dah akak. Jom cepat kita pergi hospital. Kalau lambat, entah pukul berapa kita sampai sekejap lagi”,dalihku sambil menarik tangannya keluar dari ruang kerja aku.Dengan muka cemberut, Kak Nasya mengikuti juga langkah aku.
------------------------------------------
“Huda tak mahu tahu ke pasal apa akak takut sangat dengan mummy Faizal tu?”,soal Kak Nasya sebaik sahaja kereta yang dipandunya meluncur laju di jalan.“Nak la..Ikutkan hati, pagi tadi lagi saya nak tanya. Sekali Encik Jamala pula kacau daun. So, apa ceritanya”,soalku kembali kepadanya penuh minat.
“Akak kurang suka dengan perangai mummy dia yang cerewet tu. First time dia datang, tak mudah lagi dia complaint sana sini. Bilik Faizal tu kecil sangat lah, kurang bersih lah, berhabuklah. Macam-macam juga permintaan dia untuk anak kesayangan dia tu. Yang buat akak geram, dia suruh buat kerja-kerja cleaner tu. Mahunya akak tak berasap. Dah la Tuan Haji suruh ikut je apa yang di kata, masa tu memang kena rasa ditindas la. Mentang-mentang la dia kaya-raya, sesuka hati dia je suruh orang itu ini”,luah Kak Nasya penuh geram.
Aku mengekek ketawa bila Kak Nasya mengajuk cara percakapan Auntie Cah. Dengan mimik muka dan suaranya yang berubah hampir sama dengan Auntie Cah, tercuit juga rasa hati dengan ceritanya.
“Lepas mummy dia balik, Faizal datang jumpa akak. Dia minta maaf sebab perangai mummy dia macam tu, Dia tekad nak kemaskan bilik dia seorang, akak apa lagi. Melompat happy la. Tapi tak sangka pula, mamat tu ada penyakit. Memang teruk akak kena bambu bila Faizal kena tahan dekat hospital aritu. Akak sabarkah hati dengan perangai Mak Datin tu. Nak berhenti kerja rasanya tapi Faizal bersungguh-sungguh minta maaf dekat akak. Sejak kes tu Faizal dengan akak jadi rapat. Tapi Mak Datin tu tak puas hati juga dengan akak, dia kata akak ni sengaja goda anak dia. Memamg tak berinsurans betul. Bila akak bertunang, barulah ok sikit akak dengan mummy dia”, tambah Kak Nasya.
“Apa kena pula sampai dia mengata akak nak goda Encik Faizal?”, aku mengutarakan rasa musykil difikiran kepadanya.
“Biasalah Huda. Takut anak dia jatuh dekat tangan orang tak setaraf macam kita ni. Tapi cara dia layan Huda memamg mengejutkan akak. Akak rasa dia buat macam tu bukan sebab terpaksa tapi sebab dia memang jatuh hati pada Huda. Tak pun dia dah tahu siapa Huda sebenarnya tak?”.
Aku terjerit dengan ayat terakhir yang terluah dari mulut Kak Nasya, Tak mungkinlah Auntie Cah tahu siapa aku, buktinya sampai ke har ini dia masih tertanya-tanya latar belakang keluarga aku. Tak kalau benar apa yang Kak Nasya perkatakan, aku harus bagaimana?
“Alahai, pucat lesi muka. Akak gurau pun dah gabra”,tempelak Kak Nasya sambil tergelak kuat.Aku mecubitnya geram. Suka sangat mengenakan aku.
“Dia dah ok dah sekarang ni. Sejak setahun kebelakangan ni, dia dah ok dah. Memang patut pun dia risau marahkan akak 1st time kami jumpa tu. Emak mana tak risaukan keselamatan anak dia akan?”,sambung Kak Nasya.
“Betul la apa yang akak cakap tu. Tapi saya rasa dia layan saya macam tu sebab dia tahu saya tak akan sesekali goda anak dia kot. Lagipun, Ain dah diisytiharkan sebagai menantu dia. Mana Faizal pandang orang lain dah”.
Kak Nasya bersetuju dengan pendapat aku. Memang ada benarnya kata aku sebegitu. Tapi aku dapat rasakan layanan Auntie Cah pada aku benar-benar ikhlas dari sudur hatinya. Bukan layanan yang dibuat-buat dan bukan juga kerana Ain telah menambat hatinya.
Buktinya, kali pertama pertemuan kami dia melayan aku dengan baik. Berkongsi cerita dan berbual mesra dangan aku. Tak sekali pun dia mengungkit kisah perang antara aku dan Faizal yang diketahuinya.Dan mungkin juga dia bersikap begitu denganku kerana kata-kata Farah tempoh hari ada benarnya.
“Tapi apa-apa pun, mummy berkenan dengan dua-dua perempuan yang dekat dengan abang sekarang ni.Kalau Nur mummy suka sebab rajin dan pandai ambil hati dia,Ain pula mummy suka sebab cantik dan lemah lembut”.
Sergahan Kak Nasya menghilangkan kata Farah dari bermain di fikiran. Dia menunjukkan tangannya ke satu arah sebaik sahaja kami tiba di perkarangan hospital. Ain berjalan seiringan dengan Auntie Cah, bergandingan seperti layanan Auntie Cah pada aku sebelumnya. Maknanya, kata Farah juga harus percayai?Nak percaya ke tidak ye?
--------------------------------------
“Apasal muram je muka? Tadi bukannya Huda juga cakap hidup Huda selamat sebab Faizal pilih Ain. Tapi tengok Ain dengan Datih Aisyah dan macam tu, kalau tengok Faizal dengan Ain macammana pula agaknya?”, sekali lagi Kak Nasya menduga aku.
Malas mahu memanjangkan bicara, aku mengajak Kak Nasya keluar dari kereta. Terkocoh-kocoh juga Kak Nasya mengejar langkah aku yang laju mendahului dia. Menyedari sukar untuk dia menyaingi aku kerana memakai kasut bertumit tinggi, aku menunggunya menghampiri aku.
“Huda nak boikot akak sebab peril Huda ke?”,soalnya perlahan. Biarpun ada nada geram dari nada suaranya tapi tenggelam dengan tutur katanya yang cuba diperlahankan.
Aku tak mengangguk dan tak juga menggelengkan kepala. Cuma kata-kata amarah aku lemparkan pada Kak Nasya supaya dia sedar perjanjian tanpa hitam putih antara kami siang tadi.
“Akak simpan semua yang akak tahu pasal saya bila dan sampai sini. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut”,ujarku tegas.
Kak Nasya terdiam dengan ketegasan aku. Dia akhirnya menganggukkan kepala. Aku menunjukkan wad yang dihuni Faizal kepada Kak Nasya. Dalam jarak sepuluh meter dari tempat aku berdiri, aku rasakan jantung aku bagai terhenti bila terpandang sosok tubuh yang amat aku kenal. Pantas aku menyembunyikan diri di belakang Kak Nasya. Kak Nasya berpaling kearah aku dan memandang aku dengan raut pelik.
“Kau apa hal ni Huda? Macam Nampak hantu je!”.
“Memang ada hantu pun akak. Tak selamat kita melawat Faizal hari ni. Kita melawat lunch hour esok je”,dalihku sambil menarik tangannya menjauh dari tempat kami berdiri. Sempat juga Kak Nasya berpaling dan melihat apa yang membuatkan aku berubah fikiran.
Bila dia mengukir senyuman, aku diburu rasa tak kena. Bila dia melafazkan kata penuh bersahaja, aku membiarkan sahaja.
“Inilah akibatnya kalau hidup rahsia demi rahsia! Hati tak tenang, hidup tak juga senang. Huda, sampai bila nak berdalih macam ni?”.
Persoalan Kak Nasya aku biarkan tak berjawab. Laju kami melangkah menuju ke pintu masuk utama. Bila Kak Nasya berhenti dan memberi pada lelaki segak seusia walid, aku turut melakukan hal yang sama. Belum sempat lelaki tersebut bertanya khabar, Kak Nasya pantas memberi alasan ada urusan segera dan tidak boleh berbual lama dengannya. Lelaki tersebut menghantar kami dengan ekor matanya. SIapa dia, aku tak mahu ambil tahu. Yang aku tahu, aku harus menyelamatkan diri. Identiti diri aku belum sampai masanya untuk Faizal tahu. Biarlah hidup aku tak tenang dan mungkin selamanya aku tak akan menang. Kalah dengan rasa hati aku sendiri.

10 comments:

L said...

walid uda dtg melawat ke faizal ke? :DD

MaY_LiN said...

oho..
saspen ..
abg wan ke..
walid..
or abg riz..
??????

Anonymous said...

abg riz kah??

mizd said...

sape????
psal uda camm cuak sgt...ni mst ore yg rapat nge uda ni

mizd said...

sape????
psal uda camm cuak sgt...ni mst ore yg rapat nge uda ni

ha-ra said...

abg riz ke???
abg riz je yg xtaw hal uda ngn ejai..
walid n abg wan taw je..

Anonymous said...

Bukan abang riz or walid lah, kan dr rock kata "lelaki sdebaya walid".. Hm... sape ya, suspen nih... ayah ejai tu tak?

tunbegia said...

sungguh tak menang,

salamm,

Anonymous said...

best2....ble nak abes..xsabar nyerrr...huhu

halisha said...

bila nak sambung? tak sabar nak baca ni. ari-ari buka blog tapi belum ada sambungan. sapapun yang datang tak kusahla tapi bila ejai nak tau uda tu SNM?