@rubiadaibrahim

Thursday, February 18, 2010

CCB 29: Senang, Tak Tenang!

“Kalau Uda nak tahu, lelaki yang akak tegur tadi tulah daddy Faizal, Datuk Syed Fauzan”,cerita Kak Nasya membuatkan mata aku bulat memandangnya.
Tak percaya dengan tutur katanya. Tak sangka pula daddynya begitu, cukup peramah dan merendah diri. Bila Kak Nasya memohon maaf kerana tidak dapat berbual panjang dengannya, dia turut melafazkan kata maaf kerana membuatkan Kak Nasya terpaksa melayannnya. Cukup berbudi bahasa, berbeza benar dengan perangai anaknya, Syed Faizal. Macam langit dengan bumi kot!
“Kenapa pandang akak macam tu? Tak percaya ke tu daddy dia? Nak pergi tanya sendiri ke?”,soal Kak Nasya bertubi-tubi.
AKu pantas menggeleng. Nak cari pasal, silalah masuk ke hospital semula. Tak pasal-pasal walid, abang Wan dan ibu terbuka kisah pasal aku pula. Bukannya aku tak maklum dengan sikap kelam-kabut ibu. Kalau dah terlalu gembira, tak mustahil aku diperkenalkan sebagai anak manjanya. Tapi betul ke ibu yang aku Nampak tadi? Entah-entah orang lain tak?
“Akak tahu Uda tak akan buat macam tu. Uda ni perangai je otai, hati tak brutal sikit pun!”,sindir Kak Nasya sambil tergelak kecil. Aku tergelak sama, mengiyakan pendapatnya.
“Akak tak rasa Tuan Syed akan bercerita pasal Uda dekat family Faizal. Walid Uda tu sama spesis dengan Uda, bijak simpan rahsia. Apa yang Uda takutkan sangat tadi?Syed Hazwan ke?”.
Soalan Kak Nasya membuatkan aku menggeleng. Kalau Syed Hazwan aku sikit pun tak rasa takut. Kalau aku dan Tuan Syed bijak menyimpan rahsia, Syed Hazwan sifu kami. Lebih bijak dan lebih arif bab-bab berahsia ni. Buktinya sampai ke hari ini, dia menyimpan rahsia soal hati Faizal dan Hariz pada aku.
Ditinggalkan aku dengan seribu persoalan yang sudah terjawab dengan sendirinya.
“Takde la akak. Saya rasa macam tak ikhlas nak jumpa Faizal hari ni, sebab tu saya ajak akak balik. Next time la Kak Nasya, bila hati saya dah ok!”,dalihku.
Kak Nasya mencebik bibir dengan alasan aku. Tak lama kemudian, dia bersuara menyampaikan pendapatnya akan tindakan aku sebentar tadi.
“Macammana nak ikhlas kalau dalam hati Uda sentiasa ada Faizal. Tengok ada Ain dekat sana, mahunya tak terbakar dalam hati kan?Hangus rentung la hati Uda kalau hari-hari macam ni!”, seloroh Kak Nasya aku sambut dengan ketawa.
Kak Nasya berpaling kearah aku. Buntang matanya, tak percaya dengan penerimaan aku.
“Orang serius, dia buat main-main pula. Kalau Uda simpan je rasa hati tu, sampai sudah la Faizal tak tahu. Atau Uda nak akak tolong sampaikan?”,tanya Kak Nasya lagi dengan nada nakal.
Tanpa sedar, aku terjerit. Pantas juga tangan aku mencubitnya, Kak Nasya mengeringai kesakitan.
“Ye..ye, akak tak akan cakap dekat dia. Pandai-pandai la Uda settlekan masalah hati Uda. Tapi manalah tahu kot-kot ada jodoh Uda dengan Faizal nanti, jangan lupa jemput akak tahu”,seloroh Kak Nasya sambil ketawa mengekek.
“Sampai bila-bila pun tak akan ada jemputan untuk akak kalau harap saya dengan dia. Nak letak mana Ain Batrisya kesayangan dia tu? Kalau dengan orang lain, insyaallah saya tak akan lupa dekat akak”,balasku perlahan.
“Isk, tak baik cakap macam tu. Manalah tahu kalau takdir berpihak pada Uda. Kalau Allah dah tetapkan jodoh kau orang berdua, apa nak dikata. Sedangkan orang yang dah bertunang, sehari sebelum nikah pun boleh putus. Inikan pula tak ada hubungan apa-apa lagi?”,balas Kak Nasya, seakan memujuk aku supaya tak putus asa.
Kata-katanya aku biarkan sahaja bagai angin lalu. Memang kata Kak Nasya ada benarnya tapi tak mungkinlah hal tersebut akan terjadi. Mana mungkin aku sanggup menjadi orang ketiga antara Faizal dan Ain. Mana mungkin aku sanggup membiarkan orang yang aku suka merasa tak bahagia bersama aku. Dan tak mungkin aku akan memungkiri janji aku untuk merelakan Faizal dengan Ain. JAdi biarpun apa yang mungkin terjadi masa depan, aku akan tegar dengan keputusan aku. Biarlah Faizal dengan Ainnya, dan kisah aku anggaplah hanya kisah dongeng semata-mata.
---------------------------------
Aku tak menduga reaksi Kak Nasya sebaik sahaja tiba di depan rumah. Dia tersenyum meleret kepada aku bukan terkejut seperti yang aku jangkakan. Mungkin dia sudah maklum keberadaan aku sebagai jiran Faizal yang tak pernah aku maklumkan kepadanya.
“Patutlah beriya tak mahu akak hantar. Rupanya inilah seteru yang Faizal dok bising-bising dekat ofis dulu. Kalau beginilah kisah Uda dengan Faizal, akak rasa belum terlambat kalau Uda bagitahu rasa hati Uda dekat dia”,ujar Kak Nasya sambil ketawa mengekek.
Aku terdiam seribu bahasa. Kiranya Kak Nasya juga tahu soal pergaduhan antara kami sejak sekian lama. Aku ingin bertanya lanjut tapi pantas juga Kak Nasya menghidupkan enjin keretanya.
“Ingat apa yang akak cakap tadi. Belum terlambat kalau Uda cakap dekat dia! Akak doakan jodoh Uda kuat dengan mamat sengal tu. Kalau jadi nanti, akak nak kasi nama anak 1st kau orang tau!”, jerit Kak Nasya sebelum keretanya meninggalkan aku.
Aku terpaku di tempat aku berdiri. Di satu sudut hati, memang kuat aku memujuk hati supaya menerima segala yang berlaku saat ini dengan redha. Tapi satu sudut lagi, meminta aku supaya menerima nasihat Kak Nasya kepada aku dan memberanikan diri meluahkan rasa hati kepada Faizal. Tapi kalau ditambah tolak, tak mungkinlah aku berani nak buat macam tu. Erm..biarkanlah rahsia!
----------------------------------------------------
Panggilan telefon dari Abang Riz aku biarkan tak berjawab. Sejak aku mendengar cerita Faizal, aku kurang selesa, janggal dan tidak kuat untuk untuk bercerita dan berhadapan dengannya. Aku bimbang kalau-kalau Abang Riz terus menyimpan harapan pada aku. Aku bimbang kalau-kalau kemesraan aku dengannya mengundang keyakinan Abang Riz bahawa aku akan menerima dia sepenuh hati kalau dia benar-benar mengotakan katanya pada Faizal.
Kalau benar dia menghantar rombongan meminang aku, patutkah aku menerima sahaja dengan hati terbuka? Patutkah aku menerima dia kerana simpati semata-mata? Aku tak pernah terfikir akan tersepit dengan keadaan sebegini. Aku maklum betapa kecewanya abang Riz tapi bagaimana dengan rasa hati aku? Adakah patut aku menerima dia semata-mata untuk mengubat rasa sedih aku terhadap Faizal.
Aku kira aku terlalu kejam kalau memperlakukan dia begitu. Masuk ke dalam hidupnya, membuatnya yakin bahawa aku menyayangi seorang dan kemudian tersingkap aku tak ikhlas terhadap hubungan yang terbina. Pastinya sakit hatinya lebih hebat kalau aku mengambil keputusan begitu. Tapi kalau menolak, sampai bila hati abang Riz nak terubat.
Dan mungkin benar kata orang, cinta akan mengubat segala luka, duka dan lara dalam hidup. Sebesar apa pun masalah, terlerai juga dengan ikhlasnya huluran cinta. Jadi, aku harus cuba mengungkapkan cinta kepada abang Riz untuk mengembalikan semangatnya. Tapi bagaimana dengan hati aku?Hati aku biarlah aku ubat sendiri! Kalau pun aku tak temui ubatnya, aku pasti lambat laun akan terubat sendirinya seiring dengan waktu.
Telefon berdering lagi minta diangkat. Abang Riz yang menelefon. Memikirkan aku nekad dengan keputusan aku, aku lekapkan di telinga. Suara abang Riz cemas di telinga. Benar kata Faizal, kehilangan Bibi membuatkan Syed Hariz merana. Buktinya Abang Riz mengeluh sayu bila aku acuh tak acuh melayannya.
“Bibi, abang tahu Bibi bosan nak layan abang. Tapi abang tak boleh kalau tak call Bibi. Abang Riz tak semangat nak kerja kalau tak tahu Bibi ok ke tidak!I’m sorry kalau buat Bibi rimas dengan abang Riz”.
“Bibi ok je sekarang ni. Mana Bibi rimas dengan Abang Riz. Bibi tak angkat phone sebab tertidur tadi”,pujukku.
Abang Riz ketawa kecil di hujung talian. Suaranya yang tadi gusar sudah berganti nadanya.
“Oh, sorry sebab salah sangka. Kawan abang Riz cakap kalau ter’over’ protected macam ni, orang pun boleh jadi bosan. Tapia bang Riz harap Bibi tak bosan la dengan abang. Tapi kalau Bibi bosan, tak tentu arah la hidup abang”,tambah Abang Riz dalam nada bergurau.
Aku tergelak sama biarpun ada getar di hati. Kata-kata Abang Riz makin lama makin jelas dia menggambarkan rasa hatinya. Biarpun dalam nada bergurau, aku tahu sebenarnya dia mahu aku maklum betapa dia menyayangi aku. Dan yang membuatkan aku tak tenang bila mengenangkan penasihat terbaiknya dalam setiap keputusan adalah Syed Faizal Adli, jiran, supervisor dan seseorang di hati aku.
“Sepatah abang tanya, sepatah Bibi jawab. Lepas tu, tergelak je. Abang Riz rindu nak dengar suara intan payung, pengarang jantung Abang tahu tak?So, please say something. Rindu dekat abang tak?”,soal Abang Riz lagi.
Aku mengurut dada dengan soalannya. Nampaknya tak berselindung lagi dia soal hati. AKu dapat rasakan keberanian Abang Riz adalah atas sokongan Faizal. Kalau tidak, tak mungkinlah dia seberani ini. Tapi tak patut pula kalau aku tiba-tiba menghamburkan rasa marah padanya. Akhirnya, aku membalas katanya dengan gurauan.
“Nak dengar suara intan, pergi kedai emas. Kalau nak dengar bunyi payung, tunggu hujan turut. Kalau nak dengar pengarang, pergilah dekat kolum pengarang Berita Harian. Last but not least, kalau nak dengar bunyi jantung, cek la pasient abang!”,gurauku.
Abang Riz tergelak kuat. Kelakar benar agaknya dengan nada percakapan aku. Tapi pantas juga dia membalas kata aku, luahan hati dan keputusan yang membuatkan aku tergamam.
“Tak kisah la Bibi nak cakap, yang abang tahu abang sayang dan rindu Bibi sangat-sangat. Erm..lepas ni abang tak akan call Bibi setiap hari. Kalau hilang pergi macam ni, barulah wujud rasa rindu kan?”.
Aku tak membalas katanya. Keputusan Abang Riz aku terima kerana jauh di sudut hati aku sentiasa berharap apa yang aku dengar 2,3 hari ini tentangnya hanyalah kisah rekaan semata-mata. Kalau pun benar, aku berdoa sepupu yang dia angaukan tu bukan aku, tetapi sepupu di sebelah ibu. Tapi kalau tidak benar, kenapa dia penuh yakin berkata-kata begitu dengan aku?
“Kenapa senyap je ni? Just kidding ok. Abang kena off dulu, ada kerja sikit. Nanti abang call lagi ok”,pujuknya bila kesunyian mengisi perbualan kami.
“Ok”,balasku pendek.
“Aha…abang serius pasal abang cakap tadi. Ok la, assalamualaikum. Rodger!”, sambung abang Riz dalam gelak tawanya yang masih tersisa.
“Out!”,balasku lemah. Entah kenapa, badan aku menggigil dengan pengakuannya. Ya Allah, kuatkan aku!
------------------------------------------------
Seminggu ketiadaan Faizal cukup membuatkan aku serba tak kena. Manakan tidak, aku dipaksa rela oleh pihak atasan untuk memantau tapak pembinaan. Kalau sebelumnya aku ke sana sebagai pembantu jurutera tapi kali ini menggalas tanggungjwab yang lebih besar. Tambahan pula tugas yang dikelilingi lelaki membuatkan aku harus tegarkan diri. Segala pendapat aku didengar dan tak kurang juga dikecam bila kurang tepat apa yang aku perkatakan. Dalam hati, ada juga rasa kesal kerana membuatkan Faizal terlantar di hospital saat ini.
“Penat ke Cik Huda Diyana?”,suara garau yang menyapa aku membuatkan aku pantas berpaling. Walid tersenyum manis kepada aku sebelum berdiri di depan aku yang bersandar di Pajero JKR. Tak sedar pula kelibat Walid sebelumnya.
“Walid tahu Bibi tak mengaku penat walaupun muka dah tak rupa orang dah. Risau kalau Walid report dekat umi ye?”,soal Walid sambil tersenyum manis bila aku menggelengkan kepala dengan soalannya.
Aku tergelak kecil. Memang benar tekaan walid. Kalau sampai ke telinga umi betapa peritnya hidup aku sepanjang praktikal ni, ada harapan aku dijemput balik ke rumah sekelip mata. Bungkus baju, tukar kos la aku jawabnya. Mujur umi jauh di Perak dan percayakan cakap walid yang memberitakan semuanya baik-baik belaka. Kalau tidak, wassalam la hidup aku. Suram dan kelam jadinya.
“Jadi engineer bidan terjun ni memang kena banyak bersabar. Nak pula yang datang perempuan, lagi la teruk kena ketuk. Walid harap Bibi banyak bersabar dengan dia orang semua”,nasihat Walid sambil membuang pandang kearah jurutera lain yang seusianya.
“Terima kasih walid. Insyaallah, Bibi akan kuatkan semangat Bibi berdepan dengan dia orang. Tapi kan walid, Encik Zaim tu pedas betul mulut dia. Geram betul Bibi dengan dia. Ikutkan hati, nak je melawan”,rungutku.
Walid tergelak kecil dengan aduan aku.
“Mulut je jahat, hati dia baik.Tapi kenapa pasal Encik Zaim, Bibi mengadu ni?Masa dengan Encik Faizal, everything is under control”,soal Walid dengan muka penuh minat.
“Mana ada Bibi cakap semua ok dengan Encik Faizal. Pandai je walid buat spekulasi nak jerat Bibi ye?”,bantahku.
Walid menggeleng kepala dengan gelagatku yang mempamerkan raut marah padanya. Tapi tak lama kemudian, walid pantas memujukku. Aku tersenyum menang.
“Walid gurau jelah. Tak cantik la anak walid kalau tarik muncung panjang sedepa. Oh ya, Bibi dah pergi tengok Faizal? Tahu tak dia masuk wad sekarang ni?”.
“Yup”,balasku ringkas.Tak mungkinlah aku tak tahu kerana aku melihatnya sendiri dengan mata aku. Dan kerana cuti sakitnya selama seminggu jugalah, aku terpaksa menggantikan tugasnya saat ini.
“Lupa pula, Bibi kan assistant Faizal. Bibi pergi tengok Faizal bila tu? Sebab masa pergi tengok dia dengan abang Wan, daddy dia kata terserempak dengan dua orang budak ofis. Nasya dengan budak baru katanya sebab seorang lagi dia tak kenal. Bibi ke yang datang tu?”,teka walid lagi.
Aku tidak membalas pertanyaan walid tapi aku melemparkan soalan pula kepadanya kerana rasa ingin tahu yang mengasak. Mungkin benar sangkaan aku bahawa perempuan pertudung krim yang aku lihat kelmarin adalah ibu. Kalau benar, memang tepat tindakan aku melarikan diri dari bertembung.
“Walid pergi tengok Faizal hari tu dengan siapa je?”.
“Abang Wan”,
“Berdua je ke? Ibu dengan opah tak ikut?”,soal aku bertubi-tubi.
“Yelah. Bibi nak dia orang pergi sekali ke? Kalau nak, petang ni walid ajak opah dengan ibu pergi rumah keluarga Faizal. Karang, tak pasal-pasal Faizal masuk hospital sekali lagi, manalah tahu kena heart attack dengan gosip dia orang”.
Aku menggaru kepala dengan jawapan walid. Lain maksud aku, lain pula kata Walid. Akhirnya aku mengeluh perlahan. Walid tersenyum lebar melihat aku serba tak kena.
“Patut la tak pergi tengok Faizal hari tu, rupanya ingatkan ibu dengan opah ada sekali. Jangan risaulah Bibi, Walid tak akan hebahkan siapa Bibi pada Faizal. Melainkan Bibi memang nak dia tahu”,tegas Walid.
Aku tersengih dengan ketegasannya. Faham benar dengan sikap Walid yang akan mengalah dengan kedegilan aku. Dalam diam aku memanjatkan rasa syukur, kiranya sampai sekarang Faizal tak tahu siapa aku. Tapi siapa perempuan bertudung krim yang berbual mesra dengan Auntie Cah kelmarin.

Inilah padahnya kalau berahsia, semuanya jadi tak kena. Mungkin disebabkan rasa takut, aku memikirkan perempuan tersebut adalah ibu. Rupanya bukan.Aduhai, buat penat je aku berjalan ala-ala marathon. Dah tu, terpaksalah aku menemankan Kak Nasya sekali lagi ke hospital disebabkan kekhilafan aku. Dah banyak kerja, tak pasal-pasal menambah kerja!

-----------------------------
“ Tuan, dalam diam memancing ikan dekat site ye? Tak marah dek orang rumah ke?”,gurauan Encik Zaim, Walid sambut dengan ketawa.
Aku yang berada di sebelah Walid memandangnya geram. Bukan nak menjelaskan hal sebenar, tapi dengan gelagatnya begitu seakan mengiyakan pendapat orang tentang hubungan kami.
“Memancing ikan dekat kolam susah musim-musim panas macam ni. Cari dekat site lah. Kalau Huda Diyana ni, orang rumah bukannya marah tapi dia sendiri yang suruh pergi tengok!”,balas Walid bersahaja.
Encik Zaim, Encik Jamal dan beberapa orang yang lain ketawa.Makin bertambah asam dan garam cerita Walid yang dah dipandang serong oleh mereka.
“ Ni memang mawaddah wa rahmah kelurga Tuan nanti. Bila nak jamu makan nasi minyak ni Tuan?”,soal Encik Jamal pula.
“ Nak makan nasi minyak, jemput datang kenduri Hazwan nanti. Kalau nak makan nasi minyak Huda Diyana, kena tanya tuan empunya badan la. Kalau dia nak cepat, saya lagi suka!”,seloroh Walid disambut ketawa mereka yang makin galak jadinya.

Aku mengetap bibir, geram dengan gurauan yang tak sepatutnya jadi gurauan. Melihat muka aku yang dah menyinga, Walid akhirnya menukar topik perbicaan mereka. Tapi pantas juga dipantahkan oleh Encik Zaim.

“Mana boleh mengalah dengan perempuan Tuan. Kalau pun dia nak marah, biarkan dia marah. Kalau Huda Diyana nak merajuk, jangan rendahkan ego lelaki nak memujuk”.
Walid tergelak dengan kata-kata Encik Zaim. Aku bingkas bangun dari terus berada diantara mereka. Makin aku duduk di sini, makin bernanah telinga dengan perbualan yang tak bermanfaat langsung. Tapi pantas juga, Walid menarik tangan aku supaya tetap di situ. Sekali lagi, perbuatan Walid mengundang kontroversi.
“Amboi..ini memang cinta terlarang dekat site ni. Rugi pula tak bawa kamera. Kalau tidak boleh rakam aksi romantik Tuan Syed. Tak pasal-pasal dapat hadiah lesung batu balik rumah karang”.
“Walid!”, jeritan aku membuatkan gurauan mereka terhenti serta-merta. Ketawa mereka mati dan mereka berpandangan sesama sendiri.

Mungkin sedar perbuatannya membuatkan kekecohan di petang ini, Walid akhirnya memperkenalkan aku sebagai anaknya kepada semua. Sekali lagi mereka ketawa. Bila muka Walid tetap serius dan tidak ada segaris senyuman pun dilemparkan, akhirnya mereka tahu bahawa apa yang diperkatakan Walid bukanlah satu gurauan. Aku tersenyum senang biarpun dalam hati serba tak tenang. Kalau sampai ke telinga Faizal macammana? Alahai, susahnya berahsia!

--------------
Salam alaik. Maaf n3nya lambat banagt..Saya lagi sibuk sekarang, maybe next week dah kena masuk hospital mencari pasient. Saya akan cuba postkan kalau ada masa lapang. Pasal nak buat manuskrip, dah lama saya fikirkan. Insyaallah, saya akan cuba menulis dan dah menulis sikit demi sedikit. Untuk masa ni, saya akan cuba hantar CCB dan mungkin kelanjutan cerita ni tak habis di sini. Insyaallah, saya akan postkan sampai no 35 dekat blog..kalau ada rezeki, jumpalah CCB versi cetak nanti. Kalau tidak, saya akan sambung dekat blog n3nya. Apa-apa pun, sokongan, pandangan dan komen anda amat dialu-alukan. Terima kasih pada semua kerana andalah mendorong saya untuk terus menulis. Lot of LUV, dr.rock!

12 comments:

itu_aku +_^ said...

haahahha...

biar la faizal tau

+_^

halisha said...

makin menarik dan tak sabar ejai tau ni. teruskan usaha menulis yang terbaik............

ha-ra said...

cpt la ejai taw...
abg riz pon eda xslndung da soal hati...huhuhu

mizd said...

besh ye~~~
xsbar nk bc next n3..
huhuhu...if ad rzeki dpublishkan mean tggl 6 n3 lg r..
pe2pun..gd job!!!

Anonymous said...

Salam. Mula-mula tengok tajuk cerita ni macam tak berkenan, tapi bila baca entry 10 terawal, tergelak kuat saya dibuatnya. Best sangat. Tapi lah ni mcm kurang menyengat.Anyway still menarik. Bukan senang nak dapat idea kan??? Keep up the good work.

MaY_LiN said...

oho...
abisla..
walid ni kan..

Sue said...

nmpk gaya org2 kat site dah tau sape huda nie yer..?

nnt mgkn faizal akn tau gak SNMnya tu.. tak sabar nk tau kisah lepas nih!

Anonymous said...

best, good job..
waiting for the next n3

perempuan yg. sembang dgn.
untie chah itu mungkin mak Ain
kot...

"pelawat setia"...

Anonymous said...

cpt2 le Faizal thu kn snng...
klw cter nie dpublishkn lg bagus..coz citer nie mmng best tuk dibuat koleksi...hihihi...

dontbelong2u said...

tak lama lagi sampailer hot issue ini kat telinga faizal..... baik uda terima abg riz lagi berbaloi 2x... lama lagi ke nak tgu n3 tbru ??

Anonymous said...

alahai riz...uda terima je la si riz tu..sian la plk.endayu je ayat riz pakai...huhuhu..lg sweet uda dgn riz..biar uda teruskan peperangan dgn ejai sengal tu.. pastikan ejai sedih bangat dan menyesal tahap hipo coz x dpt uda..hahaha... -anasha-

kak tyea said...

hai, saya selalu baca cite2 u..hehe..best2 bagi saya..u cakap dah terserap slanga indonesian kan? muahaha...