@rubiadaibrahim

Saturday, February 20, 2010

CCB 30:Mr.Right & Mr.Wrong?


Atas permintaan Walid, aku kembali ke pejabat bersamanya. Pada fikiran aku tak, guna lagi aku berahsia dengan teman sekerja dan sepejabat. Kalau pun aku berahsia, lambat-laun kebenaran akan tersingkap juga. Walaupun awalnya aku geram dengan sikap Walid yang seakan-akan sengaja mahu memecahkan rahsia dan identiti diri, aku cuba pujuk diri agar tidak berburuk sangka. Mungkin Walid bertindak begitu kerana dia tak sanggup lagi melihat aku diperlakukan agak kasar di site oleh jurutera yang lelaki yang lain. Kalau mereka tahu siapa aku, tentunya mereka melayan aku lebih baik. Dan tindakan Walid mungkin juga kerana dia menyayangi dan mahu melindungi aku. Bapa mana tak sayangkan anak? Biarpun cuma anak saudara, tapi anak juga.
“Anak saudara Tuan la ni? Pelik juga kenapa tak ada nama Syarifah tadi. Kalau anak sendiri, memang saya surrender dah dari buli dia. Kiranya boleh la kami buli lagi ye?”, gurau Encik Zaim.
Walid menggeleng kepala, kemudian dia berbicara tegas. Jelas menunjukkan betapa kasihnya yang melimpah pada aku.
“ Tak ada lagi istilah anak saudara untuk Huda Diyana dalam hidup saya. Sejak hari pertama dia panggil saya Walid, saya Walidnya sampai bila-bila. Kalau nak buli dia, buli saya dulu”.
Encik Zaim tersenyum sumbing. Encik Jamal menggaru kepalanya dan jurutera lain tersengih sesama sendiri. Walid memandang aku dengan senyuman manisnya, aku membalas. Terharu segenap hati dengan kata-katanya yang jelas menunjukkan rasa sayangnya pada aku tak perlu dipertikai lagi. Ya, dialah Walid aku untuk dulu, kini dan selamanya.
“Nak buli tak boleh la ye. Kalau marah sebab nak mengajar tu, saya tak kisah. Marah je dia, bagi perangai degil dia tu kurang sikit”, jelas Walid lagi.
Aku mencebik bibir dengan kata-kata Walid. Sempat lagi mengutuk aku tu. Alahai, apalah malang nasib aku hari ni. Nak tak nak, kena sabarkan hati. Dah takdir aku, dapat Walid macam ni apa nak buat.
“ Takpe Tuan, degil-degil dia pun kerja jalan juga. Jangan degil asik nak berlaga kepala sudah la. Kalau orang degil macam ni, Tuan kena carikan calon menantu dari keluarga Al-Agil la. Baru boleh tundukkan perangai dia ni”, ujar Encik Zaim sambil tersengih kepada aku.
Walid tergelak kuat. Aku termangu-mangu dengan tindakan mereka. Tak ada kerja apa nak menjodohkan aku semata-mata nak hilangkan perangai keras kepala aku.
“ Ikutkan saya memang teringin jadikan budak Ejai tu menantu saya tapi Cik Huda Diyana kesayangan saya ni tak mahu. Kalau si Ejai tu saya tahu sangat perangai dia. Konon je hero, tapi kalau dah sayang dekat orang otak dia memang jadi zero. Sekarang ni, takde harapan dah nampaknya”.
Aku menggigit bibir. Memang benar apa yang diperkatakan walid. Faizal hebat bila berdepan dengan semua perempuan yang ditemuinya. Sikap romeonya membuatkan aku rasa meluat, mulut tak berinsuransnya membuatkan aku tak kuat dan bila dia bertemu dengan Ain, sikapnya berubah sekelip mata. Cintanya hanya satu dan setianya dia semua orang pun tahu.
“Tak apa Tuan. Hilang tumbuh patah berganti. Pergi seorang Ejai, ramai lagi yang sanggup beratur jadi menantu Tuan. Rahmat pun mahu kan? Tapi malu nak cakap je ni!”,gurau Encik Jamal pula sambil menepuk jurutera seusia di sebelahnya yang sejak tadi hanya mendengar mereka berbicara.
Rahmat terkejut dengan gurauan Encik Jamal, pantas juga dia menggeleng kepala. Nak tergelak aku dibuatnya. Memang kesian betul, tak pasal-pasal dikenakan. Malas mahu memanjangkan perihal mencari jodoh untuk aku, aku bingkas mahu. Mereka tergelak dengan reaksi aku. Biarlah dunia berkata-kata, yang penting cinta aku bukan hanya kata. Cinta aku siapa yang punya ye? Entah lah!
----------------------------------
Walid mengekori aku masuk ke dalam pejabat sebaik sahaja kami di tiba di pejabat. Mungkin dia kurang senang dengan sikap aku yang hanya berdiam diri sepanjang perjalanan pulang tadi. Mungkin dia mengira aku benar-benar marah kerana dia membicarakan soal jodoh aku di kalangan teman-temannya. Padahal sikit pun dalam hati, aku tak kisah. Apa nak dimarahkan kerana aku tahu apa yang diperkatakan mereka hanyalah gurauan semata-mata. Tak mungkin lah, Walid benar-benar berharap Faizal disatukan dengan aku dan dijadikan menantunya.
“ Assalamualaikum Tuan Syed. Penat nak memujuk orang merajuk ye?”,tegur Kak Nasya sambil tergelak kecil.
Aku menjelingnya. Gelak Kak Nasya mati serta merta. Walid segera mengekori aku masuk ke ruangan kerja yang aku kongsi dengan Faizal. Walid menarik kerusi di depan aku dan segera duduk.
“ Bibi tak marah pun pasal tadi. Cuma penat je Walid. Takde mood juga tadi sebab Bibi je perempuan dekat sana. Kalau ada kawan perempuan, best la juga!”,keluhku perlahan.
Walid tersenyum lebar. Dia membuang pandang ke segenap ruangan bilik sebelum menatap mataku kembali.
“ Nak ramai perempuan, Bibi kenalah tukar course. Tak pun kalau takde mood nak kerja, apa kata Bibi nikah cepat-cepat. Duduk rumah, jaga makan pakai suami”, balas Walid dalam nada gurauannya.
Aku tergelak kecil. Tak habis-habis lagi kisah jodoh-menjodoh dia rupanya. Aduhai, Walid ku ini!
“ Bibi nak kasi something dekat Walid sebenarnya ni. Nak minta Walid tolong bawa balik rumah sana. Kalau Walid tak kisah, Bibi harap Walid sanggup terima lukisan ni”,jelasku sambil bergerak kearah lukisan milik Faizal yang sudah bertukar tangan padaku.
Walid memandang pelik tingkahku. Kemudian dia membuka mulut bertanya perihal lukisan yang aku hulurkan padanya.
“ Bukan Faizal sayang sangat ke dekat lukisan ni? Kenapa boleh dia bagi dekat Bibi pula?”.
“ Encik Faizal minta turunkan gambar ni. Ikutkan dia nak suruh letak dekat stor, tapi Bibi minta nak simpan gambar ni. Since lukisan ni ada maksud dia yang tersendiri, rasanya Walid lebih berhak terima lukisan ni. Sampai masanya nanti, insyaallah walid akan faham apa yang Bibi cakap ni”,jelasku panjang lebar.
Walid sekali lagi termangu dengan tingkahku tapi dia tetap menyambut huluran aku. Mungkin tak mahu terlalu mendesak, akhirnya Walid tak melemparkan soalan lebih lanjut. Aku menarik nafas lega. Langkah Walid aku turuti dari belakang. Bila melintas meja Kak Nasya, Walid melemparkan senyuman manis.
“ Merajuk-merajuk pun dapat hadiah besar ni Nasya. Bertuah betul jadi saya!”,seloroh Walid sambil berlalu.
Kak Nasya tergelak kecil tapi terhenti bila terpandang lukisan yang dipamerkan Walid kepadanya. Tanpa suara, Kak Nasya mempamerkan rasa terkejut dengan tindakan aku. Dia menjengilkan mata dan aku memintanya bersabar dengan bahasa isyarat kepadanya.
“ Minggu ni balik tak? Kalau jadi, nanti Walid suruh abang Wan datang ambil!”, soal Walid sambil meletakkan lukisan tersebut di dalam boot kereta.
“ Tak kot. Bibi kena settlekan report projek. Kalau dapat siapkan before Jumaat, Bibi balik sana. Nanti kalau jadi, Bibi telefon Walid ok!”,balasku sambil menyambut huluran tangannya.
“ Telefon dulu. Jangan buat perangai macam minggu lepas”, tegas Walid bila aku mencium tangannya. Aku tersengih dengan nasihatnya. Bimbang benar kalau aku buat perangai lagi. Bila walid melambaikan tangannya pada aku, aku membalasnya. Biarpun Walid dah jauh meninggalkan aku, aku masih terpaku di situ. Masih mengira dan berfikir apakah tindakan aku menyerahkan lukisan berkenaan pada Walid adakah tindakan yang tepat.
----------------------------------
“ Apa kena dengan kau ni Uda? Apa kes bagi gambar tu dekat Tuan Syed Hamdi pula? Bukan Uda kata Uda nak simpan ke lukisan tu?”,soal Kak Nasya bertubi-tubi pada aku sebaik sahaja aku kembali ke ruangan kerja aku.
“ Tak ada kena apa-apa pun akak. Memang saya kata nak simpan tapi Tuan Syed lebih berhak, so Tuan Syed la patut terima”,balasku bersahaja.
Kak Nasya menggelengkan kepala. Aku membuang pandang kea rah tempat lukisan tersebut digantung sebelumnya. Selepas ini, lukisan apa pula jadi pengganti ye? Mungkin potret keluarga Faizal dan Ain akan menghiasi dinding yang sama. Kalau tidak pun, sesuatu yang berkaitan dengan Ain tentunya.
“ Akak tak faham la dengan kau ni Uda? Uda macam nak berahsia dengan Faizal pasal siapa Uda. Tapi tindakan Uda tu pula macam nak Faizal sedar selama ni orang yang dia cari tu ada depan mata dia. Mana satu yang betul ni Uda? Pening akak dengan perangai Uda tahu tak”, soal Kak Nasya, dia mendengus geram.
“ Kalau sekarang ni, saya tak kisah dah kalau dia tahu siapa saya akak. Sebab hati dia bukan pada saya pun. Kalau pun Tuan Syed datang lepas ni, saya tak kisah pun kalau saya panggil Tuan Syed tu Walid depan dia”.
Tanpa ragu-ragu, aku membalas pertanyaan Kak Nasya. Kak Nasya tergamam dengan jawapan aku.
“Ok, akak terima apa yang Uda cakap ni. Jadi, kalau lepas ni dia tahu dari mulut akak, Uda tak kisah la kan?”.
Aku menggelengkan kepala. Apa nak dikisahkan, biarlah dia tahu.
“ Kalau dia betul-betul sayangkan SNM dia tu lebih dari Ain, apa tindakan Uda?”,soal Kak Nasya lagi.
“Buat bodoh jelah!”.
“ Kalau dia putuskan hubungan dia dengan Ain, Uda sanggup terima dia atas kelukaan orang lain?”.
Aku menggigit bibir, pantas juga aku menggeleng. Kak Nasya kemudian tergelak kuat bila aku terjerat dengan keyakinan aku sendiri. Belum sempat aku berkata-kata, Kak Nasya segera angkat kaki berlalu. Sekali lagi, aku diburu rasa serba tak kena dengan pesanannya di muka pintu.
“ Akak rasa biarlah sampai bila-bila dia tak tahu. Sebab kalau dia tahu, Uda akan rasa bersalah seumur hidup sebab buat orang lain menderita. Tapi kalaulah apa yang akan cakap tadi betul, akak berani potong jari akak!”.
Aku menyandarkan kepala di kerusi. Aku pejamkan mata. Ya Allah, bantu aku keluar dari masalah ini. Aku tak sanggup berbahagia atas kelukaan orang lain. Biarlah cinta Faizal pada SNMnya adalah cinta palsu sahaja.Itu harapan aku, dan aku berharap Faizal setia pada Ain selamanya. Ya Allah, perkenankanlah harapanku ini.
-----------------------------------------
Faizal datang ke pejabat pagi Jumaat. Aku menyambutnya dengan perasaan serba tak kena. Bimbang kalau-kalau ada yang bercerita soal kejadian di site tempoh hari. Lebih bimbang lagi, kalau cerita Kak Nasya ada benarnya.
“ Cik Huda Diyana, kenapa muka lain benar hari ni? Nur tak sihat ke?”,sapa Faizal sebaik sahaja aku duduk di kerusiku. Dia memandang aku tak berkelip.
Aku menggeleng kepala, pandangan mata aku masih tertumpu pada fail di depan mata. Kalau pandangan mata kami bertemu, aku bimbang kalau dia mengorek cerita kenapa lain benar sikap aku hari ini.
“ Ye tak ye juga, mana ada orang jatuh sakit kalau tak ada arahan diktator”, tambahnya sambil tergelak kecil.
Aku tergelak sama. Tahu pun dia punya perangai macam diktator.Gelak pun gelak juga tapi rasa cuak di hati Tuhan sahaja yang tahu. Aku tenangkan hati.
“ Macam mana dengan projek hari tu. Dengar cerita Tuan Syed ada turun site ? Dia ada komen apa-apa tak?”.
Memikirkan sikap dan cara dia bertanya begitu, rasanya belum sampai ke telinga dia kisah aku sebagai anak perempuan Tuan Syed. Lega!
“ Dia datang sekejap hari tu. Tak ada komen apa-apa. Jangan risau la Encik Faizal, everything is under control!”,balasku perlahan.
Faizal tersengih memandang aku.
“Saya tak risau la Nur sebab saya tahu Nur boleh handle everthing kalau saya tak ada. Lagipun Nur dah bodek dia juga kan? Nasya kata Nur kasi lukisan saya dekat dia. Fuh..mujur dia tak faham maksud tersirat dalam gambar tu. Kalau tidak, korek tanah masuk sendiri la saya!”,seloroh Faizal sambil tergelak kecil.
Aku tergelak sama. Nampaknya cerita Kak Nasya masih bertapis. Tapi geram juga bila Kak Nasya mereka cerita kononnya aku menghadiahkan lukisan tersebut kerana membodek Tuan Syed. Tak pasal-pasal buruk imej aku di depan Faizal.
“ Mana ada saya bodek dia. Tapi memang dia paling berhak simpan lukisan tu kan. Paling tidak, kalau SNM tu balik ke rumah dia, bangga juga dia ada orang sukakan dia dalam diam!”, komenku, membetulkan tanggapannya pada aku.
“ Saya tahu la Nur bukan kaki bodek. Tengok perangai Nur yang keras kepala macam ni, mana la Nur reti bodek-membodek ni. Betul juga apa yang awak cakap tu. Walaupun dah terlambat untuk dia tahu semua tu, at least ada juga tanda ingatan dari saya kan. Pemuja rahsia kata orang!”.
Faizal menuturkan kata penuh yakin. Aku menganggukkan kepala dengan pendapatnya. Memang benar, siapa tak bangga kalau ada orang yang setia menunggu kita bertahun-tahun lamanya tanpa sebab yang jelas. Tanpa sedikitpun tergugat oleh orang lain.
“ Tapi Nur kan, saya pelik juga dengan Tuan Syed tu. Kalau dengan Nur, memang hilang terus perangai menyinga dia. Macam Nur ada ilmu penunduk pula saya rasa!”, tambah Faizal.
Aku tergelak kecil. Kelakar betul rasanya. Siap ingatkan aku ada ilmu penunduk lagi.
“ Encik Faizal, tak payah ilmu penunduk pun. Tuan Syed jadi macam tu sebab dia tahu saya hebat la tu. Kalau saya ada ilmu penunduk, tak payah susah-susah saya masuk praktikal sekarang ni. Baca je mandrem dekat Encik Faizal, terus dapat markah penuh”, selorohku bersahaja.
Gelak Faizal mengisi ruang kerja kami. Dia melemparkan senyuman manis pada aku. Tapi kata-katanya yang terakhir membuatkan aku serba tak kena.
“ Memang Nur hebat pun. Beruntunglah saya dapat assistant macam Nur tapi beruntung lagi siapa dapat Nur nanti!”.
Aku rasakan irama jantung aku jadi tak menentu. Hati aku rasa serba tak kena. Pujian Faizal mengingatkan seseorang yang jauh dari mata saat ini. Hebat benar aku kerana membuatkan abang Riz merana selama ini. Kalau abang Riz dapat aku, entah untung entah sakit jantung. Penat nak melayan karenah aku dan mungkin rasa kecewa sekali lagi bila tahu aku tak ikhlas menerimanya. Kata-kata Faizal mengingatkan aku pada perbualan dengan abang Riz malam tadi. Ah..terlalu sukar rupanya berkorban kerana simpati.
-------------------------------------
“Betul tak apa abang Riz cakap aritu. Kalau hilang timbul macam ni, lama-lama Bibi akan sentiasa ingatkan abang?”.
Aku tergelak kecil dengan soalannya. Kata-katanya memang ada benarnya. Tapi rasanya hati aku bukan merindui dia tapi orang yang dekat tapi jauh dengan aku saat ini. Syed Faizal Adli yang dah pun menemui cinta sejatinya. Entah kenapa, masih belum hadir rasa rindu pada abang Riz hingga ke hari ini.
“ Bibi tahu tak, baru-baru ni abang Riz pergi teman kawan abang pergi beli cincin untuk tunang dia. Teringin juga nak beli dekat orang yang abang sayang tapi abang tak tahu la pula saiz jari dia. Kalau abang tahu, abang dah sambar dah satu. Mahal pun mahal la, yang penting dia tahu abang sayangkan dia”, bicara abang Riz penuh yakin.
“ Abang ukur jelah jari kelingking abang. Sebab kalau tak silap Bibi la kan, umi pernah cakap kalau cincin dekat jari kelingking lelaki boleh muat jari manis perempuan, dia orang tu memang ada jodoh. Abang try la petua umi ni. Manalah tahu betul!”, balasku dalam rasa gugup yang aku cuba tahan.
“ Oh ya, nanti abang pergi la beli cincin tu. Bibi suka warna apa? Bukan apa sebagai tanda penghormatan dekat Bibi. Paling tidak, dia tahu hubungan kami dah dapat restu dari adik manja abang ni”.
“ Warna purple. Tapi kalau Bibi, Bibi nak yang ada diamond kecil je. Bukan macam dekat cincin ibu. Terjojol permata dia, silau mata orang memandang”, jelasku akan cincin pilihan aku. Mahu menduga benarkah Abang Riz punya hubungan dengan orang lain. Kalau abang Riz bijak berselindung soal hatinya, aku juga bijak memasang jerat supaya dia terperangkap dengan kata-katanya sendiri.
“ Alahai, samalah pula dengan buah hati abang pilihan Bibi. Insyaallah, nanti abang belikanlah dekat orang yang abang sayang ni. Just wait and see ok”, Abang Riz bersuara selamba. Cukup membuatkan aku serba tak kena. Kalau benar apa tekaan aku, tak lama lagi pasti abang Riz kembali dengan cincin buat perempuan dengan ukuran jari kelingkingnya. Dan kalau itu untuk aku, Nampak gayanya aku tersepit sendiri dengan petua yang aku kisahkan padanya. Benar tidak ya kata umi?
----------------------------------
“Alahai, termenung sana termenung sini. Teringat dekat siapa ni Nur?”, suara Faizal menyentak lamunan aku.
Tak sedar pula dia asik memerhatikan aku dari tadi. Aku berpura-pura menyusun kerta di atas meja untuk menutup rasa malu dengan perlakuan aku sendiri.
“ Nampak gayanya dah angau dah Cik Huda Diyana ni. Bila nak kenalkan saya dengan Mr. Right tu?”, soal Faizal lagi.
Aku tersengih macam kerang busuk dengan tekaannya. Pandai nak mengenakan aku mamat ni. Siapa Mr. Rights aku? Abang Riz? Oh..tidaklah patik.
“ Tak payah kenalkan pun Encik Faizal dah kenal. Ramai sangat yang tengah queue sekarang ni Encik Faizal, pening nak pilih yang mana satu. Hitam menawan dekat site tu ramai sangat la!”, celotehku, sekadar memberi kenyataan agar dia tak terus menyoal aku soal Mr. Right yang entah di mana-mana.
“Aduhai, susah juga nak pilih ye Nur. Tapi kalau dekat site tu, saya rasa tak payah la Nur. Itu semua Mr. Wrong je. Dari susah-susah nak pening kepala, baik awak terima kawan baik saya dekat Australia tu”, seloroh Faizal pula.
“Kalau orang buta tu saya tak mahulah Encik Faizal. Susah nak menjaganya, kena belikan tongkat bagai. Lagi satu makan tauhu, nasi dah dingin, dia bukan takat mahu, kalau saya ni dia memang tak hingin”.
Pantun yang aku suarakan mengundang ketawa Faizal. Lucu benar pada perkiraan dia. Kalau si Hariz, dia dah mahu…aku je yang tak ingin. Susah la nak mengubah rasa sayang dari abang kepada Abang Special Version. Kenapalah aku terjerat dengan kisah mamat-mamat rabun dan buta ni? Bengong aku dibuatnya.
---------------------------------
Aku memanjatkan syukur dalam hati kerana Faizal cuma masuk kerja di sebelah pagi. Kiranya tak perlu aku menghalang Abang Wan menjemput aku sebaik sahaja aku selesai kerja. Dengan demikian, aku bebas bergerak mengikuti Abang Wan tanpa sedikit pun mengambil risiko bimbang rahsia aku terbongkar dengan sendirinya. Reaksi Kak Nasya sudah aku duga bila dia melihat lambaian tangan Abang Wan sebaik sahaja kami melangkah keluar dari pejabat.
“Uda ni beraninya macam suam-suam air panas je. Faizal tak ada, bukan main lagi berani. Kalau Faizal ada, kecut perut!”,tempelak Kak Nasya.
Tiada balasan dari aku. Tak salah dia berpandangan begitu kerana semuanya benar belaka. Dalam keberanian yang cuba aku bangkitkan, terselit juga rasa takut. Tambahan pula sikap Faizal yang pelik tapi benar pagi tadi. Lagilah kecut perut. Tak pernah-pernah dia kata beruntung sebab ada aku, tiba-tiba mengaku terang-terangan pula.
“ Uda dah tahu Faizal nak bertunang tak lama lagi?”,soal Kak Nasya bila aku buat endah tak endah dengan tegurannya.
Aku menganggukkan kepala. Mustahil aku tak tahu. Faizal sendiri yang meminta pandangan aku tentang hantaran dan tema pertunangannya nanti. Grand benar bunyinya.
“ Tahu la. Dia kata 9 berbalas 11 hantaran. Tema pertunangan dia nanti warna purple. So, boleh la kita cari baju dari sekarang kalau nak datang majlis tu nanti”, balasku bersahaja.Kak Nasya menampar tangan aku.
“ Apa Uda buat ni? Jangan jadi bodoh la Uda.Akak dengar apa yang dia cakap dekat Uda pagi tadi.Akak tahu dia pun pernah suka dekat Uda Cuma dia sendiri tak pasti dengan rasa hati dia. Kalau dia tahu Uda ni SNM dia, confirm dia akan cancelkan majlis dia tu serta-merta. Please Uda, sesekali Uda kena berjuang untuk hati dan perasaan Uda!”. Dia bersuara agak lantang dengan sikap selamba aku.
“Sesekali saya kena berkorban juga hati dan perasaan saya akak.Mungkin dia memang bukan terbaik untuk saya akak. Takpelah, saya dah redha dia dengan Ain”,balasku yakin sambil pantas berlalu.
Aku dapat rasakan pandangan Kak Nasya mengekori langkah aku. Sungguh, kenapa sampai saat ini aku sendiri tak pasti dengan rasa hati aku. Biarpun lidah mengatakan redha, di dalam hati masih terluka. Biarpun aku cuba memberanikan diri bersemuka dengannya hari ini, ada rasa sedih yang mengisi hati. Aku tak cukup kuat berhadapan dengannya. Itu kenyataan yang aku cuba tidakkan setiap hari.
“ I got something for you…Surprise”, ujar Abang Wan riang sebaik sahaja aku menghampirinya.Dia mempamerkan skrin telefon bimbitnya kepada aku. Jelas di pandangan mata, cincin permata ungu di MMS yang diterima dari Abang Riz. Itulah cincin yang aku perkatakan tempoh hari pada , hari ini sudah pun dibelinya dan tak lama lagi akan sampai pada aku. Melihat kesungguhan abang Riz, aku pujuk hati. Aku redha andai abang Riz takdir aku. Mr. Right atau Mr. Wrong sekalipun, hanya dia yang mahu menerima aku seadanya.Hanya dia!

23 comments:

the sedow geng said...

waa~~~
besh2..
x kesah r ngn saper2 po0m...
ngeh3~

zero said...

ala...nk ngan faizal

Anonymous said...

xpaa..abang riz lagi bestt apa.. dia sayang gila dekat bibi kan? terima ja lahh... i ingt kn senang buat nanti abang riz meninggal waktu otw nk balik malaysia.. mnakala si ain tuh mati sebab ada penyakit breast canser tahap ketiga.. and last skali diorang boleh kahwin dn ejai dpt thu yg dia btul2 syg dkt bibi.. ngeh3

NurabaDie said...

~nk ngan faizal...huhu...tk sbr nk tau akhir ksh ni....~

raNt|ng pUtEh said...

knp ttbe rs sdey plk bc n3 nih..huhu..
skg nih dh xkesah la ngn spe uda 2 t..
jnji uda bhgi...
smbg2

epy elina said...

hohoho...
nak uda ngn riz...
faizal dah ada org lain...
cnta blh di pupuk...
yg pntg iklas mnerima...
sbb ati kte bkn kte yg pegang...
skelip mta blh brubah...

Blue Skies said...

ala klo uda ngn riz x jadi lar citer 'cinta cap buruh' nnt..
cos abg riz kan bakal pediatrik.. bukan nyer mcm ejai yg keje ngn 'buruh':)

mizd said...

smbg lg...xsbar r..
besh sgt

YONG JIAO XIU said...

yup hehehe tak kisah gan sesapa pun tapi cm best je gan riz tu.hehe. sayang melimpah ruah, dah rapat dengan family. siap panggil walid lagi so ok la tu. cepat ye next episode.hehehe.

nunaaz said...

cam kesian je kat abg riz tuh...tp jgn la matikan watak dia...xbest..at least buat la dia jumpa someone ke...
tp kalau uda ngan abg riz ok ape~

cactaceous opuntia said...

tidaaaaaaaaaak!!!!!!!!nk uda ngn ejai gk ley x?pliz2...wt la conflict pe pn...xkesa...tp nk uda ngn faizal gk...pliz2...wt la ain 2 snanye kenal riz ke ape ke...ok pe kn...ade perintaan:bley x wt smpi abes kt blog kalau nk novel kn pn...xrugi pnye....sbb sy ttp akan bli novel version...

cactaceous opuntia said...

[Blue Skies said...
ala klo uda ngn riz x jadi lar citer 'cinta cap buruh' nnt..
cos abg riz kan bakal pediatrik.. bukan nyer mcm ejai yg keje ngn 'buruh':)]
sy stuju sgt ngn ape yg blue skies ckp.....wawawa

nadiah_abdllah said...

wah...
nak lagi... nak lagi... tak kesah la sape pun.. hrp sgt cepat habis.. huhu...
best!!

Anonymous said...

sy setuju sgt dgn ( xpaa..abang riz lagi bestt apa.. dia sayang gila dekat bibi kan? terima ja lahh... i ingt kn senang buat nanti abang riz meninggal waktu otw nk balik malaysia.. mnakala si ain tuh mati sebab ada penyakit breast canser tahap ketiga.. and last skali diorang boleh kahwin dn ejai dpt thu yg dia btul2 syg dkt bibi )

Anonymous said...

sy setuju sgt sgt dgn ( xpaa..abang riz lagi bestt apa.. dia sayang gila dekat bibi kan? terima ja lahh... i ingt kn senang buat nanti abang riz meninggal waktu otw nk balik malaysia.. mnakala si ain tuh mati sebab ada penyakit breast canser tahap ketiga.. and last skali diorang boleh kahwin dn ejai dpt thu yg dia btul2 syg dkt bibi )

MaY_LiN said...

saspen..saspen

Anonymous said...

gile xtreme...anon yg kat ats skali tuh...wakakakak...x mo buat abg riz mtiiii...x skeeee....buat je la uda nk kawen ngan abg riz...ejai kite ltk jejuh...keh3

ha-ra said...

smbg cpat...
nk taw ape reaksi ejai bla tau spe uda tue sbnr nye...
cpat2...

Anonymous said...

cpt la n3 strus nye... xsabo nk tau, saper la yg jd pilihn c uda.. ejai, abg riz, ejai, abg riz... waaaaa xtau... cpt2..

Anonymous said...

best2 uda ngan abg riz
hhehe wat uda ngan abg riz tau

Anonymous said...

yang pntg uda bahagia
tp nmpk cm abg riz yang lg syg uda
buat la abg riz ngan uda ye
xmo la mati2 ni sedih xbest....
ok aper uda ngan abg riz n ejai ngan ain...

Anonymous said...

setuju3 uda ngan abg riz
gambate

cactaceous opuntia said...

mati itu pasti....hidup itu insyaallah....