@rubiadaibrahim

Monday, February 22, 2010

CCB 31: Soal Hati?

Aku tidak menyertai ahli keluarga yang lain menonton TV di ruang tamu selesai menikmati makan malam. Bila ibu bertanyakan kenapa, aku memberi alasan penat bekerja dan aku memerlukan rehat secukupnya. Melihat keadaan aku yang kurang bermaya, akhirnya ibu menghadiahkan ciuman dan ucapan selamat malam pada aku. Tapi lain pula dengan Abang Wan. Seakan memahami aku memerlukan ruang untuk bersendiri, Abang Wan cuma berdiam diri. Tidak seperti selalunya, tiada sindiran yang lahir dari mulutnya.
“ Tidur lena ye Bibi. Esok pagi-pagi dah kena bangun. Kalau tak hilang penat hari ni, ada orang dengar kursus kahwin dalam mimpi pula esok”, pesan Walid bila aku menghulurkan tangan mahu bersalaman dengannya sebelum melangkah ke bilik.
Aku hanya mengangukkan kepala. Memang aku mahukan rehat secukupnya sebelum mengikuti kursus kahwin yang diaturkan oleh Abang Wan. Kalau ikutkan hati, malas rasanya menemani Abang Wan ke kursus berkenaan. Tapi bila dipujuk Walid dan Ibu, akhirnya aku mengatakan setuju. Kesian juga pada Abang Wan tak berteman ke sana. Kalau tidak kerana Kak Nadia ada urusan mendadak, rasanya hari esok hanya dipenuhi dengan aktiviti menternak lemak yang sudah lama aku tinggalkan.
“ Apa salahnya kalau Bibi ikut Abang Wan. Kalau ada orang nak menikah dengan Bibi, terus suruh Pak Ngah akadkan je. Tak payah pening-pening nak fikir soal kursus. Lagipun Hariz dah ada sijil nikah kalau tak silap Abang Wan”, pujuk Abang Wan bila aku keberatan untuk menemaninya besok.
Hanya senyuman tawar aku lemparkan dengan pelawaan Abang Wan. Memang sebelumnya aku pernah menyimpan niat untuk mengikuti kursus kahwin tetapi bukan dalam waktu secepat ini. Perancangan aku paling awal sebaik sahaja aku habis mengikuti praktikal. Bukan bersama Abang Wan tetapi bersama teman serumah aku. Tapi bila mendengar suara abang Wan yang lirih, akhirnya aku bersetuju. Abang Wan tersenyum lebar dengan keputusan aku.
“ Kan bagus kalau macam ni. Mendengar kata, tak melawan. Senang dan tenang hidup Hariz kalau beristerikan Bibi nanti”, tambah Abang Wan.
Senyuman di bibir aku mati serta-merta. Entah senang, entah bengang. Biarpun aku sudah membuka pintu hati selebarnya untuk Abang Riz tapi masih ada kata kurang pasti. Aku bimbang andai aku menerima Abang Riz kerana simpati semata-mata. Aku bimbang andai harapan tinggi Abang Riz tak mampu aku penuhi.
“ Abang kenal Hariz. Dia tak mengharapkan Bibi jadi Bibi yang lain. Dia tak harap Bibi jadi perempuan Melayu terakhir. Lemah gemalai, ayu, dan sopan santun macam apa yang Faizal harapkan pada SNM dia. Cuma satu yang dia nak dari Bibi. Bibi ikhlas terima dan menyayangi dia”.
Aku menelan air liur. Bila Abang Wan mula membandingkan Faizal dan Abang Riz, aku akui Abang Riz lebih baik dan lebih ikhlas menerima aku. Dan sebagai balasan dari keikhlasan dia, seharusnya aku membuang nama Faizal jauh dari hati.
Sebagai tanda aku menghargai rasa hatinya, aku harus cuba menyemai rasa sayang dan cinta hanya untuk dia. Tapi biarpun aku mencuba, kenapa terlalu sukar untuk aku ikhlaskan hati, kenapa terlalu payah untuk aku menyematkannya di sanubari? Aku tanyakan pada diri sendiri, tapi hingga saat ini jawapannya masih belum aku temui. Kenapa ya?
--------------------------------------
Kursus pra-pernikahan hari pertama yang aku lalui banyak menyedarkan aku akan beratnya tanggungjawab seorang isteri. Biarpun dalam jenaka, penerangan Ustazah Haliza cukup melekat di kepala aku.
“ Kalau suami kata tak boleh, isteri tak boleh menoleh. Kalau suami kata tak nak, isteri jangan melalak. Isteri kenalah sentiasa cantik di mata suami. Jangan suami balik rumah, isteri sambut dengan baju kelawar. Kalau perangai isteri macam tu, ada harapan suami cari penenang hati di luar”.
Penuh makna tersirat ceramah dari beliau. Peserta lelaki dah mula tergelak kuat, yang perempuan mempamerkan muka meluat dengan perangai pasangan masing-masing. Aku memandang Abang Wan, dia cuma tersenyum sumbing. Mungkin kerana aku bukan pasangannya, dia tak berani bergurau senda sebegitu dengan aku. Kalau dengan Kak Nadia, mungkin dia dah mengeluarkan kata amaran barangkali.
Bila sampai ke perihal mendidik anak, suasana yang tadinya gamat menjadi sunyi sepi. Manakan tidak, ada petua yang diberikan dan ada panduan yang disampaikan. Semua peserta kusyuk mendengar ceramah yang diberi. Siapa yang tak mahukan anak-anak soleh jadi permata hati kan? Itu juga harapan aku andai jodoh dah sampai suatu masa nanti.
“ Kalau anak degil tak mendengar kata, mak ayah saling menunding jari. Tak ada seorang pun nak mengaku salah, tak ada seorang pun nak mengaku kalah. Padahal semuanya berpunca dari salah mak dan ayahnya. Kalau ikut anjuran agama, insyaallah anak yang lahir anak yang soleh dan solehah. Bukan anak toleh dan tolehan. Betapa cantik Islam atur untuk umatnya tapi sayangnya kita bukan nak ikut anjuran Islam tu. Kita ikut budaya yang entah datang dari mana dalam membentuk anak-anak”.
Dianjurkan dalam Islam mengikuti tatacara perhubungan yang benar untuk mendapatkan anak yang baik. Perhubungan dengan penuh kasih sayang, didahului dengan doa minta dijauhkan dari syaitan dan mendidik anak dengan ayat Al-Quran serta mengenal agama sejak dari dalam kandungan lagi. Bila disahkan kehamilan, ibu dan ayah harus sering memperdengarkan bacaan Al-Quran buat buah hati mereka bukan dengan nyanyian yang melekakan. Kerana Al-Quran itu adalah cahaya dan cahayanya akan menerangi seluruh hidup umat manusia sepanjang zaman.
-------------------------------------
“ Walid kata kakak pergi kursus nikah siang tadi. Ada apa-apa nak share dengan umi tak?”, soal umi sebaik sahaja telefon bimbit Walid berganti ke tangan aku.
Aku tergelak kecil. Cepat benar berita tersebar ke telinga umi.
“ Seronok tak kursusnya? Kalau dah pergi kursus, nampak gayanya tak lama lagi umi dah nak dapat menantu la ni ye. Bila nak kenalkan calon Kakak dekat umi?”, soal umi lagi, nampak gayanya sesi soal jawab umi dah bermula.
“ Boleh tahan la umi. Walaupun penat, seronok jugalah sebab dapat input pasal rumahtangga ni. Tapi kalau kakak sendiri nak berumahtangga, nampak gayanya lambat lagi la . Calon malang tu tak jumpa lagi la”,balasku dalam gurauan.
Umi tergelak kecil mendengar gurauan aku. Aku kira umi juga maklum dengan keadaan aku yang mengikuti kursus berkenaan kerana menggantikan tempat Kak Nadia yang tidak dapat ikut serta. Tambahan pula, orang dah nak sponsor. Tak baik menolak rezeki juga.
“ Umi tahu, saja je bergurau dengan kakak. Tapi kalau ada orang nak dekat kakak lepas ni, senang sikit kerja abi. Tanya dia ikhlas ke tidak dengan kakak, terus menikah. Tak payah nak besar-besar kendurinya, umi hidangkan air teh dengan biskut kering je”, seloroh umi pula.
Sebagaimana pujukan Abang Wan, umi turut melemparkan ayat yang hampir serupa. Kiranya memang selama ini umi juga maklum dengan rasa hati Abang Riz terhadap aku. Tetapi kenapa tidak dia maklumkan kepada aku. Untuk memastikan tekaan dan rasa hati yang bergolak hebat, aku bertanya kepada umi.
“ Sebelum ni ada orang nak dekat kakak, umi memang tahu ke?”,soalku berkias.
Umi tergelak kecil sebelum mengemukakan balasan dan jawapan.
“ Kakak maksudkan Abang Hariz ke? Kalau si Hariz, umi dah lama tahu. Dia sendiri minta izin dari umi kalau umi tak keberatan. Tapi umi kurang setuju kalau nikah sepupu ni. Lagipun kakak dah anggap Abang Riz macam abang sendiri. Dengan Along dan Angah pun tak serapat tu. Kenapa kakak tanya macam tu, kakak dah tak kisah ke kalau jodoh kakak dengan Abang Riz?”.
Tiada kata yang lahir dari bibir aku. Buntu juga memikirkannya. Kata umi memang ada benarnya. Kalau dibandingkan dengan Along dan Angah, Abang Riz lebih kenal siapa aku. Kalau perihal nikah sepupu, aku juga kurang senang kalau hal tersebut benar-benar terjadi. Soalnya, aku kurang senang dengan pandangan orang. Tapi kalau itulah takdir dari-Nya, siapa aku untuk melawan.
“ Kakak, ada lagi tak ni?”.
“ Ye..ada lagi”,sahutku pada panggilan umi. Jelas kedengaran nada bimbang di suara umi dengan sikap aku yang berdiam diri. Akhirnya, aku menyatakan balasan pada persoalan umi sebelumnya.
“ Kalau dah takdir, dengan siapa pun kakak terima. Bukan setakat sepupu, dengan orang tak sekufu pun kakak tak kisah. Lagi senang kenduri umi, tak payah nak hidang apa-apa. Kita hadiahkan senyuman je dekat tetamu”,selorohku disambut ketawa umi.
“ Siapa yang tak sekufu tu? Buruh hitam menawan disukai ramai ke kakak? Kalau buruh hitam menawan tu orang yang baik, tak tinggal sembahyang umi tak kisah. Lagi satu, dia sayang dekat kakak sepenuh hati. Macam kisah umi ni. Walaupun abi tak ada apa-apa, kasih sayang abi tu dah cukup buat umi bahagia”, pesan umi sebelum menamatkan talian.
Kata-kata umi sungguh dalam maknanya. Aku mengerti apa maksud umi. Memang benar apa yang umi katakan. Kasih sayang abi pada umi membuatkan umi kuat melalui kehidupan yang sukar, umi tegar menjalani kehidupan yang jauh berbeza sebelum pernikahan mereka dan umi tabah biarpun terpaksa menerima tohmahan orang akan pernikahan mereka. Dan kerana kasih sayang abi juga, umi menjadi umi terhebat sedunia.

Tapi kalau aku? Aku juga tak pasti. Kalau buruh hitam menawan yang sayangkan aku, rasanya tak pernah ada. Kalau aku yang menyayangi orang yang aku sangka buruh binaan, itu memang pernah terjadi. Tapi sayangnya, dia tak menyayangi aku sepenuh hati. Yang menyayangi aku sepenuh hati hanya seorang aku kira. Dia yang jauh dari mata dan dia yang sentiasa ada buat aku. Syed Ahmad Hariz sahaja!

Ya, Cuma dia. Jadi, haruskan aku melanggar rasa kurang setuju umi untuk mencapai bahagia? Adakah memang dia sahaja yang menyayangi aku sepenuh hati? Kalau hanya dia, kenapa kata-kata Kak Nasya sebelumnya lebih melekat di fikiran. Mungkinkah Syed Faizal Adli juga rasa yang sama pada aku. Ah, tak mungkinlah!

--------------------------------------
Aku tak menyangka akan bertemu dengan Kak Nasya di Pejabat Agama Islam Shah Alam pada hari kedua aku mengikuti kursus pra-nikah di sana. Raut wajah Kak Nasya jelas menunjukkan dia terkejut melihat kelibat aku di sana. Aku juga terkejut tapi tidaklah seperti Kak Nasya yang tak ubah seperti melihat hantu lagaknya.
“ Bukan hantu la Kak Nasya. Saya ni, Huda”, teguran aku tak bersambut. Kak Nasya masih memandang aku dengan raut tak percaya.
“ Tampar akak Uda. Macam tak percaya pula jumpa Uda dekat sini. Kalau sakit kena tampar sekejap lagi, memang betullah akak tak bermimpi”, balas Kak Nasya sambil mengisyaratkan aku supaya menampar lengannya.
Orang dah suruh, aku pun apa lagi. Bertindak lah. Tangan Kak Nasya aku tampar kuat, dia menyeringai kesakitan. Dia menggosok tangannya yang dah berubah warna kerana diperlakukan begitu.
“ Ya Allah, betullah akak tak mimpi. Uda biar betul? Join kursus nikah ni. Memang dah ada calon yang menanti ke?”,soal Kak Nasya lagi.
“ Betul la akak. Kalau ada calon pun apa salahnya kan. Mana la tahu, kot-kot jodoh saya dah dekat dah”,balasku sambil ketawa kecil.
Kak Nasya menjengil geram dengan reaksi aku. Aku menutup mulut menahan tawa dengan mukanya yang dah mula nak percaya kata-kata aku. Tapi gurauan aku memang ada benarnya. Kalau abang Riz menanti aku hingga saat ini, bukan calon menanti namanya tu?
“ Jangan la buat lawak dengan akak. Tak ada angin, tak ada ribut tup...tup nak menikah. Bab nikah kahwin ni bukannya boleh buat main-main tahu tak. Masin mulut, tak pasal-pasal ada orang nikah free nanti”.
Aku mengetap bibir. Seram juga dengan ugutan Kak Nasya. Kalau ada kes nikah free sekalipun, jauhkanlah dari menimpa hidup aku. Syuh..simpang malaikat 44 la hendaknya!
“ Yelah..saya tahu tak boleh buat main-main. Saya temankan Abang Wan akak. Kebetulan tunang dia tak dapat ikut kursus ni, tu yang kena ganti. Akak pula buat apa dekat sini?”,soalku kembali.
Kak Nasya mengangukkan kepala. Dia tak menjawab pertanyaan aku, sebaliknya dia menundingkan jari kearah pasangan yang sedang berjalan ke arah kami. Abang Wan juga ada dibelakang pasangan tersebut, sedang berbual dengan peserta yang lain.
“ Kenalkan ni adik akak, Naim. Ni tunang dia, Aiza. Insyaallah, kalau tak ada aral melintang kami akan naik pelamin sama-sama nanti”, jelas Kak Nasya sambil memperkenalkan pasangan yang sudah menghampiri kami.
Aku menghulurkan tangan bersalaman dengan tunang adiknya. Bila Abang Wan menghampiri aku, ada spekulasi dari Naim yang membuatkan aku serba tak kena. Aduhai, tak pasal-pasal dapat gelaran pasangan teladan pula.
“ Kalau Kak Long nak tahu, mereka nilah pasangan paling pendiam dalam kursus ni. Malu-malu, tapi mahu kot. Pasangan teladan abad ini ni!”.
Kak Nasya tergelak kuat. Abang Riz menggaru kepala. Belum sempat aku menjelaskan hal sebenar, Kak Nasya sudah menyangkal spekulasi adiknya. Aku mengucap syukur dalam hati biarpun ada ayat kurang enak pada penjelasan Kak Nasya.
“ Kalau si Uda ni jadi pendiam, memang nak kiamat la dunia. Ni bukan tunang dia, ni sepupu dia. Kalau calon dia, ada dekat ofis tau tak. Kalau tak pun, dia tengah pening nak pilih yang mana dari site tu”.
Naim tersenyum sumbing kerana menyedari tanggapannya salah. Pantas juga dia meminta maaf pada aku dan Abang Wan. Bila Kak Nasya meminta diri untuk pulang, aku dan Abang Wan juga melangkah ke arah kereta. Sebelum kami berpisah, ada kejutan yang Kak Nasya pamerkan pada aku. Aku hanya tergelak kecil biarpun dalam hati iramanya dah tak menentu. Dengan berat hati, beg kertas berisi kain pasang yang dihulurkan Kak Nasya aku aku terima juga. Susah juga kalau bertemu dengan orang berbudi bahasa ni ye?
-----------------------------------------------------------
“ Apa yang dimenungkan lagi tu? Tak percaya Bibi dah lulus kursus, dah boleh nikah bila-bila masa?”.
Mata aku beralih memandang abang Wan yang sedang memandu. Abang Wan tersengih nakal bila melihat aku mencebikkan bibir kearahnya.
“ Calon dekat ofis tu mesti si Faizal kan? Tu yang Bibi jadi serba tak kena ni. Abang rasa dah sampai masanya Bibi lupakan dia sebab tak lama lagi dia akan bertunang. Buat apa nak berharap pada orang tak sudi. Bibi kena juga fikirkan Abang Riz yang betul-betul sayangkan Bibi. Ikutkan hati abang tadi, nak je cakap calon Bibi dah lama menanti dekat Australia. Tapi malas nak menggamatkan keadaan”, sambung Abang Riz.
Suaranya kedengaran tegas di telinga. Aku termenung bukan kerana memikirkan Faizal yang bakal melalui hari bahagianya. Tapi lebih kepada menungan susahnya untuk mengatakan tidak kepada sikap Auntie Cah yan jelas mahukan aku bersama meraikan hari bahagia Faizal. Baru dua hari yang lalu Faizal memaklumkan aku tema pertunangannya tapi hari ini baju pilihan Auntie Cah untuk aku sudah berada di tangan. Kiranya mahu tidak mahu, aku harus tabahkan hati menyaksikan pertunangan mereka nanti. Tak sangka dan tak percaya dengan tindakan Auntie Cah saat ini.
“ Makin abang membebel, makin menjadi menungan Bibi. Ada apa sebenarnya ni?”,soal Abang Riz.
Aku hanya menggelengkan kepala dalam rasa tak pasti. Kalau pun Abang Wan tak memperingatkan aku soal melupakan Faizal, aku punya hasrat untuk melakukan hal yang sama. Biarpun payah, aku akan terus berusaha hingga tiada lagi nama Faizal dalam hidup aku. Kalau pun ada, akan berakhir sebaik sahaja aku tamat praktikal sebulan setengah lagi. Itu janji aku dan tak akan sesekali aku mungkiri.
“ Tak ada apa-apa. Cuma rasa terharu je dengan orang-orang yang Bibi jumpa. Tak sangka dalam waktu sekejap, ada orang yang menghargai Bibi”, jelasku perlahan-lahan.
Abang Wan menjeling aku dengan ekor matanya. Jelas di mukanya, dia mahukan penjelasan lebih lanjut dengan luahan hati aku sebentar tadi.
“ Auntie Cah kasi baju untuk majlis bertunang Faizal nanti, sama dengan tema majlis tu nanti. Tak sangka pula dia ingat dekat Bibi. Nak tak nak, Bibi kena pergi la majlis tu nanti. Tak sedap pula kalau tak tunjuk muka”.
Abang Wan berpaling memandang aku dengan raut tak percaya. Pantas juga dia menggelengkan kepala sebelum menghamburkan rasa marahnya pada tindakan aku yang dikira melukakan hati aku sendiri.
“ Bibi jangan bodoh boleh tak? Sesekali Bibi kena fikirkan tentang hati Bibi sendiri juga. Kalau pun Bibi pergi sana sebab nak jaga hati Auntie Cah, Abang tahu Bibi kecewa. Tak mustahil Bibi akan terus teringatkan dia kalau Bibi tak menjauh dari dia. Please, Bibi tak payahlah terima ajakan Auntie Cah tu. Abang rayu pada Bibi, jangan terlalu menjaga hati orang sampai hati Bibi sendiri tak terjaga”.
Aku membuang pandang ke jalan raya yang makin sibuk. Rayuan Abang Wan aku tak endahkan. Tanpa balasan dan tanpa jaminan kata-kata, aku biarkan Abang Wan mengutuk tindakan aku. Biarlah kalau dikatakan aku bodoh sekali pun, aku tak mahu perilaku aku dipandang serong oleh keluarga Faizal. Kalau aku hilang tanpa khabar di hari bahagia Faizal, tentunya menyundang spekulasi kurang baik pada mereka yang tahu kewujudan aku di pejabat sebagai pembantu Faizal.
Tentu Kak Nasya akan menyangka aku tidak kuat berdepan dengan kenyataan kalau aku mengambil sikap sedemikian. Sudah tentu keberanian aku yang cuba aku dipertahankan akan dipertikaikan dan tak mustahil Kak Nasya akan mengisahkan hal sebenarnya kepada Faizal. Itu yang paling aku takuti kalau apa yang Kak Nasya perkatakan tiada yang dusta melainkan benar belaka.
Kalau sampai pertunangan Faizal dan Ain terbatal kerana Faizal tahu siapa aku, aku tak akan memaafkan diri aku selamanya. Aku tak akan sesekali berdepan dengan mereka selamanya dan aku akan melarikan diri jauh untuk memastikan orang yang aku sayangi bahagia. Dan kerana rasa sayang yang belum hilang dalam hati pada Faizal, aku tekad untuk tidak menghiraukan rayuan Abang Wan.
Soal hati aku yang kecewa, aku akan pujuk dan cari jalan penyelesaiannya sendiri. Soal hati aku tiada siapa yang menjaganya, aku tak mahu ambil peduli. Kerana selama ini pun, aku masih tegar memujuk hati dan hati aku akan terubat seiring dengan waktu. Soal hati bukan hal utama bagi aku kerana soal budi tak ada galang gantinya. Kerana keikhlasan keluarga Faizal pada aku, soal hati aku akan ketepikan seketika. Biarlah masa jadi penawar paling mujarab bagi duka ini.

15 comments:

Anonymous said...

bab nh sgt menyentuh perasaaann.. sob3, sedih sgttt ;( kesian bibi. huwaaaa.. meleleh hbs air mata hidung sy ;(

Anonymous said...

thanx a lot doc rock. i`ll always love ur novel ;)

in_wired88 said...

alahai..sedihnya..

epy elina said...

hohoho...
x pe la uda gi ngn abg riz...
kan abg riz nak blik msia...
uda lupakan izal 2...
trma la abg riz ngn ati yg iklas...

Anonymous said...

peh, sedey lk n3 nie... sy arap uda kuat tempohi dugaan nie.. klu jodoh ngn ejai xd, abg riz ad...

Anonymous said...

best...cerite ni.....tak sabo nk tau kisah selanjutnye.....teruskn Dr.

Anonymous said...

nk die ngan abg rizz yek...jgn bg die ngan ejai yek2...pls sesgt...huhuh...uda nih dlm bab nih jdi bodoh plak...ikut sgt prasaan...kalo nk bg org bahgia bkn centuh crenye...lmbt laun ejai tuh tau jgk sape die n kalo ejai tuh btol2 ske kat ain x de nye die nk beralih arah...ape la x pk...gram2!

nursya said...

cian kat uda...
tp nk wat camner kan...
btl la tu klw ikutkan ramai jer yg slalu pk sal ati org len dl br ati kt kan..
yer la...ati kt leh nk pujuk..ati org ssh skt...
maklum ler klw kt syg kat seseorg tu kt nk dia bahgia...
wlwpn ati sndiri tluka...
nk wat camner...
mmg lumrah kot...
huk huk huk...

aper2 pn good work doc..

Anonymous said...

rsnya mmg elok kt uda ngan abg riz, btl jg ckp abg wan yg xbaik fikirkn tunang org..kalu ejai n air xjd brtunang sbb uda, bk uda je yg xdpt maafkn diri dia, saye pn xkn maafkan dia..ahakzzzz..

MaY_LiN said...

alololo~
nape la cenggini..
uda...
tamo la camtu..
thanks sis..

haslinaj said...

Uda nak pergi kenduri pergilah but uda mesti tabah. Dahlah Uda pilih je Abang Riz.. yang tentu sayangkan Uda...

mizd said...

thanx doc..
besh giler... keep it up!!
nk lg besh 4 next n3...

Anonymous said...

igtkan uda jumpa ejai ngan ain kat kursus kawen tuh...

halisha said...

sya rsakan klu uda ngan abg riz tk jadila cinta cap buruh. btl tak doc? pasti akhir uda ngan ejai juga tu

Anonymous said...

doc publish citer nih smpai abes tau..x nak la separuh jln ja..