@rubiadaibrahim

Thursday, February 25, 2010

CCB 32:Tersepit!


Ibu, walid dan opah sedang berehat di gazebo ketika aku dan Abang Wan tiba di rumah. Melihat kami, ibu mengisyatkan kami agar menyertai mereka menikmati minum petang. Laju Abang Wan mengatur langkah kearah mereka. Aku mengikutinya dari belakang.
“ Ada orang tu kan, balik je dari kursus nikah dapat baju bertunang free!”,cerita Abang Wan sebaik duduk di kerusi bersebelahan Walid.
Semunya serentak memandang kearah Abang Wan. Abang Wan tergelak kuat dengan reaksi mereka sebelum menunding jarinya kearah aku. Aku mencebik bibir, geram kerana intro dari Abang Wan menyebabkan semua menagih kisah sebenar dari aku. Nak tak nak, terpaksalah aku membuka mulut bercerita soal baju merelip hadiah dari Auntie Cah yang aku terima sebentar tadi.
“ Pandai je Abang Wan buat cerita, bukan baju tunang free untuk Bibi. Tapi baju untuk majlis pertunangan Faizal nanti. Agaknya dia nak assign Bibi jadi tukang bawa hantaran kot”, jelasku.
Ibu tersenyum lebar mendengar cerita aku. Opah tergelak kecil dan Walid hanya menggelengkan kepala.
“ Bagus la gitu, manalah tahu kalau-kalau ada orang yang berkenan dengan Bibi. Sambar, terus ajak nikah hari yang sama dengan Abang Wan nanti ”, ujar Walid sambil tergelak kecil.
Terjerit aku mendengarkan gurauan Walid. Ibu mencubit lengan Walid. Geram kerana mempermainkan bab nikah kahwin barangkali. Walid mengaduh kesakitan.
“ Bila nak langsung kenduri Faizal tu Bibi? Grand benar bunyinya. Sampai baju kawan sepejabat pun dia sponsor? “,soal Abang Wan pula.
Aku kira Abang Wan sudah maklum Kak Nasya juga menerima hadiah yang serupa dari keluarga Faizal. Nampaknya dah ada dua orang tukang bawa hantaran untuk majlis tu. Yang selebihnya, siapa gerangan yang bertuah tu aku tak pasti pula. Biarpun masih sebulan majlis berkenaan, segala persiapan telah diatur. Memang superb dan grand!
“ Sebulan lagi. Memang grand la majlis tu, maklumlah anak lelaki seorang. Takkan nak buat majlis cikai-cikai je kan. Jatuh la standard keluarga Datuk Fauzan!”, selorohku.
Walid mengangggukkan kepala, mengakui kebenaran kata aku. Tapi pantas juga Abang Wan melemparkan komennya. Komen yang pastinya membuatkan rasa hati aku serba tak kena. Sejak bila pula dia tak pandai menyimpan rahsia ni? Aduhai, geramnya!
“ Grand memang la grand. Tapi tak sehebat hati orang yang kecewa kot!”.
Aku buat-buat tak dengar. Untuk mengawal rasa kurang senang dengan kata-kata Abang Wan, aku cepat-cepat mencapai jug air dan menuangkannya ke gelas yang ada di atas meja. Mata Walid mengikuti tindakan aku. Bila tangan aku menggigil, Walid pantas mengambil alih kerja tersebut.
“ Menggigil takut Walid buat majlis untuk BIbi tak segrand Datuk Fauzan ye? Bibi, jangan risau. Kaalau keluarga Faizal mula persiapan sebulan sebelum majlis untuk satu-satunya anak lelaki dia, Walid akan buat persiapan setahun untuk satu-satunya anak perempuan Walid!”.
Sempat lagi dia berseloroh untuk membetulkan tanggapan opah dan ibu yang aku kira sudah mengagak akulah orang yang kecewa dengan berita pertunangan Faizal yang gilang-gemilang itu. BIla ibu dah opah tergelak senang aku menarik nafas lega. Senyuman aku hadiahkan pada Walid tanda terima kasih kerana menyelamatkan keadaan. Namun senyuman aku mati serta-merta bila Abang Wan mempamerkan wajah serius dan menunjukkan jari telunjuknya pada aku. Satu amaran dan aku sedar kata-kata Walid tersimpan makna yang mendalam. Penuh tersirat dan aku sedar aku sudah terjerat.
----------------------------------------
Faizal datang dengan senyuman lebar pada pagi Isnin. Memang selalunya dia berkelakuan begitu tapi kedatangannya hari ini aku dapatkan rasakan auranya yang berbeza. Dia lebih gembira dan dengan siulan yang tak lekang dari bibirnya, aku kira Faizal berubah begitu kerana tak sabar menghitung hari bahagianya. Detik pertunangan, satu detik lagi menghampiri gerbang perkahwinan dengan orang yang disayangi. Siapa tak bahagia bila penyatuan dua hati akhirnya terpateri dalam sebuah ikatan suci.
“ Kenapa Nur pandang saya macam tu? Muka saya yang handsome ni dah bertukar jadi Shrek ke?”.
Aku tersengih mendengar soalan yang terpacul dari mulutnya. Jelas sangat muka pelik aku barangkali. Manalah dia tak perasan kalau dari tadi aku memandangnya tak berkelip. Mujur dia tak tahu rahsia hati aku je, kalau tidak aku gali lubang menyorok dalam bumi la alamatnya.
“ Nur pelik sebab saya happy sangat ye? Tak mahu tanya kenapa ke?”,soalnya lagi sambil membuang pandang kearah aku.
Aku tidak memberi reaksi pada pertanyaanya. Aku biarkan dia dengan spekulasinya sendiri. Kalau pun aku memberikan pendapat, aku kira tanggapan aku hampir 99% tepat. Jadi, apa gunanya meneka dan menuturkan kata.
“ Siapa tak happy nak menempuh hari bahagia Nur? Kalau Nur rasa sendiri nanti, Nur tahulah macammana rasa gembiranya saya sekarang ni. Rasa macam dunia ni saya yang punya”,tambah Faizal sambil tersenyum lebar.
Aku tersenyum kelat. Kata-kata Faizal bagai angin lalu di telinga. Tak ada sikit pun yang menyelinap di sudut hati. Kalau pun benar rasa gembiranya sebegitu hebat, kenapa aku tak merasakan hal yang sama pada kesetiaan Abang Riz menanti aku? Mungkin kerana rasa hati aku tak sepenuhnya untuk dia. Dan mungkin juga kerana Abang Riz tidak mengakui secara terang-terangan. Tapi bukankah sudah terang lagi bersuluh bukti-bukti yang sampai ke telinga dan mata aku. Tapi kenapa tiada rasa gembira pun yang menyelinap di hati. Mungkin, aku harus terus mencuba hinggalah keikhlasan hadir. Moga harapan aku menghadiahkan rasa sayang yang sama besarnya dengan Abang Riz tercapai juga suatu hari nanti.
--------------------------
Hanya aku dan Encik Jamal yang ditugaskan memantau kerja-kerja pembinaan. Faizal tidak turut serta kerana kondidisi kesihatannya belum mengizinkan. Tambahan pula, Auntie Cah sendiri melarang keras. Masih terngiang-ngiang di telinga dialognya mengajuk pesanan dari Auntie Cah sebelum kami bertolak dari pejabat.
“ Ejai, ingat pesan mummy ni. Jangan turun site sebab Ejai tak sihat betul-betul lagi. Kalau Ejai pergi juga, hukumnnya Ejai dah menderhaka pada mummy”.
Boleh tahan juga ugutan Auntie Cah. Memang serba tak kena kalau bab anak derhaka dibangkitkan. Seram dan kecut perut juga dibuatnya. Bila begitu bunyi larangan Auntie Cah, akhirnya Faizal mengalah. Biarpun mengalah, lajunya mulut dia berbunyi tak pernah kalah.
“ Jangan lupa cek bahan kat sana. Make sure list dalam file merah tu dah ada. Kalau Tuan Syed datang, sampaikan salam saya. Kalau ada orang tanya dekat mana saya, kata dekat dia orang saya tengah pergi honeymoon. Kalau dia orang tak tanya, awak jangan lupa cerita tau! Lagi satu, jangan buat perangai degil dekat site. Kesian dekat Encik Jamal nak melayan awak. Akhir kata, semoga berjaya”.
Hitungan di jari aku angkat dan tunjukkan kepadanya. Faizal Cuma tersengih dengan gelagat aku. Ingatkan dah berubah, rupanya masih Faizal yang sama. Mulut tak berhenti-henti bercakap kalau dah diberi peluang. Tak percaya pada kemampuan aku lagi. Alahai, sabar jelah!
“ Jangan risau la Faizal, Huda boleh handle semua tu. Kalau Tuan Syed datang, bukan takat salam, salam dengan cium tangan awak pun dia boleh sampaikan. Ditanggung beres pak!”.
Kata-kata Encik Jamal disambut ketawa Faizal. Aku kira Faizal menyangka apa yang diperkatakan Encik Jamal hanyalah gurauan, tidak lebih dari itu. Tidak terlintas langsung di fikirannya barangkali gurauan Encik Jamal ada makna yang dalam. Nampaknya, cinta Ain menghilangkan rasa ingin tahu Faizal terhadap hal-hal yang menimbulkan tanda tanya sebelumnya.
“ Bagus la kalau betul Tuan Syed dah memang suka pada dia. Boleh saya paksa anak dia terima Nur nanti. Tak payah sampai sudah mengharap pada sepupu dia yang tak sudi tu. Encik Jamal tolong promote Nurhuda Diyana ni pada Tuan Syed. Puji je melambung, tapi jangan sampai Nur kembang sudah la!”, seloroh Faizal pula.
Aku terdiam seribu bahasa. Nampaknya Abang Riz masih berkongsi cerita dengan Faizal. Dan mungkin baru-baru ini, Abang Riz menyampaikan rasa sedihnya kerana sikap aku melayan dia acuh tak acuh. Kerana itu jugalah, Faizal menuturkan kata sedemikian. Kalaulah dia tahu orang yang dia kutuk tu ada depan mata dia, apa agaknya tindakan dia ya?
“ Saya tak bergurau la Faizal. Kalau Faizal nk tahu, Huda ni……..”.
“ Budak praktikal paling degil dan selamba yang pernah saya jumpa. Saya tahu Encik Jamal nak cakap macam tu kan dekat saya. Kalau pasal tu, saya dah lama tahu..Takpelah Encik Jamal, hari ni saya minta Encik Jamal tolong jaga Nur ye. Kalau dia tak terjaga, siapa nak jadi mata mummy saya nanti”, sampuk Faizal sambil mengenyitkan matanya.
Encik Jamal menggaru kepalanya. Bila Faizal dipanggil Kak Nasya kerana ada panggilan telefon, pantas juga Encik Jamal melangkah keretanya di tempat letak kereta. Dia menghela nafas pendek dan mengeluh sendiri. Entah apa keluhan yang lahir dari mulutnya, aku tak mahu tahu.
---------------------------
“ Memang cantik bakal menantu Datuk Fauzan tu. Beruntung Faizal dapat isteri lawa macam tu. Alamatnya, ada orang tak lekat duduk pejabat la lepas ni ”,seloroh Encik Jamal ketika kami dalam perjalanan ke tapak projek.
Senyuman tawar aku pamerkan. Kalau nak dikira beruntung, dah lama aku tahu soal itu. Kalau semua orang memuji Ain cantik, pujian aku lebih melambung tinggi. Sejak hari pertama pertemuan Faizal dan Ain, aku dapat rasakan mereka memang ditakdirkan bersama. Dan hari ini, telah jelas di depan mata betapa Faizal juga mengharapkan hal yang serupa.
“ Kalau Huda bila pula nak langsung? Dengar cerita dari Nasya, dia jumpa Huda dengan someone special dekat kursus nikah dekat Shah Alam baru-baru ni”, ujar Encik Jamal tenang.
Aku tergelak kecil, menyembunyikan rasa gugup bila dipersoalkan begitu. Biarpun sudah lali dengan soalan cepumas sedemikian rupa, entah kenapa rasa gelabah pula yang datang. Mungkin kerana tak menyangka Kak Nasya mereka cerita sampai ke tahap itu tentang pertemuan kami tempoh hari.
“ Lambat lagi Encik Jamal. Tak ada orang yang sudi. Hidung memang dah tak mancung, pipi pula tersorong-sorong. Sorong punya sorong, lama-lama orang pandang serong nanti”,balasku bersahaja.
“ Bukan tak ada orang yang tak sudi Huda. Ramai tak berani nak dekat je. Kalau sayalah jadi kawan-kawan Huda, takut la nak mengorat iron lady ni. Nak pula satu-satunya cucu perempuan keluar As-Syarif, kecut juga perut. Manalah tahu duit hantaran setinggi gunung ”,ujar Encik Jamal sambil ketawa kecil.
Tiada reaksi dari aku. Cuma gurauan Encik Jamal aku akui ada benarnya. Tak ada yang berani mendekati aku kerana akulah satu-satunya cucu perempuan keluarga As-Syarif. Tapi kalau soal duit hantaran, bagi aku itu bukanlah satu alasan yang kukuh kerana tak pernah sekali pun dibicarakan soal berkenaan. Bagi aku, kalau hati dah ikhlas, miskin dan tak punya harta benda pun aku akan terima dengan hati terbuka. Yang penting hanya satu sebagaimana pesanan umi. Dia mencintai aku sepenuh hati!
“ Saya gurau je Huda. Jangan ambil hati ya. Bab jodoh ni Huda jangan risaulah. Kalau dah sampai seru tu, tak boleh nak tolak juga. Orang buta yang selama ni tak sedar kewujudan Huda pun boleh celik semula. Insyaallah, Huda akan dapat suami yang baik nanti. Saya doakan!”.
Senyuman manis aku lemparkan pada Encik Jamal. Aku juga mengharapkan hal yang sama. Moga Allah hadirkan pendamping dan pemimpin terbaik untuk aku. Siapa dia, aku redha dan pasrah. Kalau bukan Faizal dan Abang Riz sekalipun, aku akan terima. Manalah tahu, kalau jodoh aku dengan orang lain. Calon terdekat, buruh hitam pilihan ramai mungkin. Arun? Oho..calon yang ni simpang malaikat 44 ya!
---------------------------------------
Walid tak turun ke site hari ini. Kerja pemantauan dari JKR Negeri diwakilkan kepada pegawainya. Aku sudah maklum kemungkinan Walid tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat di Putrajaya petang ini. Tidak mungkin sempat ke sana kalau sebelumnya singgah di site terlebih dahulu. Yang lebih penting, tidak sesuai benar kalau Ketua Jabatan Negeri datang ke mesyuarat peringkat pusat dengan keadaan berpeluh-peluh dan masam baunya.
“ Tak dapat la sampaikan salam Faizal dekat Walid Huda hari ni!”, teguran Encik Jamal aku tak ambil peduli. List pemeriksaan bahan binaan di tangan aku serahkan pada dia untuk ditandatangani. Pen yang aku hulurkan disambut dan dia menurunkan tandatangan. Tiada lagi komen yang keluar dari mulutnya.
“ Saya pelik la dengan perangai Faizal tu. Kalau dulu, tak mudah lagi sibuk nak mencari anak Tuan Syed. Bila orang nak bercerita, sekarang ni dia tutup telinga. Awak tak rasa pelik tapi benar ke Huda?”,tanya Encik Jamal lagi.
Aku menggeleng kepala. Tiada yang pelik kalau hati dah beralih arah. Sekarang Cuma Ain di hati dia, jadi buat apa difikirkan anak perempuan Tuan Syed yang serba kekurangan ni.
“ Walaupun awak rasa tak pelik, saya tetap kata pelik. At least dengar la dulu orang bercerita, ni semua benda dia tahu konon-kononnya. Tak hilang lagi perangai perasan hebat dan serba tahu dia tu. Nasya pun satu, masa nak bercerita tulah dia kacau daun!”, bebel Encik Jamal sambil menghulurkan kertas yang sudah ditandatangi kembali kepada aku.
Kertas berganti tangan. Senyuman sumbing melekat di bibir aku. Kelakar pula rasanya bila nama Kak Nasya dibabitkan sama. Padahal, semuanya gara-gara Faizal yang menulikan telinga. Dah memang tanggungjawab Kak Nasya begitu, apa boleh buat! Melihat aku malas mahu berbincang soal Faizal, akhirnya Encik Jamal pantas bangun dari tempat duduknya. Aku mengekorinya dari belakang meninjau progress projek untuk dimasukkan dalam laporan. Tiada lagi soal aku, Faizal dan Tuan Syed. Yang ada hanyalah soal kerja. Dah namanya kerja, kenalah bercakap pasal konkrit, simen, pasir dan besi cerakak. Apa boleh buat? Buat-buat pandai jelah!
--------------------------------------------
Aku tak menyangka pejabat sudah sunyi sepi ketika aku kembali ke sana. Cuma tinggal Kak Nasya yang menunggu aku kerana ada sesuatu untuk diserahkan kepada aku katanya. Melihat aku berjalan lesu kearahnya, Kak Nasya pantas memimpin aku ke kerusinya. Layanan high class ni!
“ Penat ye Cik Huda? Penat lagi akak menunggu Huda tahu tak?”.
“ Tak tahu”,balasku pendek.
Kak Nasya menampar aku perlahan. Geram diperlakukan begitu agaknya. Bila aku bertanyakan barang yang mahu diserahkan kepada aku sehingga tidak dapat menunggu hingga ke hari esok, Kak Nasya senyum meleret. Tangannya mencapai beg kertas berwarna merah yang besar di hujung meja kerjanya dan diletak di sebelah aku.
“ Bukalah. Akak gerenti Huda mesti terkejut beruk punya!”, ujar Kak Nasya dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya.
Lambat-lambat aku membuka beg kertas tersebut. Belum pun dibuka, harum semerbak bau minyak wangi menusuk hidung aku. Terserlah 2 botol minyak wangi sederhana besar berserta dengan alat make-up dan kasut tumit tinggi berwarna ungu didalamnya. Aku memandang Kak Nasya dengan raut pelik.
“ Ini hadiah dari Auntie Cah untuk Huda. Special ni, dia beli dekat London sana. Katanya, ini bahagian Huda. Dia nak Huda make-up cantik-cantik masa majlis tu nanti. One more thing, Huda ni dapat barang-barang ni sebelum Ain dapat tahu. Kiranya Auntie Cah tu lagi berkenan nak buat Huda menantu la dari Ain”, tambah Kak Nasya.
Aku memandang Kak Nasya dengan raut tak percaya. Kalau pun benar kata Kak Nasya, hati anak dia lebih utama. Dah Ain pilihan hati Faizal, buat apa nak diharap lagi pada aku. Macam-macam kisah la Kak NAsya ni.Aku rasa kisah yang diperdengarkan hanya rekaan Kak Nasya semata-mata. Entah-entah Kak Nasya yang rancang semuanya untuk mengenakan aku tak? Tapi kalau barang berjenama begini, tak mungkinlah Kak Nasya sanggup mengorbankan duitnya untuk aku.
“ Akak tahu Huda tak percaya apa yang akak cakap tadi. Serious, Auntie Cah yang datang. Kalalu Huda tak percaya, boleh tengok dekat buku tamu. Kalau tidak pun, tanye je pada Ejai esok”,tegas Kak Nasya bila melihat aku masih tidak mempercayai kata-katanya.
Bila aku melemparkan senyuman, Kak Nasya menghela nafas lega.
“ Bukan saya percaya tak akak, Cuma kurang selesa je kalau dia datang ke sini semata-mata nak kasi benda-benda ni.Terharu juga tapi rasanya tak perlu sebaik ini dengan saya kot”, luahku akan rasa kurang selesa dengan layanan Auntie Cah pada aku.
Biarpun aku tahu, hadiah yang aku terima adalah tanda dia mengingati aku tapi ada juga rasa was-was dengan kebaikan Auntie Cah. Entah-entah, apa yang dikatakan Kak Nasya ada benarnya. Pantas juga ada fikiran jahat yang datang menentang dari percaya cerita Kak Nasya. Aku dihadiahkan minyak wangi kerana badan aku busuk sangat kot! Agaknya dah tersumbat hidung dia terbau badan aku, sebab tulah dia sanggup membelikannya dan dihadiahkan kepada aku.
Seingat aku, aku bukan jenis perempuan yang kuat berbau badan. Biarpun seharian bertugas di site, bau badan aku masih terkawal lagi. Tak adalah baunya sampai meloyakan orang sekeliling. Jadi, fikiran jahat tu tak betullah. Tapi apa ceritanya pula dengan high heels dan alat make-up yang berbagai rupa dan bentuk ini?
“ Dia teringin nak tengok Huda melaram la tu. Selalu jumpa rupa kacang rebus, nanti masa majlis Faizal dia nak la Huda up sikit jadi Miss Universe. Sesekali melaram apa salahnya kan?”, pujuk Kak Nasya lagi.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Kalaulah aku pakai make-up begini, ada harapan kena kutuk dek Faizal.
“ Kau ingat cantik sangat la tak pakai cermin mata. Pakai contact lense bagi mata berubah jadi warna la konon. Tak adalah orang yang berkenan dengan kau gara-gara mata kau tu. Jangan mimpilah weh!”, kutukannya masih kuat di ingatan.
Sedangkan aku tertinggal cermin mata pun, dia ingat aku nak menggoda orang.Padahal aku tak pakai contact lense pun. Bila tahu kesilapan dia, bukannya nak minta maaf tapi tambah mengata aku. Ini soal mata, kalau soal muka, mahunya berbakul-bakul cemuhan dan gelaran dia bagi dekat aku. Seram!
“ Ejai tak akan kutuk Hudalah. Inikan mummy dia yang kasi dan suruh Huda make-up. Kalau dia melawan, jadi anak derhaka pula. Akak gerenti, dia ternganga sebab Huda melaram nanti”.
Kata-kata Kak Nasya memang ada benarnya. Tapi itu bukanlah masalahnya utama. Masalahnya sekarang, aku tak tahu apa tindakan paling bijak berhadapan dengan situasi begini. Kalau diterima, pastinya Abang Wan marah besar pada aku. Kalau ditolak, Auntie Cah pula terasa hati. Alahai, tersepit hidup aku. Bingung!

22 comments:

epy elina said...

hohohoho...
laa lg ke crta ni...
x sbr nak thu...
huda ngn sape nnt...
nak ngn abg riz...
izal dah bhgia ngn ain...

nurhakim said...

salam..
cte nie best...
nk huda ngn faizal gak.
sure gempak..hihiii
cpat smbng tau.

Anonymous said...

haaaaaaaaaaaaaaa

rasenya ejai btunng ngn huda kottt

siap bj merelip bagai...
msti dorg nk wat suprise!

harp betul la...

nk ejai ngn huda gak...:)


:TR:

nursya said...

errmmm...
nmpk sgt abg wan x suka huda ngn si faizal...
dia nk gak huda ngn abg riz...
hai cian huda nk wat pilihan nie...
pening...pening...
sambung lg...
hihihi..

ha-ra said...

da xsbr da ni..

cpat2 la ejai ngn uda...

biar la ejai tau sape uda sbnr nye...

Anonymous said...

nak uda ngan abr riz
pleaseeeee.................
biarla ejai ngan ain
nmpak sgt syg kat ain 2

Anonymous said...

nak huda dgn. abang riz,
biar ejai ternganga...
kan dia selalu kutuk2 huda;
bila dah tahu segalanya;
sesal tidak berguna lagi!

vote huda & riz

Anonymous said...

yup... saya sokong..
biar Huda dengan Abg Riz..
biar ejai melopong...
orang yg ditunggu depan mata..tapi buta..
tak nampak...
moga ejai bahagia dgn ain...
huda & riz..

Anonymous said...

nk huda ngan abg rizzzzzzzzzzzz
pleaseeeeeeeeee

Anonymous said...

rse2 cam huda ngn ejai jerk..mummy ejai tu semacam jerk..ntah2,ad surprise kot???
hehehe..

raNt|ng pUtEh said...

silap2 aribulan ejai brtng ngn uda..hahah
siap bg mekap+bju sume bagai..
smbg2...
mkin xsbr2 la nk tau ksh strsnye..

Anonymous said...

nak uda ngan ejai...

mizd said...

3 more to go.. :(
jap agy kn tggu lme r..
pe2 pn thnx doc..
bez sgt..
dah tjuk pn ccb..meme cnfrm r uda ngan ijai

MaY_LiN said...

o-o..
peni..
makin saspen jadi nye

Anonymous said...

hehh best2
nak uda ngan abg riz
wat la uda terjth cinta kat abg riz doc hehehe
biar uda g majlis ejai ngan abg riz baru best...

NurabaDie said...

~macam huda ngan ejai jer....mak dia mcm smbunyikn ssuatu plak..huhu...tk sbr nk tgu akhrnya...~

Anonymous said...

cpt la smbung,,x sbr ni,,hehe

Anonymous said...

uda ngan abg riz pleaseeee
biarla ejai ngan ain
jgan la wat citer sdih doc

Anonymous said...

sy dpt rsekan yg faizal 2 dah thu sape uda sbenarnya....
hehehehhe..pandai2 je sy kn..

tp sy ska klu uda dgn abg riz
biar lah faizal dgn ain...

x sbr nk tggu majlis tunang faizal nti...cham ade something je ak berlaku...jeng2..
x sbar nk tggu nii...

mizd said...

waiting for next n3...
uda..tabahkan atimu~~~~

Anonymous said...

dr rock,nak minta tlg ajarkan wat sub-bab bley x?cara nak tulis novel kat tenet nih...or bley bg links katna nak bljar wat bab2 mcm penulis novel wat nih...tq if u can help


anyway minat sgt ngan cinta cap buruh ni...sambungla sampai ejai tau uda tu snm...jgnla stop lg....

halisha said...

hai bila la nk sambung ni? waaaaaa tk sbr nak tau strsnya. smbgla cpt. msti uda ngan ejainya sbb ccb