@rubiadaibrahim

Thursday, March 25, 2010

Ayat Power 18: Hakikat v/s Hikayat


Raut gembira yang Einstein pamerkan membuatkan aku berusaha keras menyembunyikan rasa hati yang celaru dengan cerita yang aku dengar pagi tadi. Tak patut kalau soalan yang aku lemparkan membuatkan rasa gembiranya hilang dan perbicaraan kami suram dan muram. Tak seharusnya juga rasa rindu yang dia luahkan aku balas dengan prasangka aku yang sudah mula mengasak.
            ” Abang rindu sangat dengan Bilah. Nak buat kerja pun tak kena tadi sebab takut isteri abang ni kena orat dek orang lain. Mujur Bilah tunggu abang kat sini je. Kalau tak, ada harapan abang ponteng kelas tau”.
            Luahan Einstein membuatkan aku tersenyum lebar. Pandai betul dia bermain kata. Kata-katanya memang benar belaka dan tak perlu diragui. Manakan tidak, setengah jam sekali dia mengirimkan kiriman ringkas kepada aku. Dah penuh inbox dengan sms dari dia.
            ” Rindu dekat abang tak?”.
” Jangan rindu-rindu, nanti gugur bulu mata abang. Tak handsome dah!”.
” Jangan pergi mana-mana tau. Risau abang kalau ada yang mengorat Bilah!”.
” Kalau dia mengorat, jangan lupa ambil alamat dia. Abang nak bersemuka ala anak jantan nih!”.
Sms demi smsnya serba sedikit menghilangkan rasa resah di hati. Cerita yang aku dengar pagi tadi tidak lagi mengasak dan menghadirkan rasa gundah di hati. Biarpun masih ada rasa ingin tahu di hati, aku fikir tak seharusnya aku bertanya sekarang. Reaksi dan pertanyaan aku pastinya membuatkan rasa gembiranya hilang, rasa rindunya terbang serta-merta. Jadi, untuk saat ini biarlah aku berdiam sahaja.
” Abang kata abang rindu, Bilah senyum. Tak sepatah kata pun keluar. Rindu dekat abang ke tak ni?”.
Senyuman di bibir makin menguntum dengan pertanyaannya.Laju juga aku menganggukkan kepala. Einstein tergelak kecil dengan gelagat aku.
” Kalau rindu macam ni, kenalah masuk rumah abang cepat-cepat. Tak tahan la gugur bulu mata kalau terpaksa menahan rindu”, seloroh Einstein sambil merapati aku yang mengemas beg pakaian kami.
Rangkulan di pinggangnya kejap aku rasakan. Jelas menunjukkan rasa cinta dan sayangnya dia pada aku. Tak tahu kenapa, ada rasa sedih yang menjalar di jiwa kerana mungkin perlakuannya hanya kerana rasa rindunya pada orang lain. Anak kepada pasangan veteran tadi yang punya banyak persamaan dengan aku. Jadi, aku hanyalah bayang-bayang buat dia melepaskan rasa rindu dan meluahkan rasa cinta. Tapi untuk bertanya dan mendapatkan kepastian, aku tidak punya kekuatan itu. Jadi, biarlah masa menentukan segalanya. Aku akan menanti hinggalah Einstein sendiri membuka mulut dan bercerita pada aku. Tapi bukan sekarang kerana jauh di sudut hati, aku belum bersedia dan tidak kuat untuk berdepan dengan kenyataan.
---------------------------------------------------------
” Umar pernah berjanji dengan kami dia akan setia pada Diana.Bila dapat tahu Umar akan menikah, hari tu isteri saya tak dapat terima kenyataan. Dia kata Umar khianati janjinya. Tambahan pula Umar pernah kata dia akan dapat persetujuan dari kami kalau dia dah jumpa calon yang sesuai. Tapi Umar macam lupa janji dia. Kami agak sesal dengan dia walaupun calon yang dia pilih tak banyak beza dengan Diana. Cara percakapan kamu, perangai kamu. Semuanya sama. Dan pak cik tahu, Umar memilih kamu mungkin kerana itulah satu-satunya cara nak mengubat rindu dia pada Diana. ”.
Kata-kata lelaki yang aku temui pagi tadi muncul di fikiran kembali bila kesunyian menyulubungi perjalanan pula kami. Seribu pertanyaan dan rasa ingin tahu mengasak lagi. Ingin aku tanyakan pada Einstein yang sedang memandu di sebelah aku tapi tiada suara yang keluar. Semuanya bagai tersekat di kerongkong.
” Pandang-pandang, jeling-jeling, sayang abang, nanti juling”.
Gurauan Einstein perlahan menampar telinga. Aku tersenyum sendiri. Malu juga bila sedar gelagat aku selama ini diperhatikan olehnya.
” Ada apa ni? Dari tadi abang tengok serba tak kena je. Nak tanya apa dekat abang ni?”, soal Einstein lagi. Lebih lembut dan tenang seperti selalu.
”Tak ada apa-apa lah. Just nak confirmkan, betul ke abang nak suruh Bilah bawa barang-barang dapur pergi rumah abang. Penat la nak angkut semula balik rumah lepas cuti ni”, balasku, berdalih dari membicarakan rasa ragu dan ingin tahu di hati.
Einstein tergelak kecil mendengar kata-kata aku. Dia tersenyum manis pada aku sebelum membuka mulut dan berbicara kembali.
” Kalau tak bawa pun takpe. Better kita beli je terus barang-barang dapur tu. Barulah nampak macam orang dah menikah. Ni angkut sana, angkut sini macam pelarian pula jadinya”.
Aku menyatakan persetujuan dengan cadangannnya. Memang benar apa yang dia katakan. Seharusnya, kami belajar hidup sendiri dalam ikatan pernikahan. Saling melengkapi dan belajar menyesuaikan diri dengan status yang tergalas di bahu. Dia sebagai seorang suami dan aku sebagai seorang isteri. Biarpun kepala mengangguk tanda setuju, tapi di hati lain iramanya. Resah dan sekali lagi kata-kata lelaki yang aku temui pagi tadi singgah di fikiran. Berulang-ulang dan bertelagah dengan keriangan hati dengan pengakuan Einstein pada aku sebelumnya.
            ” Umar jauh hati dengan kami sebab tak izinkan mereka kahwin. Lepas peristiwa tu, dia terus hilang khabar. Pasal kenduri hari tu pun kami tahu dari ibu dia. Kalau nak harapkan dia sampaikan sendiri berita gembira tu, entah bila. Mungkin sampai bila-bila pun kami tak tahu. Tapi rasanya dia tak patut marah pada kami sampai ke hari ni kalau disebabkan peristiwa tu. Dia pun maklum dengan keadaan Diana dan yang lebih penting siapa kita nak mengatasi takdir. Nak tak nak, kita kena terima dengan hati yang terbuka dan redha”.
            Kata-kata penuh ketenangan itu sekali lagi menampan ingatan. Cerita itu mengasak lagi dan membuatkan aku termenung jauh memikirkan kehidupan berumahtangga yang bakal aku tempuhi selepas ini. Bimbang mengatasi rasa riang di hati. Tanpa segera aku pujuk hati dan berselawat. Mengharap rasa bimbang segera hilang dan yang pasti aku mahukan kebahagian dalam ikatan pernikahan kami. Biarpun aku hanyalah bayang-bayang pada seseoarang yang hilang dari hidup Eisntein, aku mengharapkan kasih sayang yang dia pamerkan bukanlah kepura-puraan semata-mata.Itu harapan aku!
-----------------------------------------------
            Dania menyambut kepulangan aku dengan senyuman menguntum di bibirnya. Bila melihat Einstein menjinjit beg pakaian kami ke arah pintu masuk, dia memandang aku dengan raut tak percaya. Aku memandang pelik gelagatnya. Entah apa yang pelik, entah apa yang ajaib pun aku tak tahu.
            ” Usiyh,kau biar betul. Takkan la cik abang kau nak stay sini! Segan la hidup aku macam ni”, ujar Dania dengan gelagat kelam kabutnya.
            Aku menahan tawa dari keluar. Einstein tersengih melihat gelagat Dania yang tak tentu arah.
            ” Kalau saya masuk sini apa salahnya kan. Rumah isteri saya, bukannya rumah isteri orang lain”, sakat Einstein lagi.
            Bulat mata Dania bila mendengar kata-kata Eisntein yang sedemikian rupa. Tak lama kemudian, pandangannnya beralih ke arah aku. Bila aku menganggukkan kepala, Dania terjerit kecil. Aku dan Einstein ketawa kecil dengan telatah Dania. Lurus bentul tak boleh dilentur dah sikapnya.
            ” Jangan risaulah Cik Dania. Saya tak duduk sinilah. Hilang privasi orang rumah ni kalau saya ada. Singgah sekejap je ni. Ambil barang-barang Bilah nak bawa balik rumah saya”, jelas Einstein tenang.
            Dania mengurut dada mendengar penjelasan Eisntein. Lega hati gamaknya. Kalau ada Eisntein di sini, memang terbatas pergerakan Dania dan Nani. Nak ketawa harus dikawal, nak keluar dari bilik harus bertudung dan segalanya penuh hati-hati. Dan aku bukanlah manusia yang kejam untuk meletakkan mereka dalam kehidupan begitu. Jalan terbaiknya ada satu, masuk ke rumah sewa Einstein seminggu ini. Dan di sana, aku boleh belajar menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dengan baik dan tanpa sekatan apa-apa pun. Selain itu juga, aku dapat belajar menerima hakikat aku bukan lagi Cik Nabilah Azna tentunya. Dan mungkin mengenali Einstein lebih dekat dan meneliti sendiri kebenaran kata-kata Pak Cik Razak yang aku temui pagi tadi. Ya, mencari hakikat dan kebenaran yang susah ditelan dan diterima tentunya. Benarkah kisah itu hakikat atau hanyalah hikayat? Apa pun itu, aku akan persiapakan diri demi sebuah perkahwinan ini!

12 comments:

mizd said...

terubat rindu kat AP..harap next n3 bilah blh dpt pjelasan dr enstein pasal diana..hope enstein btul2 cintakan bilah n bukan sbb diana...
nice job doc~~~

miz ruha said...

lme tgu AP pya new n3,,
tetibe msk plak mlm ni,,
sukenyer,,,

epy elina said...

hohoho....
hrp2 bilah siasat btul2....
n jgn brtndk melulu...
mna tau enstein btul2 sygkan bilah bkn krn bilah sma prwtkn ngn dania....
best2x...

nursya said...

aiyohhh....
byk btl kontroversi...
sabar bilah sabar...
einstain tetap syg kat bilah punyer...
hihihi

nadiah_abdllah said...

best2...
peh lama betul tunggu ap sampai da lupa ape yg jadik sbelum ni..
kenalah korek balik haha..

Anonymous said...

green87,
kcian gak gan bilah kalo cm2.. arf2 dia syg tul2 gan bilah.. huhuhu..

dya ?anna ?anis ? said...

sukernyer ...
lame tggu ...hee

blueskyz said...

yess!!! akhirnya ad gak n3 AP pas dh lama tggu.. cpat2 smbung..

MaY_LiN said...

alahai~
mengganggu emosi tul la

aqilah said...

ada aje masalah yg timbul!!!!!! apapun, bilah dapat atasi dgn tenang dan sabar................berterus terang..................

misz jaja said...

huhuhu~!!!akhirnye entry tuk AP kuar gak..(^^,)

Esmiralda said...

Huhuhu..harap2 Bilah tak amik serius dgn citer tu..
klu x ssh jgk..
apepun citer ni dah makin menarik..
cepat2 smbung k..
Love u Dr Rock..karya u semua best..TAHNIAH