@rubiadaibrahim

Friday, March 5, 2010

CCB 33: Suprise


Janggal rasanya bila Faizal menunggu aku di depan pintu pagar rumah. Pelik juga kalau dia tidak pulang ke rumah keluarganya. Tak mungkinlah Auntie Cah mengizinkan Faizal pulang ke rumah sewa dengan kondisinya yang belum pulih sepenuhnya. Melihat aku memandangnya dengan raut tak percaya, dia menghampiri aku. Di tangannya ada beg berwarna merah, sama seperti yang aku terima petang tadi dari Kak Nasya. Hadiah apa pula kali ni?
“ Mummy suruh kasi kain pasang ni dekat jiran saya”, jelas Faizal ringkas sebelum sempat aku bertanya.
Aku mengerut dahi dengan penjelasannya. Amboi, kaya benar sampai semua jiran tetangga disponsor!
“ Untuk Izzah, Linda dan Nadia. Nur punya special sikit, sebab Nur assistant saya”,tambahnya sambil menghulurkan beg kertas berwarna merah kepada aku.
Huluran beg tersebut aku sambut dengan senyuman di bibir. Satu sudut dalam hati, bangga juga kerana dihargai oleh keluarga Faizal. Tapi satu sudut lagi, merasa kurang senang kerana mereka membezakan aku dengan teman serumah aku yang lalu. Kalau mereka tahulah betapa Auntie Cah berlebihan melayani aku, jadi gossip hangatlah agaknya.
“ Terima kasih Encik Faizal. By the way, ada udang di sebalik batu ke kasi baju ni?”, soalku.
Faizal menggaru kepalanya sebelum tergelak kecil. Jelas, memang ada niat tersirat dari gelagatnya.
“ Tak ada la. Mummy nak jemput semua datang masa majlis tu. Tapi kalau sanggup, nak minta tolong jadi tukang bawa hantaran nanti. Kerja senang je. Boleh kan?”, soal dengan tawa yang masih tersisa.
Aku tergelak kecil. Beg merah di tangan aku buka dan lihat sekilas. Baju warna ungu dengan corak abstrak jelas kelihatan. Berserta dengan tudung rona yang sama. Aduhai, pandai betul dia merancang majlis. Habis semua budak rumah aku kena paksa dan rela jadi tukang bawa hantaran.
“ Nanti saya tanyakan dekat dia orang. Tapi jangan risaulah. No problem boss, semuanya ditanggung beres. Yang penting makanan dekat majlis tu kena sedap dan banyak la. Kalau tidak, mungkin mereka tak setuju”, gurauku. Ketawa Faizal lepas. Dia menganggukkan kepala.
“ Bab makan jangan risau, nanti saya uruskan. Terima kasih banyak ye Nur. Sori menyusahkan kau orang. Tapi inilah adat hidup berjiran”, seloroh Faizal pula.
Aku hanya tergelak kecil mendengar katanya. Amboi, sekarang baru tahu adat berjiran. Zaman silam penuh dengan perang dan dendam tu dah lupa. Tapi benar juga katanya, apa gunanya ada jiran perempuan kalau tak disuruh jadi pembawa dulang kan?
“ Ok lah Nur. Terima kasih sekali lagi. Saya kena balik rumah dah ni. Kalau tak sampai sebelum pukul 9, bising la mummy sekejap lagi. Sampaikan salam dan ucapan terima kasih pada semua housemate Nur ye. Go to go. Assalamualaikum”, ujar Faizal sebelum berlalu meninggalkan aku.
Dia melangkah ke arah keretanya yang diletakkan di depan rumahnya.
“ Nur!”. Belum sempat aku membuka pintu pagar dan masuk , Faizal memanggil nama aku. Aku pantas berpaling dan menyahut. Dia bertanya dari sebelah pintu kereta sebelah pemandu.
“ Mummy pesan suruh make up cantik-cantik nanti. Oh ya, mana beg yang mummy bagi petang tadi? Nur tertinggal dekat ofis ke?”.
Aku menganggukkan kepala, tanda pesanan mummynya aku terima. Bukan membenarkan tekaan dia bahawa aku tertinggal hadiah dari mummy. Sengaja aku tinggalkan di sana kerana aku rasakan ada kontroversi yang timbul jika aku membawa pulang ke rumah.
Faizal tersenyum senang dengan reaksi aku. Malas mahu memanjangkan bicara, aku mengisyaratkan dia supaya melihat tangannya. Sedar sudah hampir jam 8.30, akhirnya Faizal melambaikan tangan ke arah aku dan bergegas masuk ke dalam kereta. Aku tak membalas lambaian tangannya kerana ada rasa lain di sudut hati. Hadiah yang aku terima sebentar tadi tanda perdamaian dan mungkin juga hadiah perpisahan Faizal dengan jirannya yang nakal-nakal ini. Dan aku menerimanya biarpun ada rasa kurang senang di hati. Dah orang bagi, terima jelah.
----------------------------------------------------
“ Tak sangka betul family dia kaya-raya rupanya. Habis semua orang dia sponsor. Walaupun kena bawa dulang, aku rela pergi majlis dia tu. Yang penting, dapat makan best”, ujar Izzah sebaik sahaja aku menyerahkan hadiah dari Auntie Cah kepada mereka.
Aku tergelak kecil, faham benar dengan perangai masing-masing yang kuat makan. Bagilah apa pun, semua tak akan ditolak. Nak pula , musim praktikal yang sangat sibuk ni. Semuanya nak melepas nafsu makan yang dah lama tersimpan. Memang berbaloi kalau bawa kami ke majlis, tak membazir makanan. Boleh jadi DBKL lagi!
“ Perut kenyang, hati senang”, sambut Linda dan Nadia serentak.
Kami tergelak kuat. Tak sangka pula motto hidup yang sekian lama dilupakan timbul semula hari ini.
“ Tapi kena cover jugalah masa majlis tu nanti, mesti ada saudara-mara dia yang single-mingle tu. Kalau ada orang berkenan dengan kita, ada harapan kena reject wo!”, seloroh Linda pula.
Nadia menganggukkan kepala, bersetuju dengan pendapat Linda. Aku dan Izzah tak ada reaksi. Pedulikan orang suka dekat aku, yang penting aku bahagia.
“ Malas aku nak control-control. Kalau dia ikhlas, DBKL pun dia sanggup terima”, tegas Izzah.
Linda dan Nadia tarik muka. Aku tergelak melihat gelagat mereka. Mulalah merajuk kalau dibantah pendapat mereka. Macam budak darjah satu perangai masing-masing.
“ Cop..cop. Apasal ada 3 pasang je baju ni? Bahagian kau mana Uda?”, soal Linda tiba-tiba.
“ Isk, apa ke jenis soalan tu Linda. Sepatutnya kau tanya macam ni. Cik Nurhuda Diyana, tak mahu tunjuk baju glamour hadiah dari Encik Syed Faizal dekat kami ke?”, tempelak Izzah sebelum sempat aku membalas soalan Linda.
Nadia ketawa mengekek. Aku buat muka selamba. Kalau malu-malu, makin masak aku dikerjakan.
“ Cik Nurhuda Diyana, tak mahu tunjuk baju glamour hadiah dari Encik Syed Faizal dekat kami ke?”.
Linda mengulang soalan dari Izzah. Izzah menunjukkan ibu jarinya tanda bagus kepada Linda. Semuanya memandang aku, tak sabar benar menunggu jawapan aku.
“ Ada dekat rumah Shah Alam”, balasku pendek.
Mereka menepuk dahi dengan jawapan aku. Kecewa benar kononnya. Kalau pun aku bawa balik, aku tak akan tayangkan pada mereka. Tak pasal-pasal, aku pula yang dikatakan nak bertunang dengan Faizal nanti. Bukan boleh kira mulut masing-masing. Kalau dah dapat bergosip, lupa daratan semuanya.
“ Takpe, nanti masa majlis kita tengok jelah Cik Huda Diyana kita ni melaram. Manalah tahu kot-kot ada hamba Allah caras bakal tunang Faizal nanti. Just wait and see !”, ujar Izzah tenang.
“ Just wait and see. Surprise”, sambutku, konon-kononnya bergurau dengan mereka. Semuanya terpujuk dengan kata-kata aku. Tak sabar benar semuanya. Melihat reaksi mereka, aku rasa tak sesuai kalau memakai baju merelip-merelap yang aku terima sebelumnya. Tak akan ada sesi mencaras tunang orang nanti. Surprise!
-------------------------------------------
Masuk hari ini, sudah empat hari tiada berita yang aku terima dari Abang Riz. Abang Riz sudah berpegang pada kata-katanya. Dia tidak akan menghubungi aku setiap hari kerana mahu aku belajar merindui dia. Ajaran dan petua dari Faizal jelas terbukti ada kesannya dalam hidup aku. Bila aku menghantar sms kepada Abang Riz, tiada balasan dari dia. Cu kup membuatkan aku berjauh hati dengan sikapnya yang demikian.
“ Sorry, abang busy sikit sekarang ni. Nak final exam sekarang”.
Pendek benar balasan darinya. Tak ada lagi pujukan seperti selalu. Aku tak tahu apa tafsiran paling tepat dengan sikap Abang Riz yang sebegitu. Mungkin kerana dia mahu menguji aku dan mungkin juga dia sudah berjauh hati dengan aku. Sikap aku melayannya acuh tak acuh mengundang rasa kurang senang di hatinya dan dia mengambil keputusan menjauhkan diri dari aku.
Soal cincin permata ungu yang aku pinta kelmarin juga tak ada kepastian. Mungkin benar kata Abang Wan dan mungkin juga cerita Abang Riz sebelumnya ada kebenarannya. Abang Riz sudah ada orang lain yang kebetulan punya warna kegemaran yang sama seperti aku. Kalau benar tekaan aku, cerita Abang Wan dan Faizal tentang perasaan Abang Riz tak mungkinlah rekaan semata-mata.
Tapi sayangnya kebenarannya tak jelas di mata aku. Tak ada satu patah kata pun Abang Riz menyatakan rasa hatinya. Cuma kiasan yang lahir dan itu belum cukup bagi aku. Tapi tidak cukup lagikah kisah setianya Abang Riz sehingga menolak perempuan lain dalam hidupnya kerana aku. Mengingat betapa setianya, aku pujuk hati. Dan saat ini, aku sedar satu hakikat. Sudah ada rasa rindu yang menggebu di hati. Rindu!
---------------------------------------------
Faizal sibuk benar dengan persiapan majlis pertunangannya. Setiap kali waktu rehat dan makan tengahari, dia tak pernah lekat di pejabat. Ada sahaja urusan yang harus diselesaikan. Hari Selasa, ke butik pengantin. Hari Rabu, memilih kad untuk majlisnya. Hari Khamis pula menguruskan hotel dan makanan untuk majlis tersebut.
“ Hari ini free. Tak ada arahan dari Misi Cah. Tenang hidup saya. Kalau tak kena pergi solat Jumaat, ada harapan kena ikut mummy pergi cari sourvenir untuk tetamu. Boleh la menarik nafas lega sikit hari ni”, jelas Faizal bila aku bertanya kenapa dia masih di pejabat tengahari tadi masih terngiang-ngiang di telinga.
Pada perkiraan aku, majlis pertunangan Faizal boleh dinobatkan sebagai Engagement & Wedding Of The Year kalaulah dimuatkan dalam majalah yang ada di pasaran. Manakan tidak, segala persiapan diatur selama sebulan untuk majlis tersebut. Memang gilang-gemilang acara tersebut yang akan dilaksanakan hujung bulan depan. Tak cukup dengan jemputan melalui telefon dan kunjungan, kad jemputan turut diedarkan. Tak tahulah berapa banyak keluarga Datuk Syed Fauzan berhabis duit untuk majlis anak lelaki tunggalnya itu.
Rupa-rupanya perancangan yang dibuat keluarganya mengundang rasa kurang senang pada Faizal. Dia merungut dengan sikap mummy dan daddynya yang berlebihan soal majlisnya nanti. Rungutannya membuatkan aku mengalih pandangan padanya di lewat petang ini.
“ Susah juga jadi anak lelaki tunggal ni. Nak bertunang macam kerabat diraja. Padahal yang wajib tu cuma sarung cincin tanda ikatan je. Yang selebihnya tu, adat je. Peninglah kepala saya dengan karenah mummy. Ikutkan hati, nak lari dari rumah rasanya. Boleh ke Nur kalau saya buat macam tu? “.
Rungutan dan soalan Faizal mengundang ledakan ketawa aku. Dah ada asma, ada impian nak lari dari rumah lagi. Tak sedar diri betul. Ingat dia lari boleh jadi atlit Negara ke sukan Olimpik ke? Kalau Faizal yang berlari, ke hospitallah jawabnya.
“ Kalau nak lari boleh, tapi jangan lari masa hujan. Lagi satu, jangan lupa bawa inhaler”, gurauan aku membuatkan Faizal tergelak kuat.
“ Pandai Nur perli saya ye. Tak jadilah nak lari macam ni. Nak tak nak, kena bersabar jelah dengan mummy”, balas Faizal perlahan.
Aku menjelingnya sekilas. Dia tekun dengan kerjanya. Dari raut wajahnya, jelas tergambar raut tak rela dengan perancangan majlisnya nanti. Tapi apa boleh buat. Sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dia, jalan terbaik adalah menerima sahaja cadangan dan perancangan mummynya.
“ Kalau Nur nak bertunang atau nikah nanti, Nur nak majlis macam mana?”, soal Faizal tiba-tiba setelah sekian lama mendiamkan diri. Pandangannya beralih pada aku yang sedang menaip laporan di laptop.
Aku terdiam. Majlis impian aku? Rasanya tak pernah sekali pun aku memikirkan hal tersebut. Mungkin kerana terlalu awal aku kira kalau hal tersebut dibahas dan dibicarakan. Umur baru setahun jagung, dah nak menikah. Belajar tak habis lagi, dah menggatal nak bersuami.
“ Tak akan ke Nur? “, soal Faizal lagi. Gelengan aku membuatkan Faizal mempamerkan muka terkejut.
“ Nur..nur, kena plan dari awal tahu. Ambil iktibar dari kisah saya ni. Disebabkan tak perancangan, semuanya kena ikut mummy. Nak pula anak lelaki, lagilah pening kepala dibuatnya”, luah Faizal.
Aku sekadar menganggukkan kepala. Memang kena ambil iktibar dan harus ada perancangan.Tapi kalau pun aku merancang itu ini, belum tentulah Walid dan Umi bersetuju dengan cadangan aku. Pastinya mereka mahukan kenduri aku meriah. Kalau Faizal dah pening begitu, aku nanti entah macam mana pula nasibnya?
“ Tak apa Nur, saya boleh tolong rancangkan untuk majlis Nur nanti. Free of charge !”, seloroh Faizal sambil ketawa kecil. Hebat sangatlah kononnya tu. Sampai nak jadi event planner. Alahai, sengal betul.
“Nur tak percaya dengan kehebatan saya ye?”, soal Faizal lagi bila aku tergelak dengan kata-katanya.
“ Memang tak percaya. Elok nak buat majlis bertunang, tak pasal jadi majlis bertendang. Tetamu tak puas hati sebab majlis teruk sangat”, balasku.
Faizal menggigit bibir dengan komen yang aku kemukan. Sedar pun dia tak ada kemampuan tu. Mengada-ngada betul nak tunjuk hebat. Sedang majlis sendiri pun tak boleh nak urus sendiri, ada hati nak tolong aku. Lawak betul perangai Encik Syed Faizal Adli ni.
-----------------------------------------
“ Serius Nur, saya boleh jadi event planner. Saya boleh buktikan pada Nur kalau Nur tak percaya dengan kebolehan saya”, Faizal bersuara semula setelah hampir 5 minit dia mendiamkan diri.
Aku mengurut dada kerana terkejut. Tak habis lagi rupanya bab tunang nikah yang dibahas tadi. Rupanya kata-kata aku diambil sebagai cabaran. Bukannya insaf tapi makin degil nak membuktikan kemampuan dia. Aduhai, sabar jelah.
“ Tak payah susah-susah Encik Faizal. Kenduri saya nanti simple je. Tak payah nak pening kepala. Nikah dekat pejabat kadi sudah. Kalau ada tetamu nak datang, saya jamu biskut mayat dengan air teh je”.
Gurauan aku disambut ketawa Faizal. Lawak sungguh perancangan aku agaknya. Padahal perancangan yang aku kemukan hanyalah untuk menyelamatkan diri dan membuatkan Faizal berhenti bercakap soal majlis aku. Tapi lain pula jadinya, Faizal Nampak gayanya berminat dengan perancangan gila-gila aku.
“ Tu memang jimat habis Nur. Kalau nak save duit lagi, nikah je bulan puasa. Jamu moreh dekat surau sudah. Bulan Ramadan, pahala berganda-ganda tu Nur. Boleh buat saham akhirat lagi!”, komennya sambil ketawa kecil.
Aku menjelingnya dengan ekor mata. Fail di depannya sudah ditutup. Majlis otai aku lebih menarik minat Faizal berbanding kerjanya yang menimbun. Aduhai, makin peninglah aku nak melayan dia sekejap lagi.
“ Family Nur tak kisah ke kalau buat macam tu. Yelah kan, mak ayah walau macammana pun mestilah nak kenduri yang sempurna untuk anak kesayangan dia. Paling tidak, ada kenduri”, soal Faizal lagi.
“ Entah, dia orang ok je kot. Kalau ikutkan umi saya , dia nak kasi nasi bungkus je. Senang kerja, tak payah penat-penat nak mengemas rumah. Pakej kenduri ekonomi sederhana ni Encik Faizal”.
Ketawa Faizal lepas mendengarkan cerita aku. Kalau betullah majlis aku sebagaimana diperkatakan aku sebentar tadi, alamatnya menangis tak keruanlah opah. Dah la cucu perempuan seorang, sekali tak majlis pula. Sedangkan kenduri umi, opah menangis tak keruan kerana menikah dalam keadaan kekurangan. Inikan pula aku? Tak mungkinlah opah membiarkan aku dan umi dengan perancangan gila-gila kami. Nampak gayanya, nasib aku serupalah dengan Faizal sekarang. Pasrah jelah.
“ Kenapalah baru sekarang ada idea gila-gila ni? Kalau dari dulu saya terfikir, memang selamat hidup saya. Kepala tak pening, duit tak kering. Nur..nur”, keluh Faizal perlahan.
Aku mengangkat bahu. Dia sendiri tak pernah tanya, tak kan aku dengan heronya nak buka mulut bercerita. Isk, tak patut betul.
“ Idea saya ni hak milik terpelihara tau. Encik Faizal tak boleh nak tiru”, tegasku, seakan memberi amaran kepada Faizal. Faizal menganggukkan kepala dengan senyuman yang bermain di bibirnya.
“ Saya tak akan tirulah. Jangan risau. Kalau Nur nak tahu, saya dulu ada juga plan gila-gila ni. Tapi sampai sekarang, saya tak pernah cerita dekat siapa-siapa pun. Takut kena kutuk . Mummy confirm reject kalau saya bagitahu dia. So, Nur orang bertuahlah sebab jadi orang pertama dengar cerita saya ni”.
Cerita Faizal membuatkan kerja aku terhenti. Aku memberi perhatian padanya. Melihat aku berminat hendak tahu, Faizal menyambung tutur katanya.
“ Saya pernah plan nak menikah atas pokok tau. Tapi kalau difikir balik macam sengal je. Tak pasal-pasal orang ingat monyet mana yang nikah nanti”, ujar Faizal tenang.
Aku tergelak kuat kerana menyangka dia berkata demikian hanya sekadar bergurau. Bila melihat raut mukanya yang serius, akhirnya aku menutup mulut.Ternyata dia tidak bergurau soal tersebut. Lebih terbukti lagi bila dia bercerita dengan nada yang lebih tegas dari sebelumnya.
“ Saya tahu orang akan gelakkan saya kalau dia orang tahu pasal ni. Tapi itulah kenyataannnya. Semuanya gara-gara SNM lah. Tengok dia seronok sangat bertenggek atas pokok masa pertama kali jumpa dia, terus terlintas idea tu. Tapi tu kisah lama lah. Kisah cinta monyet je. Sekarang ni zaman pun dah maju. Nikah ala selebriti pun, layan jelah”, tambah Faizal lagi.
Aku terpempam bila Faizal selesai berkata-kata. Terbayang juga di fikiran peristiwa di rumah opah yang tak pernah sekali pun aku lupakan. Kisah aku memanjat di pokok rambutan yang merendang di belakang rumah opah dengan bertudung labuh kerana kurang selesa dengan kawan-kawan Abang Riz yang berkunjung ke sana. Seingat aku, ketika itu aku berbuat demikian untuk menghafal tazkirah yang diwajibkan oleh senior di sekolah. Mungkin kerana terlalu ralit menghafaz, kau tak sedar ada orang yang memerhatikan aku. Tak lain tak bukan Syed Faizal Adli yang sedang duduk di satu ruangan kerja dengan aku saat ini.
“ Memang ganas SNM tu. Ada ke patut panjat pokok pakai kain tudung labuh. Dia ingat tak ada orang perasan kot masa tu. Perangai dia yang selamba tu buat saya rasa nak kenal sangat dengan dia. Tapi tak boleh lah nak mengorat lagi masa tu, baru tingkatan 1 kot. Kalau saya bagitahu dekat Syed Hariz, kena kutuk kaw-kaw kot. Jadi, biarlah rahsia”, tutur Faizal lambat-lambat.
Cerita Faizal membuatkan aku terkesan. Kiranya itu cinta pandang pertamanya pada aku yang digelar Syarifah No Name hingga ke hari ini. Kalau benarlah permulaan rasa hatinya pada aku sebegitu, kiranya cintanya lebih besar dari Abang Riz. Jatuh hati tanpa tahu aku siapa. Tetap setia dan terus berharap biarpun tak pernah bertemu empat mata denganku sepanjang 9 tahun yang lalu.
“ Nur tak mahu tanya ke kenapa saya tak boleh lupa dekat SNM tu sampai sekarang?”,soal Faizal lagi bila aku tidak memberi reaksi apa-apa. Tak mahu dia membuat spekulasi dengan tingkah aku yang dah seram sejuk saat ini, aku membuka mulut bertanyakan kepadanya.
“ Sebab dialah, saya sedar tanggungjawab sebagai lelaki tu susah dan berat. Kalau tak kerana pertemuan kami hari tu, mungkin sampai sekarang keluarga saya membelakangkan suruhan agama. Solat ditinggalkan sebab sibuk dengan urusan dunia dan mungkin saya pun hanyut. Alhamdulillah, Allah pertemukan kami secara tak sengaja. Kalau pun hati saya dah pada Ain sekarang ni, saya tetap akan ingat dia sampai bila. Sebab saya terhutang budi pada dia. Saya harap sangat dapat jumpa dia masa kenduri anak Tuan Syed nanti. Paling tidak, saya nak ucapkan terima kasih pada dia”, jelas Faizal panjang lebar.
Aku melemparkan senyuman dalam kegugupan aku mendengar ceritanya. Kiranya pertemuan itu memangkin perubahan pada dia.
“ Tazkirah dia tu sampai sekarang melekat dalam kepala. Lebih kurang macam ni isi dia. Seorang perempuan akan menarik 4 lelaki masuk ke neraka bersamanya di akhirat kelak yaitu Ayah yang tak peduli hal agama pada anak perempuannya, suami yang tak ambil tahu tindak tanduk isterinya, adik beradik lelaki yang tak menjaga maruah adik-beradik perempuannya dan anak lelaki tak pernah sekali menasihati ibunya supaya menjauhi mungkar. Alhamdulillah, semua dah mula berubah walaupun awalnya susah. Ain pun dah mula pakai tudung bila saya nasihatkan. Cuma tanggungjawab sebagai ayah je belum ada. Insyallah, saya akan cuba jadi yang terbaik”.
Aku tahu Faizal mampu menjadi yang lelaki terbaik buat perempuan yang didampinginya. Aku yakin kerana saat ini telah pun terbentang bukti di depan mata. Biarpun masih ada rasa terkejut dengan cerita yang disampaikan, aku mengucap rasa syukur. Tanpa aku tahu, kata-kata aku memberi kesan mendalam dalam hidup seseorang. Ucapan terima kasih Faizal aku balas dalam hati. Tak sempat nak buat surprise masa majlis Faizal, ada surprise lain pula aku terima. Memang surprise!

11 comments:

epy elina said...

hohohoho...
izal suke kat SNM 9 thun lpas....
napa ngn abg riz 2...????
plik la???
crta ni msh lama lg ke???
x sbr nak thu huda ngn sape nnt...

a.s.m.a said...

"gembiranya dalam hati bila ada post baru" huhu
suka2..
terasa lama ja menunggu setiap smbungan..
suka sgt...

nursya said...

wah wah waah...
dahsyat gak penangan si nur nie...
smpai si ejai tu leh insaf...
bgs2...

Anonymous said...

best tul la cta nie.. x sbar sgt nk tau cta slanjutnya.. izal 2 mmg bek.. tp biar la dia dgn ain, dh nk bertunang gak kn.. biar la nur dgn abg riz.. thanks coz + en3 bru..

cactaceous opuntia said...

sukoi!!!!

Anonymous said...

sayunya n3 kali ni..rase nk nangis jer...huhu..sian kat uda..ejai pun..tp dh nk brtunang plak....

mcintai xsmstinya memiliki...waaaaa

mizd said...

another nice n3~~~
xsbar nk tggu ari pijal tunang..
confrim suprise gler..
keep it up!!!

YONG JIAO XIU said...

bestnya,cepat sambung.hmm tah2 memang majlis huda gan faizal?hehehe ye la baju pun lain dr yg lain,siap gliter-gliter lagi bajunye.

blueskyz said...

cepat2 smbung. x sabo dh nk tahu cmna next en3.. arap2 la ejai ngan uda.

ha-ra said...

nth2 uda yg jdi tunang ejai...
wrna bju da la len...
huhuhu

next...(ske ati je...hehe)

MaY_LiN said...

oho..
memang da lame la ejai memendam rasa ni..
isk isk isk