@rubiadaibrahim

Friday, March 12, 2010

CCB 34: Dekat tapi jauh!

“ Nur, mummy minta Nur datang rumah hari ni. Dia teringin sangat nak belajar sambal tumis Nur tu”.
Faizal menyampaikan pesanan mummynya ketika aku sibuk mengemas beg sebelum pulang dari tempat kerja. Lirih benar suaranya, penuh mengharap. Aku bingung dengan permintaan Auntie Cah yang sudah sekian lama aku maklum. Ini kali ketiga aku kira Faizal mengingatkan aku hal ini.
“Kalau tak boleh, tak apalah. Nur pun tentu penat kerja kan”, tambah Faizal lagi.
Aku menimbang keputusan terbaik yang harus aku lakukan. Kalau ditolak, tentulah Auntie Cah berkecil hati dengan aku. Kalau diterima, bagaimana aku nak sorokkan rasa hati aku masih tekejut dengan cerita yang Faizal sampaikan sebentar tadi. Auntie Cah pasti akan membuka mulut bercerita soal perancangan majlis Faizal sebentar nanti. Kalau Faizal menyinggung perihal perancangan gila-gila aku, silap hari bulan ada nama SNM yang akan timbul. Jika tak timbul nama SNM pun, bagaimana aku nak berdepan dengan Ain Batrisya yang lebih sempurna di mata Faizal? Ya Allah, bingung aku dibuatnya.
“ Tak payah nak berkerut-kedut kening fikir Nur. Hilang seri assistant saya ni. Mummy faham kalau Nur tak dapat datang. Sedangkan saya balik pun pengsan, inikan pula perempuan. Mesti berganda-ganda penatnya”, ujar Faizal lembut, seakan memujuk.
Bibirku aku menguntum senyuman dengan kata-katanya. Pandai benar dia memujuk dan berdiplomasi. Bertuah betul Ain kerana dipilihnya.
“ Senyum tanda apa tu Nur? Tanda setuju ke tanda tak mahu?”, soal Faizal lagi.
Aku tergelak kecil dengan pertanyaannya yang seakan mendesak. Tadi tak mudah lagi memujuk, sekarang lain pula jadinya. Pelik bin ajaib betul mahkluk seorang ni.
“ Erm, tanda setuju kot. Tapi ada satu syarat! Kalau Encik Faizal boleh ikut, saya baru pergi rumah keluarga Encik Faizal”, balasku.
Faizal menganggukkan kepala dengan senyuman nakal yang bermain di bibirnya.
“ Syarat Nur tu apalah sangat.Petik jari je!”.
“ Yelah petik jari. Encik Faizal kena cakap dekat Auntie Cah, saya tak mahu pakai baju lip-lap yang dia kasi tu masa majlis Encik Faizal nanti. Tak pasal-pasal orang ingat saya over nanti. Boleh tak?”.
Bila aku menyuarakan syarat, dia menggigit bibir. Pantas juga, dia menggelangkan kepala. Nampak gayanya, terpaksalah aku menyarungkan baju tu dengan rasa tak rela di hati. Adoi!
“ Susah sikit la Nur kalau syarat tu. Mummy ni jenis susah dibantah. Tak apalah, kita cuba slow talk dengan dia. Manalah tahu dia setuju. Tapi Nur kena cakap sendirilah, sebab kalau saya yang cakap tak jalan punya. Tak pasal-pasal dapat pangkat anak derhaka nanti. So, Nur kena jugalah ikut saya balik sana”, balas Faizl dengan helahnya.
Aku menepuk dahi. Pandai betul dia mengenakan aku. Nak tak nak, lambat-lambat aku mengikuti langkahnya. Bila sedar aku tidak menyaingi dia, dia berhenti melangkah. Dia tersenyum manis bila aku berjalan seiringan dengannya. Senyumannya akan aku ingat sampai bila-bila. Cukuplah dia dikenang sebagai pencinta terhebat aku sampai bila-bila. Ya, dia pencinta yang setia.
-------------------------------------------------
Auntie Cah menyambut kedatangan aku dengan senyuman lebar. Belum sempat aku keluar dari kereta, dia pantas berjalan kearah aku. Pintu kereta dibukanya dari luar. Ada rasa kurang senang dengan layanannya sebegitu pada aku. Aku cuba ikhlaskan hati dan senyuman manisnya aku balas.
“ Datang juga Nur dekat sini. Puas Auntie menunggu. Nur apa khabar sayang?”, soal Auntie Cah sebaik sahaja menyambut huluran tangan aku.
“ Alhamdulillah, sihat. Auntie pula macam mana?”, soalku kembali.
Auntie Cah mempamerkan ibu jarinya pada aku. Satu tangannya lagi masih mengenggam erat jari-jemari aku. Aku dipimpin masuk ke rumah. Aku serba salah dengan layanan mesranya. Terimbau juga di fikiran kata-kata Farah tempoh hari di ingatan.
”Tapi apa-apa pun, mummy berkenan dengan dua-dua perempuan yang dekat dengan abang sekarang ni.Kalau Nur mummy suka sebab rajin dan pandai ambil hati dia,Ain pula mummy suka sebab cantik dan lemah lembut.2, 3 hari lepas kalau tak silap, mummy kata dekat Farah dia harap sangat dia nak jadikan Nur menantu dia kalau dia anak lelaki lagi sorang”.
Dalam getar, aku cuba tenangkan hati yang sudah tidak menentu. Bila suara Faizal menjerit memanggil Auntie Cah dari belakang kami, aku mengurut dada. Terkejut betul aku dibuatnya.
“ Apa yang terjerit terlolong ni Abang? Kesian dekat Nur sampai terkejut”, marah Auntie Cah.
Faizal mengekek ketawa. Auntie Cah memandangnya geram.
“ Abang pula yang salah. Mummy tu! Kalau dah jumpa anak perempuan orang lain, anak lelaki sendiri terus lupa. Mummy tak sambut abang pun petang ni. Ni yang sedih ni”, balas Faizal dengan nada manja.
Auntie Cah tergelak kecil dengan kelakuan Faizal sebegitu. Aku menahan gelak dari keluar. Tak sangka pula mamat ni manjanya terlebih-lebih. Dengan suara manja begitu, memang mengundang tawa. Sekelip mata, Faizal si singa sebelum ni jadi tikus. Alahai, lawak betul.
“ Isk, mula la nak bermanja tu. Tak malu ke dengan Nur? Abang..abang. Sudahlah tu nak merajuk dengan mummy. Mari masuk, intan payung, pangarang jantung mummy sayang”, pujuk Auntie Cah lembut.
Faizal laju berjalan kearah Auntie Cah. Tanpa segan silu juga, dia mencium kedua pipi Auntie Cah. Bangga benar dimanja begitu. Di depan aku pun, dia tak segan silu mempamerkan rasa sayangnya pada mummynya. Auntie Cah membiarkan saja perlakuan Faizal. Bila aku termangu dengan tindakannya, Faizal hanya tersenyum lebar pada aku.
“ Sementara tak kahwin nilah nak bermanja Nur. Nanti kalau dah kahwin, kena kurangkan bermanja sebab saya pula kena manjakan orang lain pula. Kalau tidak, kena kutuk la nanti. Segan juga tu”, ujar Faizal sambil tersenyum manis pada aku.
Aku hanya mengangkat bahu. Tak tanya dan tak aku pinta pun penjelasan dia. Tapi aku fikir, tindakannya lebih kepada membetulkan tanggapan aku padanya yang dah melekat di kepala. Anak manja!
“ Faizal ni memang manja dengan Auntie. Dah manja, berganda-ganda pula sensitifnya berbanding Farah dengan Faiza, kakak dia. Nampak je luaran macam kuat, mulut laser kemain. Tapi hati dia ni lembut sebenarnya. Mudah sangat mengalir airmata. Kalau ada yang menyentuh hati dia, memang berendam airmata lah jawabnya. Tengok cerita Hindustan pun teresak-esak. Padahal yang mati tu orang jahat”.
Aku tergelak mendengar cerita Auntie Cah. Auntie Cah bulat matanya memandang aku. Sedar perlakuan aku yang kurang sopan, aku menutup mulut. Tawa aku mati.
“ Ketawa jelah Nur. Bukannya salah pun. Auntie suka dengan sikap dan cara Nur. Mudah mesra, selalu ketawa dan selamba. Tak sorok-sorok perangai macam sesetengah anak dara sekarang. Depan orang tua tak mudah baik tapi dekat belakang kita, jauh panggang dari api”, komen Autie Cah.
Senyuman di bibir makin lebar aku ukirkan. Senang dengan tanggapan dia pada aku. Semua kata-katanya benar belaka. Itulah aku, tak reti nak berpura. Dimana-mana pun masih Nurhuda Diyana yang sama, tak mungkin berubah menjadi Syarifah No Name bayangan Syed Faizal Adli. Selama-lamanya, aku tetap aku.
-------------------------------------------------------
Permintaan Auntie Cah sejak kali pertama aku datang ke rumah ini sudah aku tunaikan. Bukanlah sulit untuk aku berkongsi resepi sambal tumis dengan Auntie Cah, Farah dan Ain. Tak sampai 15 minit semuanya dah selesai. Biarpun kurang selesa kerana ada yang memerhatikan kerja aku, aku cuba hilangkan rasa janggal di hati. Kalau sebelum ini, hanya aku dan umi, hanya aku dan ibu, dan aku seorang diri di rumah. Semuanya aku laksanakan seorang diri dan kehadiran ibu dan umi hanya sebagai teman menghilangkan rasa bosan di dapur. Tapi hari ini lain benar situasinya. Seorang jadi periuh suasana, seorang bertindak sebagai pemberi komen dan seorang lagi pencatat resepi yang setia.
“ Cekap betul Nur buat kerja dapur. Senang kalau menikah esok. Tak usah terkial-kial lagi nak belajar itu ini. Bertuah siapa jadi suami Nur”, komen Auntie Cah aku menghidangkan makanan di meja makan.
Aku hanya tersenyum sumbing mendengarkan pujian Auntie Cah. Bukan kali pertama komen itu aku terima. Sudah banyak kali. Tapi bagi aku, itu bukanlah yang dipandang dalam memilih pasangan hidup hari ini. Lelaki lebih memandang dahi licin, kulit mulus, senyum manis, badan kurus, pinggang ramping untuk dijadikan pendamping hidup. Hal-hal mengurus rumah tangga bukan jadi criteria lagi. Jadi, aku bukanlah pilihan tepat untuk dijadikan isteri di dunia serba moden ini.
“ Betullah apa yang Auntie cakap ni. Bukan senang nak cari wanita berkerjaya yang boleh uruskan rumahtangga dengan baik sekarang ni. Auntie tak sehebat Nur sebab semua urusan rumahtangga Auntie serahkan dekat Mak Lang. Tua-tua ni, baru sedar tanggungjawab sebagai ibu dan isteri tu banyak lagi tak terlaksana. Sebab tulah, Auntie minta Nur ajarkan sambal tumis ni. Kesian dekat Faizal terpaksa cari dekat kedai kalau teringin nak makan”, jelas Auntie Cah lagi.
Tiada reaksi dari aku. Bimbang kalau aku bersuara, ada hati yang terguris. Aku menjeling pada Ain hanya menunduk mengelap pinggan di meja. Tak mustahil kata-kata Auntie Cah membuatkan Ain merasa jauh hati. Tak pelik juga kalau pujian Auntie Cah yang melambung tinggi membuatkan Ain berasa rendah diri. Memikirkan itu, aku bersuara juga. Mengutarakan bahawa pujian Auntie Cah terlalu berlebihan dan apa yang bermain di fikiran aku tadi semuanya benar belaka. Jadi, Ainlah calon terbaik untuk dijadikan calon isteri hari ini. Buat sesiapa pun. Bukan aku.
“ Tak adalah hebat sangat Auntie Cah. Semua orang ada lebih dan kurang dia. Kelebihan saya mungkin kekurangan bagi orang lain. Dan kekurangan saya mungkin kelebihan orang lain. Tapi semua orang ada kelebihan Cuma kita tak sedar je. Tapi macammana hebat pun saya, tetap kalah dengan Ain. Sebab Ain perempuan paling sempurna yang pernah saya jumpa. Bertuah Auntie Cah dapat menantu macam Ain! Kalau saya ni, tak boleh jadi menantu. Taraf pembantu je”, selorohku.
Ain ketawa kecil. Bila Faizal menghampiri kami, pantas juga dia bangun dan mengiringi Faizal ke meja. Faizal tersenyum lebar dengan layanan Ain. Ain malu-malu bila Faizal menjeling manja padanya. Bertuah juga Faizal kerana mendampingi perempuan sehebat Ain hari ini dan akan datang. Ain akan jadi menantu selamanya dan status aku hanyalah sementara sebagai pembantu. Itu hakikat yang terbentang di depan mata. Aku sedar itu.
------------------------------------------------
“ Sedapnya bau. Makin lapar perut daddy dibuatnya. Mummy masak apa hari ni?”, suara garau yang menegur dari muka pintu menyentakkan lamunan aku.
Aku segera berpaling. Jelas di pandangan mata, lelaki seusia walid yang aku temui tempoh hari. Tak lain tak bukan Datuk Syed Fauzan, bapa kepada Faizal. Ketua keluarga rumah besar ini.
“ Bukan Cah yang masak abang. Tapi tetamu kita ni, Nur. Nur yang masak untuk kenduri naik pangkat Ejai dulu. Abang mesti teringat-ingat lagi betapa sedapnya sambal tu kan? Inilah chefnya. Ejai culik bawa balik rumah”, balas Auntie Cah sambil tersenyum manis.
Datuk Syed Fauzan mengalihkan pandangan kepada aku. Aku sekadar melemparkan senyuman padanya. Bila kami bertentangan, raut wajahnya berubah. Seakan dia memikirkan sesuatu.
“ Kita pernah jumpa kan sebelum ni? Bukan Nur ke yang Uncle jumpa dengan Nasya hari tu? Tak jadi melawat Faizal ada urusan mendadak dan kena balik office kan?”, soal beliau kembali kepada aku.
Aku menganggukkan kepala. Dia tersenyum lebar. Aku menarik nafas lega. Jangan sampai dia bertanya lebih lanjut soal itu sudahlah. Mana aku nak korek jawapan yang jitu dan bernas nanti. Kalau silap cakap, tak pasal-pasal menjerut leher sendiri. Ya Allah, jauhkan dari dia terus bertanya!Fuh!
------------------------------------------------------------------
Aku tak menyangka Datuk Syed Fauzan yang mahu dipanggil Uncle Zan ini ramah orangnya. Kali pertama berjumpa tempoh hari, aku menyangkakan dia seorang yang serius dan garang. Manakan tidak, dengan raut wajah bengis dan senyuman jarang bermain dibir, sudah tentulah itu tanggapan kebanyakan orang. Termasuk aku sendiri.
“ Tak payah panggil Datuklah Nur. Cucu pun tak ada lagi ni. Muda lagi ni!”, seloroh Uncle Zan bila aku tersasul memanggilnya dengan panggilan Datuk.
Riuh rendah suasana di meja makan dengan helai tawa kami. Mesra benar keluarga Faizal. Boleh dikatakan aku senang mengenali mereka. Dalam tempoh waktu singkat, kemesraan dan ikatan yang terjalin pastinya akan kenang sampai bila-bila.
“ Dari tadi Nur je yang tanya Uncle macam-macam. Tak seronoklah macam ni kan. So, sekarang ni Uncle nak tahu pasal Nur la pula. Nur tak keberatan kan?”, soal Uncle Zan lagi sebaik sahaja kami selesai menjamu selera.
Bila aku menganggukkan kepala tanda aku tak keberatan, barulah beliau membuka mulut bertanya kepada aku. Tak seperti kelakuan Faizal tak tak pernah menyempat dan bersabar. Memang bapak borek, anak tak rintik keluarga ni!
“ Uncla tanya sekaligus jelah ye? Senang Nur nak menjawab. Kalau tanya sikit-sikit ni, meleret pula jadinya nanti. So, uncle mula dengan soalan pertama, Nur asal dari mana? Mak ayah kerja apa? Adik-beradik berapa orang? Lepas ni, plan nak kerja dekat mana? Dah berpunya ke belum? Seronok tak kerja dengan Faizal?”.
Aku mengetap bibir dengan pertanyaan yang diajukan. Fuh, terbaik! 6 soalan sekaligus. Tak ubah macam perangai Faizal bila menyoal siasat. Ada juga persamaan rupanya. Sah, Faizal ni anak daddynya.
“ Don’t worry Nur. Jawab slow-slow je. Daddy bukannya nak interview Nur macam nak masuk kerja. Just, nak berkenalan biasa je. Kalau Nur lupa soalan yang daddy tanya tadi, nanti saya ingatkan”, sampuk Faizal sambil tersenyum nakal.
“ Saya asal dari Perak. Umi kaunselor agama, abi cikgu Matematik. Adik beradik 4 orang, saya anak ke 3. Saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Plan lepas ni nak tanam anggur dulu. Kalau tak menjadi, barulah cari kerja lain kot. Status sekarang ni, single but not available. Kalau bab kerja dengan Faizal tu, ok lah sekarang ni. Kalau dulu, ko sikit!”, balasku bersahaja.
Faizal mempamerkan ibu jarinya tanda bagus pada aku. Aku menjelingnya geram. Apa yang bagus pun aku tak tahu. Suka sebab aku puji dia gamaknya. Alahai, kembang la hamba Allah ni sekejap lagi.
“ Kenapa Auntie tak pernah tahu pun pasal status Nur tu? Pandai ye simpan rahsia. Faizal pun tak pernah cerita pada Auntie ni”.
Kata-kata Auntie Cah aku balas dengan segaris senyuman. Tak tahu jawapan tepat pada komen dan soalannya. Kalau soal status aku, memang itu rekaan semata-mata. Belum tentu benar kerana sehingga hari ini Abang Riz belum pernah sekalipun memaklumkan rasa hatinya secara terang-terangan. Kalau soal simpan rashia, memang aku bijak dan pandai. Manakan tidak, sampai ke hari ini, Faizal tak tahu keberadaan aku. Dan yang lebih penting, siapa Faizal untuk aku menyampaikan semua cerita kepadanya.
“ Ejai lupa la nak cakap mummy. Tapi Nur pun tengah pening sebenarnya nak pilih yang mana satu. Ramai sangat dekat site Nur. Kalau dia dah confirm dengan pilihan hati dia, nanti Ejai story ok”, suara Faizal bila Auntie Cah mengharap penjelasan padanya.
Aku menahan ketawa. Pandai benar dia mereka cerita. Kalau buruh yang aku suka, sekarang bukannya di site. Tapi di meja yang sama, di depan aku dan akan hilang dari pandangan tak lama lagi. Hanya dia!
“ Suka takpe Nur. Tapi kalau nak buat suami, kenalah cari calon yang boleh jamin masa depan! Paling tidak, serba cukup untuk hidup. Itu penting selain boleh berikan kebahagiaan”.
Tegas Uncle Zan menyambung bicaranya. Aku menganggukkan kepala. Kata-katanya mengingatkan aku pada opah. Pendapat mereka hampir sama. Kerana abi serba kekuranganlah, nenek kurang bersetuju dengan pernikahan umi dan abi., Dan kerana yakin Abang Wan mahupun Abang Wan mampu menjamin masa depan aku, disuakan hasrat untuk menyatukan aku hingga tak mengambil kira rasa hati aku sendiri. Entah kenapa, aku memberontak dengan apa yang diperkatan Uncle Zan. Ingin rasanya aku suakan pendapat aku dan melawan katanya. Tapi semua tersengkat di kerongkong. Terus hilang juga dari fikiran bila azan Magrib jelas kedengaran di telinga. Bila Faizal bangkit dari kerusinya, yang lain juga melakukan hal yang sama. Auntie Cah sibuk. Aku termangu-mangu dengan tindakan mereka.
“ Nur, terima kasih ya sebab sudi masak untuk kami. Nur solat jemaah sekali kan dengan kita sekejap lagi? Kalau tak, Uncle boleh suruh Farah hantarkan balik rumah.”, ujar Uncle Zan lagi.
Belum sempat aku menjawab, Faizal terlebih dahulu menjawab bagi pihak aku. Biarpun benar apa yang dikatakan, ada rasa malu yang menyerbu naik ke muka. Malu..semalu..malunya!
“ Nur ABC sekarang ni daddy. Memang dia nak balik terus la kot lepas ni.”.
Aku menunduk memandang lantai dengan tutur bicaranya. Tak sangka pula dia tahu aku datang bulan sekarang ni. Aku tak bising pun, Allah Bagi Cuti aku ada orang lain tahu. Tak patut betul!
“ Takpe Uncle, kebetulan Ain memang nak ke kawasan rumah Nur. Jadi Ain je yang hantar dia balik. Yang lain boleh terus pergi solat jemaah. So, tak ada yang ponteng solat jemaah sekejap lagi”, sampuk Ain sebelum sempat Faizal menyambung katanya.
Faizal tersenyum senang dengan tawaran Ain. Dia mengucapkan terima kasih sebelum berlalu. Aku menarik nafas lega. Kalau dengan Ain, taklah gasak sangat fikiran aku. Tak payah nak pening-pening nak sembunyikan identiti sebab Ain bukanlah manusia yang suka ambil tahu kisah orang lain. Fuh, selamat!
------------------------------------------------------------
Lega! Itu yang aku rasakan bila selesai menunaikan permintaan Auntie Cah. Senang hati juga dengan kemesraan keluarga Faizal pada aku. Dan lebih tenang lagi bila Ain yang menghantar aku pulang. Tiada cerita yang keluar dari mulut Ain dan sudah tentunya Ain tak akan bertanya apa-apa.
Aku memandang sekilas Ain yang sedang memandu. Biarpun tenang, tapi nak juga berbual mesra dengan dia. Paling tidak, aku dapat mengenali wanita pujaan hati Faizal ni sedikit demi sedikit. Tapi kalau inilah keadaannya, sampai bila pun aku tak akan tahu sikap sebenar Ain bagaimana.
Aku menimbangkan kewajaran aku bertanya pada AIn. Paling tidak sebagai huluran perkenalan. Kalaupun dia tak sudi menerima perkenalan kami, dia tahu yang aku ikhlas mahu mengenalinya.
“ Nur, saya ada satu permintaan pada Nur, kalau Nur rasa Nur anggap saya sebagai kawan Nur, saya harap Nur dapat tunaikan!”, ujar Ain tiba-tiba setelah sekian lama dia berdiam diri.
Bila aku menanggukkan kepala, Ain tiba-tiba memberhentikan keretanya di pinggir jalan. Aku termangu dengan tindakannnya. Lebih terpempam lagi, bila tudung yang tadinya menutupi rambutnya di tanggalkan. Terserlah rambutnya yang lurus di pandangan mata.
“ Tolong rahsiakan pasal saya buka tudung ni dari pengetahuan Faizal. Saya tak mahu dia kecewa dengan saya. Memang saya janji dengan dia akan berubah jadi lebih baik. Tapi masanya bukan sekarang. Mungkin selepas akad nikah. Saya rasa tak guna juga saya bertudung kalau hati saya tak betul-betul ikhlas kan?”.
Aku terpana dengan permintaannya. Entah dirasuk apa, laju juga aku menganggukkan kepala tanda setuju. Prasangka buruk yang datang aku cuba tangkis. Kata-kata Ain ada benarnya. Dan bukan mudah nak berubah sekelip mata. Dia perlukan masa untuk beradaptasi dengan keadaan yang baru. Menjadi Ain yang baru. Jadi, kalau dia mahu rahsiakan aku akan rahsiakan selagi termampu. Dan sedaya-upaya aku akan membantu dia berubah. Menyedarkan dia perubahan terbesar yang dilakukan bukan kerana seorang lelaki bernama Faizal tetapi kerana Tuhan Yang Maha Tahu, Allah swt.
“ Thanks a lot Nur. Tapi saya ada lagi satu permintaan. Boleh tak kalau Nur jauhkan diri dari Faizal dan keluarga dia? Saya perempuan Nur, saya sedih bila layanan mereka pada Nur lebih dari saya. Saya wujud dekat sana pun, semua buat macam tak Nampak. Sebab saya tak ada kelebihan macam Nur. Saya tak pandai memasak, saya tak pandai ambil hati orang tua dan saya tak mesra. Jadi, saya nak perbaiki diri. Tapi selagi Nur muncul dalam hidup mereka, selagi itulah saya dibayangi Nur. Please Nur! Saya merayu”, luah Ain lirih.
Entah dirasuk apa, laju aku menganggukkan kepala tanda setuju. Tangannya aku genggam erat. Bila Ain cuba mengukir senyuman, aku menarik nafas lega. Biarpun payah, aku akan tetap berusaha.Biarpun akan lelah, aku akan tetap mencuba. Kerana aku tetap aku, Nurhuda Diyana yang sudah ditakdirkan untuk membahagiakan orang di sekelilingnya.Dulu, membahagiakan keluarga Syed Hamdi bila kehilangan Syarifah Hurriyah.Sekarang membahagiakan keluarga Syed Fauzan dengan membantu Syarifah Ain Batrisya tampil sebagai menantu sempurna dan tiada cacat cela. Dan jalan terbaik hanya satu. Menjauh dari mereka biarpun baru seketika aku merasakan dekatnya hubungan antara kami!
--------------------------------------------------
Salam alaik. Buat semua pembaca blog yang saya kasihi dan sayangi. Insyaallah, CCB akan dijadikan novel dan after exam ni saya akan mulakan menulis manuskrip secara serius. Saya akan cuba siapkan sebelum saya final exam, Mei ini. Apa-apa pun, terima kasih pada semua yang sudi singgah, baca, komen dan memberi pandangan. Untuk n3 seterusnya, saya akan tulis a.s.a. saya habis exam Khamis depan. Maaf kalau membuatkan anda tertunggu-tunggu. Sekian, wasaalam.

10 comments:

epy elina said...

hohohoho....
geram jg ngn ain 2...
ingt baik sngt....
cntik luar x smstinya cntik dlm...
ok jg 2 bila nur cuba mnjauhkan diri dr izal n kuarganya....
nnt sng nur nak lupakan izal....
brt mata memandang, berat lg bahu memikul...
sdgkan sy ni pmbca dah skit ati ngn situasi ni pe lagi nur...
hehehhe...
emo skit....

a.s.m.a said...

btul2 stuju ngan ngan org atas ckp..
mgkin bila nor dah jauh br faizal rasa rndu ke hihi
pandai2 je wat hipotesis sndiri..
pa pn thanks post..
rndu sgt kat CCB ..
(^_^)

Sue said...

bermuka2 ker ain tuh? tak sangka lak!

sabar ajer la nur ooi... tp rasanya faizal akn tahu gak citer saper ain yg sebenarnya.... harap2 la kan!

ini yg buat tak sabar nk tau lg nie... hehehe

blueskyz said...

smpai ati ain ckp mcm tu kat nur..sabo ye nur..

MaY_LiN said...

alahai..
kejam nya..

ha-ra said...

ceh...da pndai tnjuk belang da...bru jdi tunang tue...

6t biar la ejai tau...msti ejai mrah...

myb ok gak klu nur jauhkn dri wat smntra wktu...stabilkn dlu prsaan...

mizd said...

hipo btul r ain 2..igtkan da b'ubah..
ijai..bukak r mata 2...biar nampak sape sbnarnya ain n uda 2..
uda..u r d best..

nursya said...

erm...
cian kat nur...
tp ader baiknyer gak...
nti blh nur bk ati nur utk abg riz kn...
hehehe...

writer gud luck yek utk manuskrip yg br n 4 ur study...
go go fighting!!!

Anonymous said...

salam cik penulis,

berbalui penantian, ada juga n3 yg. panjang, terubat rindu.

ain bimbang rupanya, bila perhatian tertumpu kpd. nur, bila
nur jauhkan diri, baru faizal sedar hatinya berat ke arah nur..
tp elok juga biar faizal kenal ain yg. sebenarnya...

dan bila faizal sedar perasaannya; nur dah ada hafiz...; menyesal pun tak berguna lagi...

tp nur janganlah pula lembut hatinya pada faizal..

tunggu n3 yg. faizal dah kenal mana intan dan permata...

- PS@pembaca setia-

aqilah said...

ooh, berpura2 jugak si ain ni...............poning akak dgn situasi nur dgn faizal dgn hariz...aduhhh...pening!!!! apapun, akak followwwwwwwwwwwwwwwww