@rubiadaibrahim

Thursday, March 18, 2010

CCB 35: Insan Biasa!


“ Dekat tapi jauh”. Itu kata yang paling tepat menggambarkan situasi yang aku hadapi ketika ini. Permintaan Ain membuatkan aku menghilangkan diri dari hidup Faizal dan keluarganya. Sama seperti janji yang termaterai antara aku dan Ain kelmarin. Kerana pandangan dan kepercayaan Ain pada aku, akhirnya aku nekad dengan satu tindakan. Jauh dari menghilang dari hidup Faizal.
“ Saya tahu Nur perempuan yang baik. Dan seorang perempuan yang baik tak akan buat perempuan lain bersedih kerananya. Saya pegang dan percaya pada janji Nur. Insyaallah, perempuan yang baik macam Nur akan dipertemukan dengan lelaki yang baik juga nanti. Terima kasih Nur sebab sudi berkorban untuk saya”.
Kata-kata terakhir Ain sebelum perpisahan kami masih terngiang-ngiang di telinga hingga ke hari ini. Betapa besarnya kepercyaan Ain pada aku, betapa tingginya Ain percaya pada aku dan betapa yakin Ain bahawa aku perempuan baik untuk seorang lelaki baik yang entah siapa. Mungkin Abang Riz, mungkin juga orang lain.Kalau Ain berdoa agar aku dipertemukan dengan lelaki yang baik, itu jugalah harapan aku saban waktu. Siapa dia? Biarlah masa dan takdir menentukan segalanya.
            Bukan mudah sebenarnya untuk aku melarikan diri dari Faizal. Tugas Faizal sebagai supervisor aku sudah tentulah membuatkan kami banyak berhubung dan harus bersua muka sentiasa. Mujurlah ada walid yang dapat membantu aku mencapai misi dan kesepakatan antara aku dan Ain. Biarpun awalnya walid mengerut dahi mendengar permintaan aku, namun walid akhirnya akur juga.
            “ Walid peliklah dengan Bibi ni. Dah ok dengan Faizal sekarang ni, baru nak minta tukar supervisor. Kenapa tak dari awal dulu? Tak ke pelik Faizal kalau dia tahu semua ni walid yang arrangekan?”, soal Walid kembali pada aku lewat petang aku menyuarakan hasratku.
            Aku sekadar melemparkan segaris senyuman pada Walid. Kalaulah Walid tahu soal kesepakatan aku dan Ain, tak pasal-pasal aku dapat ceramah free. Tak mungkinlah Walid bersetuju kalau pertukaran tersebut semuanya kerana hal peribadi. Memang tak patut kalau aku melihatkan Ain dalam hal ini. Akhirnya, aku menyuarakan pendapat dan idea yang lebih masuk akal dan pastinya diterima Walid tanpa banyak soal.
            “ Memang la dah ok. Tapi walid sendiri yang kata kena cari pengalaman sebanyak mungkin masa praktikal ni. Kalau Faizal seorang je yang bagi tunjuk ajar, macammana lah nak banyak pengalaman. Paling tidak, kalau Bibi dengan supervisor yang lebih tua,  banyak lagi tips dan benda-benda baru yang Bibi boleh dapat. Paling tidak, ada jugalah bab-bab buat bangunan masuk dalam kepala. Kalau dengan Faizal, bab-bab menurap jalan jelah Bibi tahu”, jelasku panjang lebar.
            Walid tergelak kecil mendengar jawapan aku. Tiada balasan darinya. Aku memandangnya cemas. Nampak gayanya permintaan aku tak berjaya. Aku mengeluh perlahan sebelum berlalu meninggalkannya keseorangan di gazebo. Belum jauh aku melangkah, aku mendengar walid berbicara dengan seseorang di telefon.
            Bila aku berpaling memandangnya, Walid mempamerkan ibu jarinya pada aku sebelum menamatkan panggilan dengan si pemanggil..
            “ Mulai esok, Bibi kerja dengan Encik Ali. Lebih baik, lebih straight. Selamat dapat supervisor baru ye sayang”.  Kata-kata Walid yang tenang seterusnya membuatkan aku tersenyum biarpun sudah ada rasa sebak yang bertandang. Pengorbanan yang terbesar dari aku untuk Ain yang tanpa sedar membuatkan perasaan aku turut terkorban. Ya Allah, kuatkan aku!
-----------------------------------
            Faizal mendengus geram sebaik sahaja kembali dari bilik Tuan Nazri. Tiada lagi gelak tawa yang kedengaran di ruang kerja kami. Dia memandang aku sekilas sebelum berlalu ke mejanya. Aku tidak menegur kerana bimbang kalau-kalau tindakan aku menambah kemarahan yang sudah sedia ada.
            “ Tak patut betul dia orang ni. Ingat aku ni teruk sangat ke sampai jadi supervisor pun tak layak? Selama ni semua yang veteran tu tak mudah lagi sombong. Tak ada class nak layan budak praktikal, malas la. Itu la ini la. Semua kerja tolak dekat budak-budak muda. Bila dah nak menggatal, semua jilat balik muntah masing-masing. Sekarang ni semua kerja aku dia orang nak caras. Ingat bagus sangat la tu!”, rungut Faizal sambil menghempas fail di atas mejanya.
            Aku menggigit bibir dengan tindakannya. Tak menyangka dia akan marah sampai ke tahap itu dengan keputusan yang telah diambil oleh pihak atasan. Keputusan Walid kerana pujuk rayu aku. Kecut perut dibuatnya. Bila Kak Nasya mengetuk pintu bilik, Faizal pantas mengarahkannya masuk. Kak Nasya memandang aku sekilas. Reaksinya seakan mahu menagih penjelasan apa yang sebenarnya berlaku pada Faizal. Melihat aku mengangkat bahu, Kak Nasya memandang aku dengan raut tak percaya.
            “ Kalau nak tahu, tanya I terus Nasya. Tak payah nak tanya dekat Nur sebab dia pun tahu kalau I tak jadi supervisor dia lagi”, ujar Faizal sebaik sahaja Kak Nasya menyerahkan kertas kerja untuk ditanda tangani kepadanya.
            Kak Nasya mempamerkan muka terkejut. Aku buat-buat terkejut. Faizal tergelak dengan reaksi kami. Serentak aku dan Kak Nasya memandangnya. Pelik dengan perubahannya yang tiba-tiba. Tadi tak mudah lagi marah, sekarang ketawa pula.
            “ Tak ada yang pelik pun dalam dunia ni Nasya, Nur. Hidup ni umpama roda. Kalau dah sampai masanya kita duduk dekat bawah, 24 jam boleh hilang jawatan supervisor. Maklumlah saya hanyalah menurut perintah. Arahan dah dapat, bukannya boleh dibantah. So, sebulan ke depan Nur kerja dengan Encik Ali ya”, tambah Faizal lagi. Lebih tenang dan dia mempamerkan senyuman sinis pada kami.
            Kak Nasya mendengus geram mendengar cerita Faizal. Dia mengulas arahan yang diterima Faizal sebagai tindakan tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.
            “ Apa pula arahan sesuka hati je macam tu? Tak patut betul la.You tanya la boss kenapa tak tiba-tiba je you tak jadi supervisor lagi. Macam ada something wrong je dengan kes you ni”, ulas Kak Nasya.
            Faizal tergelak lebih kuat kuat lagi. Kak Nasya memandangnya geram.
            “ I dah tanyalah Nasya. Boss kata dia nak bagi I berehat sebab kenduri I tak lama dah. Kalau I busy kena handle budak praktikal yang nakal macam Nur ni, entah bila I nak fikirkan diri sendiri. So, I kena redha jelah dengan arahan tu walaupun rasanya tak munasabah langsung. Apa nak buat, saya hanyalah menurut perintah”, kata Faizal sambil menyerahkan kembali fail kepada Kak Nasya.
            Kak Nasya menyambutnya dengan keluhan di bibirnya sebelum berlalu. Dia menjeling aku sekilas. Aku mengangkat bahu, menandakan aku tidak dapat berbuat apa-apa dengan arahan yang aku terima. Mahu tak mahu, meja aku akan bertukar tempatnya. Bukan lagi di ruangan ini, tapi satu ruangan kerja dengan Encik Ali. Dengan terjadinya pertukaran supervisor sebentar lagi, tamatlah juga kisah aku dan Faizal. Ya, berakhirnya di sini. Tamatnya di ruangan ini, di pagi ini.
------------------------------------------
            Biarpun masih berkerja satu pejabat dengan Faizal, jarang sekali aku bersua dengan dia. Sejak bertukar ruangan dan supervisor, kelibat Faizal di pejabat boleh dihitung dengan jari sahaja. Dalam seminggu, adalah 2 kali sahaja dia lekat di pejabat. Hari Isnin kerana ada mesyuarat teknikal dan pembentangan kertas kerja dan hari Jumaat kerana dia harus bersolat Jumaat. Hari lain, jangan haraplah nak bertemu.
Tambahan pula, majlisnya akan dilaksanakan dalam masa tiga minggu lagi. Itu pun aku tahu dari kad jemputan berwarna silver yang diletakkan di atas meja aku. Kesibukan aku membuatkan aku juga tak punya kesempatan untuk berbual dengan dia lagi. Tak punya kesempatan juga untuk merakamkan ucapan tahniah atas hari bahagianya yang kunjung tiba.
Sejak itu jugalah, tiada lagi khabar yang aku terima dari kelurga Faizal. Kesibukan aku membuatkan aku berhenti dari memikirkan Faizal dan aku dapat mengotakan janji aku pada Ain. Dan Ain, Ainlah yang paling gembira kerana janji aku padanya terlaksana juga. Dapat aku bayangkan betapa gembiranya dia melalui sms yang aku terima 2 hari yang lalu.
“ Nur, Alhamdulillah, Ain bahagia sangat-sangat sekarang ni. Walaupun susah nak jadi macam mana Faizal nak, Ain akan cuba. Ain akan pastikan Ain jadi yang terbaik untuk dia. Thanks Nur for everything”.
Kegembiraan Ain mungkin kegembiraan keluarga Faizal juga. Dan kegembiraan Faizal pastinya hal yang paling membahagiakan aku. Melihat Faizal tersenyum lebar dari jauh sudah cukup membuatkan aku  gembira kerana aku dapat berkorban untuknya. Berkorban demi Ain yang sudah aku anggap sebagai teman. Dan aku rasa, itulah pengorbanan terbesar dari Syarifah No Name yang dicari Faizal selama ini. Ya, pengorbanan demi kebahagian pencinta setia aku.
----------------------------------
Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, sudah hampir tiga minggu aku bertugas di bawah pengawasan Encik Ali. Encik Ali memang baik dan straight sebagaimana diperkatakan Walid. Kerja-kerja yang diarahkan harus disiapkan mengikut kriteria yang ditetapkan olehnya. Kalau tidak menepati yang diinginkan, dia tetap memberi tunjuk ajar dan pembetulan pada kerja-kerja aku. Dengan tutur kata yang lembut dan teguran yang membina, aku senang berkerja dengannya. Terasa seperti bekerja dengan Walid kerana sikapnya yang hampir sama dengan walid. Tegas dan ideanya amat bernas.
            “ Nur jangan buat-buat pandai dengan Encik Ali nanti tau. Kalau tak tahu, banyakkan bertanya. Sebab  dia ni tak suka dengan orang yang berpura-pura ni. So, tak boleh lagi hentam keromo macam dengan saya sebelum ni. Kena banyak berterus-terang dan tak boleh malas lagi. Kena kerja kuat dan lebih smart”.
            Pesanan Faizal memotivasikan aku untuk bekerja kuat dan membuktikan aku mampu jadi jurutera yang hebat di mata Encik Ali. Hebat di mata dia bukan sekadar dengan pujian yang melambung yang diberikan tapi aku mengharapkan lebih dari itu. Aku mahu dia menilai aku sebagai seorang yang tak pernah kenal erti putus asa dan mampu melakukan apa juga kerja dengan cekap. Kerana azam tersebut, aku akan buktikan melalui kerja kerja terakhir sebelum aku meninggalkan JKR minggu depan. Satu kenangan dari aku buat tempat praktikal ini.
            Kalau kenangan dari pejabat JKR ini terlalu banyak rasanya. Kerana di sinilah, aku bertemu kembali dengan keluarga Syed Hamdi As-Syarif yang aku tinggalkan 3 tahun lalu. Di sini jugalah, aku mengenali syed Faizal Adli  dengan perwatakan berbeza selain jiran paling pendiam sebelumnya. Aku mengiktiraf dia sebagai pencinta yang paling setia sebaik sahaja mengetahui kisah cintanya dengan Syarifah No Name yang Cuma sekali di temui. Dan rasaya, itulah kenangan paling indah dalam hidup aku.Kenangan yang akan aku kenang sampai bila-bila tentunya. Sampai akhir hayat, Insyaallah.
-------------------------------------------
            Aku masih di pejabat biarpun jam sudah menunjukkan jam 8 malam. Masih banyak kerja yang harus disiapkan dan aku sebenarnya memaksa diri untuk menyelesaikan kertas kerja Projek Membina Makmal Sekolah Rendah malam ini juga. Kalau semua kerja selesai hari ini, esok sudah boleh disahkan. Jadi minggu depan, bolehlah aku menikmati minggu terakhir praktikal dengan tenang.
“ Nur, saya balik dulu ya. Maaf terpaksa bertungkus lumus buat kerja sorang-sorang. Kalau bukan birthday anak saya hari ni, mungkin boleh bantu awak sikit-sikit. Sorry ye Nur”, tegur Encik Ali yang sudah bersiap-siap mahu ke rumah.
Aku sudah maklum sambutan hari lahir anaknya, Aida seminggu yang lalu. Malahan, aku turut dijemput memeriahkan majlis tersebut. Tapi apakan daya, ada pula kerja yang harus diselesaikan dan ada pula urusan yang jadi halangan.
“ Tak apalah Encik Ali. Kirim salam dan ucapan Happy Birthday saya pada Aida ya. Kalau pasal kertas kerja ni, Encik Ali jangan risau sebab saya akan siapkan malam ni juga. Insyaallah, pagi esok semuanya dah ada atas meja Encik Ali.”.
Encik Ali tersenyum manis sebelum berlalu meninggalkan aku keseorangan di ruangan kerja ini. Aku membalas senyumannya. Biarpun bimbang kejadian semalam akan berulang, aku cuba memberanikan diri. Kalau pun terpaksa pulang lewat malam sekali lagi, nak tak nak terpaksalah aku meminta jasa baik Pak Itam menghantar aku balik ke rumah. Tak sanggup aku bayangkan kalau peristiwa semalam berulang lagi.Nauzubillah. Cukuplah sekali.
--------------------------------
“ Kalau saya masuk marathon, memang confirm dapat No 1 akak. Tak cukup tanah, berlari malam tadi. Teksi tak dapat, mamat mabuk pula yang lekat”.
            Kak Nasya tergelak kuat sebaik sahaja aku habis bercerita kisah aku dikejar lelaki mabuk malam tadi. Semuanya gara-gara telalu asyik menaip kertas kerja di pejabat hingga tak sedar sudah larut malam. Nak pulang ke rumah, harus ke jalan besar untuk mencari teksi. Malangnya, aku dikejar lelaki mabuk dalam perjalanan ke sana.
            “ Kata hebat sangat. Apa kes tak tunjuk dekat dia seni silat cekak yang Huda belajar tu?”, soal Kak Nasya sambil menekan perutnya.
            “ Orang yang mabuk macam tu manalah terlawan dengan silat-silat ni akak. Kena rendam dengan air kolam je nak bagi dia sedar balik. Seram betul la hidup saya. Dah nak habis praktikal ni, macam-macam pula dugaan hidup saya”, tambahku.
            “ Biasalah tu Huda. Kalau tak ada kisah macam tu, tak ada benda nak cerita dekat anak-anak esok. Kira adventure habis la hidup Huda malam tadi. Rugi pula sebab tak dapat tengok Huda berlari. Mesti gempak kalau akak tulis dekat buletin board kisah Huda ni”, seloroh Kak Nasya dengan ketawanya yang masih tersisa.
            Jelingan tajam aku lemparkan padanya. Dia buat-buat tak Nampak. Tak habis-habis nak menglamerkan aku.
            “ Ye, akak tak akan buat semua tu. Jangan risaulah. Ha, tak habis lagi cerita tadi. Huda lari kemana bila kena kejar tu? Sebab Huda kata tadi tak dapat teksi pun.Balik rumah naik apa?”, soalku Kak Nasya  dengan penuh minat.
            “ Lari balik ofis la akak. Mujur la Pak Itam tak tidur lagi malam tadi. Kalau dia tak JAGA, entah apa la nasib saya. Gabra Pak Itam  tengok mamat tu kejar saya. Serta-merta dia beubah jadi SUPERHERO. Dia pula yang kejar mamat tu. Tak pasal-pasal ada kes berkejar-kejaran pula malam tadi. Lepas tu, Pak Itam hantar saya balik naik motor dia. Kalau orang tengok, mesti orang ingat saya shooting filem kot”, selorohku pula.
            “ Huyo, Pak Itam jadi Hero. Macam tak percaya pula akak. Apa-apa pun, syukur sebab tak jadi apa-apa. Huda pun selamat. Pak Itam kena dapat award nih sebab selamatkan Huda. Paling tidak, dapat jadi pelakon pembantu terbaik pun ok dah”, ulas Kak Nasya sambil ketawa.Aku turut ketawa mendengar kata-kata Kak Nasya.
Memang kelakar kalau dikenang kisah semalam. Mujurlah ada Pak Itam, JAGA yang selalunya dijaga oleh bangunan JKR ini. Manakan tidak, jadi JAGA tapi tak sampai setengah jam menjaga bangunan JKR dia dah hanyut dibuai mimpi. Biarpun dia begitu, aku sudah terhutang budi padanya. Mungkin juga terhutang nyawa kerana kalau tak ada Pak Itam, entah apalah nasib aku. Agaknya dah tak wujud dekat sini! Apa-apa pun, syukur atas bantuan yang Allah hadirkan pada aku di saat cemas semalam.
 “ Siapa yang jadi hero? Siapa yang jadi heroin ni? Tak mahu share dengan saya ke?”, teguran Faizal membuatkan ketawa kami mati. Aku mengangkat bahu dan menjeling tajam pada Kak Nasya. Kak Nasya akur tidak membuka mulut bercerita soal semalam.
“ Tak ada siapa-siapalah Ejai. Cerita pasal Hindustan yang cuba tiru cerita Run Away Bride tu. Tak ada yang best pun. Kalau cerita dekat you, tak pasal-pasal ada orang mengalir air mata jap lagi”, ujar Kak Nasya selamba.
Faizal menggaru kepalanya sambil tersenyum sumbing kerana diperli Kak Nasya. Melihat dia berlalu tanpa suara, aku dan Kak Nasya sama-sama ketawa. Siapa suruh busy body, dah kena perli. Nasib..nasib.
-------------------------------------
Senyuman yang bermain di bibir kerana teringatkan gelagat Faizal mati serta merta bila aku rasakan ada seseorang yang berdiri di depan pintu. Tak lain, tak bukan Encik Ali lah ni. Entah barang apa yang tertinggal agaknya? Bukan aku tak kenal perangai pelupa supervisor baru aku ni.
“ Tinggal apa pula kali ni Encik Ali? Jangan kata hadiah Aida sudah la”, ujarku selamba tanpa sambil meneruskan kerja menaip proposal yang belum selesai.
“ Tertinggal assistant lama Encik Syed Faizal Adli dekat bilik ni je, Cik Nurhuda Diyana” Bukan suara Encik Ali yang menyapa telinga tapi suara yang orang lain. Suara yang sudah lama hilang dan muncul tiba-tiba hari ini.
 Aku mengangkat kepala, Faizal berdiri di depan pintu dengan senyuman di bibirnya. Tanpa dipelawa, dia masuk. Bungkusan makanan dan air milo di tangannya diletakkan di atas meja sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi di depan aku. Aku memandangnya tak berkelip. Pelik dengan kunjungan kali keduanya di ruangan kerja baru aku malam sebegini “ Buat kerja sampai tak ingat makan dan minum ye Nur? Dapat supervisor baik, makin kurus jadinya Cik Nurhuda Diyana ni. Sepatutnya makin gemuk sebab tak makan hati dah. Pelik tapi benar betul!”.
            “ Nur tak makan lagi kan? Dari siang tadi saya perhatikan Nur tak keluar-keluar dari bilik ni. Keluar untuk solat je kan? Bab makan minum semua lupa!”, ujar Faizal perlahan.
            Senyuman tawar bermain di bibir dengan komennya. Memang apa yang dikatakan semuanya benar belaka. Tambahan pula, aku bertekad mahu menyelesaikan kertas kerja ini secepat mungkin kerana mahu membantu persiapan kenduri abang Wan dua minggu lagi. Kalau dapat disiapkan hari ini, tenang sedikitlah hidup aku. Tak perlu terkejar-kejar antara urusan kerja dan keluarga.
            “ Dah dihantar makanan depan mata pun tak mahu makan ke? Lupakan dulu pasal kerja tu. Perut lapar tu kena isi dulu. Lepas kenyang sekejap lagi, sambunglah semula kerja. Ingat, kita ni bukannya robot. Kena juga berehat dan makan”, tempelak Faizal bila aku menyambung kerja.
            Aku tersengih mendengar kata-katanya. Malas mendengar dia bising dan terus membebel, aku menolak laptop ke tepi. Bungkusan makanan yang dibawanya aku buka perlahan. Faizal tersenyum senang melihat aku yang mengikut kata-katanya.
            “ Terima kasih sebab belikan saya makanan”, ucapku sebelum menyuap makanan ke dalam mulut perlahan-lahan. Kalau makan tak ingat dunia, tak pasal-pasal mengundang kutukan Faizal pula.Biarpun aku kurang senang dengan kehadiran dia mala mini, aku cuba bertenang. Tak kan nak menghalau orang yang bersusah payah untuk kita pula kan. Faizal dah berbudi, aku kenalah berbahasa.
            “ Macam mana dengan persiapan kenduri Encik Faizal? Semua dah ok ke?”, soalku padanya, memecahkan kesunyian antara kami.
            Tiada kata yang lahir dari bibirnya, Cuma ibu jarinya ditunjukkan pada aku. Tanda semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Kiranya, hari bahagia Faizal dan Ain yang akan berlangsung dua hari lagi akan terabdi sebagai majlis gemilang-gemilang tahun ini.
            “ Nur datang kan Ahad ni? Jangan buat-buat lupa pula. Kesian dekat saya nak mencari tukang bawa dulang baru kalau Nur tak datang nanti”, seloroh Faizal sambil membelek fail di atas meja aku.
            Hampir tersembur makanan yang ada di mulut dengan gurauannya. Cemas benar muka Faizal melihat aku, pantas juga dia menghulurkan minuman kepada aku. Dia terbangun dari kerusinya dan bergerak menghampiri aku.
            “ Saya ok. Tak apa-apa”, kataku selesai minum dan mengarahkan dia duduk kembali.  Mukanya masih cemas. Aku melemparkan senyuman padanya.
            “ Alhamdulillah, tak ada apa-apa. Kalau Nur tersedak betul tadi, panik juga saya. Isyh, teruk betul saya  ni kan? Bergurau tak kena tempat. Tak apalah Nur. Saya keluar dulu. Enjoy your dinner. Nanti saya datang sini lagi temankan Nur”, ujarnya tenang.
            Aku mempamerkan muka terkejut dengan kata-katanya. Apa kes pula, nak meneman aku buat kerja malam-malam begini. Tak ada kerja betul.
            “ Nur..nur. Semalam dah kena kacau dengan lelaki mabuk pun, tak takut-takut lagi. Saya risaukan keselamatan Nur tau. So, malam ni saya temankan Nur buat kerja. Dan siap nanti, bagitahu saya. Saya hantarkan Nur balik”, tegasnya sebelum melangkah keluar.
            Terlopong mulut aku mendengar kata-katanya. Tak sangka pula dia masih rasa bertanggungjawab pada aku biarpun aku bukanlah dibawah pengawasannya. Tapi macammana pula dia boleh tahu pasal kisah aku malam tadi ni? Kak Nasya ke yang bercerita pada dia. Mak , geramnya!
-------------------------------------------------
            Aku menjeling Faizal dengan ekor mata. Dia ralit dengan laptopnya. Entah apa yang dikerjakan pun, aku tak tahu. Kalau nak kata sibuk membuat kertas kerja, rasanya tak ada lagi projek baru yang diserahkan kepadanya. Tak mungkinlah bakal pengantin baru dihadiahkan kerja berguni-guni sempena cutinya yang bermula esok. Memang tak masuk akal!
            “ Apa yang jelling-jeling dari tadi tu Nur? Orang kata kalau suka menjeling ni lama-lama jadi juling”.
            Senyuman aku lemparkan padanya yang duduk di kerusi Encik Ali. Tanpa suara, tanpa kata, dia datang semula ke ruangan ini dengan membawa laptopnya sebentar tadi. Aku kira semuanya dilakukan kerana bimbangkan keselamatan aku. Bekas assistant dan bekas jiran sebelah rumah tak lama lagi.
            “ Orang tanya, dia senyum lagi. Nur nak tanya pasal apa? Tanya je. Sementara saya ada depan mata ni. Start esok, saya dah cuti. Nanti mulalah rindu-rinduan dekat saya”, ujarnya selamba sambil mengalihkan pandangannya pada aku.
            “ Kak Nasya ke yang cerita dekat Encik Faizal pasal malam tadi tu? Orang suruh simpan rahsia, sesuka hati gembira je hebahkan dekat orang lain. Geram betul la”,rungutku.
            Faizal tergelak kecil dengan rungutan aku. Bila melihat dia menggeleng kepala menidakkan tekaan aku, aku memandangnya dengan muka tak percaya. Sejak bila pula Kak Nasya pandai menyimpan rahsia ni?
            “ Nur..nur. Cuak sangat malam tadi sampai kereta saya dekat sebelah rumah pun tak perasan ye. Pak Itam lah yang cerita. Ni cerita asli tak ada tokok tambah yang saya dengar ni. Pak Itam juga yang minta saya temankan Nur malam ni. Dia risau kalau benda tu berulang lagi”, jelas Faizal tenang.
            Aku melemparkan senyuman padanya. Malu juga kerana bersangka buruk dengan Kak Nasya. Tapi rasa malu tak sehebat rasa pilu yang mengisi segenap hati. Kiranya dia sanggup menemankan aku kerana pesanan dari Pak Itam semata-mata. Bukan kerana kerelaan dirinya. Rasa gembira hilang serta-merta. Entah kenapa, rasa sayu yang datang lebih mencengkam sudut hati. Aku cuba tenangkan hati, tumpuan aku alihkan pada kerja yang sudah hampir selesai. Melihat aku berdiam diri, Faizal juga mengunci mulutnya.  Ruangan kerja kami kembali sunyi seperti ketika aku bersendirian sebelumnya. Cuma hujan lebat yang membasahi bumi menghiasi kebisuan antara kami.
------------------------------------
            “ Alhamdulillah, siap juga kerja ni akhirnya. Lepas ni boleh la datang kerja berlenggang kangkung je. Tak payah pening-pening lagi”, luahku pada Faizal sebaik sahaja kertas kerja selesai di print.
            Tanpa aku pinta, laju juga tangannya menyusun kertas kerja tersebut dan di masukkan ke dalam fail biru di atas meja Encik Ali. Aku memandangnya dengan senyuman. Tak sangka pula bakal tunang dan suami orang ni ringan tulang rupanya.
            “ Belajar merajinkan diri. Kalau lepas kahwin nanti baru nak belajar, kesian lah dekat Ain dapat saya!”, luah Faizal bersahaja.
            “  Saya tak kata apa-apa pun. Tapi baguslah kalau belajar dari sekarang. Sebab lelaki ni kalau sebelum kahwin perangai tak berubah, jangan haraplah dia nak berubah juga lepas dia kahwin. Dia dah dapat orang yang dia nak. Kirim salam jelah kalau nak minta itu ini”, komenku pula.
            “ Jadi, kalau Nur sudah jumpa itu orang, jangan lupa minta itu ini. Kasi pokai itu orang”, seloroh Faizal dengan gaya percakapan ala Arun.
            Aku terkekek ketawa. Faizal tersenyum lagi. Lebih lebar dari tadi. Serta-merta, ketawa aku mati kerana bimbang kutukannya lahir lagi.
            “ Ketawa jelah puas-puas. Dah tiga minggu, tak jumpa Nur. Lepas cuti seminggu ni,Nur dah habis praktikal. Mesti saya rindu nak dengar Nur melawan macam dulu-dulu. Rindu juga dekat perangai selamba Nur. Nur pun mesti rindukan saya kan?”.
            Aku menelan air liur mendengar pertanyaannya yang sedemikian rupa. Kalau ditanya soal rindu, rasanya rasa rindu aku sudah beralih pada Abang Wan. Tapi apa yang dikatakan membuatkan lidah aku kelu. Lain aku harapkan lain pula jadinya. Tak pasal-pasal, bakal suami dan tunang orang ni bermadah pujangga pula di malam hari.
            “ Perasan betul la.Tak ada masa  nak berindu-rinduan Encik Faizal”, tegasku sambil ketawa.
            Faizal mengalih pandangannya tepat pada aku. Mungkin dia melihat kesungguhan aku menuturkan kata, ada keluhan yang lahir dari bibirnya.
            “ Tak tahu la Nur. Tiba-tiba saya rasa sayu bila teringatkan Nur. Padahal tak sepatutnya saya, bakal tunang dan suami orang ni rasa macam tu. Saya rasa dekat sangat dengan Nur dan kalau boleh saya tak mahu Nur jauh dari saya. Tapi apa nak buat, kad pun dah diedar, hotel pun dah tempah. Nak tak nak, nikah jelah”, ujarnya perlahan, lebih lirih dan cukup sayu menampan telinga.
            Ingin aku memujuknya tapi aku tak tahu apa kata yang paling tepat aku perkatakan saat ini. Semua kata-kata yang menggambarkan kekuatan aku hilang dari fikiran. Dan bila Faizal berlalu kerana ada ketukan di pintu masuk utama pejabat , aku tak mampu memandangnya. Terlalu sayu rasa hati mengingatkan luahan hatinya sebentar tadi.
            Lebih terpana lagi bila aku terpandang 3 orang lelaki bersongkok putih berjalan kearah ruangan kerja aku. Tanpa sempat aku memberi penjelasan, salah satu dari mereka bersuara terlebih dahulu. Kata-kata yang cukup membuatkan kekuatan aku hilang serta-merta.
            “ Encik kata tadi ada kawan sekerja yang lain dekat dalam. Kalau berdua-duaan macam ni, entah-entah ada kerja lain yang Encik buat. Projek buat bangunan entah kemana, projek lain pula yang berjalan. Nak cerita panjang lebar, dekat balai je! Macam tak tahu hukum-hakam. Harap je bertudung, muka cantik. Perangai..Ya Allah!”.
            Aku terduduk mendengar tuduhan yang dilemparkan mereka. Terlalu hina aku rasakan dengan  tuduhan sebegitu. Tanpa sedar, ada airmata yang mengalir. Panas menuruni pipi. Faizal memandang aku tanpa kata.Kalau aku tahu begini kesudahannya, aku tak akan sesekali membiarkan dia menemani aku menyelesaikan tugas. Ya Allah, besarnya dugaan-Mu!
----------------------------------------------------------
            “ Sebagai seorang muslim, kalian semua kena menjaga batas pergaulan. Kena elakkan berdua-duaan di tempat sunyi sebab di antara 2 anak Adam, ada yang ketiga iaitu syaitan. Mungkin kita rasa kuat sebab dapat melawan godaan dia tapi perbuatan kalian ni menimbulkan syak wasangka dan boleh menimbulkan fitnah. Kalau tak dapat melawan nafsu, Islam galakkan jalan yang lebih baik iaitu berkahwin. Bukan berdua-duaan, melayan nafsu dan perasaan tanpa ada ikatan”.
Hanya suara pegawai JAIS yang kedengaran di kalangan pesalah OPS INSAF yang dilancarkan malam ini. Tiada seorang pun bersuara kerana aku tahu jauh di sudut hati semua orang mengakui kebenaran kata-kata beliau. Sama seperti aku sudah maklum hal itu. Tak mungkinlah anak seorang kaunselor agama tak tahu batas-batas pergaulan dalam Islam. Tapi entah kenapa, kata protes tetap lahir di hati.
Memang tugas mereka mencegah maksiat tapi kenapa aku juga harus dituduh melakukan perbuatan yang sama. Tak ada peluang untuk membela diri saat ini. Semuanya membisu. Tak kira yang bertudung mahu pun yang tidak, semuanya seakan menerima sahaja pertuduhan yang dilemparkan dengan redha. Aku tak kisah dengan mereka, yang aku tahu aku akan membela diri. Dakwaan mereka terlalu berat untuk aku terima.
“ Maaf kalau saya lantang bersuara. Tapi apa jalan terbaik yang encik sarankan  kalau ada diantara kami yang memang tak bersalah? Kami dituduh dengan bukti yang tak jelas. Adakah ada peluang untuk kami membela diri”, soalku lantang sebaik sahaja diberi peluang untuk bertanya.
Pegawai agama tersebut tersenyum mendengar pertanyaan aku. Suasana yang gamat tadinya kerana menyetujui pertanyaan aku kembali sunyi setelah ditenteramkan oleh pegawai JAIS yang lain.
“ Memang sebaiknya anda membela diri kerana belum tentu pertuduhan kami benar. Tangkapan dan dakwaan ini adalah kerana keadaan syak yang timbul antara kamu semua. Jadi bolehlah ke mahkamah syariah untuk membuktikan anda tidak bersalah. Tapi prosedurnya lebih panjang dan memakan masa yang lama. Lagi satu jalan yang kami sarankan adalah ke pejabat kadi. Isi borang, nikah free. Bukan mempersendakan anda semua, tapi itulah jalan terbaik untuk menjaga kemaslahatan umat Islam sekarang ni. Supaya keturunan anda terjaga dan sekaligus menjaga nama baik keluarga”.
Aku mempamerkan senyuman dengan penjelasan yang diberikan. Syukur masih ada jalan penyelesaian terbaik untuk aku membuktikan aku tak bersalah. Sudah ada satu keputusan di fikiran aku kini. Cuma satu, berjuang mati-matian di mahkamah syariah kerana itulah satu-satunya jalan menyembalikan nama baik aku yang sudah tercemar. Dan aku kira, itu jugalah keputusan Faizal! Biarah kuasa hukum menentukan segalanya!
------------------------------------------------------------------
“ Nur memang nak bawa kes ni ke mahkamah ke?”, soal Faizal sebaik sahaja selesai sesi ceramah tersebut selesai.
Laju aku menganggukkan kepala. Faizal tersenyum melihat aku.
“ Itu jalan terbaik untuk kita. Kita kena buktikan kita tak bersalah. Saya tak sanggup dicaci dan dipandang hina dek orang-orang sekeliling. Encik Faizal pun dengar tadi, konsekuensi kalau kita mengaku bersalah. Encik Faizal boleh dibuang kerja, saya pun boleh dibuang universiti. Saya tak mahu benda tu terjadi! Dan yang lebih penting, tak mungkinlah jalan kedua tu paling baik. Encik Faizal pun dah nak menikah”, jelasku panjang lebar.
“ Ok, kita jumpa di mahkamah syariah. Mudah-mudahan, kebenaran berpihak pada kita.”.Faizal mengiyakan pendapat aku.
Dia membuang pandang pada pasangan lain tidak jauh dari kami. Ada yang menangis teresak-esak dan ada juga yang menutup muka kerana malu bila ibu bapa mereka datang ke sini. Tapi aku tak akan sesekali bersikap demikian kerana aku dituduh dan tak ada bukti yang menunjukkan aku bersalah. Aku tahu dan aku yakin itu.
“ Nur dah telefon family Nur?Bagitahu pasal ni. Kesian pula dekat Nur kalau terpaksa bermalam dekat sini sebab kelurga Nur jauh nak datang ke sini”, ujar Faizal perlahan.
Aku menganggukkan kepala. Sebagaimana arahan pegawai JAIS supaya menghubungi waris atau keluarga terdekat, aku sudah pun memaklumkan pada mereka. Bukan umi dan abi di Perak yang aku hubungi tapi Walid di Shah Alam. Memikirkan itu, ada debar yang dada. Pastinya kehadiran Walid sebentar lagi mengurai identity yang selama ini aku rahsiakan. Tak dapat aku bayangkan reaksi Faizal kalaulah dia tahu siapa sebenarnya aku. Yang pasti, inilah kejutan paling besar selain tuduhan yang kami terima menjelang hari bahagia dia dan Syarifah Ain Batrisya.
------------------------------------------------
“ Mummy jangan marah Nur sebab Nur tak salah pun. Ejai yang menggatal temankan dia. So kalau nak marah, marah je dekat Ejai”, tegas Faizal sebaik sahaja Auntie Cah dan Uncle Zan datang ke sini.
Tindakan Auntie Cah yang tergelak kecil dengan reaksi Faizal mengundang rasa pelik aku. Uncle Zan menepuk bahu Faizal sementara Auntie Cah mengambil tempat di sebelah aku. Tangannya dilingkarkan di bahu aku.
“ Mummy tahu .Nur tak salah, Ejai pun tak salah. Tak ada orang yang salah dalam hal ini. Tak mungkinlah Nur dengan Ejai buat perangai tak senonoh tu. Mummy kenal anak mummy, mummy kenal Nur!”, balas Auntie Cah tenang.
Aku melemparkan senyuman pada Auntie Cah. Kiranya masih ada yang menyokong kami, menyakui bahawa kami bukanlah pesalah sebagai mana yang didakwa.
“ Nur dengan Ejai dah bincang soal ni. Kami akan bawa kes ni ke mahkamah. Tak kisah la lama mana pun, yang penting kami dapat buktikan kami tak salah. Cuma satu yang Ejai harapkan. Sokongan dari mummy dan daddy untuk kuatkan kami berjuang di mahkamah nanti”, tambah Faizal lagi.
Pelukan Auntie Cah makin erat aku rasakan. Aku membalas pelukannya.Tapi tak lama. Serta-merta pelukan Auntie Cah aku leraikan bila kelibat Walid dan Abang Wan kelihatan tidak jauh dari tempat aku duduk. Melihat aku,keduanya melangkah ke arah aku. Aku bingkas bangun. Walid menarik aku menjauh dari Faizal dan keluarganya.
“ Bibi, kenapa boleh jadi macam ni? Cerita dekat kami!”, soal Abang Wan sebelum sempat aku menjelaskan kepada mereka apa yang sebenarnya berlaku. Cukup kuat suaranya. Rasa marahnya cuba diselindungkan dalam getar suaranya. Walid menyabarkan abang Wan.
“ Macam ni. Bibi kena siapkan kertas kerja untuk projek terbaru tu. Dateline dia besok. Memang sejak semalam lagi, Bibi dah stay dekat ofis sampai malam. Tapi disebabkan malam tadi kena kejar dek lelaki mabuk masa nak balik rumah, Faizal temankan Bibi malam ni. Tak sangka pula, lain jadinya. Proposal dah siap, yak pasal-pasal kena tangkap. Tapi Walid dengan Abang Wan jangan bimbanglah, kami dah sepakat nak bawa kes ni ke mahkamah!”, jelasku panjang lebar.
Walid meraup muka mendengar cerita aku. Abang Wan membuang pandang kearah Faizal yang tidak jauh dari kami. Faizal menghampiri kami dengan tanda tanya di mukanya. Belum sempat dia bertanya hubungan antara aku dan kelurga Syed Hamdi As-Syarif, Abang Wan terlebih dahulu membuka mulut berkata-kata.
“ Nurhuda Diyana, satu-satunya cucu perempuan keluarga As-Syarif. Inilah Bibi, Syarifah No Name yang kau duk cari tu!”.
Muka Faizal berubah serta-merta. Terpempan dan seakan hilang di dunianya sendiri. Biarpun aku sudah melangkah meninggalkan dia, dia masih terpaku di tempatnya berdiri. Panggilan Auntie Cah tak diendahkan dan matanya menyoroti langkah kami. Tanpa kata dan dia terdiam seribu bahasa. Akhirnya, dia tahu juga Syarifah No Name yang dicarinya sudah lama di depan mata!Tak ada gelaran Syarifah di depan, tak ada panggilan As-Syarif di belakang. Cuma Nurhuda Diyana, seorang perempuan biasa!
-------------------------------------
salam semua. Demikian n3 terakhir di blog, lepas ni tunggu buku versi cetak ye. Insyaallah, saya cuba siapkan b4 bulan Mei. Doakan saya ye. terima kasih juga pada smeua kerana tanpa anda smeua mungkin tak wujud CCB ni. Akhir kata, saya tinggalkan anda dengan satu persoalan. Adakah kedegilan Nurhuda Diyana dan kesepakatan kata antara dia dan Syed Faizal Adli untuk membawa kes mereka ke mahkamah mampu mengalahkan agungnya cinta Ejai pada Syarifah No Name yang di depan mata dan hanyalah insan biasa? Yuk, sama-samalah kita fikirkan. Wassalam

29 comments:

epy elina said...

hohohoho....
crta ni nak di bukukan ke??
hmm...
x pe r..
sy akn sbr mnnti dlm versi cetak nnt....
mst izal x jd kawen ngn ain....
bila dia dah thu huda 2 SNM....
hehhhee...

mizd said...

sdey ye...
da last n3..kn tggu versi cetak lak.
xsbar ye..
doc..bt yg terbaik ek..
biar dpt no1 kat carta MPH..mcm novel sepupuku suamiku..
pe2 pn study pn kn gempak gak..
gud luck~~

Anonymous said...

Rasa2nya, hati faizal dh bercelaru.. tak sangka dh jumpa SNM... mungkin kes tu tak sempat sampai ke mahkamah... faizal ubah fikiran... tak sabar nk baca versi cetak..

Anonymous said...

ala teman ingt huda ngan hariz...papepon teman sokong karya doc

Anonymous said...

sedih n3 ini yg. terakhir di blog..
sweetnya ending; sbb faizal semakin bercelaru..
gembira, akan jadi sebuah novel!
gelisah.. penantian itu satu penyiksaan..

apa2 pun tahniah cik penulis,
tapi please, bagilah satu lagi n3
pengubat rindu..

best of luck

PS@peminat setia

Anonymous said...

green87,,,
sedihnya.. nk tau gak ending dia mcm ne.. tp x pe la.. tgu versi cetak je la..

Anonymous said...

sedih n3 ini yg. terakhir di blog..
sweetnya ending; sbb faizal semakin bercelaru..
gembira, akan jadi sebuah novel!
gelisah.. penantian itu satu penyiksaan..

apa2 pun tahniah cik penulis,
tapi please, bagilah satu lagi n3
pengubat rindu..

best of luck

PS@peminat setia



btul kata PS. saya sokong sekali. ayatnya mmg cukup tpat skali dgn apa yg sy rasa d hati ini ;D

CaHAyA PuTERi said...

emmmm biaq betui.....huhu tiap2 ari bukak nk trgok da ka dak en3 bru....huhuh...lmbat ka nk dibukukan lagik???emmm xsabaq nie nk baca...klu bleh tyaw terbitan mana huh...

zyx said...

sedihnya....da n3 last..
x sabar nk tggu bku lak..
biar la faizal kawen ngn uda k...
pape pon slamat menulis....

iffahnazifa said...

OMG, rahsia dh t'bongkar.
Mst ejai confuse nk wat pilihan..huhu
Neway, citer ni best
X sbr nk tggu printed version

raNt|ng pUtEh said...

aduhhh time part best nih la terbenti plk smbgn nye..~sigh~
p pape pn ejai da tau da spe SNM de 2..sukeee nye..
cpt2 buat versi cetak k..
sy xsbr nk bli t..

violet said...

alhamdulilah....tahniah.....nnti klu dh nk terbit, jgn lupa britau penerbit mana, tajuk novel (klu2 da perubahan pd tajuklah, nilai brape...senang mau cari t....jgn lupe yer....sy pasti akn tertgu2 novel ini....TAHNIAH sekali lg (walaupun agak kecewa tak dpt baca online lg) he3.. ^-^

MyA TiRaNa said...

huhuhu..
x sbr nk bc.....
lm lg nk kn tgu nih...

shizuka said...

doc rocky,

klu siap hantar manuskrip tu bln 5, agak2 market bln brp?

finger-cross cite ni cite sedih,,thriller sikit. sampai faizal dah kawen dgn ain, n sampai becerai bile die dh realize die keja snm jugak. be it from the bottom f his heart lah.

(haha act i baru jmp cite ni 3hr lepas, bace top2toe...titibe je dh kene stop..hoho)


much love from me.

last samurai said...

doc nk buat akhir bahagia ka,sedih akhirnya?

sedih mcm best jgk,tapi kena ada kotak tisu sebelah la.

blueskyz said...

x best la cmnih..nk tau ending citer nih..knapa dr rock x wat je ending citer nih kat sini..nnti kalo dh kuar novel pon, jgn risau, kmi still akan bli.huhu

Anonymous said...

huhu.. sedey nye last entry ya?!! xpe2.. lpas ni akak smbung crite lain le plak eh? AP da lame x smbung..

fazeera89

MaY_LiN said...

best..best..
mesti shock betul eijai tuh..
xsabar nak tgg versi cetak..
boleh smbg AP lak..
hihihihi

nadiah_abdllah said...

wah...
dah berdebar smcm nak tau apa jadik..
nseb bek doc warning awl2 nk keluar print version..
tak adalah frust sgt...
Hrp ending die best...
Kalau sad ending jgnlah ada yang mati..~~
huhu.. all the best...
sy akn tgu buku publish insya Allah..

kyzer said...

waa,..erm best rasanya baca entry last ni sbb mmg nak ejai tu tau pasal snm tu dah b4 doc stop...huhu hopefully dorg khwn sbb dorg suka sama suka,.wlupun abg riz mcm ok gak wtak dia,.still nak huda ngan ejai..

sya xsabar nak tggu dibukukan.. jgn lama sgt,.kami suma akan sokong doc.

Anonymous said...

wahhhh..dh agk dhhh...derank mesti kn tgkp bsh...tp bgs la bwk g court...jais pun x ptt men tuduh jekkk....bukti x dekkk...bku nih kalo dh dbukukan jgn lpe bitau....best sgtt...die dh tau spe sharifah no name dieee...rsnye si ejai nih dh ske kat huda dr dlu lgi...but honestly i still nak huda ngan riz...waaaaa....*mcm taujek riz x dek hrpn ngan huda...huhuhu

Anonymous said...

x sbar nk tw end dia t jd cam ne...
hope versi ctakan tu nnt cpt kuar...
good luck Dr.Rock...
hu..tak sbar nie..cpt2 tw..
hihihi....

eiza said...

aduhai, xsangka lk jd cm g2... ad thrill lk cikit.. msti nk bg suspen kn.. sy rasa ejai pasti batalkn majlis dia ngn ain.. msti nk kejar c uda.. (2 andaian dr sy).. aper pun dh siap versi cetak bgtau kt blog.. leh kita smua serbu kedai buku.. last but not least, tahniah kerna bakal menyiapkn CCB versi cetak lk.. trus kan usaha anda..

dya ?anna ?anis ? said...

dibukukan?yeah !
lps ni,smbung ap lak ..hihihi

Anonymous said...

bestnya..tk sbr nk tnggu dlm versi cetak..hope endingnya happy..hehe

aqilah said...

wow! nak dibukukan ke???? akak pasti beli!!!heheheeeeee, peminat novel lah katakan!!!!! yg pasti cerita ni best... tahniah!!! and all the best!!!! apapun, akak will followwwwwwww

halisha said...

waaaaa, sedihnya ccb dah dberhentikn! apapn trs berkrya kerna anda mmg hebat. trskan mnulis karya2 yg mnarik. apa kata utk hilangkan krinduan peminat bg 1 n3 lg?

hawahashima said...

x sabar menanti...

muna said...

Salam drRock lama sudah menunggu naskah dibukukan. Bilakah akan ada dipasaran.