@rubiadaibrahim

Saturday, March 20, 2010

CCB SpEcIaL n3: pRoLoG




Salam semua pembaca yang saya sayangi. 
Kalau semua orang rindukan Nur dan Ejai lepas ni, saya juga pasti rindukan komen dan telatah anda semua. Komen-komen anda memangkin saya untuk terus berkarya dan menghasilkan idea-idea yang bernas lagi. Untuk menghilangkan kerinduan anda semua pada Nur & Ejai yang akan hilang sementara hinggalah kisah mereka saya sempurna dan selesaikan, saya hadirkan pada anda prolog kisah nih!Baca jangan tak baca, komen jangan tak komen.=)

 
“Ada tiga jenis cinta. Cinta pertama dari syaitan dimana lelaki dan perempuan berkenalan, berpegangan tangan, membantah semua larangan dan menikah setelah benih membesar dalam kandungan. Cinta kedua dari jin dimana hanya sebelah pihak menyatakan ingin, mentera serapah dibaca buat ubat pihak yang dingin,  terlafaz cinta umpama hembusan angin dan berumah tangga bila hati sudah kepingin. Cinta ketiga datangnya dari Tuhan dimana dua insan dipertemukan, dihantar cincin pertunangan dan kasih termaktub dalam sucinya ikatan pernikahan”.
Pesanan Nazmin, teman lamaku singgah di fikiran. Indah benar kata-katanya. Pandai sungguh dia bermadah pujangga. Kata-katanya aku gubah dan jadikan falsafah. Hingga ke hari ini, aku berharap cinta aku adalah cinta yang agung. Datangnya dari Illahi , mengisi segenap hati dan kebahagiaan hidupku kekal abadi. Tapi hakikat di depan mata  bukan seindah impian aku. Sejak peristiwa hitam itu, hati aku diburu rasa tak tahu. Tak tahu di antara tiga jenis cinta yang Nazmin perkatakan, yang mana satu jadi milikku?
Cinta pertama tak pernah hadir kerana perkenalan aku dan Faizal tak pernah sekali pun kami berpegangan tangan. Cinta kedua ada benarnya tapi tak pernah aku bacakan satu patah kata serapah pun kepadanya biarpun aku hanya bertepuk sebelah tangan. Dan cinta ketiga? Cinta ketiga harapan aku tapi itu bukan impian Faizal pada aku. Faizal yakin cinta sucinya buat Ain, bukan untukku. Cinta buat aku hanyalah bersifat sementera dan telah lenyap bila Ain hadir dalam hidupnya. Cinta agung Faizal pada Ain musnah kerana sebuah peristiwa hitam yang tak sekali pun ada dalam fikirannya. Peristiwa hitam yang akhirnya memerangkap Syed Faizal Adli dalam sebuah pernikahan. Pernikahan tanpa rela kerana bukan Syarifah Ain Batrisya jadi pendampingnya,tetapi aku, Nurhuda Diyana yang dia tak pandang biarpun dengan sebelah mata.
Jadi, cinta kami dari siapa? Aku sendiri tak pasti dengan soalan yang kerap bermain di fikiran. Aku rasakan tak pernah ada cinta yang akan datang dan menyinari pernikahan kami. Biarpun rasa cinta aku pada dia akan kekal di hati selamanya, aku tak berharap dia mengatakan rasa hati yang hampir sama. Kerana aku tahu, biarpun jerih aku berusaha, rasa hatinya tak mungkin berubah.
Berulang kali aku bertanyakan soalan yang sama kepada diri sendiri. Cinta kami dari siapa? Mungkin dari pandangan serong orang pada kesalahan yang tak pernah kami lakukan. Mungkin juga kerana permintaan keluarga untuk menyelamatkan nama baik dan kehormatan. Kalau tidak kerana peristiwa itu, tak mungkin kami terikat antara satu sama lain. Jadi siapa yang harus dipersalahkan? Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor kah? Kerap kali aku merasakan merekalah punca terjadinya ikatan tanpa rela ini. Tapi kerap kali juga bertelagah dengan pesanan umi yang tak pernah hilang dari fikiran.
“ Allah Maha Tahu atas setiap sesuatu yang jadi pada hamba-Nya. Mungkin cara Kakak dan Faizal disatukan tanpa rela tapi ada hikmah di sebalik kejadian ini. Siapa tahu ada bahagia yang menanti rumahtangga Kakak suatu hari nanti. Apa-apa pun Kakak tak boleh berburuk sangka dengan Allah swt kerana Dia Maha Tahu. Ini ketentuan dari Dia untuk Kakak, jadi Kakak kena redha”.
Bahagia? Itu pesanan umi. Itu juga harapan aku. Tapi sayang bahagia masih belum datang. Aku bingung dengan rasa hati aku sendiri dan aku tahu rasa hati Faizal. Ain tetap kekal di hatinya dan aku akan terus tersisih di dunia sendiri.Tapi apa ertinya pernikahan ini kalau seorang ke kanan dan seorang ke kiri? Seminggu pernikahan, seminggu juga dia hilang tak tahu kemana. Aku menunggu dia pulang tapi sampai saat ini dia tak juga datang. Aku menanti dengan rasa kesal kerana membuatkan dia terpaksa melalui peritnya sebuah pengorbanan. Pengorbanan atas cadangan umi dan abi kerana mahu maruah anak perempuan kesayangan mereka terbela. Tapi aku kira, umi dan abi tak memaksa andai dia tak mahu, tapi dia sendiri menyatakan kerelaan memperisterikan aku. Akhirnya, dia menjabat tangan abi di Pejabat Kadi dengan disaksikan Tuan Syed Hamdi dan Syed Ahmad Hazwan. Aku bergelar isteri dan dia menjadi seorang suami.
Tiada rungutan dan tiada sepatah pun kekesalan yang lahir dari mulutnya. Dia berdiam diri dan sikapnya lain benar dari Encik Faizal yang aku kenali sebelumnya. Tiada lagi gurauan dan mungkin tak pernah akan ada lagi kata sindiran. Sindiran yang membuatkan aku sering berjauh hati dan terubat sendiri. Kerana apa? Kerana hati aku hanya untuk dia. Tapi bagaimana dengan dia? Sepanjang hampir sebulan usia pernikahan kami, tidak ada satu pun lafaz tanda dia kasih dan sayang pada aku. Tiada juga berita tentangnya yang sampai ke telinga aku. Betapa aku memendam rasa hati dan mengubatnya sendiri.
Ingin rasanya aku berkongsi rahsia hati dengannya. Betapa kesalnya aku kerana membuatkannya menderita, betapa aku juga bersedih kerana membuatkan hati insan lain terluka dan betapa kejamnya dunia memerangkap kami dalam ikatan tanpa cinta. Perasaan Abang Riz. Abang Riz tenang menerima berita aib ini. Dengan tenang juga, dia meminta Faizal menjaga aku sebaiknya kerana dia tahu Faizal akan membahagiakan aku. Dan aku? Aku diminta taat pada seorang lelaki bergelar suami. Syed Faizal Adli, teman baik Abang Riz yang terpaksa menjalani pernikahan tanpa rela ini. Aku tak mengerti rasa hati Abang Riz. Kalau benar dia sayangkan aku, seharusnya dia berjuang untuk bersama dengan aku. Tapi, dia mengalah. Alasannya cuma satu, demi keluarga kita! Ya, demi nama keluarga As-Syarif yang disanjung!
Rayuan Abang Riz cukup membuatkan aku diasak rasa serba tak kena. Aku tahu jauh disudut hati Abang Riz dia kecewa kerana pengakhiran kisah aku bukan dengan dia. Harapan Abang Riz lebur, hancur berkecai sekelip mata. Cincin yang dibeli untuk aku berganti ke tangan Faizal. Bukan dia yang menyarungkan ke jari manis aku tapi Faizal. Kiranya petua yang aku kisahkan ada benarnya. Cincin yang muat di jari kelingking Abang Riz muat di jari manis aku. Tapi petua itu mengatasi takdir. Jelas, jodoh aku bukan dengannya. Dia redha dan aku? Aku tak tahu harus bagaimana menghadapai semua ini.
Kerana aku tahu kisah kami mengguriskan hati dan perasaan mereka yang aku sayang, aku tekad dengan keputusan aku. Aku akan tetap di sini, membela sebuah maruah yang tercela dan dipandang hina. Aku harus membela diri aku sendiri di kandang pesalah Mahkamah Syariah Hulu Langat bermula hari ini. Biarlah tanpa dukungan dan sokongan sesiapa pun kerana aku yakin kebenaran akan tersurat juga. Biarlah betapa lama aku di sini, aku akan terus tegarkan hati. Kalau pun Faizal tak mahu bersama denganku, aku akan berusaha sendiri. Dia dah maklum betapa nekadnya aku mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan yang aku hadapi. Tapi tidak ada sepatah kata yang lahir. Tiada juga balasan dari kiriman pesanan ringkas yang aku kirim semalam. Aku tahu bila keseorangan di sini, aku tidaklah kuat menghadapi pertuduhan yang dilemparkan.
Kalaulah ada dia, mungkin keyakinan di hati akan berganda. Mungkin pandangan orang akan berubah sekelip mata. Betapa di saat ini, aku masih mengharapkan kedatangan dia. Aku membuang pandang kearah pintu masuk mahkamah. Kelibatnya tak juga kelihatan. Aku mengeluh perlahan.
“Ya Allah, kuatkan hatiku, tabahkan aku menghadapi dugaan-Mu, Rabbi!”.
Itu doaku sejak aku menerima surat perbicaraan kes yang aku failkan sampai di tangan seminggu yang lalu. Bila Faizal menyatakan keizinannya untuk aku meneruskan niat aku di bawah kuasa undang-undang, dia tak menegah. Kerana izinnya aku di sini. Tapi alangkah baiknya kalau dia bersama-sama denganku saat ini. Tapi aku sedar, anganku cuma angan tak sudah. Tak mungkin dia datang dan mengganding tanganku, menghadirkan kekuatan menghadapi semua ini. Aku pejamkan mata dan berselawat di dalam hati, berharap kekuatan lahir menggantikan rasa lemah yang beraja di jiwa.
“Assalamualaikum”. Aku buka mata dan berpaling ke belakang. Suara itulah yang aku tunggu sejak pagi tadi. Dia tersenyum manis sebelum bergerak perlahan menghampiriku.
“Abang minta maaf sebab buat Nur tertunggu-tunggu. Insyaallah, lepas ni abang akan sentiasa ada untuk Nur. Kita sama-sama perjuangkan dan bela nasib kita. Sooner or later,the truth will come out!”, ujarnya penuh yakin dengan senyuman yang makin melebar.
“Encik Faizal, terima kasih sebab datang dan ada untuk saya!”, balasku perlahan biarpun masih termangu mendengar kata-katanya. Kiranya dia mahu bersama-sama denganku demi sebuah maruah yang tercalar. Dalam rasa hati yang masih terkejut dengan kemunculannya, aku membalas senyumannya.
 “No need to say thank you. Dah jadi tanggungjwab seorang suami berada di sisi isterinya. Satu lagi, mulai saat ni, saya bukan lagi Encik Faizal untuk Nur. Sebagai seorang suami, Nur kena panggil saya abang!”.
Sekali lagi aku terpana dengan perubahan sikapnya. Ingin aku bertanya lanjut tapi terhenti bila nama kami dipanggil oleh petugas. Tanpa aku duga, dia menggenggam erat tanganku. Dalam  rasa hati yang tak pasti, aku membalas genggaman tangannya. Serentak, kami berjalan beriringan ke pintu masuk bilik perbicaraan. Duka di hati segera menghilang, digantikan dengan rasa suka dan gembira. Dan pertama kalinya juga, aku terlupa pada janji pada Ain di hari pernikahan kami dulu. 
" Saya akan pulangkan Encik Faizal pada Ain sebaik sahaja kes kami selesai!".
Hilang bersama senyuman dan tingkah mesra Faizal pada aku hari ini. Permulaan perbicaraan kes yang membuatkan perasaan aku haru biru. Bimbang kalau Ain menuntut janji aku padanya dan pastinya aku akan kehilangan Faizal selama-lamanya. 
"Ya Allah, kuatkan aku melalui semua ini!".
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Banyak lagi asam pedas, asam garam Nur & Faizal saya akan masukkan dalam buku nanti. Insyaallah. Ain hilang, Hariz tenang, Faizal dan Nur terus berjuang. Tapi relakah Nur melepaskan Faizal kembali pada Ain setelah semuanya selesai. Nanti dan tunggu kesudahannya ye=)Wassalam

30 comments:

MaY_LiN said...

aa....
memang mengganggu jiwa nan lara la pas ni sis..
huhuhu..
nway..thanks n gud luck ya..

Anonymous said...

tak sbarbnya..nk tunggu CCB versi cetak...huhu..pasti kami akn terus merindui nur & ejai...
biarpun perjlnan cinta mereka diiringi dengan segala kesukaran dan kesengsaraan...yang pasti akhirilah kisah mereka dgn kebahagian...:)

~pandan~

epy elina said...

hohohoho....
best la crt ni...
x sbr nak bca versi cetsak nnt....

Anonymous said...

boleh tak tulis skit2..ralat rasanya nak tunggu bulan 5..bl nak publish lg..huhu

nina falina said...

Hilang sikit rindu kt Nur & Ejai...
Paling penting, nur tetap dgn ejai... suka, suka..
kalau blh letak jugak n3 kt sini...
kami akan tetap mbeli versi cetak w/p dh baca kt sini....
rasanya ramai yg sokong, kn....

ainaS said...

harap CCB cepat diterbitkn....prolog ni mmg best.....dah kuar buku ni jgn lupe email akak k....ainasyarah@yahoo.com.my

Cik Ulat Buku said...

nur kena dengan ejai jugak, tak nak dengan ain..

cepat publish and tell the readers ye?

tapi, jangan cepat2 hasil tak padat, biarla ada qualiti jugak

berusaha!

=)

raNt|ng pUtEh said...

aaaaa bestnyeee...
nih yg xsbr nk tgu versi cetak nih..
cpt2 tau..
da kua t umumkan publisher mane..
sng nk p crik..
bia je la nur n ejai bersme slamenye..heheh..
tapi.....kesian ngn abg rizzz...
wuu sdey plk dgr sal de

MyA TiRaNa said...

huhuhuhu..
bc prolog pom boleh wat aku sedey.............
x sbr nk bc yg cetak...
go go...

blueskyz said...

btoi..sy sokong nina falina.. arap2 ad n3 kat sini smntara versi cetak kuar..lmbat sgt nk tggu bln 5..

violet said...

Sabar......sabar......ku cuba sabarkan jua hatiku ini untuk menerima apa jua pengakhirkan kisah CCB. Tapi sesungguhnya diriku tidak mampu untuk menerima jika ada kejutan perpisahan antara mereka...

nadiah_abdllah said...

wah... xpe2... sy akn menunggu dgn sabar.. :D

Anonymous said...

salam..

fuhhhh!!!!! lamanya nak kena tggu cerita nie dibukukan... menghitung hr laa nmpaknya lepas nie... sabar2.....

atiqah sohaimi said...

waaaa...still nk nur ngan abg rizzz!!!!!huhuhuh

mizd said...

thnx sis..
nice prolog~~ dpt hlg rndu kat ijai n uda..hihihi..da xde special n3 lg k?

kyzer said...

hi,thanks sbb wat prolog ni,..kami suma mesti rindu ngan CCB...pape pon,mmg rsa puas ati sbb nur ngan ejai bersatu wlupun bukan dgn kerelaan...dorg sama2 syg,biarlah kekal ke akhir hayat...papepon citer ni nanti, sy akan beli n sabar tunggu versi cetak...buat yg terbaik k. gud luck

miz ruha said...

erm,,,
mendebarkan,,,,
x sabar nk tgu versi cetak,,,
nur n ejai terus berjuang,,,,

luv' said...

xsabarnya nk tunggu versi cetak...cepat2 eh(^_^)*

aqilah said...

wah.......cayalah!!!!!! akak akan nantikan CCB!!!!! apapun, akak followwwwwwwwwwwww

dontbelong2u said...

ahak, dah tahap parah penantian sblm nie.... nasib baek g tau awal... kalo dah cetak kelak le tak inform sya.. nak jadi pembeli pertama novel awk nie.. send me email kalo dah nak market novel nie k.
tak sabor nak tgu versi cetak ~_~

nursya said...

wawaawaa...
nur bkn dgn abg riz...
tp xpe ar ngn ejai pn ok gak...
harap2 happy ending...

x sbr nk tggu kuar print version nie..
nti jgn lupa wat promosi kat blog nie..
nti leh ktorg ramai2 g cari...
gud luck...

Anonymous said...

merana jiwa nk tgu versi cetak huhuhuh

zos

Anonymous said...

huhuh merana jiwa raga nusa bangsa nk tgu versi cetak

*zos*

a.s.m.a said...

merana la tggu pas ni..

nnti dah kuar versi cetak inform ye..huhu

suka2..

kak tyea said...

tertanya-tanya apa endingnya...hehe..membaca tengah malam macam ni, bergetar dada dibuatnya..memang membuai perasaan betul..tahniah ya..

nurul said...

nur n ejai..biar pon disatukan tanpa kerelaan...hope epy ending nnt ye...
all da best 2 da author...nnt jgn lupa update psal ccb versi cetak ye..
gambatte ne!:)

Anonymous said...

hukhukhuk,..da xdak n3 ccb ke?/sedeynyer...sian kat yg dok jauh dri mesia nih...xdpt nak bace daa...neway...ccb besh!!!!ske2..tapi nak wat lagu mana...xdak rezeki nak taw penghujungnyaa...(T_T)

YONG JIAO XIU said...

good luck ya, teruskan usaha siapkan novel tu. hope cepat la dpt baca versi buku pulak. hm sebenarnya letih gak nak mengadap laptop sebab nak baca on9. tapi sebab cter sedap,sy teruskan jgk.

Anonymous said...

salam...bile nk release novel ccb?
xsbar nk beli nie

Anonymous said...

skrg dh bln 5..CCB xkuar lg ke?xsabar dh ni..dh kuar..uar-uarkan ye..


_yannie_