@rubiadaibrahim

Thursday, April 29, 2010

3i1-6:Dekat Betul!


Hanya aku dan Afiq yang menonton televisyen di ruang tamu. Wan dah masuk tidur sebaik sahaja kami selesai makan malam. Ralit aku menonton cakerama yang ditayangkan hinggalah persoalan dari Afiq memecah kesunyian antara kami. Soalan yang ada kaitan dengan drama “ Cinta Monyet” yang kami tonton di TV3 saat ini. Namun, soalan itu bukan berkisar pada drama yang ditonton, tapi pada kisah aku dan Ali.
“ Along, Angah rasa Ali tu betul-betul sukakan Along la. Bangga la Along dalam diam ada peminat ye?.”
            Soalan dari Afiq aku biarkan tak berjawab. Afiq memandang aku dengan muka tak puas hati.
            “ Along, Angah tanya tadi. Bangga ke tak?,” soal Afiq lagi, sedikit mendesak nadanya.
            Aku menggeleng kepala sebelum memberi jawapan pada soalan yang dilontarkannya.
            “ Tak bangga pun. Cinta Ali tu cinta monyet jek. Dapat bunga yang cantik dari Along esok-esok, confirm dia lupakan bunga tahi ayam ni. Tengok la kalau tak percaya,” balasku dalam gurauan.
            Afiq tergelak kuat. Pantas, aku mengisyaratkan dia supaya memperlahankan tawanya. Tak mahu dia membangkitkan Wan dari tidur. Menyedari kesilapannya, Afiq menekup tangan ke mulut.
            “ Isk, Along ni. Seribu kali merendah diri pun, jangan la samakan dengan bunga tahi ayam. Carilah bunga lain, bunga kertas pun ok apa? Tapi kalau bunga tahi ayam cantik, cuma kurang wangi je. Kalau kurang wangi, jangan risau la. Angah boleh tolong belikan minyak wangi,” seloroh Afiq pula.
            Ketawa aku lepas. Afiq tersenyum dengan gelagat aku. Belum sempat aku membuka mulut, Afiq menyambung bicaranya.
            “ Tapi Along kan, Angah rasa Ali tu beribu rius tau suka dekat Along. Bukan tahap serius dah. Dia memang berkenan dengan Along. Nak pula Along balik kali ni dengan pakej perempuan Melayu terakhir, mahunya tak menari dangdut hati dia. Angah yakin, dia dah tangkap cintan dengan Along,” suara Afiq yakin.
            Aku mengangkat bahu. Malas nak melayan tanggapan dan tekaan Afiq. Kalau pun aku pulang dengan ciri-ciri perempuan Melayu terakhir, itu hanyalah untuk memenuhi harapan dan impian ayah. Kalau pun Ali suka dengan aku, aku malas nak ambil tahu. Tak kuasa aku nak melayan cinta-cinta monyet ni. Menyerabutkan kepala otak je!
            “ Along tengok la nanti. Kalau betul apa yang Angah cakap ni, Angah potong jari .”
            Mata aku bulat memandang Afiq. Afiq menganggukkan kepala, membenarkan dia akan melakukan apa yang diperkatakan sebentar tadi. Dan keyakinan Afiq membuatkan aku menerima cabaran Afiq.
            “ Jari yang mana?,” soalku dalam nada bergurau.
Afiq menunjukkan tanpa peace pad aku, menandakan jari telunjuk dan hantunya yang mahu dipotong kalau tekaannanya betul. Dan sudah tabiat aku, aku menerima apa juga cabaran yang datang.
“ Ok. Kalau betul, Along sendiri yang akan potong jari Angah. Kalau tak betul, tak payah risau nak minta sedekah nanti-nanti,” ujarku tegas.
            Melihat ketegasan aku, Afiq menggigit bibir. Aku masih dengan raut serius. Tak lama kemudian, dia menjerit memanggil nama aku. Ha, tahu pun takut cacat seumur hidup. Siapa suruh lawan dengan Kak Rocky, dah menyesal takut tak berjari!
---------------------------------------------------------------------------
            Cuti 3 minggu di rumah Wan merupakan pengalaman yang cukup bermakna buat aku. Kerana di sinilah, aku diajar dan dilatih melakukan kerja-kerja rumah dengan lebih cekap. Di sini jugalah, Wan menyedarkan aku suapaya lebih bertanggungjawab sebagai anak perempuan paling besar dan anak sulung dalam keluarga. Dan kepulangan aku ke Gombak besok, Insyaallah dengan azam dan tekad menjadi yang terbaik pada ibu dan ayah.
            “  Jangan semangat Along tu hangat-hangat tahi ayam sudah la. Wan tak mahu dengar ayah mengadu Along balik Gombak nanti perangai tetap sama. Paling tidak, lebih rajin turun dapur. Sejuk hati Wan kalau Along jadi lebih baik lepas ni,” ulas Wan bila aku mengutarakan azamku selepas sarapan pagi.
            Afiq ketawa mengekek mendengar ulasan Wan. Aku menjelingnya geram.
            “ Kalau Wan nak dia terus berubah jadi Along macam dekat rumah Wan ni, kenalah ada Ali selalu. Barulah dia punya perangai sopan-santun tu melekat terus,” tempelak Afiq dalam ketawanya.
            Wan tersenyum mendengar kata-kata Afiq. Aku pantas mencubit tangan Afiq, dia menyeringai kesakitan.
            “ Along ni, tak sporting tol. Angah gurau pun ambil serius. Ke betul apa yang Angah cakap tadi? Sebab kalau tak betul, buat apa nak marah-marah,” tambah Afiq sambil menggosok bekas cubitan di tangannya.
            “ Tolong sikit ye. Along buat semua ni sebab ibu dan ayah la. Tak ada kaitan dengan Ali pun. Jangan memandai nak reka cerita. Berdosa tau kalau tak betul, jadi fitnah,” marahku sambil mengemas meja makan.
            Wan hanya tersenyum. Afiq mencebik bibir.
            “ Fitnah tu lebih besar dari membunuh tahu tak? Dari Angah buat fitnah pasal Along, baik Angah bunuh je Along,” tambahku lagi.
            Angah menggaru kepalanya sambil mengalihkan pandangannya pada aku yang melangkah ke sinki. Laju juga di mengatur langkah ke arahku.
            “ Along, sorry tau. Sebagai tanda minta maaf, Along tak payah basuh pinggah hari ni. Biar Angah je yang buat. Along maafkan Angah tak ni?.”
            Suara Angah sayu kedengaran di telinga. Dengan muka bersalah benar, tergelek perut aku dibuatnya. Bila Angah merampas span basuh pinggan di tanganku, aku membiarkan sahaja. Pantas juga, aku mengangkat kaki. Aku biarkan dia dengan kerjanya. Melihat Angah begitu, terdetik idea nakal untuk mengenakannya.
            “ Along maafkan tapi dengan bersyarat. Sanggup tak terima syarat Along?,”soalku tegas.
            “ Apa dia?,” soal Angah kembali penuh minat.
            “ Angah kena kemas rumah, basuh baju, sapu sampah. Erm..lagi satu, kena tolong Along masak untuk makan tengahari ni. Kalau Angah buat semua tu, baru 0-0.”
            Laju Afiq menganggukkan kepala. Takut benar kalau aku tak memaafkannya. Aku tersengih sendiri mengingat perangai Afiq yang lurus bendul. Tapi mati sendiri bila Wan berdehem kuat di belakangku.
“La, kena tarik balik semua syarat la nampak gayanya!”, keluhku perlahan.
Wan tersenyum lebar mendengar keluhan aku. Penyapu lidi di tangannya dihulurkan kepada aku. Aku meyambutnya malas-malas. Mahu tak mahu, segala syarat yang aku kenakan pada Afiq sebentar tadi harus aku lakukan mulai sekarang. Aduhai..apalah nasibku.
--------------------------------------------------
Ayah, ibu dan Aisyah tiba di rumah Wan hampir jam 12 tengahari. Ayah tersenyum senang melihat aku dan Afiq menanti kedatangan mereka di beranda di rumah Wan. Lebih lebar senyuman ayah bila diberitahu Wan bahawa aku yang memasak semua hidangan buat makan tengahari kami.
“ Macam ni barulah anak Mohd Azri. Cukup pakej anak dara mithali,” seloroh ayah sambil ketawa.
Wan mencebik bibir mendengar gurauan ayah. Aku dan Angah hanya memerhatikan mereka.
“ Kalau dah bagus, cantik, baik anak Mohd Azrilah. Kalau tidak, anak buluh betung gamaknya,” tempelak Wan.
Ketawa abah bergema di rumah Wan. Ayah menghampiri Wan, dipeluknya dari belakang. Manja benar dengan Wan dah tua-tua begitu.
“ Anak Azri, cucu Maryam la. Mak, terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong didik anak-anak saya,” ucap ayah dalam nada sayu.
Anggukan kepala Wan menandakan ucapan terima kasih ayah diterima. Pelukan ayah Wan biarkan. Betapa agungnya kasih ibu pada anaknya. Sanggup berkorban tak kira bila, di mana dan bagaimana. Terkesan hati aku dengan pengorbanan Wan pada ayah. Sebagai tanda kasih pada anaknya, dididik cucunya yang degil dan keras kepala ini hingga menjadi anak yang membanggakan. Dalam diam, aku melafaz syukur pada-NYA kerana menyedarkan aku betapa besarnya nilai kasih seorang ibu.
------------------------------------------------------------
            Sudah menjadi kebiasaan Wan mengumpul anak cucunya untuk solat jemaah Magrib dan Isyak, bertahlil dan makan malam bersama jika berpeluang melakukannya. Keluarga ayah dan keluarga Pak Ngah berkumpul di rumah nenek untuk tujuan itu hari ini. Lebar senyuman Wan bila impiannya untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara kami terlaksana juga hari ini biarpun Mak De tidak bersama. Kerjaya Mak De sebagai pensyarah di UNIMAS tidak memungkin Mak De untuk kembali ke tanah air saat ini.
            “ Azri, Alwi, pujuklah adik suruh dia pindah ke Semenanjung. Senang nak berkumpul keluarga. Kalau ada yang sakit, meninggal, kemalangan ke, senang nak balik,” keluh nenek ketika kami menikmati makan malam.
            Senyuman di bibir ayah terukir. Pak Ngah juga melemparkan senyuman yang sama. Masing-masing berkomunikasi tanpa suara. Wan mengeluh sekali lagi.
            “Mak tahu, adik tu degil. Tak mahu diatur dek orang hidupnya. Tapi sampai bila nak biarkan adik tu dengan perangai degil dia. Kalau dibiarkan, makin melarat la jawabnya,” tambah Wan lagi.
            Ayah mengangkat bahu, tanda dia juga tidak tahu apa yang paling tepat dilakukan untuk membawa Mak De pulang dan bertugas di sini.
            “ Mak, adik tu ada suami. Kalau suami dia tak mahu balik sini, apa kita nak buat. Lagi pun dah jadi tanggungjawab isteri ikut suami dia. Takkan kita nak paksa-paksa pula kan?,” sampuk Pak Ngah pula.
            Wan terdiam seribu bahasa. Mahu tak mahu, Wan harus terima hakikat bahawa anak perempuannya itu isteri orang dan harus taat pada suaminya. Dan aku kira, itu jugalah akibat yang harus bila Mak De mengambil keputusan menikah dengan orang sana. Berjauhan dengan anak perempuan seorang bila sudah menjadi milik orang lain. Ya, harus pasrah dan redha dengan ketentuan dan suratan hari buatnya hari ini.
            ------------------------------------------------------------------
“ Tiq, kalau nak nikah nanti jangan cari orang jauh-jauh tau. Susah hati ibu dengan ayah kalau anak payah nak balik sebab ikut suami,” tenang Ali menuturkan kata ketika dia membantu aku mengemas dapur.
Aku memandangnya pelik. Itu kisah Mak De, apa kaitannya dengan aku?
“ Yelah, kena ambil iktibar dari kisah Mak De tu. Dari sekarang kena beringat. Kalau nanti-nanti dah jadi, susah pun kena hadapi la juga,” tambahnya lagi.
Tiada balasan dari aku biarpun ada protes yang lahir di hati. Rasanya terlalu awal untuk aku memikirkan hal tersebut. Sekolah tak habis, SPM tak lepas, takkan la nak berfikir soal nikah kahwin dah?
“ Adlin, jangan nak sengih je. Apa yang abang cakap tu bukan untuk Tiq sorang tau. Tapi untuk semua hamba Allah yang bergelar perempuan. Jangan disebabkan kasih dan cinta, lupa pada mak ayah.  Kalau kita yang dah takde mak ni, jangan lupa pada Wan,” seloroh Ali pada Adlin bila aku tak memperdulikannya.
Adlin ketawa kecil dengan gelagat abangnya. Aku membiarkan sahaja. Macam-macam perangai la geng tangan berapi, mulut berasap aku nih!
“ Kak Tiq, sebenarnya abang ni nak bagi hint yang dia suka dekat Kak Tiq. Dia nak Kak Tiq jangan cari orang lain nanti-nanti. Kiranya dia nak cop Kak Tiq awal-awal la ni,” ujar Adlin dalam ketawanya yang masih tersisa-sia.
Ketawa aku lepas mendengar kata-kata Adlin. Ali..ali, tak habis-habis nak menggatal. Umur baru setahun jagung, ada hati nak cop-cop anak orang. Sengal tak habis-habis.
“ Tak payah la la nak layan abang awak ni Adlin. Gatal-gatal ulat bulu. Jumpa bunga cantik lagi esok-esok, lupa dah pada bunga tahi ayam dia ni,” selorohku pula.
Gamat dapur dek ketawa Adlin. Ali menggaru kepala. Aku menjelingnya sambil tersengih.
“ Tiq..Tiq, orang serius. Dia buat main-main. Mana ada Tiq ni bunga tahi ayam bagai. Bunga di hati aku tahu tak?,” tempelak Ali lagi.
Aku membiarkannya dengan madah pujangga. Tak ada kuasa aku nak melayan. Mamat ni kalau dah datang angin kus-kus dia, susah nak dihentikan. Melihat aku diam, suara Ali tak lagi kedengaran. Sesekali kedengaran suaranya memarahi Adlin kerana lambat membuat kerja.
“ Apalah Adlin ni. Buat kerja macam siput. Nak habiskan lap pinggan berjanggut dah abang.”
Adlin menarik muncung. Ali tak memujuknya dengan kata-kata. Sebaliknya kain di tangan Adlin diambil dan dia meneruskan kerja-kerja mengelap pinggan. Ralit aku memerhatikan tingkahnya. Lain benar dengan sikap aku pada Angah. Kalau aku...hai..hai ..bai-bai la dekat Angah. Buat la seorang-seorang kerja.
“ Along, apa yang ditenung tu? Macam nak telan Ali je ayah tengok,” teguran ayah menyentakkan lamunan aku.
Aku mengalihkan pandangan pada pinggan-pinggan dekat sinki. Nak cover malu punya pasal, laju aku mengangkat pinggan tersebut ke arah Ali dan Adlin. Senyuman Ali yang tersungging di bibir membuatkan aku serba tak kena.
“ Aisyh, ayah ni. Buat malu aku je,” gumam hatiku.
Ayah tergelak melihat gelagat aku. Sebelum ayah meninggalkan kami, sempat lagi dia berpesan. Pesan yang membuatkan senyuman Ali terus melebar dan aku serba tak kena.
“ Tenung-tenung dulu, menung-menung kemudian. Alhamdulillah, ayah dah jumpa calon cucu menantu terbaik untuk Wan. Dekat di hati, dekat dengan rumah, cucu sendiri lagi.”
Tergamam dan terpempan aku dek kata-kata ayah. Jangan kata ayah nak nikahkan aku habis SPM nanti sudah la. Jangan la apa yang Ali katakan dulu jadi kenyataan. Sijil Pinang-Meninang, Sains Rumahtangga. Sedar tak sedar, ada pinggan yang terlepas dari tangan aku. Serta-merta, suasana di rumah Wan yang tadinya sunyi sepi menjadi gamat. Aduhai, tak tercover dek muka rasa malu aku nih!
----------------------------------------------------
Salam alaik..kepada semua pembaca ku, sori-mori tak adapat post n3 ari2..amat la busy..huhu..baru habis thesis, pasni nak final exam lak..semput otak nak berfikir..huhu..apa-apa pun, kepada yang suka shopping n cardigan, boleh lawat my fren punya blog di sini. selamat bershopping na! n selamat membaca juga pada peminat novelku.

2 comments:

MaY_LiN said...

alahai~yang along gaya cam nak kawin ngan dr tu..
angah kawin kat oversea tu..
pening2..
prolog ke flashback ni..

mizd said...

hhahhaha...yg prolog ari tuyh kn susun kat depan sekali...
doc kite ni da pening r..
so mntk tulun susun sndr r..
ni da blik yg asal..ltk kat blkg skali
hihihihi...btl x doc?