@rubiadaibrahim

Sunday, April 4, 2010

Ayat Power 19: Jawapan?


”Nabil, aku tabik sping la dengan kau lepas ni. Tak sangka Einstein yang pendiam tu boleh jadi sengal lepas nikah dengan kau. Pelik bin ajaib wo”, komen Dania ketika membantu aku mengemas barang-barang untuk dibawa ke rumah sewa Einstein.

            ” See the leg la kawan. Ni Nabilah Azna la. Kalau bab mengajar perangai-perangai pelik ni serah je dekat aku. Tak lama lagi, dia terikut la pula perangai buku bergerak aku. Tengok laa tak lama lagi”, balasku sambil menepuk dada.

            Dania mencebik bibir dengan reaksi aku. Tapi tangannya masih ligat membantu aku memasukkan baju-baju untuk dipakai sehari-hari. Senang hati dengan perubahan sikapnya hari ini, rajin lebih dari biasa. Timbul juga syak wasangka dengan sikapnya itu. Ligat otak memikirkan sebabnya. Fikiran aku melintas pada perbualan kami pagi tadi. Entah-entah, ada hal yang ingin dikongsikan.Tapi terluah dek kesibukan aku berkemas hari ini. Mengingat hal itu, laju lidah menuturkan kata.

            ” Kau dengan family Azri macam mana? Ok ke ko?”.

            Dania tersengih pada aku. Lambat-lambat ibu jarinya dipamerkan pada aku. Aku melafaz rasa syukur dalam hati. Kiranya Dania sudah diterima sebagai calon isteri dan menantu di keluarga Azri akhirnya.

            ” Tapi kalau kau nak tahu, rasa nak tercabut nyawa tengok family dia. Muka masing-masing mak oi. Serious macam cikgu disiplin. Cuak rasa hati. Tapi bila dah kenal, peramah dan mesra family. Masak jugalah aku dikerjakan. Ada ke patut dia nak segerakan kenduri kami?”, luah Dani lagi. Bait-bait geram dapat aku kesan dari butir bicaranya. Kiranya kisah Dania dan Azri hampir sama dengan kisah aku. Mentua tak sabar-sabar nak bermenantu. Apa nak dikata, kata ya jelah!

            ” Memang patut pun dia orang nak segerakan majlis kau. Ke sana ke mari dengan Azri. Elok kalau menikah. Jauh dari fitnah dan berbuat bosa”, jelasku ringkas.

            Dania tersengih ala kerang busuk dengan penjelasan aku.Lama dia mendiamkan diri. Kalau tak hilang lagi perangai lurus bendulnya, ada harapan aku makan nasi minyak tak lama lagi. Tingggallah Nani seorang diri dengan status single-mingle. Tapi kalau melihat gaya Dania sekarang, lambat lagilah harapan bakal mentuanya tak terlaksana.

            ” Aku tahu Nabil, tapi aku tak sedia lagilah. Tunggu la tahun –tahun depan. Kalau aku dah ready, kau jangan risau. Serta-merta aku ajak Azri nikah. Bab aku kita stop dulu, bab kau ni yang lebih penting. Jangan nak merancang-rancang pula nak ada anak. Kesian dekat aku lambat dapat anak saudara”,kata Dania dengan nada suaranya yang nakal.

            Aku terjerit kecil. Aku kenakan dia, dia balas balik. Memang tak boleh jadi nih.

            ” Amboi, nasihat macam mak nenek. Dari kau berharap nak main dengan anak aku, lebih baik kau kahwin cepat-cepat. Menikah, mengandung, beranak. Anak sendiri lagi gempak weh”.

            Dania mengetap bibir. Mukanya dah mula merah. Melihat aku yang makin galak mahu mengenakannya, dia menggaru kepalanya. Segera dialih topik yang bab lain. Segan dan nak cover malu la tu! Malas nak memanjangkan sesi kena-mengenakan orang ni, aku layan jelah cerita dia. Gosip-gosip liar Mamarazzi Dania yang boleh tahan hebatnya. Semua gosip di hospital dia tahu. Kalau aku terceritalah kisah aku dan lelaki misteri pagi tadi, tak lama lagi hebohlah satu PPUKM. Jadi, untuk saat ini, berahsia lebih baik. Layan.

            ----------------------------------------------------

            Destinasi kami sebelum ke rumah sewa Einstein adalah ke pasar raya. Ada barang keperluan rumah yang harus dibeli untuk persediaan seminggu di rumahnya. Menurut Einstein dapur rumahnya dah lama tak berasap. Biarpun masih ada sisa-sisa bahan basah di rumahnya, aku masih ragu-ragu dan kurang yakin. Dibuatnya semuanya dah sesuai jadi penghuni tong sampah, tak pasal-pasal dating dekat kedai mamak nanti. Jadi, jalan terbaik adalah menyediakan payung terlebih dahulu. Beli barang keperluan sebelum sampai tujuan.

            ” Abang rasa banyak sangat la Bilah ambil bawang besar tu. Membazir je kalau tak habiskan dalam waktu seminggu Bilah dekat rumah abang. Kita kurangkan jelah ya?,”saran Einstein bila aku selesai memasukkan bawang dalam plastik sebelum ditimbang.

            Aku pantas menyerahkan bawang tersebut kepadanya. Dia menggeleng kepala dengan gelagat aku yang kononnya merajuk kerana ditegur begitu.

            ” Alahai, merajuk ke sayang. Kalau dah tarik muncung sedepa macam ni, abang ikut jelah pilihan Puan Nabilah Azna,”guraunya sambil menghulurkan kembali plastik tersebut kepada aku.

            Aku tergelak kecil dengan mukanya yang dah berubah. Cuak benar kalau aku benar-benar merajuk. Bimbang pakej seminggu di rumah sewa dia terpaksa dibatalkan barangkali.

            ” Bilah tak merajuk la abang. Duarius ni..bang jelah yang pilihkan. Jujur Bilah tak reti sangat bab-bab beli barang dapur ni. Selalunya Bilah ikut je mama pergi pasar. Paling gempak pun Bilah bawakan bakul isi barang je”, balasku.

            Einstein mengukir senyuman lebar dengan pengakuan aku. Pantas juga dia menggapai tanganku dan dituntun mengeluarkan bawang dari plastik putih ditangannya. Kiranya kata-kata aku diterima dengan hati terbuka dan dia bersiap sedia mengajarku dalam hal-hal yang kau kurang tahu.

            ”Kalau nak beli ikan, kena tengok mata dia. Kalau merah menyala macam ni, maknanya dah tak elok la ni. Pastu cek juga isi ikan tu. Kalau ikan baru, selalunya isi dia keras lagi dan warna putih”, cerita Einstein ketika kami ke bahagian bahan basah.

            Aku menganggukkan kepala umpama burung belatuk dengan penjelasnnya. Sesekali tangannya meraih tangan aku supaya membantunya memilih ikan-ikan segar. Padahal, aku punya lah malas nak mencemar duli bab-bab membeli barang dapur ni. Tapi mengingat status isteri yang kau pegang saat ini, mahu tak mahu aku mengikuti sahaja permintaannya. Kalau melawan, jadi isteri derhaka pula nanti.Tidak..tidak.

            ” Nak beli kailan tak sayang? Best juga kalau buat sayur kailan ikan masin. Tapi jangan lupa beli ikan masin ya. Sedap tu sayur tu, sampai-sampai ada orang nak tangkap kita lagi”.

            Cubitan ketam aku hadiahkan di tangannya. Dia menyeringai kesakitan. Salah sendiri, siapa suruh menggatal sebut pasal kes kailan ikan masin yang memang masin tu. Malu aku dibuatnya.

            ” Ye..ye, abang dah tak sebut. Tapi serius ni, kita nak beli sayur apa? Kalau kailan ni ok tak?,”soalnya sambil tergelak kecil.

            Aku mengangkat bahu. Terserah dia memilih, aku akan menurut sahaja. Manalah aku pakar bab-bab masak-memasak ni. Kalau bab makan-makan boleh la serahkan dekat aku. Melihat reaksi aku, laju Einstein menggeleng kepala. Laju juga tangannya memilih sayur-sayuran untuk dimasak oleh aku nanti. Eh,betul ke aku nak masak? Oho, tidaklah percaya pada diriku ini. Dan jadi isteri orang, kena berlatih memasak dan mengurus rumah tangga pula lepas ni. Adeh, betul ke itu dunia baru aku?Tak percaya tapi nyata betul!

--------------------------------------

            Kagum seribu kali kagum!Belum hilang rasa kagum aku pada kecekapan Einstein menguruskan hal-hal di dapur. Sebaik sahaja sampai di rumahnya, aku dituntun ke biliknya. Kemudian, aku disuruh berehat sementara dia hilang ke dapur. Menyedari hakikat tak seharusnya aku membiarkan dia sendiri, aku melangkah perlahan ke dapur. Jelas kelihatan, Einstein sibuk mengemas barang-barang yang dibeli sebentar tadi.

            Penuh cermat dia memasukkan satu persatu bahan basah dia tempat dingin beku. Semuanya sudah dibersihkan dan diganti ke tupperware. Sayur-sayur berdaun dibungkus dengan surat khabar sebelum disimpan di box sayur. Tanpa sedar, aku menggeleng kepala dengan perlakuannya. Terlalu sempura aku kira lelaki di depan aku ni. Dan mungkin memang tak sesuai dengan aku yang serba kekurangan. Entah kenapa, kata-kata itu bergema kuat di hati. Rasa rendah diri dan tidak sempurna sebagai isterinya.

            ” Dah lama dah ke mengintip abang? .”, tegur Einstein perlahan bila menyedari aku berdiri di pintu masuk dapur.

            Aku menganggukkan kepala. Bila dia mengarahkan aku supaya duduk di kerusi, aku hanya menurut. Pantas juga dia meletakkan dua biji gelas di meja hadapanku sebelum membuka pintu ais kembali. Kemudian, dia mempamerkan kotak orange juice yang dibelinya tadi kepad aku.

            ” Sori la sayang. Tak sempat nak buat air. Minum yang instant pun takpe kan?,”soalnya sebelum menuangkan jus tersebut ke dalam gelas dan mengambil tempat bertentangan denganku.

            Aku hanya menghadiahkan segaris senyuman kepadanya. Tak sangka pula dia mahu memberikan layanan terbaik kepada aku. Kalau dia datang ke rumah aku, tak pernah sekali aku memberi layanan yang serupa. Melihat sikapnya yang sedemikian rupa, ada azam baru yang muncul di benakku. Aku mahu jadi insan paling sempurna di sisinya. Insyaallah.

            ” Kesian dekat abang, buat kerja seoarang-seorang. Kenapalah  tak cakap dekat Bilah tadi?Boleh bilah tolong apa-apa yang patut,”keluhku.

            ” Bilah tolong temankan abang pun dah lebih dari cukup. Lagi pun, abang free hari ni je. Esok kalau dah masuk department baru, abang risau kalau tak ada masa nak tolong sayang. So, sementara ada masa biarlah abang yang buat kerja. Nanti kalau dah tak boleh tolong, Bilah kena buat sendiri tau,”jelas Einstein dalam nada tenangnya seperti selalu.

            Lebar senyuman aku mendengar kata-katanya. Betapa Allah hadirkan dia sebagai insan terbaik dalam hidup aku. Sebagai pembimbing dan pendamping yang cukup memahami dan mengerti. Sungguh, ada rasa syukur yang melimpah di hati saat ini. Betapa beruntungnya aku kerana dia adalah insan yang ditakdirkan untuk melengkapi segala kekurang diri ini. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah.

------------------------------------------------

            Einstein ke surau setelah solat Magrib berjemaah bersama denganku. Tak sedap kalau tak tunjuk muka katanya. Tambahan pula, dia bimbang kalau-kalau peristiwa di rumah sewa aku sebelumnya berulang kembali. Dan jalan untuk mengelakkannya adalah menjelaskan hal sebenar untuk makluman pihak-pihak tertentu. Jadi, tak akan timbul syak dan fitnah atas kehadiranku di sini.

            Sempat juga dia berpesan supaya aku memasak semampunya aku untuk makan malam kami. Jelas di naa suaranya, dia tak mahu aku terlalu bersusah payah untuk makan malam pertama di rumahnya. Ala kadar sudah, pesannya pada aku sebelum dia melangkah keluar rumah sebentar tadi.

            ” Kalau nak ala kadar, Bilah masak manggi jelah. Tu yang ala student dan sekadar merasa,”selorohku.

            Eisntein tersengih mendengarnya. Namun balasan dari bibirnya tidak seperti aku jangkakan. Terpaku aku dengan sikap tenangnya yang tak pernah hilang.

            ” Ikut sayanglah. Kalau masak air kosong je untuk malam ni pun abang tak kisah. Yang penting, sayang masak sendiri. Air tangan seorang isteri tu lebih utama”.

            Hampir ternanga mulut aku dibuatnya dengan sikapnya begitu. Tapi pantas juga aku cover dengan tergelak kecil. Kalau betul aku masak air kosong, jangan mengamuk lepas ni sudahlah.

            ---------------------------------------------------

            Aku segera menunaikan solat Isyak sebaik sahaja azan Isyak berkumandang. Kalau bertangguh, dibuatnya lupa nak solat, tak pasal-pasal senang-senang je akaun dosa aku tambah nilai. Tambahan pula, ada rencana makan malam bersama suami tersayang sebentar lagi. Aku mahu mempersembahkan layanan seoarang isteri bertaraf dunia kepadanya. Biarpun hanya memasak paprik dengan bantuan dan tunjuk ajar dari mama di telefon,  yang penting aku mahu dia tahu akulah isteri sempurna buatnya. Itu tekad aku.

            Aku menunggu Eisntein di ruang tamu sebaik sahaja selesai solat. TV di depan mata aku tonton dengan rasa debar di hati. Bimbang kalau apa yang aku lakukan masih kekurangan dan nilai tambah sebagai isteri belum mencapai dan standard yang diharapkan dia.

            Sesekali aku menjeling ke arah jam yang tergantung di dinding. Menghitung saat demi saat, minit demi minit kepulangan dia. Dalam rasa debar akan penerimaan dia pada paprik percubaan kali pertamaku, ada suara memberi salam di luar. Bukan suara Einstein tapi suara lelaki lain. Asing benar di pendengaran.

            Aku mengintai di sebalik langsir untuk melihat gerangan siapakah yang datang. Jelas di mata, lelaki yang aku temui pagi tadi. Pak Cik Razak dan isterinya yang aku sendiri tak tahu siapa namanya. Kebimbangan mula muncul dan mengasak. Pertanyaan yang sudah aku lupakan dengan sikap Einstein sekembalinya dari Putrajaya pagi tadi muncul kembali di fikiran.

            Dalam rasa hati yang tak pasti, aku bergegas ke bilik memakai tudung. Belum sempat aku membuka pintu dari dalam, daun pintu sudah terbuka dari luar. Einstein mempamerkan muka terkejut melihat aku. Namun, pantas juga dikawal dengan memperkenalkan tetamu tersebut kepada aku. Biarpun aku cuba mengikhlaskan hati menerima kedatangan mereka, ada satu persoalan yang terus mengasak dan harus ada jawapan segera dari Einstein.

            ” Kenapa sampai begitu takutnya Eisntein melihat keduanya?”.

            Berulang-ulang soalan tersebut di fikiran. Tapi sayang, jawapannya belum aku temui. Bila aku akan temui jawapannya? Aku sendiri tak pasti. Yang pasti, ada rasa curiga pada sikap dan layanan Einstein padaku. Mungkinkah segalanya adalah buat mengubat rindu pada Diana semata-mata?


”Ya Allah, berikan aku jawapan pada persoalan ini,”rintihku sayu di hati.

8 comments:

Anonymous said...

mak aihh..xsabar nk tau ape reason einstein kawen ngan bilah..jgn la semata-mata kerana c diana yg ntah muncul dr mana2 tuh..huhu..cian kt bilah t..

Anonymous said...

xmo jugakkk...doc,.bila ccb nak kuar..terasa xsabar lak...xda entri selingan ke utk ubatkan rindu peminat pada ccb....good luck

MaY_LiN said...

o-o...makin saspen..

haslinj said...

Hee bestnye dapat suami rajin mcm Einstein
Bertuah Bilah..
What happen to Einstein???
Best continue Doc cepat...

epy elina said...

hohohho....
jgn la einstein kawen ngn bilah sbb bilah ada mirip diana....
klu bilah thu mst dia kcwa....
tp plik jg einstein blh trma bilah scpat 2...
mst ada rhsia ni...

miz ruha said...

ape ni..??
suspen sguh,,,

smbg2,,,

nursya said...

ala..ala...
cian kat bilah..
dok ttanya2 pasal si diana tuh..
sabar bilah sabar...
nti einstain bgtau la pasal diana tuh...
huhuhu...

mizd said...

pe tjuan mak ayh diana dtg ek???
hope einstein syg kat bilah sbb bilah bkn sbb muka cam diana~~