@rubiadaibrahim

Sunday, April 25, 2010

Ayat Power 20:Misteri lagi!


” Tak payah susah-susah la Umar. Abah datang sini sekejap je. Mak nak jumpa sangat dengan Umar. Nak berkenalan dengan isteri Umar juga.”
Tegahan Pak Cik Razak membuatkan Einstein tidak jadi melangkah ke dapur. Dia duduk kembali di 
depan tetamu kami malam ini. Tangannya menarik aku supaya duduk di sebelahnya. Aku hanya menurut.
            ” Kalau Bilah nak tahu, mak dan abah ni keluarga angkat abang. Masa abang duduk dengan nenek dekat Klang dulu, abang kenal dengan dia orang. Tapi masa kenduri dulu dia orang tak dapat datang sebab duduk dekat oversea lagi masa tu. Baru dua minggu balik sini,” cerita Einstein dalam bicaranya yang tenang.
            Aku hanya mengangguk kepala dengan ceritanya. Tak ada komen yang lahir. Sedaya upaya aku sembunyikan rasas hati yang berperang hebat. Antara percaya dan tidak dengan ceritanya. Satu sudut hati membenarkan apa sahaja katanya tapi satu sudut lagi penuh dengan keraguan.
            ” Umar kenal Bilah dah lama ke? Macammana boleh kenal, ceritalah dekat mak,” pinta Mak Cik Rahmah setelah sekian lama berdiam diri.
            Umar tersenyum memandang aku sebelum membuka mulut berbicara.
            ” Panjang ceritanya. Boleh kering tekak kalau nak bercerita dari awal sampai habis. Jadi, eloklah kalau Umar buatkan air dulu. Mak dan abah dah makan belum ni?,” ujar Einstein sambil tersenyum manis.
            Keduanya menganggukkan kepala. Umar bangun, mahu melangkah ke dapur. Rasa kurang selesa dengan tetamu yang datang membuatkan aku juga bangkit dari tempat dudukku, mahu mengikuti langkah Einstein ke dapur.
            ” Bilah temankan mak dengan abah. Abang je buatkan air,” tegah Einstein.
            Aku duduk kembali. Sekilas aku memandang Eisntein yang berlalu ke dapur. Kemudian beralih ke tetamu yang duduk di depan aku. Namun, tak ada kata yang lahir dari mulutku. Bingung dan tak tahu bagaimana memulakan bicara dengan mereka.
            ” Soalan mak tadi tak berjawab lagi. Macammana kisah Bilah dengan Umar. Sharelah dengan mak.”
            Suara Mak Cik Rahman memecah kesunyian antara kami. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Tak tahu nak bermula dari mana kerana aku sendiri pun tak pasti bila bermulanya kisah kami.
-----------------------------------------
            ” Tak ada yang menarik pun. Jumpa, bercakap adelah 2, 3 kali. Bertunang dan terus nikah. Lepas nikah, baru kenal siapa sebenarnya abang ,” ceritaku ringkas kepada keduanya.
            Pak Cik Razak tersenyum lebar manakala Mak Cik Rahmah menggelengkan kepala dengan mendengar cerita aku. Sedikit terkejut dan teruja dengan cerita yang aku sampaikan.
            ” Tak sangka ye ada lagi orang macam Bilah ni. Senang je terima lelaki yang tak kenal mendalam sebelum kahwin. Mak ayah Bilah tak kisah ke Bilah kahwin. Yelah kan, tak habis belajar lagi tapi dah jadi isteri orang,” komen Mak Cik Rahmah  dengan raut tak percaya.
            Aku menggelengkan kepala. Mahu tak mahu, dia harus percaya bahawa aku antara perempuan yang menerima suami tanpa banyak soal. Kerana apa? Kerana aku yakin Umar Al-Farouq adalah lelaki terbaik yang ditakdirkan menjadi pasangan hidupku. Tidak akan ada lelaki lain sebelum dan selepasnya.
            ” Dah jodoh, saya terima siapa pun Umar Al-Farouq ni. Mam dengan papa tak ada masalah sebab dia orang dulu pun nikah awal juga. Hampir sama kisahnya dengan saya ni. Kira anak soleh la saya ni sebab ikut rentak mama papa,” balasku dalam nada bergurau.
            Keduanya tergelak, senang dengan gurauan aku barangkali. Aku tergelak juga tapi Cuma sebentar.Ketawa aku mati dengan sendirinya bila nama Diana tiba-tiba dibangkitkan antara kami. Nama yang cukup membuatkan aku tertanya-tanya dan rasa ingin tahu aku memuncak.
            ” Dua-dua soleh. Sama cantik, sama baik, sama padan. Tak macam Diana dengan Umar dulu-dulu ye abang? Seorang soleh, seorang lagi toleh.”
            Bulat mata aku memandangnya. Ingin aku bertanya lanjut tapi tak suara tak keluar dari tekak. Hilang dan aku terus berdiam diri bila Einstein menghampiri kami. Laju juga tangan aku mencapai jug di dalam dulang dan menuangkan ke dalam gelas yang dibawa Einstein.
            ” Memang pasangan bahagia. Saling melengkapi antara satu sama lain. Tapi lebih sempurna kalau ada si kecil ni. Erm..hadiah menantu dah ada. Bila pula nak hadiahkan kami cucu Umar, Bilah?.”
            Umar mengangkat bahu dengan senyuman yang bermain di bibirnya. Pak Cik Razak menggelengkan kepalanya sebelum beralih pada aku. Reaksi aku yang sama dengan Einstein membuatkan dia mengeluh perlahan. Namun, kata-kata nasihat darinya cukup membuatkan aku terkesan.
            ” Jangan lama-lama sangat, mak dengan abah dah tak sabar nak menimang cucu. Cucu angkat pun cucu juga. Nak mengharapkan cucu sendiri, memang tak ada harapan dah,” sayu suaranya menampan telinga.
            Aku dan Einstein hanya mengangguk. Anggukan Einstein mungkin kerana dia faham kata-kata tersirat di sebalik harapan mereka berdua. Tapi anggukan kepala aku apa ertinya? Buat-buat faham kot!
-------------------------------------------------------
            ” Sorry sayang. Dinner kita tengah malam hari ni. Abang tak sangka pula ada tetamu tadi,” ucap Einstein ketika kami menikmati makan malam.
            Senyuman aku lemparkan padanya. Rasanya tak perlu meminta maaf kerana bukan salahnya tetamu tersebut datang. Lagi pun, kedatangan tetamu haruslah diraikan sebaiknya kerana mereka datang membawa rahmat. Rahmat ke dalam rumahtangga kami  yang hampir berusia 2 bulan ini.
            ” Takpelah abang. Dinner boleh disekalikan dengan supper. Hari esok, kita breakfast sekali dengan lunch pula. Jimat sikit duit..tak la cepat abang muflis,” sambutku dengan nada bergurau.
            Einstein tergelak kuat sebelum membalas gurauanku.
            ” Tak sangka isteri abang ni pandai orangnya. Syukur Alhamdulillah. Boleh la kita spend untuk orang baru nanti-nanti ye. Erm, pasal cucu untuk mama papa, ibu ayah, mak abah ..bila agaknya kita boleh kasi ye sayang?.”
            Persoalan dari Einstein membuatkan suapan aku terhenti. Dalam masa yang sama, aku rasakan muka aku panas. Darah menyerbu di muka. Alahai, apa kes aku malu lak dengan soalan macam ni.Aisyh!
            ” Aisyh, Bilah malu ke? Erm...sori ye sayang. Kalau Bilah rasa dah tak malu dengan soalan macam tu, nanti abang tanya lagi,” tambah Einstein dengan senyuman nakalnya.
            Aku menjelingnya geram. Suka benar mengusik aku. Tapi kalau difikir-fikir apa nak dimalukan kalau ditakdirkan aku mengandungkan buah cinta kami. Seharusnya bangga kerana akan lahir hadiah terbaik dari kami kepada keduanya. Ya..bangga dan bahagia dengan dari Allah swt itu.
            ” Abang,” aku memanggil namanya dengan nada manja.
            Pantas Einstein berpaling kepada aku. Mata kami bertentangan.
            ” Kalau ada orang baru nanti, kita nak bahasakan diri ape ye? Kalau Bilah, nak dia panggil Bilah je...barulah nampak muda selalu. Kalau panggil abang Einstein, ok tak?,” soalku perlahan.
            Lebar senyuman Einstein mendengar kataku. Dia menggelengkan kepala sebelum membalas kata-kataku yang  tersirat dengan makna tersendiri.
            ” Isk...tu bukan ok sayang. Tu ko. Erm...memandangkan mama papa, ibu ayah, mak abah dah ada, panggilan kita nanti umi dan abi la. Barulah bervariasi sikit. So, apa kata umi?”
            ” Umi ikut je cakap abi. Baik kata abi, baik jugalah kata umi. Tapi abi kena tolong umi la untuk jadi parent terbaik untuk orang baru nanti,” ucapku perlahan.
            Satu tangan Einstein mencapai tanganku, digenggam erat.
            ” Insyaallah, kita akan jadi umi dan abi terbaik,” ujar Einstein yakin. Keyakinannya meresap ke hati ku. Moga harapan dan impian kami terlaksana suatu hari nanti. Jika takdir menetapkan kehadiran si kecil dalam waktu terdekat ini, aku akan cuba jadi yang terbaik. Umi terbaik selamanya. Insyaallah.
------------------------------------------------------
             Aku menjeling jam dinding di bilik tidur kami. Sudah hampir jam 2 pagi. Penat memejam mata namun lena belum juga datang. Terkejut dengan perubahan tempat tidur kot. Aku memerhatikan Einstein yang sudah lama dibuai mimpi di sebelahku. Nampak polos dan comel wajahnya.
            Eisntein, lelaki yang cukup sempurna di takdirkan untukku. Lengkap pakej suami terbaik yang diimpikan seorang perempuan. Dan aku bersyukur kerana dia memilihku sebagai pendamping dan sayap kirinya. Seorang perempuan yang serba kekurangan dan dipimpin menjadi isteri dan bakal ibu terbaik. Dididik tanpa diherdik sedikit pun. Menerima segala kekurangan aku tanpa ada rungutan sepatah pun dari mulutnya.
            ” Kesian dekat baby nanti. Confius mana ibu, mana ayah.”
            Dalam gurauan dia menyampaikan maksudnya supaya aku perlu membaiki diri. Menjadi perempuan dengan ciri wanita yang seharusnya. Hasilnya, dah panjang pun rambut. Dah boleh diikat ekor kuda pun.
            ” Insyaallah, Bilah boleh buat. Abang tolong cekkan bacaan dan hafazan Bilah.”
            Dia menghulur bantuan tanpa aku pinta. Membetulkan bacaan Al-Quran ku ketika aku diminta memimpin solat Maghrib berjemaah bersama keluarganya. Dan dia juga mengambil alih tugas mama sepanjang aku menghadapi ujian. Tekun dia menghabiskan bacaan Al-Quran sepanjang aku menjalani ujian. Dan itulah dia, suami dan lelaki yang cukup hebat dimataku.
            Tapi aku..Rendah diri rasanya bila bergandingan dengannya. Apa hadiah terbaik dari aku untuknya? Rasanya sampai saat ini, tak ada yang hebat dan terbaik. Mahu makan bersama buat kali pertama, kailan ikan masin yang sangat masin jadi santapan. Tapi tanpa kata..dia menerima aku seadanya.
            Kalau dia boleh menerima aku tanpa banyak soal, seharusnya aku juga begitu. Dan aku telah membuktikannya. Perkenalan sebulan nikah hanyalah sebentar dan aku menerima dia selepas dia melafazkan akad nikah. Aku mengenali dia yang sebenarnya selepas termeterai ikatan suami isteri antara kami.
            Tanpa tahu kisah silamnya, tanpa pernah tahu siapa keluarga angkatnya, tanpa pernah tahu siapa perempuan istimewa dalam hatinya sebelum aku. Biarpun aku rendah diri bila Dina hadir sebagai wanita paling sempurna yang seharusnya bersama dengannya, dia meyakinkan aku bahawa hanya aku di hatinya.
            Berbunga rasa gembira di hati dengan pengiktirafannya. Tapi kemunculan pasangan suami isteri yang diakui sebagai  keluarga angkatnya membuatkan kebimbangan di hati mula mengasak. Bimbang kalau-kalau cerita Pak Cik Razak tempoh hari ada benarnya.Kalau benar, kiranya hadirnya aku dalam hidupnya hanya demi mengubat rindu pada orang yang hilang.
            Hilang entah ke mana. Aku tak akan bertanya dan aku akan menunggu hinggalah dia bercerita pada aku. Tapi hingga saat ini tak ada sepatah pun penjelasan dari dia. Tak ada pun nama Diana yang timbul dari mulut Einstein sendiri. Seakan Diana sudah dilupakan. Tapi  dia dah lupa pada sosok dia, kenapa sampai saat ini kata-kata Pak Cik Razak kerap menganggu fikiranku.
”Cara percakapan kamu, perangai kamu. Semuanya sama. Dan pak cik tahu, Umar memilih kamu mungkin kerana itulah satu-satunya cara nak mengubat rindu dia pada Diana. ”.
            Diana sama dengan aku!Dan pernikahan antara kami hanya untuk mengubat rindu dia pada Diana. Dana ku? Mungkin hanya untuk dipandang tapi bukan untuk disayangi sepenuh hati. Sungguh, keraguan itu kerap timbul. Tapi seringkali bertingkah dengan keyakinan hatiku sendiri.
            Tak mungkin lelaki sebaik Umar Al-Farouq berlakuan begitu. Dia tahu hukum hakam. Dia faham apa tujuan sebenar pernikahan dilaksanakan dalam Islam. Demi berkasih sayang untuk menggapai cinta-Nya. Bukan kerana mengejar cinta yang hilang dan seorang perempuan diikat dalam ikatan ini. Perempuan yang sudah jatuh hati dan dibuai bahagia dengan hadirnya sebagai seoarang pemimpin dan pendamping.
            Ya..perempuan itu adalah aku. Dan harapannya padaku, akan aku jadikan kenyataan. Menjadi isteri terbaik dan ibu mithali pada buah hati kami suatu hari nanti. Itulah hadiah terbaik dari aku buatnya sebagai seorang isteri. Mengandung zuriat kami dengan penuh kasih sayang, bertarung nyawa untuk melahirkan dan membesarkan ’orang baru’  bersama-sama.
            Lamunan aku terhenti bila aku rasakan tangan Eisntein memeluk pinggangku erat. Aku membiarkan sahaja. Terasa kasih sayangnya yang melimpah buatku. Aku memejamkan mata, mengharap lena datang. Pelukan Einstein aku rasakan makin longgar dan dia menjauh dariku. Dalam mata yang belum tertutup, aku perhatikan Einstein bangun dan dia duduk di sebelahku.
            ” Bilah, maafkan abang.”
            Kata-kata Einstein cukup perlahan. Lebih pada luahan pada diri sendiri. Kata maaf kali pertama sepanjang usia pernikahan kami. Aku yakin semuanya ada kaitan dengan pertemuan mak dan abahnya sebentar tadi. Tanpa aku pinta, rasa bimbang yang sudah cuba lenyapkan kembali lagi
            “ Ya Allah, kuatkan hatiku.”
            Hanya doa itu yang berlagu di hati dan jadi peneman aku malam pertama aku di rumahnya. Hanya pada DIA, aku harapkan segalanya terungkap. Jangan ada misteri dan rahsia lagi dalam perkahwinan kami.
            “ Ya Allah, bantulah aku”.




 ------------------------------------
sori to all my beloved readers, lama xde n3.selamat membaca ya!

13 comments:

Anonymous said...

tibe2 ase xbest je ngan c einstein tu..isk3..cian kt bilah..sabar ye bilah..cobaan..cobaan..cobaan..

epy elina said...

hohoho..
napa einsten tiba2 nak mnta maaf...
jgn la einstein kawen ngn bilah sbb rnd kat diana..
kcian bilah...
adeh...

miz ruha said...

nape ngan einstein,,??
ade rahsia ape...?

nk lg,,,

nadiah_abdllah said...

wah wah wah...
semakin menarik ni..
:D

MaY_LiN said...

cedihnye bile umar wat camtu kat bilah..
sis..hepi besday..

Sue said...

iyer la... kape umar tu mintak maap lak kt bilah?
konpius! konpius! nih...

b4 that, hepi bufday yer dr. rock! :)

mizd said...

sori 4 what??
doc tlg upload cpt2 ek...

halisha said...
This comment has been removed by the author.
halisha said...

entahla ye sejak ccb takde dh mcm hilang minat nak baca. Tolongggggggggggggg!!!!

muna said...

sambunglah ....cepat...agar misteri terbongkar. Semakin menarik cerita dik.

aqilah said...

kenapa umar minta maaf???? apakah tanda tanya bilah ada benarnya?????? apapun, akak followw.....

nursya said...

hai...
konflik..konflik..
ssh gak nie..
cian kat bilah..

Anonymous said...

I think lah kan..

Diana cinta silamnyer yg dah kembali kepada penciptanya, dan disebabkan kasih Umar sesungguhnya pada masa tu, dia berjanji tak akan mencari pengganti Diana.. tetapi tiba2 dia terjumpa Bilah - yg mempunyai rupa dan character yg hampir sama dgn Diana.. dan tak sanggup nak berterus terang dgn parents Diana... di sebabkan cinta yg teramat untuk Bilah...dan kini cuma ada bilah di hati einstein...

macam mana?... setuju tak..