@rubiadaibrahim

Friday, April 30, 2010

Ayat Power 21:Madu & Hempedu!


Bersendirian di rumah cukup membuatkan aku tak senang duduk. Tak tahu apa kerja yang harus aku lakukan di rumah sewanya ini. Mahu mengemas rumah, semuanya dah kemas. Mahu memasak, masih terlalu awal. Lagi pun, aku makan tengahari seorang diri hari ini. Tak perlulah bersusah payah untuk diri sendiri. Kalau lapar, telur mata kerbau sudah cukup untuk mengisi perut.
Kesunyian di rumahnya pagi ini membuatkan aku terkenang pada keluarga di Kuantan. Kalau aku belum menikah, sudah pastilah saat ini aku masih berselimut dalam bilik. Bangun Cuma untuk solat dan makan. Namun, aku harus  sedar statusku sudah berubah. Sudah menjadi milik orang. Dan sebagai isteri, tempatnya adalah di sisi suami.
Tapi entahlah. Hati aku tak tenang sampai sekarang. Seharusnya, perempuan yang sudah bergelar isteri merasa gembira dan bahagia bila punya kesempatan bersama-sama suaminya. Tapi aku? Susah untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Layan Einstein membuatkan hati aku berbunga. Namun, kehadiaran tetamu dan cerita yang sampai di telinga aku membuatkan perasaan aku lebih terganggu.
Lebih walang rasa hati mengingatkan sikap Einstein malam tadi. Dia memohon maaf dari aku tanpa aku ketahui sebabnya. Dia bangun dan bersolat sunat tanpa mengejutkan aku. Hanya dia seoarang. Suaranya perlahan dan cukup sayu ketika berdoa. Butir bicaranya tak dapat aku tangkap. Tapi yang pastinya doanya penuh dengan pengharapan. Berharap pada apa? Aku tak tahu!
-------------------------------------------------------------
” Sayang, dah makan tengahari? Kalau pun rindu dekat abang, jangan lupa makan tau.”
Bersahaja Einstein menuturkan kata ketika dia menelefon aku. Biarpun masih ada rasa keliru dengan sikapnya, aku cuba sembunyikan. Tak baik kalau reaksi aku membuatkan dia berjauh hati. Dah aku tahu besar kemurkaan dari Allah S.W.T pada isteri-isteri yang membuatkan suaminya kecil hati.
” Erm, kalau pasal Bilah, abang jangan risau. Bab Makan ni, Bilah tak akan lupa. Abang dah makan belum?,” soalku padanya kembali.
Einstein ketawa kecil sebelum membalas pertanyaan aku.
” Belum lagi. On the way nak g makan ni. Kena tanya Bilah dulu. Mana boleh suami makan kenyang-kenyang, kalau isteri dekat rumah makan hati berulam jantung,” balasnya dalam nada gurauan.
” Apa kes pula Bilah makan hati berulam jantung?,” dugaku.
Einstein tergelak sekali lagi.
” Takde la..mana tau marah dekat abang sebab kena kurung kat rumah. Bosan ke apa ke?.”
Jawapan Einstein melegakan hati aku. Bimbang juga kalau dia dapat mengesan rasa hati aku. Kalau dia dah tahu, agaknya apalah tindakannya? Mungkin bercerita dari A sampai Z soal Diana dan keluarganya pada aku. Tapi bersediakah aku? Jujur aku rasakan, aku belum bersedia untuk semua itu,. Jadi, jalan terbaik adalah makan hati dan berulam jantung sahajalah dengan silap dia.
” Bilah, ada lagi tak ni?.”
” Ye, ada lagi. Tak lari balik Kuantan lagi. Abang jangan risau,” gurauku.
Ketawa Einstein lepas, suka benar dia dengan jawapan aku.
” Amboi, nak lari siap. Tapi kalau sayang lari pun, mama mesti hantar sayang balik sini semula. Bilah, abang nak makan dulu ni. Selamat makan tengahari ye sayang. Love you. Sorry tak dapat balik,” ujar Einstein.
Ucapan kasih Einstein aku balas dengan nada romantis. Itulah rasa hati aku padanya. Hanya dia lelaki yang aku sayang hari ini dan selamanya. Namum kata-katanya aku tak pasti. Mungkin ikhlas dan mungkin hanya kerana perasaan belas pada aku yang bergelar isterinya. Entah lah!
--------------------------------------------------------------------
Panggilan telefon dari mama aku terima usai solat Asar. Mama  bertanyakan khabar anak sulungnya yang dah jadi milik orang ini. Jelas dari nada suara mama, kebimbangan dia kalau aku tak mampu melakukan kerja-kerja rumah dengan baik.
” Makan malam siapa yang masak? Along ke Umar?,”
” Along la. Along kan isteri dia. Kenapa? Mama tak percaya ke?,” soalku kembali.
Mama tergelak mendengar suaraku yang dah berubah nada. Merajuk tau dipertikaikan dek mama sendiri. Ada ke patut tak percaya dengan kemampuan aku.
” Mama bukan tak percaya, mama tanya je. Bangga mama kalau Along dah reti masak dan lain-lain.  Tak la segan kalau jumpa menantu dengan besan mama esok-esok,” seloroh mama.
Aku tergelak sama. Mahunya tak bangga kalau anak menepati ciri isteri dan menantu pilihan. Nak pula menantu serba tahu, lagilah berganda rasa segan kalau satu kerja pun tak jalan dek anaknya.
” Dah boleh bangga dah mama. Ni Nabilah Azna la, pantang menyerah kalah.”
” Ye..mama tahu. Tapi apa-apa pun, Along kena bersyukur pada Allah sebab dapat suami baik macam tu. Mama yakin Umar banyak tolong Along jadi Along yang lebih baik. Dia terima Along seadanya. Jadi, kalau dah kenal siapa dia sekarang, Along kenalah terima dia dengan hati terbuka juga,” panjang ceramah mama pada aku.
Aku hanya mengiyakan sahaja. Tapi terselit juga rasa bimbang dengan kata-kata mama. Manalah tahu kalau mama dah maklum kisah-kisah Einstein yang jadi rahsia pada aku sampai hari ini. Lantas, aku bertanyakan mama apa maksud kata-katanya sebentar tadi.
” Tak maksud apa-apalah Along. Just nak ingatkan Along je. Sebelum nikah, kenal dia sikit je. Bila dah tinggal sama ni, barulah nampak baik buruk dia. Kalau yang buruk tu, jangan cepat melenting dan tak suka. Jangan cepat melatah dan buat andaian macam-macam. Kalau ada masalah, bawa berbincang. Nak share dengan mama pun takpe. Dari semalam sampai hari ni, ada apa-apa nak cerita dekat mama tak?,” soal mama di akhir penjelasannya.
” Takde la mama. Barulah sehari je duduk sama, takkan la dah bergaduh kot. Dalam mood bulan madu lagi ni,”dalihku..
” Bulan madu la masa mula-mula nikah. Kalau dah tua-tua, takde madu dah. Jadi hempedu pula,”balas mama.
Aku tergelak mendengar bicara mama. Bulan madu ke bulan hempedu, aku tak akan berkongsi cerita rumahtangga aku dengan mama saat ini. Kalau pun aku bercerita, selepas aku mendengar kisah sebenar dan penjelasan dari Einstein. Jadi, untuk saat ini aku harus zip mulut, hal rumahtangga tak perlu disebut-sebut!
------------------------------------------------------------------------
Einstein pulang ke rumah ketika jam sudah menunjukkan jam 10 malam. Penat benar raut wajahnya.
Rasa kasihan berganda-ganda melihatnya begitu. Serta-merta, rasa ingin tahu dan berbincang kisah misteri yang mengasak fikiran aku lupakan. Nantilah sahajalah, bila masanya sesuai.
            ”  Bestnya la kalau hari-hari macam ni. Balik rumah, ada orang sambut. Senyuman Bilah dah cukup untuk hilangkan penat abang masuk hospital hari ni tau,” ujar Einstein tenang.
            Aku mencebik bibir. Malas melayan ayat-ayat powernya itu. Lelaki, kalau bab mengayat ni, dialah juara.
            ” Isy, buat mulut gitu lak. Betul la. Seronok tahu bila balik ada orang tunggu. Nak pula orang yang kita sayang, lagilah tak sabar nak balik rumah,” tambahnya lagi sambil menarik aku supaya duduk di sebelahnya.
            Aku menurut sahaja tingkahnya. Satu tangannya memeluk bahuku erat. Manakala, satu tangannya lagi mencapai gelas yang berisi jus  oren yang aku hidangkan di atas meja.
            ” Thanks banyak-banyak sayang..Kalau tahu macam nilah seronoknya hidup berdua, abang rasa kita pindah masuk rumah sendiri la bulan depan. Time Bilah penat kerja, abaang sambut dan hiburkan hati Bilah pula. Kalau time abang sibuk, Bilah tunggu abang.”
            Aku menggelengkan kepala mendengar perancnagannya.
            ” Kalau dua-dua sibuk, siapa nak sambut kita? ,” soalku.
            Eisntein terdiam sejenak sebelum memberi jawapan.
            ” Patient dekat hospital la nampak gayanya,” suaranya dalam derai tawa.
            Aku turut ketawa. Bila Einstein mahu berbincang soal rumah sendiri, pantas aku berdalih. Aku mengarahkannya mandi dan membersihkan diri.
            ” Ala, kena mandi juga ke? Tak mahu la,” protes Einstein dengan nada manja yang dibuat-buat.
            Aku menggelengkan kepala. Ketegasan kata-kata aku mengarahkan dia mandi mrmbuatkan dia segera berlalu ke bilik kami.
            ” Kalau tak mahu mandi, tidur luar malam ni!”.
            Ha, tahu pun takut!
-----------------------------------------------------------------
            Penat seharian bekerja membuatkan Einstein tertidur ketika menemani aku menonton televisyen. Aku tersedar dia tertidur pun bila kepalanya jatuh ke bahu aku. Kalau dah tengok TV, jangan haraplah aku nak sedar sekeliling. Jakun la kata orang.
            Aku mengejutnya supaya bangun dan masuk ke bilik tidur kami. Tapi Einstein berkeras mahu menemani aku menonton TV hingga selesai drama yang ditayangkan. Akhirnya, aku menyuruhnya berbaring dengan kepalanya di atas pehaku. Lebar senyuman Einstein dengan tawaranku itu.
            Kepalanya aku usap perlahan tapi pantas juga dia mencapai tanganku. Dikucup dan dipeluknya. Aku membiarkan sahaja. Ralit menonton TV hinggalah selesai. Aku mengejutkan Einstein.Dalam mamai, dia menyuruh aku memimpinnya masuk ke bilik tidur. Macam-macam perangai la cik abang aku ni.
            ” Tak tahu jalan nak ke bilik mana. Mata mengantuk sangat ni. Tak boleh  buka dah. Pimpin la abang,” pintanya dengan mata yang masih terpejam.
            Aku menurut sahaja permintaannya. Dapat aku rasakan pelukan erat di pinggangku ketika kami melangkah seiringan ke bilik tidur. Senyuman di bibirnya jelas membuktikan dia sengaja memperlakukan aku begitu. Nak bermanja barangkali.
            Aku meninggalkannya sendirian di bilik kerana tekakku terasa haus. Ketika aku melangkah mahu ke dapur, ada kereta yang berhenti di depan rumah. Kerana rasa ingin tahu siapa gerangan yang datang malam-malam begini, aku bergerak ke arah pintu masuk.
            Jelas di pandangan, tetamu kami semalam di luar rumah. Kelibat Mak Cik Rahmah bergegas turun dari kereta dan laju melangkah ke arah rumah sewa Eisntein. Namun, cepat juga dihalang oleh Pak Cik Razak. Pak Cik Razak memeluk dan memujuk isterinya sebelum dituntun masuk ke dalam kereta. Kali kedua aku melihat dia berkeadaan begitu. Bila Mak Cik Rahmah sudah masuk, Pak Cik Razak bergerak ke tempat pemandu dan keretanya meninggalkan rumah ini.
Dan aku masih berdiri di situ dan terpaku dengan apa yang aku lihat sebentar tadi. Hanya satu soalan yang singgah di fikiran. Kenapa mereka datang ke sini lewat malam begini? Takkan nak bertanya khabar Einstein dan berkenalan dengan aku buat sekian kalinya kot. Tak sanggup rasanya menerima kehadiran mereka lagi. Janganlah bulan madu aku bertukar bulan hempedu dek lagi.Cukuplah sebelum ini!

10 comments:

epy elina said...

hohoho...
crta ni pnuh saspen lak...
tkut nak bca next n3 pas ni...
tkut2 pe yg di hrp lain jdnya....
kan bgus klu enstein brtrus trang je....
trllau bnyk msteri yg x dpt di jwb...
smbung2x...

dewdrop said...

ntahnye..bley dpt cardiac arrest klau cite ni tiap2 episode suspen memanjang..haha..terus terang jela einstein..selagi xtau kebenarn,rse cm einstein tu fake giler..huhu

MaY_LiN said...

nape ni..
saspen benar ni

mizd said...

doc tulun bt enstein 2 trs terang je..
sian kat bilah..
m.cik ramlah 2 pe kes lak??

Anonymous said...

ntah nye mkcik ramlah tu..xbaek tau kco org mlm2..

miz ruha said...

suspens,,,,suspens,,,,
nk lg ,,,

atiq said...

Rasanya Diana tu nak dekat Enstein sgt kot..tu pasal mak ayah dia jumpa Enstein..pepun sian kat nabilah..huhu

atiq said...

Rasanya Diana tu nak dekat Enstein sgt kot..tu pasal mak ayah dia jumpa Enstein..pepun sian kat nabilah..huhu

nadiah_abdllah said...

kdg2 saya rasa cerita ni seswai buat novel. hehehe.. ;)

aBqaRiYyiN ^_~ said...

mkcik rmlah tuh psyco kott
curious 2 know de next!