”Dia terima Along
seadanya. Jadi, kalau dah kenal siapa dia sekarang, Along kenalah terima dia
dengan hati terbuka juga,”.
Nasihat mama
melekat kuat di ingatan. Kerana nasihat mama jugalah, aku tegarkan hati. Aku
kuatkan kaki untuk terus berdiri dan mendampingi Umar Al-Farouq, suami yang
baru tiga bulan aku nikahi. Mendampinginya dan menerima apa jua kekurangan dan
siapa dirinya. Ya, tak aku akui bukan mudah untuk menyembunyikan prasangka
buruk yang tiap hari hadir dalam hidup aku. Kerana aku sedar prasangka buruk
tersebut akan menggugat kebahagiaan yang aku kecapai hari ini, aku akan mencuba
sedaya upaya untuk menghilangkannya dari sudut hati aku. Ya, akan mencuba
semampu aku demi rumahtangga yang aku bina bersama dia, suamiku ini.
” Sayang, menung
apa tu sampai abang masuk dapur pun tak perasan?”, teguran Einstein membuatkan
aku berpaling ke arahnya. Senyuman aku lemparkan sebelum aku mengarahkannya
duduk untuk menikmati sarapan.
” Bilah masak apa
pagi ni? Kesian isteri abang kena bangun pagi-pagi sebab nak siapkan
breakfast”, tanya Einstein sambil mengatur langkah ke arahku.
Tanpa disuruh,
laju tangannya mengaut nasi goreng dari kuali. Kemudian, dibawanya ke meja
makan. Dia berpaling semula kearah aku dan menyongsong langkah aku ke kerusi
meja makan. Aku tersengih melihat layanannya. Bila aku mahu bangun dari kerusi,
dia mengarahkan aku duduk kembali.
” Bilah duduk je.
Hari ni giliran abang layan Bilah. Takkan Bilah je nak layan abang. Kenalah
bergilir-gilir, barulah rumahtangga aman bahagia”,gurau Einstein sambil ketawa
kecil.
Aku tergelak juga.
Dia mengambil tempat di sebelahku. Aku hanya memerhatikanya dengan ralit.
Einstein menyendukkan nasi ke dalam pinggan, dia membaca doa dan aku
mengaminkan. Bila aku mencapai sudu di atas meja, dia menangkap tanganku. Aku
memandangnya pelik.
” Abang suapkan.
Sunat makan sepinggan. Mengeratkan hubungan suami isteri”, ujar Einstein
tenang.
Aku hanya
mengikuti rentaknya. Sudu yang sudah berisi nasi goreng disuakan ke arahku.
Satu sudu untuk aku, satu sudu untuk dia.
Bila aku mengeluh
bimbang dia akan terlambat ke hospital jika makan begitu, dia hanya melemparkan
senyuman. Katanya, dia tak mahu melepaskan detik-detik manis antara kami.
Peluang yang datang untuk kami hanyalah waktu pagi dan malam untuk cuti
seminggu ini. Kalau dah masuk hospital semula, susah nak mencari masa bersama.
Akhirnya, aku membiarkan sahaja. Dalam diam, aku mengharapkan kemesraan ini
terus berkekalan selamanya. Hingga bila-bila dan tak akan tergugat dek dugaan
apa pun. Ya, itu doaku sejak hari pertama kami terikat dalam ikatan ini.
--------------------------------------------------------------
Hari Sabtu, sebelum
aku kembali ke rumah sewa, Einstein mengajak aku ke Klang. Mahu aku mengenali dia
melalui kisah-kisah zaman mudanya. Biarpun tujuan sebenarnya mahu mengimbau
zaman remaja yang dilaluinya dulu.
” Kalau Bilah nak
tahu, masa abang sekolah menengah dulu abang duduk dengan nenek. Lepas nenek
meninggal, barulah abang balik semula dekat ibu dan ayah,” cerita Einstein
dalam perjalanan kami ke sana.
Aku hanya
mendengar ceritanya. Tak menyampuk dan tidak juga mengulas.
” Erm, masa dekat
sini jugalah abang kenal Mak Cik Rahmah dengan Pak Cik Razak. Entah macam mana
ntah, terjadi mak dengan abah angkat abang,” tambah Einstein lagi.
Aku hanya berdiam
diri dengan ceritanya. Jujur aku kurang senang bila nama mereka dibangkitkan
dalam kemesraan kami. Tapi apa juga cerita dan kisah lalu Einstein, aku harus
terima dengan hati terbuka. Kalau pun Einstein mahu bercerita soal Dania, aku
harus menadah telinga dan berlapang dada. Tapi tiada cerita soal Diana yang
dibangkitkan hinggalah kami tiba di rumah peninggalan neneknya.
” Kesian dekat
rumah ni, ditinggal sepi takde siapa duduk. Anai-anai dengan serangga je ada.
Kalau habis belajar nanti, abang plan nak minta posting dekat Hospital Klang.
Boleh duduk sini, tengok-tengokkan rumah peninggalan arwah,” jelas Einstein
sebelum kami masuk ke dalam rumah tersebut.
” Bilah dari tadi
diam je. Takde satu patah kata pun keluar. Bilah tak suka ke datang sini?,” soalan
Einstein membuatkan aku mengalih pandangan padanya. Aku menggeleng. Muka
Einstein yang tadinya ceria sudah berubah, dia merenung aku tanpa kata.
” Suka, takkan la
tak suka. Cuma menghayati kisah hidup abang je. Nak kenal suami Bilah ni
betul-betul, tak pasal terlebih menghayati pula,” selorohku.
Einstein tergelak
kecil. Dia menghulurkan tangan pada aku. Bila aku menyambut tangannya, senyumannya
makin menguntum. Senang benar dia dengan reaksi aku. Kalaulah dia tahu, rasa
hati yang seribu tak tenang bila kaki melangkah ke sini, apa reaksinya ya? Tapi
apa juga keadaan sekalipun, aku tak akan sesekali mempamerkan rasa hati biarpun
sudah tak sabar mahu mendengar dia berbicara soal Diana dalam hidupnya.
-----------------------------------------------------------
Perancangan
Einstein untuk bermalam di rumah nenek aku ikuti biarpun ada rasa kurang senang
di dalam hati. Kata Einstein, tujuan dia mengajak aku ke sini adalah untuk
mengeratkan hubungan suami isteri. Biarpun ada kata protes dalam hati, aku
sembunyikan kerana tidak mahu kegembiraan dia lenyap dengan perlakuan aku.
” Dua hari sebelum Bilah balik rumah, abang
nak spend masa dengan Bilah puas-puas. Nanti kalau dah masuk hospital nanti,
nak jumpa pun susah. Dapat makan tengahari sama-sama sekali seminggu pun dah
lebih dari bersyukur dah,” luah Einstein sebelum kami tidur. Lirih benar
suaranya. Sayu benar rasa hati aku dengan luahannya itu.
” Kalau tak ada
masa, kita kenalah curi-curi masa,” balasku pendek.
Einstein melemparkan
senyuman. Dia mengiring menghadapku, pelukannya pada aku dieratkan.
” Abang tak mahu
jadi pencuri masa, abang nak curi hati isteri abang ni je. Kalau orang lain,
macam belangkas sekarang ni, tak boleh nak berpisah suami isteri. Tapi nasib
kita, tak macam tu. Dugaan betul rumahtangga kita ni ye sayang?” tambah Eistein
lagi.
Aku hanya
mengiyakan kata-katanya. Sebelum nikah lagi aku sudah bersedia dengan
kemungkinan tersebut. Adat menikah sewaktu belajar, mahu tak mahu harus
berpisah seketika.
” Tak apa abang.
Semua ni ada hikmahnya. Insya-ALLAH, dapat eratkan hubungan kita”,pujukku.
Einstein tersenyum
lagi. Tapi kali ini nampak nakal dan ada makna tersirat dari perlakukannya.
” Lebih erat dan
kuat lagi kasih sayang kita kalau ada orang ketiga antara kita. Bilah ready tak
sekarang ni kalau takdir tetapkan dia datang dalam waktu terdekat ni?” soalan
Eisntein membuatkan aku tersentak.
Aku bingkas bangun
dan menjauh darinya. Seketika, rasa cemas menyelubungi. Nama Diana, cerita Mak
Cik Rahmah dan Pak Cik Razak datang menerpa dalam fikiran. Mungkin ini masanya
untuk dia merungkai segala persoalan dan rahsia yang selama ini menganggu aku.
Meningat itu, bulat mata aku memandang Einstein yang menggaru kepala dengan
reaksiku.
” Siapa orang
ketiga tu?,” hanya itu kata-kata yang keluar di kerongkong. Yang lainnya
tersekat. Rasa sebak datang. Kiranya segala cerita yang aku dengar memang ada
benarnya. Silap aku kerana tak mahu bertanya dan takut menerima kenyataan.
” Tak ada
siapa-siapa. Tak wujud lagi. Tapi akan wujud sebagai tanda kasih sayang kita. Orang
ketiga tu baby kita la. Kalau takdir kita dapat baby dalam waktu terdekat ni,
Bilah ok tak?” tenang Einstein menuturkan kata. Tangannya menggenggam erat
tanganku, aku diarah memandangnya.
Aku mengalihkan
pandangan selepas menganggukkan kepala. Malu dengan sikap prasangka aku.
Einstein menggeleng kepala dengan gelagatku. Tapi pantas juga dia memaut aku
agar berbaring kembali. Dan aku hanya menurut, isteri mithali dan sejatilah
katakan.
---------------------------------------------
Seminggu bercuti
di rumah sewa Einstein cukup untuk aku mengenali perangainya yang sebenar. Dia
bukanlah manusia pendiam sebagaimana tekaan aku suatu ketika dahulu. Boleh
tahan juga dia banyak bercakap. Kiranya gurauan aku dulu-dulu tak benar dan tak
tepat langsung.
” Kalau aku nikah
dengan Einstein esok-esok mati kutu la aku. Bukan mati kutu, semua kutu-kutu
aku mati dengan perangai pendiam dia tu”, gurauan aku dengan teman serumahku
mengundang ketawa bila dikenang.Einstein tergelak kecil mendengar ulasan dan
cerita aku. Dia menempelak tekaan aku dalam gurauan.
” Patut la Bilah
selalu garu kepala, ada kutu atas kepala rupanya.”
Aku tarik muka,
sengaja mahu menduga dia. Einstein tak memujuk dengan kata-kata tapi dengan
belaian penuh kasih. Dia mengucup perlahan kepala aku. Aku diburu rasa senang
dan bahagia dengan layanannya. Dan itulah sikap yang membuatkan rasa sayang
padanya kian melimpah. Penyayang dan sangat memahami. Sikapnya itulah yang
membuatkan aku berat hati untuk kembali ke rumah sewaku. Tapi sedar akan
tanggungjawab sebagai pelajar yang belum selesai, aku harus berkorban rasa hati
ini.
Lagi pun,
berjauhan akan membuatkan ikatan kasih kami kian erat dan rasa rindu terus
melekat. Dan sebagaimana kata-katanya, sudah ada rasa rindu yang menggebu di
hati aku. Padahal baru sebentar kami berpisah. Kalau beginilah saratnya
menanggung rindu, mahu rasanya aku menerima sahaja cadangan Einstein untuk
berpindah masuk ke rumah sewa bersama-sama. Menyesal pula bila difikir-fikir.
” Susah rupanya
kalau orang dah angau ni. Baru sekejap berpisah, dah macam kucing nak beranak. Semua
benda serba tak kena.”Teguran Dania membuatkan aku tersengih sendiri. Macam
manalah dia boleh perasan ni.
” Amboi, selamba
mengata aku. Kalau kau dah kena penangannya nanti, aku kutuk kau kaw-kaw pula
lepas ni. Siap sedia jelah ye,” tegas aku berbicara, menyembunyikan rasa malu
yang datang.Kuat Dania tergelak mendengar kata-kata aku. Aku membiarkannya. Kalau dilayan, makin masak
la aku dikenakan. Melihat aku ralit dengan jadual posting di depan mata, Dania
menutup mulutnya. Ketawanya terhenti. Dia melangkah ke arahku.
” Masuk mana lepas
ni? Aku dapat Surgery,” cerita Dania tanpa aku pinta.
” Aku dapat
orang-orang istimewa. Mudah-mudahan, kuat la aku berdepan dengan dia orang
nanti,” balasku pada pertanyaan Dania.
Dania menepuk bahu
aku. Faham betapa beratnya hati aku bila harus masuk ke bahagian psikiatrik
untuk beberapa minggu ke depan. Bukan mudah menghadapi karenah orang-orang
istimewa ni. Perlu kesabaran dan mental yang kuat. Kalau tak kuat, silap
haribulan kita pun nampak tak sihat macam mereka.
” Sebelum kau
stress dengan orang-orang istimewa tu, aku nak kasi something yang boleh buat
kau senyum sampai telinga. Kau nak ke tak?,”soalnya dengan senyuman nakal.
Dania menghulurkan
sampul surat putih sederhana besar pada aku bila aku mengangguk laju.
” Tak tahu la apa
dalam ni. Tapi aku rasa kad cinta dari cik abang kau. Nak kasih kau semangat la
kot. Selamat membaca la Nabilah sayang. Senyum-senyum selalu,” ucap Dania sebelum
berlalu meninggalkan aku.
Sampul surat di
tangan aku teliti. Aku kira bukan dari Einstein kerana bertaip kemas. Aku membukanya
perlahan. Kad dan beberapa keping gambar
di dalamnya aku keluarkan. Gambar-gambar yang dikirimkan lebih menarik
perhatian aku.
Aku belek satu
persatu gambar tersebut, ada 15 keping semuanya. Gambar Einstein ketika
bersekolah menengah dengan uniform sekolah, pakaian seragam, pakain sukan dan
ada juga beberapa keping gambar bersama keluarganya. Ada juga gambar dengan
keluarga angkatnya. Aku tergelak kecil melihat rautnya yang polos benar dalam
gambar lama tersebut. Masih ada sifat polos yang kekal sampai ke hari ini. Bila
sampai ke 5 gambar yang terakhir, tangan aku menggigil. Apakah erti semua ini?
Kenapa suami yang sudah lekat namanya di hati aku sanggup memperlakukan aku
begini? Kiranya cerita yang sampai ke telinga aku ada benarnya. Jadi, apa
ertinya pakej seminggu di rumahnya jika ini pengakhirannya?
4 comments:
nampaknye jd org 1st yg comment..huhu..nape berulang-ulang n3 kali neh?pening sat..hehe..cite ni giler punyer suspen..tp sejak timbul watak dania,pkck razak,mkcik ramlah,cite ni mcm xde development lgsg..xde clue ape yg eisntein tu dh wat sbnrnye..xde clue spe dania tu..ape kaitan ngan einstein tu..asyik cte c nabilah ni dok tertnye2 sengsorang..tp do nothing bout it..mcm slow sket la cite ni bile dh smpai part konflik neh..huhu..sori..but dat's what i think laa..pape pun..gud luck..
ala naper camnie....
cian kat bilah...
biler si einsten tu nk buka citer dia ngn si diana tuh...
kan dh ader org len sibuk nk goyangkan umah tangga dorg...
ish..ish..ish...
x sbr nk tau aper jd pasni...
pic aper yg bilah dpt tu yek...
o-o..
gambar pe tuh..
aish..
mesti gambar ngan diana tuh..
sapa nye angkara la..
sape yg bg gmbr tuyh kat bilah???
sian bilah..br je nk bhgia da ad dugaan lak
Post a Comment