@rubiadaibrahim

Sunday, May 9, 2010

~spEciAl n3 hArI ibU~

Bismillahirrahmaniirahim.

Assalamualaikum wbt. 
Ni bukan n3 novel, cerpen atau puisi.Tapi lebih pada luahan hati seorang anak yang sangat merindui dan menyayangi emaknya. Allah, rindu dan sayang selamanya. Hingga akhir hayat pada dia yang terlalu istimewa di hati saya.
Mak seorang yang cukup istimewa pada saya. Tak pernah ada rahsia antara saya dan mak. Dan kata mak, saya anak yang paling dia percayai di antara anak-anaknya. Buktinya, mak izinkan saya untuk belajar di sebarang laut biarpun sebelumnya mak melarang keras anaknya berjauhan. Tak terhingga ucapan terima kasih saya pada izin dan kepercayaan yang mak berikan. Dah Alhamdulillah, berkat izin mak, sekarang saya dah nak habis 4th year.

Masih saya ingat gurauan saya dengan mak. Saya juga anak paling manja dengan mak. Manakan tidak, saya dapat adik umur 8 tahun. Dah puas bermanja, saya minta adik pada mak. Kalau boleh, nak adik lelaki sebab risau beralih perhatian mak pada adik kalau dia perempuan. Nak jadi anak perempuan terakhir dalam keluarga kononnya.


Tapi sifat manja saya tetap tak hilang. Setiap kali saya balik bercuti dari asrama, hanya satu tempat wajib utk saya tidur. Saya akan berbaring di peha mak selepas Magrib. Mak mengeluh awalnya. Katanya kepala saya berat. Saya bergurau pada mak, 

"kepala orang pandai memang la berat. Anak mak di genius tau".

Mak hanya tersenyum. Dia biarkan saya berbaring di pehanya. Dan emak akan mengaji dan saya dengar bacaan Al-Quran mak. Allah, rindunya saya pada mak saat ini. Pada peha mak yang memang dikhaskan untuk saya. Disebabkan perangai saya yang manja terlebih tu, mak mengeluh. Kata dia, kalau kahwin esok tak tau macammana.


" Macammana apa mak?", soal saya.
" yelah. Takkan dah bersuami nak baring atas peha mak lagi. Malu la dengan suami esok-esok!".


Saya tergelak. Tegas saya katakan pada mak, orang yang menikah dengan saya esok-esok kenalah bersiap sedia kalau-kalau saya nak tidur dengan mak bila balik ke rumah. Mak tersengih. 


"Mak tak percaya ke?",soal saya. Mak tersengih lagi.


" Mak kena percaya tau. Anak mak ni pegang pada janji. Erm, lagi satu kalau kahwin esok-esok, Ada nak cari orang dekat je. Boleh balik sini selalu (rumah saya). Kalau nak selalu balik, Ada carilah anak yatim. Setiap kali raya boleh balik sini," tambah saya.


Mak tersenyum lagi. Dengan tenang juga, mak menasihati saya supaya janganlah nak berangan nak menikah dengan anak yatim semata-mata sebab tu. Insaf sekejap saya.  Kisah tu saya adaptasikan dalam cerpen SKEMA sebelumnya.

Tapi sekarang, rutin tu saya lupakan. Bukan sengaja melupakannya, tapi hambatan dan kesibukan setiap kali saya balik ke Malaysia menuntut saya melupakannya. Allah, benar tanpa sedar saya membuatkan mak juga merindui anak manjanya. 

Masih saya ingat kata-kata mak waktu saya pulang bulan Januari lalu. Saat saya sibuk dengan Proposal Minor Thesis, memang saya akui masa saya dihabiskan di depan laptop. Hingga saya mengabaikan sedikit hati mak yang amat merindui anaknya ini.
" Tak sedar dah habis seminggu ada cuti. Cuti tak lekat dekat rumah. Sedar-sedar, dah nak balik semua dekat sana."

Kata-kata mak cukup perlahan. Emak tenang menuturkan kata. Sedangkan saya waktu tu dah diasak rasa bersalah. Ya, saya akui kepulangan saya sebenarnya untuk mengubat rindu pada semua ahli keluarga terutama mak. Tapi kerja-kerja dan kesibukan hilang membuatkan saya terlupa tujuan sebenar saya. Dalam rasa bersalah pada mak, saya pujuk dia.

" Insyaallah, habis graduate ni ada cuti lama. Masa tu ada duduk rumah je. Mak doakanlah ada dapat cuti lama ya".

Emak tersenyum lagi. Besar harapan mak, besar juga harapan saya. Tapi berita yang saya terima baru-baru ni membuatkan saya tersentak. Nampak gayanya, janji tu terpaksa saya mungkiri. Manakan tidak, clinical year mungkin bermula bulan September habis raya. Allah, kalau saya pulang bulan 8, cuma sebentar saya di rumah. Tapi apa nak buat, saya hanya menurut perintah. Biarpun hati tak rela, mak dan saya harus menerima ketetapan pihak universiti ni dengan hati terbuka.

Saat nak exam ni lagilah rasa rindu menggunung. Setiap kali exam, mak akan minta jadual periksa saya. Mak akan buat solat hajat, bangun malam untuk anaknya ini (ni saya masukkan ke novel ayat power). Allah, satu pengorbanan tak ternilai dari dia. Dan saya bersyukur kerana Allah kurniakan mak pada saya. Saya sayang mak sangat-sangat. 

Bila saya mengeluh katakan pada mak, pening dengan rutin sebagai pelajar yang sentiasa sibuk, emak mengekek ketawa. Katanya, itu jalan yang saya pilih. Tidak boleh menoleh ke belakang dah menyesal. Harus tetap melangkah dan tegarkan hati. Ya, kerana motivasi dan kata semangat dari mak, saya tetapkan hati, kuatkan hati dan terus berjuang di sini.

Terlalu banyak pengorbanan mak pada saya. Dan belum terbalas jasa-jasa mak pada saya. Pengorbanan terbesar mak adalah melahirkan saya ke dunia. Lahir kaki dulu.  Ya Allah, tak dapat saya bayangkan betapa susahnya mak berjuang memastikan buah hatinya ini dapat melihat dunia. Sedangkan belajar bab2 delivery pun saya dah seram, membayangkannya lagilah. Tapi mak laluinya untuk anaknya ini. Terima kasih mak atas segalanya.

Di hari ibu ni, saya nak minta maaf atas salah silap saya pada mak. Terima kasih sangat-sangat pada apa yang dah mak lakukan pada saya. Saya sayang mak sangat-sangat. 

" Ya Allah, berkati dan rahmatilah makku sayang, Halimah binti Ismail. Ya Allah, ampunkan dosa ibu bapaku dan kasihilah keduanya sebagaimana mereka mengasihi aku ketika aku masih kecil".
Terima kasih mak atas segalanya.
Apa-apa pun, jom hayati pengorbanan seorang mak dari video ni. My mOther by Yusuf Islam. Wassalam buat semua.=)

2 comments:

MaY_LiN said...

sayang mak selamanya..

Kak Nik said...

Ada... this n3 makes me cry..!
Semoga mak Ada diberkatkan umurnya dan diberi kesempatan untuk melihat Ada graduate dan diberi kesempatan untuk merasa Ada pula menjaganya! Ameen.