@rubiadaibrahim

Sunday, August 22, 2010

CCB Sinopsis:Korban Kasih!



“Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan, Dia mengatur yang terbaik buat hamba-Nya”

Itu aku dah maklum,itu Syed Faizal Adli dah tahu. Dan siapa kita mahu menolak takdir yang ditentukan Tuhan Maha Tahu.

” Kalau Nurlah SNM tu, aku sanggup membujang sampai tua. Tak sanggup aku bayangkan hidup aku kalau hari-hari berperang.”

Ada hati yang terguris dengan kata-kata itu, namun aku ubati sendiri. Dia bersuara penuh yakin. Hari ini, kata-katanya memakan diri sendiri. Dan aku bingung bila dia mengatakan hasrat hatinya untuk menikahi ku. Butakah dia? Rabunkan dia?

” Sekian lama saya cari Syarifah No Name, tak sangka sebenarnya dah lama depan mata. Kenapalah Nur tak pernah bagitahu siapa Nur? Kenapa Nur berahsia dengan saya?.Ya Allah, butanya saya.”

Lemah benar dia menutur kata. Dia tak memandangku seperti selalu. Sukar ditafsir apa rasa hatinya. Kalau benar dia masih setia, seharusnya dia bersuara penuh yakin. Tidak selemah itu, tak sesayu itu. Ah,sukarnya mentafsir hati manusia!

” Saya bukan orang yang Encik Faizal tunggu selama ni.  Syarifah No Name  yang Encik Faizal suka sekian lama bukanlah Nur yang ganas, Nur yang sentiasa buat Encik Faizal panas dan Nur yang tak cantik macam buah nanas.

Dia menggigit bibirnya. Sekilas, dia memandangku sebelum merenung jauh. Sungguh, aku tak tahu apa dalam hatinya!
————————————-
” Lepas kes kita selesai, kita bincangkan pasal kita . Mana arah tuju hubungan kita. Moga Allah memberkati perkahwinan kita selama-lamanya!”.

Wajahnya terpancar raut gembira. Aku diburu resah, bimbang andai jodoh kami hanya setakat di mahkamah syariah sahaja. Bimbang andai perjuangan kami untuk membuktikan kebenaran akhirnya meleraikan ikatan pernikahan ini. Sungguh, hatiku berlagu pilu!

” Ain, saya lepaskan Faizal untuk Ain bermula hari ni. Bahagiakan dia. Jadilah isteri terbaik untuk dia.Maafkan saya kerana membuatkan Ain terpaksa menunggu hari bahagia Ain.”

Sekali lagi aku harus berkorban. Meninggalkan dia tanpa kerelaan di hati. Bukan kehendakku. Tapi inilah tanda kasihku pada dia. Dan jauh di sudut hati, aku merintih. Pilu dan sayu andai ini pengakhiranya. Aku tabahkan hati, aku kuatkan kaki melangkah pergi. Meninggalkan dia dengan satu pesanan.

” Maafkan saya!”
——————————————
” Abang tunggu Nur 10 tahun lamanya. Takkan Nur tak nampak lagi betapa dalamnya kasih abang? Nur nak bukti apa lagi?”

Tegas dia bersuara.Matanya mencerlung geram pada aku di depanya.

” Saya tak pernah suruh Encik Faizal tunggu saya pun. Saya tak nak bukti apa-apa. Kalau betul Encik Faizal sayangkan saya, tolong bahagiakan Ain. Tolong jangan kecewakan Ain. Abang, menikahlah dengan dia.Please!”

Dia terpana. Mungkin permintaan aku terlalu berlebihan. Mungkin kerana inilah kali pertama aku memanggilnya dengan panggilan selayaknya bagi seorang suami.  Kali pertama dan mungkin kali terakhir!

” Tak akan ada ikatan suami isteri antara abang dan Ain. Abang nak Nur tahu yang hanya Nur dalam hati abang. Abang bersumpah selamanya hanya Nur seorang akan jadi isteri abang!”

Dan balasannya membuatkan aku terkedu.

“Allah, ADAM-ku ini terlalu baik untukku. Berikan aku petunjuk dalam melayari bahtera rumahtangga kami. Ya Allah, aku sedar betapa dalamnya cintanya padaku. Maafkan aku kerana lambat mengenali rasa hatinya”.
——————————————-
” Abang, tunaikan permintaan Nur. Nur tak mahu baby kita membesar tanpa belaian seorang ibu. Nur tahu Ain terbaik untuk abang dan dialah paling berhak di sisi abang. Sejak setahun yang lalu. Dan sudah masanya Nur pulangkan dia semula pada abang.”

Titisan airmata aku tahan dari mengalir. Aku harus kuatkan hati, aku tak mahu dia juga hanyut dalam kesedihanku ini. Kesedihan yang tak tahu bila akan berakhir.

” Abang tak mahu Nur cakap benda pelik-pelik ni. Ingat apa yang umi selalu ingatkan, kita beribadat umpama esok kita akan mati. Kita bekerja dan menjalani hidup seakan kita akan hidup seribu tahun. Nothing will happen. Kita sama-sama besarkan baby kita.”

Dia memelukku erat. Kerana aku mahu dia tahu betapa besarnya nilai kasihku padanya, aku nekad meneruskan kandungan ini. Kehamilan yang membuatkan dia dilema dan serba tak kena. Antara kasihkan seorang isteri dan harapan menjadi seorang ayah. Dia menyatakan pilihan, tapi kalah dek kerasnya hatiku. Kalah dengan niatku untuk membuktikan kasihku padanya.

” Abang, Nur tahu tu. Tapi kalau takdirnya Nur tak berkesempatan melihat dia membesar, tolong …”.

Kata-kataku mati bila jemarinya menutup mulutku dari terus berbicara. Mata kami bertentangan.

” Tolong jangan cakap apa-apa lagi. Abang yakin dan abang tahu baby akan membesar dengan kasih sayang kita. Kita besarkan dia sama-sama. Dia akan jadi saksi dan bukti cinta kita. Dia akan jadi tanda betapa besarnya pengorbanan Nurhuda Diyana untuk melihatnya lahir ke dunia. Dan dia akan jadi saksi betapa agungnya cinta Syed Faizal Adli pada isterinya ini”.

Faizal bersuara tenang dengan pelukan yang kian erat aku rasakan. Pujukannya membuatkan aku tersenyum. Biarpun walang di hati bagaikan belati, cintaku pada buruh seorang ini takkan pernah ada galang ganti!

” Ya Allah, berikan hamba-Mu ini, Nurhuda Diyana kekuatan untuk bertahan dengan beratnya dugaan-Mu ini. Kekalkan kasih sayangku pada suamiku, Syed Faizal Adli dan anak tanda kasih sayang kami ini selamanya!”

14 comments:

Nur Ainaa Zulkifli said...

warghh tak sabarnya nak baca sambungan dia..
bila nak keluar novel nih??
can't wait..
janganlah ending dia sad..
mau frust menonggeng kot:)

Anonymous said...

bile nk kua nvel nie? xsaba nk baca n tau ending...but hope sngt2 happy ending....xnk sad ending..

a.s.m.a said...

huhu tak sabarnya nak baca..
ni baca sinopsis pun dah buat saya mngis sorang2 ni..

syera said...

wahhh da der update dr CCB..
thx akq!..sukeee
p jgn la sad ending...
bile nk kua buku?/
xsbr nk bli nih

dontbelong2u said...

lamanya tgu cite nie, bile ler nak keluar novel nie..... jgnla endingnya sedih ,, tak nak nur pisah dgn syed.... blom pe dh sedey bca sinopsis cite nie....

MaY_LiN said...

alahai..
xsabar nye..
makin saspen..

apple_pie said...

betoi3...
lame tggu citer neh kua jd naskah..btambah2 saspen lak tu..huhuhu..xmo la sad ending..banjir nt..huhuhu

Anonymous said...

bila novel nie nak keluar??...tak sabar lah nak baca cerita nie...
besttttt...

Anonymous said...

aduss!!!! sedihnye...berikan Nur kekuatan...jgnlah buat sad ending nnti semua pembaca bengkak mata hehee...x sbr tunggu novel kuar dipasaran...buat sang penulis...teruskanlah berkarya...:)

~Pandan~

aqilah said...

ala,.....takkan ending snm meninggal????? dah keluar ke novel ni??????

nursya said...

ala...
naper mcm sad ending jer...
harap2 nur ngn ejal kekal la bsama....
xsbr tggu novel nie kuar...
huhuhu...

eida said...

Bila Novel Nie Nak Keluar.... Dah Keluar Bagitahu... X Nak Lah Sad Ending....

Anonymous said...

lmbt lg ke novel nie kuar....

roseyanna said...

ccb ni. kalau dh kuar nanti, jgn lupa bgtau yeeee... tak sabar rasany nak baca smbunganny...