@rubiadaibrahim

Tuesday, December 7, 2010

Ayat Power 26:Maaf!


” Bilah baru balik dari rumah ibu ye? Seronok?,” soal Mak Cik Rahmah sebaik sahaja aku mengambil tempat di sebelahnya.
            Aku menganggukkan kepala perlahan. Biarpun ada rasa gentar di hati dengan kemunculannya tiba-tiba di rumah sewaku, aku cuba berlagak tenang. Pertanyaan demi pertanyaan yang dia lemparkan aku jawab seringkas mungkin.
            ” Nabilah sihat?.”
            ” Alhamdulillah.”
            ” Belajar macammana?.”
            ” Ok.”
            Ketawa Mak Cik Rahmah meledak dengan jawapan yang terpacul dari mulutku. Aku hanya tersengih mengenangkan kelakuan aku yang tak ubah seperti robot. Namun, senyuman yang mula terukir di bibir mati dengan sendirinya mendengar bicara tetamuku itu.
            ” Kenapalah ALLAH ambil Diana cepat sangat dari mak? Kalau dia ada, tak perlulah mak datang ke sini semata-mata nak melepas rindu.”
            Cukup bersahaja dia meluahkan rasa hatinya, namun menghantar debar di dalam hati. Aku memejamkan mata, mengharap apa yang aku dengar tadi hanyalah hembusan angin. Tapi ternyata tidak, lebih banyak luahan yang lahir dari Mak Cik Rahmah. Mahu tidak mahu, aku harus menadah telinga dan melapangkan hati.
            ” Abah kata ALLAH lebih sayangkan Diana, sebab tu DIA ambil Diana dari kami. Tapi susah benar hati mak redhakan pemergiaan dia. Dia pergi bukannya dalam keadaan baik, macammana mak nak tenang hidup. Diana bukannya anak soleh macam Nabilah dan Umar. Dia selalu tinggal solat, selalu buat maksiat. Akhir hayat dia tak sempat nak bertaubat. Macammana dia nak berdepan dengan ALLAH dalam keadaan dia macam tu. Semuanya salah mak sebab tak ajar agama pada dia. Bila Umar nak bimbing dia ke jalan yang benar, mak marah Umar. Mak kata Umar nak sesatkan Diana. Bodoh sangat mak ni ye Nabilah?.”
            Luahan panjang lebar Mak Cik Rahmah membuatkan aku terpana. Terlalu menderita rupanya insan di depanku ini. Dan aku bingung bagaimana mahu menghadapinya. Harus dipujuk dengan kata apa?
            ” Semuanya tu dah takdir mak, kita redhakan dia. Kita yang masih hidup ni banyakkan berdoa untuknya,” pujukku perlahan sambil mengusap bahunya.
            Aku perhatikan ada titisan airmata di pipinya. Sungguh, ada rasa simpati yang hadir di hati saat ini. Tuhan, ringan penderitaan seorang ibu yang khilat ini, doaku di dalam hati.
            ” Kau cakap senanglah. Redha, doa. Kau tak rasa apa yang aku rasa!,” jeritan Mak Cik Rahmah tiba-tiba membuatkan aku terperanjat.
            Dia mencengkam erat tanganku yang berada di bahunya. Aku panik dengan tindakannya.
            ” Maafkan mak. Mak yang bersalah. Kalaulah mak didik Diana baik-baik, mesti Diana tenang dekat sana kan? Kalaulah mak benarkan Diana berkawan dengan Umar, mesti Diana jadi lebih baikkan?,” soalnya sambil menepuk bahuku perlahan.
            Termangu aku dengan perubahan sikapnya. Sekejap menangis, sekejap dia tenang. Di fikiran aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tetamuku ini. Dan hatiku sudah dapat meneka dialah insan yang dimaksudkan Khadijah tempoh hari. Serta-merta, perasaan bimbang mula menguasai. Saat ini, di fikiranku hanyalah memikirkan cara untuk menjauh darinya.
            -------------------------------------------
            ” Mak duduklah dulu ya, Bilah buatkan air sekejap,” dalihku sebaik sahaja melihat dia sudah mulai tenang.
            ” Mak tak mahu minum Bilah. Nak rehat je. Pening kepala, penat benar badan,” ujarnya sambil memicit kepalanya.
            Aku memimpinnya ke dalam bilik dan membantunya berbaring. Seketika kemudian, laju langkah aku atur ke luar rumah. Laju juga tanganku mendail nombor telefon bimbit Einstein. Tidak lama kemudian, kedengaran suaranya di hujung talian.
            ” Assalamualaikum sayang. Baru sekejap berpisah dah rindu ke?,” soalnya riang.
            Aku diam tak bersuara. Bingung mahu menyampaikan berita keberadaan Mak Cik Rahmah. Lebih bingung lagi dengan hatiku yang tidak tenteram setelah mendengar luahan Mak Cik Rahmah..Akibatnya, kelu lidahku mahu berbicara.
            ” Sayang, ada lagi tak? Kenapa ni?,” ada riak bimbang dari nada suaranya.
            ” Abang boleh datang sini a.s.a.p. Bilah nak minta tolong. Kalau boleh, tolong minta Pak Cik Razlan datang sekali,” ujarku lambat-lambat.
            ” Ya ALLAH, sayang. Kenapa sekarang baru bagitahu abang? Bilah okay tak?,” soalnya cemas.
            ” Okay, takde apa-apa. Cepat datang tau,” ujarku dalam nada tenang yang aku buat-buat.
            ” Bilah, jangan.....”,
” Bilah....”,Eisntein memanggil namaku di hujung talian.
Belum sempat, aku membalas kata-katanya, telefon bimbitku dirampas dengan kasar dari belakang. Jelas kelihatan wajah Mak Cik Rahmah yang diburu kemarahan saat aku berpaling. Serta-merta, rasa takut menerpa. Makin bertambah rasa debar di dada saat dia menarik tanganku kasar supaya mengikuti dia masuk ke dalam rumah.
------------------------------------------
            ” Kau ingat kalau telefon senyap-senyap macam tu, aku akan izinkan kau berkawan dengan Umar? Kau sedar tak diri kau tu siapa, dia tu siapa?. Kau dah rosak macam tu dia terima sebab dia tu bodoh. Bukannnya sebab dia ikhlas dengan kau. Tapi sebab dia kesian dengan kau yang dah mengandungkan anak haram tu.”
            Mak Cik Rahmah marah benar. Suaranya nyaring dan kuat, matanya mencerlung penuh kebencian kepadaku. Dapat aku rasakan, dia bukan lagi dirinya. Saat ini, dia sudah lupa siapa diriku. Pasti dia menyangka aku adalah Diana yang sudah menconteng mukanya.
            ” Kenapa kau diam? Dah hilang modal nak melawan?,” soalnya sambil menjeling tajam ke arahku.
            Aku hanya menunduk memandang lantai. Debar di hati Tuhan sahaja yang tahu. Setiap detik aku berdoa agar Einstein muncul depan rumah, menyelamatkan aku dari sebarang kemungkinan yang dapat membahayakan aku dan bayi yang di dalam kandunganku.
            ” Oi, aku tanya jawablah. Kau pekak ke apa?,” dia menjerit kuat di telingaku.
            Terperanjat aku dengan tindakannya yang sudah diluar kawalan. Dia mula menampar badanku dengan sekuat tenaganya. Aku cuba melawan dengan memegang kedua tangannya dengan tenaga yang aku miliki.
            ” Dasar anak derhaka. Masa kecil aku bela dengan kasih sayang besar-besar menconteng arang. Kalau macam nilah perangai kau, aku picit-picit kau supaya kau mati,” balasnya dengan esakan yang mula kedengaran.
            Esakannya kian menjadi-jadi bila dia tidak dapat melepaskan dirinya. Dia merayu kepada aku, bayangan Diana di depannya.
” Mak tahu mak salah. Lepaskan mak. Mak janji akan izinkan kau berkawan dengan Umar selepas ni! Tolonglah lepaskan mak!.”
Laju airmata mengalir melihat keadaannya.
” Ya ALLAH, tenangkan dia. Kembalikan akal fikirannya yang sihat supaya dia sedar aku bukan anaknya,” doaku dalam hati.
” Kau pekak ke Diana? Mak kata lepas...lepaslah. mak nak cari lelaki keparat yang buat kau mengandung tu. Suka-suka hati je nak lepas diri. Walaupun Umar sanggup jadi ayah anak kau, mak tak rela bermenantukan dia. Dia tu kolot. Tak pasal-pasal mak pun jadi sesat nanti,” jeritnya sambil  mencuba untuk melepaskan pegangan tanganku.
 Entah dari mana kudratnya, peganganku lepas. Dia ketawa kuat seakan meraikan kemenangannya.
” Inilah lebihnya jadi ibu. Doa aku lebih dimakbulkan Tuhan dari doa kau. Aku dah berjaya lepas dari anak derhaka macam kau. Kau tak akan lepas dari aku. Jangan haraplah.”
Dia bersuara dengan angkuh. Matanya kian tajam memandangku. Lebih tajam ke arah perutku.
” Aku nak kau gugurkan kandungan kau tu. Lepas tu, aku hantar kau ke luar negara bercuti. Jadi, tak akan ada sesiapa yang tahu kau dah mengandung,” dia memberi keputusan yang membuatkan detak jantungku kian laju.
Dia terdiam seketika, seakan-akan cuba berdiplomasi dan berbincang secara rasional denganku.
Melihat aku diam tak bersuara, dia mendengus geram. Laju tangannya mencapai kepalaku. Ditolaknya sekuat hati. Aku menjerit kesakitan.
” Aku tahu kau tak nak gugurkan kandungan kau sebab tak nak tambah dosa. Tapi dosa yang kau buat menipu aku tu lebih besar tau tak? Kau tetap nak lahirkan anak kau tu sebab itu anak kau dengan Umar kan?.”
Persoalan yang dilontarkan membuatkan aku bungkam. Hati berdegup kencang. Antara mahu percaya atau tidak kata-kata orang di luar kesedaran. Aku cuba menutup debar di hati dengan selawat kepadanya.
Saat itu juga, dia mempamerkan ujian kehamilan milikku di tangannya.
” Kenapa dekat sini tulis nama kau Nabilah Azna? Kenapa Umar Al-Farouq jadi suami kau? Kenapa kau tukar nama? Kau tak mahu aku tahu kau masih hidup ya Diana? Sampai hati kau buat mak macam ni?,” tanyanya.
Aku cuba melepaskan diri dengan kekuatan yang ada. Di fikiranku hanyalah untuk mahu menyelamatkan diri. Tidak ada gunanya lagi aku melawan dia yang sudah tidak sedar dengan realiti. Bila pegangannya lepas, aku berlari ke arah bilik tidur. Malangnya, dia berlari lebih pantas dan menghalangi jalanku.
            Dia menangis lagi dengan esak tangis yang makin hiba. Tanpa sedar airmataku juga menitis kerana aku sudah mati akal mahu menyelamatkan diri.
” Diana , jangan lari sayang. Kalau betul Diana sayangkan bayi Diana, mak akan jaga Diana dan baby. Jangan bimbang, mak tak akan apa-apakan Diana tau!,”
Dia makin mengganas, dia menolakku kuat hingga aku terjatuh di karpet depan bilikku.
            Lemah benar aku rasakan saat itu. Tidak berdaya untuk melangkah dan melawan. Saat perutku diusap perlahan Mak Cik Rahmah, sakit di perut kian bertambah. Sebelum sempat aku menjerit meminta dikasihani, dia menekan lebih kuat perutku. Dan ketawanya makin menggila bila melihatku lemah tidak berdaya.
            ” Keluarlah kau anak haram. Jangan malukan keturunan aku,” ujarnya sambil ketawa lebih kuat.
            Dan saat ini, aku hanya serahkan untung nasibku pada YANG ESA. Biarpun ketukan di luar rumah kian bertalu, aku sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Jelas di pandangan mata, Mak Cik Rahmah bangkit meninggalkan aku seketika melihat tetamu yang datang. Aku cuba mengesot ke dalam bilik tapi direntap kuat kaku olehnya sebelum dia menamparku kuat.
” Umar kesayangan kau datang nak selamatkan kau. Tapi mak dah cakap dekat dia kau baik-baik je. Jadi sekarang ni, nasib kau dengan anak kau di tangan aku. Aku tak mahu anak dia jadi keturunan aku!.”
Dapat aku rasakan ada aliran darah dari celah kelangkangku seiring dengan ketawa Mak Cik Rahmah yang kian kuat. Sebelum mataku tertutup, dapat aku lihat dengan jelas wajah Umar dan Pak Cik Razlan terkejut dan raut tidak percaya di depan pintu. Saat itu, aku tidak mampu lagi mengeluarkan suara hatta sepatah kata TOLONG!
Dan sudah bulat kata di hati. Andai tiada rezekiku melihat anak yang dikandungku ke dunia, aku  redha dan pasrah. Seiring dengan airmata yang kian laju membasahi pipi, aku berbisik perlahan pada kandunganku.
            ” Maafkan mama sayang kerana tidak mampu melindungimu!”.
       -------------------------------------
     Salam maalhijrah 1432H semua. Moga tahun baru ini memberi semangat azam dan kebaikan pada kehidupan kita. Selamat membaca AAP. Insya-ALLAH, selepas ni saya akan postkan n3 AAP setiap 2 hari. Doakan saya ada kesempatan dan masa untuk menulis. Apa-apa pun, semuanya bergantung pada kesibukan saya. Kalau sibuk, x dapat la den nak menolong. Selamat membaca dan moga terhibur!

11 comments:

cactaceous opuntia said...

siannye bila...

aqilah said...

aduhhhhhhhhhh, kesiannya bilah............

yana aryana said...

Aduh....
bertahan ye, bilah...

Anonymous said...

wah n3 yg meruntun hati..
kepedihan ibu yg khlgn anak yg da dewasa n ank yg bru nk hdup..
selmtkan n kuatkan la bilah..
huhu..

MaY_LiN said...

nape cenggini..

IVORYGINGER said...

alahai napa cam gini.
sian bilah n baby.
Hope 2-2 selamat lah.
cik writer plz samb. xsabar nk tau apa jd sbenarnya???
apa kesah sebenar di balik ni smua.
Hope Bilah tabah hadapi dugaan ni. ;D

Anonymous said...

alaaa...xmao la bilah keguguran..cpat2 la smbung ek..

W3 tOgetHer said...

finally....ader sambungan...suke2...teruskan usaha yer doc

Anonymous said...

riyau smbl baca

Anonymous said...

sianyya bilah...

nursya said...

cian bilah....
sedey nyer...