@rubiadaibrahim

Thursday, December 30, 2010

Ayat Power 28:Jauh!

               Einstein membuka mulut, bercerita rahsia yang tersimpan kemas kepadaku. Soal Diana, cinta pertama yang tidak pernah hilang sedetik pun dari hatinya.
” Abang memang sayangkan dia, cintakan dia kerana ALLAH S.W.T. Dan dia istimewa di hati abang sebagai orang pertama yang abang sayang. Susah abang nak buang perasaan tu. Bila Bilah datang diri abang, rasa sayang tu makin hari makin bertambah. Dan abang sedaya upaya singkirkan dia dari hati abang. Tapi abang tak mampu. Maafkan abang sebab tak berlaku adil pada Bilah soal hati abang.”
Pengakuan Einstein membuatkan aku bungkam. Sesak nafasku mendengar tiap bait katanya. Jauh menunganku. Aku bukanlah yang istimewa di hatinya. Hanya sekadar tempat dia melepas rindu pada yang sudah pergi. Rendahnya dia mengiktiraf aku di dalam hidupnya.
” Bilah, maafkan abang. Abang tahu abang salah,” luah Einstein lagi.
Aku memandangnya sekilas. Sungguh, aku terpana mendengar kata-katanya. Buntu fikiranku saat ini. Kata-kata maaf dari Einstein menusuk-nusuk hatiku.
” Abang masih sayangkan Bilah?,” soalku dalam nada pilu yang aku tahan.
Einstein tidak memberi reaksi. Tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. Jelas, dia bingung dengan rasa hatinya sendiri.
” Abang harapkan apa dari Bilah sekarang ni?.”
Einstein mengangkat kepala. Mata kami bertentangan. Buat pertama kali, aku tidak merasa detakan kasih sayang padanya. Tuhan, kuatkan aku.
” Abang nak Bilah maafkan abang. Kalau Bilah tak maafkan abang, sampai bila-bila abang akan diburu rasa bersalah.”
Einstein meraih tanganku, dikucupnya lembut. Aku sekadar membuang pandang. Kosong, perlakuannya tidak menghantar getar di hatiku seperti selalu.
” Abang rasa layak ke abang dimaafkan? Abang datang dalam hidup Bilah, buat Bilah rasa bahagia. Rupa-rupanya sayang abang pada Bilah selama ni tak ikhlas. Kalau abang di tempat Bilah, abang rasa hati Bilah terluka tak?,” soalku perlahan.
Raut wajah Einstein berubah. Dia mengetap bibir.
” Kalau tak jadi macam ni, sampai sudah lah abang berahsia dengan Bilah kan?.”
Einstein hanya membisu.
” Abang rasa apa jalan terbaik untuk kita sekarang ni?,” soalku lagi.
Einstein menggeleng kepala. Aku menarik nafas panjang. Lama suasana sunyi menyelubungi.
” Abang rasa eloklah kita berpisah sementara waktu. Bilah bagi masa abang berfikir siapa di hati abang. Sedaya upaya Bilah akan cuba terima apa jua jawapan abang. Kalau sudah takdir Bilah hanya sebagai persinggahan kasih abang, Bilah redha.”
Einstein memandangku dengan raut tidak percaya. Aku mengalihkan wajahku darinya. Sungguh, aku tidak punya kekuatan menghadapi saat ini. Di saat hanya dia di hati, sukar untukku menerima hakikat bahawa aku bukanlah yang paling istimewa di hatinya.
” Bilah yakin dengan keputusan Bilah?,” soalan yang lahir dari mulut Einstein aku balas dengan anggukan kepala.
Aku merenung wajahnya lama. Biarlah wajah itu jadi ubat rindu dan peneman hari-hariku. Dia mengeluh perlahan sebelum ada titisan jernih dari matanya.
” Abang terima. Abang izinkan Bilah balik ke Pahang ikut mama dan papa. Moga ALLAH memberkati pernikahan ini selama-lamanya,” ucapnya sambil mengucup dahiku.
” Ya ALLAH, kuatkan aku meninggalkan dia.”
 -------------------------------------------
Permintaanku memisahkan kami. Aku dengan duniaku, jauh tercampak di Pahang Darul Makmur, negeri kelahiranku. Einstein meneruskan hari-harinya sebagai pelajar perubatan tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jauh di mata namun tetap dekat di hati ini.
Aku cuba mengusir bayangan Einstein yang kerap hadir dalam tidurku. Belaian kasih sayangnya, kata-kata romantis yang lahir dari mulutnya kerap bermain di fikiran. Tidak tahu kenapa, aku tidak marah, tidak juga makin membenci dirinya. Mungkin kerana rasa sayang sudah menebal di hati. Mungkin juga rasa cinta padanya membuatkan aku buta. Buta menilai dia yang jelas-jelas mempermainkan perasaanku.
” Sampai hati Abang Long buat Along macam tu. Nampak je baik, rupanya-rupanya pakai topeng. Kurang ajar betul. Kalau dia balik sini, Angah kasi flying kick!.”
Angah menghamburkan rasa marahnya pada Einstein bila mengetahui krisis rumahtanggaku. Aku tidak marah pada Einstien, kemarahku lebih pada Angah.
” Kalau Angah balik ni semata-mata nak marahkan Abang Long, baik tak payah balik. Dari marahkan dia, baiklah Angah tenangkan hati Along ni. Sedih betul menumpang kasih orang yang tak sudi.”
            Selepas itu, tiada lagi nama Einstein muncul di rumahku. Einstein juga terus berdiam dia. Ah, tidak mengertikah dia rasa hati ini? Sampai bila dia mahu menyeksa rasa hatiku ini.
------------------------------------
” Umar dah uruskan cuti Along. Alhamdulillah, dapat cuti sebulan.”
Papa memaklumkan hal tersebut kepadaku lewat petang dia kembali dari tempat kerja. Ketika itu, aku sedang mengambil angin petang di luar rumah. Terubat rasa rinduku mendengar nama Einstein. Aduhai, kenapalah buta benar aku bila nama Einstein dibangkitkan?
” Hari ni muntah-muntah lagi? .”
Soalan papa aku balas dengan gelengan kepala. Pelik juga rasanya tidak muntah-muntah seperti selalu. Hari pertama dan kedua aku kembali ke rumah, teruk jugalah ’morning sickness’, sampai mama tidak masuk kerja kerana bimbangkan aku.
” Alhamdulillah.Baby dah mahu susahkan Alonglah tu!.”
Suara papa sayu benar menampan telinga. Aku membuang pandang ke arah mama yang berjalan ke arah kami. Dia menatang dulang berisi teko teh dan kuih muih.
” Papa ada belikan kuih talam ibu untuk Along. Kalau tak cari, kesian dekat cucu papa meleleh air liur bila lahir esok, ” seloroh papa.
Aku tergelak perlahan. Mama menghulurkan piring berisi kuih talam ubi kepadaku. Aku makan tanpa menghiraukan mama dan papa yang ralit memerhatikan aku.
” Sedap?,” soal mama sebaik sahaja tiga potongan kuih talam aku habiskan.
” Sedaplah kalau makan tak ingat dunia  tu,” sampuk papa.
Aku tersengih malu. Alahai, buruk betul perangai mak budak ni. Makan tak ingat orang sekeliling.
Mama tergelak kecil. Dia menghulurkan kuih talam ubi lagi kepadaku. Aku menolaknya kerana rasa mual yang datang tiba-tiba. Laju tanganku mencapai cawan. Lega sedikit rasa tekak sebaik sahaja minum.
” Kalau Along nak makan apa-apa, bagitahulah mama dan papa. Sebulah duduk dekat rumah ni makan puas-puas. Kalau dah masuk belajar semula nanti, susah dah. Sibuk belajar, makan hati ajelah.”
Kata-kata papa mengandung maksud yang cukup dalam. Aku cuba mengawal airmukaku di depan mereka. Sedaya upaya, aku mahu mereka melihat aku tabah.
” Oh, Along dah dapat cuti ye?,” mama mengalih topik perbualan.
Papa mengangguk perlahan.
” Umar telefon Along ya?,” soal mama padaku pula.
” Taklah, Umar telefon abang. Manalah dia berani nak telefon isteri terbuang dia ni,” pintas papa dalam nada geram.
Aku mengetap bibir. Pertama kali setelah aku kembali ke sini, papa mempamerkan rasa marahnya.
” Abang ada telefon tadi cuma Along tak perasan papa. Penat sangat badan sekarang ni, rasa nak tidur je,” dalihku, memberi alasan supaya kemarahan papa reda.
Papa merenungku tajam. Melihat ketenanganku, papa mengeluh panjang.
” Papa terima keputusan Along dan Umar.Tapi kalau berjauh macam ni, semuanya tak akan selesai. Along dengan Umar sepatutnya selesaikan masalah ni dengan berbincang dari hati ke hati. Kalau seorang ke utara, seorang ke selatan , sampai bila masalah ni nak selesai?,” ulas papa.
Aku merenung meja. Mama mengusap bahuku perlahan sebelum menghamburkan kata pujukan.
” Mama dan papa nak Along dan Umar bahagia. Dalam situasi sekarang ni, sepatutnya Along dan Umar bersama-sama baiki diri dan kukuhkan rasa kasih sayang tu. Ujian yang datang ni sepatutnya menguatkan ikatan suami isteri antara Umar dan Along. Bukannya makin menjarakkan hubungan.”
Aku merenung wajah mama. Mama tidak mengerti rasa hatiku. Kalau mama di tempatku, pasti mama berbuat hal yang sama. Berpisah kerana masih sayangkan ikatan ini. Dan sungguh, tindakanku ini semata-mata kerana mahu cinta Einstein hanya kerana aku adalah isterinya. Bukan kerana kisah silamnya yang tak pernah hilang.
” Mama, papa. Insya-ALLAH, apa yang Along buat ni terbaik untuk kami. Kerana sayang, tinggal-tinggalkan. Cuma satu Along harapkan, doakan Along kuat menghadapi semua ini,” ujarku merayu.
Mereka terdiam. Tiada kata protes, tiada juga kata pujukan lagi.
---------------------------------------
Aku menerima panggilan telefon dari ibu mertuaku usai solat Isyak. Girang benar suaranya mendengar khabar dariku.
” Bilah sihat, alhamdulillah.”
” Alhamdulillah, lega ibu dengar. Ibu nak ke Kuantan minggu ni, ada kursus di sana. Insya-ALLAH, nanti ibu singgah ke rumah Bilah. Bilah nak ibu bawakan apa dari KL?,” soal ibu kembali.
Aku tersengih sendiri mendengar kata-kata ibu. Tiga hari aku di Kuantan, hanya Einstein yang aku harapkan. Tapi tidak mungkinlah dia dapat datang ke sini lantaran kesibukannnya. Terlintas di fikiranku saat ini untuk meminta Einstein dari KL. Tapi tidak mungkinlah. Sikapnya yang dingin dalam tempoh waktu ini sudah cukup memberi isyarat dia masih mahu bersendiri.
” Bilah...ada lagi tak ni?,” panggil ibu di corong telefon.
” Ya, ibu. Tak ada apa-apalah. Sekarang ni Bilah tak mengidam apa-apa lagi. Kalau makan pun, kebanyakannya keluar semula,” ceritaku.
” Ya ALLAH, kesiannya. Sepatutnya Angah temankan Bilah sekarang ni. Hilang sikit rasa sakit bila suami ada di sisi ni. Oh ya, Umar ada telefon Bilah?.”
Aku terdiam mendengar soalan ibu.
” Kalau diam macam tu maknanya takdelah tu. Maaf ya sayang. Angah tu memang pelik sikit bab hati dan perasaan ni. Kalau dia dah rasa bersalah, mulalah hilang.Nak pujuk orang, lagilah dia tak reti. Dia telefon bukan dia tak sayang Bilah tau. Dia tak telefon sebab dia takut kalau dia lukakan hati Bilah tu. Bilah sabar ye sayang. Ibu minta maaf sebab Bilah terpaksa lalui semua ni seorang diri,” tambah ibu.
Aku menahan airmata dari menitis. Sebak mendengar kata-kata ibu mertuaku.
” Insya-ALLAH, ibu doakan Bilah kuat lalui semua ni ya.”
” Ibu sentiasa doakan anak dan menantu ibu. Oh ya, Bilah nak hadiah besar tak hujung minggu ni,” soal ibu dalam nada bergurau.
” Ha, hadiah besar?.”
” Iya, hadiah besar pandai bercakap. Kalau ibu  bawa Umar Al-Farouq macammana?.”
” Tak payahlah ibu. Kalau betul Bilah ni istimewa di hati dia, dia akan datang sendiri pada Bilah. Untuk sekarang ni, eloklah kami berpisah sementara waktu. Bilah nak kasi waktu untuk dia berfikir dimana Bilah di hati dia,” ujarku tenang.
Ibu mertuaku diam tak terkata. Jelas, ada nada sendu sebelum talian putus. Aku kuatkan hati agar tetap tegar. Namun ada airmata yang menitis .  Sedih mengenang nasib diri. Merajuk dan harus aku pujuk sendiri!
-----------------------------------------------------
” Along, sudah-sudahlah termenung. Termenung sana, termenung sini. Risau mama tengok,” tegur mama bila melihat aku termenung di ruang tamu.
Segaris senyuman hambar aku ukirkan. Mama mengambil tempat di sebelahku.
” Along, mama nak cakap sikit boleh?,” pinta mama perlahan.
Aku mengangguk lemah. Pasti kata-kata mama berkisar soal tindakanku meninggalkan Einstein tempoh hari. Keputusanku yang dipandang semua orang tidak kena.
” Along masih sayangkan Umar?.”
Aku diam tak berkutik. Tidak perlu ditanya, mama sudah maklum rasa hatiku. Isteri mana tak sayangkan suami. Tambahan pula baru hampir 3 bulan usia perkahwinan kami, tidak mungkinlah rasa sayang di hati ini sudah pudar.
” Along tak rindu pada Umar?,” soal mama lagi.
Aku tersenyum hambar. Rindu, terlalu rindu pada dia. Ketika perut makin membesar dengan buah cinta kami, aku berharap dia di sampingku. Ketiadaannya di sisi membuatkan bunga-bunga rindu makin mekar hari demi hari.
” Kalau dah sayang dan rindu, kenapa biarkan Umar dalam dilema macam tu? Kesian dia jadi tak tentu arah bila Along ambil keputusan ni,” tutur mama sedikit kesal.
Aku mengangkat wajah, bertentangan mata dengan mama. Aku tahu mama tidak setuju dengan keputusanku. Namun keputusan sudah dibuat dan kata-kata tidak dapat ditelan kembali. Mahu tidak mahu, mama harus mengikuti kata hatiku. Mahu tidak mahu, Einstein harus menerima perpisahan ini dengan rela hati.
” Along rasa inilah jalan terbaik untuk kami. Insya-ALLAH, perpisahan sementara ni akan kuatkan lagi kasih sayang kami. Along nak kami sama-sama nilai kembali apa erti sayang, apa erti cinta dalam perkahwinan kami. Paling penting, Along nak abang nilai semula siapa dan dimana Along di hati dia. Kalau masih ada sayang dan cinta dia untuk Along, insya-ALLAH kami akan bersama kembali,” ujarku tenang.
Mama memandang aku dengan raut tidak percaya. Sungguh, aku juga tidak percaya dengan diriku yang memberi kata dua pada Einstein sebelum perpisahan ini. Dia memilih aku atau terus mengenang kisah cintanya yang tidak kesampaian. Dan setelah seminggu perpisahan ini, masih belum ada kata putus yang terucap dari mulutnya. Sungguh, sikap berdiamnya membuatkan aku makan hati dan tidak tenang saban hari. Sudah tersisihkah aku dari hatinya? Hanya dia yang punya jawapan itu.
--------------------------------
Salam semua. Selamat membaca. Sori lambat, saya busy sangat2 di bahagian gigi dan mulut. Ni baru habis exam, terus menulis sambungan AP. Esok, saya dapat result. Doakan saya ye (",)=)

10 comments:

Farah said...

Aaaa , entri yang ni sedih :-(

All the best ! :)

nadiah_abdllah said...

waaaaahhhhhh~
kenape sedih sangat ni???
huhu..
tak sangke Umar mcm tu. kecewa sangat..
ceh macam kite pulak bilah ek.
ah, tak kesahlah.
tetap tak puas hati dekat umar. sampai hati dia buat macam tu.
eiii. geram geram. =.="

Anonymous said...

ada...
saya slalu follow blog awak..
tapin3 kali ni banyk typing error..
cuba awak check balik..

Anonymous said...

hahhaa...
saya pun silap typing jugak..
nak ckap n3 awak kali ini ada beberapa typing error..

Anor said...

Sedih betul baca n3 kali ni.
tabahlh hatimu wahai Bilah,
tak sangka ye Umar sanggup
mesiakan-siakan cinta Bilah.
elok juga keputusan Bilah tu
biarlah Umar dapat menilai
siapa yg dicintainya...
cepatlah sambung...
Selamat berjaya dlm exam nanti...

Anonymous said...

sian ngan bilah..eee... geram ngan umar..bagus tindakan bilah... bia keras kan hati jgn mudah trpedaya ngan pujukan umar.... dia asyk nak ikut hati dia je.....

MaY_LiN said...

nape la umar cenggitu..
cian bilah..

Anonymous said...

x sangka umar buat billa cam tu sbar ya billa buktikan pd umar yg billa blh hdup n berjaya wlaupun umar x da di smping billa cpt smbung ya

muna said...

Sedihnya.Geram betul dgn siUmar, sampai hati mempergunakan Bilah!

aqilah said...

touching.............akak pun geram......berkahwin dgn kita, hati masih tak boleh lupa pd orang yg lepas......................apapun, best!!!! akak follow..........