@rubiadaibrahim

Sunday, December 5, 2010

Fitrah

    Abdullah Zikri memilihku sebagai pendamping dan sayap kirinya. Satu kejutan besar kerana aku tidak pernah menduga hal itu akan terjadi dalam hidupku. Kalau di fikir dengan akal waras, pelik tapi benar tindakannya. Dia yang tidak memandangku sebelah mata memilihku sebagai teman hidupnya. Padahal ramai wanita lain yang aku kira lebih layak bergandingan dengannya. Sungguh, aku bingung dengan tindakan nekadnya menghantar rombongan merisikku lewat petang Sabtu yang hening itu.
    “ Kami berharap benar harapan tinggi kami tidak dikecewakan. Moga jawapan Hurriyah nanti menggembirakan hati Zikri dan kami semua. Dia berharap benar Hurriyah sudi jadi pendampingnya hingga ke syurga.”
     Aku menggigit bibir. Besar benar harapan Zikri padaku. Buntu seketika akalku dengan peristiwa ini. Sungguh, untuk seketika aku rasakan dunia terhenti dan aku tidak tahu sewajarnya apa tindakan paling tepat menghadapi hal ini.
      “ Ini soal masa depan Uya. Umi dan abi tak mahu masuk campur. Kalau Uya yakin dialah calon terbaik yang akan memimpin Uya, Uya sarunglah cincin dari dia di jari manis. Apa-apa pun, Uya pohonlah petunjuk dari ALLAH S.W.T kerana DIA Maha Tahu segala sesuatu buat hamba-NYA,” ujar Umi tenang sambil menghulurkan kotak berisi cincin risik yang diterima dari keluarga Zikri.
       Aku sekadar melemparkan senyuman tipis. Sungguh, aku keliru dengan keputusan Zikri yang lebih aku kenali dengan nama Encik Zick di tempat kerjaku itu. Seketika pertemuan pertama dengannya setahun yang lalu menggamit fikiran.
            ----------------------------------------
         “ Cik Hurriyah,awak single lagi ke?.”
        Soalan yang dilemparkan Encik Zikri selaku ketua bahagian pembinaan dan seni reka ketika aku menghadiri interview kerja membuatkan dahiku berkerut. Dia tersengih mengejek melihat kekagetan aku di depannya.
      “ Kalau single, Zick nak buat apa? Tak cukup lagi si gediks, cantik, seksi, meletup kat luar tu?” soal Puan Fatimah di sebelahnya.
        Encik Zikri tersenyum simpul sebelum ketawanya lepas. Aku terburu rasa serba tak kena berdepan dengan orang-orang besar syarikat di bilik temuduga ini. Penuh rahsia dari bahasa tubuh mereka.
     “ Tak buat apa-apalah Auntie. Yang tu, calon pilihan Zick. Yang depan mata ni, calon menantu untuk mama . Kalau dia single dan available, apa salahnya Zick cuba nasib. Confirm mama sayang Zick lebih lepas ni,” luahnya dalam nada gurauan. Ketawanya memecah kesunyian.
       Merah mukaku mendengar kata-katanya. Encik Zikri memandang tepat ke arahku di depannya sebelum bersuara tegas. Mengutarakan suatu hal yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Soal ciri-ciri isteri impiannya.
       “ Cik Hurriyah jangan risaulah. Saya tak berminat dengan perempuan macam Cik Hurriyah. Bertudung litup, serba tertutup. Kalau saya nak cari isteri, saya nak yang seksi meksi. Barulah rasa nikmatnya syurga dunia. Tak gitu Puan Fatimah?,” tokoknya sambil mengenyit mata.
         Puan Fatimah menggelengkan kepala, malas mahu melayan karenah Encik Zikri agaknya.
       “ Okey temuduga awak hari ni dah selesai. Insya-ALLAH, kalau awak terpilih nanti kami akan maklumkan melalui surat,” ujar Puan Fatimah sambil menyerahkan kembali fail berisi resume kepada Encik Zikri.
    Aku mengangguk kepala perlahan. Kalau ada rezeki, aku akan kembali ke sini sebagai pekerja. Jika tidak, jadi penanam anggur yang setialah jawabnya.
      “ Cik Hurriyah, jangan keluar dulu. Soalan saya tadi tak berjawab lagi.”
    Teguran Encik Zikri membuatkan aku berpaling kea rah mereka kembali. Aku terpana dengan sikapnya.
       “ Rasanya semua saya dah jawab tadi,” balasku tenang.
     “ Aha, nope…soalan cepumas saya tadi tak jawab lagi. Awak single lagi ke?,” soalnya dengan senyuman nakal bermain di bibir.
    Malas mahu melayan karenahnya yang aku kira tidak bertempat, laju aku menganggukkan kepala. Aku perhatikan senyumannya makin lebar. Cukup menjengkelkan rasa hatiku.
       “ Available tidak?,” soalnya lagi.
       “ Nope!,” tegas aku bersuara.
       Dia memerhatikan aku tidak percaya. Lambat-lambat dia menganggukkan kepala. Laju juga kakiku melangkah meninggalkan mereka.
            ------------------------------------------------
     "Saya tak pernah nampak boyfriend awak datang sini jumpa awak? Awak tipu saya ye masa interview hari tu?."
      Aku mengangkat kepala. Encik Zick berdiri di depan mejaku dengan kertas kerja di tangannya. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tibu tuduh aku penipu. Apa kes?
    " Awak kata awak single not available. Tapi tak pernah dengar cerita awak ni tunang orang. Ada boyfriend jauh sekali," jelas Encik Zick bila aku tidak mengendahkan kata-katanya sebentar tadi.
     " Saya tak tipu Encik Zick. Hati saya memang tak available untuk dipermainkan. Hati saya hanyalah buat seorang yang berhak setelah ijab dan kabul nanti," suaraku penuh yakin.
     Bulat matanya memandangku. Dia tersenyum sinis.
    " Tak kisahlah awak menipu ke tidak. Yang saya tahu fikiran awak tu kolot betul. Ingat ada ke lagi lelaki yang nak terima syarat bercinta lepas nikah dari awak tu bulat-bulat. Ini bukan zaman Tok Kaduk. Ni zaman milenium. Kalau macam tulah prinsip awak, ANDARTU dot..dot lah awak. Sampai muka berkedut pun, belum tentu ada orang yang nak meminang," ujarnya dengan nada mengejek.
      Aku mencerlung geram padanya. Dia buat-buat tak nampak.
     " Sesuka hati sayalah berprinsip macam tu. Yang penting saya tahu apa yang saya buat tu ALLAH redha. Saya tak ada buayafren sebab agama sendiri melarang. Kaduk tak Kaduk, Encik Zick nilailah diri sendiri. Encik Zick rasa hebat sebab ada rupa, harta dan bijaksana. Kalau ALLAH cabut semua tu, tak ada siapa yang pandang. Tua kerepot pun tak akan ada orang mahu. Jangan sombonglah Encik Zick. ALLAH berkuas atas tiap sesuatu. Kalau DIA palingkan hati Encik Zick ke arah kebaikan suatu hari nanti, barulah tahu mengenal kaca atau pertama," panjang hujah yang aku hamburkan.
    Laju langkahnya diatur meninggalkan aku. Jelas dia terkejut bila aku memberi ceramah percuma padanya. Siapa suruh mencabar aku, kan dah kena sedebik!
-------------------------------------------
    “ Uya dah ada jawapan untuk Zikri?,” soalan umi menyentakkan lamunanku. Lambat-lambat aku menggelengkan kepala. Susah dan sukar situasi yang aku hadapi sekarang. Semua perasaaan bercampur menjadi satu dan membuatkan aku tidak tahu harus mengambil keputusan yang mana. Kata-kata aku dulu sudah jadi kenyataan. Encik Zikri mengatakan calon pilihan untuk dijadikan isteri. Dan calonnya adalah aku yang jauh panggang dari api dengan ciri yang sering dia megahkah. 
    “ Dah buat solat isthikarah belum?,”tambah umi sambil mengambil tempat di sebelahku.
       “ Dah,” balasku pendek.
       “ Gerak hati Uya macam mana?.”
    “ Tak pasti umi. Terlalu banyak sikap Zikri yang Uya benci. Bila dia datang meminang Uya, makin benci pada dia. Dah puas-puas dia sakitkan hati Uya, senang-senang dia nak jadi pemilik hati Uya!,” tungkasku geram.
      Umi melemparkan senyuman. Kalau aku marah, umi tidak mengikuti rentakku. Cukup tenang, umi berdiplomasi denganku. Bertanya apa yang membangkitkan rasa benciku pada Zikri.
    “ Perangai dia yang tak habis-habis nak menang. Tak habis-habis dengan pandangan sekular dia tentang Islam. Dan yang paling Uya tak boleh lupa, hinaan dia pada Uya dulu. Selamba je dia mengata Uya akan jadi andartu kalau Uya tetap dengan prinsip bercinta selepas nikah tu. Last-last, nak pulak jadikan calon andartu ni isteri dia. Dah habis stok perempuan agaknya dia nak permainkan,” ulasku panjang lebar.
       Umi hanya tersenyum memerhatikan aku.
       “ Baguslah dia meminang Uya, tak jadi andartu dah!,” gurau Umi.
    Aku menarik muka. Sempat lagi umi bergurau senda denganku di saat rasa marahku memuncak.           
     “ Isk, tak cantiklah ada muncung macam tu. Jadi Donald Duck andartu nanti baru tau,” seloroh umi sebelum menarik menepuk pahanya, memberi tanda menyuruh aku berbaring di situ. Suatu tempat yang cukup membuatkan aku terasa istimewa menjadi puterinya. Dia akan menasihatiku sambil mengusap rambutku dan serba sedikit rasa marahku akan menghilang dengan bicaranya yang cukup terkesan di hati.
            --------------------------------------------------------
      “Hurriyah, jodoh pertemuan semuanya adalah ketentuan dari ALLAH S.W.T. Walau siapapun jodoh yang ALLAH takdirkan untuk Uya, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang Uya benci sangat-sangat macam Encik Zikri.  Umi akui susah rasanya nak terima orang yang tak ada cirri-ciri yang kita mahukan. Umi tahu Encik Zikri yang meminang kakak bukanlah tahu sangat hal-hal agama tapi dia tetap seorang hamba yang masih mengakui ALLAH sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Jadi, walau buruk pun sikap dia, masih ada fitrah dalam hatinya yang akan mengembalikan dia taat pada agama. Siapa tahu, suatu hari nanti dia akan bergelar suami yang hebat untuk anak manja umi ni.
     Aku mencerna sedikit demi sedikit kata-kata umi. Ya, aku akui Encik Zikri bukanlah calon yang aku kira terbaik untuk dijadikan suami. Banyak kekurangannya yang tidak menepati cirri-ciri calon suami impianku. Namun, aku sedar dengan sikapnya yang makin hari makin berubah kea rah kebaikan. Jika dahulu, sering dia mengutamakan kerja berbanding dating dengan Tuhan Yang Esa, kini tidak lagi. Dialah yang jadi orang pertama di surau setiap kali waktu solat datang. Tanpa sedar aku tersenyum sendiri
   “ Fitrah juga kita sebagai hamba mahu mengasihi dan dikasihi. Tapi harus mengikuti panduan dan landasan yang ditetapkan Islam yaitu bersatunya dalam sebuah ikatan pernikahan. Biarpun kata Uya, Zikri tidak faham Islam sepenuhnya, dia berusaha memahami tuntuan agama sedikit demi sedikit. Bila Uya tegaskan pada dia prinsip mahu bercinta selepas menikah, dia menghormati prinsip  Uya. Dia hantar rombongan meminang dan dia mahu  Uya jadi pendampingnya dari dunia hingga ke syurga. Besar harapan dia pada Uya tahu tak?,”soal umi sambil membelai rambutku perlahan.
     Aku mengangguk perlahan. Aku tahu besarnya harapan dia padaku. Namun, masih ada rasa ragu yang mencengkam hatiku saat ini. Lantas, satu persoalan yang mencengkam hati aku suarakan.
    “ Uya tak pasti dengan hati Uya  umi. Macammana nak tahu sama ada dia betul-betul takdir kita? Uya takut kalau-kalau Uya salah buat pilihan. Dan Uya bimbang kalau ini dugaan dari ALLAH S.W.T tentang soal hati. Andai Uya terima dia sebagai suami Uya, suatu hari nanti Zikri berubah jadi Zikri yang lama macammana?.”
       Ketawa umi meledak mendengar kata-kata aku. Bulat aku memandang wajahnya
    “Takut betul Uya dengan masa depan ya? Suara tersekat-sekat, muka cuak semacam. Macam berlakon dalam dramalah pulak,” gurau Umi.
       Aku tersengih sendiri. Inilah padahnya berlebihan menonton drama Melayu dan membaca novel cinta. Tak pasal-pasal terikut-ikut dalam hidup.
      “ Mahunya tak bimbang umi. Nak bina rumahtangga bukannya sehari dua. Kalau terkandas di tengah jalan, macam mana?,” tambahku.
        Umi tersenyum lagi.
     “ Uya ingat mutiara kata yang bunyi dia lebih kurang macam ni: pernikahan menyempurnakan kelemahan dengan kekuatan. Dalam situasi Uya sekarang ni, kata-kata tu ada benarnya. Yang meminang Uya bukanlah orang yang Uya nak. Uya tak suka Zikri kerana kelemahan yang ada pada dia. Tapi Uya kena ingat satu hal, setiap insan yang Allah ciptakan ada kelebihan masing-masing. Mungkin Uya ada kekuatan yang dapat mengubah Zikri supaya hidup dia bermakna dan mungkin Uya sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Dan mungkin juga Zikri ini ada sesuatu kelebihan yang Uya sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Dan andai tiba saat tu, kakak akan rasa bertuahnya kakak redha bersyukur dengan kurnian ALLAH dalam hidup kakak.”
       Senyuman aku ukir perlahan-lahan. Cara percakapan umi seakan-akan mahukan aku member jawapan YA pada lamaran secara terhormat yang Zikri persembahkan. Umi memandangku pelik.
       “ Umi memang nak Zikri jadi menantu lelaki umi ke?.”
         Umi ketawa kecil. Dia mencuit hidungku.
      “ Isk, mana ada macam tu. Umi nak tenangkan Uya je. Apa-apa pun keputusan Uya, umi dan abi terima dengan hati terbuka. Uya tahu apa yang terbaik untuk Uya.  Uya letakkan Allah sebagai sempadan hati, Insya-ALLAH ,ALLAH pegang kukuh-kukuh hati Uya dan hati Uya terpelihara. Andai Zikri memilih Uya kerana dia cintakan Uya semata-mata kerana ALLAH S.W.T, ALLAH akan balas dengan keyakinan Uya memilih dia sebagai suami Uya nanti. Insya-ALLAH, dibalas dengan kenikmatan cinta dalam rumahtangga suatu hari nanti.” tegas umi sebelum mengisyarkan aku bangun dari pembaringan lantaran abi memanggilnya dari ruang tamu.
    Aku bangkit, umi segera berlalu meninggalkan aku. Masih ada persoalan yang mengjanggal di hati.
     “ Umi, sekejap…Macammana nak tahu dia benar-benar ikhlas cintakan kita kerana ALLAH?.”
        Umi menepuk dadanya dengan senyuman yang kian melebar.
      “ Rasa ada renjatan elektrik bila bersama. Ada tarikan magnet untuk terus cari redha-NYA. Dan semua tu wujudkan lakarkan lukisan terindah bangunan cinta kita pada ALLAH S.W.T.”
Kata-kata terakhir umi membuatkan aku tersenyum sendiri. Ada renjatan eletrik, ada tarikan magnetdan lukisan terindah bangunan cinta. Memang cinta jurutera dan arkitek.
“ Ya ALLAH, jika benar aku tercipta dari rusuk kirinya, hadirkan keyakinan dalam hatiku.”
----------------------------------------------
Kehidupan di pejabat masih seperti biasa. Tidak ada perubahan yang ketara. Pertemuan aku dengan Encik Zikri masih berlangsung seperti biasa. Aku cuba membiasakan diri walaupun ada rasa janggal di hati. Bingung juga berdepan dengan orang yang meminati aku dalam diam. Namun segala panduan hati dari umi aku jadikan sandaran dalam berdepan dengannya.
“ Takutlah pada kemarahan ALLAH berbanding kemarahan manusia. Kalau benar sudah ada benih cinta pada Zikri, isytiharkan bila akad sudah menghalalkan semuanya. Tak perlulah kakak membalas cinta dia dengan kata-kata berbunga kalau tu menconteng arang pada agama. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai  anakku.”
Lantaran nasihat umi, aku tidak berbicara sepatah pun soal pinangannya tempoh hari. Biar pun hati ini  sudah pasti, akan ku lafazkan keputusanku tanpa kata. Biarlah ianya jadi rahsia dengan Tuhan Maha Tahu sahaja. Sampai detik Zikri berhak mengetahuinya, akan ku ucapkan kata hati ini.
Biarpun ada rasa bersalah kerana membuatkan dia malu melihatku yang seakan-akan tidak sudi menerima huluran kasihnya, aku kira itu akan lebih memberi makna pada rumah tangga kami nanti.
“ Berdiam bukan bermakna tak setuju!,” tempelak Puan Fatimah melihat Zikri tidak berkelip memandangku dari kejauhan kami di bilik mesyuarat.
Zikri hanya ketawa bila diperli begitu. Aku angkat bahu. Puan Fatimah tersenyum sumbing dengan gelagat kami.
“ Jangan risaulah Zikri, kalau dah sampai masa nanti, hanya nama awak Cik Huriyah sebut,” tokok Tuah Razlan pula.
Aku menunduk memandang kertas cadangan di depan mata. Zikri ketawa perlahan. Dan mesyuarat pagi itu diselingi gurau senda mengenakan kami. Aku hanya membiarkan sahaja kerana cincin darinya jadi hisan di jariku. Sebagaimana yakinnya aku menerima dia, seyakin itulah cincin pertama satu itu aku sarungkan di jari manis ini.
Mesyuarat selesai, aku yang paling terakhir bangun dan keluar dari bilik mesyuarat. Tanpa sedar, Zikri ralit jari manisku. Saat aku melangkah, dia memanggilku perlahan.
“ Hurriyah.”
Aku memerhatikan dia sejenak.
Awak yakin dengan keputusan awak?.”
            Soalan yang dilemparkan Zikri aku biarkan tak berjawab. Hanya senyuman aku lemparkan padanya Jelas di wajahnya, raut tidak sabar menanti jawapan lahir dari mulutku. Lambat-lambat aku membuka mulut.
      “ Awak yakin dengan keputusan awak,?” Tiada jawapan yang lahir, hanya persoalan yang sama aku utarakan kembali.
            Dia menggaru kepalanya dengan senyuman manis bermain di bibir.
“ Hurriyah, terima kasih,” ucapnya ringkas.
            Aku mengangkat kepala. Dia tersenyum manis padaku. Jika dia yakin dengan keputusannya menyuntingku sebagai calon isterinya, sudah tentulah tidak ada keraguan lagi untukku menerima pinangannya. Dan sungguh, semuanya aku lakukan kerana sudah mula terbit renjatan elektrik, tarikan magnet serta lakaran binaan cinta kian bertambah kepada-NYA.
            ------------------------------------------
            Debar hatiku menghilang saat dia menghulurkan tangan mahu bersalaman buat pertama kalinya denganku. Dia melemparkan senyuman manis padaku.
“ Izinkan abang membahagiakan Hurriyah hingga ke akhir hayat abang,” ucapnya penuh syahdu saat aku mengucup tangannya.
Ada rasa lucu mencuit hati tapi aku tahan ketawa. Tak sangka dia yang selama ini menyakiti hatiku jadi pemenang hatiku serta-merta. Pandai rupanya berbahasa pujangga, bukannya kata-kata hina dan nista semata-mata.
“ Abang mahu Hurriyah jadi bidadari abang dari dunia hingga ke syurga,” tambahnya sambil menghadiahkan kucupan di dahiku. Cukup syahdu dan dalam erti pengucapannya. Dan tanpa sedar, ada titisan airmata yang gugur menuruni pipi.
“ Isk, pengantin mana boleh menangis. Tak cantiklah dalam gambar kalau mata jadi merah. Ni sedih sebab tak terharu dengan ayat abang ke sebab sangka abang tarik sumpahan ANDARTU?,” guraunya dengan senyuman yang kian lebar.
Aku mencubit tangannya. Dia menyeringai kesakitan.
“ Bukan sebab ANDARTU tapi sebab sayu akhirnya kita jadi satu. Terima kasih kerana cintakan sayang kerana ALLAH,” ucapku tenang.
“ Mana tahu?,” dia berteka-teki pula denganku.
“ Sebab ada renjatan elektrik dan rasa magnet bila dekat dekat abang. Di hati, ada lakaran bangunan cinta terindah kerana-NYA,” ucapku yakin.
Kami berpandangan seketika, hati kami mengakui kata yang sama. Sungguh indah bila cinta ini hanya kerana-NYA. Tak akan bersedih, tak akan pedih, tak akan merintih kerana ku tahu apa pun pengakhiran kisah kami DIA tetap memegang teguh hati-hati ini agar sentiasa dalam redha-NYA, sesuai dengan fitrah kami sebagai hamba. 
--------------------------
Salam semua. N3 comeback dari dr.rock.Konon2nya la...dah lama sangat tak menulis, blur dan blank jadinya. Ini satu kisah tentang fitrah. Fitrah yang menuntut kita kembali pada syariat dan ketentuan agama. Kembali pada fitrah, jangan pernah membawa fitnah pada agama. Moga cerpen ni bermanfaat buat semua. Wassalam

7 comments:

nadiah_abdllah said...

sukeee! xD rindu gila nak baca ceren akak. huhu~
=)

Cik Pink Princess said...

sweetnya!!!!!
suka sgt :)

cactaceous opuntia said...

haha..saspen...mule2 bce ingat dr.rock yg dipinang...haha...

Farah said...

Allahuakbar ! Suka sangat yang ini =]

MaY_LiN said...

hihihi..
nak lagi..

W3 tOgetHer said...

dr rock..awak mmg rock...suka baca ilmu yg terselit didalam...teruskan menulis...gambateh!!!

Cidak said...

hebat..