@rubiadaibrahim

Saturday, December 25, 2010

+hEaLinG: OBGIN+

Healing by Sami Yusuf

Salam alaik semua. Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat-Nya. Ini bukanlah n3 cerpen atau novel seperti selalu. Tapi lebih kepada perkongsian pengalaman saya menjadi doktor muda (intern) di Rumah Sakit Hassan Sadikin Bandung. Insya-ALLAH, sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.
---------------------------

It’s so hard to explain
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside
Something that’s calling
It’s calling you and I
It’s taking us up high

CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing

And feeling, let’s start healing



VERSE 2:


Heal and you will be healed


Break every border


Give and you will receive


It’s Nature’s order


There is a hidden force


Pulling us closer


It’s pulling you and I


It’s pulling us up high



CHORUS:



Healing, a simple act of kindness brings such meaning


A Smile can change a life let’s start believing


And feeling, let’s start healing



MIDDLE 8:



Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts


An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides


Seek only to give and you’ll receive


So, heal and you will be healed



OUTRO (x2):



قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه


كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

Saya cuba menghayati tugas mulia seorang doktor melalui lagu ini. Dan benar, segala-galanya dari bermula dari sudut hati yang dalam.Saat hati sudah beriktikad untuk berbakti, saat itu sudah terikat dengan sebuah janji. Berbakti tidak kira malam atau siang hati, membantu tidak kira waktu. Tiada istilah megah biarpun dipandang gah, Tiada harapan paling indah dari melihat senyuman manis terukir di wajah insan yang tadinya mengerut kesakitan. Sungguh, saya merasai itu saat ini. Syukur pada-NYA kerana diberi kesempatan ini.Alhamdulillah!
 
Perjalanan saya sebagai intern ( dokter muda @ koas) bermula di bahagian Obstetri dan Ginekologi (OBGIN). Pertama kali saya dapat tahu, mengucap panjang jugalah. Dapat saya bayangkan wajah-wajah ibu yang kesakitan untuk melahirkan permata hati mereka ke dunia, suasana di wad bersalin yang sentiasa sibuk dan memerlukan persiapan jiwa dan raga serta pengorbanan sebagai seorang doktor.

Seram dan seriau jugalah pertama kali melangkah masuk di OBGIN. Sebenarnya, lebih kepada takut kalau-kalau apa yang saya ucapkan ketika interview dengan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dulu jadi kenyataan. Serta-merta kenangan hampir 5 tahun lalu hinggap di fikiran.

" If you want to futher your study, what speciality would you be?."

 Persoalan dari wakil MARA saya jawab penuh yakin.

" Obstetric & Ginekology."

Wakil MARA tersebut tersenyum lebar sebelum bertanya lanjut kenapa saya mahu menjadi pakar dalam OBGIN. Dalam kegugupan dan ayat bahasa Inggeris yang agak tunggang langgang, saya membalas yang maksudnya lebih kurang begini.

" Penyakit wanita seharusnya diubati dan dikuasai oleh wanita. Bukan didominasi oleh lelaki seperti yang berlaku sekarang. Dan sebagai seorang wanita, saya rasa terpanggil untuk melibatkan diri  dalam bidang ini."

Alhamdulillah, saya berjaya melepasi interview tersebut. Dihantar ke seberang Selat Melaka melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, menyelesaikan 4 tahun belajar terori-teori perubatan dan akhirnya sampai ke clinical year sekarang ini.

Takdir saya ditempat di OBGIN buat pertama kali sebagai Dokter Muda @ Ko-assistant. Saya menelan air liur, apa yang saya katakan dulu macam jadi kenyataan. Cuaks juga dibuatnya.

Sebenarnya, cita-cita nak jadi pakar sakit puan dah mula pudar dengan cerita-cerita yang sampai ke telinga. Manakan tak pudar, terlalu banyak spekulasi dan itu benar-benar realiti yang terbentang di depan mata. 

" Kalau jadi OBGIN, kena bersiap sedia 24 jam. Orang nak melahirkan tak kira masa. Kalau ada kes dan complication, jangan haraplah nak tidur lena di rumah."

Dan saya menyaksikan sendiri hal tersebut dalam 9 minggu saya berada di OBGIN. Residen2 yang tidak tidur dan bersengkang mata merawat patient. Dan kami sebagai intern juga, harus stand by setiap masa. Baru sebentar mata tertutup, pintu wad emergency dah terbuka. Tak sempat nak genyeh mata pun, terus periksa patient.

Nak tidur di katil yang empuk, lupakanlah niat tu. Yang ada hanyalah meja yang keras. Tapi tetap best dijadikan tempat mendaratkan kepala di kala mata dah tak mampu bertahan. Dan sungguh, saya sedar hakikat betapa sibuknya bergelar seorang doktor di bahagian Sakit Puan.
Pernah satu kali saya on-call di Emergency, patient ada dalam 10 orang dan tak putus-putus datang. 7 darinya harus dioperasi. Dan sebagai intern yang setia, kenalah bersengkang mata hingga ke pagi.

Belum hilang penat oncall, esoknya group saya di hantar outstation di RS Majalaya. Dugaan yang berat jugalah sebab jalan ke sana boleh tahan "cantik" dan daerah yang agak jauh dan pendalaman. Masyarakat di sana menggunakan kereta kuda sebagai kenderaan utama dan sudah tentulah di sepanjang jalan dihiasi bau tahi kuda yang amat menyengat. Dan itu antara pengalaman yang akan saya kenang sampai bila-bila.

Berbalik kepada spekulasi yang sering kita dengar. Pakar sakit puan sentiasa sibuk. Dan benar, memang sibuk. Belum jadi pakar, masih bergelar intern pun sibuknya bukan main. Inikah pula jadi pakar.

Dan hal tersebut membuatkan saya berfikir 2,3 x: Masih mahu meneruskan cita2 jadi pakar sakit puan atau tidak?

Saya abaikan seketika persoalan tersebut. Saya menjalani 9 minggu di OBGIN sebagai intern & berdoa agar lulus di rotasi pertama ini. Saya kutip segala pengalaman berharga buat bekal masa akan datang. Pengalaman-pengalaman ini Insya-ALLAH memberi nilai tambah dalam hidup saya.

Satu hal yang paling membuat saya terkesan adalah ketika saat kelahiran bayi. Saat pertama seorang hamba ALLAH menjangah dunia dan seorang ibu bertarung nyawa demi anak tersayang.

Tidak tergambar sebenarnya sakit untuk melahirkan bayi. Namun itulah satu nikmat yang dianugerahkan ILLAHI kepada wanita dengan janji yang cukup indah.

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
 
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.

  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
Jadi, hargailah ibu anda
--------------------
P/S: Satu perkongsian kisah benar nih. Kalau saya tak update blog berzaman2 tu, saya tengah sibuk ye. Maaflah kalau janji2 saya tak tertunai2 termasuklah CCB yang entah zaman bila nak jadi buku tu. Maaf dipinta, harap mengerti kesibukan saya. Doakan saya ada kesempatan berkarya dan berjaya dalam apa jua bidang yang saya jalani. Amin 
~dr muda adaibrahim, bandung~

4 comments:

MaY_LiN said...

doc..
tahniah..
menghampiri cita2..

W3 tOgetHer said...

Smg berjaya mencapai impian dan cita2 indah itu..kutiplah seberpa bnyk ilmu buat bekalan tiba di tanah air nanti...Smg sentiasa tabah dan terus tersenyum biar cabaran yg dtg maha hebat... GAMBATEH!!!!

nadiah_abdllah said...

besar tugas doktor. all the best. semoga Allah merahmati.

Kak Mina said...

Alhamdulillah kerana Ada sanggup memasuki bidang yang amat mencabar ini. Jadilah seorang doktor yang penyabar dan yang mempunyai empathi. Akak pernah melahirkan 3 bayi, namun pengalaman di wad hospital kerajaan memang memeritkan. Memang memenatkan kerana para doktor terpaksa menghadapi terlalu ramai pesakit, tapi kena ingat bahawa ibu-ibu yang hendak bersalin tu sedang bertarung paling kurang dengan 2 nyawa, nyawanya dan nyawa anaknya dan perlu dibantu oleh para doktor yang kepenatan. Walaupun penat, hormatilah ibu-ibu dan ingatlah, setiap bantuan yang diberikan itu, pasti amat besar ganjarannya di sisi Allah. Good Luck!!! Chaiyokk!!!