@rubiadaibrahim

Thursday, March 10, 2011

+hEaLinG: SURGERY+

 Salam alaik semua.

Apa khabar semua? Moga sihat dan dirahmati ALLAH selalu. Lama betul tak menulis, aneh rasanya bila menulis hari ini. Sedar tak sedar dah dekat dua bulan blog saya ni sepi takde n3. Bukan tak nak menulis cuma kesempatan kurang ada. Busy-busy day di Bahagian Bedah sejak buka semester baru haritu. Dan kalau pun tak busy, balik dari hospital penatnya minta ampun.


So, di kesempatan ni nak minta ampun dan maaf kepada semua pembaca lama xde n3. Dan CCB pun tak siap2 lagi. Dah setahun terperap jadi pekasam. Huhu, Sabo jelah. Alhamdulillah, hari ni ada kesempatan menulis. Kebetulan saya MC harini sebab baru lepas jadi patient BEDAH mulut. Memang terbaik kisah saya ni.

Seorang intern bedah dibedah di bahagian BEDAH MULUT.

Kelakar bila dikenang peristiwa semalam. Tengah-tengah residen bedah tu operasi mulut @ odontektomi ( OPERASI MULUT UTK KELUARKAN GIGI MOLAR/GERAHAM KE-3 YANG IMPACTED/MALPOSISI), sempat dia kenakan saya bila tahu saya ni intern bedah. Adeh, sabo jelah. Here the dialog:

" Ada, kamu koas bedah ke?."

"Eaaaaa( mulut susah nak buka)".

" Oh, kalo gitu suruh jelah dia jahit mulut dia sendiri. Bukannya tak pernah hecting."
( Konsulen@ specialist BM menyampuk)

" Errrrrrr."

" Haha. Pasti gak bisalah. Di suruh residen bedah  (BEDAH UMUM/GENERAL SURGEON) juga belum tentu bisa."

Saya: Tak takpe (dalam hati).

Kelakar-kelakar juga. Tapi banyak pengajaran dan pengalaman sepanjang hampir 5 minggu di bahagian bedah ni. Antaranya adalah:
  • Tak pernah tidur kalau oncall. 24 jam jadi burung hantu di EMERGENCY. Patient tak kira waktu. N as doctor, life saving is our piority. 
  •  
  • Macam-macam kes ada depan mata. Seram tak seram, kena tengok juga. Geli tak geli, kena handle juga. Muntah nak muntah, kena tahan. Coz patient seek for treatment n doctor have to give their best 4 patient.

  • Mengambil iktibar dari setiap peristiwa dan muhabasah diri. Most kes pediatric adalah Hirschpung Disease ( tak ada saraf dekat usus besar, so tak boleh buang air besar n MAR ( tak ada lubang anus). Ya ALLAH, bila tengok baby2 ni, syukur sangat-sangat dilahirkan sempurna dan cukup sifat. Alhamdulillah.

  • 14 Feb@Malam Valentine (esoknya Maulidul Rasul), macam-macam kes trauma masuk. Patah kaki, patah tangan, retak kepala. Dah dilarang sambut, tetap nak sambut, Dr juga yang pening kepala bila patient macam-macam hal. Huhu.

  • Hidup di BEDAH memang tak menentu. Sempat makan cuma kurang kenyang dan kurang senang. Pagi2 pukul 5 dah kena masuk hospital follow up patient. Balik rumah matahari dah tenggelam. Belum lagi kes kena masuk semula hospital malam hari. Penat dan capek euy.

Namun di setiap lelah dan penat, ada hikmah yang tersebut. Dan saya percaya itu dan saya yakin pengalaman demi pengalaman yang saya dapat hari ini berguna dan bermanfaat untuk masa depan. Insya-ALLAH.

1. Tak takut darah lagi ( ANEH KALO DR TAKUT DARAH kot!hehe)
2. Insya-ALLAH, lebih mahir dan yakin untuk buat tindakan dekat patient. Bila oncall, tranfusion, infus, suntik patient etc sudah jadi mainan. Layanz jek
3. Belajar dan insaf diri. So, lebih berhati-hati dalam hidup. Malang tak berbau. (Kalau berbau, semua orang aware kot).

Dan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan bila patient meninggal di depan mata. Panik sebab itulah kali pertama saya melihat orang meninggal. Sebagai doktor, kita tetap berusaha untuk selamatkan patient. Tetapi sebagai muslim, kita harus redha dengan pemergiaannya dan mendoakan yang terbaik untuknya kembali pada PEMILIK setiap hamba. Jadi, ajarlah patient mengucap dan ingat ALLAH bila sedar ajal sudah hampir tiba. 
( Janggal dan sedih sebab tak teringat pun nak mengajar my patient mengucap. Ya ALLAH, ampunkan aku!)
--------------------------
Wallahu'alam. Sekadar perkongsian dari pengalaman. Insya-ALLAH, jika ada ruang waktu dan kelapangan, saya postkan n3. Maaf semua sebab buat anda tertunggu. Wassalam.

4 comments:

aqilah said...

i like..........................

aku_dia said...

rindunya nak masuk blog ni. huhuhu
sekali pun tak ada entry, boleh jugak menghiburkan diri dengan cerita lama. :)
all the best kak!
waiting for CCB and AP jugak! :D

.::lady_elxa::. said...

buat yang terbaik =)

Anonymous said...

banyak pahala jd dr rawat psakit. smg awak dberi ksabaran yg tinggi n keikhlasan msm mrawat psakit.