@rubiadaibrahim

Sunday, April 24, 2011

Mini Novel: Amboi, Kakak Akan Kahwin (AKAK)

“ Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kalau pun kita beriya nak tapi Tuhan masih tak nak kasi, kita tak akan dapat jodoh kita. Jadinya, tak payahlah susah-susah carikan calon suami untuk Along. Kalau ada nanti, adalah. Kalau ALLAH nak bagi jodoh tu, sesaat pun Along tak boleh lari dah.”
Kata-kata tegas keluar dari mulut Aida. Itu prinsip yang dia ketengahkan setiap kali mama mula berkias soal nikah kahwin. Baginya semuanya sudah diatur Tuhan Maha Kuasa, jadi sebagai hamba dia hanya perlu berserah dan menerima takdirnya.
“ Bunda  tahu takdir kita ALLAH yang tetapkan. Tapi bab jodoh ni, Kak Long kena berusaha juga. Dia takkan bergolek je depan mata,” protes Asma.
Aida hanya tersengih mendengar kata-kata bundanya. Dia buat-buat tidak faham. Walhal, dia maklum hal itu. Cuma, kisah lama membuatkan tekadnya bulat dan sukar diubah. Akhirnya, dia mencipta prinsip tersendiri yang harus dihormati semua pihak.
“ Kalau Along duduk tunggu je jodoh tu datang, tak lama lagi duduk atas pokoklah malam-malam hari,” Aina menyampuk dalam nada berseloroh.
Aida angkat muka, memandang Aina dengan tanda tanya di raut wajahnya.
“ Macammana tak duduk atas pokok, jadi pungguk rindukan bulan.”
Ledak ketawa mengisi ruang tamu. Asma hanya tersenyum nipis mendengar butir bicara anak-anaknya. Sesekali dia geram juga dengan sikap Aida yang sentiasa berdalih bila soal jodoh dibincangkan. Ada sahaja alasanya, ada sahaja hujahnya. Sesekali hatinya merintih, tidak sabar mahu melihat anaknya mendirikan rumahtangga, mengayam bahagia bersama insan tersayang.
Dia juga buntu bila mengapa Aida tekad menjalani usianya yang kian meningkat seorang diri? Puas sudah dia bertanya, tapi tidak pernah sekali pun dia menemui jawapannya. Aida sangat berahsia dengannya kenapa dia menjalani hari-hari di usia awal 30-an ini dengan kesibukan berkerja dan tanpa sedikit pun memikirkan soal rumahtangga? Dan dikala itu, hatinya berdetik. Dia harus melakukan sesuatu untuk merealisasikan impiannya melihat Aida berubah status dari bujang kepada isteri orang.
-----------------------------------------
“ Kalau sayang, tak perlu nak canangkan ke seluruh dunia. Cukuplah ALLAH, malaikat, awak dan saya je yang tahu. Sampai masanya, barulah kita isytiharkan awak dah sah jadi milik saya.”
Kata-kata itu melekat kuat di ingatannya. Suara Ihsan, satu-satunya lelaki yang pernah mengungkapkan kata sayang kepadanya. Satu-satunya lelaki yang dia sandarkan harapan untuk bersama. Satu-satunya lelaki yang membuatkan dia masih menyendiri hingga ke hari ini. Kerana sukar untuknya melupakan lelaki itu. Terlalu banyak kenangan yang terus melekat erat di kotak ingatannya.
“ Saya tegur sebab saya sayang dekat awaklah.”
“ Apa kes nak sayang dekat saya? Buta ke apa? Pergilah tegur orang lain dulu.”
“ Saya dah tegur orang lain. Sekarang ni turn awak. Awak tu perempuan. Malam-malam macam ni sebaiknya duduk rumah. Bukannya melepak tak tentu arah macam ni.”
“ Iya saya perempuan, saya pandai jaga diri saya.”
“ Memang awak pandai jaga diri. Tapi ada orang lain yang tak kisah dengan kehormatan diri awak tu. Saya dekat sini nak selamatkan awaklah. Jom saya hantarkan awak balik.”
“ Tak payah susah-susah, saya tahu jalan nak balik rumah saya.”
“ Okay. Dari tadi mat pit tu asik tenung dan renung awak je. Saya tahu dia kurang waras malam ni. Kalau jadi apa-apa, jangan salahkan saya. Jangan kata saya tak tolong awak pulak.”
            Laju dia melangkah. Lelaki yang tidak diketahui namanya itu berjalan seiringan dengannya. Tidak terlalu jauh, tidak terlalu rapat. Namun cukup membuatkan dia berasa selamat.
            “ Awak tak kisah ke jalan beriringan dengan saya macam ni? Nanti tak pasal-pasal timbul fitnah.”
            Dia menggeleng. Hanya senyuman manis dilemparkan.
            “ Kalau kita niat baik, Insya-ALLAH ALLAH balas dengan kebaikan juga.”
            “ Awak dari mana tengah-tengah malam macam ni baru balik?.”
            “ Mengajar mengaji dekat masjid.”
            Dia menarik nafas panjang. Lelaki itu seperti langit dan bumi perbandingan dengannya. Jalan mereka berbeza namun entah bagaimana di hati mahu mengenali sosok lelaki itu. Kerana budi, dia jatuh hati. Dan perbezaan itu mendekatkan mereka. Hinggalah timbul satu persamaan, rasa hati mereka sama. Ada cinta yang lahir di hati keduanya! Hingga kini, masih ada cinta dihatinya biarpun….
            ------------------------------------------
            “ Along, berangan ye?,”
            Kenangan lalu hilang serta-merta. Dia mengurut dada, terkejut dengan kehadiran Aisha di biliknya.
            “ Suka buat Along buat terkejut tau. Lama-lama macam ni, kena serangan jantung Along.”
            “ Isk, jangan kena serangan jantung….Muda-muda, tak kahwin lagi..sayang tau!.”
            Aina tersengeh mendengar gurauan adik bongsunya. Tak habis-habis nak mengenakan dia.
            “ Ada apa masuk bilik Along ni? Duit bunda bagi tak cukup ke?,” soal Aida ingin tahu.
            Laju Aisya menggelengkan kepala. Dia tersengeh penuh makna sebelum membalas jawapan Aida.
            “ Nak kasi berita gempar. Along nak tahu tak, menantu tak jadi bunda tu dah nak menikah dah. Dengan model cantik, kaki panjang, leher jinjang tau.”
            Aida ketawa meleret mendengar gosip adiknya. Penuh semangat adiknya bercerita. Aisya mempamerkan muka terkejut dengan reaksinya.
            “ Kena tengok Along macam tu?.”
            “ Along ni..penat je adik cerita. Tak terkejut langsung pun,” luah Aisya geram.
            Ketawanya meledak. Seketika kemudian, dia mempamerkan muka terkejut. Cukup bersahaja, namun mengundang ketawa Aisya. Dia tersenyum senang.
            ------------------------------------
            “ Handsomenya Abang Faz tu Along. Isteri dia pun cantik. Kalau dia mengorat Ainalah, confirm Aina terima dia. Dah la handsome, pandai, hormatkan orang tua. Pakej cukup lengkap tu Along.”
            Tiada respon dari Aida. Dia hanya membatu diri. Tidak tersenyum, tidak juga mempamerkan muka masam. Diam dan tidak bersuara. Melihat reaksi kakaknya begitu, Aisya mengisyaratkan Aina diam. Aina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
            “ Eh, Aina cakap apa tadi. Abang Faz hansome ye? Memang handsome, sama padanlah dengan isteri dia tu. Aina tak payah nak berangan lebih, dia dah jadi suami orang dah tau!,” ujar Aida tenang.
            Aisya mengekek ketawa. Aina mencebik bibir geram.
            “ Sudah-sudahlah tu. Hantar anak raja sekali pun depan mata Along, Along tak akan jatuh hati tau. Ini Aida Dayana, setia pada yang satu tau!. Dulu, kini dan selamanya.”
            Bulat mata Aina dan Aisya memandang kakak sulung mereka. Keduanya saling berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum penuh makna. Rupanya ada kisah silam yang membuatkan Aida Dayana menyendiri selama ini.
            “ Along, siapa yang satu tu?,” soal Aisya penuh minat.
            Aida membuang pandang ke arah balkoni. Dia menggigit bibir. Geram juga dengan dirinya yang tak pandai menyimpan rahsia hati. Tak pasal-pasal, kisah lamanya tersingkap atas kelalaiannya. Kisah cinta rahsianya pasti mengundang persoalan demi persoalan dari adik kesayanganya. Dia mencari seribu alasan, dan akhirnya dia mengungkap kata pengharapan.
            “ Biarlah rahsia. Insya-ALLAH, sampai waktu nanti Along ceritakan semuanya”.
            --------------------------------------------------
Sudah hampir sebulan berlalu, masih belum ada kisah yang terungkap. Kisah cinta rahsia Aida masih jadi tanda tanya. Aida sibukkan diri dengan kerjayanya sebagai arkitek. Walaupun waktu kerjanya selesai lewat petang, dia sebolehnya tidak mahu pulang. Dia tidak mahu mengenang kisah itu. Dia tidak kuat untuk bercerita, dia bimbang airmatanya tumpah lagi.
“ Along, hari ni Along kena balik awal. Kita nak celebrate birthday Bunda,” pesan Aida seawal jam 7 pagi tadi menggamit memorinya.
Panggilan demi panggilan telefon juga diterima tiap jam, mengingatkan dia perancangan sambutan hari lahir bunda tersayang. Dia tahu itu, dan dia juga sudah berjanji untuk bersama-sama meraikan hari bahagia itu. Namun, kenangan lalu membuatkan dia tidak kuat. Dia bimbang bunda akan menagih kisah cintanya yang tidak kesampaian. Dan sebolehnya dia tidak mahu bunda merasai luka yang dalam dihatinya. Lebih dia takuti kalau bonda menawarkan diri untuk mencari pengubat lukanya. Ah, sukarnya menghadapi kenyataan.
“ Along, where r u? Takkan bertapa dalam ofis lagi kot!.”
Sms ingatan dari Aida diterima lagi. Dia mengeluh berat. Lambat-lambat, dia bangkit dari meja kerjanya. Langkah diatur ke kereta di tempat letak kereta sebelum dia memandu pulang.
----------------------------------------
Asma tersenyum senang, Tidak lekang ucapan syukur dan terima kasih diucapkan dari bibirnya atas ingatan hari lahir dari puteri kesayangan. Sedangkan Aida masih dihantui debaran. Bimbang kalau bundanya membuka topic perbincangan mengarah kepada kisahnya.
“ Along, diam je malam ni. Penat kerja ya sayang?,” tegur Asma.
Aida mengangguk laju.
“ Rehatlah Along. Kalau ikutkan sangat permintaan budak bertuah berdua ni, memang makin penatlah. Dia orang ni bukannya kisah kita punya penat lelah,” tokok Asma lagi.
Aida tersengeh senang. Kata-kata Bunda memberi ruang untuknya melarikan diri . Laju juga dia  bangun dari kerusinya.
“ Happy birthday bunda…May ALLAH bless u always…Moga diberkati ALLAH selalu,” ucap Aida sambil mencium pipi bundanya.
Asma tersenyum lebar. Aina dan Aisya tersenyum penuh makna.
“ Moga rezeki, cepat ditemukan jodoh anak kesayangannya, dapat menimang cucu comel-comel,” tokok Aina dan Aisya serentak.
Asma ketawa mengekek. Aida menjeling tajam kea rah adiknya.
“ Maaf bunda..Kalau hadiah menantu dengan cucu, Along tak dapat tunaikan lagi..Tunggulah kalau dah sampai seru nanti,” ucap Aida sebelum bundanya menuturkan kata,
“ Bunda tak mahu apa-apa..Kebahagiaan anak bunda yang paling utama..Kalau anak-anak bunda bahagia, itulah hadiah paling terbaik yang bunda dapat…Kalau anak bunda sedih dan terluka, bunda juga terluka juga,” sambut Asma.
Aida mengetap bibir. Dia tahu apa erti ucapan itu. Dia pamerkan senyuman, dia cuba sembunyian perasaannya. Ternyata, hati ibu lebih kuat menanggapi tingkahnya. Hati seorang ibu lebih memahami kecewaan anak gadisnya ini. Dalam diam, dia mengucap maaf. Dia bukanlah anak yang baik, lantaran luka yang dia lemparkan  akibat sikapnya selama ini.
“ YA ALLAH, ampunkan aku…Bunda, maafkan Along!”.
--------------------------
“ Korang kena cari calon suami mithali untuk Kak Long yang cerdik dan menarik.”
Permintaan Asma membuatkan Aina dan Aisya buntu dan bingung. Mahu mencari calon untuk Along sayang? Macammana nak di cari calon suami kalau ciri suami idaman Along pun mereka tidak tahu.  Bukan mereka tak pernah bertanya, tapi Aida yang berdiam seribu bahasa bila soal jodoh dibangkitkan. Puas sudah Aisyah memerli Kak Long dengan cerita-cerita nikah kahwin. Tapi Along tetap Along.
Bukan tak ada lelaki kacak memikat dia. Bukan tak ada lelaki berbudi pekerti Cuma mendekat. Semunya tak dipandang sebelah mata. Akhirnya bunda mengalah.  Tak ada lagi paksaan, tak ada lagi perlian.
Along dibiarkan membawa rentak sendiri. Bila ulangtahun kelahirannya yang ke 53 ini, barulah soal nikah kahwin dibangkitkan lagi. Kalau dibawa berbincang denagan Aida, seribu alasan dikemukan. Akhirnya, dia mengambil keputusan sendiri. Tanpa pandangan dari Aida lagi.
Dia tidak boleh membiarkan anak daranya itu hanyut dengan kisah silam. Dia sudah penat mendengar jawapan Aida setiap kali kisah rumahtangga dibangkitkan.
“ Bunda ni, nak buat apa rumah ada tangga lagi. Rumah kitakan dah banyak tangga.”
Kalau dibangkitkan kisah perkahwinan teman seusianya, Aida pasti angkat kaki.
 “ Nak cari hadiah untuk orang nak kahwinlah mama,” balas Aida selamba.
Asma garu kepala, Aida berlalu selamba. Asma urut dada.
“ Kalau macam nilah perangai Along, tak kahwin sampai sudahlah korang semua. Mama tak mahu ada tradisi langkah bendul dekat rumah ni,” tegas Asma.
Terjengil mata Aina dan Aisya mendengar kata-katanya. Kalau Asma berpegang pada kata-katanya, susahlah hidup. Mahu tak mahu perancangan Aina mahu menikah tahun depan terpaksalah di tunda ke tarikh yang entah bila.
“ Kalau hamba ALLAH di sana sanggup menunggu, adalah jodoh aku. Kalau tidak, jadi ANDARTU dot..dot..dot la aku. Oh bunda,  tidak!,” rintih Aina dalam hati.
“ Kalau nak nikah, lekaslah carikan calon untuk Along,” pesan Asma kepada Aina dengan raut wajah tegas sebelum berlalu pergi.
Mereka diam membisu, semuanya ligat memikirkan bagaimana mahu memenuhi permintaan bunda. Raut wajah terpancar rasa buntu memikirkan siapa calon paling sesuai untuk Along tersayang. Aina dan Aisya saling berpandangan sesama sendiri. Senyuman terukir di bibir. Hampir serentak, nama-nama insan cerdik dan menarik untuk dipadankan dengan Along terpacul dari mulut mereka.
“ Hazif….Alif….Syamil”
“ Azrul….Hakim….Zarif.”
Aisyah tergelak kecil melihat gelagat anak-anaknya. Kepalanya digelengkan.
“ Tak kisahlah siapa calonnya! Yang penting, dia dapat ubati luka Along. Yang lebih penting lagi, dia dapat bahagiakan Along dunia dan akhirat...Bunda tunggu calon terbaik untuk Along tersayang..Lebih cepat lebih baik!.” Asma berlalu. Sedangkan Aina dan Aisya masih mengerut dahi memerah fikiran.
“ Assalamualaikum,” suara lelaki memberi salam dari luar pintu membuatkan mereka saling berpandangan. Keduanya melangkah laju melihat siapa yang datang.
“ Waalaikummussalam…Eh, awak ni bukan ke?...,” soal Aina tersekat-sekat. Kaget dan tidak percaya dengan seraut wajah yang berada di depan mata…
“ Ye, saya…”.
“ Bunda, kami dah jumpa….”, serentak Aina dan Aisya menjerit. Cukup kuat, membuatkan tetamu yang datang tercengang-cengang….Ah, sudah!
-------------------------------
Salam alaik,arini sangat semangat nak menulis...Sempena birthday kot, dah makin dewas dah saya. ALHAMDULILLAH...Kalo umur dah meningkat, akan ada wish camni: Moga cepat dapat jodoh, cepat nikah! Kalau ada yang doakan macam tu, terima kasih banyak2 la ye..Amin YA RABBAL ' ALAMIN...Tapi kalau doakan, tapi asik menolak lain pulak ceritanya...Apa ceritanya? Insya_ALLAH, akan diungkapkan sedikit demi sedikit dalam mini novel ni nanti...Amin..
P/s: Novel Ayat Power saya stopkan seketika ya...Nak bagi laluan dan keutamaan dekat exam seminggu ke depan dan novel CCB yang tak dapat dijadikan hadiah birthday sendiri tahun ni..Sob2..Hidup mesti diteruskan (",)

12 comments:

nursya said...

happy birthday writer...
semoga pjg umo dimurahkan rezeki dan dipertemukan jodoh yg baik..
hihihi..

aiscream cokolat said...

happy birthday to u...may Allah bless. well interesting story...i follow~

a.s.m.a said...

happy birthday ^^

aqilah said...

jgn cepat mengalah....ok!!!!!!
CCB best!!!!!!!!!!

nurhakim said...

happy birthday.
wish u gud luck n murah rzki.

ezz an said...

hepy bornday writer............semoga cepat bertemu jodoh......dan berbahagia selalu....

nice story....

ezz an said...

hepy Bornday writer.....semoga cepat bertemu jodoh...dan berbahagia selalu...

intro menarikkk....

Anonymous said...

happy birthday dr aida ;)

Anonymous said...

happy birthday dr aida ;)

Anonymous said...

happy birthday dr aida ;)

Anonymous said...

happy birthday dr aida ;)

Anonymous said...

happy birthday dr aida ;)