@rubiadaibrahim

Tuesday, May 17, 2011

Ayat Power 31:Melindungimu!


Mama tersenyum lebar melihat aku dan Einstein bergandingan tangan. Bahagia barangkali melihat kemesraan yang kami pamerkan. Aku lebih lagi, makin bahagia dan berharap terus bahagia. Setelah seminggu bersendirian, kepulangan Einstein hujung minggu ini membawa pergi segala duka dan persoalan yang bersarang di hati.
” Umar balik KL hari ni pukul berapa?,” soal papa sebaik sahaja kami duduk di kerusi.
            ” Kalau ikutkan hati, malas nak balik papa. Isteri takde, tak semangatlah nak study,” balas Einstein sambil menyendukkan nasi goreng ke pingganku.
            Dia menghulurkan pinggan tersebut dengan kenyitan mata. Papa tergelak kecil mendengar jawapan Einstein. Mama hanya menggelang kepala, tidak menyangka akan terkeluar kata-kata begitu dari mulut menantunya barangkali.
            ” Kalau macamtu, Along kenalah ikut Umar balik KL,” seloroh papa.
            Eisntein tersenyum penuh makna. Semua mata tertumpu kepada aku, menanti jawapan yang akan lahir dari bibirku. Aku hanya menggelengkan kepala sambil meneruskan suapan. Senyuman di bibir Einstein tetap terukir manis.Dia sudah maklum dengan pendirianku. Aku akan kembali ke sana paling awal seminggu sebelum cutiku berakhir. Itu pun kalau aku sudah bersedia. Jika tidak, bergantung pada keadaan dan kondisi kesihatanku.
            ” Umar, apa boleh buat. Kena balik seorang, tidur seorang-seorang la seminggu lagi nampaknya,” seloroh papa lagi.
            Einstein hanya tersenyum simpul. Tidak lama kemudian, dia menangggapi kata-kata papa.
” Tak apalah papa kalau Bilah tak mahu ikut. Rindu-rinduan nanti akan eratkan kasih kami. Bilah tak ikut balik takpe. Asalkan tahu dia dah maafkan saya, itu dah lebih dari cukup.”
Einstein menggenggam erat tanganku. Aku menatapnya penuh kasih. Dia tersenyum penuh makna. Jelas, kemaafaan dan kesefahaman adalah kunci penyelesaian segala masalah yang melanda.
-------------------------------------
Aku membantu Einstein mengemas pakaiannya selesai sarapan. Hanya sehelai T-shirt dan buku nota kecil sahaja yang mahu dibawa pulang. Pakaian lainnya sudah dikemas rapi di dalam almari. Katanya, dia akan berulang alik ke Kuantan setiap minggu sebelum aku kembali belajar. Namun semuanya bergantung jadual kerjanya. Jika ada kelapangan, dia akan pulang. Jika tidak ada waktu, dia akan tetap mencari sisa waktu untuk bertemu denganku.
” Kalau terpaksa, abang ponteng oncall jelah untuk balik sini,” ujarnya selamba.
Bulat mataku memandangnya. Termasuk sekarang, sudah dua kali dia menuturkan kata dengan maksud begitu. Biarpun nadanya berbunyi gurauan, kata-katanya hatiku sedikit terguris. Entah kenapa, aku rasakan aku terlebih sensitif bila gurauannya berkisar perubahan-perubahan kearah kurang baik setelah menikahiku.
Tidak ada kata-kata yang lahir dari bibir. Aku hanya diam dan merenungnya tanpa kata. Cukup membuatkan Einstein tidak selesa, dan akhirnya melontar pertanyaan.
” Kenapa pandang abang macam nak makan? Abang salah cakap ke sayang?.”
” Salah dan silap besar abang cakap nak ponteng oncall kalau abang suami Bilah ye,” tegasku.
Einstein tersengeh malu. Dia mengambil tempat di sebelahku halama pertama buku notanya dihadapkan kepadaku. Aku diburu persoalan dengan tindakannya.
” Abang nak tulis ikrar ke situ?,” selorohku.
Einstein ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
” Abang nak kata-kata semangat dari Bilah..Kalau pun Bilah tak ada dekat abang, apa yang Bilah tulis boleh inspire abang...Boleh kan?,” pintanya dengan raut wajah berharap.
Aku mengangguk kepala. Namun pennya tidak segera aku capai. Dia memandangku pelik.
” Nanti sebelum abang balik, Bilah tuliskan. Sekarang ni, Bilah temankan abang study. Nanti kalau dah sampai KL, hilang semangat nak study pulak. Tak sanggup lah Bilah dengar result abang tak berapa best gara-gara balik jenguk Bilah. So, jom study jom.”
Senyuman Einstein menguntum. Dia mengambil tempat di sebelahku, duduk bersandarkan kepala katil. Ketika dia sibuk membaca dan mengingati fakta-fakta perubatan untuk ujian besok, aku pula mengambil kesempatan membaca fakta-fakta dan panduan untuk ujian masa depan, menjadi seorang ibu mithali yang dapat membahagiakan cahayamatanya.
 Sesekali Einstein berhenti membaca dan mengintip tulisan di majalah Pa & Ma di tanganku. Bila ditegur, dia hanya tersenyum lebar. Bila aku memberi amaran menyuru dia membaca notanya sahaja, dia hanya meringai mempamerkan giginya. Hinggalah akhirnya dia memutuskan mahu meminjam majalah tersebut buat peneman perjalanan pulangnya. Aku katakan setuju dengan satu syarat ketat.
” Pa tak boleh malukan Ma dalam apa jua keadaan sekalipun. Tak boleh ponteng oncall, tak boleh malas study. Kena dapat result best untuk exam esok and so on.”
Einstein hanya tersenyum dan terus tersenyum melihatku!
-----------------------------------------
Aku menarik nafas panjang. Einstein tiba-tiba sahaja mencapai majalah di tanganku. Tanpa suara, dia mengalihkan majalah tersebut di meja sebelah katil. Kemudian, dia meletakkan kepalanya di pahaku. Satu tangannya menggenggam tanganku dan dia menutup matanya. Faham dengan tindakannya mahu bermanja denganku, aku mengusap kepalanya penuh kasih. Einstein membuka matanya, tersenyum manis padaku.
” Terima kasih sayang,” ucapnya perlahan.
Aku membalas senyumannya. Melihat dia begitu, ada rasa kasihan yang lahir di sudut hati. Kalau mengikut pertimbangan akak waras, seharusnya aku setia bersamanya setiap saat. Aku harus mengikuti dia kemana sahaja dia pergi. Namun, masih ada trauma yang membuatkan aku tidak berani menapak pulang ke rumah sewaku. Bimbang andai kejadian menakutkan itu kembali berulang. Aduhai, seram!
” Kenapa sayang?,”soal Einstein bila ada keluhan yang lahir dari bibirku.
Aku hanya menggeleng kepala. Einstein masih menatap mukaku, menagih penjelasan.
” Bilah minta maaf bang.”
” Tak perlu minta maaf sayang. Abang faham situasi Bilah. Kalau Bilah dah okey nanti, cepat-cepat datang dekat abang ye.”
” Insya-ALLAH. Aha, Bilah nak tuntut abang sambung cerita semalam. Kalau tidak, abang tak boleh balik KL hari ni,”tegasku.
Einstein hanya memejamkan matanya. Tangannya makin erat menggengam tanganku.
” Abang tak mahu sambung cerita semalam boleh tak sayang? Kalau habiskan minggu ni, nanti tak ada cerita untuk minggu-minggu depan. Hari ni, abang nak cakap pasal kita je,” pintanya.
Aku cuba menyembunyikan rasa kecewa di hati. Sebolehnya aku mahukan segalanya jelas minggu ini juga. Namun, kalau itu kata Einstein, aku harus menurut. Rasionalnya, dia tak mahu berbicara soal kisah lamanya kerana mahu mengeratkan kasih antara kami. Dan kisah lamanya pastinya masih panjang dan perlukan masa untuk memberikan semua penjelasan.
”  Erm,” gumamku.
Einstein tergelak kecil. Entah apa yang menyentuh hatinya agaknya. Dia memandangku dengan raut wajah nakal. Adalah idea nakal yang melintas di fikirannya tu.
” Kalau nak tahu sambungannya, jom ikut abang balik KL.”
Sah, jelas apa yang melintas di fikiranku. Aku menggeleng kepala dalam senyuman.
” Bilah dah agak dah tadi. Tak mahulah ikut abang balik. Abang nanti sibuk memanjang, Bilah pulak duduk dekat rumah sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa lagi dekat Bilah, macammana,” luahku.
Einstein bingkas bangun. Matanya bulat memandangku. Luahan hatiku cukup memberi kesan padanya. Kisah itu masih kuat melekat di ingatan, tidak akan aku lupakan sampai bila-bila juga.
” Insya-ALLAH, kalau balik KL nanti Bilah selamat. Llepas ni tak akan jadi apa-apa pada Bilah dan baby kita. Selagi ada hayat abang, abang janji Bilah akan selamat bersama abang. Insya-ALLAH.”
Einstein merangkul bahuku, dekat padanya. Sungguh, hanya dia yang aku harapkan melindungiku. Bersamanya membuatkan aku rasa selamat dan terlindungi. Hanya dia!
------------------------------------------
            ” Kalaulah hari-hari macam ni, seronokkan sayang?.”
            Einstein tersenyum senang, aku tersenyum girang. Sisa waktu sejam yang masih ada ini ingin aku nikmati sepuasnya. Aku ingin kenangan ini menjadi kenangan terindah sebelum aku perpisahan seminggu ini.
            ” Kalau hari-hari macam ni, tak adalah Dr.Umar dengan Dr.Nabilah bang. Tak habis study, jadi penanam anggur sejatilah kita,” balasku sambil menatap wajahnya.
            Einstein tergelak kecil. Tangan kami bertaupan, seiringan kaki kami melangkah. Mujurlah tengahari ini agak redup, dapatlah kami menyusuri pantai Teluk Cempedak yang indah. Tenang di hati. Setenang angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar wajahku. Setenang air laut yang kebiruan menghiasi pandangan mata.
            ” Nak tanam anggur pun tak boleh sayang. Cuaca tak sesuai. Lagi pun kita tak ada tanah pun.”
            Serentak kami ketawa. Jalan yang sudah kami pilih sudah jelas. Hanya perlu kuatkan kaki melangkah, tekadkan hati berjuang dan sematkan semangat untuk menggapai kejayaan. Tidak mungkin kami putus asa dan berhenti di sekerat jalan. Hanya tinggal 6 bulan lagi untuk menggenggam segulung ijazah, harus terus melangkah hingga kejayaan jadi milik kami.
            ” Laju pulak masa berjalan hari ni. Tinggal 45 minit lagi. Kalaulah ada doraemon, abang nak pinjam time machine dia. Stoppkan masa, spend hari ini sepuasnya dengan sayang,” bisik Einstien.
            ” Tak mahulah stopkan masa, nanti tak keluar baby kita abang. Bilah tak sanggup morning sickness lama-lama tau,” balasku.
            Einstein menarikku ke arah tempat rehat di bawah pokok merendang. Dia merenungku tanpa kata. Jelas, perasaannya berbaur. Aku mengalihkan pandangan ke arah laut yang membiru.
            ” Bilah, abang minta maaf sebab tak ada temankan Bilah lalui semua ni. Kesiannya la isteri abang kena tanggung semuanya sorang-sorang.”
            Aku capai tangannya, ku genggam erat.
            ” Abang tak perlu minta maaf. Anggap semua ni sebahagian dari perjalanan rumahtangga kita. Insya-ALLAH, perpisahan ni akan lebih eratkan kasih sayang kita. Abang tak temankan Bilah tiap hari takpe, sebab baby kita ada temankan. Cukuplah Bilah tahu Bilah seorang saja cinta abang,” balasku romantis.
            Einstein mengukir senyuman. Dia memaut bahuku dekat padanya. Aku menjatuhkan kepala di dadanya. Dia berbisik perlahan padaku.
            ” Insya-ALLAH, sampai bila-bila pun hanya Bilah yang abang sayang.”
            Satu tangannya mengusap perutku yang masih belum berbentuk. Aku meletakkan tanganku diatas tangannya. Einstein menyambung katanya.
            ” Baby kita akan jadi saksi cinta abang pada Bilah. Abang janji akan jadi suami dan papa terbaik untuk Bilah dan baby kita.”
            Seiringan dengan katanya, dia mengucup pipiku. Senyumanku kian lebar. Bahagia yang sudah terukir ini aku harapkan berkekalan selamanya.
            ------------------------------------
            Jauh di mata, sentiasa dekat di hati. Hanya beberapa jam kelibatnya tidak ada di depan mata, bayangannya menerpa di sudut hati. Janji dan kata-katanya yang manis membuatkan senyuman aku terukir tanpa aku sedari. Hinggakan mama menegurku.
            ” Senang hati mama tengok Along happy macam ni. Senyum manis-manis, nanti cucu mama jadi comel dan manis juga.”
            Aku hanya tersengih malu mendengar teguran mama. Aduhai, siapalah bahagia kalau masalah yang melandaku sudah berlalu pergi. Biarpun masih ada yang harus diperjelaskan, aku sudah berpuas hati dengan janji dan ikrar Einstein. Itu sudah cukup membuatkan aku puas dan membangkitkan semangat menjalani kamus hidup sebagai wanita berbadan dua  hingga bergelar seorang ibu 6 bulan lagi.
            ” Erm, mestilah kena senyum selalu. Kalau Along masam, tak pasal-pasal baby keluar jadi PM nanti. Cemberut sepanjang waktu muka dia. Kesian mama dapat cucu tua sebelum waktunya,” selorohku.
            Mama menampar tanganku.
            ” Isk, benda-bena macam tu buat bergurau. Mama tak kisah macam mana rupa baby, yang penting sempurna cukup sifat dan sihat.”
            Aku sekadar mengangguk kepala. Kalau itu harapan mama, itu jugalah harapan kami.
            ” Oh ya, mama dah dilantik jadi jururawat peribadi Along. Sekarang waktunya makan vitamin dan minum susu,” ujar mama tegas sambil menghulurkan paket obat dan segelas susu padaku.
            ” Kalau tak mahu?,” soalku ingin tahu.
            ” Mama nak paksa juga sebab mama tak mahu jadi mentua yang derhaka.”
            ” Ha, mentua derhaka?,” soalku sambil tergelak kuat.
            Sepanjang aku hidup, baru sekarang aku mendengar gelaran tersebut. Kalau isteri dan anak derhaka adalah. Ni mentua derhaka, pelik bin aneh rasanya.
            ” Einstein minta mama tolong pastikan Along jadi kandungan Along baik-baik. Disebabkan menantu tu menantu mithali, kalau mama tak ikut permintaan dia, mama jadi mama derhakalah.”
            Aku tergelak kuat. Aduhai, macam-macam hal. Malas mahu memanjangkan perselisihan, gelas berisi susu aku teguk perlahan. Mama tersenyum senang melihatku.
            ” Insya-ALLAH, baby yang lahir nanti akan membuatkan semua orang bahagia. Mama, papa, ibu, ayah, emak dan abah jugak,” mama mengutarakan harapan.
            Tegukanku terhenti. Mataku tertancap pada mama yang duduk di depanku. Kata-katanya mengundang rasa tak senang di benakku. Memang harapanku kehadiran bayi tanda cinta aku dan Einstein memberi kebahagian pada kedua belah keluarga. Hanya dua, bukan tiga seperti kata mama. Aku menghamburkan kata protes akhirnya.
            ” Tiada lagi emak dan abah pada Along. Hari dia datang cederakan Along dulu, mereka dah tak ada dalam hidup Along dan abang. Dari sekarang sampai bila-bila, Along tak mahu lagi dengar apa-apa pun pasal mereka. Mereka dah mati dari hidup Along,” tegasku.
            Mama tersentak mendengar kata-kataku. Aku pantas mengangkat kaki dan berlalu pergi. Biarpun aku cuba melupakan kisah itu, ia datang lagi menerpa. Kerna aku dan Diana dikatakan punya persamaan, hidupku jadi berantakan. Ya ALLAH, kenapa kenangan itu datang lagi! Tidak cukupkah aku diuji selama ini?
            Dan malam itu, airmata mengalir lagi. Aku tidak mampu membahagiakan mereka lantaran aku dianggap pengganti anak kesayangan yang sudah pergi selamanya. Bukan niatku tidak mahu mengakui mereka sebagai keluarga sebagaimana pengiktirafan Einstein tetapi aku bingung dan buntu. Perlukan aku korbankan rasa sakit hati ini demi membuatkan rasa kehilangan mereka terubat. Ah, aku tidak mahu lagi bertemu mereka kerana janjiku untuk melindungi sesuatu yang berkembang di rahimku yang pernah mereka cuba diragut pergi dariku. Ya, mama akan melindungimu sayang selamanya!

5 comments:

Anonymous said...

sedih baca. nak lagiii.


~anna

MaY_LiN said...

hope sume nye berjalan lancar..
tamaula cedih2 bilah..

IVORYGINGER said...

sian Nabila. masih trauma. huhuhu...
Hope satu hari Nabila maafkan emak n ayah. Mereka memang dah ilang anak cuma xterima hakikat lagi. So tabah la ya. Dugaan mmg sentiasa ada dlm perkahwinan cuma kt harus kuat n tabah nk hadapinya. Jgn cepat jump to conclusion. Berfikir baik2.

n.haliban said...

huwah~
heroin nama nabilah ke? hehe..boleh la yek cik haliban nak bayangkan diri sendiri. hehehe....

Anonymous said...

x faham~