@rubiadaibrahim

Sunday, July 17, 2011

Ujian MD?

Aku tersenyum puas. Kata-kata tahniah dan pujian dari Prof. Amin sebentar tadi melekat kuat di ingatan. Rasa syukur menyelinap si segenap hati kerana hari ini perjuanganku sebagai pelajar perubatan akhrinya selesai. Setelah puas berdepan ujian demi ujian, akhirnya gelaran Medical Doctor (MD) jadi milikku jua. Khabar berita tersebut lantas aku dikhabarkan ke seluruh dunia.
Telefon di kampung jadi sasaran pertama. Aku mahu kongsikan berita gembira tersebut pada emak dan abah yang banyak berkorban untukku. Abah seperti biasanya, merakamkan tahniah dalam nada tenang. Hanya emak yang bercucuran air mata dalam gelak tawa.
“ Alhamdulillah, akhirnya cita-cita Rus tercapai juga. Mak tak tahu nak kata apa, Cuma mak nak sujud syukur atas kejayaan Rus ni. Rus jangan lupa sujud syukur juga, terima kasih pada ALLAH yang permudahkan segala urusan Rus.”
Pesanan emak menghantar rasa insaf di hati. Selesai aku mematikan telefon bimbit, langkah aku atur ke bilik air untuk berwudhu. Kemudian penuh keinsafan dan rasa syukur, aku menundukkan wajah. Merakam rasa syukur dalam sujud yang panjang. Puji tasbih, tahmid dan takbir membasahi bibir. Dan bibir ini tidak lekang menguntum senyuman. Kejayaan hari ini dan insya-ALLAH memberikan kebahagiaan pada hari mendatang.
------------------------------------------
Alhamdulillah, finally I’m officially dr.Rusyaida MD(“,)
Status di laman sosial facebook dikemaskini. Tidak perlu lama menunggu, teman alam maya sudah banyak yang memberi komen, merakam tahniah dan berkongsi kegembiraan denganku. Aku tersenyum makin lebar, makin manis hinggalah satu pesanan dari teman lamanku muncul di halaman facebook milikku.
Ihyamuddin: Congrats dr.Rusyaida,MD. Are you ready for another MD?
Aku ketawa kecil membaca tulisan Ihyamuddin. Dah lulus, tidak mungkinlah ada ujian lagi untuk menjadi seorang doktor. Ada-ada sahaja karenah Udin ni, getus hatiku.  Pantas aku membalas pesanan tersebut dengan sebuah persoalan.
Rusyaida: Dah jadi MD lah, mana ada ujian lagi. Tertinggal berita betul la kau Udin!
Aku tersenyum sendirian sambil menunggu balasan dari Ihyamuddin. Teman lama ku itu sudah lama tidak ada khabar berita dan hilang disebalik kesibukannya sehari-hari. Tiba-tiba sahaja muncul dengan memberi ucapan tahniah dan membangkitkan gurau senda. Dia yang aku kenal dengan perangai tidak peduli pada kawan 2,3 menjak kebelakangan ini cukup mengambil berat terhadap aku. Kalau aku mengupdate status, dialah yang pertama memberi komen. Sampaikan naik sasau jugalah aku kalau tidak dikomennya.
Tidak ada lagi balasan dari Ihyamuddin. Laman facebook aku jelajahi. Segala ucapan tahniah, dibalas dengan ucapan terima kasih tak terhingga. Senang dan girang benar hatiku malam ini. Terasa penat lelahku selama 5 tahun ini terbang pergi, berganti dengan kegembiraan yang tidak bertepi. Aku leka sebentar dengan internet di depan mata. Dering telefon bimbit menandakan ada sms dan panggilan masuk tidak dipedulikan. Hanya beralih arah dari laptop setelah telefon menjerit minta diangkat buat kali kelima. Aku mengeluh perlahan.
“ Ye adik, kenapa?,” soalku ringkas.
“ Kak Rus…Kak Rus sepatutnya adik yang tanya kenapa tau! Puas Ruha telefon, tak berangkat-angkat. Ada kes emergensi dekat rumah ni. Mak dengan abah nak cakap dengan Kak Rus. Silalah tahan telinga ya!,” leter Ruhaida, adikku panjang lebar.
Aku mengurut dada. Debar juga hatiku mendengar kata-kata Ruhaida yang berbunyi ancaman. Sebaik sahaja mendengar suara abah, rasa takut kian berganda. Ada apa ya?
-------------------------------
Keringat dingin memercik dari tubuh. Kerana pesanan abah, aku sudah berada di kampung halaman seawal jam 9 pagi. Penat jugalah berkejar-kejar untuk mengambil bas paling awal dari Kuala Lumpur ke Pahang tadi. Syukurlah ada tiket dan sekarang sudah pun tiba di rumah.
“ Penat mak bermarathon pagi tadi. Mujurlah tak tercabut kaki Rus tau,” keluahku sebaik sahaja emak bertanya tentang perjalanan pulangku.
Abah hanya tersengeh mendengar leteranku. Seperti selalu, dia tenang menghadapi anak daranya yang kepoh dan sudah tidak keruan ini.
“ Alhamdulillah, tak tercabut kaki. Kalau tidak, kena sarung cincin risik dekat hospitallah jawabnya,” sampuk abah setelah sekian lama dia berdiam diri.
Hampir tersembur air milo dari mulutku. Emak terkocoh-kocoh menenangkan aku. Dia mengurut belakang badanku. Bulat mataku memandang abah tidak percaya.
“ Jangan buat-buat terkejut. Dari dulu abah dah pesan dekat Rus. Kalau dah jadi MD, nanti ada orang nak masuk meminang. Ada satu lagi gelaran MD Rus akan dapat.”
Ketenangan abah tidak mampu menghilangkan debar di hati. Aku termenung tidak percaya. Emak dan Ruhaida hanya ketawa melihat riakku yang sudah pucat lesi. Aduh, siapalah lelaki malang yang sudi beristerikan aku tu? Salah pilih calon ke apa ni? Ayoyo!
------------------------
“ Abah, Rus dah habis enjoy lagi. Macammana nak jadi isteri orang kalau bagun pagi matahari dah tegak atas kepala. Skill masuk dapur satu habuk pun tahu. Nanti orang lain masak best untuk suami, Rus masak magi je setiap hari.”
Rasa protes aku suarakan juga. Emak hanya menyeringai ketawa. Kata protesku tidak satu pun mengubah keputusan abah. Aku akhirnya mengeluh kesal.
“ Sebab tak retilah, abah nak Rus belajar benda-benda basic dalam rumahtangga ni. Bukannya esok nak kahwin, lambat lagi. Insya-ALLAH, MD yang satu ni akan bahagiakan Rus dunia akhirat,” pujuk abah.
Aku mencebik bibir. Bukan dia tak tahu kerasnya hati aku. Kalau aku kata tak mahu, tak perlulah berbuih mulut memujuk. Abah mengeluh berat. Aku menjeling abah yang bangun dari kerusi. Aku ditinggalkan bersama emak di ruang tamu. Sempat abah memberi isyarat supaya memujukku kepada emak. Aku buat-buat tidak nampak.
“ Rus.”
Tidak ada jawapan.
“ Rus.”
Aku memalingkan badan kearah lain. Emak menepuk bahuku perlahan.
“ Tidak ada mak ayah dalam dunia ni yang nak tengok anak dia menderita. Mak dan abah buat semua ni sebab tahu orang yang nakkan Rus tu boleh bahagiakan Rus dunia akhirat.”
Pujukan emak membuatkan aku menatap wajahnya. Emak menganggukkan kepala, menyakinkan kata-katanya.
“ Macammana mak dan abah boleh yakin dia lelaki yang baik sedangkan mak dan abah baru jumpa dia sekali je. Lainlah kalau kenal rapat. Susahlah Rus nak yakin sebab Rus pun tak berapa kenal orangnya,” balasku.
“ Emak dan abah yakin sebab kami dapat rasakan keikhlasan dia. Pertama kali kenal dia dia dah cop Rus dah. Dia dah suarakan hasrat dia tu dari dulu. Cuma mak dengan abah je yang tak pernah kasi tahu Rus sebab tak mahu Rus terganggu. Rus kenal dia, Cuma kurang kenal dia yang sebenar je. Sebab dia lelaki yang baik, emak nak Rus pun jadi baik untuk dia. Barulah sepadan,” tambah emak panjang lebar.
Ligat akalku memikirkan siapa. Sebelum ini tak ada satu pun temanku yang cuba mendekatiku. Apatah lagi yang berani merasakan hasrat hati. Mungkin kerana aku yang bersikap dingin, mungkin juga kerana aku belum berasa ingin. Entahlah. Apa pun alasanku, tolonglah muncul wahai calon misteri! Menyesakkan nafas aku yang baru tenang je. Geramnya mak aih!
“ Kalau betul dia lelaki yang baik, dia akan terima baik buruk Rus. Kalau Rus tak reti masak, kami makan dekat luar jelah nanti. Kalau Rus tak reti mengemas rumah, ambil orang gaji jelah nanti. Senang cerita. Lagi pun zaman dah modenlah mak,” balasku tegas.
Emak menggelengkan kepala. Senyuman manisnya terukir, meruntuh kerasnya hatiku.
“ Kalau Rus anak orang lain, mak tak kisah Rus tak reti mengurus rumahtangga. Tapi sebab Rus anak mak, mak nak anak mak cuba jadi isteri yang sempurna untuk isteri. Sebab sebaik sahaja Rus menikah, keluarga suami Rus akan jadi keluarga Rus. Mertua Rus akan jadi mak ayah Rus. Segala gelak geri Rus akan diperhatikan. Dan kalau Rus tak reti urus rumahtangga, orang tak akan salahkan Rus sepenuhnya. Orang akan tanya siapa dulu siapa keluarga Rus, mak dan abah tak ada ajar Rus ke? Mak tak mahulah nama mak dan abah buruk sebab tak mengajar anak mak.”
Aku menggigit mulut. Kata-kata emak menyedarkan aku tentang hakikat sebuah perkahwinan. Walaupun zaman sudah maju, kehidupan rumahtangga tetap begitu. Ada nama baik keluarga yang harus dijaga, ada keluarga baru yang harus aku layani bagai keluargaku sendiri.
“ Dulu-dulu, nenek pun pernah cakap perkara yang sama pada emak. Walau tinggi mana pun pelajaran perempuan, sebaik sahaja di rumah suami harus diutamakan. Kena juga masuk dapur, jaga makan pakai dia sebab jatuhnya sayang seorang suami pada isteri bila isteri ambil berat dan curahkan kasih sayang, perhatian pada dia. Sekarang ni, dah sampai giliran mak pula mendidik Rus jadi calon isteri terhebat abad ni.”
Kata-kata emak membuatkan aku diam tidak berkutik. Emak tersenyum senang. Sedangkan aku sudah tidak mampu berkata apa-apa. Dalam debar menunggu hari dipertemukan dengan calon suamiku, ada tugas untuk calon isteri yang aku jalani. Sabar jelah.
---------------------------------
Penat menjalani tugas di rumah tidak sama seperti aku menjalani tahun klinikal. Manakan tidak, semua perkara asas rumahtangga yang aku pelajari di zaman muda remaja dah hilang telan kesibukan. Walaupun ada juga benar, tapi lebih banyak yang salahnya. Emak tidak pula marah kalau aku salah tetapi diberi teguran demi teguran, ajaran demi ajaran dan nasihat demi nasihat kepadaku. Malu jugalah dengan diri sendiri yang dah mengarut dan ke laut bab-bab mengurus rumahtangga ni.
Seminggu pertama di rumah, jadual ku penuh benar. Setiap pagi, aku menemani emak ke pasar. Diberi tunjuk ajar dalam memilih bahan basah yang baik untuk mengeloh makanan. Penat jugalah kepala untuk mengingat. Inilah padahnya kalau selalunya berguru pada buku. Bila tak ada buku, mulalah hidup tak keruan. Sabar jelah.
“ Kalau pening-pening nak beli ikan, tanya je pada cik abang yang handsome ni. Kalau sepatah cik adik tanya, beratas patah cik abang bagi jawapan ya,” sampuk penjual ikan bila aku mukaku mula mengerut pening dengan penjelasan emak.
Emak mengeringai ketawa. Sama kejadiannya bila aku salah memasak singgang ikan.
“ Ya ALLAH, ni ikan singgang ke akuarium. Ikan paus pun boleh masuk dalam ni lagi tau,” gurau emak dalam tawa.
Aku menggaru kepala. Merona mukaku menahan malu. Manakan tidak, singgang ikan airnya tak ubah seperti air kolam. Airnya banyak, warnanya tak kuning, rasanya tawar. Aduhai, masakana mudah pun dah out. Inikan pula masakan ala chef, dapat perkataah ceh pun mujur!
Tapi emak tidak pernah kenal putus asa mengajarku. Setiap hari, pelajaran yang diberikan bertahap. Hari pertama, segala makanan yang mudah dan ringkas diajari langkah demi langkah. Hari pertama, kursus memasak lempeng untuk sarapan, singgang ikan dan sayur kobis untuk makan tengahari dan kuih ketayap untuk minum petang. Walaupun bukan sepenuhnya hasil tanganku, pujian abah membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga. Bangga tau!
Hari demi hari berikutnya, resepi yang lebih sulit diajar padaku. Makanan yang harus digoreng, direbus mahupun dibakar semuanya dipersembahkan kepadaku. Penat jugalah mencari ruang kepala untuk mengemaskini dan menyimpan file. Apa-apa pun, adalah ilmu-ilmu asas nak menampan hati suami dalam masakan. Bolehlah tahan dari tak ada langsung nanti.
Selain memasak, bab asas lainnya juga jadi perhatian emak. Dari sekecil perkara hinggakan asam garam rumahtangga semuanya dicurahkan kepadaku. Pesan emak, sebaik sahaja jadi isteri, sepanjang hari adalah untuknya. Dari pagi hingga pagi keesokan harinya, harus menjadi perempuan yang siap berbakti. Dijanjikan pahala yang besar dan syurga andai tanggungjwab itu terlaksana dengan baik.
“ Setiap pagi mesti sediakan secawan milo/kopi/nescafe sebelum suami pergi kerja. Jangan sampai satu hari nanti suami tanya, pernah ke awk buat air utk saya?,”
“ Awak pun tak pernah buat air untuk saya, kenapa saya kena buat?,” balasku dalam nada bergurau.
Emak tergelak kuat. Ada-ada sahaja ideaku menghilangkan gugup bila bab-bab sensitive alam ruamhtangga dibangkitkan.
“ 2. Setiap hari mesti basuh dan lipat undergarment dan stokin suami dan simpan dalam laci khusus supaya pagi-pagi kita dan suami tak tercari-cari. 3. Badan mesti bau wangi sentiasa, jangan bagi suami bau badan kita. Pakai minyak wangi sebelum tidur kerana masa tidolah masa yg lama kita bersama suami. Beli minyak wangi dan pakai yang bau yang suami paling suka. 4) Jaga makan minum suami dan harus masak lauk sendiri walaupun sayur dan ikan goreng je. Kalau masak yang ala chef, itu kira bonuslah untuk isteri. 5) Harus ganti cadar setiap minggu dan jaga kebersihan rumah. Kalau rumah bersih, malaikat pun datang menjenguk. Tambah bahagia, tambah berkat, tambah selamat rumahtangga. Insya-ALLAH.
Bukan emak sahaja, abah juga tidak lupa memberi saran. Kata abah, setiap hari harus mencari waktu untuk solat berjemaah kerana dengan solat berjemaah akan wujud keserasian bersama dan akan dikurniakan keberkatan dalam rumahtangga.
“ Rus kena sayangi dan hormati mak ayah mertua sama macam mak dan abah. Oh ya, bila kita kahwin, kita bukan kahwin dengan dia seorang tapi dengan keluarganya juga. Jadinya, harus sambung silaturahmi adik beradik dan saudara mara kedua pihak untuk  panjang umur .Kemudian, suami banyakkan bersabar dan isteri jangan kuat merajuk.”
“ Kalau nak merajuk juga, boleh tak?,” soalku nakal.
“ Boleh, tapi jangan sampai balik sinilah,” balas abah sambil ketawa kecil.
“ Boleh merajuk, Cuma jangan melaratlah. Kalau merajuk sayang tu, biasalah. Merajuk tak dapat selesaikan masalah. Jadi bawalah berbincang kalau ada perselisihan faham. Setakat itu dulu, yang emak dan abah boleh kongsikan. Yang lain-lain, Rus bincanglah sendiri dengan bakal suami Rus nanti. Jadilah MD yang terbaik untuk dia. Abah dan emak doakan Rus bahagia.”
Kata-kata emak dan abah cukup menyentuh hati. Calon suami pilihan emak dan abah siapa gerangannya aku belum tahu. Walaupun abah sudah mahu memberitahu, aku mengambil sikap tidak ambil tahu. Biarlah sampai hari merisik minggu depan kerana siapa pun dia, aku merasakan sudah hampir lulus ujian mengurus rumahtangga yang diselanggara emak tempoh hari. Jadi, secara ringkas sijil MD kedua sudah hampir pasti jadi genggamanku.
-----------------------------------------
Getar di jantungku sudah tidak menentu menunggu tetamu yang akan datang dengan hasrat setinggi gunung. Bibir entah kenapa terkatup untuk mengatakan tidak sanggup. Melihat emak dan abah yang gembira benar mahu aku disunting menjadi tunangan orang menambah rasa gugupku. Siapapun calonnya, pastinya dia adalah lelaki yang baik. Kerana dengan satu kali pertemuan sahaja, emak dan abah sudah setuju mahu menjadikan dia seorang menantu. Sedangkan aku, tak tahu le nasibnya bagaimana? Kali pertama bertemu dengan keluarga sebentar nanti, entahkan jadi menantu entahkan jadi hantu.
“ Ya ALLAH, permudahkanlah,” lafazku berulang kali di hati.
Tetamu yang ditunggu akhirnya tiba. Aku di dalam bilik sudah diselubungi rasa seram sejuk. Lebih berdebar lagi bila keluarga pihak lelaki meminta izin mahu melihatku. Abah memanggilku keluar. Langkah aku atur perlahan. Saat mengangkat muka, lelaki yang duduk tidak jauh dariku melempar senyuman.
“ Nur Rusyaida, sudi tak jadi tunang Ihyamuddin?,” soal perempuan bertudung litup di depanku.
Bila aku menganggukkan kepala, dia menyarungkan cincin di jariku. Ihyamuddin tersenyum manis dalam wajah terpancar gembira.
“ Alhamdulillah. Rus dah rasmi jadi tunang orang. Insya-ALLAH, 2 bulan lagi rasmi jadi isteri Din pulak. Tahniah sayang,” bisik emak perlahan.
Jelas dan sudah tidak ada keraguan lagi, dialah bakal suamiku. Dan serta-merta, kenangan kelmarin melintas fikiran. Pertanyaan yang aku anggap gurauan suatu ketika dahulu mengundang senyuman di bibirku.
Congrats dr.Rusyaida,MD. Are you ready for another MD?
Tidak ada bicara yang terucap, cuma senyumanku pastinya mengandung jawapan tersirat. Saat ini, dihati berlagu hanya satu kata.
Yes, I’m ready to be your Mrs  Din forever and ever. Insya-ALLAH.”
-----------------------------------------
Salam alaik. Cerpen comeback kekononnya. Lama dah xde update. Busy dan sometimes kerana busy, saya rasa nak stop menulis. Kesian dekat orang yang tertunggu-tunggu sambungan novel yang terbengkalai especially CCB. Setakat ni, memang kurang sempat menulis ya. Maaf sangat-sangat. Selamat membaca. Cerpen ni sempena demam exam yang dah datang. Insya-ALLAH, saya akan exam LONG CASE INTERNAL MEDICINE Rabu depan..Mohon doanya ya. Terima kasih (",).

8 comments:

MaY_LiN said...

alahai..
nak lagi..
hihihi
gud luck sis..

nabila said...

Laa crpn k?..sy igt kn cik pnulis yg dh btunang..
hahahaa..

adaibrahim said...

tq may lin...
nabila: hehehe, bukan saya nak bertunang...kalo saya nanti, x tulis panjang2...terus kasi jemputan kahwin je kat sini...(",)

sue said...

Best lah... kalau panjangkan lagi best...

Anonymous said...

sye tak faham. lagi satu MD tu ape?

dewdrop said...

wah3..seb baek ade geng dgn anon di atas..hahaha..sy pun xdpt tgkp another MD tu stand for ape keh3..ape erk??sesape tlg kasitau..huhu ^_^

adaibrahim said...

ade dekat sentence terakhir...MD is stand for Mrs.Din (",)

Saya said...

tahniah!! jadilah doctor yg berwawasan :)
http://nadzmonostone.blogspot.com/