Einstein mengucapkan salam. Hanya Pak Cik Razlan yang
menjawab salam, Mak Cik Rahmah hanya menunduk memandang meja. Aku memandang
wajah Einstein sekilas. Dia melemparkan senyuman kepadaku, cuba menghilangkan
gundah di hatiku barangkali.
” Mak dan abah, apa khabar?,” soal Einstein
sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Ayah menyambut huluran salam tersebut. Lama
mereka bersalaman, mereka saling berpandangan tanpa kata. Aku hanya
memerhatikan tingkah mereka. Einstein mengisyaratkan aku supaya bersalaman
dengan emak angkatnya. Aku menurut tanpa banyak soal.
Salam yang aku hulurkan hanya dipandang sekilas
oleh Mak Cik Rahmah. Matanya masih menunduk memandang meja di hadapannya.
Melihat dia begitu, aku menarik kembali huluran tanganku sebelum duduk
bertentangan dengannya. Bingung dan buntu fikiranku dengan situasi ini.
” Mak
teringin sangat nak jumpa dengan Bilah. Dia nak minta maaf. Abah harap Umar dan
Bilah boleh maafkan mak. Abah tahu susah tapi hati abah takkan tenang selagi
tak jumpa Umar dan Bilah.”
Kata-kata Pak Cik Razlan semalam menerpa di
ingatan. Melihat situasi hari ini, sepertinya hanya Pak Cik Razlan sahaja yang
bersungguh mahu bertemu dengan kami. Sedangkan Mak Cik Rahmah, terpaksa dan
harus rela dengan pertemuan ini. Buktinya, reaksinya dingin sahaja. Tidak
menunjukkan minat untuk berdamai dan berbicara denganku sama sekali.
” Nabilah apa khabar? Sihat?,” teguran Pak Cik
Razlan menyentak lamunan.
Pandangan aku alihkan kepadanya. Hanya segaris
senyuman aku lemparkan.
” Alhamdulillah kalau sihat. Mesti penat berkejar
ke sana ke sini bawa perut setiap hari ya.”
” Awal-awal mengandung dulu memang penat.
Sekarang ni, dah okey sikit dah. Kata orang,alah bisa tegal biasa.
Alhamdulillah, baby pun dah faham dengan rutin Bilah sekarang ni. Kalau tidak,
penat jugalah memujuk baby mengamuk setiap hari,” balasku dalam nada
berseloroh.
Einstein mengeringai ketawa mendengar gurauanku.
Pak Cik Razlan hanya tersenyum sumbing sebelum membalas kata-kataku.
” Kalau mamanya kuat, anaknya pun nanti mesti
sihat. Tak sabar nak tengok cucu atuk ni.”
Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Pak Cik
Razlan. Cukup dalam makna dari bicaranya itu. Sebagaimana dia tidak sabar mahu
melihat cucu angkatnya ini, begitu jugalah rasa tidak sabarku. Tambahan pula,
di usia kehamilan yang sudah mencecah 5 bulan ini, denyut jantung janinku sudah
terasa. Mendengar denyut jantung dan merasakan gerakannya membuatkan aku
merasakan betapa bertuahnya diriku kerana diberikan kesempatan ini.
” Insya-ALLAH, 4 bulan lagi abah boleh jumpa
dengan cucu abah dan mak. Doakan semuanya lancar ye,” sampuk Einstein sambil
menggengam erat tanganku.
Aku hanya menguntum senyuman dengan tindakan
Einstein. Sikap penuh perhatiannya tidak mengira waktu dan tempat serta tanda
rasa segan dan silu.
” Insya-ALLAH. Berapa exact date Bilah dijangka
bersalin?.”
” Hujung bulan 9 abah. Tapi awal bulan 9 dah kena
ready dah. Takut baby dah tak sabar nak tengok dunia nanti, tak pasal-pasal
kelam kabut dibuatnya,” balas Einstein.
” Ooh, gitu. Insya-ALLAH, nanti kami balik sini
kalau Bilah dah nak bersalin. Umar jangan lupa beritahu kami ya.”
Einstein mengangggukkan kepalanya.
” Mak dan abah nak ke mana?,” soal Einstein.
” Abah dan fikir panjang. Insya-ALLAH, kami akan
balik ke UK semula. Mak pun belum sihat sepenuhnya. Sambil bercuti, sambil
berubat di sana.”
Aku mengetap bibir. ALLAH, besarnya penderitaan
seorang ibu di depanku ini.
” Kalau dah balik dekat sana, bukan bercuti
namanya abah. Itu bawa diri,” ujar Einstein berseloroh.
Pak Cik Razlan menyeringai ketawa. Aku menatap
wajah Mak Cik Rahmah di depanku yang masih menyepi. Dari tadi, dia hanya
mendengar percakapan kami. Geram juga rasa di hatiku. Namun aku sabarkan hati kerana aku sudah
maklum kondisinya. Dia masih terganggu fikirannnya dengan peristiwa kelmarin
barangkali. Pastinya masih ada rasa bersalah yang masih membelenggu hingga dia
tidak mampu menatap wajahku.
” Kalau mak dan abah bawa diri sebab rasa
bersalah dengan Bilah, Bilah dah maafkan salah mak dan abah. Kalau boleh, Bilah
nak jadi pengganti Diana yang dah pergi. Walaupun bukan anak yang sebenar,
Bilah akan berusaha menjadi anak yang benar-benar baik untuk mak dan abah.”
Aku bersuara penuh yakin. Kedua insan di depanku
mempamerkan raut terkejut. Kedua-duanya saling berpandangan dengan wajah tidak
percaya. Lama, suasana sunyi menyelubungi.
” Mak bukan mak yang baik untuk Diana..Mak pun
tak layak jadi mak untuk Bilah sebab mak yang baik takkan korbankan nyawa anak
dan cucunya sendiri...Mak macam apalah mak ni?.”
Mak Cik Rahmah merintih sayu membalas
kata-kataku. Airmatanya laju mengalir dari tubir matanya. Kata-katanya cukup
menyentap jiwaku.
Melihat kesedihan di wajahnya, aku mencapai
tangannya. Ku genggam erat. Awalnya dibiarkan sahaja. Tidak lama, aku rasakan
genggaman erat darinya. Tangisannya makin menjadi-jadi. Pantas, aku beralih
tempat. Ku hampiri dia sebelum melingkarkan tangan di bahunya. Tanpa sedar, ada
air jernih yang mengalir dari mataku.
” ALLAH, kuatkan dia, pujuk dia dengan rahmat
kasih sayang-MU.”
Aku
lafazkan doa itu berulang kali di dalam hati. Moga kemaafan yang ku hulurkan
membuatkan kedua insan ini bahagia dan mampu tersenyum selamanya.
--------------------------------------------
” Kesalahan itu pahit, kemaafan itu indah.”
Kata-kata mama menampan telinga. Aku mengukir
senyuman mengingat peristiwa siang tadi.
Ya, kebenaran kata-kata itu tidak perlu diragukan
lagi. Kerana kemaafan yang sudah dihulurkan, sudah hilang rasa marah di dalam
hatiku. Rasa benci dan dendam hilang serta merta dan digantikan dengan rasa
kasih dan sayang. Kerana kemaafan juga, hubungan yang sudah hampir putus kembali
bertaut. Dan yang paling menggembirakan hatiku, anak yang aku kandungkan ini
akan menjadi cucu kepada tiga keluarga bila dilahirkan nanti. ALLAH, satu
nikmat yang tidak pernah aku fikirkan sebelumnya.Syukur pada-MU Tuhan.
” Assalamualaikum.”
Aku berpaling ke pintu bilik. Einstein melangkah
masuk dengan senyuman bermain di bibirnya. Jelas, ada makna tersembunyi di
sebalik senyuman itu. Aku menatapnya tidak berkelip.
” Assalamualaikum,” Einstein melafaz ucapan salam
sekali lagi kerana aku tidak menjawab salamnya tadi. Aku membuang pandang ke
arah lain, segan juga dengan diri sendiri.
” Bilah malu sebab tak jawab salam abang atau
malu sebab abang tahu Bilah berangan ni?.”
Soalan Einstein aku balas dengan senyuman. Tidak
perlu dijelaskan dengan kata-kata kerana dia sudah faham benar dengan sikapku.
Suka berangan, mengelamun dan termenung. Kalau dah buat hobi tu, tak sedar
dengan dunia sekeliling. Nasib badanlah dapat isteri bernama Nabilah Azna ni.
” Bilah berangan apa tadi? Senyum sampai ke
telinga tu, happy betul!.”
” Bilah tak cakap pun abang dah tahu...Abangkan
suami terhebat abad ni,” balasku berseloroh.
Einstein ketawa. Dia mengambil tempat di
sebelahku.
” Lapang rasa hati bila kita dah settle dengan
mak dan abah. Mudah-mudahan mak cepat sihat dan dia orang dapat balik masa baby
lahir nanti,” ujar Einstein penuh harapan.
Aku menganggukkan kepala. Itu juga doaku.
Mudah-mudahan, diberikan kesembuhan dan dilancarkan segala urusan mereka.
” Bilah ingat nak hadiahkan something pada mak
& abah sebelum dia orang terbang. Itu pun kalau abang setujulah.
Mudah-mudahan dengan hadiah dari kita, ALLAH berikan kesembuhan jiwa, raga pada
mak.”
” Hadiah apa tu sayang?,” soal Eintein penuh
minat.
Aku mengenyit mata padanya sebelum bangkit mahu
membuka almari kecil di samping katil. Melihat pergerakanku agak terbatas, Einstein
mendahuluiku. Aku hanya tersenyum melihat tingkahnya.
” Seribu kali tak sabar pun, tunggulah. Dah hilang
suprise!,” luahku sambil ketawa kecil.
Einstein menggaru kepala. Naskah berkulit hijau
di dalam almari dikeluarkan dan dipamerkan kepadaku. Dia memandangku dengan
raut tidak percaya.
” Itu baru step pertama..Step kedua, Bilah
sendiri akan ajarkan surah-surah pilihan pada mak untuk dijadikan amalan. Kalau
kita dekat dengan ALLAH, ALLAH akan dekat dengan kita. Bila ALLAH dah dekat,
Insya-ALLAH semuanya dipermudahkan.”
Einstein memandangku tidak percaya. Naskah hijau
itu aku letakkan di atas meja di samping katil. Tangan Einstein aku capai dan
aku arahkan dia duduk di sampingku. Einstein menurut tanpa kata dengan wajah
yang masih terpinga-pinga. Alahai, comel betul.
” Selamatkan dirimu dan ahli keluargamu dari
neraka. Dan anak yang baik akan bawa mak ayah dia ke arah kebaikan. Sebagai
anak yang baru diiktiraf sebagai anak, Bilah akan bantu mereka semampu Bilah.
Itu tanda kasih Bilah pada mereka berdua selain doa yang tak putus untuk
keduanya,” balasku penuh yakin.
Einstein
masih memandangku dengan mata tidak berkelip. Lama dia begitu sebelum dia
mengalih pandangannya ke tempat lain. Aku menggaru kepala menghadapi perubahan
sikapnya. Tanpa aku duga, dia memelukku erat. Saat mata kami bertentangan, jelas
ada perasaan sayu tergambar di situ.
” Bilah
ingatkan Bilah je ratu airmata. Abang pun raja airmata ye?.”
Einstein
ketawa kecil sebelum merungkai pelukannya.
”
Sekali-sekala je sayang. Jangan baby kita pun kuat menangis nanti,sudahlah. Thanks
sayang for everything. You’re the best wife ever.”
Pujian
Einstein membuatkan aku mengukir senyuman. Makin lebar dan menguntum bila kucupan
lembut dihadiahkan di kedua belah pipiku.
----------------------------
Seminggu
menjelang pemergian mak dan abah ke UK, setiap malam aku dan Einstien
berkunjung ke rumah mereka. Satu kepuasan dalam diriku melihat mak dan abah
dapat merasakan kehadiran anaknya ini. Kata abah, hilang rasa sunyi mereka dengan
kedatangan kami.
Kesempatan
itu juga, aku gunakan sebaiknya untuk menyempurnakan hadiahkan. Usai solat
magrib, aku ajarkan surah pilihan kepada emak. Emak menitiskan airmata tidak
percaya dengan tindakanku awalnya. Namun, disambut baik. Dan sebagai balasan,
ada doa yang terucap untuk keselamatan dan kesejahteraan aku menjalani tempoh
kehamilanku.
Melihat
senyuman keduanya, menghantar rasa bahagia yang tersendiri. Di hari terakhir
sebelum mereka kembali ke UK, ada permintaan khusus dari mereka. Mereka mahukan
kami bergambar bersama selayaknya sebagai satu keluarga. Dan sebagai anak,
permintaan mereka kami penuhi tanpa banyak soal.
Namun
satu kejutan bagi kami sebaik sahaja tiba di sana. Ada mama, papa,ibu dan ayah
yang ikut serta. Kata mereka, sebagai satu keluarga besar selayaknya kami
merasakan pertemuan dan perpisahan ini. Dan itulah yang paling membahagiakanku
sepanjang kehamilanku ini. Di kala ini, sungguh indah nilai kasih sayang ALLAH
buatku. Dan benarlah kata ibu tempoh hari.
” Belajarlah memaafkan kerana dengan memaafkan kita
akan mudah dimaafkan oleh orang lain dan ALLAH S.W.T. Dengan hanya kata maaf
juga, kita dapat hubungkan kasih sayang, menjadi orang paling disayang Rasul
dan hamba yang penyayang di sisi-NYA.”
Dan rasa syukur kembali mengisi segenap hati.
Terhubung sudah kasih dan sayang. Moga kami disayangi dan dicintai ALLAH
selamanya! Dan kala ini, sempat aku berbisik pada si kecil yang makin bergerak
aktif di dalam rahimku.
” Terima kasih sayang kerana membuatkan mama kuat
dan pemaaf”.
6 comments:
Salam ramadhan..tahniah kak...as usual...entry kak mmg terbaik...terubat r rindu kat AP..tabik r ngan bilah ni...6t kalu free update CCB skali ek
alhamdulillah..semoga mak angkat enstein diberi semula kesihatannya...seronok bilah ade 3parents...huu
suka nya bile sume nye kembali sedia kala..
finally! pueh hati den! :D
bila nk smbung, x sabar nk tunggu!!!!!!!!!!!
Sambunglah cepat...kkk
Post a Comment