@rubiadaibrahim

Saturday, August 6, 2011

Salam Ramadan

Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadan kepada semua. 
Alhamdulillah, dah 5 hari kita berpuasa dan berada di bulan Ramadan. 
Maaf kepada semua, lambat mengucapkan Salam Ramadan dan masih belum berkesempatan menulis n3 istimewa sempena Ramadan. Maaf sekali lagi kerana kurang ada waktu lapang untuk menulis. 

Maklum sahajalah sebagai seorang insan yang berprofesi sebagai student, ada keutamaan lain yang harus saya dahulukan. Bukan tak rindu nak menulis, bukan tak ingat nak mengayat dan mengubah idea dan cerita kepada ayat kreatif, cuma masa kurang mengizinkan. Moga n3 ini dapat membuatkan semua faham akan kesibukan saya. Walaupun kurang sibuk, ada sahaja kerja yang menuntut saya mengetepikan kerja-kerja penulisan seketika.

Insya-ALLAH, di n3 kali ini saya kongsikan kisah saya berpuasa di rantauan. Tidaklah meriah, tidaklah terlalu payah. Insya-ALLAH, akan jadi kenangan seumur hidup yang memberi pengajaran sepanjang zaman. 

Tahun 2006, saya berpuasa dan beraya di perantaun buat pertama kalinya. Apa yang saya dapat katakan, kurang menarik dan tidak tertarik untuk menikmati puasa di sini.Maklum sahajalah, tidak ada bazar Ramadan yang menghidangkan selautan makanan. Apa yang ada di rumah, itulah jadi santapan. Ada jualan makanan untuk berbuka cuma kurang sesuai dengan selera. 

Tambahan pula, baru beberapa bulan saya berada di negara ketika Ramadan menjelang. Takut perut belum kenal dengan " kuman-kuman", saya mengambil keputusan tidak makan yang dijual di luar. Jimat belanja, badan sihat dan sejahtera.

Sangat menipu kalau saya katakan saya tak pernah menangis sepanjang puasa di sini. Teringat pada mak dan abah di rumah, teringat pada makanan masakan mak membuatkan saya harus banyak bersabar. Hilang sabar dan sedih, menitislah air mata. Nak hilangkan rasa rindu pada masakan Malaysia,pandai-pandailah cari resepi dan memasak sendiri. Alhamdulillah, basic skill yang dah ada sebelum datang banyak membantu. Kalau nak makan yang lebih " canggih,maju dan ala chef", terpaksalah belajar dari sms. Syukur alhamdulillah,cubaan memasak menjadi. Layan jelah masakan " budak baru belajar ni".

Raya pertama di perantauan, kedua kakak senior serumah saya pulang ke tanahair. Tinggal saya seorang diri di rumah. Saya jemput kawan-kawan yang lain meraikan lebaran bersama-sama. Semangat betul saya mencari daun ketupat nak cari feel raya. Mujurlah ada jual. Seingat saya, hari raya pertama kami hidangkan nasi minyak, ayam masak merah, sayur campur, ketupat dan kuah kacang untuk tetamu. Punya risau makanan raya tak habis, semua yang tak balik Msia saya jemput. Bila dah habis, barulah terfikir, nak makan apa esok-esoknya?Huhu...Lawak rasanya.

Kenangan raya pertama yang paling tak boleh lupa? Mestilah ada. Sehari sebelum hari raya, saya telefon Msia, ucap selamat hari raya pada keluarga. Sedih punya sedih,saya pun katakan pada abah saya:

" Sedihnya raya tahun ni tak dapat balik raya dengan semua. Rasa nak menangis...huhu"

Masa tu air mata dah bergenang cuma belum menitik. Belum sempat jadi drama airmata, tiba-tiba abah balas:

" Ada , jangan nangis. Nanti abah yang menangis."

Kata-kata abah membuatkan saya sebak. Orang lain yang  di perantauan, orang lain yang menangis. Tapi disebabkan sedih, tak sedar saya teresak-esak. Dan yang membuatkan saya terkejut, abah yang awalnya masih bergurau-gurau tiba-tiba diam. Rupa-rupanya abah betul-betul menangis. Maka, jadilah drama airmata sebelum raya. Sabar jelah!Hehe.
Alah bisa, tegal biasa.Tahun ke-2 dan seterusnya, alhamdulillah dah okay.Tidaklah homesick dan sickness sangat berpuasa di sini. Sampailah ke hari ini. Cuma, kalau balik Malaysia sebelum raya, hukumnya wajib ke Bazar Ramadan. Sebelum balik, saya dah buat list makanan yang nak dibeli. Setiap hari puasa, abah akan tanya saya nak makan apa. Seronok rasanya. Untung jadi anak rantau ni, balik-balik rasa macam semua orang saya tau. Jadinya,merantaulah jauh-jauh kalau nak mak dan abah makin saya..Hehe.

Dalam banyak-banyak hal, ada juga keseronokan puasa di sini. Setiap pagi, ada yang membangunkan sahur. Sama persis macam sinetron@drama Indonesia yang ada di TV tu. Kalaupun malas bangun sahur, akhirnya bangun juga sebab tak tahan dengar suara orang suruh.." Sahur..Sahur.." di luar rumah. So far, so good, tidaklah terbabas bangun sahur.

Tahun ini!
Tahun ni sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Tahun pertama bergelar doktor walaupun cuma doktor muda@medical intern. 

Jadual kerja masih sama seperti belum tiba Ramadan. Cuma agak berbeza dengan zaman masih bergelar seorang student. Ada oncall@ night shift. Ada patient yang harus diberikan perhatian. Dan tak lupa ada ujian yang harus dihadapi di bulan Ramadan ini. Sampai ke hari ini, saya belum berkesempatan berbuka di hospital sewaktu oncall. Hanya sempat bersahur sahaja pada hari pertama Ramadan kelmarin. 



Lain dan berbeza dengan di J-Town sebelumnya. Di wad tempat bertugas, tidak kedengaran sahutan menyeru supaya bersahur. Cuma ada nurse dan doktor yang mengingatkan saya. Dan kerja-kerja follow up patient di pagi hari lebih mudah berbanding sebelumnya kerana kebanyakan patient sudah bangun pagi-pagi. Tidak perlu membangunkan mereka dan kurang sikitlah rasa bersalah.Hehe.


Ramadan kali ini, saya kembali dengan rutin yang saya tinggalkan hampir 3 tahun lalu. Alhamdulillah, kerinduan dengan tugas berbuletin dah terubat. Sepanjang Ramadan, Insya-ALLAH agak sibuk dengan tugas MENCAPUB@ PUBLIKASI dalam rangka saling ingat-mengingat untuk semua keluarga RSHS. Untuk tatapan pembaca sekalian, bolehlah layan isi buletin IHYA RAMADAN@IHRAM 1432 H edisi pertama ni. (Klik pada gambar untuk perbesar)



 Sekadar peringatan kepada diri saya dan semua, sama-samalah kita manfaatkan detik waktu di bulan Ramadan ini dengan mengingat dan mencari keredhaan-NYA. Moga Ramadhan kali ini menjadikan kita hamba yang beruntung dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-NYA. Insya-ALLAH.

 Akhir kata, Salam Ramadan buat semua.. Sama-samalah kita beramal soleh dan saling ingat-mengingat terhadap kebenaran untuk menjadi hamba-NYA yang sentiasa beruntung.

P/S: Saya ujian final ILMU PENYAKIT DALAM hari Isnin depan. Doakan saya ye.

Wassalam. Wallhu'alam

1 comment:

dewdrop said...

sy pertama kali berpuasa n berya di tempat org tahun 2008..pengalaman kte xjauh beza pun..bile dikenang2 balik bile dh besar sket ni,mcm lawak la plak n jd segan sndiri..heheh..klau cik writer, nanges dgn org mesia,sy n kawan2 plak nanges beramai2 kt umh smbil layan lagu raye kt utube..awal2 nye kunun sumer muke tabah la..alik2 bile smpai part lagu mamat yg ku pohon restu ibu ayah tu,sumer pakat leleh..xcukup dgn tu,esoknye,smbang plak sketsa air mata kt kedutaan..cemas xbanjir..hehehe..lwak2!!hurmm,skrg dh cukup "besar" utk jalani sumer tu disini..btol la org kg sy ckp "experience is the best teacher,but the tuition is high"
akhir kata,selamat berjye in ur upcoming exm dr.ada..semoge dipermudahkan sgalenye =)