@rubiadaibrahim

Sunday, October 9, 2011

Al-Kisah

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua? Moga sihat dan dirahmati ALLAH S.W.T selalu. Alhamdulillah, hari ini ada kesempatan untuk menulis setelah sekian lama menyepi. Maaf membuatkan anda semua tertunggu-tunggu dengan N3 baru. Insya-ALLAH, hari ni saya akan explain & clarify semua hal yang tak jelas berkaitan dengan karya saya yang dah makin kurang jelas arahnya.

SIBUK!
Itu alasan dan sebab paling sering saya katakan pada semua bila ditanya bila nak ada sambungan novel, bila nak ada n3 baru dan bila novel yang dijanjikan akan siap sampai sekarang tak siap-siap lagi. Mungkin ada diantara kalian dah muak dengan alasan tu. Erm, saya pun sebenarnya dah muak dengan alasan tersebut. Hehe. Tapi apa nak buat, life is so complicated. 

Suka saya jelaskan di sini bahawa saya menulis novel ini awalnya hanyalah untuk suka-suka. Rasa suka-suka dan mencuba nasib jadi penulis cabuk. Tapi tak sangka pulak, ada sambutan dari pembaca. Bertitik tolak dari komen dan kata-kata semangat semua, barulah saya cuba menulis novel-novel yang terbengkalai tu. Dan sampai hari ini, most of my novel masih belum ada kesudahan dan masih terbengkalai.

CINTA CAP BURUH (CCB)
Pasti semua tertunggu-tunggu novel ni jadi naskah novel kan? Semua orang mesti tertanya-tanya kenapalah novel ni tak siap-siap lagi. Penulis lain yang lebih lambat dari saya menulis pun dah ada yang 2,3 novel diterbitkan. Sedangkan saya, bayang novel pun tak ada lagi. Minta maaf sangat-sangat pada semua.

Kenapa lambat?
1.Mungkin saya adalah seorang yang agak perfectionist. Mahukan karya saya jadi yang terbaik dan bukan sekadar hentam keromo semata-mata. Saya tak mahu menulis sesuka hati tanpa adanya landasan fakta yang tepat dan benar. Dan jujur saya katakan, hampir tiga bulan lebih saya lakukan research tentang hukum-hakam terkait khalwat, course engineering dan Malaysia sendiri. Maklum sahajalah, saya ni dah lama tak ada di Malaysia dan saya sendiri cetek ilmu dan pengetahuan tentang hal-hal yang diatas. Syukur, setelah alkhirnya apa yang saya mahukan tu dapat diselesaikan dan semuanya saya simpan di laptop kecik molek saya.

2. Kesibukan dan penat kerja. Dahulu dan sekarang banyak bezanya. Dulu di zaman teori, memang banyak masa lapang dan hampir selang dua hari, saya akan masukkan n3 baru di blog ni. Tapi sekarang, dua minggu sekarang pun susah. Jadi Dr.Muda@Intern @ Clinical Year Student ni banyak benar dugaannya. Selain jadual harian, oncall dan lain-lain, balik dari hospital memang dah tumbang. Kalau pun ada kesempatan weekend, selalunya diambil untuk qada' tidur yang tak cukup terambil masa working hour. Dan sekali-kali bila sedar, dah selalu sangat mungkir janji pada semua rasanya saya nak tutup blog ni dan stop menulis. Tapi...sayanglah pulak rasanya.

3. Musibah.
Ini lah alkisah yang membuatkan novel saya tu terbengkalai sampai sekarang. Untuk pengetahuan semua, sebelum hari raya haritu, novel CCB tinggal beberapa bab lagi nak siap. Senang cerita, dah nak touch up terakhir lah. Dan saya sendiri janji akan hantar sebelum bulan Oktober datang. Malangnya..............aduh, sedihlah pulak.

Hari ke-3 saya balik dari Malaysia ( Rabu,7 September 2011) yang lalu, laptop saya curi. Awalnya saya ingatkan all data dah disave dalam hard disk. Tapi malangnya, bila saya cek semula, saya belum transfer folder tu untuk menyenangkan kerja sebelumnya. Maka, menangis air mata darah sekali pun tak mungkin laptop saya balik. Sedih, memang sedih mengenangkan nasib. Tapi apa kan daya, hidup mesti diteruskan. 

Dan sekarang, saya harus bermula dari kosong semula. Harus menulis dan mengarang kisah-kisah dalam novel saya berpandukan ingatan dan ilham yang ada. Jadi, seribu kemaafan saya pinta kerana membuatkan anda tertunggu-tunggu. Doakan saya diberi ilham dan idea yang bernas untuk menyiapkan novel CCB terutamanya. Moga segala karya dan tulisan saya bermanfaat buat semua. Insya-ALLAH. Apa -apa pun, jom layan alkisah cover-mencover di dibawah ni.
-----------------------------
1. Kalau jatuh tersepak batu

 Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru bangun bila takde orang nampak..

2. kalau terjatuh beskal: 
cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje2 buat lawak...

3. Kalau terjatuh tangga: 
terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...

4. Kalau terjatuh dalam longkang:
 pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorang yg amat prihatin terhadap kebersihan... .

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas:
 jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?"walaupun tiada org di blakang anda... .

6. kalau terjatuh di depan bus stop:
 terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde, baring
terus sampai malam dan takde org lagi kt busstop tu... haa... ni lah masa sesuai utk bangun semula... .

7. Kalau jatuh tergelincir dekat lantai licin:
 tarik la kawan (atau sesiapa yg ada di sebelah anda) utk jatuh bersama-
sama supaya tak lah anda sorang je yg dpt malu... 

Selamat mencover diri. (",)

5 comments:

a.s.m.a said...

faham2..

utamakan yang lebih utama ^^

all d best !!!

qasehhaziq said...

xpelah kak :) take ur time. haha, bagus betul panduan akak dalam meng'cover'kan diri tuu.sempoi habaq hang. apa-apa pon utamakan yang mana penting dahulu.jangan yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.(eh eh, betul ke saya taip ni.hehe)

ibnuismaini said...

Take ur time. Jgn give up. Mudah2an dpt ilham yg lebih baik lps ni.

Anonymous said...

Assaalam Dr Muda,

Memang ramai yang tertunggu2 CCB ni, akak sendiri pun selalu check jika da keluar CCB ni di pasaran... sekarang barulah tau kenapa CCB masih tak wujud di pasaran... apa2 pun take ur time, we all akan tggu sampai CCB keluar... Karya anda memang class...

Wassalam
Dasima- KL

mizd said...

slm...take ur time.
sdey lak tau al kisah ccb..pe2 pun don't give up...insyaAllah contengan ccb k-2 lg baik..follower smue akan menyokong k.ada..so fighting!!!