@rubiadaibrahim

Thursday, November 3, 2011

Ayat Power 34: Mengidam?

Kelat senyuman terukir di bibir melihat diri sendiri. Badan yang dulunya langsing sudah hilang bentuknya. Sudah tak berbentuk sama sekali. Membulat ke depan, melebar ke kanan dan kiri. Sudah jelas dan nyata perut yang berisi Einstein Junior di pandangan mata semua orang. Dan semua baju di zaman anak dara yang aku kenakan di badan tidak selesa. Sendat, padat dan ketat semuanya. Alahai, nasiblah badan jadi mak buyung!

“ Kalau pun bulat dan montel, Bilah seorang aje yang abang sayang tau.”

Kata-kata Einstein membuatkan aku mengukir senyuman. Dia menghampiriku dengan senyuman bermain di bibirnya. Tanganku ditarik dan kami duduk di pinggir katil. Aku hanya menuruti tingkahnya.

“ Bilah macam mana hari ni? OK ke KO? Abang tengok dari tadi cemberut je muka. Nak share apa-apa dengan abang tak?,” soal Einstein sambil menggenggam tanganku.

Tidak ada kata-kata lahir dari bibirku. Aku hanya berbahasa dengan isyarat sahaja. Pandangan mata aku alihkan pada perut yang sudah memboyot. Einstein mempamerkan raut wajah bingung. Aku mengeluh perlahan.

“ Abang memang tak faham atau buat-buat tak faham ni?,” soalku kembali.

Einstein tergelak kecil. Laju tangannya menyentuh perutku. Diusap perlahan, jelas kasihnya tumpah pada buah hati yang kian berkembang di rahimku.

“ Baby main bola ke dekat dalam sayang?.”

Aku mengangguk perlahan. Tidak tahulah main bola atau main tenis. Yang pasti, penat benar aku rasakan hari ini. Aktif benar gerakannya, membuatkan aku tidak mampu menyelesaikan tugasku di Poliklinik siang tadi. Seakan-akan, gerakannya menunjukkan rasa tidak puas hatinya kerana pakaianku yang ketat, sendat dan padat pada perutku. Aku lahirkan rasa hatiku pada Einstein. Dia tergelak kuat.

“ Siapa yang tak puas hati sebenarnya ni? Baby ke mamanya?.”

“ Mestilah baby. Cuma baby tak boleh nak cakap, mamanya yang sampaikan,”balasku laju.

Einstein menggelengkan kepala dengan tindakanku. Ketawanya lepas.

“ Iyalah tu sayang. So, kena beli baju mengandunglah ni ye?.”

Einstein melemparkan pertanyaan dengan nada girang. Bila melihat aku mengangguk, dia menjerit kecil.

“ Yes, akhirnya. Thanks sayang.”

Aku menepuk dahi. Tingkahnya tak ubah seperti anak kecil mahukan baju raya sahaja. Manakan tidak, sudah hampir sebulan dia memujukku, baru sekarang aku suarakan hasrat itu. Akhirnya, sampai juga impiannya melihatku memakai baju selayaknya bagi mak buyung. Dan aku, layan jelah. Orang nak melayan, senyuman aku hadiahkan.

------------------------------------------------

Einstein mengukir senyuman lebar bila melihat aku keluar dari fitting room. Bangga benar raut wajahnya melihat aku mengenakan pakaian mengandung. Maklum sahajalah, sudah lama dia berimpian melihatku dalam pakaian begitu. Seingat aku, sejak usia kehamilanku  baru tiga bulan, dia sudah menyuarakan hasratnya. Cuma, aku buat endah tak endah sahaja dengan permintaannya. Sampailah ke saat ini...

“ Tak sangka, orang mengandung ni kalau pakai baju mengandung makin cantik di pandang mata. Kalau abang tahulah macam ni, abang belikan dari dulu lagi tau.”

Komen yang Einstein tuturkan membuatkan aku tergelak kecil. Amboi, sedapnya mulut dia menutur kata. Jelas dari matanya, dia menyindir penolakanku tempoh hari.

“ Abang tak tahu ke Bilah yang tak mahu?,” soalku penuh makna.

Ketawa Einstein lepas. Dia mengarahkan aku menggayakan baju tersebut di hadapannya. Lagaknya seperti pereka fesyen dalam pertunjukan fesyen pula. Aku memandangnya tidak berkelip. Biar betul suamiku ini? Seribu kali pun bahagia impiannya tercapai, janganlah sampai jadi kurang betul. Modelnya ini dah memboyot benar perutnya.

“ Abang.”

Panggilanku di sambut suara mesranya.

“ Iya sayang..Kenapa? Nak beli 2,3 baju lagi ke?.”

Aku menggeleng kepala laju. Einstein memandangku dengan raut bimbang. Dia mengekoriku ke kerusi di depan fitting room. Dia menuntunku supaya duduk dengan selesa.

“ Bilah okey tak ni?,” suaranya diragut kebimbangan.

Aku mengangguk kepala perlahan. Einstein meletakkan tangannya di bahuku, diusap perlahan. Ajaibnya sentuhan tangannya, menjalarkan kekuatan dan membuatku bersemangat kembali.

“ Baby mengamuk sebab abang dera Bilah suruh jadi model tadi,” balasku perlahan.

“ Iyalah. Sorry baby. Papa tak sengaja.”

Kami saling berpandangan. Jelas ada raut bersalah di wajah Einstein. Alahai, runtun hatiku melihat raut wajahnya.

“ Thanks abang for everything,” aku berbisik perlahan di telinganya.

Serta-merta, wajah yang redup tadi berganti sinar gembira. Dia bingkas bangun, menghulurkan tangan kepadaku. Jelas, ada perancangan lain yang ada di fikirannya. Tanpa banyak soal, aku menurut sahaja.

“ Bilah berkenan dengan baju yang mana?,” soalnya penuh minat.

Aku menunding jari ke arah baju yang bergantungan tidak jauh pintu masuk. Einstein mempamerkan muka tidak puas dengan responku.

“  Kenapa? Sikit sangat ke Bilah berkenan?.”

Dia mengangguk laju. Aku sudah duga hal itu. Lantas aku tanyakan baju mana yang berkenan di hatinya. Dia mengukir senyuman sebelum menggenggam erat tanganku.

“ Abang berkenan dengan semua baju ni. Kalaulah abang kaya, abang beli baju dengan kedai-kedainya sekali untuk Bilah tau. Tapi disebabkan tak kaya, abang pilihkan 4 lagi baju untuk sayang boleh?.”

Aku tergelak kuat. Kelakar benar bila difikir-fikir. Siapa yang mengandung, siapa yang mengidam nak berbaju mak buyung ni? Pelik tapi benar. Pelik tak pelik, benarlah Encik Umat dengan mengidam nak tengok isterinya pakai baju mengandung. Erm, layan jelah ye.
------------------------------
Sudah lebih seminggu, aku berganti uniform. Uniform mak buyung yang sedondon dengan bapak buyung setiap hari. Manakan tidak, sejak pakaian mengandung mengisi ruang almari, rajin benar Einstein mempersiapkan pakaian kami sehari-hari. Kerja-kerja menggosok baju semuanya dilakukan olehnya. Dikeranakan dia yang mengambil alih tugas tersebut, dialah yang menetapkan baju yang mana akan aku kenakan. Senang cerita, dialah yang menjadi perunding imejku sekarang.
“Amboi, berseri-seri muka sejak perut bulat kena sorok ni,” teguran Dania aku sambut dengan hilai tawa.
" Tak ada maknanya. Ni seri ibu mengandunglah," balasku tegas.
Dania mencebik bibr. Dengkilah tu dengan jawapanku.
" Tulah, kahwin lambat. Kalau tak, boleh mengandung sekali dengan aku. Boleh bertanding siapa lagi berseri," selorohku.
" Iyalah tu. Masuk enam bulan ni, makin berkilat pipi kau. Macam pau kacang tau." 
Tawanya bersambut. Entah kenapa, kecur rasanya airliur mendengar pau kacang. Itu baru dengar.. Kalau ada di depan mata, aduhai bestnya!
" Apa kena mama? Kau nak makan pau ke?,"
Tekaan Dania membuatkan aku menggigit bibir. Ketawa Dania terhenti. Dia
memandang aku dengan raut muka tidak percaya.
            " Kau biar betul. Kita baru je pesan nasi ayam weh," pintas Dania.
           “Betullah, teringin nak makan pau ni.. Baby ni nak makan kot,” balasku yakin.
         Dania menggaru kepala. Mana nak dicari kuih pau di kala matahari tegak di kepala begini. Seingat aku, kalau pun ada hanyalah di waktu pagi. Kalau dah siang begini, silalah pau suami sendiri untuk membelinya.
           “ Don’t worry la Dania. Sat lagi aku minta tolong Einstein carikan. Kalau jumpa,
alhamulillah. Kalau tak jumpa, belum ada rezekilah hari ni.
         Dania tersenyum lebar. Jelas dia turut merasakan aura bahagia yang aku rasakan saat ini. Manakan tidak, sejak kami bersama Einstein benar-benar memanjakan aku. Semua yang aku idamkan akan dituruti. Katanya takut, anak kami meleleh air liur kalau apa yang aku mahu tak tercapai. Kadang tak mengira waktu juga rasa teringin tu muncul. Malam dan pagi sekali pun, Einstein sanggup mencarinya sampai dapat. Cuma, pau kacang merah di tengahari ni nak dicari di mana? Aduhai!
           “ Kononnya redha tapi muka sanggup tak sanggup je telan nasi depan mata. Kau mesti terbayang-bayang kuih pau yang putih bersih tu kan?,” tebak Dania lagi.
            Aku mengeringai ketawa. Kalau dengan Dania, satu rahsia pun tak boleh nak sorok.
            “ Kau sms jelah Einstein. Serta-merta dia cari pau tu sampai dapat. Takkan dia nak biarkan baby korang makan jari kot,” komen Dania  lagi.

            Aku menggeleng kepala. Tunggulah sampai waktunya tiba. Nanti aku suarakan semuanya..Mengingat kesibukan dia kebelakangan ini, aku usap perutku perlahan.

            “ Baby, sabar ye. Nanti mama bagitau papa. Kita makan puas-puas pau kacang tu ye.”

            Dania mengeringai ketawa mendengar aku memujuk bayiku.

            “ Wah, mantaps kau sekarang. Dah pandai bersabar dan bertolak ansur bab mengidam makanan ni. Dunia dah berubah, cempedak dah jadi nangkalah.”

         Aku mengetap bibir. Entah kenapa, ada makanan tambahan yang aku bayangkan saat ini. Aduh, tak pasal-pasal timbul perangai baru di usia enam bulan ni. Aku menggaru kepala, pening dengan perangai sendiri yang makin menjadi-jadi.

           “ Oit, apa kena? Jangan kata kau teringin nak makan cempedak dengan nangka juga!.”

            Bulat mataku memandang Dania. Melihat tingkahku, Dania mengerut dahi.

            “ Nabil, kau biar betul?.”

           “ Aku betullah ni. Auntie Ia, tolong cakap dekat baby jangan buat perangai pelik-pelik..Mamanya pening nak melayan ni.” Luahku padanya.

            Dania menjengilkan mata. Seketika kemudian, dia menghampiriku. Dia bersuara perlahan, mahu menasihati bayiku kononnya. Tapi yang dia suarakan lain dari yang dia mahukan.

            “ Baby, nak makan apa lagi? Cukup tak pau, cempedak dengan nangka tu?Tak mahu yang chessy, creamy ke? Minta banyak-banyak, nanti baru sihat bila lahir.”

            Aku menepuk dahi. Alahai, kenapa terbayang-bayang cupcakes buatan umi saat ni?

------------------------------------------------------

            Pening dan makin pening. Belum hilang rasa pening memikirkan perubahan diri sendiri, sekarang pening pula dengan perubahan sikap Einstein petang tadi. Ada sms ringkas yang dia kirim padaku. Katanya dia ada urusan penting dan aku harus pulang sendiri. Bila aku tanyakan dia kemana, tidak ada balasan. Cukup membuatkan malam menjelang Isyak ditinggal sendiri ini bertemankan airmata ibu mengandung. Puas menyabarkan diri, tapi entah kenapa sayu benar rasa hati dibuatnya.

            Suara Einstein memberi salam di muka pintu aku balas dalam hati sahaja. Lemah benar rasanya mahu berdepan dengannya dengan muka sembap begini. Malu dan tidak mahu dia tahu aku bersedih dengan sikapnya. Tapi bertingkah dengan akal waras yang mahu tahu aku tidak puas hati dengan sikapnya. Alahai!

            “ Assalamualaikum.”

            Sekali lagi suara itu menampan telinga. Aku berpura-pura tidur. Bila aku rasakan bayangannya mendekatiku, mata aku pejam rapat-rapat.

            “ Assalamualaikum baby. Tak mahu ke makan pau kacang merah dan cupcakes papa dengan nenek buat ni? Kalau tak mahu, terpaksalah papa makan sendiri.”

            Bisikan Einstein membuatkan aku membuang rasa ego dan marah jauh-jauh. Einstein ketawa kecil melihat gelagatku. Laju aku melangkah ke ruang tamu. Tanpa kata, bungkusan yang dibawanya aku buka. Lahap aku makan tanpa memperdulikannya. Fuh, lega benar rasanya bila apa yang aku idamkan sudah jadi santapan. Dah kenyang, barulah sedar ada sepasang mata yang ralit memerhatikanku dengan senyuman.

            “ Puas dah sayang?Makin montel pipi, dah macam buah epal Fuji dah.”

            Aku memandangnya tanpa kata. Bulat matanya memandangku tidak percaya. Tapi kenyataanya.........
           “ Ha, takkan Bilah nak makan buah epal Fuji pulak?’.
            Anggukan kepalaku membuatkan dia terpana seketika. 
            " Believe it, saya sedang mengidam ok!".
----------------------------------------------------------------------------
Salam alaik. Insya-ALLAH, satu lagi n3 akan habis AAP. Lepas ni, fokus to other stories. Insya-ALLAH. Lama xde n3, busy2 day as always. Sekarang saya di bahagian ANAK. Bit busy but alot of burden.Huhu. Nak tahu kenapa, tak ada n3, bolehlah layan cerita di blog satu lagi ye. Apa-apa pun, selamat membaca. Insya-ALLAH, lepas ni saya akan cari masa untuk menulis. But then, tak berjanji akan ada n3 setiap minggu di sini. Tapi saya akan update my life story kat blog satu lagi. Sudi-sudilah menjenguk ye. (",)Wassalam

6 comments:

TiMbAHiJaU said...

ah, at last.lepas dah ngidam nak baca entri dr blog ni :)

cactaceous opuntia said...

gila best lah bilah...on the spot dpt ape yg diidamkan...yg dania plak asyik je sebut name mknn kt bila...haha....hbes epal fuji tu mne nkcekau ntah...haha

sue said...

best cereta ni...

MaY_LiN said...

alahai..
cumil je umar ngan bilah ni..
ngidam memacam bilah ni..
pantang sebut

dewdrop said...

huishh payah..pantang sebut nme mknn,sumer jd mengidam..hehe..ibu mengandung..hehe

Cik AppLe said...

sengih sens0rang baca entry neh... terbaek la... huhuhu..sabar menanti entry terakhir...